sejauh manakah profesion keguruan dikatakan sebagai satu profesion yang professional
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108
SEJAUH MANAKAH PROFESION KEGURUAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU
PROFESION YANG PROFESSIONAL
Pada pandangan saya, profesion perguruan adalah satu profesion yang
profesinal. Ini adalah kerana profesion ini merupakan satu profesion yang memerlukan
kepakaran yang teliti dan penuh dengan cabaran.
Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas
sebagai contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Menurut Mok
Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai ‘Suatu
pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya’. Kerjaya guru juga dikatakan sebagai satu profesion
sebab seseorang guru mesti mempunyai kelulusan dan latihan yang berkualiti. Sebagai
contoh, seorang guru mesti mempunyai Ijazah Perguruan atau Diploma Perguruan
yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana
sekolah kerajaan. Latihan guru telah ditukarkan dari 3 tahun ke 5 ½ tahun untuk
melahirkan seseorang guru dengan ciri-ciri keguruan yang profesion. Ini membantu
para guru pelatih untuk mengembangkan minda mereka dan juga menimba ilmu yang
lebih luas lagi. Secara tidak langsung ia mendorong ke arah guru yang penuh
kemahiran dan intelektual.
Ciri-ciri guru yang profesional ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar
dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,
kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Kemahiran yang penting dalam profesion
perguruan ini terbahagi kepada beberapa aspek. Antara aspek–aspek yang penting
ialah, kemahiran mengajar, kemahiran mendisiplinkan murid-murid, kemahiran
memahami masalah murid-murid , kemahiran menangani masalah. Ini hanyalah antara
beberapa aspek keguruan. Guru perlulah menjadi seorang yang serba tahu.
Masyarakat juga memandang tinggi terhadap profession ini. Guru dijadikan sebagai
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108
‘role model’ bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi dalam kalangan masyarakat
juga.
Selain itu, profesion perguruan ini dikatakan professional kerana ia berdasarkan
pada kod etika keguruan. Etika perguruan bermaksud, tingkah laku ataupun
tanggungjawab guru terhadap Negara, masyarakat, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar (Syed Ismail, 1010). Seseorang guru harus menghormati dan mematuhi kod
etika yang ditetapkan dengan bertingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah
yang diberikan. Ini akan membantu memartabatkan profesion perguruan. Nilai yang
betul, penggerak kearah kebaikan, berdisiplin dan beradap, menghargai dan
bertanggungjawab hasil usaha organisasi serta niat yang betul merupakan antara
prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru untuk menjayakan Etika Perguruan.
Namun demikian, ada juga khabar mengatakan bahawa guru tidak beretika. Ini
adalah kerana segelintir yang tidak mengamalkan apa yang diterapkan dalan kod etika
keguruan. Kita juga boleh baca dalam surat khabar tentang kes-kes dimana guru-guru
pecah manah di sekolah. Antara kes pecah amanah ialah, seorang guru PJ
diamanahkan untuk membelikan paralatan sukan di sekolahnya. Beliau juga yang
merupakan setiausaha sukan sekolah diberikan semua wang peruntukan sukan
sekolah oleh guru besar. Tetapi beliau telah menggunakan wang tersebut untuk
kegunaan sendiri. Apabila guru besar mendesak untuk memberi kira-kira perbelanjaan
guru tersebut berpakat dengan penjual peralatan dan memberi resit belian yang palsu.
Selain itu, bagi menutup perbuatannya guru tersebut membeli beberapa peralatan yang
murah dan berkualiti rendah. Ini adalah kes kejadian yang benar berlaku di sekolah di
daerah Kuala Selangor. Kes ini terbongkar apabila peralatan yang dibelinya cepat
rosak dan guru besar serta pihak PIBG telah mengetahui hai ini. Ini menunjukan guru
tersebut telah melanggar kod etika guru yang menjadi asas kepada seorang guru. Oleh
itu, semua guru harus mematuhi peraturan dan juga kod etika guru.
Profesion perguruan ini bukan sahaja suatu profesion yang khusus untuk
pengajaran sahaja. Malah guru juga menjadi pemudah cara dalam bidang
keguruan ini. Pemudah cara dalam aspek peranan bagi seorang guru adalah
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108
melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
bilik darjah. Guru akan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi bagi konteks
pemudah cara, guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik
dan berkesan dalam bilik darjah. Seorang guru mempunyai tanggungjawab bukan
sekadar mengajar tetapi seorang guru akan memastikan pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Guru perlu memberi bimbingan dan mengerakkan murid
dalam kelas supaya mereka lebih bercakap. Bimbingan tidaklah hanya dbuat oleh
kaunselor malah guru juga boleh menjadi kaunselor yang baik. Ini juga
menunjukkan profesion keguruan ini sebagai suatu profesion yang professional.
Guru perlu menjadi role model kepada murid-murid. Guru mempunyai sifat
dan kualiti peribadi, professional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik yang sempurna. Imej juga dapat diperlihatkan
melalui peribadi yang baik, ini termasuk cara berbahasa, cara berhubung, tingkah
laku, tatasusila yang tinggi, baik hati, ramah tamah, boleh dipercayai, berpendirian
yang tetap, ikhlas dalam pengajaran dan sebagainya. Golongan guru adalah
golongan yang menjadi perhatian dan ikutan murid serta masyarakat melalui imej
positif yang ditunjukkan oleh para guru itu sendiri. Selain itu imej luaran bagi
seseorang guru juga memainkan peranan yang penting untuk membolehkannya
dianggap sebagai “role model”, iaitu melalui cara berpakaian yang baik, sopan,
berpatutan dan sentiasa kemas kerana cara berpakaian ini juga mencerminkan
keperibadian bagi seorang guru. Oleh yang demikian segala yang dilakukan oleh
guru menjadi suatu yang amat bermakna kepada murid-murid, masyarakat dan
juga Negara.
Seorang guru yang berprofesional juga mempunyai kemahiran mengurus
bilik darjah. Guru harus menyelesaikan tanggungjawabnya dengan sempurna. Guru
harus menguruskan dan menyediakan peraturan-peraturan yang perlu terdapat
dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlu menyediakan suasana yang kondusif
untuk murid-murid. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), persekitaran fizikal
bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108
guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah
yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-
perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot
dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu
diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran. Oleh itu, murid-murid dapat menimba ilmu dengan suasana yang
tenang dan ceria. Contohnya menyediakan peraturan, jadual waktu, jadual tugas,
gambar-gambar menarik yang berkaitan dengan sukatan. Guru yang berprofesional
akan memberi ganjaran kepada murid-murid.
Secara kesimpulanya, dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan,
kita sebagai gurulah sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu
dan amalan guru adalah menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan.
Oleh kerana sistem pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan
dunia, maka kita sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti
diri dan perkhidmatan kita adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh
perkhidmatan kita. Oleh itu, profesion keguruan dapat dibuktikan sebagai ia adalah satu
profesion yang professional.
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108