sejarah t4 khalifah umar

14
SELAMAT SEJAHTERA Matapelajaran:Sejarah Guru Matapelajaran:Pn.Teo Boon Hwa Tajuk:Khalifah Umar bin al- Khattab Hasil Drpd:Sasivarnen Kelas:4 Amber

Upload: sasi-villa

Post on 01-Nov-2014

17 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

This is a sejarah powerpoint bout khalifah umar al-khattab

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah T4 Khalifah umar

SELAMAT SEJAHTERA

Matapelajaran:SejarahGuru Matapelajaran:Pn.Teo Boon HwaTajuk:Khalifah Umar bin al-KhattabHasil Drpd:SasivarnenKelas:4 Amber

Page 2: Sejarah T4 Khalifah umar

Khalifah Umar bin al-Khattab1)KEHIDUPAN AWAL

Saidina Umar al-Khattab  Dilahirkan pada 583 M Berusia 12 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad

S.A.W. Dipanggil juga sebagai Umar al-

Farooq ataupun Omar atau Umar  Berasal daripada keturunan Bani Adi,Quraisy. Menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644)

bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin

Page 3: Sejarah T4 Khalifah umar

Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan.

Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan.

Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Saidina Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun.Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuan nya membaca ayat -ayat AL-QURAN .

Digelar Amirul Mukminin yang bermaksud ‘Panglima Agung Mukmin.

Meninggal dunia pada 644 M dan dimakamkan sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Page 4: Sejarah T4 Khalifah umar

2)MEMELUK ISLAM

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya.

Page 5: Sejarah T4 Khalifah umar

Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada sahabat Rasullulah s.a.w

Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Page 6: Sejarah T4 Khalifah umar

2)PEMERINTAHAN Memerintah selama lebih kurang 10 tahun,634-644 M. Merupakan zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah. Pelbagai pembaharuan telah berjaya dilakukan beliau. Menubuhkan Majlis Syura yang diwakili oleh golongan Muhajirin dan

Ansar. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah serta

melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir dan panglima tentera.

Majlis Syura Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan

masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara.

Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.

Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.

Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.

Page 7: Sejarah T4 Khalifah umar

3)SumbanganKetenteraan

Memecat Khalid al-Walid sebagai panglima tentera di Iraq dan digantikan dengan Ubaidah Al-Jarrah untuk melicinkan pentadbiran di Iraq.Tujuan penggantian panglima tentera adalah untuk melatih pemimpin tentera yang baharu.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau telah menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau telah membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.

Beliau juga merupakan seorang pahlawan yang telah berjaya menundukkan Parsi dan Rom selain turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam.

Selain itu, beliau juga memajukan sistem pelajaran Islam demi meningkatkan sistem pertahanan Negara. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.

Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah.

Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah,

Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga .

Page 8: Sejarah T4 Khalifah umar

Sosial Menyediakan pusat pengajian al-Quran di masjid Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengajar. Memperkenalkan kalender Islam dan tahun Hijrah diperkenalkan Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial

dan taraf yangbaik.

Golongan hamba tidak lagi dihina dan ditindas, malah mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi mereka yang benar-benar menentang Islam dalampeperangan.

Khalifah Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga denganhamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Selain itu, taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Khalifah Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

Page 9: Sejarah T4 Khalifah umar

Khalifah Umar telah melakukan pelbagai langkah untuk mengembangkan pelajaran al-Quran.

Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan guru-guru dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan.

Banyak sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya, umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran.

Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandungan al-Quran.

Page 10: Sejarah T4 Khalifah umar

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.

Pernah satu kali Khalifah Umar memanggil sepuluh orang Dzimmi dari Kufah dan sepuluh orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar dari negara.

Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam

Page 11: Sejarah T4 Khalifah umar

EKONOMI

Khalifah Umar Al-Khattab telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat.

Selain itu, beliau telah membina Empangan Abu Musa di Iraq yang menyambungkan sungai Dujlah (Tigres) dan bandar Basrah. Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang sihat dan berkualiti.

Rakyat turut digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan lagi hasil pertanian. Sekiranya tidak terdapat hasil pertanian pada tanah dan tanah itu juga tidak dikerjakan, tanah tersebut akan ditarik balik.

Page 12: Sejarah T4 Khalifah umar

Percukaian Untuk meningkatkan lagi pendapatan di sesebuah kawasan

tersebut, Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai.

Bagi golongan Dzimmi, cukai jizyah yang dikenakan juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

Kharaj sebanyak satu dirham dikenakan atas tanaman barli manakala untuk gandum, dikenakan cukai berjumlah 10 dirham.

Selain itu, Baitulmal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj.Gelaran Amirul Mukminin diberi sempena ini.

Page 13: Sejarah T4 Khalifah umar

KESIMPULAN Khalifah Umar Al-Khattab adalah profil seorang pemimpin yang berjaya, mujtahid

(ahli ijtihad) yang ulung, dan sahabat Rasulullah s.a.w. yang sejati. Kejayaan dalam mengibarkan panji-panji Islam mengundang rasa iri dan dengki dalam hati musuh-musuhnya. Salah seorang musuhnya, Abu Lu’lu’ah, telah mengakhiri hidupnya dengan cara yang amat tragis. Dia menikam Khalifah Umar tatkala sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Beliau wafat pada usia 63 tahun setelah lebih kurang 10 tahun memegang amanah sebagai khalifah.

Sumbangan dan jasa Khalifah Umar al-Khattab adalah menyusun pentadbiran dan pembentukan syura. Selain itu, beliau menubuhkan beberapa jabatan seperti “dewan al-janad” dan “dewan al-jarah”. Khalifah Umar juga telah mengadakan peraturan tanah negara, menetapkan kalendar Islam bermula dari Hijrah Rasulullah s.a.w. dan menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.

Khalifah Umar al-khattab yang merupakan khalifah yang kedua dalam kerajaan khulafa ar-Rasyidin telah memberi banyak sumbangan kepada umat islam dan seterusnya memberi teladan yang baik untuk dijadikan ikutan umat islam. Kegigihan dan perjuangan Khalifah Umar bin al Khattab di dalam menegakkan ajaran agama Islam telah memberi kesan yang mendalam pada kerajaan Islam pada masa itu. Kepimpinan beliau adalah berpandukan akidah yang benar dan sanggup berkorban bagi mempertahankan agama. Merealisasikan al-Quran terutama dalam akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik.

Page 14: Sejarah T4 Khalifah umar

SEKIAN, TERIMA KASIH