sejarah stpm_ migrasi orang cina ke tanah melayu

Upload: meiyappan-muniandy

Post on 13-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Sejarah Stpm_ Migrasi Orang Cina Ke Tanah Melayu

    1/4

    MIGRASI ORANG CINA KE TANAH MELAYU

    ASAL-USUL DAN PERKEMBANGAN ORANG CINA.

    Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan

    Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China.

    Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat pada

    awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura.

    Penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor berlaku semasa pemerintahan

    Temenggung lbrahim (1825-1862). Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja

    sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.

    Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin meningkat akibat

    perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri

    Sembilan.

    Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina

    ke Tanah Melayu kerana Inggeris memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan

    bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.

    Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah

    Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew,

    Hailam dan Hokkien.

    Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu

    sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara

    asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka

    mula ingin menetap di Tanah Melayu.

    CARA KEMASUKAN ORANG CINA

    SISTEM TIKET KREDIT

    Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Merekaakan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai.

    Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain

    dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai

    Singkheh.

    SISTEM KANGCHU

    Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk menetap di

    Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaituketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa

    bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di

    bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke

    Johor melalui sistem Kangchu ini.

  • 7/23/2019 Sejarah Stpm_ Migrasi Orang Cina Ke Tanah Melayu

    2/4

    CARA PERSENDIRIAN

    Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan

    rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.

    SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN ORANG CINA KE TANAH MELAYU.

    FAKTOR PENOLAK

    1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK

    Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk China tidak

    seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi.

    Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan kehidupan rakyat China

    sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah bertambah dari 182 juta orangkepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian semakin merosot.

    2. BENCANA ALAM

    Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam yang

    telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun 1840-an dan

    1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang berpanjangan di

    Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China terutamanya di sekitar Lembah

    Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan

    menyebabkan masalah kebuluran.

    3. MASALAH PENGANGGURAN

    Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima kemasukan

    kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah menyebabkan industri tempatan

    merosot.Tambahan pula, kemasukan barang-barang barat dengan banyak dan murah menyebabkan

    barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang terlibat dengan sistem pengangkutan

    tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan dengan pengenalan sistem

    pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan telah mendorong orang

    Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin.

    4. DASAR KERAJAAN MANCHU

    Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran yang

    semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu membayar cukai

    yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani

    terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan hidup inilah telah mendorong

    orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

    5. KEKACAUAN POLITIK PEMERINTAHAN MANCHU

    Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti

  • 7/23/2019 Sejarah Stpm_ Migrasi Orang Cina Ke Tanah Melayu

    3/4

    Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu

    II(1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu.

    Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak

    untuk menggulingkan Dinasti Manchu.

    Pada tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan,

    bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam

    pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontakterpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu.

    Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-

    pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan

    pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap

    pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

    FAKTOR DALAMAN

    6. PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

    Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke- 19 yang telah

    mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi

    kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di ladang

    lada hitam dan kopi.

    Antara tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap di Tanah Melayu

    akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran kenaikan harga bijih timah.

    Kemajuan perusahaan getah turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir

    separuh daripada penduduk yang terlibat dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina.

    7. DASAR INGGERIS DI TANAH MELAYU

    Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan Inggeris

    rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu dalam aktiviti sara

    diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu berminat memajukan orang

    Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan bangun menentang mereka.

    Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, Inggeris telah mewujudkan

    kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang Cina di Tanah Melayu.

    Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras

    kegiatan perlanunan.

    Kerajaan Inggeris juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke

    Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalahkekurangan tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk

    mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu tercapai.

    8. FAKTOR LAIN

  • 7/23/2019 Sejarah Stpm_ Migrasi Orang Cina Ke Tanah Melayu

    4/4

    Kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan turut menjadi sebab kedatangan imigran Cina.

    Terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan kapal layar telah menghidupkan minat orang Cina

    untuk datang ke Tanah Melayu dengan cepat dan murah. Orang Cina dari wilayah Selatan China

    seperti Kwangtung dan Fukien terkenal dengan sifat-sifat keberanian, gemar mengembara serta

    berdaya usaha yang tinggi. Tanpa mengenal erti kecewa dan putus asa, mereka nekad membina

    kehidupan baru yang lebih baik dan selesa meskipun terpaksa meninggalkan tanah air sendiri.

    Berbekalkan semangat kental, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.