kerja khusus migrasi dalaman penduduk 2010

Download Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010

Post on 19-Jun-2015

4.502 views

Category:

Documents

15 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010

TRANSCRIPT

MIGRASI DALAMAN PENDUDUKNama Calon Tingkatan Nombor K/P Nama Sekolah Tajuk Kerja Kursus Guru Penilai : Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber : 3 Muslim : 950604-03-6143 : SMA. Al-Quran Waddin :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Permas Jaya, Masai Daerah Johor Bahru, Johor. : Pn Nur Azean Binti Arsad

Isi Kandungan1.0 2.0 3.0 4.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian 4.1 Peta Nageri Johor 4.2 Peta Daerah Johor Bahru 4.3 Lakaran Peta Kawasan Kajian Permas jaya Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1 Konsep migrasi penduduk 8.2 Pola migrasi penduduk 8.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 8.4 Kesan migrasi dalaman 8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman Rumusan Lampiran 8.1 Lampiran 1 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 8.3 Lampiran 3 : Soalan Temu Bual 8.4 Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Rujukan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 11 11 12 15 18 20 21 22 23 24 28 49

5.0 8.0

7.0 8.0

9.0

2

1.0 PenghargaanSetelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah Che Selamah Bt Che Nik selaku Pengetua SMA Al-Quran Waddin, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Pn Nur Azean Binti Arsad sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di sekitar kawasan Permas Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Nor Azman bin Yahya Dan Mastura Binti Kammarudin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Syawal Bin Saad dan Salihin Bin Abdul Rahman yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

3

2.0 pendahuluanKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Bandar Baru Permas Jaya, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

4

3.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) 2) 3) 4) 5) 6) Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian. Penerapan nilai dan sistem patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Permas Jaya mengenai

kepentingan migrasi.

4.0 Kawasan Kajian5

Kajian ini telah dijalankan di Permas Jaya,Johor Bahru . Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 13.7 kilometer dari Bandar Johor Bahru.Permas Jaya adalah sebuah kawasan perumahan terletak di Daerah Johor Bahru, timur laut Johor Bahru, dan di bawah pentadbiran MBJB atau Dewan Bandar Raya Johor Bahru Zon Tenggara. Jambatan Permas Jaya bersambung dengan Bakar Batu, Taman Sentosa dan pusat sistem Johor Bahru. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan perumahan saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Permas Jaya 1 yang mempunyai pelajar seramai 1000 orang.Permas Jaya mempunyai padang golf dan kediaman kondominium. Ia juga mempunyai kemudahan sukan dan kompleks rekreasi . Permas Jaya terkenal dengan tempat membeli-belah utama dan menjadikan kompleks masa lapang dengan sebuah pawagam dan gelanggang boling tetapi telah ditutup semenjak 1999. Kini, JAYA Jusco adalah pusat membelibelah utama di Permas Jaya. Permas Jaya Management telah membina Permas Mall untuk menarik perniagaan baru. Permas Jaya adalah lokasi strategik antara Johor Bahru dan pelabuhan kapal Pasir Gudang dalam satu kawasan dengan penduduk kawasan tadahan lebih daripada 300,000.Bandar Baru Permas Jaya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan , pengangkutan yang sempurna. Kemudahan yang ada di Permas Jaya ialah padang Padang Golf ,Kompleks Sukan,Perpustakaan,Sekolah ,Bank ,Pejabat Pos ,Pusat membeli-belah ,Stesen Minyak,Hotel,Pusat bowling.

4.1 Peta Negeri Johor

6

U

4.2 Peta Daerah Johor Bahru7

U

Kawasan kajian

4.3 Peta Kawasan kajian8

Kg.Dusun

Kg.Selat, Kg.Parit 4,5,6,7 Layang-Layang Kg.Paloh Kiri

5.0 Kaedah Kajiandan 8 Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah 9

menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang

berlaku di kawasan Bandar Baru Permas Jaya 2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung

untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kawasan saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk Permas Jaya yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Permas Jaya. 3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh

penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran ) 3) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

8.0 Dapatan Kajian8.1 Konsep migrasi pendudukSecara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajianPola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: 10

a) Migrasi luar bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari

pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swastaTerdapat 7 daripada 20 responden telah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. b) Migrasi bandar ke bandar Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke Permas Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan.

8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah: a) Melanjutkan pelajaran Kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolejkolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.Terdapat 6 daripada 20 responden telah melanjutkan pelajaran ke bandar.

11

b) Peluang Pekerjaan Sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di luar bandar berpindah ke kawasan bandar.Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di bandar.

c) Bersara Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan Permas Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung halaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Permas Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup. Terdapat 4 daripada 20 res