sejarah sekolah skbts

9
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan mula ditubuhkan pada Januari 2001 dengan jumlah murid seramai 469 orang dan 24 orang guru. Faktor penubuhan sekolah ini adalah kerana, jumlah penduduk yang semakin ramai hari demi hari, dengan Kedudukan kawasan sekolah yang amat strategik dengan di kelilingi kawasan perumahan pangsapuri dan kem tentera sungai besi, secara tidak langsung memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. En. Maidin bin Surateman adalah individu yang pertama berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dan beliau telah menyumbangkan banyak bakti dalam merealisasikan bagi membangunkan nama sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan seiring dengan sekolah-sekolah lain disekitar wilayah Kuala Lumpur. Sekarang Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Bandar Tasik Selatan mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang teratur dengan memiliki 3 blok bangunan batu yang mempunyai 4 tingkat mampu

Upload: azmizi-abdullah

Post on 31-Jul-2015

294 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan mula ditubuhkan pada Januari 2001

dengan jumlah murid seramai 469 orang dan 24 orang guru. Faktor penubuhan sekolah

ini adalah kerana, jumlah penduduk yang semakin ramai hari demi hari, dengan

Kedudukan kawasan sekolah yang amat strategik dengan di kelilingi kawasan

perumahan pangsapuri dan kem tentera sungai besi, secara tidak langsung

memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah

Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

En. Maidin bin Surateman adalah individu yang pertama berkhidmat sebagai

Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dan beliau telah

menyumbangkan banyak bakti dalam merealisasikan bagi membangunkan nama

sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan seiring dengan sekolah-sekolah lain

disekitar wilayah Kuala Lumpur.

Sekarang Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Bandar Tasik Selatan mempunyai

infrastruktur dan kemudahan yang teratur dengan memiliki 3 blok bangunan batu yang

mempunyai 4 tingkat mampu menampung seramai 1848 orang pelajar, untuk dua sesi

pagi dan petang, Pelbagai kemudahan telah disediakan dan diberikan oleh pihak

kerajaan seperti komputer, makmal sains, alatan sukan, dan sebagainya untuk

kegunaan pelajar. Bilangan guru juga semakin bertambah iaitu seramai 112 orang guru

di bawah pentadbiran Guru Besar iaitu Puan Ainun binti Salleh yang sudah memulakan

perkhidmatannya di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan selama 3 tahun.

Page 2: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

Page 3: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN

- Sentiasa memberikan layanan yang mesra dan bersedia memeberikan

bantuan kepada yang memerlukan.

- Memastikan semua murid diberi perhatian dan pendedahan secukupnya

secara adil dan saksama.

- Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni di kalangan murid-murid,

guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat.

- Memeberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, mesra dan

penyayang.

- Membimbing murid-murid kearah “Budaya Cemerlang” dari segi

akademik, kokurikulum, agama,moral,disiplin,sikap dan kepimpinan

untuk menjadi sekolah antara yang terbaik.

- Memastikan segala usaha murni untuk membentuk insan sempurna

mendapat keredhaan dunia dan akhirat.

MOTTO SEKOLAH

“BERWAWASAN TEKUN BERSEMANGAT”

Page 4: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

LAGU SEKOLAH

“GEMILANG SEKOLAHKU”Sekolah KebangsaanBandar Tasik Selatan

Suasananya indahMenjadi kebanggaan

Satu tekad keazamanDengan penuh keyakinan

Tekun semangat berwawasanDemi Nusa dan BangsaUsaha dalam pelajaranGiat dalam kesukanan

Capai semua kemenanganItulah perjuangan kita

Taat kepada TuhanHormati guru dan rakanDengar nasihat ibubapa

Menjadi insan mulia

*Ulang rangkap 1,2,3 dan 5

Menyahut seruan NegaraKe arah sekolah jaya

Dalam era kemajuan }2xCapai wawasan kita } 2x

Page 5: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

VISI SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang berilmu

cemerlang menjelang 2015

MISI SEKOLAH

Melaksanakan budaya kerja yang professional dan cemerlang di dalam segala

bidang.

Usaha yang berterusan dan menjadikan sekolah sebagai asas kea rah kejayaan

Memastikan semua murid diberi ilmu pengetahuan seperti terkandung di dalam

sukatan KBSR dan menguasai 3M.

Menghasilkan insan yang cemerlang dari gabungan pihak sekolah,guru dan

PIBG.

Menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Page 6: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

PERATURAN SEMASA MENGIKUTI KEGIATAN

KOKURIKULUM

Page 7: SEJARAH SEKOLAH SKBTS

MURID-MURID DIKEHENDAKI MEMAKAI KASUT SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM DIJALANKAN.

MURID-MURID DIKEHENDAKI MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN YANG DITETAPKAN.

KEHADIRAN GURU-GURU DAN MURID-MURID SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB. SEKRANYA TIDAK HADIR, HENDAKLAH DIBUKTIKAN DENGAN SURAT PENJAGA ATAU SURAT SAKIT.

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM, HENDAKLAH MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM YANG LENGKAP SEMASA MENGHADIRI AKTIVITI.

MANA-MANA PERSATUAN / KELAB YANG TIDAK MEMPUNYAI PAKAIAN SERAGAM, HENDAKLAH PAKAIAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PERSATUAN / KELAB.

GURU-GURU DAN MURID-MURID TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG KURANG SOPAN DAN MENJOLOK MATA.

BAGI MURID-MURID YANG MEMAKAI TUDUNG, PASTIKAN TUDUNG ADALAH WARNA PUTIH.