sejarah sekolah

2

Click here to load reader

Upload: eqaira

Post on 21-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sk sembulan

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sembulan pada asalnya dikenali sebagai Government Vernacular Primary School

(GVPS), Jesselton dan diasaskan pada tahun 1947 oleh Cikgu Yunus bin Wali yang berasal dari Indonesia.

Tapak dan banggunan asal sekolah ini terletak di kawasan yang dikenali sebagai Batu Tiga. Kini, tapak

tersebut menempatkan bangunan Rumah Pengakap Negeri Sabah dan Sekolah Menengah Maktab Sabah.

Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada papan dan beratapkan nipah. Guru Besar GVPS

Jesselton yang pertama ialag Cikgu Baba bin Salleh yang berasal dari Kg. Paya Rumput, Melaka.

Pada tahun 1950, sekolah ini telah dipindahkan sejauh 2.5 km ke tapak sekolah sekarang di Kampung

Sembulan. Nama sekolah ini juga telah diubah kepada Sembulan Government School; mengambil sempena

nama kampong ini. Bangunan baru diperbuat daripada papan dan beratapkan kepingan belian. Sekolah yang

dikelilingi hutan bakau ini mempunyai bilangan murid yang kurang daripada 100 orang.

Setelah Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 16 September 1963, Akta Pelajaran

Kebangsaan telah dikuatkuasakan di Sabah. Maka, sekali lagi nama sekolah ini telah ditukarkan kepada

Sekolah Rendah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu.

Pada awal tahun 1983 sebuah bangunan baru telah mula dibina dan siap pada akhir tahun yang sama.

Bangunan baru ini terdiri dari dua blok konkrit dan digunakan sepenuhnya pada 3 Januari 1984.

Blok A dan B mempunyai 22 buah bilik darjah dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Wira Hj. Abdul

Rahman bin Hj. Arshad, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Ahad, 9 Oktober 1988

bersamaan 28 Safar 1409.

Walaubagaimanapun pada tahun 2009, berlaku beberapan runtuhan konkrit yang agak teruk,

menyebabkan kedua-dua bangunan sekolah terpaksa dijalankan di kawasan dewan sekolah, di luar dan di

dalam kawasan makmal komputer.

Tetapi atas bantuan dana daripada Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, 6 buah kabin yang

memuatkan 12 buah bilik darjah telah dibina di kawasan padang sekolah. Kabin-kabin tersebut digunakan

secara rasminya oleh calon-calon UPSR pada bulan Ogos 2009.

Penghujung tahun 2012, kerja-kerja merobohkan bangunan-banggunan konkrit telah dimulakan.

Proses pembinaan bangunan sekolah yang baru giat dijalankan pada tahun 2013.