sejarah perkembangan pendidikan khas

5
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut, "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. " Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: Pendidikan Masalah Penglihatan 1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

Upload: thilaka-letchumy

Post on 29-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah Perkembangan Pendidikan KhasSejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican

di Melaka1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan

di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Page 2: Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Pendidikan Masalah Pendengaran1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan

Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman

Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilihPermulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan 

dimulakan1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah

pembelajaran1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6

Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur

1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakanKategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Ianya berlaku kesan daripada masalah Neurologi. Kanak-

Page 3: Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

kanak ini mengalami kerosakan otak yang sedikit yang tidak dapat dikesan daripada 2 aspek iaitu gangguan kognitif dangangguan motor.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran terdiri daripada kanak-kanak Sindrom Down, Autisme, Disleksia, Hyperaktif (ADHD), Gangguan Emosi, Terencat akal, Cerebral Palsy dan Pintar Cerdas.

Sindrom Down disebabkan oleh kromosom yang abnormal dan ini adalah punca terencat akal. Mempunyai 47 kromosom iaitu lebih 1 kromosom daripada individu normal.

Antara punca-punca Sindrom Down ialah Ibu yang melahirkan berumur 35 tahun ke atas. Faktor genetik juga menyumbang kepada Sindrom Down. Pemakanan ibu semasa mengandung sedikit memberi kesan.

Kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenalpasti sejak dilahirkan. Antara ciri-ciri Sindrom Down ialah mempunyai wajah yang hampir sama, kulit berlipat dibahagian mata, muka leper, lidah tebal, jari jemari gemuk dan pendek serta leher pendek dan besar.

Kanak-kanak Sindrom Down tidak dapat bertutur dengan jelas kerana keadaan lidah yang tebal dan pendek. Mengalami masalah perkembangan bertutur lebih lambat daripada perkembangan kognitif.

HIPERAKTIF (ADHD)

kanak-kanak ini biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. mereka dapat di kesan daripada simptom berikut :

a) Tidak memberi tumpuan

i- gagal menyiapkan tugasan

ii- tidak mengikut arahan

iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif

i- bertindak tanpa berfikir

ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti

iii- perlu beri perhatian yang lebih

iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif

i- berlari ataupun memanjat sebarang objek

ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang

iii- sentiasa aktif sepanjang masa

Page 4: Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

TERENCAT AKAL

Terencat akal ialah kanak-kanak yang mengalami perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak ini. Cara yang biasa digunakan adalah kaedah klinikal dan ujian IQ (intelligence quotient).

Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak terencat akal dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, terencat akal :

1. Ringan - skor IQ 50 hingga 75

2. Sederhana - skor IQ 30 hingga 50

3. Teruk - skor IQ 30 ke bawah