sejarah penubuhan krs

18
SEJARAH PENUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil

Upload: cyti-wawa

Post on 28-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

krs

TRANSCRIPT

SEJARAH PENUBUHAN KRSKadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

OBJEKTIF PENUBUHAN KRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

LENCANA KADET REMAJA SEKOLAH

Pengertian Logo

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejalayang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehalmelambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengiraketurunan dan kaum, agama dan latarbelakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Cogan Kata KRS ILMU IMAN AMAL

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asaspembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihatyang berterusanmerupakan natijah daripadakekuatan intelektual dan disiplin diri.

LAGU KRS

Kadet Remaja Sekolah,Menuju satu ikatan bersaudara,Bersatu menjulang, keamanan Negara,Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,Membentuk insan yang kereatif,Kearah kecermelangan diri,Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,Menjadi bangsa Malaysia,Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,Ilmu, iman dan amal,Tetapkan di hati dan jiwamu,Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

lagu_krs

BENDERA KRS

Warna Hijau melambangkan : Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masadepan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS

HUKUMAN KAWAD

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

Jadikan Tiga BarisanHukuman: Skuad masuk barisKesalahan biasa:- datang beratur tiada berlari- bercakap-cakap-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

ParasHukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

NomborHukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerakHukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......PusingHukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.Hukuman : Ke kanan lurus.Kesalahan biasa :- tidak bilang nombor dengan cepat- menyebut nombor dengan suara yang perlahan- lupa nombor masing-masingSediaHukuman : Skuad,skuad......sediaKesalahan biasa :-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan-berdiri tidak tegap dan mata bergerak-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan-belakang tangan menghala ke hadapan-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata-tidak memandang 200m ke hadapan-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang DiriHukuman : Senang ......diriKesalahan biasa :-siku bengkok-lutut tidak tegap dan tiada bertahan-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu-menggerakkan kaki kiri-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan DiriHukuman : Rehatkan ...... diriKesalahan biasa :-kedua-dua tapak kaki bergerak-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan BarisanHukuman : Ke kanan...... lurusPandang......depanKesalahan biasa :-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus-pinggang lemah semasa kaki bergerak-badan dan kepala tidak tegak-siku bengkok-turun tangan dengan lambat

Buka Dan Tutup BarisanHukuman :Buka barisan......gerakTutup barisan......gerakKesalahan biasa:-kedua-dua badan tidak rapat ke badan-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang-tangan dan bahu bergerak-mata pandang ke bawah-badan tidak tegak

BerpusingHukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusingKesalahan biasa :-badan berlonjak semasa berpusing-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki-keberatan badan di atas kaki yang belakang-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai Dan Keluar BarisHukuman : Ber......suraiHukuman : Keluar......barisKesalahan biasa ;-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

BerjalanJarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci~ Berlari- setiap satu langkah 40 inciMasa berjalan~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat JalanHukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalanIngatan:- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu.- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.Kesalahan biasa :-lutut kendur-lenggang tidak lurus-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit.-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama

BerhentiHukuman : Skuad, skuad...... hentiKesalahan biasa :- bergoyang selepas berhenti-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti-turun tangan terlalu lambat- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing Ke BelakangHukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusingKesalahan biasa :- lutut bengkok semasa pusing-membiarkan tangan berayun-ayun-tidak mengangkat kaki cukup tinggi-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar Langkah(cepat jalan)Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)Kesalahan biasa :-melenggangkan bahu dan tangan- tidak membongkokkan lutut-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga(semasahentak kaki sahaja)Hukuman : tukar langkahKesalahan biasa :-badan seolah-olah mengeliat-terlalu pantas

Hormat Semasa BerjalanKe kanan hormatHukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat hadapan hormatHukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormatKesalahan biasa :-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

PERLEMBAGAAN KRS

1) Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan namaKadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagiSekolah Rendah2) Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:a.Peringkat Kebangsaan:Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpurb.Peringkat Negeri:Jabatan Pelajaran Negeri berkenaanc.Peringkat Daerah:Pejabat Pelajaran Daerah berkenaand.Peringkat Sekolah:Sekolah berkenaane.Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yangditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa kesemasa.