sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

7
Sejarah Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(23 Julai 2008) Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh kuasa-kuasa penjajah silih berganti sejak 1511. Dalam tempoh itu penjajah British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila Kesatuan Melayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu, telah mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalam komonwel yang mengandungi lima orang anggota yang terdiri dari Lord Reid sebagai pengerusinya Ivor Jennings, Sir William McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid. Tanggungjawab Suruhanjaya ini adalah untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan mesyuarat dwidewan dan mempunyai kerajaan Persekutuan yang kuat. Suruhanjaya juga hendaklah menjamin kedudukan dan darjat Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing-masing, mengadakan suatu rupa bangsa yang sama bagi seluruh Persekutuan, dan seorang ketua negara bagi seluruh negara. Suruhanjaya juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Dengan bidang tugas yang sedemikian, Suruhanjaya Reid mula menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pandangan bagi menggubal perlembagaan bagi Tanah melayu. Suruhanjaya telah memulakan kerjanya pada akhir bulan Jun 1956. Justeru itu, Setiausaha Agung UMNO Senu Abdul Rahman dalam surat pekelilingnya kepada Setiausaha-setiausaha Bahagian UMNO dan Pertubuhan-pertubuhan bergabung, telah meminta UMNO Negeri mengemukakan pandangan atau cadangan kepada ibu pejabat sebelum akhir bulan Mei 1956 mengenai cadangan perlembagaan. Beliau juga mengingatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan juga ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh atau terlatah apabila terpandang atau terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Nasihat Setiausaha Agung itu ada asasnya. Pada ketika itu pemimpin-pemimpin masyarakat Cina kelahiran negara China telah menuntut supaya orang-orang yang asalnya pedagang dan asing diberikan hak sepenuhnya dalam negara ini dengan tidak diberikan kelebihan atau keutamaan kepada bangsa Melayu sahaja. Mereka menuntut supaya dasar jus soli diterima sebagai syarat kerakyatan Persekutuan. Kumpulan ini berpendapat bahawa undang-undang kerakyatan yang sedia ada 'tidak realistik' dan bersifat 'diskriminasi'. Sementara itu, pada 9 April 1956, Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, telah dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk mempengerusi Jawatan kuasa Siasah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbang memorandum-memorandum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa Siasah telah menerima pelbagai cadangan. Tetapi isu yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan bahasa. Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, umpamanya, mendesak UMNO menolak pemberian kerakyatan kepada kaum asing berasaskan prinsip jus soli. Pada pandangan UMNO Johor, 'dengan memakai dasar jus soli dalam Tanah Melayu Merdeka kelak akan membangkitkan kesusahan dan kerumitan antara Kerajaan Tanah Melayu Merdeka dengan kerajaan lain dalam menentukan kerakyatan seseorang itu dengan sebab kerajaan lain umpamanya kerajaan China, menurut undang-undang kerajaannya telah ditetapkan seorang Cina mestilah jadi rakyat Negara China walau dimana mereka diperanakan'.(1) UMNO juga mendesak supaya tuntutan kaum bukan Melayu yang menuntut supaya bahasa Mandarin dijadikan sebagai bahasa rasmi ditolak. Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi meneliti serta menimbang syor-syor perlembagaan daripada bahagian dan cawangan UMNO di seluruh negara. Mana-mana cadangan yang dianggap 'melampau' seperti mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai negeri milik orang Melayu sahaja, telah ditolak. Mengenai jus soli, Jawatankuasa Siasah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak prinsip itu dan hanya menerima pakai prinsip itu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima cadangan Jawatankuasa Siasah dan disahkan dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 19 Ogos 1956. Razak kemudiannya telah diminta mengemukakan memorandum cadangan Perlembagaan UMNO kepada Majlis Perikatan Perikatan untuk ditimbang dan diselaraskan sebelum dipanjang kepada Suruhanjaya Bebas. Majlis ini juga dipengerusikan oleh Razak. BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU Majlis Kebangsaan Perikatan telah menimbang memorandum dari UMNO, MCA dan MIC. Dalam deliberasinya, Majlis Kebangsaan Perikatan mencadangkan Perlembagaan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera di negeri ini berasaskan sejarah dan perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British. Justeru, Yang Di Pertuan Besar telah diberi tanggungjwab untuk menjaga kepentingan istimewa orang Melayu. Sehubung dengan itu, Perlembagaan hendaklah mempunyai kuasa untuk memperuntukan kepada orang-orang Melayu 'a reasonable proportion of lands, posts in the public service, permits to engage in business or trade, where such permits are restricted and controlled by Minda Madani Online http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Upload: babun-marie-magdalyn

Post on 13-Jan-2015

1.774 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

Sejarah Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(23 Julai 2008)

Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh kuasa-kuasa penjajahsilih berganti sejak 1511.  Dalam tempoh itu penjajah British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usahauntuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila KesatuanMelayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arahkemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, PerikatanUMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatanyang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan denganKerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkankemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuahSuruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka.Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu, telah mengumumkanpembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalamkomonwel yang mengandungi lima orang anggota yang terdiri dari Lord Reid sebagai pengerusinya Ivor Jennings, SirWilliam McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid.

Tanggungjawab Suruhanjaya ini adalah untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan demokrasiberparlimen, mengadakan mesyuarat dwidewan dan mempunyai kerajaan Persekutuan yang kuat. Suruhanjaya jugahendaklah menjamin kedudukan dan darjat Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing-masing,mengadakan suatu rupa bangsa yang sama bagi seluruh Persekutuan, dan seorang ketua negara bagi seluruh negara.Suruhanjaya juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Dengan bidang tugas yang sedemikian, Suruhanjaya Reid mula menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pandanganbagi menggubal perlembagaan bagi Tanah melayu. Suruhanjaya telah memulakan kerjanya pada akhir bulan Jun 1956. Justeru itu, Setiausaha Agung UMNO Senu Abdul Rahman dalam surat pekelilingnya kepada Setiausaha-setiausahaBahagian UMNO dan Pertubuhan-pertubuhan bergabung, telah meminta UMNO Negeri mengemukakan pandanganatau cadangan kepada ibu pejabat sebelum akhir bulan Mei 1956 mengenai cadangan perlembagaan. Beliau jugamengingatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan juga ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh atau terlatahapabila terpandang atau terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Nasihat Setiausaha Agung itu ada asasnya.Pada ketika itu pemimpin-pemimpin masyarakat Cina kelahiran negara China  telah menuntut supaya orang-orang yangasalnya pedagang dan asing diberikan hak sepenuhnya dalam negara ini dengan tidak diberikan kelebihan ataukeutamaan kepada bangsa Melayu sahaja.  Mereka menuntut supaya dasar jus soli  diterima sebagai syarat kerakyatanPersekutuan. Kumpulan ini berpendapat bahawa undang-undang kerakyatan yang sedia ada 'tidak realistik' dan bersifat'diskriminasi'.    Sementara itu, pada 9 April 1956, Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, telah dilantik oleh Majlis KerjaTertinggi UMNO untuk mempengerusi Jawatan kuasa Siasah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangmemorandum-memorandum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa Siasah telahmenerima pelbagai cadangan. Tetapi isu yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsipjus soli dan bahasa. Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, umpamanya, mendesak UMNO menolakpemberian kerakyatan kepada kaum asing berasaskan prinsip jus soli.  Pada pandangan UMNO Johor, 'dengan memakaidasar jus soli dalam Tanah Melayu Merdeka kelak akan membangkitkan kesusahan dan kerumitan antara KerajaanTanah Melayu Merdeka dengan kerajaan lain dalam menentukan kerakyatan seseorang itu dengan sebab kerajaan lainumpamanya kerajaan China, menurut undang-undang kerajaannya telah ditetapkan seorang Cina mestilah jadi rakyatNegara China walau dimana mereka diperanakan'.(1)  UMNO juga mendesak supaya tuntutan kaum bukan Melayu yangmenuntut supaya bahasa Mandarin  dijadikan sebagai bahasa rasmi ditolak. Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi meneliti serta menimbang syor-syor perlembagaandaripada bahagian dan cawangan UMNO di seluruh negara. Mana-mana cadangan yang dianggap 'melampau' sepertimengisytiharkan Tanah Melayu sebagai negeri milik orang Melayu sahaja, telah ditolak. Mengenai jus soli,Jawatankuasa Siasah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak prinsip itu dan hanya menerima pakaiprinsip itu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayumenjadi bahasa kebangsaan. Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima cadangan Jawatankuasa Siasah dan disahkan dalam mesyuaratnya yangberlangsung pada 19 Ogos 1956. Razak kemudiannya telah diminta mengemukakan memorandum cadanganPerlembagaan UMNO kepada Majlis Perikatan Perikatan untuk ditimbang dan diselaraskan sebelum dipanjang kepadaSuruhanjaya Bebas. Majlis ini juga dipengerusikan oleh Razak.

BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

Majlis Kebangsaan Perikatan telah menimbang memorandum dari UMNO, MCA dan MIC. Dalam deliberasinya, MajlisKebangsaan Perikatan mencadangkan Perlembagaan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera di negeri iniberasaskan sejarah dan perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British. Justeru, Yang Di Pertuan Besartelah diberi tanggungjwab untuk menjaga kepentingan istimewa orang Melayu. Sehubung dengan itu, Perlembagaanhendaklah mempunyai kuasa untuk memperuntukan kepada orang-orang Melayu 'a reasonable proportion of lands,posts in the public service, permits to engage in business or trade, where such permits are restricted and controlled by

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 2: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

law, Government scholarships and such similar privileges accorded by the Government'.2 Sungguhpun demikian,'Constitution should also provide that any exercise of such powers should not in any way infringe the legitimate interestsof the other communities or adversely affect or diminish the rights and opportunities at present enjoyed by them'.3

Sehubung dengan soal kerakyatan dan kaedah memperolehinya, ahli-ahli komponen Perikatan berbeza pendapat.UMNO menolak cadangan memberikan kerakyatan berasaskan prinsip jus soli seperti yang dicadang oleh MCA dan MICsebelum negara mencapai kemerdekaan. Sungguhpun begitu, sebagai kompromi UMNO bersetuju supaya'perlembagaan itu mengadakan syarat iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripadapengisytiharan kemerdekaan itu patutlah menjadi warganegara Tanah Melayu'. Kelonggaran yang dicadangkan olehUMNO adalah seperti berikut:

Bagi kategori yang dilahirkan di negara ini sebelum merdeka, mereka berhad untuk mendaftar menjadi rakyat  dalamtempoh setahun dengan syarat :

(1)    dilahirkan disini dan telah berumur 18 tahun ataupun lebih ;(2)    berkelakuan baik;(3)    Mengangkat sumpah taat setia kepada negara ini ;(4)    Mengisytihar untuk tinggal di negara ini secara berkekalan;(5)    Telah tinggal di negara ini lebih daripada 5 daripada 7 tahun     daripada tarikh permohonan;(6)    Mempunyai kebolehan bahasa Melayu mudah Bagi kategori yang tidak dilahirkan di negara ini, mereka layak untuk memohon kerakyatan dalam tempoh setahundengan syarat yang sama kecuali dari segi tempoh maustautin, iaitu mereka perlu tinggal dinegara ini lebih daripada 8tahun daripada 12 tahun pada ketika membuat prermohonan.

Pihak MCA dan MIC bersetuju dengan syarat-syarat tersebut tetapi masih mendesak supaya kelonggaran itu diberikanuntuk tempoh dua tahun dan bukan setahun seperti yang dicadangkan oleh UMNO.

Majlis Kebangsaan Perikatan juga bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara dengan syarat cadangan itu tidak menjejaskan dasar Perikatan untuk memupuk danmempertahankan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan negara. Sungguhpun begitu mereka berbezapendapat tentang tempoh maksimum yang harus dibenarkan kepada penggunaan bahasa asing dalam urusan kerajaan.UMNO bersetuju untuk membenarkan bahasa  Inggeris dalam urusan kerajaan hanya untuk tempoh  10  sahaja manakalaMCA dan MIC pula mencadangkan supaya bahasa Inggeris, Kuo-Yu dan Tamil dipakai dalam urusan Dewan sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun sehingga Majlis berpendapat penggunaannya  tidak lagi diperlukan.

Secara amnya, UMNO dan MCA bersependapat dalam banyak perkara, seperti hak istimewa orang Melayu, tetapimereka berbeza pendapat tentang dasar jus soli dan bahasa. Oleh kerana itu, UMNO dan MCA dan MIC 'bersetujuuntuk tidak bersetuju'

Sikap kompromi Majlis Tertinggi UMNO berhubung dengan 'syarat-syarat untuk masa peralihan' telah mencetuskankontroversi dalam UMNO. Syed Jaafar Albar, Setiausaha Penerangan UMNO telah melepaskan jawatannya kerana tidakberpuashati dengan keputusan itu. Oleh kerana kontroversi itu juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Mohd.Khir bin Johari telah melarang ketua-ketua Penerangan di semua peringkat mengeluarkan sebarang kenyataan samaada secara bertulis ataupun secara lisan kepada akhbar untuk mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

BERSEMUKA DENGAN SURUHANJAYA REID

Dalam memorandum yang dinamakan sebagai 'Testament "Amanah" Politik Perikatan', yang dikemukakan kepadaSuruhanjaya Reid pada 25 September 1956,  Tunku menjelaskan bahawa memorandum itu bukan dokumen legal tetapihanya mengutarakan beberapa perkara yang difikirkan patut terkandung dalam Perlembagaan Tanah Melayu yangmerdeka dan berdaulat.Pada 27 September 1956 Perikatan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Reid untuk 'hearing' di Dewan Majlis Ekskutif diJalan Maxwell, Kuala  Lumpur pada jam 10.00 pagi.  Perikatan telah diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Dato AbdulRazak, V.T. Sambantham, Mohamed Khir Johari, Yong Pung How, Ng Ek Teong, K.Ramanathan dan Senu AbdulRahman. Dalam pertemuan itu, Razak, selaku pengerusi Jawatankuasa Siasah UMNO dan merangkap Pengerusi MajlisKebangsaan Perikatan, telah menjadi jurucakap bagi Perikatan.  Antara aspek  terpenting dalam perbincangan itu ialahsoal kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa dan kerakyatan. Sehubungan dengan kedudukan istimewa orangMelayu, Razak memaklum kepada Suruhanjaya hasrat Perikatan untuk menambah proviso kepada memorandum bagimembolehkan kedudukan itu dinilai selepas15 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaaan. Yang diPertuan Besarmempunyai tanggungjawab perlembagaan dan bukan personal terhadap kedudukan istimewa orang Melayu. Raja-rajaMelayu di negeri juga mempunyai tanggungjawab sedemikian. Razak menjelaskan bahawa kedudukan keistimewaanorang Melayu itu adalah terhad kepada bidang perniagaan dan perdagangan kerana orang-orang Melayu masih

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 3: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

ketinggalan dalam bidang tersebut. Dalam memperuntukan kedudukan keistimewaan itu, hak bukan Melayu akan tetapterpelihara.

We do not  want to reduce the legitimate interests of the others. What we have in mind is not to give Malay special rightsby taking away the legitimate rights of other people.

In certain cases it should be increased - in business or trade the Malays have very few permits, and they should be givenmore, but by giving more we should not take away from what the non-Malays now have. That is the idea. (4)

Tunku turut memberi jaminan kepada Suruhanjaya bahawa 'it will be the duty of this Government to see that no unduehardship should be suffered by any particular people who are citizens of this country'. Justeru itu, tegas Tunku, 'when wetalk of Malay rights here, it is no more than to say what is being done in the Federation alone. We do not actually refer tothe States'. (5)

Berhubung dengan soal bahasa, Lord Reid membangkit tentang penggunaan bahasa Kuo-Yu dan Tamil dalam MajlisMesyuarat. Menjelas soal ini, Tunku menyatakan bahawa UMNO berpandangan bahawa seseorang yang bercadanghendak menjadi wakil di Dewan mestilah mampu bertutur dalam bahasa rasmi, tetapi MCA berpandangan bahawa tidaksemua wakil mempunyai kemampuan untuk bertutur dalam bahasa rasmi melainkan dalam bahasa yang mereka mahir.Sehubung ini, Ng Aik Teong, wakil MCA, menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Kuo-Yu atau Tamil hanya berupa 'atemporary privilege', iaitu untuk tempoh 10 tahun sahaja, dan juga atas kesedaran bahawa syarat-syarat memperolehikerakyatan istimewa dibuat tanpa perlu melalui peperiksaan bahasa. Dan sekiranya mereka ini diberi hak mengunditetapi dalam masa yang sama mengenakan syarat bahasa pasti sebahagian besar orang Cina tidak mempunyaikelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.

Lord Reid nampaknya tidak dapat menerima hujah tersebut kerana mereka masih berpeluang untuk mempelajari bahasarasmi berkenaaan. 'The Chinese are pretty able people; they could do that pretty easily'.5 Sehubung dengan ini, Tunkumencelah bahawa sekiranya keputusan telah dibuat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaanmaka semua pihak mesti berusaha untuk menjayakannya. Lagipun, Undang-Undang Piliharaya menegaskan bahawaseseorang itu mestilah boleh bercakap salah satu daripada bahasa rasmi untuk melayakkan diri sebagai calon.

PENYATA REID DAN DERAF PERLEMBAGAAN

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyiarkan penyataannya mengenai Perlembagaan Tanah Melayumerdeka. Dengan terbitnya Penyata tersebut, maka sekali lagi suasana politik dalam negeri telah menjadi keruh. Ahli-ahli UMNO pada umumnya menganggap Penyata Reid itu 'terkeluar daripada cadangan UMNO dan Perikatan'. Padapandangan ahli-ahli UMNO sekiranya cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid itu diterima sepenuhnya nescayaorang Melayu akan menerima bencana besar. Seorang ahli UMNO mengeluh:

Banyak syor-syor dan tuntutan-tuntutan daripada orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang telah dimajukankepada Suruhanjaya itu yang bercorak mempertahankan hak-jhak Melayu itu nampaknya dikecualikan penyata tersebut,sebaliknya tuntutan orang-orang dan petubuhan-pertubuhan daripada bangsa yang bukan Melayu yang telah menuntutpersamaan hak dengan orang-orang Melayu itu telah mendapat layanan dalam penyata itu. (6)

Bagi menjamin keselamatan orang Melayu selepas merdeka, UMNO negeri Johor mencadangkan agar Majlis TeringgiUMNO memasukkan dalam Perlembagaan bahawa Perdana Menteri mestilah terdiri daripada orang Melayu yangberagama Islam.

Perasaan tidak puashati ahli UMNO terhadap Penyata Reid telah diluah dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 28 Mac1957. Sekali lagi Tunku terpaksa membuat kenyataan bagi meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa syor Perlembagaan ituhanyalah cadangan jua dan akan disemak serta dipinda supaya bersesuaian dengan kehendak rakyat negeri ini khasnyaorang Melayu.  Malah beliau memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada tuntutan-tuntutannya yangasal. Jaminan itu perlu kerana Parti pembangkang Melayu khususnya Parti Negara dan PAS telah menggunakanpenyata dan syor perlembagaan Reid untuk menumbangkan UMNO dengan jalan mempengaruhi rakyat - rakyat Melayukononnya orang-orang Melayu akan lenyap dan hapus dari bumi Tanah Melayu jika syor Perlembagaan dalamPenyataan itu diterima.

Jawatankuasa Siasah UMNO telah  menyemak dan mengkaji segala fikiran dan pendapat daripada ahli-ahli danbahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sebelum kemudian di bawa ke dalam Jawatankuasa SementaraPolitik Perikatan (Alliance Ad Hoc Political Committee).

Jawatan kuasa Sementara Politik Perikatan telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 18 Mac 1957.Jawatankuasa ini dipengerusikan  oleh  Abdul Razak. Beliau mengingatkan ahli Jawatankuasa bahawa cadanganPerikatan adalah yang terbaik dan diterima oleh majoriti rakyat. Malangnya syor-syor yang dikemukakan olehSuruhanjaya telah menyimpan jauh daripada cadangan Perikatan. Terdapat empat isu penting dalam memorandum

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 4: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

tersebut iaitu: kerakyatan, bahasa, agama dan hak keistimewaan orang Melayu. Perkara-perkara tersebut, padapandangan Razak, tidak seharusnya diputuskan oleh pakar-pakar asing tetapi hendaklah diputus dari sudut politik.Seterusnya Razak memaklumkan kepada Majlis bahawa oleh kerana Suruhanjaya Reid telah menyeleweng jauhdaripada cadangan Perikatan terhadap perkara-perkara penting itu, sesetengah ahli-ahli UMNO telah mengkritik dengantajam pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan tersebut telah meletakkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kesulitan.Apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersetuju untuk menerima cadangan Perikatan, mereka percaya bahawa  cadanganitu akan diterima oleh rakyat. Justeru itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak merujuk soal itu kepada Persidangan UMNO.

Tan Siew Sin memberi jaminan kepada Razak bahawa MCA akan berpegang kepada keputusan asalnya. KenyataanTan Siew Sin itu disokong oleh Ramanathan, wakil MIC. Melihat kepada sokongan padu itu, Razak  merumuskan bahawaUMNO, MCA dan MIC sebulat suara menyokong cadangan asal Perikatan. Beliau juga mengingatkan bahawa sehubungdengan perkara-perkara yang kontroversi, Jawatankuasa hendaklah memikir apa yang sangat diterima oleh negerisecara keseluruhan dan bukan apa yang ideal. Bagi mengelakkan ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya daripada terpengaruh dan terkeliru oleh dakyah-dakyah lawan, UMNO telah mengadakan Perhimpinan Agung pada 28 Mac 1957 di Kuala Lumpur untuk menerangkanperkembangan dalam rundingan Jawatankuasa Kerja dan pendirian UMNO terhadap Penyata Reid.  Tunku AbdulRahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada tuntutan UMNO. Cadangan Reid itu akandisemak serta dipinda supaya bersesesuaian dengan kehendak rakyat.

Sementara itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah mengeluarkan peringatan kepada semua ketua dan setiausahaNegeri dan Bahagian UMNO supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara persendirian dalam surat khabar ataumengadakan mesyuarat-mesyuarat tergempar dan menerbitkan ketetapan yang keras berhubung dengan penyatatersebut. Pada pandangan Majlis Kerja Tertinggi 'perbuatan yang terburu-buru. akan mengelirukan danmemecahbelahkan ahli-ahli kita dan orang ramai dan juga memberi peluang dan modal kepada parti-parti lawan kita'.(7)Majlis Tertinggi juga menyeru ahli-ahli UMNO supaya memberikan sokongan 'yang tegap dan fikiran serta pendapatyang sihat di dalam masa kita memperjuangkan kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan kita itu'.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa kecil Politik Perikatan pada 3 April 1957, Razak telah membentangkan keputusanmesyuarat Agung UMNO tentang Penyata Reid dan memberi jaminan bahawa UMNO akan berpegang kepadaMemorandum Perikatan.(8) Jawatankuasa itu membincangkan pelbagai perkara yang masih belum selesai seperti soaljawatan Gabenor, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Razak mencadangkan dua priviso perlu dimasukkan dalam Fasal8 yang mengsyaratkan pemegang jawatan itu mesti rakyat negara ini. Berkaitan dengan itu juga, Razak menarikperhatian mesyuarat tentang jawatan Menteri Besar. Mengikut perlembagaan yang sedia ada seseorang Menteri Besaritu mestilah beragama Islam dan berbangsa Melayu. Melihat kepada jumlah dan komposisi penduduk di sesetengahnegeri, berkemungkinan besar pada masa hadapan jawatan itu akan diisi oleh seorang yang bukan berbangsa Melayudan bukan beragama Islam kiranya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.  Oleh kerana itu, Razak berpendapatproviso mesti dimasukkan bagi membolehkan Raja menggunakan kuasanya dalam perkara itu.

Jawatankuasa itu juga membincang tentang kedudukan istimewa orang Melayu. Razak mendapati bahawa Fasal 153yang dicadangkan oleh Penyata Reid menepati kehendak Memorandum Perikatan. Razak menegaskan bahawa 'Wehave agreed to give the Malays reasonable openings in the economic and commercial fields but, in doing so, we shouldnot cause hardship to or diminish the rights or opportunities or interests of the other races'.9

Sehubung hal ini, Dr. Ismail meminta MCA dan MIC menyokong tuntutan kedudukan istimewa orang Melayu dan AgamaIslam bagi mengelak parti-parti pembangkang Melayu daripada mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekeliruandi kalangan orang Melayu bahawa kaum bukan Melayu menentang pemberian kedudukan istimewa tersebut.Sungguhpun bersetuju dengan provisi itu, Tan Siew Sin mencadangkan supaya provisi itu dideraf dengan teliti bagimenjaminkan kedudukan orang bukan Melayu tidak akan terjejas terutama sekali kiranya parti pembangkang Melayuyang memerintah.

Unless the provisions to be inserted in the constitution are carefully drafted, they can be interpreted to the disadvantageof non-Malays by another party in power, say under Onn or Burhanuddin or Boestaman. There would be nothing to stopsuch  a party from saying that in future half of any trade or industry should be given to Malays, and this could go on adinfinitum. There is a real fear among the non-Malays.(10)

Menjawab kebimbangan Tan Siew Sin, Dr. Ismail mengingatkan  bahawa Perikatan pada prinsipnya telah bersetujubahawa orang-orang Melayu hanya diberikan kuota dalam bidang yang terhad sahaja, seperti perniagaan. Tetapi, dalambidang yang tidak terhad, orang Melayu tidak perlu diberikan kuota. Tegas Dr. Ismail lagi: 'that existing licences shouldremain untouched, but in future licensing, the Malays should be given a certain percentage'. (11) Tambahnya lagi:

It is felt that here is one aspect of business in which the Malays stand a reasonable chance of success, but it is notintended that the grant of licences to Malays should redound to the disadvantage of existing licence holders'. (12)

Tan Siew Sin menganggap Penyata Reid mengenai Fasal 153 adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan.

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 5: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

Disebut dalam memorandum itu bahawa kepentingan, hak dan peluang yang sah kaum bukan Melayu tidak akandiganggu  ataupun disekat. Kaum bukan Melayu menginsafi bahawa orang Melayu mesti dibantu dalam bidang ekonomi,tetapi dengan jaminan bahawa kepentingan mereka akan selamat.

Merumus perbahasan itu, Razak berpendapat bahawa provisi itu mesti dimasukkan dalam Perlembagaan untukmembantu orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashatidengan perkara itu mereka boleh membawanya ke mahkamah.(13)

Deraf Fasal 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu telah dibahas pada mesyuarat Jawatankuasa pada 29April 1957.  Dalam membentang deraf terbaharunya mengenai perkara itu, Razak menjelaskan:

The Alliance recommendations can be divided into two parts: Part 1 says the Alliance agrees that the special privilegesand rights at present accorded to Malays should be continued, and Part 2 deals with the question of these privileges andrights in the future.

His interpretation of the intention of the Alliance is that no person should be deprived of his existing rights solely for thepurpose of reserving rights for the Malays. It is on this interpretation that the Attorney-General has redrafted the sectionof the draft Constitution.(14)

Tan Siew Sin bagaimanapun menegur bahawa deraf itu tidak mengambilkira dua pandangan yang dibangkitkan, iaitujaminan bahawa hak kepentingan kaum bukan Melayu akan terus terpelihara walaupun kerajaan berubah ganti, dan jugajaminan kiranya orang Melayu tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan, kuota itu akan dibuka kepada orang bukanMelayu agar kemajuan ekonomi tidak terjejas akibat daripadanya.

Selepas berbincang lanjut, Jawatankuasa kecil Politik bersetuju dengan cadangan untuk memasukkan satu provisi barudalam deraf perlembagaan terbaharu yang berbunyi seperti berikut:

Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict or control any trade or business just for the sake of creatingquotas for Malays.(15)

Jawatankuasa juga bersetuju untuk memasuk dalam laporan rasmi Working Party bahawa bahawa 'the Malaysthemselves would want to remove from the Constitution the slight implied in the protective clause under the heading ofSpecial Position of the Malays’.(16)

Jawatankuasa itu juga berbincang mengenai kedudukan bahasa Inggeris. Sehubung hal ini, Tan Siew Sin nampaknyatidak berpuashati dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempoh 10tahun.  'if the Alliance is serious about doing away with English in 10 years, it is best not to waste the time of children nowstudying English in primary schools’, tegasnya.(17) Dr. Ismail menasihat Tan Siew Sin supaya  bersikap pratikaldan realistik. Di India, katanya, penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan melebihi hak yang ditetapkan olehPerlembagaan.(18) Razak bagaimanapun mengingatkan bahawa Perikatan telah menerima cadangan Penyata Reiduntuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pada 4 Mei 1957, laporan Mesyuarat Jawatankuasa Politik Perikatan telah dibentang di Majlis Kebangsaan Perikatan diibu Pejabat MCA yang dipengerusikan oleh Tunku. Tunku menganggap mesyuarat itu sebagai 'the most importantmeeting in our history'.19 Tunku mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Politik yang dipengerusikan oleh Razaksehingga berjaya menghasilkan satu kompromi tentang peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan. Beliaumemberi jaminan bahawa mana-mana bahagian dalam perlembagaan itu masih boleh dipinda pada masa depan atassemangat bertolak ansur. Beliau berbangga dengan pendirian tegas MCA dan MIC dalam menghadapi tekanan kaummasing-masing.

Members of the Alliance may have differences of opinion and even quarrels, but when faced by an enemy, they havealways stood, and will always stand, united for the sake of the country. The future of independent Malaya lies in oiurhands. I pray that God will give us life and strength, so that we will do our duty for many more generations to come.(20)

Sebagai pengerusi Jawatankuasa kecil politik Perikatan, Razak telah membentangkan laporan cadangannya yangmeliputi isu kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu. Selepas menjelaskan secara mendalambeberapa aspek daripada Penyata Reid dan cadangan balas Jawatankuasa, Majlis Kebangsaan telah menerimacadangan tersebut untuk dikemukakan kepada Kerajaan British.

Sementara itu satu perhimpunan telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957 yangditaja oleh ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati untuk membincangkan laporan deraf Perlembagaan. Turut terlibat dalamperhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu 1957 itu ialah PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Perhimpunanitu telah mengemukakan beberapa tuntutan, diantaranya menuntut supaya syarat-syarat pemberian kerakyatandiperketatkan, menolak kerakyatan komonwel dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 6: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

Perhimpunan itu juga mendesak agar agama Islam bukan hanya diisytihar sebagai agama rasmi tetapi juga sebagaiasas pemerintahan negara. Memorandum Kongres itu telah dikemukakan kepada Tunku untuk dijadikan pedomansemasa berunding dengan Kerajaan British, tetapi telah ditolak.

Kelompok bukan Melayu diluar MCA turut mengemukakan bantahan. Kumpulan-kumpulan seperti The Pan-MalayanFederation of Chinese Association, Federation of Chinese Guilds and Association (FCGA), United Chinese SchoolTeachers Association (UCSTA) dan All-Malaya Chinese Schools Management Association (AMCSMA) membuatmemorandum berasingan dan telah menghantar rombongan merundingkan kemerdekaan. The Pan-Malayan Federationof Chinese Associations  di bawah Lau Pak-Khuan, Tan Kee Gak dan Yap Mau Tatt umpamanya menuntut kerajaanBritish menerima prinsip jus soli untuk kewarganegaraan. Mereka juga menuntut agar kedudukan Istimewa OrangMelayu dihapuskan. Pada pandangan mereka:

It is submitted that to enshrine in the constitution, even for a limited period of time, all the special privileges at presentenjoyed by the Malays will have the effect of relegating the non-Malays to the position of second-class citizens.Inequalities arising from poverty, malnutrition and ignorance undoubtedly exist, but these are not confined to Malays, andare, in the submission of the Delegations, matters to be remedied by social policy, rather than by according specialprivileges to any particular community.(21)

Atas hujah itu mereka mendesak supaya  'all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities, andthere must not be discrimination on grounds of race or creed.'(22)

Mereka juga mendesak supaya bahasa Cina, Tamil dan Inggeris diiktiraf sebagai rasmi selain bahasa Melayu. Desakanitu dibuat atas alasan bahawa ' in modern Malaya, where Malay speaking peoples constitute no more than half the totalpopulation, it would be quite incongruous to make Malay the official language for all'.23 Tambahnya lagi:

The Delegations respectfully submit that the attempt to impose one language on the whole community as its officiallanguage cannot help but be a potential sourse of trouble for the future'.(24)

ROMBONGAN KEMERDEKAAN

Pada 10 Mei 1957 Tunku telah mengepalai rombongan untuk kali ketiga ke London berbincang dengan kerajaan Britishtentang kemerdekaan.  Rombongan itu bertolak ke London dengan pesawat BA 781. Rombongan kemerdekaan telahberada di sana selama 15 hari.Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak dan Ong Yoke Lim telah ditempatkan di Prior'sHouse manakala  V.Y. Sambanthan dan Tunku Ismail telah ditempatkan di Queen's House yang terletak di St. James'sCourt, Buckingham Gate, S.W.1.

Dalam mesyuarat antara rombongan kemerdekaan dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapaimengenai butir-butir perlembagaan. Tidak lama kemudian, Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaanatas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Kebangsaan telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.Yang di PertuanAgung telah diberi tanggungjawab oleh Perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu sertahak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.  Pada 29-30 Jun 1957, kertas putih itu telah dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO di mana ia telah diluluskandengan sebulat suara.  Rang Undang-Undang itu kemudiannya telah di bawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada10 Jun 1957. Tunku Abdul Rahman, selaku Ketua Menteri telah membentang Rang Undang-Undang tersebut yangmengambilmasa selama 2 1/2 jam. Tunku memberi jaminan bahawa  kerajaan Perikatan akan berlaku adil kepada semuapihak. Mengenai Perkara 152(1). Tunku menganggap sebagai tanggungjawab mempertahankan keistimewaan bagiorang Melayu tanpa menjejaskan hak sediada bukan Melayu.

It was necessary for Malays to be protected otherwise they would go under as has happened in Singapore orPenang.(25)

Usul itu telah di sokong oleh Tan Siew Sin. Sehubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, Tan Siew Sinmenegaskan bahawa ia bukan sesuatu yang baru dan 'was not only for the benefit of the Malay themselves but in theinterest of the country as a whole in order to bring the Malays up to something nearer equality with the other races'.26Beliau juga tidak membantah hasrat untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan ' as there was no derogationof the principle of a secular state or no disabilities were imposed on non-muslim'.(27) Perlembagaan itu telah diluluskanoleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.

MERDEKA

Tepat jam 12 malam bertempat di padang Bangunan Sultan Abdul Samad, Razak bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain mengiringi Tunku Abdul Rahman untuk menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan tamatnya

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21

Page 7: Sejarah pengubalan perlembaggan persekutuan tanah melayu 1956

penjajahan British di Tanah Melayu. Dengan laungan ‘merdeka’, bendera ‘Union Jack’perlahan-lahan diturunkan. Razak merasa megah dan puashati. Setelah bertahun-tahun berjuang, Tanah Melayuakhirnya akan kembali bebas dan merdeka.  

Pada pagi 31 Ogos 1957, satu majlis telah diadakan di Stadium Merdeka yang dibina khas untuk meraikan peristiwayang bersejarah itu. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan barisan pimpinan lain, Razak berdiri megahapabila Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan kemerdekaannya. Beliau turut tercabar apabila Tunkumengingatkan bahawa perjuangan mereka masih lagi belum selesai.

Janganlah ada orang yang menyangka bahawa kita telah sampai ke penghujung jalan. Kemerdekaan itu sesungguhnyaadalah semata-mata ibarat tempat perbentian dalam perjalanan yang jauh, malahan ia adalah ambang kepada satuusaha dan percubaan bagi mewujudkan sebuah negara baru yang berdaulat.(28 )

NOTA

1    Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor - UMNO Negeri, 17 April 1957.2    Lihat memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid, 27 September 1956 dlm. Penyata Mesyuarat Agung UMNOTahun 1955/56.3    Ibid.4    Minit 'Hearings' Perikatan-Suruhanjaya Reid di Dewan Majlis Ekskutif, Kuala Lumpur, 27 September 1957. CO 889/4.5    Ibid.6    Setia bin Abu Bakar - DYMM Raja-raja Melayu, 3 April 1957.7    Setiausaha Agung UMNO - UMNO Negeri, 17 April 1957.8    Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 3 April 1957.9    Ibid.10    Ibid.11    Ibid.12    Ibid.13    Ibid.14    Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 29 April 1957.15    Ibid.16    Ibid.17    Ibid.18    Ibid.19    Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Perikatan, 4 Mei 1957.20    Ibid.21    Joint memorandum for the consideration of the Secretary of State for the Colonies by The Pan-Malayan Federation ofChinese Associations and the Malayan Party. CO1030/439; Malaya: Monthly Intelligence Report for November 1956,PRO London.22    Ibid.23    Ibid.24    Ibid.25    Penyata Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan 10 Jun 1957.26    Ibid.27    Ibid.28    Ucapan Tunku Abdul Rahman Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957

* Prof.Dr.Nik Anuar Nik Mahmud , UKM, Kertas kerja ini disampaikan sewaktu Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin,anjuran Kumpulan Prihatin & ABIM pada (Sabtu) 12 Julai 2008 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya.

Minda Madani Online

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 8 March, 2010, 09:21