pembentukan kerakyatan persekutuan tanah melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni....

20
Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan Kesannya kepada Kedudukan Politik Orang Melayu oleh RAMLAH ADAM', Ph.D. PENGENALAN Tajuk ini bertujuan membincangkan perubahan-perubahan penting tentang kerakyatan Negeri Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British sehingga negara ini mencapai kemerdekaan. Perubahan ini akan dilihat melalui akta-akta penting dengan penumpuan khas terhadap soal Rakyat Raja, Rakyat British dan Rakyat Persekutuan. Untuk melihat kesan kerakyatan ini kepada orang Melayu, penumpuan akan diberi kepada perubahan yang berlaku kepada kerakyatan Negeri Melayu dan Rakyat Raja. PERKEMBANGAN DAN KESAN Sebelum kedatangan British dan penjajah lain di Semenanjung Tanah Melayu, telah terdapat kerajaan-kerajaan Melayu yang mempunyai kedaulatan penuh ke alas negeri, kerajaan dan rakyatnya. Mengikul cerita lisan, terdapal kerajaan Melayu tua seperti Langkasuka, Beruas, Gangga Negara dan juga di Kelantan; mengikul peng- kajian arkeologi pula lerdapat penempatan-penempatan zaman neolitik dan pra- sejarah di Kedah, Perak, Sarawak, Selangor dan Pahang. Bagi negeri yang mem- punyai rekod sejarah pula, seperti Kesultanan Melaka, yang wujud pada awal kurun ke-15, kepentingannya dan kemampuannya sebagai sebuah kerajaan dan empayar pelautan Melayu Semenanjung tidak dapat diragukan. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 pula telah melahirkan unit-unit negeri-negeri Melayu yang baru merdeka. Pembentukan kerajaan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Kedab serta Kelantan yang dibentuk lebih awal telah menyempurnakan kewujudan Seme- nanjung Tanah Melayu sebelum pendudukan British pada pertengahan kurun ke-19. Hikayat-hikayat Melayu telah menjadi sumber sejarah-budaya masyarakat Melayu tradisional itu. Melaluinya, keadaan dan perjalanan politik, ekonomi dan Pror. Madyn di Jabalan Sejarah. Universiti Malaya .

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956

dan Kesannya kepada Kedudukan Politik

Orang Melayu

oleh RAMLAH ADAM', Ph.D.

PENGENALAN

Tajuk ini bertujuan membincangkan perubahan-perubahan penting tentang kerakyatan Negeri Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British sehingga negara ini mencapai kemerdekaan. Perubahan ini akan dilihat melalui akta-akta penting dengan penumpuan khas terhadap soal Rakyat Raja, Rakyat British dan Rakyat Persekutuan. Untuk melihat kesan kerakyatan ini kepada orang Melayu, penumpuan akan diberi kepada perubahan yang berlaku kepada kerakyatan Negeri Melayu dan Rakyat Raja.

PERKEMBANGAN DAN KESAN

Sebelum kedatangan British dan penjajah lain di Semenanjung Tanah Melayu, telah terdapat kerajaan-kerajaan Melayu yang mempunyai kedaulatan penuh ke alas negeri, kerajaan dan rakyatnya. Mengikul cerita lisan, terdapal kerajaan Melayu tua seperti Langkasuka, Beruas, Gangga Negara dan juga di Kelantan; mengikul peng­kajian arkeologi pula lerdapat penempatan-penempatan zaman neolitik dan pra­sejarah di Kedah, Perak, Sarawak, Selangor dan Pahang. Bagi negeri yang mem­punyai rekod sejarah pula, seperti Kesultanan Melaka, yang wujud pada awal kurun ke-15, kepentingannya dan kemampuannya sebagai sebuah kerajaan dan empayar pelautan Melayu Semenanjung tidak dapat diragukan. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 pula telah melahirkan unit-unit negeri-negeri Melayu yang baru merdeka. Pembentukan kerajaan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Kedab serta Kelantan yang dibentuk lebih awal telah menyempurnakan kewujudan Seme­nanjung Tanah Melayu sebelum pendudukan British pada pertengahan kurun ke-19.

Hikayat-hikayat Melayu telah menjadi sumber sejarah-budaya masyarakat Melayu tradisional itu. Melaluinya, keadaan dan perjalanan politik, ekonomi dan

• Pror. Madyn di Jabalan Sejarah. Universiti Malaya.

Page 2: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA OARI SEQI SEJARAH

sosial kerajaan-kerajaan Melayu itu, dapat diketabui. Hikayat-hikayat ini telah ditulis oleh pujangga istana dengan tujuan untuk mengagungkan raja yang merintah dan kaum kerabatnya. Dengan tujuan itu tidak hairanlah setengab-setengah peristiwa telah dimetoskan dengan memberi kuasa-kuasa ghaib dan mistik kepada raja tersebuL Ini tentu sekali bertentangan dengan aka I rasional manusia hari ini. Namun, kita harus sedar bahawa dalam kerangka pemikiran masyarakat tradisional yang rnenerima raja sebagai wakil tuhan di dunia dengan' sebarang kuasanya tidak boleh dipertikaikan, mernang disengajakan. Bagaimanapun dalam masa yang sarna, ada penulis istana seperti Tun Sri Lanang yang telah menyelitkan sindiran yang tajam kepada raja-raja Melaka yang tidak adil dan sentiasa rnengikut nafsu, sehingga rnenyebabkan kejatuhan Melaka.

Misa Melayu merupakan salah satu hikayat yang dihasilkan oleh kerajaan Melayu Perak. Hikayat ini sangat berbeza daripada hikayat-hikayat Melayu yang lain. Ini kerana bukan sahaja nama pengarangnya tercatat dengan jelas, tetapi juga kerana peristiwa-peristiwa yang ditulisnya itu tidak bersifat metos atau legenda; sebaliknya adalah peristiwa sejarah yang berlaku dengan tepat dan selari dengan dokumen sejarah. Ia telah ditulis pada awal kurun ke-19 (1836), iaitu beberapa dekad sebelurn carnpur tangan British di Perak.

Dalarn Misa Melayu ini tercalat dengan jelas struktur dan hiraki kerajaan Melayu dengan segal a sistem yang menyokongnya sarna ada di segi politik, ekonorni dan sosial. Dalarn sistern politiknya adalah jelas sekali kerajaan Perak diketuai oleb seorang raja yang dilantik secara keturunan dan disahkan dengan satu sistem penabalan yang penuh dengan adat istiadat Melayu dan alat kebesarannya. Raja merupakan pusat segala aktiviti kerajaan sarna ada di segi kepirnpinan politik, budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya,

. pentadbiran Perak dapat dijalankannya dengan kernas. Hubungan luar negeri juga berlaku dengan Belanda dan perdagangan juga dijalankan dengan kernasukan bangsa-bangsa luar. Sifat rakyat Melayu yang menyokong institusi raja dan kerajaan Perak juga jelas digarnbarkannya.

Dengan keadaan perundangan seperti itu, Raja Perak adalah raja yang ber­daulaL Sebagai raja yang berdaulat, baginda rnernpunyai rakyatnya sendiri yang di­kenai sebagai Rakyat Raja. Dalarn konsep Rakyat Raja ini, kesetiaan kepada raja yang rnernerintah rnenjadi dasamya. Ini rneliputi sesiapa sahaja orang Melayu dan orang asli yang tinggal disepanjang sungai, yang mernbentuk sernpadan negeri tersebut.'

Kesetiaan Rakyat Raja yang tidak berbelah bagi ini mernang rnenjadi ciri utama dan dasar kerakyatan negeri Perak. Sesiapa sahaja yang dipanggil rakyat, sarna ada orang besar begelar, orang rarnai dan hamba sahaya, akan sentiasa mengutarnakan perintah raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka bukan sahaja boleh dikerah tenaga tulang ernpat keratnya, rnalah mereka boleh dihukum bunub dan disula dengan perintah raja tanpa ada perbicaraan yang sernpuma. Kata raja adalab undang-undang bagi rakyatnya.

I J.M. Gullick 1965, Illdigenous Politic(11 Sy.vtems of Western Malay, London. him. 21.

2

Page 3: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Orang luar ini dianggap terasing daripada rakyat raja. Misalnya dalam hubungan perdagangan bijih timah di antara Holland (Belanda) dengan Kesultanan Perak, didapati Sultan Iskandar telah meletakkan mereka di satu tempat yang khas iaitu di Pangkalan Halban dengan ketuanya dikenal sebagai Kapitan Holland. Hubungan antara mereka berlaku sebagai satu kuasa dengan sebuah kuasa lain.

Kesultanan Perak juga menolak bangsa luar seperti India atau Cina untuk dijadikan rakyatnya. Kedua-dua bangsa ini dianggap sebagai orang luar yang mesti akur kepada peraturan kebudayaan Perak. Sultan Iskandar menolak sebarang usaha dari mereka untuk menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan. Pir Muhamad, seorang jurubahasa syarikat Holland telah cuba menjadi rakyat Sultan Iskandar. Kesetiannya ditolak oleh Sultan Iskandar yang melihatnya sebagai "seorang Keling", yang tidak menghormati adat istiadat Raja Melayu. Mengikut Misi Melayu:

Maka dipeTsembahkan orang kepado baginda, JUTU bahasa Melayu Holland ilu hendak mengadap. Maka oleh baginda liada diterimanya, kerana liada memberi ,ahu Orang Kaya Laksamana dan Shahbandar, tambahan sural pun tiada dengan bingkisnya; kerana adatnya surat itu dari sebuah kerajaan neger; itu ada juga berbingk;s; sebab itulah, maka tiada diterima oleh baginda. J

Perbezaan di an tara rakyat raja dengan penduduk luar dari daerah lain juga jelas dalam masyarakai Melayu Perak. Sewaktu membina kota dan bandar Pulau Chempaka Sari itu dengan jelas Raja Chulan telah membezakan mereka dengan rakyat Perak. Katanya:

Maka seberang pulau itu diperbuat pula pekan dan bandar ... Maka segala orang isi bandar yang dahulu itu sekaliannya habis dipilldahkan ke situ. Ada pun orang­orangnya dari berbagai-bagai jenis bangsanya daripada Keling, Bugis, Minang­kabau. Maka lerlalu ramainya dibandar ilu; maka segala orang Cina sarna-sarna Cina; maka beraturlah rumah berlapis-lapis ... 2

Petikan-petikan ini memperlihatkan beberapa perkara yang penting. Pertama sekali, adalah jelas bahawa dalam sebuah negeri Melayu, rakyat Melayu adalah mereka yang menerima ketuanan raja yang memerintah tanpa ada soal jawab. Mereka menerima apa sahaja perintah raja untuk memberi kesenangan kepada raja Melayu. Mereka boleh dikerah pada bila-bila masa untuk membuat apa sahaja yang dikehendaki. Sebagai gantinya, mereka diterima sebagai Rakyat Raja.

Ini berlaku kerana adanya konsep daulat yang menjadi tunggak kehormatan dan sifat istimewa raja Melayu yang diterima terus daripada Sang Sapurba, Bukit Siguntang Mahameru. Penerimaan orang Melayu terhadap hak istimewa itu hanya boleh berlaku dengan persetujuan Demang Lemang Lebar Daun, Raja Palembang yang telah terikat janji dengan Sang Sapurba bahawa orang Melayu hanya

I Ibid, hIm. 62. 2 Ibid, him. 67.

4

Page 4: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 1946 - 1956

menerima ketuanan Sang Sapurba jika mereka diperintah dengan adil dan saksa rna; begitulah juga sebaliknya. Ini bermakna, jika orang Melayu tidak menghormati dan mendaulatkan raja bererti mereka akan mendapat tulah atau nasib buruk dan jika pula raja tidak berlaku adil, mereka akan ditentang. 1 Kes Sang Rajuna Tapa mem­benarkan tentera Jawa masuk menyerang Singapura dan menjatuhkan Sultan Iskandar adalah tanda pelaksanaan sumpah di antara kedua-duanya.'

Keduanya, untuk raja Melayu menerima orang luar sebagai rakyatnya adalah sulit sekali. Terdapat garis pemisah yang jelas. Mereka tidak dikerah untuk kepentingan raja dan diletakkan berasingan daripada rakyat negeri itu. Perbezaan antara orang Melayu negeri itu dengan orang Melayu dari Kepulauan Melayu juga adalah sangat jelas. Mereka dikenal sebagai satu bangsa seperti Minangkabau dan Bugis. Ini bermakna mereka yang diktiraf sebagai rakyat Raja Perak adalah yang berketurunan Melayu dari Bukit Si Guntang Mahameru, Palembang. Ini bermakna, mereka yang datang dari luar kawasan itu tidak dianggap sebagai keturunan rakyat Perak. Perak mengamalkan dasar etnik Melayu yang sangat khusus.

Misa Melayu juga menunjukkan dengan jelas layanan Raja Perak terhadap orang luar. Dalam kes Pir Muhamad itu, bukan sahaja ditekankan soal menghormati adat istiadat Melayu, tetapi mereka juga mesti menerima sistem politik Melayu itu sendiri. Mereka dikehendaki mengiktiraf kuasa dan peranan pembesar-pembesar Melayu yang telah dilantik oleh Raja Melayu sebagai kuasanya sendiri. Ini kerana baginda telah menyerahkan sebahagian daripada kuasanya kepada pembesar-pembesarnya. Sikap Kapitan Holland yang mengikut adat­istiadat Melayu dan mengikut peraturan mengadap Raja Perak seperti kebiasaan­nya sangat disenangi oleh Sultan Iskandar sehingga mereka telah dilayannya dengan baik sekali. Niat Kapitan Holland untuk berperang dengan Perak akibat hasutan Pir Mohamad itu akhirnya telah dibatalkannya.

Satu hal yang ketara ialah rakyat Sultan Perak sentiasa tinggal di sepanjang sungai dan tel uk, rantau, termasuk orang Sakai yang tinggal di hulu sungai. Setiap kali mereka dikerah, pembesar-pembesar istana dan daerah, termasuk penghulu akan membawa anak buahnya untuk bekeda bagi kepentingan Sultan. Penempatan orang Melayu dan orang asli itu sangat berbeza dengan orang mendatang yang diletakkan di kuala sungai ataupun di tanjung, di pekan serta di bandar. Ini bermakna, rakyat Melayu bersifat luar bandar dan penduduk sungai dan hutan. Sifat mereka ini berbeza dengan kaum pedagang yang dipegang oleh orang luar seperti Keling, Cina dan Eropah.

Dengan keadaan sistem kerajaan Melayu seperti itu, ternyata pembinaan konsep sebuah negara-bangsa negeri Melayu adalah berdasarkan Melayu. Ini bermakna pembinaan sebuah kerajaan dan negara atau negeri Perak itu didasarkan kepada Raja Melayu, negeri Melayu dan rakyat Melayu. Inilah unsur-unsur yang menjadi tiang seri negeri Perak dan kesemua negeri Melayu yang lain. Tidak ter­dapat unsur bukan Melayu di dalamnya. Walaupun negeri-negeri Melayu belum lagi

I W. G. Shellabear (susunan) Sejarah Melayu. Penerbit Fajar bakli. Kuala Lumpur, 1978, hIm. 19-20. 2 Ibid, him. 52.

5

Page 5: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DAR] SEOI SEJARAH

membentuk sebuah persekutuan yang besar, tetapi sebagai sebuah negeri yang berdaulat dengan raja sebagai pemerintab, adat lembaga sebagai sistem udang­undang, pentadbiran dan politiknya, adat istiadat sebagai sistem budayanya, konsep sebuah negara yang berdaulat dan merdeka telah diwujudkan sebelum kedatangan penjajah barat ke atas Semenanjung itu. Kesemuanya itu telah digunakan sebagai satu sistem yang berpadu dan bebas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

Soal sejauhmanakah sistem itu berkesan bagi kepentingan negeri Melayu terse but adalah satu persoalan lain. Tiap-tiap sistem tentu ada turun naiknya, bergantung kepada pelaksana sistem tersebut. Sistem itu boleh menjadi begitu baik jika pelaksananya, sarna ada raja atau pembesamya menjalankan dengan adil dan penuh rasa tanggungjawab; jika tidak konflik akan berlaku dan ini sudah tentu meneabar kewibawaan sis tern terse but.

Inilah yang terjadi di Perak sewaktu British cam pur tangan di negeri terse but dalam pertengahan abad ke-19 itu. Walaupun pihak British menggunakan soal perebutan takbta dan konflik ekonomi perlombongan sebagai alasan betapa goyahnya sistem politik, ekonomi dan sosial Perak. Oalam erti kata lain, sistem politik Melayu tradisional Perak tidak mampu untuk menyelesaikan konflik politik dan pentadbiran. Ini tentulah tidak tepat, kerana seperti yang telah dibuktikan oleh Sultan Iskandar Perak, bahawa dengan menggunakan sistem yang sarna, baginda telah dapat mengatasi pereubaan Pir Muhamad untuk melagakan baginda dan pembesar-pembesamya dengan Belanda, sehingga baginda dapat mengelakkan serangan Belanda ke atas Perak yang pada masa itu telah mempunyai basil bijih timah sebagai bahan dagangan utamanya. Keupayaan dan kewibawaan Sultan Perak itu menggambarkan betapa matangnya sistem politik Melayu untuk mengatasi sebarang krisis politik yang cuba dilahirkan oleh unsur lain.

Oalam mana-mana sistem politik, sudah pasti ada eabarannya kerana pertandingan untuk merebut kuasa sentiasa ada kerana peminatnya yang ramai. Namun, ini bukan bererti ia lemah; tetapi ia adalah kesempatan yang sangat berguna untuk melemahkan sistem itu. Inilah yang digunakan oleh British pada abad ke-19. Bagi British dengan eara itu sabaja sistem politik tradisional Perak boleh diu bah suai dengan kepentingan imprealisme ekonomi dan politiknya. Kelemahan sistem tradisional itu sengaja ditimbulkan untuk memberi satu justiflkasi kepada eampur tangannya itu bagi menimbulkan anggapan bahawa Perak dan kemudian­nya selurub negeri Melayu tidak mempunyai satu sistem politik serta ekonomi sebelum kedatangan mereka.

Bagaimanapun penaflan British kepada sistem politik tradisional Perak itu tidak menghapuskan sistem itu. Apa yang dilakukannya ialah memperkenalkan sistem pentadbiran barat selari dengan sistem pentadbiran tradisional Melayu. Ini dikenaloleh Rupert Emerson sebagai "parallel system". Ini bermakna British men­gekalkan institusi raja sebagai ketua negeri Melayu seeara adat dan simbol ketuanan-nya. Cap mohor raja Melayu masih dipakai dalam Majlis mesyuarat Negeri bagi meluluskan rang undang-undang. Raja-raja Melayu masih terus memberi pendapatnya dalam Ourbar. Walaupun kuasa sebenar telah diambil oleh ResideD, Residen General dan Gabenor Negeri-negeri Selat, tetapi jika disemak dalam sis tern politik tradisional Melayu, kita dapati kuasa eksekutif raja Melayu itu

6

Page 6: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAY U, 1946 1956

juga telah diserahkan kepada para pembesar bergelar dan penyokongnya, dengan sistem pembesar 4, 8, 16 dan 32. Merekalah yang menjalankan kuasa pentadbiran sebenarnya, sarna ada dalam menasihat raja ataupun mengendalikan bahagian­bahagian pentadbiran tertentu, mentadbir jajahan takluk, daerah atau mukim negeri tersebuL' Konsep raja mutlak tidak berlaku sepenuhnya dalam sistem politik tradisional.

Maka dengan pengenalan sistem pentadbiran barat, bahagian sistem politik yang benar-benar diambil alih oleh British ialah kuasa eksekutif kaum pembesar Melayu, yang selama ini diserahkan oleh sultan kepadanya. Golongan ini yang menduduki hieraki kedua masyarakat Melayu tradisional telah digantikan dengan pegawai-pegawai Inggeris yang didatangkan terus dari England. Bermula dari Residen, Penasihat British, Hakim Penasihat Kewangan, ketua-ketua jabatan diperingkat negeri dan Persekutuan sehinggalah kepada pegawai-pegawai tentera dan polis, telah dipenuhi oleh pegawai Inggeris. Pembesar-pembesar Melayu itu telah dibersarakan sebagai ganti anak-anaknya dididik dengan sistem pendidikan dan nilai-nilai British di Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga mereka boleh menjadi pen yo kong kepada sistem pentadbiran kolonial itu sebagai pentadbir kelas dua. Dengan nilai yang sarna, anak-anak pembesar itu tidak akan menentang British tetapi sebaJiknya bekerjasama dengannya.

Bagi golongan bawahan pula, British mengekalkan sistem kepimpinan tradisional, iaitu penghulu dan tuk sidang. Mereka terus kekal mentadbir kampung dan mukim dengan diserapkan terus dalam birokrasi kolonial. Golongan ini tidak dihapuskan kerana mereka dengan mudah boleh menjadi ejen British yang paling hampir dengan British dalam melaksanakan pentadbiran kolonial ke atas penduduk kampung. Dengan cara itu, British tidak akan berdepan terus dengan rakyat; dengan itu kehadiran penjajahan British tidak begitu menonjol di depan mata mereka. (ni bermakna, pengekalan sistem kepimpinan akar umbi itu bukan sahaja memudahkan pentadbiran, tetapi juga mengurangkan tekanan politik. Di samping itu ia juga dapat merendahkan belanja pentadbiran British. Penghulu dan ketua kampung kerap tidak mempunyai gaji yang tetap dan jelas. Mereka bergantung hid up kepada penghormatan orang kampung dan harta pesaka. Ini kerana penghulu dilantik oleh raja dan jawatan itu bersifat keturunan.

Oleh sebab sistem pentadbiran seperti itu, Negeri Melayu dikenal sebagai Negeri Melayu Yang Di Naungi. R. Braddell, seorang peguam tcrkemuka Singapura dan Johor, lelah menulis sebuah buku yang bertajuk The Legal Status of The Malay States pad a tahun 1931. (ntipati tulisannya itu telah digunakan bagi menolak kuasa British secara mutJak ke atas Tanah Melayu dari segi perundangan, sewaktu orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946. Beliau telah menunjukkan perbezaan kedudukan antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekulu dengan Negeri-negeri SeiaL Mengikutnya, perbezaannya adalah sangat ketara. Bagi kedua-dua buah kumpulan Negeri-negeri Melayu yang awal itu, mereka dikenal se­bagai Negeri-negeri Melayu Yang Bernaung (Protected Malay States). Bagi Negeri-

, J.M. GuUick . op. cit. him. 21.

7

Page 7: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALA VSIA DARI SEGI SEJARAH

negeri Selat pula, ia dikenal sebagai Tanah Jajahan Makhota. Dalam sebuah Negeri­negeri Yang Dilindungi, kuasa pentadbiran sepatutnya dibiarkan dalam tangan anak negeri, kerana raja-rajanya masih berdaulat dan merdeka. Ini kerana per­janjian yang dibuat antara mereka adalah sebagai satu tanda persahabatan dan British dikehendaki menasihat dan membantu mereka. Pegawai British yang bekerja di situ dikenal sebagai Pesuruhjaya Tinggi, pegawai undang-undang dikenal sebagai Penasihat Undang-undang dan pentadbirannya dikenal sebagai Pentadbiran Yang Mulia Raja-raja. Bagi Tanah Jajahan Mahkota, seperti Singapura dan Melaka, serta Pulau Pinang, mereka terletak terus di bawah pentadbiran Raja England dan segala undang-undangnya diluluskan oleh Parlimen British. Rakyatnya dikenal sebagai Rakyat British (British Subjects),

Pendapat R. Braddel ini didasarkan kepada tindakan British selama ini di Tanah Melayu. Dalam Penyata 1928, Parlimen British mengatakan:

Negeri-negeri Melayu ilu bukanlah kawasan British. Negeri-negeri itu ialah Negeri­Neger; Yang Bernaung. Tiap-liap searang raja dalam sepuluh buah neger; itu ialah raja-raja yang berdaulat merdeka. Hendaklah sentiasa dUngal bahawa pengaruh British wujud di negeri-negeri Melayu ... bukanlah kerana dilaaluk ataupun kerana lallggaran telap; ialah kerana dijemput oleh raja-raja dari beberapa buah negeri ... Kedudukan kila di sini ... adalah berpegang kepada akuan yang termeteri itu ... sesungguhnya negeri-negeri ilU pada masa yang lalu, demikian juga pada masa sekarang dan akan datang kelak mestUah tinggal kekal do/am langkah mentadbir negeri-negeri ilu meslUah senljasa beriktiar bagi memajukan bangsa Melayu bumiputera jati negeri ini yang daluk nenek mereka ilU ,elah menjempul kila mula­mulanya dahulu unluk menjalankan tanggungjawab kila. J

Ini dipegang oleh Jepun kemudiannya, apabila menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942-1945. Dasar "pemerintahan tidak langsung" dan "secara langsung" dijalankannya serentak seperti British sebelum ini. Instilusi raja, negeri Melayu, dan rakyat Melayu sebagai peribumi Tanah Melayu. Mereka dijadikan rakan pentadbiran dan didorong, walaupun pada saat yang terakhir untuk merdeka bersama-sama dengan Indonesia. Bagi orang India pula mereka dibentuk bagi mem­bebaskan India dan bagi orang Cina pula mereka dijadikan musuhnya yang nyata.

Kembalinya British pada tahun 1946 dengan Parti Buruh sebagai pemerintah Britain, telah menyaksikan satu perubahan dasar politik yang sangat berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu, kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara perlembagaan dan kebudayaan; negeri Melayu dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara-negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu, tetapi Malayan. Dalam dasar ini, British menolak secara tegas semua unsur politik tradisional Tanah Melayu, dengan menggantikannya dengan unsur-unsur perun-

Moj/is. 22f1/46. Majlis menterjemahkan karangan R. Draddel yang muncul di akhbar Th~ Straits Tim~s. yang lelah menyiaraJcannya seminggu lebih awal. R. Draddell adalah peguam UMNO bagi mcncntang Malayan Union.

8

Page 8: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MElAYU, 1946 - 1956

dangan dan struktur British. Seperti yang dieatatkan dalam Kertas Putih 6724, Parlimen British, 1946, hal itu adalah jelas sekali.'

Dalam hal kerakyatan Malayan Union sangat tegas menghilangkan kuasa politik orang Melayu. Mengkut Malayan Union Citizenship:

"23. The Malayan Union Citizenship Order in Council will provide that the following persons will be Malayan Union Citizen. a) any person born in the Malayan Union or Singapore before the date when the

. Order comes into force, who is ordinarily resident in the Malayan Union or Singapore on that date. b) any person of eighteen years of age or over ordinarily resident in the Malayan Union or Singapore on the date when the Order comes into force, who had resided in Malayan Union or Singapore for a period of ten years during the fifteen years preceding the 15th of February, 1942, and who swears or years preceding the 15th of February, 1942, and who swears or affirms takes the oath of allegiance (i.e., to be faithful and loyal to the Government of the Malayan Union). c) any person born outside the Malayan Union and Singapore for on or after the date when the Order eomesinto force. d) any person born outside the Malayan Union or Singapore on or after the date when the Order comes into force, whose father is a Malayan Union citizen at the time of that person's birth and either was born in the Malayan Union or Singapore or was a Malayan Union citizen under b) above or had obtained a certificate of naturalization. The minor children (viz: children under eighteen) of persons in categories (a) and (b) will also be Malayan Union citizens. Japanese nationals will be debarred from obtaining Malayan Union citizenship under the above provisions. 24. The Govenor of the Malayan Union may grant certificates of naturalization as Malayan Union citizens to applicants who satisfy him: a) that they have resided in Malayan Union or Singapore for a period of one year immediately preceding the date of application and for a further period of four years during the last eight years before the application; b) that they are of good character and have an adequate knowledge of the Malay or English language; and c) they intend, if the application is granted, to reside in the Malayan Union or Singapore.2

I Hal ini memang telah banyak diperkatskan. tetapi ia akan telap disebut kerana Tanah Melayu merupakan salU· satunya negeri yang berjaya menolak penjajahan British ke alanya Banyak buku yang boleh dirujuk; tetapi adalah Jebih baik untuk meneliti sendiri kandungan Kertas Putih itu yang telah diturunkan oleh UMNO 10 tahun, lerbitan Ibu Pejabat UMNO. Kuala lumpur 1956. Malah jika mahu lebih tepat, sila semak C0537/1528. Summary 01 Proposed Constitutional Arrangements. Presented by the Secratery of State for the Colonies to Pariiment by Command of His Majesty. 1946. His Majesty's Stationary Office, London.

2 CO 537/ 1528. Malayan Union and Singapore Summary of Proposed Constitutional Arrangements. London, His Majesty's Stationary OrriCe, March, 1946.

9

Page 9: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARJ SEGI SEJARAH

lanya satu peruntukan kerakyatan yang sangat bebas dan jauh dari sifat tradisional kerakyatan negeri Melayu. la memberi peluang semua bangsa yang telah lahir di Tanah Melayu, Singapura dan rakyat British serta mereka dari luar negeri yang berminat. Kata putus untuk membolehkan semua kerakyatan itu bukan lagi terserah kepada Raja Melayu, tetapi sepenuhnya kepada Gabenor British dan parlimen British. la telah meneabut semua kuasa eksekutif negeri Melayu.

Orang Melayu sangat terperanjat. Mereka telah bangun menentangnya dengan bersungguh-sungguh sejak dari mula tanda tangan Raja-raja Melayu diambil oleh MaeMiehael. Banyak penulis, terutama yang bersimpati dengan golongan radikal Melayu, melihat penentangan itu sebagai satu usaha untuk menegakkan kuasa raja­raja Melayu dan para pembesar Melayu. Saya rasa ini menunjukkan fahaman yang cetek terhadap semangat dan struktur kerajaan dan kebudayaan Melayu itu sendiri. Raja Melayu adalah tonggak kebudayaan dan roh rakyat Melayu itu sendiri. Penghapusan institusi, kuasa dan kewibawaan mereka akan melumpuhkan sistem kebudayaan dan politik Melayu itu buat selama-Iamanya. Dengan itu penentangan mereka adalah sebenamya satu penentangan roh dan semangat kebudayaan dan politik Melayu. la adalah satu perjuangan menentukan hidup mati politik orang Melayu. Mereka euba mempertahankan konsep negara-bangsa Melayu tradisional.

Pendirian ini sangat jelas disuarakan oleh Resolusi Kongres 1946 yang diadakan pada awal bulan Mae 1946. Mengikut Resolusi itu:

Bahawa perjanjian yang lelah dilandalangani oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sul­lan-sullan Perak, Selangor, Negeri Sembi/an, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedoh, Perlis yang memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia King ke alas beberapa buah negeri Melayu dan melucutkan kuasa Sultan-sultan ke alas neger; mereka ilu adalah tidak mengikut perlembagaan, hak pesaka. adat resam dan amalan t;ap-tiap negeri Melayu dan oleh yang demikian adalah twak soh dan batal dan tidak mengikat Duli-duli Yang Moho Mulia itu dan rakyal mereka dengannya. 1

Bagi golongan radikal Melayu, yang dipimpin oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), pengenalan Malayan Union adalah satu langkah ke depan yang sangat baik. la bertujuan untuk membentuk satu dasar negara-bangsa Malayan yang moden yang sangat selari dengan perjuangan mereka selama ini. Penghapusan institusi raja dan golongan bangsawan Melayu yang melahirkan sistem kelas dalam masyarakat Melayu tradisional memang diharapkannya. Dengan penghapusan itu walaupun Tanah Melayu menjadi jajahan takluk British golongan radikal Melayu ini berharap untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada akhimya nanti. Beberapa petikan daripada akhbar Pelita Malaya, akhbar rasmi PKMM pada tahun 1946, dapat menjadi bukti. Katanya:

PKMM lelap menyambul MU dengan harapan yang tinggi kerana menolak MU berer,; berbalik kepada aturan lama. rujuk kepada cara lama yang hanya memberi faedah kepada sekelompok orang Johor Bahru. orang Kelang dan orang Kuala Kangsar sahaja. bukan rakyal jelala.

I UMNO /0 Tohun . him. 25.

10

Page 10: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 1946 - 1956

Dan

PKMM bertelagah dengan DalO' Onn dan Kongres tolak MU. hak samarata kerakyatan kepada bukan Melayu dan kedudukan Malaya dipulangkan seperti sebe/um /94/.

Dan

Apa yang diharapkan kebaikan dari Malayan Union selain menyatukan umal Melayu ilu lalah cora pemerinlahan yang mengikul cora-cora demokrasl berdasarkan suatu ramai dengan jalan undi dan pilihan raya. kerana dengan jalan ilulah kemajuan. keadilan dan kesejahteraan umat yang sebenarnya akan didapati ... letap; masa untuk merdeka ilu akan jauh, nungkin /0 tahun atau lebih.

Dalam petikan itu terdapat satu perkara yang sangat penting, laltu soal kerakyatan. PKMM mempunyai pendirian politik yang sangat berbeza dengan UMNO. Jika UMNO mempertahankan kerakyatan tradisional Negeri-negeri Melayu, sebaliknya, PKMM bersetuju dengan satu dasar kerakyatan baru yang menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi rakyat Malayan Union. Ini bermakna dasar kerakyatan itu tidak lagi berdasarkan orang Melayu, tetapi berbagai-bagai bangsa yang datang dari luar Tanah Melayu. Sokongan PKMM ini bertujuan untuk memasukkan orang Indonesia yang menjadi penyokongnya. Keduanya, sokongan itu selari dengan kehendak Parti Komunis Malaya, yang menjadi "mentor" PKMM.

Parti Komunis Malaya, yang menjadi penaja dan pembiaya kegiatan-kegiatan PKMM, terutama disegi latihan-Iatihan kepimpinan dan akbhar-akhbarnya, telah menggunakan semua parti bukan Melayu dan radikal Melayu untuk menjadi penyokong dan alat menentang British dan UMNO. Dari tahun 1946-1948 Parti Komunis Malaya telah menjalankan cara berperlembagaan untuk mempengaruhi orang ramai dengan ideologinya. 1 Hanya, setelah gaga I pada tahun 1948, baharulah Parti Komunis Malaya mengangkat senjata menentang secara ketenteraan.2

Tindakan PKMM menyokong Malayan Union dan bekerjasama dengan PKM meninggalkan kesan kepada sebahagian besar orang Melayu. Walaupun PKMM berkongres bersama-sama dengan orang Melayu pada tahun 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, dan sarna-sarna menjadi pengasas UMNO di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 19463

, tetapi mereka menolak PKMM sebagai pemimpin mereka. Sebaliknya, golongan elit tradisional Melayu, yang selama ini memang men­jadi pentadbir masyarakat tradisional Melayu menjadi pilihan. Tindakan ini me­nyebabkan PKMM keluar dari UMNO dan memusuhinya secara terbuka. UMNO

I Lihat Cheah Boon Khe:ng, The Masked Comrades: The Study 0/ the Communist United Front. /945- /948, Singapore:. 1979.

2 Hal ini banyak telah dibincangkan oleh pengkaji akade:mik. Antara buku yang boleh dibaca mengenainya ialah Noel Barber. The War 0/ Running Dogs: The Malayan Emergency: 1948- 1960, New York, 1971. Gene Z. Hanrahan. The Communi.ti Struggle in Malaya. New York, 1954.

3 UMNO 10 Tahun . 1956, him. 21 & 34.

11

Page 11: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dituduh sebagai penyokong British, pelanjut 'feudalisma' masyarakat Melayu dan tidak menuntut kemerdekaan. PKMM kemudian bekerjasama dengan AMCJA, yang juga dipengaruhi oleh PKM bagi menentang British dan UMNO.' Pengistiharan Darurat kerana keganaasan Parti Komunis Malaya telah meng­haramkan PKMM tetapi menghidupkan UMNO. UMNO menjadi pemuka politik orang Melayu yang tunggal untuk mendesak dan menjaga kepentingan Melayu secara sederhana.2

Perjanjian Persekutuan 1948, yang dibuat antara UMNO, raja-raja Melayu dan British, telah mengembalikan semula segala sirat-sirat tradisional Negeri Melayu. [ni termasuklah mendaulatkan semula raja Melayu sebagai ketua negeri Melayu dengan segal a kuasa dan adat istiadat yang mengiringinya, kedudukan Negeri Melayu sebagai Negeri Yang Oinaungi, Rakyat Raja sebagai rakyat negeri Melayu dan negeri Melayu sebagai negeri yang merdeka an tara satu sarna lain. 3

Kedudukan pra-1941 , yang dimiliki oleh negeri Melayu telah dikembalikan. Apa yang disedut dari Perjanjian Persekutuan 1948 ialah soal kerakyatan.

Oalam Bahagian 12 Perjanjian Persekutuan 1948, telah disebut mengenai pembentukan dan pengesahan Rakyat Raja dan Rakyat British yang berlaku seeara Kuatkuasa Undang-undang (Operation of Law). Mengikut Fasal 124(1), mereka yang menjadi rakyat dalam kategori ini adalah:

a) mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bagi mana-mana Ncgcri Mclayu sarna ada diperanakkan dahulu, atau pad a atau kcmudian daripada hari yang ditetapkan; b) mana-mana Rakyat British yang dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sarna ada dahulu, pada alau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam Persekutuan c) mana-mana Rakyat British yang telah diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam Persekutuan:

i) jika bapanya diperanakkan dimana-mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam Persekutuan;

ii) jika pada hari diperanakkan itu bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut.

d) mana-mana orang yang diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu dalam mana-mana negeri yang sekarang akan terkandung dalam Persekutuan dan bertabiat bercakap Bahasa Melayu dan mengikut adat resam Mclayu;

Firdaus Abdullah. Radical Malay Politic: lIs carlly origins and DCl'elopmelll. Petaling Jaya, 1985. him. 71- 103. L1hal lukisan Ahmad 80estaman terhadap perkara ini dalam bukunya, Merinti.v Jolon Ke PUllcak, 1972. Unluk penelilian bagi Perjanjian ini lihat Federation Of Malaya, Gol't'rnment Gaze/lt' Extraodinary, The FederOlioll Of Malaya Agreement /948. Kuala Lumpur, 1949.

12

Page 12: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUANTANAH MELAYU.I946 - 1956

3 (i) dalam fasal kecil i) perkataan "Rakyat Yang Maha Mulia Raja bagi mana­mana Negeri Melayu" itu maknanya mana-mana orang yang:

i) termasuk dalam bilangan kaum asli yang tinggal di dalam negeri itu; atau ii) menjadi orang Melayu yang diperanakkan di dalam negeri itu atau

diperanakkan di luar negeri-negeri Melayu jika bapa orang itu menjadi rakyat raja negeri itu pada ketika orang itu diperanakkan; atau

iii) telah diaku menjadi 'naturalised" rakyat raja mengikut mana-mana undang-undang yang pada masa itu berjalan kuasanya;

b) perkataan "Melayu" maknanya seorang yang:

i) sudah jadi tabiinya bercakap bahasa Melayu; dan ii) mengikut agama Islam; dan

iii) menurut adat resam orang Melayu.'

Dengan meneliti isi-isi Perjanjian Persekutuan ini, ternyata terdapat dua nama kerakyatan yang telah membezakan Rakyat Raja Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri SelaL Bagi Negeri-negeri Melayu, ia nyata sekali telah didasarkan kepada dasar-dasar kerakyatan tradisional raja Melayu sebelum ini. Ia telah mengambil kira semua bentuk dan cara untuk menjaga keaslian Rakyat Raja yang selama ini diamalkan di Negeri-negeri Melayu. Sesuai dengan sebuah perlembagaan, segala syarat dan siapa yang dipanggil sebagai orang-orang yang menjadi asas kerakyatan raja itu. telah dijelaskan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Soal baka nampaknya tidak ditimbulkan; ini kerana orang Melayu telah mengamalkan kahwin campur dengan bangsa yang beragama Islam. Orang Asli yang tidak beragama Islam tetap dianggap Rakyat Raja kerana mereka adalah penduduk asli Negeri-negeri Melayu. Dalam erti kata lain isi-isi Fasal ini adalah penegasan secara bertulis terhadap wujudnya Rakyat Raja Negeri-negeri Melayu sebelum tahun 1948 di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan Perjanjian itu, British mengiktiraf semula kedudukan orang Melayu dan orang asli sebagai rakyat jelata negeri Melayu yang kesetiaannya terserah kepada raja negeri Melayu. Ini bermakna Sultan Perak, misalnya mendapat semula rakyat tradisionalnya dengan sifat dan kesetiaan yang tidak terusik disegi perundangan dan kebudayaan serta adat resam Melayu. Sultan Perak, dengan itu boleh menjalankan kekuasaannya ke atas rakyatnya seperti dahulu kala. Apa yang terdapat dalam Misa Me/ayu berulang semula.

Bagaimanapun, Perjanjian Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk

I Federation or Malaya. Gov('rnmenl Gazelle /:,xlroodinary. Federation Of Malaya Agreement 1948. Bahagian 12. him. 73- 75. Kcrakyatan Sccara Pennintaan pula bcrlaku kc alas orang: a) yang lelah lahir dan tclah tinggal dalam salah satu negcri Melayu sclama 8 daripada 12 tahun. b tinggal di negeri Me1ayu sclama 15 daripada 20 tahun dengan bererangai baik. cukup pengctahuan bahasa Me1ayu atau Inggcris. mcmbual pengakuan linggal telap dan berscdia mengangkal sumpah kepada Pcrsekulan. Ibid. him. 76-77.

13

Page 13: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kerakyatan baru yang selama ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri­negeri Melayu, iaitu penerimaan orang dagang sebagai rakyat Tanah Melayu seperti yang telah ditunjukkan dalam Misa Me/ayu. Sultan Perak tidak membenarkan sebarang usaha daripada orang luar untuk mendapatkan kerakyatan negerinya. Namun, kerana penjajahan ekonomi British, British berasa sangat perlu memberi taraf politik yang tetap kepada orang luar yang telah menanam modal, menjadi peniaga, buruh dan penduduk tetap Tanah Melayu mendapat taraf politik yang berkekalan. [ni cuba dilakukannya dalam Malayan Union. [ni dibantah oleh orang Melayu; dan hanya setelah melalui perundingan yang panjang hampir selama satu tahun lebih, British dapat memaksa orang Melayu menerima kehendaknya.

Satu hal yang penting juga ialah bentuk kerakyatan yang terbuka bagi bekas Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pi nang. Oleh sebab kedua-dua buah negeri itu telah menjadi jajahan takluk British sejak abad ke-18, maka penduduk dari semua bangsa, termasuk orang Melayu adalah Rakyat British. Mereka tertakluk terus kesetiaannya kepada Raja England. [ni menyebabkan kerakyatan berdasarkan jus soli yang diuntukkan kepada orang Melayu dan Orang Asli seperti di Negeri-negeri Melayu, tidak boleh terlaksana. Dengan itu Rakyat British, yang merupakan kerakyatan Negeri-negeri Selat telah mengambil semua bangsa yang lahir di negeri-negeri Selatdan yang benninat menjadi rakyatnya. Ini mendatangkan kerumitan dan perpecahan politik kepada orang Melayu Semenanjung.

Mengikut Fasal 25, Kerakyatan Persekutuan secara pennintaan, anak-anak yang belum cukup umur, boleh menjadi rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British:

a) iaitu sarna ada i) ia telah diperanakkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan dan

telah tinggal dalam satu atau lebih negen-negen itu selama 8 tahun daripada tempoh 12 tahun dahulu daripada permintaan itu; atau

ii) telah tinggal dalam satu atau lebih daripada negeri-negeri itu selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merla dari hari permintaannya; dan

b) berperangai baik; dan c) mempunyai cukup pengetahuan bahasa Melayu atau bahasa [nggeris; dan d) telah membuat pengakuan tinggal tetap; dan e) jika perminlaannya itu diluluskan ia bersedia mengangkat sumpah kerakyatan.

Dengan peruntukan seperti ini, Persekutuan yang dibentuk oleh Perjanjian Persekutuan 1948, itu telah membentuk satu konsep negara-bangsa Tanah Melayu yang tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya. Kini, Persekutuan Tanah Melayu telah mempunyai rakyat daripada segala bangsa. Meraka yang dianggap sebagai dagang senteri, kini boleh menjadi rakyat Tanah Melayu. Dengan itu, kerakyatan Tanah Melayu tidak lagi bersifat homogenous.

Dengan itu tahun 1948 adalah permulaan kepada pembentukan satu negara­bangsa Tanah Melayu yang moden. [a telah menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negara Tanah melayu yang baru. Dengan meletakkan aas

14

Page 14: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELA YU, 1946 - 1956

konsep kerakyatan kebangsaan yang dikenal sebagai Rakyat Persekutuan, di samping tenneterainya konsep Raja Berpelembagaan, sistem birokrasi moden dengan meletakkan Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran Negeri­negeri Melayu dengan mengetuai Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri, kuasa autonomi yang tertentu bagi negen dan Persekutuan, peranan dan fungsi Majlis Raja·raja yang jelas dan bertulis, serta perlembagaan negeri bagi tiap·tiap negen Melayu, Persekutuan Tanah melayu yang terbentuk pada tahun 1948 itu telah menjadi asas negara moden Malaysia.

Pada tahun 1951, corak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu berubah sekali lagi. Perubahan ini sekali lagi mengurangkan kedudukan politik orang Melayu sebagai peribumi kepada Bahagian 12, Kerakyatan Persekutuan 1948. Dasar kerakyatan Negeri-negeri Melayu telah diperluaskan bagi orang bukan Melayu. Jika pada zaman tradisional dan Perjanjian 1948, Rakyat Raja-raja Melayu adalah terdiri daripada Orang Asli dan orang Melayu, tetapi pada tahun 1951, kerakyatan ini telah dibuka bagi orang bukan Melayu.

Ini berlaku kerana adanya tekanan pOlilik British dan orang bukan Melayu sendiri. Orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan peruntukan kerakyatan yang terlalu kecil dalam Perjanjian 1948 itu, iaitu 10 peratus sahaja, telah bangkit menentang UMNO sejak tahun 1946 lagi. AMCJA yang disokong oleh golongan radikal Melayu, PUTERA, telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya, telah menunjukkan rasa tidak puas hati. Mereka mendesak supayajus soli dijalankan bagi penduduk sarna ada bagi Negeri-negeri Melayu atau di seluruh Tanah Melayu. Namun, bantahan mereka tidak dihiraukan, walaupun telah menyediakan Perlembagaan Rakyat sebagai cadangannya.'

Untuk mengatasi kegiatan Parti Komunis Malaya, yang mengangkat senjata kerana gagal mendapatkan cita·cita politiknya melalui conslilutional struggle itu, British telah menggalakkan pemimpin UMNO berunding dengan pemimpin­pemimpin bukan Melayu untuk mencari langkah politik. Hasilnya, mereka telah menubuhkan Communities Laison Commitee (CLC) atau lawatankuasa Perhu­bungan Kaum pada tahun 1949.

CLC kemudian telah membuat beberapa cadangan politik dan ekonomi yang penting. la mendesak supaya Bahagian 12 Kerakyatan Persekutuan Perjanjian Persekutuan 1948 dipinda. Rakyat Raja diperluaskan dan kelonggaran terhadap syarat bahasa dan tempoh tinggal yang lebih pendek. Mereka mendesak supayajus soli dijadikan syarat kerakyatan bagi semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. Dalam erti kala lain mereka mendesak supaya kerakyatan Malayan Union 1946 dijalankan semula.'

Dato Onn membawa hal itu dalam persidangan agong UMNO. Beliau cukup sedar bahawa orang Melayu pada umumnya dan UMNO tidak akan ' bersctuju

Episod ini mernang telah banyak diperkatakan oleh penyelidik akademik. Banyak sekali buku akadernik yang boleh dirujuk; unluk mengelahui hal ini dengan lebih lanjut, lihat Mohamed Noordin Sopiec 1974., From MalaYQII Ulliall Ta Sillgapore Srparatian }945- 1965, UMP. Kuala Lumpur. Ramlah Adam (1992, Dala Onll Jau!ar, Pengascu Kemtrdekaall, OBP. Kuala Lumpur.

2 UMNO/SG 124/50. Statement by The Communities Laison Commitee.

15

Page 15: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dengan kehendak CLC itu. Orang Melayu, seperti yang telah ditunjukkan oleh Persatuan Pelajar Melayu Universiti Malaya, Singapura. Persatuan Melayu Semenanjung, akhbar-akhbar Melayu seperti Warla Negara, Majlis dan Ulusan Melayu telah menolak kehendak CLC itu.

Dengan menggunakan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato Onn telah mendraf satu cadangan balas kepada CLC, sebagai landasan perbincangan persidangan agung UMNO. Dalam cadangannya itu bcliau mengenakan syarat yang ketat bagi mengelakkan kemasukan berarnai-rarnai orang bukan Melayu, iaitu bagi anak-anak yang lahir di sini, ibu bapanya juga mestilah telah lahir dan mendapat kerakyatan Tanah Melayu sebelum kelahiran anaknya. Kerakyatan ini mestilah dijalankan selepas satu generasi yang lahir di Negeri-negeri Melayu. Bagi mereka yang tidak lahir di sini mestilah telah tinggal 14 tahun dari 18 tahun rang undang-undang dikuatkuasakan. Mereka juga patut fasih bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 1

Ahli-ahli Bersekutu UMNO dan beberapa orang penyokong menolak bulat­bulat ,syarat itu; sebaliknya rnereka rnenuntut supaya pintu kerakyatan itu ditutup rapat. Mereka terdiri daripada Kesatuan Melayu Singapura, Saberkas, Persatuan Melayu Sabak Bernam dan Persekutuan Melayu Perlis. Antara tokoh yang bersuara ialah Saadon Jubir, Senu Ab. Rahman, Tunku Ab. Rahman, Dato Abdul Razak dan Dato Ab. Rahman Mohd. Yassin. Namun, apa yang tidak dapat diterima oleh Dato Onn ialah tuduhan-tuduhan yang sangat hina yang dilemparkan kepadanya. Dato Onn kernudian rneletakkan jawatan sebagai yang Dipertua tetapi kern bali sernula setelah dipuji oleh ahli-ahli UMNO pada pertengahan bulan Jun 1950.'

Ahli-ahli UMNO telah menerima cadangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam persidangan agung UMNO di Kuala Kangsar, pada 28 Ogos 1950. Penerimaan ahli-ahli UMNO itu telah dibincangkan dua kali sebelum dilantik sebuah jawatankuasa khas Majlis Perundangan Pcrsekutuan. Ia kernudian diluluskan pada bulan Mei 1952. Tan Siew Sien, R. Ramanani dan A.E. Euraisamay yang dilantik rnenjadi anggota jawatankuasa khas bagi rnernbincang­kan hal itu telah rnengadakan satu kenyataan berasingan menolak pindaan itu. Mereka tetap rnendesak jus soli sebagai dasar kerakyatan dan "dual nationality" sebagai tambahan kerakyatan.

Mengikut Undang-undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1952, bahawa mereka yang layak menjadi Rakyat Persekutuan Tanah Melayu adalah:

a) seseorang rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan sebarang negeri; b) seseorang warganegara Inggeris Raya dan Koloninya yang lahir di Negeri-negeri Selat; .

I Untult Iteterangan lanjut lihat Ibrahim Mahmood 1981. &jaran P~rjUQIIgQl/ Bangsa Mt'la}'U, PuSlalea Antara, Kuala Lumpur. him. 228- 234.

2 Untult Iteterangan lanjut mengenai hal ini lihat, Ramlah Adam 1992, Dato OM laalar P~ngaSQS K~m~rd~kaan, DOP. Kuala Lumpur, him, 177- 20)., Ibrahim Mahmood 1981, Sejarah Pujuangan Bangsa M~/ayu, Pus/aka An/ora, Kuala Lumpur, him. 273- 383 .

16

Page 16: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAY U, 1946 - 1956

c) seseorang warganegara Inggeris Raya dan koloni-koloninya yang dilahirkan di Persekutuan, dan salah seorang ibu bapanya juga dilahirkan setempat; d) seseorang warganegara Inggeris Raya dan koloni-koloninya yang:

i) jika ia dilahirkan pada hari sebelum rang undang-undang ini dikuatkua­sakan, dan ayahnya dilahirkan di salah satu daerah Negcri-negeri Selat dan pada waktu kelahiran orang itu telah cukup bertempat tinggal selama 15 tahun di Persekutuan

ii) jika ia dilahirkan pada atau setelah hari rang undang-undang dikuatkua-sakan dan ayahnya sendiri warganegara Persekutuan.

e) seseorang yang secara naturalisasi menjadi warganegara Inggeris Raya menurut Undang-undang Persekutuan 1948, yang telah tinggal di Negeri-negeri Selat selama 10 tahun dari 12 tahun, termasuk 2 tahun secara tetap sebelum bermohon.

Dalam membentuk Kebangsaan Negeri (State Nationality), yang menentukan Rakyat Raja, Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1952 ini menentukan:

a) seseorang yang menjadi anggota sebarang kaum asli negeri ini dan bertempat tinggal di negeri itu; b) seseorang Melayu yang dilahirkan di negeri itu; c) seseorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang ibu bapanya telah dilahirkan di Persekutuan; d) seorang yang bukan warganegara Inggeris Raya, yang dilahirkan di negeri itu dan yang sudah menjadi warganegara Persekutuan mengikut syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1948; e) seorang yang biarpun di mana lahimya, tetapi ayahnya menjadi Rakyat Raja Negeri itu; t) takrif Melayu adalah mengikut Perjanjian Persekutuan 1948; g) Rakyat Raja secara pendaftaran boleh berlaku asal sahaja:

i) bahawa orang itu dapat menyakinkan Raja itu bahawa dia dapat bertutur dalam bahasa Melayu atau Inggeris dengan agak lancar;

ii) berkelakuan baik; iii) bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Raja itu dan melepaskan

sebarang kebangsaan atau kewarganegaraan yang lain. I

Dalam isi perjanjian itu ternyata terdapat perluasan kepada peruntukan untuk menjadi Rakyat Raja. Kini Rakyat Raja bukan lagi terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli, tetapi juga orang bukan Melayu yang telah lahir di negeri tersebut tetapi ayah atau ibunya telah pun lahir dan menjadi Rakyat Persekutuan. Mereka juga dituntut untuk boleh berbahasa Melayu dan dituntut mencurahkan taat setianya kepada Raja Melayu. Raja Negeri tersebut berhak memberikan kerakyatan

I Per$ekutuan Tanah Metayu, Rang Unclang.unclang PrrjtUljitUI Prrsrklltuan Tanuh Mtloyu ( Pindtuur) 1952, Fasol125, 126, 131 clan Stott Nat/onal/ty 1952, Fasa/4 ,

17

Page 17: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

bagi negerinya, dan bukannya Pesuruhjaya Tinggi British. Ini dengan sendirinya menunjukkan Raja-raja Melayu masih berkuasa ke atas negerinya daJam menentukan rakyatnya. walaupun mereka kini bertaraf Raja Berpelembagaan. Dengan peruntukkan ini, baginda boleh melantik wakil-wakil kaum pedagang dan badan kebajikan dari kalangan bukan Melayu, bagi Majlis Mesyuarat Negeri.

Pembentukan Rakyat Persekutuan secara Kuatkuasa Undang-undang pula nyala sekali telah mengenakan syarat yang penting iaitu kelahiran salah seorang ibu bapanya di Tanah Melayu. Ini semata-mata untuk menentukan telah berlaku asimilasi yang jelas bagi keluarga tersebut dengan kebudayaan tempatan. Mereka juga dituntut boleh berbahasa Melayu dan telah tinggal 10 tahun atau 15 tahun dari tempoh permohonan Mereka juga dituntut supaya telah menjadi rakyat Perseku­tuan sebelum didaftar anaknya sebagai Rakyat Persekutuan.

Tahun 1956 adalah pertahanan terakhir orang Melayu untuk menjaga kuasa politiknya. Dalam merangka persetujuan di antara UMNO, MCA dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, satu tolak ansur yang sangat besar telah dilakukan. UMNO bersetuju menerima dasar jus soli tanpa sebarang syarat bagi bukan Melayu. UMNO juga bersetuju dengan tempoh tinggal yang pendek dan pengetahuan bahasa Melayu yang ringkas. Dasar kerakyatan Malayan Union 1946 telah digunakan dengan sepenuhnya oleh British. UMNO tidak seperti tahun 194, telah menyerahkan segala tanggungjawab untuk mendrafkan perlembagaan Tanah Melayu merdeka kepada sebuah Suruhanjaya bebas, yang mengandungi wakil-wakil daTi Britain, Australia, Pakistan, India dan Canada. PenyeTahan ini telah membolehkan UMNO dapat berkerjasama dengan baik dengan MCA dan MIC.

Orang-orang Melayu di luar UMNO telah menentang tolak ansur UMNO itu. PAS dan Parti Negara, membantah pengunaan jus soli yang terbuka dan tempoh tinggal yang pendek itu. Dato Onn, yang ditentang oleh tokoh-tokoh di atas pada tahun 1950, telah membidas mereka yang kini menjadi pemimpin UMNO. Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak, Dr. Ismail, Saadon Zubir serta Senu Abdul Rahman telah menggunakan isu kemerdekaan untuk melepaskan kerakyatanjus soli itu. Dato Onn melihat mereka tidak berlaku ikhlas dalam membincangkan perkara itu dalam mesyuarat agong UMNO. Sistem mandat yang digunakan telah menghalang ahli UMNO membincangkan hal itu dengan terbuka.'

Dato Onn, Dr. Burhanuddin, pemimpin PAS dan Ahmad Boestaman, pemimpin Parti Rakyat Malaya, berserta dengan ahli-ahli UMNO dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, telah mengadakan satu kongres yang dikenal sebagai Kongres Kebangsaan Melayu 1957, bagi membuat cadangan pilihan bagi Perlembagaan Merdeka.2 Walaupun gagal tetapi pengakuan Tunku Abdul Rahman membuktikan kebenaran Kongres itu. Katanya:

Orang Melayu telah member; pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa anak neger; yang telah berbudi

I Straits Budgrl. 4/457 .. KJ. Ratnam, CommWlalisl1l a"d Political Ptronu In Malaya, him. 60. 2 G.P. Means, Molaysian Pofillcl, him. 254 .• Ramlah Adam, Dalo On" Jualar, him. 345-349.

18

Page 18: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 1946 ~ 1956

sebegilu banyak seperli yang lelah dibuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak isIimewa Melayu di dalam Perjanjian Persekutuan lelapi in; tidak sekali-kali mencegah atau menyekat ballgsa-ballgsa yallg bukall Melayu daripada mencapai kesenangan dOll kekayaan, dalliagi sehingga sekarang hak-hak ilu masih belum lagi menghasilkan keadaall yang setara! di anlara orang Melayu dengon yallg bukoll Melayu.'

Mengikut Perlembagaan 1957, kerakyatan Persekutuan boleh dibuat dengan tiga eara iaitu Kuatkuasa Undang-undang, Permintaan dan Naturalization. Dalam peruntukan ketiga-tiganya ini, satu kerakyatan kebangsaan, yang meletakkan semua bangsa ad.lah setaraf dari kuasa politik dan jumlahnya sarna banyak telah berlaku. Dengan kesamarataan ini, satu bentuk negara-bangsa Malayan telah dibentuk sepenuhnya. Inilah asas kebangsaan Malaysia hari ini.

Mengikut Bahagian III, Kerakyatan Persekutuan 1956, Fasal 14(1), mereka yang dibawah ini akan menjadi rakyat melalui Kuatkuasa Undang-undang:

a) every person who, immediately before Merdeka Day, was a citizen of the Federation by virtue of any of the provisions of the Federation of Malaya Agreement 1948, whether by operation of law or otherwise; b) every person born within the Federation on or after Merdeka Day; c) every person born outside the Federation on or after Merdeka Day whose father is a citizen at the time of the birth and either was born within the Federation or is at the time of the birth in service under the Government of the Federation or of the State; d) every person born outside the Federation on or after Merdeka Day whose father is a citizen at the time of the birth, if the birth is registered at a Malayan Consulate within one year of its occurrence, or within such longer period as the Federal Government may in particular case allow. 15. any women who is married to a citizen is entitled, upon making application to the registration authority, to be registered as citizen. 16. any person of over the age of eighteen years who was born in the Federation before Merdeka day is entitled, upon making application to the registration authority, to be registered asa a citizen if he satisfies that authority: a) that he has resided in the Federation, during the seven years immediately preceding the date of the application, for periods ammounting in the aggregate to not less than five years; b) that he intends to reside permenantely; c) that he is of good character; and d) that he has an elementry knowledge of the Malay language. I? any person of or over the age of eighteen years who was a residen.t in the Federation on Merdeka Day is eligible, subject to the provisions of the Second Schedule, to be registered as a citizen, upon making application to the registration authority if he satisfies that authority: a) that he has resided in the Federation, during the twelve years imediately preceding

1 Malay Merdeka, 24/6/56.

19

Page 19: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

the date of the application, for periods of amounting in the aggregate to not less than eight years; b) that he intends to reside permanently therein; c) that he is good character; and d) except where the application is made within one year after Merdeka Day and the applicant, that he has an elementary knowledge of the Malay language.'

Peruntukan-peruntukan ini beserta dengan peruntukan lain yang tercatat dalam Kerakyatan Persekutuan itu,2 memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang telah /ahir sebe/urn. pada dan se/epas Merdeka untuk menjadi rakyat Tanah Melayu tanpa sebarang syarat seperti dalam Undang-undang Perjanjian Persekutuan (Pindaan) 1952. Ia juga mengambil kira orang yang tidak lahir di Tanah Melayu, tetapi mempunyai bapa yang telah menjadi rakyat Tanah Melayu; ini rnemberi peluang kepada rarnai orang yang tidak langsung mempunyai asirnitasi dan kesetiaan kepada Tanah Melayu dan Raja-raja Melayu untuk menjadi rakyatnya. Ia juga memberi tempoh waktu tinggal yang sangat pendek iaitu 5 tahun dari 7 tahuo sahaja. Bagi mereka yang berumur 45 tahun pula, rnereka dikeculaikan dari kelulusan bahasa Melayu atau ]nggeris. ]a satu polisi kerakyatan yang sangat terbuka. Kata seorang penyelidik:

In summary, we may note that the highly explosive issue of citizenship was settled by creating, in effect, a single nationality, either by birth 0/ or by /ulfilling requirements o/residence, language and oath o/Ioyalty. The propolion o/citizens/rom the non­Malay communities would steadyly rise and in time the Malays, who were a numerical minority in- Malay, might also become minority at the polls. II was a major concession by the Malays to agree to such liberal citizenzhip requirements.)

Peruntukan kerakyatan Merdeka yang begini luas ini telah mernberi kesan yang sangat jelas kepada kuasa mengundi orang Melayu. Jika dalam pilihan raya 1955, jumlah pengundi Melayu ialah 84 peratus, tetapi pada tahun 1959, akibat kelonggaran kerakyatan Merdeka, jumlah mereka menjadi sangat rendah iaitu 56.8

Federation of Malaya. The Malayan Constitutional Documents 1957, Part III. Cilizenship. him. 32- 34. Halaman 35-41 adalllh mengenai kerakyatan secara Pcrmintaan, NalUrali7.ation, Penamatan Kerakyatan dan Tambahan­mcngenai kerakyatan Commonwealth.

2 Kerakyatan secara Pennintaan: 19. kerajalln Persekutuan boleh memheri kerakyalan kepada se'seorang yang berusia 21 tahun, dengan sYliral: a) telah tinggallO daripada 12 tahun dari tarikh pennohonan. b) herniat untuk tinggal tetapi. c) berperangai elok. d) mempunyai pcngetahuan asas bahasa tetapi. c) berperangai elok. d) mempunyai pengetahuan asss bahasa Melayu alau bahasa Inggeris. 20.1) Kerajaan Persekutuan boleh memberi kerakyatan kepada sesiapa yang difikirkan layak dengan syarat: a) tdah berkhidmat 3 tahun dalam pc:rkhidmatan tetap atau 4 tahun dalam perkhidmatan sementara pasukan bersenjata Persekutuan. b) bemiat untuk tinggal tetap di Tanah Melayu .

. 2) Pennohonlln boleh dibuat bagi mereka yang sedang berkhdimat dan akan memakan masa selama 5 tah·un. 3) mereka yang lelah berkhidmat sebelum Merdeka; mereka yang berkhidmat sc:cara sementara atau sepenuh mass 2 bulan akan diangap sebagai I bulan penuh maSil. Ibid. him. 34. G.P. Means, Malayan POlilics, London, 1976. him. 177.

20

Page 20: Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946 -1956 dan …€¦ · budaya dan ekonorni. Dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantiknya, ... Perbezaan antara orang

PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 1946 - 1956

peratus sahaja. Peningkatan yang banyak bagi orang bukan Mealyu adalah jelas sekali; iaitu dari 16 peratus pada tahun 1955 kepada 43.2 peratus pada tahun 1959. Kenaikan undi orang Cina sahaja telah meningkat sebanyak 7 kali ganda. 1

Dalam rang undang-undang kerakyatan yang baru ini terdapat satu perubahan yang sangat penting sekali; iaitu tidak ada lagi sebutan Rakyat Raja bagi Negeri-negeri Melayu. Kesemua peruntukan 1952 yang menyebut Rakyat Raja dijadikan satu panggilan umum iaitu Rakyat Persekutuan. Sumpah taat setia kepada Raja Melayu juga tidak disebut, tetapi digantikan dengan sumpah taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu, walaupun terdapat Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Dcngan ini, kerakyatan merdeka Persekutuan Tanah Melayu telah melenyapkan sifat kerakyatan tradisional Negeri dan Raja-raja MeJayu. Ia telah menghapuskan satu sifat kerakyatan asli Negeri-negeri Mel.yu yang telah dibina sejak kemunculan kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

KESIMPULAN

Rakyat Raja yang menjadi teras kerakyatan Negeri-negeri Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British telah diubah sedikit demi sedikit untuk. menjadikan ia hersifat Malayan. Usaha ini sangat jelas dengan pengenalan kerajaan Malayan Union pada tahun 1946. Bantahan orang Melayu melalui UMNO, pimpinan Dato Onn, telah dapat mengembalikan semula kedudukan pra-1941; walaupun terdapat peruntukan menjadikan orang bukan Melayu sebagai Rakyat Persekutuan, terutama bagi hekas Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Jumlahnya adalah 10 peratus.

Rang Undang-undang Perjanjian Perlembagaan (Pindaan) 1952 pula telah membentuk Stale Nationality yang membawa masuk orang bukan Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu melalui Kuatkuasa Undang-undang. Rang Undang-undang Perlembagaan Merdeka 1957 pula telah menggunakan dasar jus soli dengan cara yang sangat terbuka; dan syarat kemah iran bahasa Melayu yang lebih longgar. Rakyat Raja dengan itu telah dihilangkan buat selama-Iamanya. Ia hanya meng­ambit masa 10 tahun sahaja untuk British mendapatkan kerakyatan sarna rata bagi semua bangsa yang lahir dan yang berminat untuk menetap di Tanah Melayu.

1 Straits Ti~s, 19/8/ 1959, lihatjuga T.E. McGee. "The Mallyan Elections of 1959, A Study in Electoral Geography", Thr Journal of Tropical Geography, Vol. 16, October 1962, him. 74. Untuk meninjau seluruh keputusan pilihan raya 1959 ini lihat Federation of Malaya. Report On thr PIJr/itlmenlaryand SIUle Election.' 1959, Government Press., Kuala Lumpur. 1960.

21