sejarah pemerintahan wanita dalam islam

13
SEJARAH PEMERINTAHAN WANITA DALAM ISLAM Penglibatan wanita di dalam pentadbiran telah bermula sea! "aman dahulu lagi# Ia dibu!ti!an dengan pengi!tira$an pentadbiran Ratu %al&is di dalam Al' (uran# Ratu %al&is memerintah !eraaan Sab) seperti *ang diterang!an dalam a*at +S,RAH AL'Naml a*at -./ A*at tersebut menelas!an tentang Ratu %al&is *ang mentadbir !eraaan Saba)# Pada "aman se!arang0 sema!in ramai wanita *ang memimpin sesebuah 1rganisasi# Ramai wanita mempun*ai ilmu pengetahuan dan !epa!aran dalam bidang tertentu seperti pendidi!an0 !ebai!an dan !emas*ara!atan# 2leh itu0 peranan mere!a sangat diperlu!an dalam mewuud!an masa*ra!at *ang bera*a# Seperti *ang !ita !etahui0 bahawa wanita Islam mempun*ai saham *ang ban*a! dalam men*umbang!an peng1rbanan dan men*ebar!an Da!wah Islami*ah !epada umat Islam sea! dahulu lagi# 31nt1hn*a seperti Saidatina Ais*ah %inti Abu %a!ar0 Sai*idatina 4atimah A"'5ahra0 4atimah %inti 6hattab iaitu adinda !epada Sa*dina ,mar Al'6hattab dan puteri Sa*dina Abu %a!ar Asma) binti Abu %a!ar dan ban*a! lagi dan ini menunu!!an bagaimana pengaruh !aum wanita dalam permulaan sesebuah da!wah Islami*ah# A!an tetapi hal ini tida! menadi bu!ti bahawa !aum wanita uga turut serta dalam mengurus!an p1liti! dan petadbiran seperti !eadaan se!arang# Namun terdapat la!aran searah dalam meminta pandangan wanita di dalam hal ehwal wanita !e7uali *ang ber!aitan dengan imamah !ubrah# 31nt1hn*a0 Rasulullah SAW pernah meminta pendangan ,mmul Mu!minin ,mmu Salamah dalam perdamaian Hudaibi*h dan mengadu!an !epadan*a apa *ang %aginda terima daripada !aum %aginda + iaitu (urais*/ dalam per!ara tida! tahullul dari ihram# As' Suhaili ber!ata !eti!a memper!ata!an pendirian ,mmu Salamah r#a dalam peperangan Hudaibi**ah# 8 Dalam satu riwa*at *ang sahih0 Nabi SAW

Upload: ismi-athirah

Post on 06-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SIyasah Syariah

TRANSCRIPT

SEJARAH PEMERINTAHAN WANITA DALAM ISLAMPenglibatan wanita di dalam pentadbiran telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ia dibuktikan dengan pengiktirafan pentadbiran Ratu Balqis di dalam Al-Quran. Ratu Balqis memerintah kerajaan Sab seperti yang diterangkan dalam ayat (SURAH AL-Naml ayat 23)Ayat tersebut menjelaskan tentang Ratu Balqis yang mentadbir kerajaan Saba. Pada zaman sekarang, semakin ramai wanita yang memimpin sesebuah organisasi. Ramai wanita mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, peranan mereka sangat diperlukan dalam mewujudkan masayrakat yang berjaya.Seperti yang kita ketahui, bahawa wanita Islam mempunyai saham yang banyak dalam menyumbangkan pengorbanan dan menyebarkan Dakwah Islamiyah kepada umat Islam sejak dahulu lagi. Contohnya seperti Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar, Saiyidatina Fatimah Az-Zahra, Fatimah Binti Khattab iaitu adinda kepada Saydina Umar Al-Khattab dan puteri Saydina Abu Bakar Asma binti Abu Bakar dan banyak lagi dan ini menunjukkan bagaimana pengaruh kaum wanita dalam permulaan sesebuah dakwah Islamiyah. Akan tetapi hal ini tidak menjadi bukti bahawa kaum wanita juga turut serta dalam menguruskan politik dan petadbiran seperti keadaan sekarang. Namun terdapat lakaran sejarah dalam meminta pandangan wanita di dalam hal ehwal wanita kecuali yang berkaitan dengan imamah kubrah. Contohnya, Rasulullah SAW pernah meminta pendangan Ummul Mukminin Ummu Salamah dalam perdamaian Hudaibiyh dan mengadukan kepadanya apa yang Baginda terima daripada kaum Baginda ( iaitu Quraisy) dalam perkara tidak tahullul dari ihram.As- Suhaili berkata ketika memperkatakan pendirian Ummu Salamah r.a dalam peperangan Hudaibiyyah. " Dalam satu riwayat yang sahih, Nabi SAW menemui isterinya iaitu Ummu Slamah dan mengadukan kepada Ummu Salamah apa yang didapati Baginda dari tindakan orang ramai ketika Baginda menyuruh mereka bergunting dan menyembelih dam mereka, akan tetapi mereka tidak melaksanakannya kerana mereka merasa geram kerana tidak dapat memasuki Makkah. Lalu Ummu Slamah r.a berkata: Wahai Rasulullah SAW pergilah temui mereka, dan bercakap kepada mereka sehinggalah engkau sendiri bergunting dan menyembelih dam, kerana apabila mereka melihatmu berbuat demikian, mereka tiak akan membantahmu lagi. Maka Rasulullah SAW melakuknannya kemudiannya diikuti oleh orang ramai. As-Suhaili memberikan kmen tentang peristiwa tersebut berkata : Peristiwa ini menunjukkan boleh meminta pandangan wanita. Al Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam kitab Al-Ishabah fi Tamyiz As-Shahabah: Ummu Salamah disifatkan sebagai seorang perempuan yang cantik, berakal dan berpandangan jitu dan pandangan yang dikemukakan kepada Nabi SAW pada peristiwa Hudaybiyah menunjukkan kematangan akal fikiran dan kebenaran pendapatnya.Hal ini membuktikan boleh sekiranya mengambil pendapat atau pandangan wanita dalam mana-mana perkara selain yang ada kaitan dengan imamah kubra(kepimpinan tertinggi), iaitu dengan tidak memasukkan mereka ke dalam mesyuarat dan hal ehwal pemerintahan.

PRO DAN KONTRA WANITA SEBAGAI PEMIMPIN MENURUT SYARAK.1.Dalil Haram Melantik Wanita Sebagai Ketua Negaraa) Dalil Al-QuranDalil yang paling kuat dalam pengharaman jawatan ketua Negara atau pemimpin keatas wanita ialah di dalam firman Allah SWT surah an nisa ayat 34Ayat ini menetapkan kepimpinan itu hanya di tangan kaum lelaki, bukablah di tangan wanita, sama ada kepimpinan itu dalam pentadbiran rumah tangga, atau dalam berwalikan akad nikah, atau dalam mengendalikan pemerintahan dan tentadbiran Negara.Iman al-Qurthubi dalam tafsirnya berkata: Kaum lelakilah yang mengendalikan perbelanjaan wanita yang mempertahankan mereka. Dan juga di tangan merekalah tampuk pemerintahan dan kekuasaan serta orang-orang yang berperang adalah terdiri dari kalangan lelaki. Dan semua ini bukanlah di tangan wanita.Disebutkan dalam Umdah At-Tafsir dari Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini:Maksudnya: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanitaIni bermaksud lelaki adalah tiang ke atas wanita, atau dengan makna yang lain lelaki adalah ketua, pemimpin, enguasa dan pembimbing keatas wanita apabila wanita itu berpangkat lebih tinggi daripada wanita kerana Allah SWT telah melebihkan kuasa itu keatas kaum lelaki. Kerana lelaki itu lebih utama dari wanita dan lelaki lebih baik daripada wanita. Oleh sebab inilah, pangkat kenabian hanya dikhaskan kepada lelaki sahaja, begitu juga jawatan-jawatan besar seperti raja, qadhi dan jawatan-jawatan lain. Oleh sebab itu, wanita tidak diberikan hak kepimpinan di dalam rumah, maka bagaimana wanita boleh berhak dilantik sebagai ketua negara yang mana jawatan tersebut perlu berhadapan dengan masalah negara seperti masalah politik, ketenteraan, perekonomian dan sosial.b) Dalil SunnahDi antara dalil tegahan wanita menjadi pemimpin iailah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari melalui sanadnya dalam sahihnya daripada Abi Bakrah r.a katanya:Maksudnya: Demi sesungguhnya Allah telah memberi guna kepadaku pada hari perang Jumal(Perang Unta) aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Manakala sampai berita kepada Rasulluah SAW bahawa penduduk Parsi telah melantik anak perempuan Kisra sebagai Raja mereka. Lalu Rasulullah SAW bersabda tidak akan berjaya satu-satu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita.(Sahih Bukhari, kitab al-Maghazi: bil. 4425)Dlam satu riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah yang bermaksud:Tidak akan diberi kejayaan kepada satu-satu kaum yang dipimpin oleh perempuanHadith ini jelas menunjukkan dalil yang melarang dan yang mengahramkan wanita dilantik sebagai pemimpin tertinggi. Hadith ini berkisarkan peristiwa ketika Rasulullah SAW telah mendengar berita bahawa oang-orang asing di negeri Parsi telah melantik Puteri Kisra sebagai raja mereka selepas ayah dan saudaranya mati dan tiada waris lelaki di istana Kisra. Dan apabila Rasulullah mendengar berita perlantikan itu, Baginda mensabdakan hadith diatas.Hadith ini merupakan satu amaran dan peringatan kepada umat Islam supaya tidak bertindak sebagaimana yang telah diplakukan oleh orang- orang Parsi dahulu dan supaya mereka tidak mencontohi orang-orang kafir.Antara dalil sunnah yang lain yang menegah perlantikan wanita sebagai ketua aladah hadith:Maksudnya: Hancur binasalah kaum lelaki ketika patuh tunduk kepada kaum wanita(Kasr al-Khafa: 2.332 bil 2882)Imam Ahmad meriwayatkan dari Abi Bakrah, bahawa beliau telah menyaksikan Nabi SAW didatangi oleh pemberita yang membawa berita gembira berkenaan kemengangan tenteranya mengalahkan musuh lalu Baginda SAW terus menunduk sujud. Kemudian bertanya kepada pemberita itu berbagai perkara. Pemberita tersebut memberitahu bahawa pihak musuh diperintah oleh wanita. Lalu Baginda SAW bersabda Kini hancur binasalah lelaki ketika patuh tunduk kepada wanita. Nabi SAW telah mengucapkannya sebanyak tiga kali.(Kasf al-Khafa 2.332)

c) IjmaKesepakatan ulama dahulu dan kini menyatakan wanita tidak boleh dilantik menjadi ketua pemerintahan dan qadhi. Para ulama hadith juga telah bersepakat berhubung dengan perkara ini dan ijma mengatakan wanita tidak boleh melibatkan diri didalam majlis musyawarah dan majlis perundangan yang lain.d) Hujah Ulama Muktabari. Imam QurtubiImam al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah SWT:Surah an-Naml ayat 23Maksudnya: Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka

Menurut Qadhi Abu Bakar bin Arabi Al-Maliki: Ayat ini merupakan satu nas yang menunjukkan bahawa wanita tidak boleh menjadi khalifah dan ini tidak dipertikaikan oleh para ulama. Menurut Tafsir Imam Qurtubi dalam membahaskan syarat-syarat ketua Negara menyatakan , ulama bersepakat menyatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua walaupun mereka berbeza pendapat tentang keharusan wanita menjadi qadhi di dalam kes-kes yang wanita boleh menjadi saksi.Pendapat ini bertentangan dengan pendapat Imam Abu Hanifah yang membolehkan wanita menjadi qadhi. Pendapat ini disandarkan kepada Imam Maliki kerana Qadhi Abu Bakar Bin Arabi Al Maliki merupakan pembesar ulama Mazhab Maliki dan orag yang paling arif mengenai Mazhab Imam Maliki.Pendapat diatas dikuatkan lagi dengan peristiwadimana Imam Maliki pernah melarang wanita mengimami wanita-wanita sejenisnya dalam sembahyang walaupun sekali dan tidak memungkinkan keharusan wanita dilantik sebagai qadhi. (Tafsir qurtubi 1:280)

ii. Ibn QudamahDaripada Kitab Mughni mengenai syarat seorang qadhi iaitu dan seseorang qadhi mestilah baligh, berakal, Islam, merdeka, lelaki, berilmu, fakih dan warak.Mata n daripada kitab mughi ini telah dimukhtasarkan oleh Al-Khurqi dan disimpulkan bahawa tiga syarat yang mesti ada pada wadhi dan salah satuny ialah sempurna, dan sempurna ini terbahagi kepada dua iaitu sempurna hukumdan sempurna kejadian.Sempurna hukum mengambil kira empat perkara iaitu baligh, berakal, merdeka dan lelaki. Menurut Ibn Qudamah, Dalil yang menunjukkan wanita tidak boleh menjadi qadhi ialah Hadis Nabi SAW yang bermaksud:Tidak akan berjaya satu kaum ynag menyerahkan urusan mereka kepada wanitaFaktor wanita tidak boleh menjadi qadhi adalah kerana antara tanggungjawab seorang qadhi perlu menghadiri majlis pengadilan, majlis lelaki dan qadhi perlu kepada kesempurnaan fikiran dan akal, sedangkan wanita kurang daya pemikiran, tidak layak meghadiri majlis lelaki dan kesaksiannya tidak diterima, dan dibandingkan dengan kesaksian seribu orang wanita tidak sama dengan kesaksian seorang lelaki.Allah SWT telah memperingatkan tentang sifat lalai dan pelupa wanita di dalam al-Quran:Surah al-Baqarah 2:282Maksudnya: Supaya jika seorang (wanita itu) lupa, maka seorang (wanita) lagi memperingatkannyaWanita juga tidak layak menjadi ketua Negara, dan mengetuai negeri. Oleh sebab itu Nabi SAW tidak pernah melantik wanita sebagai qadhi dan tidak pernah melantik wanita mengetuai mana-mana negeri. Begitu juga dengan sahabat-sahabat baginda yang menjadi khalifah dan pemimpin selepas mereka yang melantik wanita menjadi qadhi dan ketua negeri.

iii. Qadhi Abul Wahid Bin RasyidIbn Rasyd berkata didalam kitab Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Maqsad ketika membahaskan tentang siapakah yang harus dilantik sebagai qadhi:Ulama yang berselisih pendapat mengenai pensyaratan lelakiJumhur berkata : Lelaki adalah syarat sah jatuhnya hukum. Manakala Imam Abu Hanifah berkata: Wanita boleh menjadi qadhi di dalam kes-kes harta, dan At-Tabari berkata: Wanita boleh menjadi hakim secara mutlak dalam segala kes.

Berhubung dengan pensyaratan merdekaAl-Qadhi Abdul Wahhab al-Maliki berkata: Menurut pengetahuan saya, para ulama tidak berselisih pendapat tentang pensyaratan merdeka. Oleh sebab itu, sesiapa yang menolak hukum (pengadilan) yang dibuat oleh wanita, bermakna dia telah menyamakannya dengan hukum ketua Negara, dan ia juga telah mengqiaskan wanita denga hamba kerana kehormatan hamba itu kurang sempurna. Sesiapa yang menharuskan hukum (pengadilan) yang dibuat oleh wanita dalam kes-kes harta samalah seperti dia telah megaharuskan kesaksian wanita di dalam kes-kes harta.Dan sesiapa yang berpendapat hukum (pengadilan) wanita dan hamba boleh berlaku (sah) dalam segala kes dengan berdalilkan : Bahawa mengikut hukum asal, setiap orang yang mengeluarkan hukum terhadap kes orang ramai, maka hukumnya adalah harus, kecuali dalam kes yang telah dikecualikan oleh ijma seperti menjadi ketua Negara(bidayah al-mujtahid 2:344)iv. Dr. Wahbah ZuhailiDalam membahaskan mengenai syarat-syarat ketua Negara, Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya Fiqh Al Islami Wa Adillatuh ada menyebut: Adapun persyaratan lelaki adalah kerana jawatan ketua Negara amat berat. Ia memerlukan keupayaan yang besar yang pada adatnya tidak akan dapat ditanggung oleh kaum wanita. Wanita tidak akan berupaya menanggung tanggungjawab yang ada pada jawatan ini, sama ada ketika aman dan perang serta dalam keadaan genting. Dr Wahbah Zuhaili memetik hadis Rasulullah SAW : Tidak akan Berjaya satu-satu kaum yang menyerahkan urusan mereka pada wanitaOleh yang demikian, para ulama telah berijma bahawa ketua Negara itu mestilah seorang lelaki (fiqh islami wa adillatuh:6:693)

Pandangan Mazhab dalam Perlantikan Wanita Di Dalam PentadbiranMenurut pandangan sebilangan besar ahli fiqh konservatif selama ini, dari segi peranan politik dalam erti kata amar maruf nahi mungkar, lelaki dan wanita sememangnya diakui sebagai memiliki hak dan kewajipan yang sama. Akan tetapi, dalam erti kata politik amalan yang memerlukan pembuatan suatu keputusan yang muktamad (al-wilayah al-mulzimah) yang dalam badan legislatif ( perundangan) dan eksekutif (pelaksanaan) atau kekuasaan besar/awam (al-wilayah aluzma), kebanyakan ulama berpendapat yang tugas-tugas ini tidak dapat dilakukan dengan sama.Contohnya, fatwa yang dikeluarkan oleh Universiti al-Azhar pada tahun 1952 menyatakan:Syariah Islam melarang kaum perempuan menduduki jabatan-jabatan yang meliputi bidang kuaa awam. Yang dimaksudkan bidang kuasa awam dalam fatwa diatas adalah kuasa untuk memutuskan (as-sultah al-mulzimah) dalam urusan-urusan kemasyarakatan (al-Jamaah), seperti kuasa membuat undang-undang (legislatif) , kuasa kehakiman dan kuasa melaksanakan undang-undang (eksekutif).Dibawah ini akan dibahaskan dengan lebih lanjut mengenai satu persatu bidang kuasa awam dan akan dihuraikan serba sedikit pendapat ahli fiqh tentang dalam keadilan dan hak wanita dalam keadilan dan parlimen mengikut hujah masing-masing.i) Kekuasaan Kehakiman (Wilayah al-Qadha)Kuasa kehakiman merupakan kuasa besar dan termasuk dalam bidang kuasa awam (al-wilayah al-ammah). Kekuasaan ini juga bersifat pelaksanaan undang-undang (as-sultah al-mulzimah). Oleh kerana itu beberapa syarat harus dipenuhi untuk untuk memegang jawatan ini. Para fuqaha bersependapat tentang beberapa syarat iaitu beragama Islam, berakal, dewasa dan merdeka, sihat jasmani, adil dan memahami hukum-hukum syariah. Syarat mengenai jantina juga diperdebatkan. Terdapat tiga pandangan ulama menegani syarat jantina ini:Pertama, Imam Malik bin Anas, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa jawatan ini haruslah diserahkan kepada lelaki dan tidak boleh kepada wanita. Pada pandangan mereka, seorang hakim bukan sahaja perlu menghadiri siding terbuka yang terdapat didalamnya orang lelaki, malah seorang hakim juga harus memiliki kecerdasan akal yang tinggi (kaml ar-rayi wa tamam al-aql wa al-fathanah). Menurut mereka, tingkat kecerdasan kaum lelaki (naqishat al-aql, qalilat ar-ray). Selain itu, wanita di dalam jawatan tersebut akan berhadapan dengan lelaki. Kehadiran wanita itu akan menimbulkan fitnah atau gangguan.Hujah lain turut dikemukakan oleh golongan ini adalah dari sudut fakta sejarah. Menurut mereka, Nabi SAW dan para khalifah al-Rasyidin dan penguasa-penguasa Islam selepasnya tidak pernah memberikan kuasa kepada wanita. Sejarah Islam tidak pernah membuktikan adanya wanita yang menduduki jawatan ini.Pendapat kedua, datangnya dari Mazhab Hanafi dan Ibn Hazm ad-Dhahiri. Mereka mengatakan bahawa lelaki bukan syarat mutlak untuk kuasa kehakiman. Wanita juga boleh menjadi hakim kepada semua kes melainkan kes-kes jenayah berat iaitu hudud dan qisas. Ini adalah kerana, wanita dibenarkan menjadi saksi untuk perkara-perkara tadi. Selain itu, hakim (qadhi) bukanlah penguasa, tugasnya hanya melaksanakan dan menyampaikan hukum agama dan fungsinya sama seperti mufti. Ibn Hazm menambah bahawa Umar bin Al Khattab pernah memberi tugas kepada wanita sebagai bendahara perdagangan. Pendapat ketiga menyatakan bahawa wanita boleh menjadi hakim untuk semua kes, baik dalam bidang sivil atau jenayah. Lelaki tidak menjadi syarat bagi memegang kuasa kehakiman. Ini merupakan pendapat Ibnu Jarir dan Hassam Al Basri. Pendapat mereka, jika wanita boleh menjadi mufti, adalah logik jika dia juga boleh menjadi hakim. Namun, pendapat ketiga ini terus ditolak oleh al-Mawardi. Beliau mengatakan bahawa pendapat Ibnu Jarir telah menyimpang dari kesepakatan (ijma). Ia juga berlawanan dengan teks Al-Quran (an-nisa 34).

ii) Kekuasaan Legislatif (Bidangkuasa Perundangan)Kuasa legislatif di dalam teori politik Islam dianggap sebagai badan tertinggi dalam sesebuah Negara. Selain tugasnya memilih ketua Negara (imam/khalifah) ia juga menetapkan undang-undang dan menentukan arah politik Negara.Al-Mawardi dan Abu Yala menetapkan beberapa syarat untuk menjadi anggota badan ini ataupun dengan kata lain ahl al halli wa al-aqdi atau al-ikhtiyar. Antara syarat-syarat itu adalah: adil dengan memenuhi segala syarat-syaratnya, kemampuan memilih calon ketua Negara dan mempunyai kepakaran dalam memilih ketua Negara.Kedua-dua pemikir politik ahli sunnah wal jamaah ini tidak mengemukakan pendapat mereka secara jelas tentang sesahihan keanggotaan wanita dalam badan ini. Mereka turut membahaskan tentang ketidak sahnya wanita menduduki jabatan yang tahapnya lebih rendah dalam tingkat kuasa jika dibandingkan dengan jawatan ketua Negara wizarah al-tafwidh (Perdana Menteri) dan wizarah al-tanfidz (menteri) serta dalam kuasa kehakiman. Menurut mereka, jabatan-jabatan ini memerlukan kepakaran dan kemampuan yang kedua-duanya amat penting dalam menyandang jawatan-jawatan dalam bidang kuasa awam (wilayah al-ammah). Wanita tidak dianggap dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk memegang jawatan-jawatan ini.Pendapat ini dipersetujui oleh Al-Mauddudi yang mana beliau mensyaratkan lelaki untuk jawatan tersebut. Al-Maududi mengemukakan hujah lain dengan menyatakan keanggotaan wanita dalam bidang ini membuka peluang bagi pergaulan dengan lelaki yang telah jelas pengharamannya dalam Islam.Namun begitu, Dr. Said Ramadhan al-Buthi telah berbeza pendapat dengan al-Maududi. Beliau menyatakan bahawa dalam pandangan sebilangan besar ulama, syura(permesyuaratan) mempunyai fungsi yang sama dengan fatwa dan menurutnya juga, anggota parlimen memiliki fungsi yang sama dengan mufti. Seluruh ulama bersepakat setuju bahawa wanita boleh menjadi mufti. Oleh kerana itu, wanita dibenarkan menjadi anggota parlimen. iii) Kuasa PentadbiranJawatan ketua Negara sehingga hari ini masih belum dipegang oleh wanita. Syah Waliyullah ad-Dhalami menyatakan bahawa syarat-syarat seorang khalifah adalah berakal, baligh, merdeka, lelaki, berani, cerdas mendengar dan melihat serta boleh bertutur. Syarat-syarat ini telah disepakati oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman.Dr. Wahbah Az-Zuhaili mengatakan para fuqaha telah bersepakat melalui ijma dalam meletakkan lelaki sebagai syarat seorang imam (ketua Negara). Dipetik di dalam kitabnya iaitu Al-Fiqh al-Islami :Tidak sah perempuan menduduki jabatan al-imamah al-uzma (ketua Negara) dan gabenor. Rasulullah SAW, Khulafa Ar-Rasyidin dan para pemerintah selepasnya juga tidak pernah melantik wanita menjadi hakim dan gabenor (wilayah balad)