sejarah olah raga

Upload: wan-fauziah-wan-ya

Post on 07-Jul-2015

486 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1) PENGETAHUAN UMUM

1.1)

SEJARAH OLAHRAGA Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai

menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masingmasing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguhsungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama.

Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

SEJARAH AWAL

Sukan olah raga bermula di Greek Kuno seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi dan merupakan sukan terawal di dunia.

Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapatdilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut.

Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan

kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.

Perkembangan Pada Zaman Moden

Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negaranegara lain, yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanankejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain daripada kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet

Amerika Syarikat yang berketurunan Negro, menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga turut mengadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negaranegara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuanpersatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

1.2) Pengenalan Acara Olahraga Sejarah Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek. Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik: a) Sukan Panhellenic: b) Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun c) Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun d) Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahuny

Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

y

The Tailteann Games (claimed foundation 1829 BC) held near modern Telltown in Ireland, this thirty-day meeting included foot races and stone-throwing events

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik. Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej

pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga. Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field. Olahraga tertutup

Typical "oval" track consisting of two semicircles joined by straight segments. Terdapat dua musim untuk acara trek dan padang. Terdapat satu musim tertutup, diadakan semasa musim sejuk dan satu musim luar, diadakan semasa musim bunga. Kebanyakan trek dalam dewan adalah 200 meter dan mempunyai empat hingga 8 lorong. Terdapat juga sesetengah trek dalam dewan 150 meter, dan lain-lain sekecil 120 meter juga pernah digunakan. Kebiasaannya, trek sebegini telah diubahsuai untuk megelakkan ukuran trek berlainan yang disebabkan pusing selekoh ketat.

Dalam kejohanan trek tertutup, atlet mempertandingkan acara balapan sama dengan kejohanan luar kecuali untuk acara 100 m, 110 m/100 m berpagar (digantikan dengan 55 atau 60 m pecut dan 55 atau 60 m berpagar dalam kebanyakan peringkat, atau 55 m pecut dan berpagar dalam peringkat sekolah tinggi), 10,000 m jalan kaki dan 3,000 m lari berhalangan, 400 m berpagar. Acara tertutup juga mempunyai tambahan 3,000 m berlari yang biasanya diadakan untuk tahap kolej dan elit berbanding 10,000 m. 5,000 m adalah acara terpanjang biasanya diadakan dalam dewan, walaupun terdapat situasi di mana jarak lebih panjang pernah dipertandingkan. Dalam pertengahan abad ke-20, terdapat satu siri "perang tanding" perlumbaan di trek tertutup Madison Square Garden, sebahagian yang mempertandingkan larian maraton dua lelaki (42.2 km). Untuk acara padang, kejohanan trek tertutup hanya mempertandingkan lompat tinggi, lompat galah, lompat jauh, lompat kijang, dan lontar peluru (lemparan berat). Akibat ruang yang terhad, acara ini mengambil tempat di kawasan dekat, dalam lilitan trek. Merejam lembing, tukul dan cakera adalah ditambah hanya untuk kejohanan luar, oleh sebab biasanya tiada ruang yang mencukupi dalam stadium tertutup untuk menempatkan acara tersebut. Olahraga luar Musim acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. "Trek tartan" moden atau "trek mondo" yang lebih baru diperbuat dengan satu permukaan diturap dengan getah; trek lebih lama adalah diliputi sinder. Trek biasanya terdiri daripada 6-10 buah lorong (sehingga 12 lorong di 'front' straight) dan kebanyakan termasuk satu lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada selekoh. Pit halangan lumba kuda ini boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar trek, untuk membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas. Ia adalah biasa untuk trek mengelilingi satu padang permainan digunakan untuk bola sepak Amerika, bola sepak, atau permainan bola lakros. Padang dalaman ini lazimnya

dikenali sebagai kawasan dekat (infield) dan mempunyai permukaan sama ada rumput atau rumput tiruan. Segala acara padang boleh dipertandingkan di kawasan dekat. Bagaimanapun rejam lembing, membaling tukul besi dan melempar cakera kadangkala merupakan diadakan pada padang luar daripada stadium trek kerana mereka memerlukan ruang yang besar, alat-alat itu boleh merosakkan kawasan dekat, dan alat tersebut mungkin berkesudahan mendarat pada trek. Bagaimanapun, sebahagian infields adalah digunakan khas untuk acara ini, dan untuk rejam lembing, seorang atlet mungkin mempunyai run-up lebih panjang dengan memulakan ia pada sebelah landasan yang lain, dan melintas apabila tiada atlet melalui. Acara Terdapat variasi lain selain yang disenaraikan di bawah tetapi perlumbaan jarak luar biasa (contoh 300 m) adalah kurang kerap dijalankan. Perlumbaan luar biasa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh trek tertutup lebih pendek 200 m. Dengan pengecualian larian batu (mile run), perlumbaan berdasarkan jarak imperial adalah jarang sekali diadakan di trek lagi selepas kebanyakan trek telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) ke 400 m; semua penyimpanan rekod untuk jarak imperial telah ditamatkan. Bagaimanapun, buku rekod IAAF masih termasuk rekod dunia batu (kini dipegang oleh Hicham El Guerrouj dari Maghribi untuk lelaki dan Svetlana Masterkova dari Rusia untuk wanita) disebabkan oleh kepentingan bersejarahnya di seluruh dunia. Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi. Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan-halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan.

Acara Balapan y Acara larian dan lumba jalan kaki i. Pecut

Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:a) 50 meter (tertutup sahaja) b) 55 meter (tertutup sahaja) c) 60 meter (tertutup sahaja) d) 100 meter e) 200 meter f) 400 meter

ii.

Acara jarak sederhana

acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 800 meter b) 1000 meter (jarang) c) 1500 meter d) One mile[1] e) 3000 meter f) 3000 meter berhalangan iii. Acara jarak jauh

adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 5000 meter b) 10000 meter

iv.

Acara lari berpagar

memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 60 meter lari berpagar (tertutup sahaja) b) 100 meter lari berpagar (wanita) c) 110 meter lari berpagar (lelaki) d) 400 meter lari berpagar

v.

Lari berganti-ganti

adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan, memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 4 x 100 meter lari berganti-ganti b) 4 x 200 meter lari berganti-ganti (sekolah tinggi dan kolej) c) 4 x 400 meter lari berganti-ganti d) 4 x 800 meter lari berganti-ganti vi. Lumba lari jalan

adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 10 km b) 20 km c) Half marathon (21.0975 km) d) Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.

vii.

Lumba jalan kaki

mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan adalah: a) 10 km b) 20 km c) 50 km Acara padang I. Acara melempar a) Lempar cakera b) Baling tukul besi c) Rejam lembing d) Lontar peluru II. Acara melompat a) Lompat tinggi b) Lompat galah c) Lompat jauh d) Lompat kijang Pertandingan Pelbagai Acara Pertandingan pelbagai acara termasuk acara daripada kedua-dua trek (berlari) dan acara padang. Pentathlon: Pentathlon luar adalah satu acara kejohanan kebangsaan di Amerika Syarikat sehingga 1978. Ia masih dipertandingkan dalam kebanyakan tempat di serata dunia, tetapi jarang sekali sebagai acara kejohanan. Pentathon juga dipertandingkan di beberapa Sukan Olimpik awal, terutamanya dalam Olimpik 1912 yang telah dimenangi oleh Jim Thorpe,

yang turut memenangi Decathlon. Acara meniru Sukan Olimpik Greek asal, di mana Pentathlon adalah pertandingan pertama. Ia terdiri daripada lompat jauh, rejam lembing, satu larian statia kira-kira 180 meter, lempar cakera, dan gusti gaya GrecoRom. Pentathlon luar termasuk lima acara berikut: a) Lompat jauh b) Rejam lembing c) 200 meter d) Lempar cakera e) 1500 meter Pentathlon: Pentathlon tertutup termasuk lima acara berikut: a) Lari berpagar (110 meter untuk lelaki, 100 meter untuk wanita) b) Lontar peluru c) Lompat jauh d) Lompat tinggi e) Jarak sederhana (1500 meter untuk lelaki, 800 meter untuk wanita) Heptathlon: Heptathlon termasuk tujuh acara berikut: Di luar (biasanya hanya wanita): a) 100 meter lari berpagar b) Lompat tinggi c) Lontar peluru d) 200 meter e) Lompat jauh

f) Rejam lembing g) 800 meter Tertutup (biasanya hanya lelaki): a) 60 meter b) Lompat jauh c) Lontar peluru d) Lompat tinggi e) 60 meter lari berpagar f) Lompat galah g) 1000 meter Dekatlon: Decathlon termasuk sepuluh acara berikut: a. 100 meter b. Lompat jauh c. Lontar peluru d. Lompat tinggi e. 400 meter f. 110 meter lari berpagar g. Lempat cakera h. Lompat galah i. Rejam lembing j. 1500 meter

1.3. Sejarah Koam Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang

perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

IPG- KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI

SUKAN OLAHRAGANAMA : WAN FAUZIAH BINTI WAN YA (800101-09-5148) KUMPULAN PENSYARAH TARIKH SERAH : KDPM KDC (KEMAS)KG1F : EN. NAZRI BIN BEDIN : SEPTEMBER 2010