sejarah melayu

16
Jurnal Pengajian Melayu, ]ilid 16. 2005 SEJARAH MELAYU : SEBUAH GENRE SINTESIS YANG BAIK BAGI MEMENUHI TUNTUTAN MORAL ISLAM DAN ASPEK PENGAWALAN POLITIK Norazimah Zakaria Pendahuluan Genre sintesis ialah karya sastera yang memperlihatkan timbal balik pengaruh Hindu Islam kerana ia ditulis dalam latar istana yang masih kuat pengaruh pemikiran-peIJlikiran Hindu. Walaupun Islam datang namun ia tidak menghapuskan budaya Hindu. Corak-corak sintesis Kesusasteraan Melayu sangat beraneka ragam. Bentuk sintesis yang paling bagus, yang melahirkan harmoni dalam karya sastera yang selalu "menukar warna" telah menghasilkan "kepekaan tipologi" kesusasteraan Melayu. Maksudnya, kesusasteraan itu bukan sekadar menyatukan fragmen-fragmen pelbagai tradisi (meskipun biasanya memang begitu'', tetapi malah menetapkan sejenis kesepadanan antaranya, dan dengan demikian pula menyamakannya. Justeru penyamaan itulah yang diperlihatkan oleh karangan sejarah. 1 319

Upload: flora-christopher-muni

Post on 25-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Melayu

Jurnal Pengajian Melayu, ]ilid 16. 2005

SEJARAH MELAYU : SEBUAH GENRE SINTESIS YANG BAIK BAGI MEMENUHI TUNTUTAN

MORAL ISLAM DAN ASPEK PENGAWALAN POLITIK

Norazimah Zakaria

Pendahuluan

Genre sintesis ialah karya sastera yang memperlihatkan timbal balik pengaruh Hindu Islam kerana ia ditulis dalam latar istana yang masih kuat pengaruh pemikiran-peIJlikiran Hindu. Walaupun Islam datang namun ia tidak menghapuskan budaya Hindu. Corak-corak sintesis Kesusasteraan Melayu sangat beraneka ragam. Bentuk sintesis yang paling bagus, yang melahirkan harmoni dalam karya sastera yang selalu "menukar warna" telah menghasilkan "kepekaan tipologi" kesusasteraan Melayu. Maksudnya, kesusasteraan itu bukan sekadar menyatukan fragmen-fragmen pelbagai tradisi (meskipun biasanya memang begitu'', tetapi malah menetapkan sejenis kesepadanan antaranya, dan dengan demikian pula menyamakannya. Justeru penyamaan itulah yang diperlihatkan oleh karangan sejarah. 1

319

Page 2: Sejarah Melayu

Jurnal Pmgajian Melayu, jilid 16, 2005

Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin merupakan sebuah genre sintesis yang baik. Sebagai genre sintesis, Sejarah Melayu yang dikarang pada zaman Islam, iaitu abad ke-15 atau ke-16 Masihi, masih memperlihatkan unsur Hindu yang ketara sekali. Sejarah Melayu merupakan karya warisan bangsa Melayu yang dianggap sebagai par excellence oleh ramai sarjana moden, Barat, dan Melayu. Karya ini lahir dari satu tradisi keintelektualan Melayu yang subur di istana raja-raja Melayu sejak kurun ke-15. Bentuknya adalah manifestasi satu sudut pandangan, satu persepsi seorang pengarang Melayu di kurun ke-16 dan 17, terhadap masa silam bangsanya.

Sejarah Melayu secara khususnya memerihalkan mengenai kerajaan Melayu dan raja-raja Melayu yang bertahan memerintah dan bukan sahaja Melaka tetapi juga menebarkan kuasanya ke negeri-negeri persekitaran yang secara geografinya wujud dalam keadaan berserakan. Dengan kedatangan Islam dan jatuhnya kerajaan Hindu Sri Vijaya, negeri-negeri mula muncul secara terpisah. Keadaan ini disebabkan kerajaan Sri Vijaya berada dalam keadaan terumbang ambing. Fenomena ini menyumbang kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai kerajaan monoetnik.

Salah sebuah kerajaan yang muncul ketika itu ialah Melaka. Melaka sebagai sebuah kerajaan kecil yang wujud telah berjaya menakluki beberapa negeri-negeri di persisiran Sumatera di kurun ke-15 dan 16. Melaka juga turut berjaya memaksa negeri-negeri yang terpisah ini patuh kepadanya. Oalam lantaran geografi yang demikian, kekuasaan tentera sahaja tidak dapat sebenarnya menuntut kepatuhan negeri-negeri yang ditakluk. Mekanisme kuasa yang lebih bersifat non-fisikal malah supernatural diperlukan untuk mengawal rakyat secara psikologikal, supaya kepatuhan dan ketaatan mereka itu menjelma secara semula jadi.

Oalam Sejarah Melayu, strategi politiknya menuntut kesetiaan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh rakyat dan jajahan takluknya menyebabkan pengarang sebagai pengarang annal terpaksa kembali kepada tradisi atau meminjam ideologi agama Hindu. Ini adalah kerana ideologi agama Hindu adalah satu-satunya ideologi yang meletakkan raja sebagai dewa atau supreme ruler. Genre sistesis juga dikenali sebagai genre adab. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menceritakan keturunan raja, tetapi mahu dijadikan panduan kepada anak cucu dikemudian hari.

320

Page 3: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

Konsep adab yang diketengahkan banyak dipengaruhi oleh pengaruh Hindu. Waiau bagaimanapun, Idea Islam ini dapat dilihat melalui konsep "wasiat", wa'adat, dan teladan.

Sejarah Melayu sebagai genre sintesis yang merangkumi genre a dab

Sebagai genre adab, Sejarah Melayu telah ditempatkan di bawah sfera faedah. Dalam buku Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik, Braginsky telah mengkategorikan karya dalam tiga sfera iaitu sfera keindahan, sfera faedah, dan sfera rohani. Ketiga-tiga sfera ini wujud dalam hierarki dengan sfera rohani menduduki kedudukan paling tinggi diikuti oleh sfera faedah, dan seterusnya sfera keindahan. Berikut adalah hierarki sfera:

Sfera rohani

Sfera faedah

Sf era keindahan

Ini bermakna dalam pengkategorian tersebut, Braginsky meletakkan karya-karya dalam sfera kerohanian sebagai karya yang paling baik diikuti oleh karya-karya dalam sfera faedah. Karya-karya dalam sfera keindahan dianggapnya karya yang paling rendah kedudukannya. Menurut Braginsky seorang pengarang berada di peringkat yang paling rendah kalau dia menghasilkan sebuah karya yang penuh keindahan (keindahan luaran) dan kerana itu mampu memulihkan harmoni perasaan dalam hati pembaca, dalam nafsu haiwaninya.3

Karya-karya dalam sfera faedah pula meny.umbang dari sudut keintelektualan. Yang dipentingkan dalam sfera ini ialah cerita-cerita yang boleh merangsang aka! untuk berfikir dan memberikan nasihat seperti dalam Sejarah Melayu:

321

Page 4: Sejarah Melayu

jurnaf Pengajian Melayu, ji!id 16, 2005

Maka Sultan Mansur Syah pun memandang kepada anakanda baginda, Raja Ahmad; maka titah baginda, "Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya, iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama­lamanya.4

Selain itu, karya dalam sfera ini juga mementingkan peraturan­peraturan hidup yang baik seperti mana yang terdapat dalam wa' adat. Sebagai sebuah karya sfera faedah, teks ini memenuhi keperluan sebagai sebuah genre yang penuh dengan moral Islam yang terkandung di dalamnya nilai-nilai pengajaran yang baik. Waiau bagaimanapun, untuk pengukuhan kawalan politik sosialnya maka unsur-unsur moral ini bergabung jalin dengan unsur-unsur Hindu.

Penggabungan unsur Hindu dan Islam

Sejarah Melayu adalah satu contoh genre sintesis terbaik yang menggabung jalinkan unsur-unsur Hindu dan Islam. Ada sebab-sebab tertentu mengapa unsur-unsur ini bergaul dalam karya ini. Mungkin mukadimah Sejarah Melayu dapat membantu kita memahami sintesis ini. Merujuk kepada mukadimah teks Sejarah Melayu iaitu:

Demikian bunyi titah yang maha mulia itu, "Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu, dengan istiadamya sekali supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu, syahadan beroleh faedahlah ia dari padanya" 5

Mukadimah di atas merujuk kepada dua perkara iaitu tentang peristiwa raja-raja dan kebesarannya serta sebagai petunjuk di masa hadapan. Sejarah Melayu merupakan satu-satunya karya yang menurunkan secara rapi geneologi raja-raja Melayu yang asal dan berbangsa, menghubungkannya kepada tokoh-tokoh arkitaipal dalam mitos-mitos kuno, tokoh-tokoh agung dunia yang mencakupi dunia sebelah Barat dan India, melibatkan dunia udara dan laut, satu cantuman geneologi yang memadukan segala ciri afdal yang perlu ada pada seorang raja yang sahih iaitu kesucian, kedaulatan, dan kebesaran. 6 Dari

322

Page 5: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

kepercayaan Hindu yang masih menebal di istana, Raja adalah Avatar, penjelmaan dewa dari beberapa kitaran kelahirannya. Sebagai Avatar, raja adalah takungan kepada kuasa kosmik yang menganugerahkannya dengan kuasa sakti atau supernatural yang kemudiannya membentuk apa yang dipercayai sebagai daulat. Konsep raja sebagai Avatar ini boleh dijumpai dalam mitos Hindu yang dapat dicapai oleh pengarang. Demikian itu kita lihat teks ini dimulakan dengan satu pembinaan imej arkitaipal raja melalui mitos asal usul yang menjelmakannya sebagai supra-manusia dengan keupayaan-keupayaan luar biasa yang mengagumkan dan menggerunkan. 7

Unsur mitos ini penting terutama sebagai pengawalan politik diraja dan hanya melalui tradisi Hindu sahajalah taraf raja sebagai manusia yang berdaulat, suci, dan digeruni oleh rakyat dapat di gunakan oleh pengarang. Sebagai kesan daripada tamadun Hindu yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak awal Masihi dulu, unsur Hinduisme memang jelas. Mitos Hindu-Buddha dapat kita lihat dari unsur Bukit Siguntang di gunung Mahameru. "Mahaviru" adalah nama bukit suci (olyampus) tradisi budaya Hindu yang dipercayai tempat tinggal dewa-dewa Syiva dan Visynu. Penjelmaan semula (rein- carnation) dari dewa-dewa inilah dipercayai munculnya raja-raja Melayu yang besar di dunia sebelah ini. Inilah yang menjadi motif utama tulisan bagi pembukaan Sejarah Melayu yang bertujuan untuk menghubungkan darah dan nasab raja-raja Melaka dari dewa-dewa yang turun ke dunia ini melalui Bukit Siguntang Mahameru. 8

Mitos penting untuk mengangkat peribadi raja sebagai "Dewa-raja" yang mempunyai daulat dan tulah yang sangat digeruni oleh rakyat supaya patuh dan taat kepada raja. Peribadi yang terjelma dari seluruh kompleks mitos tersebudah dikatakan menzuriatkan keturunan raja-raja Melayu, menjadikan mereka bukan sahaja perkasa dan berdaulat tetapi juga kebal. Melalui peribadi yang demikianlah pemikiran rakyat dikawal dan dikendalikan sehingga kepatuhan kepada raja itu muncul dari kerelaan hati, bukan paksaan.9 Pengarang Sejarah Melayu telah mensinkritisasikan (memperpadukan) unsur Hindu dan Islam. Umpamanya tokoh Hindu Raja Suran (Raja Chola) dihubungkan dengan tokoh Islam Iskandar Zulkarnain. Juga ketokohan Raja Suran dengan Sayidina Hamzah lalu dituliskan, "Syahadan fasal Raja Suran itu jikalau dihikayatkan semuanya seperti Hikayat Sayidina Hamzahlah

323

Page 6: Sejarah Melayu

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005

banyak". 10 Unsur Hindu, lembu, dan Bukit Mahameru dikaitkan dengan nama Allah, seperti yang terdapat dalam petikan berikut:-

"Maka oleh Raja Aftabu'l Ardh diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupam warnanya, maka ketiga anak raja itupun naiklah ke atas lembu itu, lalu berjalanlah keluar. Dengan takdir Allah Subhanahuwa Ta'ala Yang Maha Mulia dan Maha Kuasa, teruslah ke Bukit Siguntang itu waktu malam". 11

Iskandar Zul Karnain juga dihubungkan dengan Bukit Mahameru. Petikan berikut menjelaskannya. "Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lehar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul Karnain" .12 Raja Iskandar Zul Karnain dan Raja Suran (Raja Cho la) adalah tokoh politik dan penakluk agung dalam sejarah awal rantau ini dijadikan satu bentuk cereka tokoh legenda di bahagian pendahuluan Sejarah Melayu, dengan tujuan untuk mengatakan bahawa raja-raja Melayu di sekitar Selat Melaka awal, Palembang, Bentan, Singapura kemudiannya Melaka, dan Johor adalah secara langsung ataupun tidak merupakan nasab keturunan dari Iskandar Zul Karnain, tokoh legenda Islam, dan Raja Chola, tokoh legenda Hindu. Penulis Sejarah Melayu nampaknya dengan sengaja menggalurkan keturunan sebegitu bagi menampakkan asal keturunan raja-raja Melayu. Malah keturunan raja­raja Melayu juga turut bernasabkan dari Palembang (Sriwijaya dalam sejarah) "cradle" atau pusat kebudayaan Melayu yang terawal dan pertama sekali.

Gabung jalin antara keistimewaan raja dengan kuasa supernatural Hindu turut menyelitkan episod pengislaman raja Melaka. Pengislaman raja Melaka dalam Sejarah Melayu dipaparkan oleh pengarang melalui mimpi. Episod raja bermimpi bertemu dengan Rasulullah ini sekali gus menaikkan martabat golongan pemerintah dan keturunannya. Episod mimpi ini boleh dilihat dalam petikan Sejarah Melayu seperti berikut:

324

Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu 'alaihi wa salam. Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, "Ngangakan mulutmu!" Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya ... "13

Page 7: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

Sejarah Melayu juga boleh dijadikan panduan dalam melihat unsur politik bagi masyarakat Melayu ketika itu. Hal ini jelas pabila kita melihat terdapatnya perjanjian suci raja dengan rakyat yang memudakkan kedudukan raja dalam politik feudal dan mengkonkritkan ideologi kelas monarki. Fenomena ini mengkanunkan secara tidak langsung tatacara dan etika pemerintah dan rakyat sekiranya tidak mahu bala menimpa negeri. Menepati genrenya dan tujuan penulisannya, ia juga adalah dokumen sejarah yang cuba menjelaskan dasar-dasar kebangkitan dan kejatuhan sebuah negara kota yang besar, berkuasa, dan berdaulat untuk panduan generasi akan datang. 14

Berdasarkan hal ini Sejarah Melayu mempunyai pemikiran politik yang tersendiri. Ketahanan negara kota dan kesejahteraan warganya adalah di asaskan kepada prinsip-prinsip wa'adat yang menuntut kepada keadilan raja dan kesetiaan rakyat yang utuh, dengan amaran balasan yang dahsyat terhadap penderhakaan. Sejarah Melayu melafazkan dengan seri us pendiriannya ten tang penderhakaan. Balasan-balasan penderhakaan dicontohi dengan jelas dan konkrit dalam alur naratifnya. Wa'adat tersebut walaupun menegaskan kepada kerahiman dan keadilan raja, tetapi dengan pengharaman penderhakaan ia turut mengukuhkan kemutlakan raja. Pemikiran politik inilah yang mendorong pengarang Sejarah Melayu untuk memadukan aura kedewaan pada peribadi-peribadi raja Melaka melalui mitos-mitos, yang kemudiannya menyerapkan kedaulatan pada peribadi-peribadi tersebut, menjadikan mereka digeruni dan diungguli.

Di dalam Sejarah Melayu, Seri Teri Buana sebagai pihak raja yang berjanji "Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga ... "15 Berdasarkan hal ini, raja tidak boleh menganiaya rakyat dengan sesuka hatinya dan rakyat pula diminta supaya jangan menderhaka walau bagaimana zalim seorang raja sekalipun. Keseimbangan dalam menjaga hak antara raja dan rakyat ditunjukkan melalui jawapan yang diberi oleh Demang Lehar Daun kepada Seri Teri Buana "Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu alamat negerinya akan binasa" .16 Sejarah Melayu meletakkan tanggungjawab kesejahteraan negara kota ke atas perilaku

325

Page 8: Sejarah Melayu

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id ]6, 2005

raja dan rakyat. Peribadi raja yang rosak dan sifat-sifatnya yang mungkar dilihat sebagai punca kepada kejatuhan pemerintahannya.

Perteguhan janji dalam wa'adat ini menjadi suatu role model kepada kawalan politik dalam Sejarah Melayu. Pengarang Sejarah Melayu memerihalkan kepentingan kepada wa'adat ini melalui petikan di bawah Sejarah Melayu:

Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja­raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.'7

Daripada wa'adat ini maka munculnya daulat di kalangan raja-raja. Daulat ini boleh dihubungkan dengan kuasa supernatural. Dengan demikian rakyat akan percaya bahawa raja-raja itu bukannya orang-orang biasa sahaja tetapi orang-orang yang istimewa, yang mesti dipatuhi segala titah perintahnya. Sesiapa yang menderhaka kepada rajanya, walau bagaimana raja itu zalim, terbinasalah ia kerana kedaulatan raja itu.

Contohnya episod tentang penderhakaan Sang Rajuna Tapa. Episod rn1 memang dimunculkan sebagai teladan kepada rakyat yang berkecenderungan untuk berpaling tadah kepada raja dan menyebelahi musuh. Sang Rajuna Tapa dikatakan telah menjadi batu dan tiang rumahnya diterbalikkan. Balasan supernatural ini dikaitkan dengan daulat raja atau tulah raja yang berkeupayaan secara ghaib untuk bertindak atas manusia dan ini amat menakutkan rakyat dan meyakinkan mereka tentang wujudnya satu perhubungan ghaib di antara peribadi raja clan kuasa kosmos.

Perteguhan janji dalam wa'adat dan daulat yang ada pada golongan pemerintah ini menyebabkan pengawalan sistem politik secara tidak langsung dapat dilaksana. Gabung jalin antara unsur Hindu dan Islam dalam wa'adat menjadikan perteguhan janji ini begitu suci clan sakral. Dalam Islam sendiri, janji adalah sesuatu yang tidak boleh dipermainkan. Bagi membezakan golongan pemerintah dengan rakyat jelata maka wujudnya hierarki dalam mobiliti sosial. Dalam Sejarah Melayu sendiri

326

Page 9: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

wujudnya jurang di antara raja dengan rakyat. Contohnya, rakyat biasa dilarang memakai warna kuning, memakai payung putih dan kuning, memiliki perahu yang bertingkap dengan balai penghadapan, memakai barang-barang dari emas dan sebagainya. Bagaimanapun, larangan tersebut dikecualikan jika barangan tersebut dikurniakan oleh sultan.

Dalam pemikiran Islam pemerintah adalah mandat dari Tuhan. Ia bukanlah secara semulajadi atau keturunan tetapi adalah mandat yang telah ditentukan oleh Tuhan. Justeru segala amanah ini sekiranya tidak dilaksanakan dengan sempurna berlandaskan nas dan hukum Allah maka Allah akan menarik balik segala mandat yang diberi. Raja yang menzalimi rakyat, maka raja itu akan hilang mandatnya untuk memerintah. Seseorang raja yang adil akan mendatangkan kemakmuran dan keharmonian kepada negaranya. Perjanjian seperti wa' adat ini dianggap sebagai suatu ikatan yang berkaitan dengan ketenteraan ataupun menguatkan pertahanan negara seseorang raja. Gabungan unsur Hindu dan Islam memberi ruang kepada kita untuk memikirkan bahawa asas wa'adat antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba dibentuk berdasarkan lunas kepercayaan orang India tentang raja dan ia diberi pengisytiharan atas nama Allah Subhanahuwa Ta'ala. Seterusnya dikatakan pula perbuatan menentang raja adalah derhaka. 18

Hal ini kerana telah ada mitos iaitu "Syahadan segala anak Melayupun dianugerahkan (oleh) Allah Subhanahuwa Ta' ala tiada pernah derhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya" .19 Menurut Walls Charles Bartlett yang mengkaji karya Sejarah Melayu dari segi struktur temanya melihat "Kesetiaan rakyat pada raja'' dan "Keadilan pemerintah'' merupakan tema sepanjang karya ini dari awal hingga akhir. 20 Beliau yang turut membicarakan wa'adat antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba, berpendapat bahawa unsur agama Islam iaitu hukum yang dikenakan kepada mereka yang melanggar perjanjian jelas merupakan faktor tambahan. Ini dilakukan supaya wa'adat tersebut dapat disesuaikan dengan ajaran Islam.

Dalam Sejarah Melayu, taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada raja mereka dan seboleh-bolehnya cuba mengelakkan dari melakukan perbuatan derhaka. Ini bermakna dalam kerajaannya tidak ada kuasa yang boleh atau berhak untuk mengekang kuasa mudak seseorang pemerintah. Persetiaan ini bukan sahaja akan menjadi ingatan

327

Page 10: Sejarah Melayu

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id JG, 2005

terhadap maruah manusia ke arah hubungan di antara raja dengan rakyat jelata, tetapi ia juga memberikan Sejarah Melayu suatu tema yang dominan.

Sultan Muhamad, raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam adalah seorang Sultan yang adil dan paling lama pemerintahannya. Kesempurnaan perilakunya menjana kesejahteraan negeri Melaka dan ganjaran Allah kepadanya ialah dia diberi pemerintahan yang panjang. Dalam ha! ini mesej moralnya jelas. Raja yang adil akan mendapat kemakmuran dan kesejahteraan dalam pemerintahannya.

Sultan Mahmud Syah adalah contoh raja yang melanggar konsep wa'adat. Raja yang rosak peribadinya yang memungkiri tanggungjawab sebagai pemerintah, tidak layak diberi mandat memegang negeri. Pemerintahannya akan hanya membawa satu zaman huru hara dan penderitaan. Peralihan kuasa dengan demikian adalah wajar dan patut dilihat sebagai penarikan kembali mandat tersebut oleh Allah. 21

Perlanggaran etika dalam wa'adat ini menyebabkan negeri yang diperintah akan rosak binasa sama ada melalui tindakan pengikut yang berpaling tadah seperti contohnya Sang Rajuna Tapa ataupun kerajaan itu akan musnah akibat peperangan yang dahsyat. Kisah kezaliman raja kepada hamba rakyatnya akan mendapat balasan yang setimpal sebagai memenuhi konsep dan pengertian wa'adat itu sendiri.

Contoh tentang penarikan semula mandat oleh Allah akibat kezaliman raja adalah seperti kisah Singapura dilanggar oleh Majapahit kerana kezaliman Paduka Seri Maharaja membunuh seorang kanak-kanak cerdik tetapi tidak berdosa dengan tragedi serangan todak ke atas Singapura. Ini ditambah lagi oleh kezaliman Iskandar Syah sendiri menyula anak Sang Rajuna Tapa tanpa usu! periksa. Melaka runtuh akibat diserang oleh Portugis gara-gara dari kezaliman Sultan Mahmud Syah yang kaki peleser dan membunuh kesemua keluarga Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, cuma kerana Sultan terkilan tidak dapat memperisterikan anak bendahara Melaka yang kaya ini. Raja-raja tersebut telah menerima sanction a tau pem balasan. 22 J usteru berdasarkan pemikiran politik Islam, amat jelas bahawa seluruh huru-hara yang berlaku dalam negara adalah datangnya daripada raja yang mengikut hawa nafsu dan melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.

328

Page 11: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

Terna dalam Sejarah Melayu ialah mengenai pemerintahan sultan­sultan yang secara tidak langsung merupakan tokoh-tokoh yang unggul walaupun mereka juga seperti manusia lain. Tetapi keseluruhannya adalah lebih daripada itu dan kuasa dinasti adalah lebih agung daripada kuasa individu yang memerintah. Daulat ketinggian dinasti yang absah itulah yang menjadikan Melaka sebagai pusat yang digambarkan sebagai dapat mempertahankan dirinya dari serangan Jawa, Siam, dan China. Daulat raja ini diperkukuh lagi dengan adanya kesetiaan, walaupun pernah berlaku kezaliman Sultan ke atas rakyamya dengan Bendahara sebagai wakil mereka yang teragung.

Contohnya, bahagian cerita yang meriwayatkan bahawa Raja China yang tidak berkelayakan menerima anugerah kehormatan dari raja Melaka sebagai bapa mertuanya, maka terjadilah gatal seluruh badannya dan baginda harus minum air bekas cucian kaki dari Raja Melaka, barulah kegatalan tubuhnya akan sembuh kembali. Natijahnya Raja China bersumpah sehingga ke anak cucunya tidak akan menerima sembah dari Raja Melaka. Peristiwa ini adalah sebahagian daripada strategi pengarang untuk membina karisma raja Melayu. Patudah ia menjadi "Maharaja" di sepanjang negeri-negeri selat, berjaya menundukkan Siam dan Majapahit tanpa perlu berperang.

Terna dan plot pokok Sejarah Melayu kelihatannya menyebelahi takdir yang baik bagi pihak raja dan sebaliknya buruk bagi rakyat jelata. Raja telah ditakdirkan untuk memerintah dan rakyat untuk patuh kepada raja. lni ada kaitannya dengan konsepsi darjat ketinggian yang diwarisi daripada titisan darah dewa yang asalnya adalah daripada kepercayaan Hindu. Rakyat juga tidak berhak untuk menunjukkan kebijaksanaan terutamanya di hadapan raja kerana raja akan menjatuhkan hukuman kepadanya seperti yang terjadi kepada kanak-kanak yang dihukum mati dalam peristiwa Singapura dilanggar todak.

Walau bagaimanapun, dalam keseluruhan tema dan plot Sejarah Melayu, moral Islam berkaitan dengan takdir digunakan sebagai amanat suci. Kejatuhan Melaka, dan merempatnya Sultan Mahmud di akhir cerita itu, merupakan satu pengajaran yang nyata tentang bala yang pasti akan dijatuhkan kepada negeri yang tidak lagi mengendahkan sunnah Allah yang telah ditunjukkan berulang-ulang kali di dalam kitab suci Al-Qur'an.23 Ali Ahmad mengatakan dalam Sejarah Melayu menerapkan

329

Page 12: Sejarah Melayu

jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16. 2005

istilah "wasiat" kepada suruhan atau arahan yang disampaikan oleh raja kepada pengarang Sejarah Melayu (Pada bahagian mukadimah) untuk mengarang sebuah kitab tentang istiadat raja-raja Melayu. Dalam Sejarah Melayu contoh wasiat yang diberikan oleh Sultan Mansur Syah yang sedang geri.og mempunyai pesanan yang dipenuhi oleh unsur-unsur pemikiran keagamaan dan ajaran tentang akhlak yang baik.

Daripadanya kita dapat menyimpulkan bahawa rugas-rugas seorang raja atau pemerintah bukanlah mudah. Di sebalik segala istiadat dan permainan diraja yang menghiburkan dan menyeronokkan, tersirat suatu tanggungjawab yang amat berat yang boleh dihisab di hadapan Allah s.w.t. Menurut M. Khalid Taib, imbangan antara idealisme dalam wasiat dan tindak tanduk sebenar golongan diraja seperti berikut:

The sense of justice and forebearance are declared as the superior qualities to strive for the history of Melaka as documented in the Sejarah Melayu soon shows that very rarely do kings attain that ideal of Justice". 24

Adalah jelas kepada kita bahawa dalam wasiat, terdapatnya mesej yang jelas antara pemerintahan seorang raja itu hanyalah suatu amanah, suatu bentuk khulafa' yang dipegang hanya untuk suatu tempoh masa yang terhad. lnstitusi beraja seperti ini tidaklah secara intrinsik mengandungi kecacatan menurut persepsi pengarang sastera sejarah, tetapi watak-watak tertentu yang menduduki takhta kerajaan itulah yang kadangkala mendatangkan keburukan kepada institusi tersebut. Madamat terunggul bagi jawatan atau kedudukan seseorang raja itu adalah untuk melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan penuh keadilan dan kesabaran.

Kesimpulan

Sebagai genre sintesis, unsur-unsur seperti mitos, legenda, dan dongeng turut mempunyai fungsi yang tersendiri dalam Sejarah Melayu. Fungsi­fungsi itu adalah berkaitan dengan kebudayaan Melayu. Adalah berbahaya untuk seorang pengarang mengecam sultan-sultannya dengan cara terbuka dan terus terang walaupun sultan itu kejam dan zalim. Kalau dibuat demikian akibatnya buruk sekali dan kerana Sejarah Melayu

Page 13: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

itu ditulis atas titah sultan supaya "diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu. Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya dan supaya menyukakan duli hadrat baginda'', maka sudah tentulah pengarang tidak boleh membuat sebarang kecaman dengan terang-terangan. Sejarah Melayu jika dilihat sebagai memenuhi tuntutan moral Islam menyebabkan pengarang menggunakan teknik kesan akibat dan sindiran secara halus ke atas setiap perlakuan raja yang tidak disukainya supaya menjadi pengajaran kepada anak cucu yang kemudian. Kesimpulannya, maka adalah jelas bahawa Sejarah Melayu adalah sebuah genre sintesis yang baik kerana terkandung di dalamnya pengawalan politik yang menggunakan idea Hindu dan tuntutan moral Islam yang menggunakan idea Islam dan telah disintesiskan sebagai menjelaskan adab raja dan geneologi raja-rajanya yang penuh dengan kedaulatan.

No ta

2

3

4

5

6

Braginsky, V.I., 1994. Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 69.

Noriah Taslim, 1997. "Sejarah Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis: Sikap Raja Ali Haji terhadap warisan tradisi", dalam jurnal Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, him. 1.

Braginsky, V.I., 1994. Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 48.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 172.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 3.

Noriah Taslim, 1997. "Sejarah Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis: Sikap Raja Ali Haji terhadap warisan tradisi" dalam jurnal Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, him. 1.

331

Page 14: Sejarah Melayu

jurna! Pengajian Melayu, ji!id 16, 2005

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Noriah Taslim, 2002. Sulalat-us-Salatin dan Strategi Ketahanan Politik Melayu abad ke-17, hlm. 2.

Yusoff Iskandar, 1986. "Sejarah Melayu Sebagai Teks Sastera Yang Bercorak Sejarah" dalam Sastera Sejarah. (Peny) Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 121.

Noriah Taslim, 2002. Sulalat-us-Salatin dan Strategi Ketahanan Politik Melayu abad ke-17, hlm. 3.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 21.

Ibid. hlm. 17.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. him. 22.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 57.

Noriah Taslim,1997. "Sejarah Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis: Sikap Raja Ali Haji terhadap warisan tradisi" dalam Jurnal Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, hlm. 1.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 25.

16 A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:

17

18

19

332

Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 26.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 26.

M. Rajantheran, 1999. Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., him. 196.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 26.

Page 15: Sejarah Melayu

Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik

20

21

22

23

24

M. Rajantheran, 1994. Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, 1997. "Sejarah Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis: Sikap Raja Ali Haji terhadap warisan tradisi" dalam ]urnal I/mu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, hlm. 12.

Yusof Iskandar, 1986. "Mitos dan Lagenda Sebagai Penulisan Sejarah Melayu" dalam Sastera Sejarah. (Peny) Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 157.

Ali Ahmad, 2002. "Takdir di dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru" dalam Tradisi dan Modeniti. (Peny) Lalita Sinha. Pulau Pinang: U niversi ti Sains Malaysia, hlm. 67.

M. Khalid Taib, 1994. "Motif-motif Signifikan dalam Karya Sastera Sejarah Berbahasa Melayu: Ke Arah Mendalami Pemikiran Penulis dan Amanat Yang Tersirat untuk Khalayaknya" dalam Pengarang Teks dan Khalayak. (Peny) Sahlan Mohd Saman. Kuala Lumnpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 121.

Rujukan

Ali Ahmad, 2002. "Takdir di dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru" dalam Tradisi dan Modeniti. (Peny) Lalita Sinha. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

A. Samad Ahmad (peny), 1996. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Braginsky. V.I., 1994. Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Khalid Taib, 1994. "Motif-motif Yang Signifikan dalam Karya Sastera Sejarah Berbahasa Melayu: Ke Arah Mendalami Pemikiran Penulisan dan Amanat Yang Tersirat untuk Khalayaknya" dalam Pengarang Teks dan Khalayak. (Peny) Sahlan Mohd Saman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

333

Page 16: Sejarah Melayu

jurna/ Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

M. Rajantheran, 1994. Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, 1997. "Sejarah Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis: Sikap Raja Ali Haji Terhadap Warisan Tradisi" dalam ]urnal !!mu Kemanusiaan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

------ , 2002. Sulalat'l Salatin dan Strategi Ketahanan Politik Melayu Abad ke 17 dalam Seminar Lanjutan Sulalat-us-Salatin. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sanusi Samid, 1986. "Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah" dalam Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. (Peny) Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusoff Iskandar, 1986. "Sejarah Melayu Sebagai Teks Sastera Yang Bercorak Sejarah" dalam Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. (Peny) Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

------, 1986. "Mitos dan Lagenda Sebagai Unsur Penulisan Sejarah Melayu" dalam Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. (Peny) Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

334