suzana binti aziz - dewan bahasa dan pustaka

1
Adlina binti Awang dilahirkan di Besut, Terengganu pada 24 Februari 1983. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh Terengganu. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 2002-2004 dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan kemudiannya menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2012-2015. Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka pada tahun 2005 dan berpengalaman mengajar dalam bidang Pendidikan Khas Penglihatan selama 15 tahun. Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam penghasilan buku Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil (Edisi Pertama) tahun 2014. Selain itu, beliau turut membantu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dalam Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran untuk guru. Di samping itu, beliau juga turut terlibat sebagai panel penyemak kawalan mutu buku teks format Braille untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Adlina binti Awang Suzana binti Aziz memperoleh Diploma Penguruan daripada Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (1996-1999) dalam bidang Prasekolah dan Pengajian Melayu. Kemudian, beliau mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (2008-2012) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Penglihatan. Beliau mula mengajar di Sekolah Rendah Durian Tawar, Pahang selama setahun sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor. Beliau berpengalaman mengajarkan Pendidikan Khas Penglihatan selama 14 tahun. Selain itu, beliau banyak terlibat dengan program peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya Bahagian Pendidikan Khas dengan menjadi Jurulatih Utama KSSR Kebangsaan dan Negeri dalam bidang masalah penglihatan. Seterusnya, beliau turut membantu Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam pembinaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Beliau juga berpengalaman dalam bidang penulisan buku teks dengan menghasilkan buku teks Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 1 (2010), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 2 (2011), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 3 (2012), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 4 (2013), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 5 (2014), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 6 (2015), dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Edisi Semakan Tahun 1 dan Tahun 2. Suzana binti Aziz Saifuddin bin Mohamad Saifuddin bin Mohamad mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Buta) Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. John Bukit Nanas Kuala Lumpur. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1998 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perguruan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1998 hingga 2001. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru) di Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Penglihatan sebelum menjadi guru Pendidikan Khas. Semasa berkhidmat dalam sektor awam, beliau telah dianugerahi perkhidmatan cemerlang pada tahun 1991, 1993, 2006 dan 2016. Pada 1994, beliau menerima anugerah tokoh pekerja peringkat Kementerian Tenaga Telekom dan Pos. Beliau juga telah dikurniai bintang kebesaran “Pingat Pangkuan Negara” (PPN) bersempena dengan hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pada tahun 2001, Institut Bahasa Melayu Malaysia telah menganugerahi beliau Pelajar OKU Cemerlang bagi kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat, Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (Juruaudit Dalam) bagi Persatuan Bagi Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dan Jawatankuasa Braille Media, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), ahli Jawatankuasa Kesatuan Angkatan Guru Buta Malaysia dan Panel Jawatankuasa Kajian Semula Kod Braille Bahasa Melayu di bawah Majlis Kebangsaan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (NCBM).

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suzana binti Aziz - Dewan Bahasa dan Pustaka

Adlina binti Awang dilahirkan di Besut, Terengganu pada 24 Februari 1983. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh Terengganu. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 2002-2004 dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan kemudiannya menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2012-2015. Beliau mula mengajar di Sekolah

Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka pada tahun 2005 dan berpengalaman mengajar dalam bidang Pendidikan Khas Penglihatan selama 15 tahun. Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam penghasilan buku Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil (Edisi Pertama) tahun 2014. Selain itu, beliau turut membantu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dalam Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran untuk guru. Di samping itu, beliau juga turut terlibat sebagai panel penyemak kawalan mutu buku teks format Braille untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Adlina binti Awang

Suzana binti Aziz memperoleh Diploma Penguruan daripada Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (1996-1999) dalam bidang Prasekolah dan Pengajian Melayu. Kemudian, beliau mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (2008-2012) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Penglihatan. Beliau mula mengajar di Sekolah Rendah Durian Tawar, Pahang selama setahun sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor. Beliau berpengalaman mengajarkan Pendidikan Khas Penglihatan selama 14 tahun. Selain itu, beliau banyak terlibat dengan program peringkat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya Bahagian Pendidikan Khas dengan menjadi Jurulatih Utama KSSR Kebangsaan dan Negeri dalam bidang masalah penglihatan. Seterusnya, beliau turut membantu Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam pembinaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Beliau juga berpengalaman dalam bidang penulisan buku teks dengan menghasilkan buku teks Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 1 (2010), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 2 (2011), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 3 (2012), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 4 (2013), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 5 (2014), Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 6 (2015), dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Edisi Semakan Tahun 1 dan Tahun 2.

Suzana binti Aziz

Saifuddin bin Mohamad

Saifuddin bin Mohamad mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Buta) Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. John Bukit Nanas Kuala Lumpur. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1998 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perguruan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1998 hingga 2001. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru) di

Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Penglihatan sebelum menjadi guru Pendidikan Khas. Semasa berkhidmat dalam sektor awam, beliau telah dianugerahi perkhidmatan cemerlang pada tahun 1991, 1993, 2006 dan 2016. Pada 1994, beliau menerima anugerah tokoh pekerja peringkat Kementerian Tenaga Telekom dan Pos. Beliau juga telah dikurniai bintang kebesaran “Pingat Pangkuan Negara” (PPN) bersempena dengan hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pada tahun 2001, Institut Bahasa Melayu Malaysia telah menganugerahi beliau Pelajar OKU Cemerlang bagi kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat, Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (Juruaudit Dalam) bagi Persatuan Bagi Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dan Jawatankuasa Braille Media, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), ahli Jawatankuasa Kesatuan Angkatan Guru Buta Malaysia dan Panel Jawatankuasa Kajian Semula Kod Braille Bahasa Melayu di bawah Majlis Kebangsaan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (NCBM).