suzana binti aziz - bukuteks.dbp.gov.my

3
Suzana binti Aziz dilahirkan pada 22 Mei 1975. Beliau telah terlibat dalam penulisan buku dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009 hingga sekarang. Berkhidmat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor. Beliau memperoleh Diploma Pendidikan dalam bidang Prasekolah dan Pengajian Melayu dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (1996 – 1999). Kemudiannya, mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (2008 – 2012) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Penglihatan. Beliau berpengalaman mengajar Pendidikan Khas Masalah Penglihatan selama 14 tahun selain banyak melibatkan diri dengan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya dalam bidang Pendidikan Khas. Selain itu, turut memberikan sumbangan dalam penghasilan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam penghasilan buku Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil, Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Orientasi dan Mobiliti (2013) serta Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kod Braille (2013) terbitan Bahagian Pendidikan Khas KPM. Beliau pernah menjadi Panel Jawatankuasa Kajian Semula Kod Braille Bahasa Melayu di bawah Majlis Kebangsaan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (NCBM). Berpengalaman sebagai penulis buku teks Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 1 hingga Tahun 6 (2010 – 2015). Selain itu, turut menjadi penulis buku teks bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Semakan 2017) bagi mata pelajaran Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 1 hingga Tahun 6 (2017 – 2021). Tahun 6

Upload: others

Post on 11-Feb-2022

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Suzana binti Aziz dilahirkan pada 22 Mei 1975. Beliau telah terlibat dalam penulisan buku dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009 hingga sekarang. Berkhidmat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor.

Beliau memperoleh Diploma Pendidikan dalam bidang Prasekolah dan Pengajian Melayu dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (1996 – 1999). Kemudiannya, mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (2008 – 2012) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Penglihatan.

Beliau berpengalaman mengajar Pendidikan Khas Masalah Penglihatan selama 14 tahun selain banyak melibatkan diri dengan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya dalam bidang Pendidikan Khas. Selain itu, turut memberikan sumbangan dalam penghasilan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam penghasilan buku Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil, Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Orientasi dan Mobiliti (2013) serta Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kod Braille (2013) terbitan Bahagian Pendidikan Khas KPM.

Beliau pernah menjadi Panel Jawatankuasa Kajian Semula Kod Braille Bahasa Melayu di bawah Majlis Kebangsaan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (NCBM). Berpengalaman sebagai penulis buku teks Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun 1 hingga Tahun 6 (2010 – 2015). Selain itu, turut menjadi penulis buku teks bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Semakan 2017) bagi mata pelajaran Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 1 hingga Tahun 6 (2017 – 2021).

Tahun 6

Mohd Jais bin Ismail dilahirkan pada 26 Oktober 1967, di Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1975, beliau merantau jauh di selatan tanah air untuk mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor.

Pada tahun 1982, beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan

St John’s, Kuala Lumpur sehingga tingkatan 6. Seterusnya, pada tahun 1990, beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Berkat usaha yang tidak mengenal jemu, pada tahun 1994, telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sosiobudaya Melayu.

Setelah tamat pengajian, beliau telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada tahun 1988, berpeluang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seterusnya, pada bulan Julai 1999, beliau telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Kuala Lumpur sehingga kini.

Semenjak tahun 2010, beliau terlibat sebagai penulis dan penilai Buku Kemahiran Asas Individu dan Teknologi Maklumat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dari tahun 2008 hingga 2010, beliau dilantik sebagai jurualih tulis skrip jawapan Ujian Penialan Sekolah Rendan (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada tulisan Braille kepada tulisan Rumi.

Dari tahun 1997 hingga 2011, beliau begitu aktif sebagai Setiausaha Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur/Selangor (SBM). Juga pernah dipilih sebagai Exco Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) bagi tempoh 2019 hingga 2022.

Tahun 6

Adlina binti Awang dilahirkan pada 24 Februari 1983, di Besut, Terengganu. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh, Terengganu.

Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (2002 – 2004) dan peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, 2012 – 2015).

Pada tahun 2005, beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka dan berpengalaman mengajar dalam bidang Pendidikan Khas Penglihatan selama 16 tahun. Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam penghasilan buku Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil (Edisi Pertama) tahun 2014. Selain itu, turut membantu Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran untuk guru.

Di samping itu, beliau juga turut terlibat sebagai panel penyemak kawalan mutu buku teks format Braille untuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta telah menjadi penulis buku teks Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 5 (2021).

Tahun 6