dasar kita

24
THE LETTER THE SPIRIT

Upload: duongbao

Post on 12-Jan-2017

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dasar kita

THE LETTER

THESPIRIT

Page 2: dasar kita

KANDUNGANTATACARA >>Tatacara Perilaku GE 01

THE SPIRIT >>Dasar Implementasi 02

Tanggungjawab Pekerja 03

Tanggungjawab Pemimpin 04

Menjadi Suara Integriti 05

THE LETTER >>Kecemerlangan Pengawalseliaan 06

Pembayaran Tidak Wajar 07

Hubungan Dengan Pembekal 08

Pematuhan Perdagangan Antarabangsa 09

Anti Pengubahan Wang Haram 10

Bekerja Dengan Kerajaan 11

Undang-Undang Persaingan 12

Amalan Pekerjaan Saksama 13

Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar 14

Keselamatan Operasi GE Di Seantero Dunia 15

Harta Intelek 16

Keselamatan Siber Privasi 17

Pengawal Perakaunan 18

Percanggahan Kepentingan 19

Urus Niaga Pihak Dalaman & Membocorkan Maklumat Dalaman 20

Soalan Utama Integriti 21

THE SPIRIT & THE LETTERLAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.

Page 3: dasar kita

TATACARA PERILAKU GE

010203

04

Berlaku jujur, adil dan boleh dipercayai dalam semua aktiviti dan hubungan GE anda.

Patuhi undang-undang dan peraturan berkenaan yang mentadbir perniagaan kita di seluruh dunia.

Memenuhi tanggungjawab anda untuk menjadi Suara Integriti dan melaporkan dengan segera sebarang kebimbangan yang anda rasai mengenai pematuhan undang-undang, dasar GE atau Tatacara ini.

Pematuhan mudah ialah pematuhan yang lebih berkesan. Pematuhan yang berkesan ialah kelebihan dalam persaingan. Berusahalah untuk mengendalikan syarikat dengan cara yang paling berdaya saing yang mungkin — dengan kepantasan, kebertanggungjawaban dan pematuhan.

1LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER

Page 4: dasar kita

The Spirit & The Letter mestilah dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang bekerja untuk GE atau mewakilinya.

INI TERMASUK >>

• Pengarah, pegawai dan pekerja GE.

• Anak syarikat dan syarikat bersekutu terkawal. Entiti di mana GE memiliki lebih daripada 50 peratus daripada hak mengundi, atau yang mana GE mempunyai hak untuk mengawal, harus mengikuti dasar-dasar pematuhan GE.

Syarikat bersekutu tidak di bawah kawalan langsung GE perlu digalakkan untuk mengamalkan dan mengikuti dasar-dasar pematuhan GE.

DASAR IMPLEMENTASI

Pekerja GE bekerja dengan pihak ketiga seperti perunding, ejen, wakil jualan, pengedar dan kontraktor bebas mestilah:

• Meminta pihak ini untuk bersetuju mematuhi aspek yang berkaitan dengan dasar pematuhan GE.

• Memaklumkan serta menyediakan maklumat tentang keperluan dasar kepada pihak ini.

• Mengambil tindakan, termasuk penamatan kontrak, selepas mengetahui bahawa pihak ketiga gagal untuk mematuhi dasar-dasar pematuhan GE.

Mengenai Panduan iniPanduan ini menyediakan ringkasan pengenalan tentang dasar-dasar ini — bukanlah dasar sepenuhnya. Pergi ke integrity.ge.com untuk mendapatkan maklumat dasar terperinci dan sumber-sumber untuk membantu anda.

2THE SPIRIT & THE LETTER LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.

Page 5: dasar kita

TANGGUNGJAWAB PEKERJABERPENGETAHUANMendapatkan pemahaman asas tentang dasar The Spirit & The Letter.

Ketahui butiran mana-mana dasar Spirit & Letter yang berkaitan dengan tanggungjawab kerja anda.

Ketahui tentang dasar dan prosedur untuk unit perniagaan dan kawasan serantau anda yang terperinci dan memahami cara untuk menggunakannya dalam kerja anda.

BERWASPADAPeka terhadap perkembangan dalam bidang atau industri anda yang mungkin memberi kesan kepada pematuhan GE dengan undang-undang dan peraturan atau reputasi dalam pasaran.

Fahamilah bahawa GE boleh menyemak, mengaudit, memantau, memintas, mengakses dan mendedahkan maklumat yang diproses atau disimpan di dalam peralatan dan teknologi GE, atau di dalam peranti milik peribadi yang dibenarkan mengakses rangkaian GE.

KOMITEDSegera laporkan sebarang kebimbangan mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang atau dasar GE.

Bekerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan GE yang berkaitan dengan kebimbangan integriti.

AKIBAT KETIDAKPATUHAN Kakitangan dan ketua yang tidak memenuhi tanggungjawab integriti mereka akan dikenakan tindakan disiplin termasuk penamatan pekerjaan mereka. Contoh-contoh tatacara berikut boleh mengakibatkan tindakan disiplin.

CONTOH >>

Melanggar undang-undang atau dasar GE atau meminta orang lain melakukan perkara yang sama.

Membuat tindakan balas terhadap pekerja lain kerana melaporkan kebimbangan integriti.

Kegagalan untuk melaporkan dengan segera pelanggaran dasar integriti GE yang diketahui atau disyaki.

Gagal bekerjasama dengan jujur dan sepenuhnya dalam penyiasatan kemungkinan pelanggaran dasar GE.

Gagal sebagai ketua untuk dengan tekunnya memastikan pematuhan prinsip-prinsip integriti, dasar-dasar dan undang-undang GE.

3LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER

Page 6: dasar kita

TANGGUNGJAWAB PEMIMPINGE memastikan pemimpinnya bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya pematuhan di mana pekerja memahami tanggungjawab mereka dan merasa selesa untuk melaporkan kebimbangan tanpa takut akan tindakan balas. Tanggungjawab pemimpin merangkumi pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap isu-isu pematuhan.

ELAKKAN >>

Menunjuk contoh untuk integriti secara peribadi, bukan hanya melalui kata-kata, tetapi yang lebih penting, adalah melalui tindakan.

Memastikan pekerja memahami bahawa hasil perniagaan tidak pernah menjadi lebih penting daripada perilaku beretika dan pematuhan dasar GE.

Mewujudkan persekitaran yang terbuka di mana setiap pekerja merasa selesa untuk menyatakan kebimbangan.

Menyampaikan kepentingan pematuhan dengan ikhlas dan yakin pada setiap peluang yang sesuai.

Memberikan sumber yang mencukupi untuk program pematuhan perniagaan anda.

Menerajui rangkaian pegawai penyiasat GE yang berkesan.

MENGESAN >>

Menerajui proses pematuhan melalui lembaga kaji semula pematuhan.

Menjalankan kajian semula pematuhan secara berkala dengan bantuan ketua pematuhan unit perniagaan dan/atau Kakitangan Audit Korporat.

Melaksanakan langkah-langkah kawalan seperti “papan pemuka” dan “kad skor” untuk mengesan peningkatan risiko dan pelanggaran pematuhan.

MEMBERI RESPONS >>

Mendokumenkan dan menaikkan mana-mana kebimbangan yang disuarakan pekerja melalui saluran yang sesuai.

Mengambil tindakan pembetulan segera untuk menangani kelemahan pematuhan yang dikenal pasti.

Mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

Menggabungkan sumbangan integriti pekerja ke dalam program penilaian dan pengiktirafan serta ganjaran.

4THE SPIRIT & THE LETTER LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.4

Page 7: dasar kita

Bukan mudah apabila menjadi Suara Integriti di GE, tetapi apabila kita menyuarakan kebimbangan integriti, kita menjadikan Syarikat kita lebih kukuh dan melindungi rakan sekerja kita daripada bahaya.

Anda tidak perlu yakin bahawa pelanggaran telah berlaku. Pada masa yang sama, anda mempunyai tanggungjawab untuk segera menyuarakan kebimbangan apabila anda melihat keadaan di mana prinsip-prinsip atau dasar integriti kita tidak dipatuhi.

Kerahsiaan akan dihormati, dan anda juga boleh memilih untuk kekal tanpa nama. Bagaimanapun, jika anda memperkenalkan diri anda, kita dapat membuat susulan dengan anda dan memberi maklum balas. Identiti dan maklumat anda hanya akan dikongsi atas dasar “perlu tahu”. Sebarang tindak balas — sama ada secara langsung atau tidak langsung — terhadap pekerja-pekerja yang menyuarakan kebimbangan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan.

CARA UNTUK MENYUARAKAN KEBIMBANGAN INTEGRITI >>

GE menawarkan beberapa saluran untuk menyuarakan kebimbangan. Anda boleh memilih untuk bercakap dengan seseorang tentang kemungkinan isu integriti atau melaporkannya secara bertulis. Secara umumnya, penyelia atau pengurus anda adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan kebimbangan integriti, tetapi sumber-sumber lain termasuk:

• Ketua sumber manusia anda.

• Ketua pematuhan atau juruaudit anda.

• Penasihat undang-undang syarikat.

• Pengurusan atasan.

• Pegawai penyiasat serantau unit perniagaan anda atau GE atau talian bantuan integriti.

• Pegawai penyiasat korporat GE.

• Lembaga Pengarah GE.

Tiada dalam dasar ini menghalang anda daripada melaporkan potensi pelanggaraan undang-undang kepada penguatkuasa kerajaan berkaitan.

CARA KITA MENANGANI KEBIMBANGAN INTEGRITI >>

GE mengkaji setiap kebimbangan integriti dengan adil, dan pengurus dikehendaki melaporkan kebimbangan pekerja kepada pakar pematuhan. Dalam proses penyiasatan, GE:

1. Membentuk satu pasukan siasatan objektif.

2. Menentukan fakta-fakta melalui temu bual dan/atau semakan dokumen.

3. Mencadangkan tindakan pembetulan, jika perlu.

4. Memberi maklum balas kepada individu yang menyuarakan kebimbangan asal (jika individu diketahui) mengenai hasilnya.

MENJADI SUARA INTEGRITI

MENYUARAKAN KEBIMBANGAN

Pegawai penyiasat korporat GE Proses pegawai penyiasat GE membolehkan anda menyuarakan soalan integriti anda dan kebimbangan, tanpa nama jika anda kehendaki.

P.O. Box 911Fairfield, CT 06824-0911U.S.A.

800-227-5003 (U.S.A. sahaja) atau (1) [email protected]

Lembaga Pengarah GE Anda boleh melaporkan kebimbangan mengenai perakaunan GE, kawalan perakaunan dalaman atau hal-hal audit, serta kebimbangan lain, kepada Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Audit.

Lembaga Pengarah GEGeneral Electric Company (W2E)3135 Easton TurnpikeFairfield, CT 06828 U.S.A.

800-417-0575 (U.S.A. sahaja)(1) [email protected]

5THE SPIRIT & THE LETTER LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.

Page 8: dasar kita

TANGGUNGJAWAB PEKERJA• Mengetahui dan mematuhi keperluan undang-undang

dan peraturan yang berkaitan dengan tanggungjawab kerja anda.

• Melayan pengawal selia secara profesional, dengan sopan, jujur dan hormat pada setiap masa.

• Selaraskan dengan pakar perniagaan atau korporat apabila bekerjasama atau memberi maklum balas terhadap permintaan daripada pengawal selia.

• Menjadi Suara Integriti dan segera menaikkan sebarang isu berpotensi yang mungkin membawa kepada pelanggaran pematuhan peraturan.

KECEMERLANGAN PENGAWALSELIAAN

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN• Menggabungkan keperluan kawal selia dalam strategi

dan proses perniagaan.

• Tugaskan pemilik untuk kawasan risiko peraturan dan meminta mereka untuk bekerjasama dengan pakar hal ehwal kerajaan dan undang-undang GE yang sesuai.

• Sahkan anda dan pasukan anda mempunyai akses kepada kepakaran dalam bidang yang diperlukan untuk mengurus risiko kawal selia.

• Membangunkan proses yang kukuh untuk menghadapi risiko termasuk peraturan-peraturan baru dan yang berubah.

• Memantau pematuhan peraturan secara berterusan dan menjalankan audit secara berkala terhadap proses utama.

Perkara yang Anda Perlu TahuDalam setiap pasaran di tempat GE beroperasi, GE perlu mematuhi pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan yang sentiasa berkembang dan sering dikuatkuasakan dengan lebih agresif berbanding sebelum ini. Dalam beberapa kes, undang-undang yang dibuat oleh sesebuah negara adalah untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang berlaku di luar negara tersebut. Persekitaran ini mengharapkan agar setiap pekerja dan ketua komited terhadap kecemerlangan peraturan.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 6

Page 9: dasar kita

PEMBAYARAN TIDAK WAJAR

DASAR KITAGE melarang rasuah dalam semua urusan perniagaan di setiap negara di seluruh dunia, dengan kerajaan serta sektor swasta.

GE melarang bayaran pemudahan walaupun kecil untuk mempercepatkan tindakan pentadbiran rutin, kecuali dalam keadaan yang luar biasa dan dengan kelulusan pematuhan GE terlebih dahulu atau peguam perniagaan, atau apabila keselamatan pekerja dalam keadaan berisiko. Matlamat kita adalah untuk menghapuskan semua pembayaran pemudahan.

Kita mengekalkan kawalan ketat yang bertujuan untuk mencegah dan mengesan rasuah. Ini termasuk proses yang ketat untuk melantik dan menguruskan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak GE dalam urusan perniagaan.

Kita menyimpan kunci kira-kira, rekod dan akaun tepat yang mencerminkan sifat sebenar semua transaksi.

PERANAN ANDA• Jangan sekali-kali menawarkan, menjanjikan,

membuat atau membenarkan pembayaran atau pemberian sesuatu yang bernilai kepada sesiapa dalam usaha untuk mendapatkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar.

• Ingat bahawa memberikan hadiah, keraian atau apa-apa sahaja yang bernilai kepada pekerja kerajaan adalah sangat dikawal dan sering dilarang. Dilarang memberikan hadiah dan keraian tersebut melainkan anda menerima kelulusan daripada peguam GE.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Jangan benarkan atau terlibat dalam pemberian wang suapan atau rasuah dalam apa jua bentuk.

• Ikut garis panduan korporat dan unit perniagaan mengenai hadiah dan keraian serta ihsan perniagaan yang lain.

• Jangan sekali-kali menyumbang dana Syarikat atau aset GE yang lain untuk tujuan politik tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Hal Ehwal Kerajaan Korporat, pegawai Syarikat atau peguam GE, seperti yang berkenaan.

• Ikut prosedur usaha wajar unit perniagaan anda dan memerlukan agar mana-mana pihak ketiga yang mewakili GE dipilih dengan teliti dan mematuhi dasar ini.

• Layan dengan sangat berhati-hati permintaan daripada pihak ketiga untuk menerima bayaran komisen sebelum memperolehi perjanjian/kontrak.

• Berhati-hati dengan sebarang cadangan mengarahkan perniagaan GE melalui wakil tertentu atau rakan kongsi atas sebab “hubungan istimewa.”

• Curiga terhadap sebarang permintaan membuat pembayaran kepada seseorang yang tidak berkaitan dengan urus niaga yang sedang dibincangkan — atau permintaan bahawa bayaran dibuat di negara lain.

• Berhati-hati dengan komisen yang seolah-olah terlalu besar untuk perkhidmatan yang disediakan.

Perkara yang Anda Perlu TahuRasuah bermakna memberi, menawarkan atau menjanjikan sesuatu yang bernilai untuk mendapatkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar.Bayaran pemudahan adalah jumlah khusus kecil yang dibayar kepada kakitangan kera-jaan untuk mempercepatkan urusan per-keranian atau pentadbiran rutin contohnya seperti mengeluarkan permit.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 7

Page 10: dasar kita

HUBUNGAN DENGAN PEMBEKAL

DASAR KITAHubungan GE dengan pembekal mestilah berdasarkan amalan yang mematuhi undang-undang dan saksama.

GE memberi pembekal peluang yang adil untuk mendapat bahagian daripada jumlah pembelian GE, termasuk perniagaan kecil, dan perniagaan yang dimiliki oleh yang kurang bernasib baik, golongan minoriti, wanita dan veteran yang kurang upaya.

GE hanya menjalankan perniagaan dengan pembekal yang mematuhi semua keperluan undang-undang dan garis panduan GE yang berkaitan dengan buruh, pekerjaan dan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta melayan pekerja dan orang lain dengan adil dan dengan rasa hormat.

GE, sebagai sebuah perusahaan perniagaan, menggalakkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dalam rangkaian bekalan kita.

GE melindungi maklumat, termasuk maklumat sulit dan proprietari serta data peribadi GE serta pembekal.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Bekerja hanya dengan pembekal yang mendukung nilai-nilai GE dan standard integriti yang tinggi.

PERANAN ANDA• Ikut prosedur yang dinyatakan dalam Garis Panduan

Tanggungjawab Pembekal GE.

• Sedar tentang program kepelbagaian pembekal GE apabila memilih pembekal.

• Melindungi maklumat sulit dan proprietari GE termasuk, jika perlu, dengan perjanjian kerahsiaan. Juga melindungi sebarang maklumat sulit atau data peribadi yang pembekal sediakan untuk GE.

• Elakkan kemungkinan percanggahan kepentingan apabila anda memilih pembekal, dan jangan sesekali menerima hadiah yang tidak wajar atau barangan lain yang bernilai.

• Mematuhi peraturan-peraturan perolehan kerajaan apabila membeli bahan-bahan dan perkhidmatan untuk digunakan bagi memenuhi kontrak kerajaan.

• Jika anda melihat atau mensyaki kemungkinan pencabulan hak asasi manusia dalam dalam rangkaian bekalan GE, laporkan kebimbangan anda kepada pengurus dan/atau ketua pematuhan.

• Sentiasa melaporkan isu-isu dan kebimbangan mengenai hubungan pembekal: menjadi Suara Integriti dan berbincang dengan pengurus, penasihat undang-undang anda atau pakar pematuhan jika anda melihat keadaan yang tidak selamat pada kemudahan pembekal, pekerja pembekal yang kelihatan bawah umur atau tertakluk kepada paksaan, atau pengabaian jelas standard alam sekitar dalam kemudahan pembekal.

Perkara yang Anda Perlu TahuReputasi integriti GE boleh terjejas dengan ketaranya oleh mereka yang kita pilih untuk bertindak sebagai pembekal.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 8

Page 11: dasar kita

DASAR KITAGE akan mematuhi semua kawalan eksport, sekatan ekonomi dan undang-undang kastam yang mengawal pemindahan barangan dan teknologi merentasi sempadan.

GE mengekalkan dasar mengenai Negara Penyokong Keganasan (SST) dan negara-negara lain yang disekat yang biasanya lebih ketat daripada undang-undang berkenaan.

PERANAN ANDA

CUSTOMS >>

• Ikut semua prosedur perniagaan yang berkaitan dengan import barangan.

• Gunakan ejen Kastam GE yang diluluskan sahaja.

• Pastikan anda mematuhi sepenuhnya keperluan program khas sebelum anda menuntut pengurangan kadar duti.

• Melaporkan maklumat yang tepat, lengkap dan semasa pada deklarasi import, dan memberikan penerangan produk yang tepat dan lengkap apabila mengklasifikasikan barangan.

• Mendapatkan kelulusan daripada pasukan Kastam anda sebelum membawa sendiri sebarang produk komersial merentasi sempadan.

PEMATUHAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

EXPORT CONTROLS >>

• Ikuti semua prosedur perniagaan yang berkaitan dengan eksport barangan, perisian atau teknologi.

• Gunakanklasifikasieksportbarangan,perisianatauteknologi untuk menentukan sama ada ia memerlukan kebenaran kerajaan bagi mengeksport.

• Ikut prosedur “Kenali Pelanggan Anda/Kenali Pembekal Anda” dan Garis Panduan Pemeriksaan Senarai Amatan Korporat untuk memastikan kita tidak menjalankan perniagaan dengan individu atau syarikat yang dikenal pasti dalam senarai pihak yang disekat kerajaan.

• Mengesahkan semua lesen atau kebenaran yang diperlukan ada sebelum sebarang transaksi eksport, dan mematuhi semua keperluan lesen eksport atau pengecualian perlesenan.

• Jangan bekerjasama dengan sebarang pemboikotan Israel atau sebarang amalan pemboikotan atau perdagangan terbatas yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Mendapatkan nasihat undang-undang jika amalan perdagangan terbatas atau pemboikotan kelihatan bercanggah dengan undang-undang negara lain.

Perkara yang Anda Perlu TahuUndang-undang kawalan eksport mengawal pemindahan barangan, perisian dan teknologi merentasi sempadan yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan atau pertambahan senjata. Sesetengah negara juga mengawal pelepasan data teknikal kepada warga asing dalam sempadan mereka.

Undang-undang kastam mengawal pergerakan (import dan eksport) barangan merentasi sempadan negara atau wilayah kastam, walaupun tanpa transaksi komersial atau duti import.

Sekatan (termasuk embargo dan boikot) boleh menyekat perdagangan dalam beberapa atau sebahagian besar barangan dan perkhidmatan.

PERATURAN YANG PERLU DIINGATI >> Sentiasa tahu barang yang anda eksport, destinasinya, pengguna terakhir dan penggunaan akhir. >> Pastikan untuk memberi dokumentasi import yang lengkap dan tepat kepada Kastam.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 9

Page 12: dasar kita

ANTI PENGUBAHAN WANG HARAM

Perkara yang Anda Perlu TahuPengubahan wang haram adalah proses menyembunyikan hasil jenayah atau menjadikan sumber kelihatan sah.

Istilah “Pelanggan” digunakan pada mana-mana pihak yang mengikat janji untuk mendapatkan barangan, perkhidmatan, kredit atau mereka yang membuka akaun.

DASAR KITAGE komited untuk mematuhi undang-undang dan peraturan antipenggubahan wang haram, rasuah dan pembiayaan pengganas.

GE hanya menjalankan perniagaan dengan pelanggan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah, dengan dana yang diperolehi daripada sumber-sumber yang sah.

Kita mematuhi proses usaha wajar “Kenali Pelanggan Anda” yang berdasarkan risiko terhadap bakal pelanggan.

GE mempunyai kawalan untuk mengesan, menyiasat dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan.

Kita menyedari risiko anti pengubahan wang haram yang dibawa oleh pihak ketiga dan hubungan dengan rakan perniagaan serta mengurangkan risiko-risiko tersebut dengan, sebagai contoh, melakukan pemeriksaan senarai amatan.

PERANAN ANDA• Mengumpul dan memahami dokumentasi mengenai

bakal pelanggan, ejen dan rakan-rakan perniagaan untuk memastikan mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sah dan dana mereka datang daripada sumber yang sah.

• Ikut prosedur Mengenali Pelanggan Anda unit perniagaan anda dan peraturan untuk mengumpul dan mengesahkan maklumat daripada pelanggan kita dan pihak-pihak yang berkaitan.

• Ikut peraturan unit perniagaan anda mengenai bentuk bayaran yang diterima. Pelajari jenis bayaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram (contohnya, pembayaran bagi pihak pelanggan daripada orang yang tidak diketahui).

Berwaspada dan maklumkan sebarang tanda kemungkinan pengubahan wang haram atau aktiviti haram yang lain.

CONTOH >>

• Cubaan oleh pelanggan untuk membuka akaun dengan memberikan maklumat palsu.

• Menawarkan untuk membayar secara tunai atau bayaran berlebihan diikuti dengan permintaan untuk bayaran kembali.

• Pesanan, pembelian atau pembayaran yang luar biasa atau tidak selaras dengan perdagangan atau perniagaan pelanggan.

• Struktur urus niaga kompleks yang luar biasa.

• Pemindahan dana luar biasa ke atau dari negara yang tidak berkaitan dengan transaksi.

• Transaksi yang mungkin telah dibentuk untuk mengelakkan keperluan rekod atau laporan.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Sentiasa kenali pelanggan anda dan berwaspada dengan aktiviti yang mungkin menyalahi undang-undang.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 10

Page 13: dasar kita

BEKERJA DENGAN KERAJAAN

DASAR KITAGE mengikut standard beretika yang tertinggi dalam menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

GE menyatakan kesanggupan untuk mematuhi semua terma dan syarat kontrak, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan GE apabila bekerja dengan kerajaan.

Kita mestilah jujur dan tepat apabila berurusan dengan kerajaan.

Kita mengekalkan kawalan dan prosedur yang secara khususnya mensasarkan aktiviti perniagaan kerajaan kita untuk memastikan pematuhan dalam persekitaran yang sangat dikawal ini.

PERANAN ANDA• Perniagaandengankerajaanadalahberbeza—

jangan meneruskan perniagaan dengan kerajaan tanpa bertanya dahulu dengan penasihat undang-undang anda.

• Sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan, kaji dahulu keperluan dengan semua pihak berkepentingan yang berkenaan dan hanya menerima syarat-syarat yang mana GE boleh patuhi.

• Jangan terima maklumat dalaman kerajaan mengenai proses pemilihan atau maklumat mengenai cadangan pesaing melainkan pegawai kontrak kerajaan telah secara khusus dan dengan sahnya membenarkan pengeluarannya.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Jangan sekali-kali mengambil jalan pintas apabila berurusan dengan kerajaan — berlaku telus, sentiasa mematuhi.

• Selepas setuju terima, laksanakan semua obligasi kontrak dengan ketat selaras dengan terma perjanjian. Sebagai contoh, tidak membuat sebarang penggantian untuk barangan dan perkhidmatan yang akan diserahkan, atau menyimpang daripada keperluan, tanpa kelulusan bertulis daripada pegawai kerajaan yang diberi kuasa.

• Tidak menawarkan, menjanjikan, membuat atau membenarkan pemberian dalam sebarang nilai kepada pekerja kerajaan yang tidak selaras dengan garis panduan Korporat dan unit perniagaan.

• Jangan sekali-kali menyertai perbincangan dengan pekerja kerajaan atau orang yang rapat dengan mereka mengenai prospek pekerjaan untuk bukan kakitangan semasa mereka boleh mempengaruhi keputusan yang melibatkan GE.

• Di Amerika Syarikat, sesetengah pekerja perlu mendapatkan dahulu kelulusan sumbangan politik peribadi supaya ia mematuhi undang-undang “pay to play” negeri dan tempatan. Pekerja tersebut adalah pegawai, pengarah, pekerja dan pengurus jualan unit perniagaan GE yang ingin mendapat kontrak dengan negeri atau kerajaan tempatan A.S. Jika anda tidak pasti sama ada anda perlu mendapatkan dahulu kelulusan sumbangan politik peribadi, hubungi penasihat undang-undang atau ketua pematuhan anda.

BERWASPADA

Pekerja Kerajaan dan Pegawai Kerajaan bermaksud pekerja, pegawai atau anggota badan eksekutif, perundangan atau pentadbiran yang dipilih atau dilantik di peringkat persekutuan, kebangsaan, negeri/wilayah atau kerajaan tempatan dari mana-mana negara. Ini termasuk pekerja mana-mana agensi awam/jabatan, peralatan negeri atau perusahaan milik Kerajaan atau yang dikawal Kerajaan. Luar dari A.S., pekerja pertubuhan awam antarabangsa, calon-calon untuk pejabat awam yang dilantik secara pilihan, pegawai-pegawai parti politik, ahli keluarga kakitangan kerajaan, dan ahli keluarga diraja juga boleh dianggap Pegawai Kerajaan. Perusahaan milik Kerajaan atau yang dikawal Kerajaan boleh merangkumi, sebagai contoh, hospital, syarikat minyak, kemudahan awam, jalan kereta api api, syarikat penerbangan, stesen TV, universiti awam, pengurusan dana negara, bank pusat dan dana pencen.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 11

Page 14: dasar kita

UNDANG-UNDANG PERSAINGAN

DASAR KITASetiap pekerja GE mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan, dikri dan perintah persaingan.

GE tidak boleh berpakat secara sulit dengan syarikat-syarikat lain mengenai harga atau syarat-syarat yang akan ditawarkan kepada pelanggan; bersetuju dengan pesaing untuk memperuntukkan pasaran atau pelanggan; atau memanipulasi proses pembidaan.

PERANAN ANDA• Jangan mencadangkan atau membuat apa-apa

perjanjian atau persetujuan dengan mana-mana pesaing mengenai sebarang aspek persaingan antara GE dan pesaing, termasuk persetujuan mengenai harga, pembidaan, syarat-syarat perjanjian, gaji atau peruntukan pasaran atau pelanggan.

• Jangan mencadangkan atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai keputusan atau cara untuk membida. Kemukakan bida hanya jika bertujuan untuk bersaing dan memenangi bahagian tertentu memenangi bahagian tertentu urus niaga.

• Elakkan berhubung dalam apa jua bentuk dengan pesaing yang boleh mewujudkan perjanjian atau pemahaman yang tidak wajar. Jauhkan diri anda daripada sebarang situasi yang mempunyai perjanjian tidak wajar atau perkongsian maklumat antara pesaing dibangkitkan, dan segera maklumkan penasihat undang-undang anda.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Jangan membuat sebarang perjanjian dengan pesaing yang tidak memberikan manfaat persaingan kepada pelanggan.

• Memahami dan mematuhi garis panduan khusus unit perniagaan anda mengenai hubungan dengan pesaing, mendapatkan dan mengendalikan maklumat persaingan, dan mengambil bahagian dalam persatuan perdagangan dan profesional.

• Elakkan perjanjian atau pemahaman yang menyekat harga di mana satu pihak boleh menjual produk atau perkhidmatan.

• Tidak memberi, menerima atau bertukar sebarang jenis maklumat berikut dengan pesaing atau wakilnya, sama ada secara peribadi, elektronik atau di mesyuarat industri:

• Harga. • Bida. • Pelanggan, pembekal, wilayah jualan atau

rangkaian produk. • Terma atau syarat-syarat jualan. • Pengeluaran, kapasiti atau jumlah jualan. • Kos, keuntungan atau margin. • Bahagian pasaran. • Strategi jualan, pemasaran atau perkembangan

untuk produk atau perkhidmatan. • Kaedah penyaluran.

BERBINCANG DENGAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG ANDA

SEBELUM MELAKSANAKAN MANA-MANA YANG BERIKUT:

• Jualan pelbagai produk GE dalam “pakej.”

• Pengaturan eksklusif.

• Lesen teknologi yang menyekat kebebasan pemegang lesen atau pemberi lesen.

• Diskaun harga yang bergantung pada kesetiaan atau jumlah atau yang ditawarkan hanya kepada pelanggan tertentu.

• Inisiatif penentuan harga.

• Penyaluran atau aturan pembekalan dengan pesaing.

• Dasar mengenai akses pelanggan dan pihak ketiga untuk alatan, perisian dan input lain untuk menservis peralatan GE.

• Mana-mana cadangan penggabungan, pengambilalihan atau usahasama.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 12

Page 15: dasar kita

AMALAN PEKERJAAN SAKSAMA

DASAR KITAKeputusan pengambilan bekerja di GE adalah berasaskan kelayakan kerja dan merit termasuk pendidikan, pengalaman, kemahiran, kebolehan, prestasi dan nilai-nilai pertumbuhan.

Keputusan pengambilan bekerja juga perlu dibuat tanpa mengambil kira bangsa, warna kulit seseorang, agama, bangsa atau etnik, jantina (termasuk kehamilan), orientasi seksual, identiti atau ungkapan jantina, umur, kurang upaya, status veteran atau ciri-ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang.

Kita menghormati hak asasi manusia di mana-mana sahaja tempat kita bekerja dan berurusan dengan orang lain.

GE akan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dengan kebebasan berpersatuan, privasi, perundingan kolektif, imigresen, masa bekerja, upah dan masa, serta undang-undang yang melarang penggunaan buruh kanak-kanak, secara paksaan, dan secara wajib, perdagangan manusia dan diskriminasi pekerjaan.

Kita mengambil tindakan tegas yang dikehendaki undang-undang untuk meningkatkan peluang dalam pekerjaan bagi wanita, golongan minoriti, orang kurang upaya dan veteran tertentu.

Kita menghormati hak privasi pekerja dan akan menggunakan, mengekalkan dan memindahkan data peribadi mengikut Standard Perlindungan Data Pekerjaan GE, prosedur dan undang-undang tempatan yang berkaitan.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Melayan semua pekerja dengan adil dan dengan rasa hormat.

PERANAN ANDA• Anda tidak boleh menolak untuk bekerja atau

bekerjasama dengan orang lain kerana ciri-ciri yang dilindungi oleh polisi ini seperti bangsa, agama, jantina, umur atau lain-lain ciri-ciri yang dilindungi oleh undang-undang.

• Mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi, dan bebas daripada pembulian.

• Jangan sekali-kali membuat tindakan berunsur seksual yang tidak disenangi kepada pekerja atau orang lain dengan siapa anda bekerja.

• Jangan sekali-kali mendedahkan data pekerjaan kepada seseorang yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan, bidang kuasa atau, jika perlu, persetujuan subjek.

• Berbincang dengan pengurus anda dan pakar undang-undang atau pematuhan GE jika anda menghadapi konflik antara dasar ini dan undang-undang tempatan, adat resam atau amalan.

Perkara yang Anda Perlu TahuGE melarang daripada mengambil tindakan balas terhadap pekerja disebabkan beliau telah memaklumkan kebimbangan tentang pelanggaran dasar atau undang-undang.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 13

Page 16: dasar kita

KESELAMATAN, KESIHATAN & ALAM SEKITAR

DASAR KITAGE tegas mematuhi semua undang-undang alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS) yang dikenakan terhadap operasi kita.

Kita membentuk dan mengikut prosedur-prosedur kerja yang selamat bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan kecederaan di tempat kerja.

Kita memasang, menyenggara dan memantau kawalan alam sekitar untuk memastikan kadar pelepasan kita menepati had undang-undang.

Kita menilai risiko EHS dalam mana-mana aktiviti baru, sama ada dalam proses mereka produk baru, menjual dalam pasaran baru, membina kilang baru atau membeli perniagaan yang baru.

Dasar EHS kita boleh digunakan dalam semua perkara yang kita lakukan — daripada membuat atau menyelenggara produk dan membeli perniagaan hinggalah memandu kenderaan serta melupuskan sisa.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Ikuti prosedur EHS dan berwaspada dengan bahaya persekitaran dan keselamatan di tempat kerja anda.

PERANAN ANDA• Memahami dan mematuhi semua dasar EHS yang

dikenakan kepada anda, termasuk dasar Korporat, polisi unit perniagaan dan mana-mana dasar tertentu yang dikenakan pada tapak, kedudukan atau operasi anda.

• Melaksanakan alat dan proses pengurusan GE untuk mencari dan menyelesaikan kebimbangan EHS pada tapak anda.

• Mengikuti dasar Korporat dan unit perniagaan untuk pengurusan, penghantaran, pengangkutan, mengimport/mengeksport dan melupuskan bahan-bahan berbahaya dan kimia.

• Mempersoalkan operasi yang tidak selamat atau tidak betul, dan berkeras agar “berhenti kerja” jika perlu untuk menanganinya.

MENJADI SUARA INTEGRITIMenghapuskan atau mengawal risiko bahaya bermula dengan mengenalpastinya. Anda mestilah memberitahu penyelia atau ketua EHS jika anda menyedari tentang bahaya atau standard yang diabaikan atau tersembunyi.

AMARAN TERMASUK:

• Kegagalan untuk mendapatkan atau mematuhi permit pengaturan.

• Penyimpangan daripada amalan kerja bertulis–walaupun penyelewengan ini telah menjadi “rutin.”

• Kesilapan dalam keselamatan atau persediaan kecemasan.

• Alat atau peralatan yang tidak diselenggara dengan baik.

• Kawalan mesin yang hilang atau peralatan perlindungan yang rosak.

• Pemanduan tidak selamat.• Kegagalan untuk menggunakan

prosedur-prosedur sekat masuk kerja, larangan berkunci atau pelindung terhadap kejatuhan.

• Penghantaran produk buangan atau berbahaya yang tidak betul.

• Tapak pelanggan yang tidak selamat.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 14

Page 17: dasar kita

KESELAMATAN OPERASI GE DI SEANTERO DUNIA

DASAR KITAKita melaksanakan pelan Pengurusan Krisis dan Keselamatan (SCM) secara teliti yang direka/diwujudkan untuk memastikan keselamatan pekerja dan operasi kita di seluruh dunia. Pelan SCM kita mengandungi proses untuk mengenal pasti, dan melindungi daripada risiko yang ditimbulkan oleh kejadian buatan manusia atau semula jadi yang memberi kesan kepada pekerja, kemudahan, aset dan sistem teknologi maklumat kita atau produk, perkhidmatan dan rantaian bekalan.

Menyampaikan, sebagaimana yang perlu, tentang pencegahan, tindak balas kecemasan dan kesinambungan perniagaan dengan komuniti GE, pegawai kerajaan, media dan orang ramai.

PERANAN ANDA• Mengekalkan kesedaran tentang keadaan. Membantu

kita melindungi anda, rakan sekerja anda dan pengunjung; peka dengan persekitaran anda.

• Mematuhi semua prosedur kemasukan/keluaran. Memakai lencana anda dan memastikan orang lain turut melakukannya. Lencana menyediakan paparan jelas bahawa akses individu adalah dibenarkan dan memastikan kemudahan GE dilindungi daripada semua kecuali kakitangan yang DIBENARKAN.

• Mencabar individu yang tidak mempunyai lencana dan melaporkan pengunjung yang tidak diiringi.

• Mematuhi dasar perjalanan GE. Menggunakan Sistem Penasihat Perjalanan apabila merancang perjalanan.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> GE tidak mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding melindungi masyarakat dan operasinya.

• Membuat aturan perjalanan melalui Pusat Penerbangan GE. Dapatkan kelulusan terdahulu ke negara-negara yang ditetapkan.

• Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat. Mengenal pasti dan melaporkan tanda atau insiden keganasan di tempat kerja kepada pengurus, HR, Ketua Keselamatan atau Pegawai Penyiasat anda.

• Menjalankan pemeriksaan latar belakang secara ketat dan yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap pekerja baru dan kontraktor.

• Patuhi Peraturan Imigresen Global. Pastikan pekerja dan tetamu jemputan anda mematuhi peraturan imigresen global semasa perjalanan.

• Jadilah peserta yang aktif dalam Pengurusan Krisis, Kesinambungan Perniagaan dan sesi latihan dan kesedaran keselamatan untuk pencegahan keganasan di tempat kerja bagi memastikan anda mempunyai pengetahuan untuk kekal selamat di tempat kerja, rumah dan dalam perjalanan.

• Lengkapkan Senarai Alat Acara GE jika menjadi tuan rumah atau menyelaraskan acara GE. Bantulah menjadikan acara itu selamat dengan melengkapkan Alat Acara GE di security.ge.com.

Menjadi suara integritiLibatkan ahli profesional Keselamatan GE jika anda berhadapan dengan kemusykilan keselamatan (sebagai contoh, kecurian, serangan, pekerja hilang atau kehilangan data). Laporkan kejadian tersebut, atau apa-apa aktiviti lain yang luar biasa atau mencurigakan, kepada Ketua Pengurusan Keselamatan dan Krisis anda atau di security.ge.com.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 15

Page 18: dasar kita

HARTA INTELEK

DASAR KITAGE secara agresif melindungi harta intelek (IP) dan menguatkuasakan haknya terhadap orang lain yang mengambil atau menggunakan IP GE tanpa kebenaran yang betul.

GE menghormati hak IP yang sah dan mengelakkan penggunaan IP yang dimiliki oleh orang atau organisasi lain tanpa kebenaran.

GE akan memiliki IP yang diwujudkan oleh pekerjanya sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka. Kita memerlukan pekerja untuk mengkaji semula dan menandatangani Perjanjian Inovasi Pekerja GE dan Maklumat Proprietari (EIPIA).

PERANAN ANDA• Mengklasifikasikan,melabel,menyimpandan

berkongsi semua data, maklumat dan dokumen GE mengikut Dasar Klasifikasi Data GE, dan memastikan akses kepada maklumat dan dokumen diberikan hanya kepada individu dengan keperluan yang sah.

• Hanya gunakan atau edarkan maklumat proprietari GE untuk manfaat GE, dan bukan untuk kepentingan peribadi.

• Dilarang mengambil, mengakses, memberikan akses kepada atau menggunakan mana-mana maklumat proprietari GE atau IP lain tanpa kebenaran selepas meninggalkan GE.

• Rujuk dengan pengurus anda, penasihat undang-undang atau IP jika anda mempunyai sebarang

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Setiap pekerja GE mempunyai tanggungjawab untuk melindungi harta intelek GE — ia adalah kunci kepada kelebihan daya saing kita.

soalan atau kebimbangan mengenai cara untuk mengenal pasti, mengendalikan dan melindungi IP GE.

• Dilarang membawa, mengakses, menyimpan, berkongsi atau menggunakan maklumat proprietari pihak ketiga, terutamanya maklumat proprietari daripada majikan terdahulu, tanpa merujuk dahulu dan menerima kelulusan terlebih dahulu daripada peguam IP anda.

• Dilarang memberikan maklumat proprietari GE kepada pihak ketiga tanpa kelulusan dalaman yang betul dan perjanjian kerahsiaan yang perlu dengan pihak ketiga.

• Dilarang menggunakan mana-mana kod sumber atau perisian lain dari pihak ketiga dalam mana-mana produk GE atau sebagai alat tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu. Kelulusan untuk menggunakan perisian sumber terbuka boleh diminta melalui alat kelulusan sumber terbuka yang ditemui di IP.ge.com.

• Menyalurkan setiap cadangan yang tidak tidak diminta dari pihak ketiga untuk produk baru GE atau yang lebih baik, ciri-ciri atau perkhidmatan ke portal Penghantaran Idea & Rekacipta yang didapati di www.ge.com.

Perkara yang Anda Perlu TahuIP adalah antara aset GE yang paling berharga.

Setiap pekerja mencipta, menggunakan, mengakses atau mempunyai akses kepada IP setiap hari.

IP termasuklah paten, rahsia dagangan, tanda dagang, hak cipta dan reka bentuk serta membantu melindungi ciptaan, proses pembuatan, jenama, pelan perniagaan, dokumen pemasaran GE serta grafik, perisian, bentuk produk, maklumat proprietari dan banyak perkara lain.

Maklumat proprietari adalah maklumat yang tidak didedahkan, sebagai contoh, tidak diketahui awam atau umumnya tidak sedia ada dan yang disimpan secara sulit.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 16

Page 19: dasar kita

KESELAMATAN SIBER & PRIVASI

DASAR KITAGE menghormati hak privasi individu. GE komited untuk mengumpul, mengendalikan dan melindungi maklumat peribadi dengan bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang privasi dan keselamatan maklumat yang berkaitan dan dengan Komitmen GE terhadap Perlindungan Maklumat Peribadi (Peraturan Korporat GE), mana yang berkenaan.

GE boleh memindahkan Maklumat Peribadi di peringkat global, konsisten dengan undang-undang yang berkenaan.

GE akan melindungi rangkaian, sistem, peranti dan maklumatnya dalam pemilikan kita. Sememangnya menjadi dasar kita untuk menggunakan maklumat hanya untuk tujuan yang sah dan mengenakan kawalan akses yang sewajarnya.

Dasar GE adalah untuk menjalankan ujian keselamatan terhadap produk kita sebelum dilepaskan dan untuk memantau ancaman dan kelemahan keselamatan siber.

PERANAN ANDA• Jika anda bertanggungjawab terhadap pembangunan

perisian, IT atau produk, ikuti garis panduan GE untuk Pembangunan Perisian Selamat di integrity.ge.com. Pastikan ujian kelemahan yang sewajarnya dijalankan sebelum dilepaskan, pantau kemungkinan ancaman dan kelemahan dan maklumkan kepada pelanggan cara melaporkan kepada GE sebarang kemungkinan kelemahan yang mereka temui.

• Menyampaikan sebagaimana yang perlu kepada pelanggan, tentang isu keselamatan siber. Ikuti garis panduan pendedahan kelemahan daripada GE di integrity.ge.com.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Hormati hak privasi dan lindungi maklumat, rangkaian dan produk GE daripada risiko siber.

• Hubungi Pasukan Cyberworks GE atau ketua keselamatan maklumat anda, sebelum menyertai usaha untuk membangunkan piawaian industri berkenaan dengan keselamatan siber, atau mengambil firma atau individu luar untuk menjalankan ujian kelemahan.

• Hadkan akses kepada maklumat GE kepada individu yang dibenarkan, yang memerlukannya untuk tujuan perniagaan yang sah.

• Cegah akses yang tidak dibenarkan, kehilangan secara tidak sengaja, pendedahan atau pemusnahan maklumat GE:

• Jaga keselamatan salinan fizikal dan kawasan penyimpanan.

• Gunakan kata laluan yang kuat; jangan kongsi kata laluan anda dengan sesiapa.

• Gunakan sistem dan alat yang diluluskan oleh GE sahaja untuk penyimpanan, penghantaran dan penyandaran maklumat GE. Jangan gunakan e-mel peribadi, peranti atau perisian yang tidak diluluskan untuk menjalankan perniagaan GE.

• Apabila menyiarkan maklumat secara dalam talian, jangan dedahkan Maklumat Peribadi, rahsia perdagangan, maklumat proprietari atau maklumat lain yang sensitif dari segi komersial.

• Ketahuilah tanda-tanda percubaan memancing data dan kenal pasti usaha untuk mendapatkan maklumat GE dengan cara yang tidak wajar.

• Berunding dengan ketua privasi anda sebelum melaksanakan proses baharu atau proses yang telah diubah suai dengan ketara, yang menggunakan Maklumat Peribadi, termasuklah perisian atau kod baharu.

Berwaspada

Maklumat Peribadi ialah sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung (atau dalam sesetengah kes, syarikat); contoh termasuklah nama, alamat, e-mel, telefon, pengecaman kewarganegaraan dan nombor kad kredit.

Selain itu, kejadian Keselamatan Siber & Privasi boleh berlaku dengan beberapa cara. Laporkan sebarang risiko atau kejadian di security.ge.com, termasuklah: ,

• Kemungkinan kehilangan atau kecurian data, termasuklah kehilangan komputer riba dan peralatan pengkomputeran yang lain.

• Kehilangan, penyalahgunaan atau akses kepada data dengan cara yang tidak wajar.

• Isu keselamatan yang melibatkan produk atau sistem GE.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 17

Page 20: dasar kita

DASAR KITAPerakaunan dan laporan GE akan mencerminkan nilai ekonomi aktiviti perniagaan Syarikat, selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum, piawaian dan peraturan-peraturan untuk perakaunan dan laporan kewangan.

Kita akan menyediakan maklumat kewangan sesuai masanya, yang tepat dan lengkap untuk digunakan dalam laporan kepada pihak pengurusan, pelabur, pengawal selia dan pihak berkepentingan yang lain.

Kita akan memastikan bahawa keputusan pengurusan adalah berdasarkan analisis ekonomi yang betul berpandukan fakta lengkap dengan pertimbangan risiko jangka pendek dan jangka panjang yang sewajarnya.

Kita akan mematuhi semua dasar Syarikat dan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan pemeliharaan dokumen dan juga rekod.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Berlaku jujur, lengkap dan tepat dalam perakaunan, komunikasi dan dalam membuat keputusan.

PERANAN ANDA• Mengekalkan proses yang berkesan dan kawalan

dalaman yang mencerminkan secara saksama urus niaga atau peristiwa, serta mencegah atau mengesan urus niaga yang tidak wajar.

• Melindungi aset harta fizikal, kewangan dan intelektual GE.

• Mengekalkan rekod dan akaun yang lengkap, tepat dan tepat pada masanya untuk mencerminkan semua transaksi perniagaan dengan wajar.

• Membuat dokumen-dokumen yang berfakta, tepat dan lengkap, dan mengikut dasar Syarikat dalam membuat keputusan untuk mengekalkan dan melupuskannya.

• Elakkan transaksi yang mengurangkan nilai pemilik saham walaupun jika ia meningkatkan prestasi kewangan jangka pendek.

• Jangan sekali-kali melibatkan diri dalam urus niaga yang tidak sesuai, termasuk yang memberi gambaran yang salah terhadap laporan dari pihak-pihak lain seperti pelanggan atau pembekal.

• Mendapatkan nasihat daripada pasukan Pengawal Perakaunan anda jika anda menyedari tentang transaksi yang meragukan.

MENJADI Suara Integriti

Laporkan kebimbangan jika anda menyedari tindakan, transaksi, perakaunan atau laporan yang tidak selaras dengan nilai-nilai pengawalan perakaunan kita dan perlindungan reputasi GE.

AMARAN TERMASUK

• Keputusan kewangan yang kelihatan tidak selaras dengan prestasi asas.

• Mengelakkan prosedur semakan dan kelulusan.

• Komunikasi yang tidak lengkap atau mengelirukan mengenai isi kandungan atau laporan transaksi.

PENGAWAL PERAKAUNAN

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 18

Page 21: dasar kita

PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

Perkara yang Anda Perlu TahuPercanggahan kepentingan tidak semestinya melanggar dasar GE; kegagalan untuk mendedahkan percanggahan dengan segera adalah sentiasa merupakan pelanggaran.

Mendedahkan kemungkinan percanggahan kepentingan membolehkan pasukan pengurusan anda mengurangkan risiko yang mungkin mempengaruhi keputusan perniagaan anda. Anda boleh mengakses alat pendedahan COI di integrity.ge.com

DASAR KITAAnda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tiada apa-apa yang mengganggu keupayaan anda untuk membuat semua keputusan perniagaan demi kepentingan terbaik GE. Ini bermakna tiada apa-apa yang anda lakukan akan mengganggu, atau kelihatan mengganggu tanggungjawab anda untuk membuat keputusan yang objektif dan tidak berat sebelah bagi Syarikat.

Tiada aktiviti di tempat kerja atau rumah yang boleh menjejaskan reputasi atau nama baik GE.

Anda mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan sekiranya aktiviti peribadi atau kewangan anda boleh mengganggu atau mempunyai potensi mengganggu kesetiaan anda terhadap Syarikat.

Menyalahgunakan sumber atau pengaruh GE adalah dilarang. Malah, apabila tiada niat yang bersalahan, persepsi tentang percanggahan kepentingan mungkin mempunyai kesan negatif.

PERANAN ANDA• Mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada

pengurus anda, Sumber Manusia dan penasihat undang-undang Syarikat sebelum mengambil bekerja, menaikkan pangkat atau secara langsung menyelia ahli keluarga atau kawan rapat.

• Mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum menerima jawatan pegawai atau pengarah dengan perniagaan luar atau organisasi bukan untuk keuntungan. Ini tidak termasuk organisasi berkaitan anutan agama atau pendidikan (bukan Universiti).

• Mendedahkan kepentingan kewangan yang anda mungkin ada dalam syarikat di mana anda sendiri boleh mempengaruhi perniagaan GE dengan syarikat tersebut.

• Jangan menerima hadiah selain daripada yang mempunyai nilai nominal daripada pembekal, pelanggan atau pesaing.

• Jangan menerima diskaun peribadi atau faedah lain daripada pembekal atau pelanggan jika ia tidak disediakan untuk orang awam atau rakan sejawat GE anda.

• Walaupun penggunaan tidak sengaja boleh diterima, jangan gunakan sumber GE, harta intelek, masa atau kemudahan untuk keuntungan peribadi. Elakkan sebarang aktiviti yang mewujudkan kemungkinan persepsi adanya percanggahan antara kepentingan peribadi anda dan kepentingan GE.

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Sentiasa membuat keputusan perniagaan berdasarkan perkara yang terbaik untuk GE, bukannya perkara yang terbaik untuk anda secara peribadi.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 19

Page 22: dasar kita

URUS NIAGA PIHAK DALAMAN & MEMBOCORKAN MAKLUMAT DALAMAN

DASAR KITAJangan gunakan atau berkongsi bahan maklumat bukan awam untuk manfaat kewangan atau apa-apa manfaat peribadi yang lain.

PERANAN ANDA• Jangan sekali-kali membeli atau menjual sekuriti

(seperti saham, bon atau derivatif) GE atau mana-mana syarikat lain, sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga atau orang lain atau entiti, apabila anda mengetahui maklumat dalaman yang boleh membuat harga sekuriti tersebut naik atau turun.

• Jangan mengesyorkan atau mencadangkan agar orang lain membeli atau menjual sekuriti mana-mana syarikat—termasukGE—semasaandamempunyaimaklumat dalaman mengenai syarikat tersebut.

• Berkongsi maklumat dalaman material atas dasar perlu tahu sahaja.

• Elakkan berdagang sekuriti GE pada waktu pengumuman penting.

• Elakkan berkongsi maklumat dalaman dengan sesiapa sahaja di luar GE melainkan jika perlu untuk aktiviti perniagaan GE dan mempunyai kawalan yang sewajarnya (seperti perjanjian ketakdedahan dengan pembekal).

PERATURAN YANG PERLU DIINGAT >> Pekerja GE adalah dilarang daripada menggunakan atau mendedahkan maklumat material bukan awam mengenai GE atau syarikat-syarikat lain.

• Jangan berkhidmat sebagai perunding bebas atau pakar luar daripada GE mengenai urusan perniagaan dalam skop pekerjaan GE anda.

• Elakkan daripada membincangkan perniagaan GE dengan keluarga dan rakan-rakan.

• Ikut keperluan tambahan bagi membeli dan menjual sekuriti jika dikehendaki mengikut pekerjaan atau perniagaan anda (sebagai contoh, pekerja yang membuat prakelulusan perdagangan peribadi melalui Penguatkuasa Kawalan Transaksi).

Perkara yang Anda Perlu Tahu

Maklumat Dalaman adalah maklumat yang anda boleh ketahui dalam pekerjaan anda mengenai GE atau syarikat-syarikat lain yang tidak didedahkan.

Menggunakan maklumat material bukan awam untuk manfaat kewangan anda atau peribadi yang lain, atau berkongsikannya dengan orang lain, melanggar dasar urus niaga pihak dalaman GE dan mungkin melanggar undang-undang.

Maklumat dalaman dianggap material sekiranya pelabur yang munasabah menganggapnya penting dalam membuat keputusan untuk membeli, memegang atau menjual sekuriti, atau jika penerbitan berkemungkinan akan memberi kesan kepada harga saham syarikat. Contohnya termasuk:

• Ramalan kewangan.• Pengumuman pendapatan/dividen. • Cadangan pemerolehan atau pelupusan. • Pelan strategik. • Tindakan kawal selia. • Perubahan dalam pengurusan atasan.

Membocorkan maklumat dalaman bemaksud berkongsi maklumat dalaman mengenai GE atau syarikat lain — contohnya, untuk saudara, rakan sekerja, atau rakan — untuk membolehkan seseorang itu membeli atau menjual saham atau sekuriti lain syarikat berdasarkan maklumat tersebut.

LAYARI INTEGRITY.GE.COM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DASAR YANG TERPERINCI DAN SUMBER-SUMBER.THE SPIRIT & THE LETTER 20

Page 23: dasar kita

The Spirit & The Letter bukanlah pengganti anda untuk pertimbangan yang baik, dan ia tidak dapat merangkumi setiap keadaan yang dapat difikirkan. Anda harus berwaspada terhadap tanda-tanda bahawa anda atau rakan sekerja anda berada dalam keadaan kabur integriti dan bertanya kepada diri sendiri tiga soalan mudah jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang perkara yang perlu anda lakukan.

01 >>

Bagaimana keputusan ini dilihat oleh orang lain dalam dan luar GE?

02 >>

Adakah saya bersedia untuk bertanggung-jawab untuk keputusan ini?

03 >>

Adakah ini selaras dengan Tatacara Perilaku GE?

Ingat: Bertindak jika anda merasakan ada isu. Bertanya jika anda tidak pasti.

SOALAN UTAMA INTEGRITI

© General Electric Company 2016

Page 24: dasar kita

SL 1-16 MA – Malay

General Electric CompanyFairfield Connecticut 06828