sejarah kaum murut

11
SEJARAH KAUM MURUT Perkataan ‘Murut’ di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku kaum Dusun Di Sabah, kumpulan masyarakat Murut ini tidak seragam kerana mereka mengamalkan bahasa dan adat yang berbeza- beza

Upload: muhammad-ajwad

Post on 26-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kaum Murut

TRANSCRIPT

SEJARAH KAUM MURUT

SEJARAH KAUM MURUTSEJARAH KAUM MURUTKawasan petempatan masyarakat Murut mengikut subetnik kepada dua golongan iaitu Murut dataran tanah rendah dan Murut dataran tanah tinggi.Murut daataran tanah rendah terdiri daripada Murut Nabai dan Murut Timugon yang mendiami tanah rata Keningau. Manakala Murut tanah tinggi pula adalah golongan yang terbesar mendiami kawasan tanah tinggi di Sabah. Golongan ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan besar.SEJARAH KAUM MURUTPANTANG LARANG KAUM MURUTKELAHIRAN Selepas bayi lahir,nama tidak akan diberi serta merta untuk elakkan perkara buruk menimpa. Nama diberi berdasarkan nama alam semula jadi atau disebabkan sesuatu peristiwaNama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka umpamanya jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang meninggal dunia dan kebetulan nama mereka adalah sama.

PERKAHWINANSistem meminta 'barian' atau hantaran sampai mati berlaku untuk mengukuhkan pertalian antara keluarga kedua belah pihak.Keluarga pihak perempuan berhak meminta atau mengambil sesuatu daripada harta atau milik anak menantu lelaki mereka. Sekiranya adat ini diingkari, maka menantu lelaki tersebut akan menerima risiko yang berat iaitu boleh dipisahkan daripada isterinya atas arahan ketua adat.Jika cuaca mendung,keberangkatan ke rumah pengantin lelaki ditangguh sehingga cerah (Pengantin yang terkena air hujan pada perkahwinan akan mudah dapat penyakit)Jika ada kematian pada hari perkahwinan, keberangkatan ditangguhkan sehingga hari esok (jika diteruskan, salah seorang dari pasangan itu akan mati)

Sewaktu kedua pengantin turun tangga dan tinggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke belakang (dipercayai salah seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki).Jika melalui jalan sungai, pengantin mesti diangkat.(jika terkena air, dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati)Setelah genap seminggu berada di rumah suaminya, si isteri akan kembali ke rumah ibu bapanya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya yang masih belum dibawa. Kedua-dua pasangan itu dikehendaki pulang pada hari itu juga.Selang sebulan, pasangan itu akan kembali ke rumah ibu bapa perempuan selama empat hari. Kemudian pasangan itu akan balik semula ke rumah ibu bapa lelaki untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

PANTANG LARANG KAUM MURUTKEMATIAN Jika berlaku sebarang kematian, keluarga si mati akan memukul 'gong' dengan pukulan yang tertentu. Sesiapa yang mendengar gong atau bunyi tersebut dengan serta merta perlu berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sedang dibuatnya, umpamanya sedang berburu, berladang atau menangkap ikan.Ahli rumah yang bertindak sebagai penghantar utusan kematian juga perlu balik ke rumah pada hari yang sama dan jika tidak dipercayai dia akan ditimpa kecelakaan.Mayat akan dimandi dan dipakaikan dengan baju yang bersih dan cantik. Ketika itu ahli keluarga atau saudara perempuan si mati akan meratapi kematian tersebut sebagai tanda kesedihan.

Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau yang dipanggil bangkalan di kalangan masyarakat Murut. Tajau tersebut akan ditutup dengan kayu dan di atasnya dipasang lampu kecil bertujuan untuk menakutkan hantu syaitan.Pada malam keempat mereka akan bersuka ria sebagai tanda menghormati malam terakhir mayat tersebut berada di rumahnya. Keesokannya di awal pagi tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini keluarga si mati, terutama kaum perempuan akan menangis kerana mereka percaya dengan berbuat demikian, roh si mati akan selamat sampai ke syurga disamping bertujuan mengucapkan selamat jalan kepada si mati.Bagi sesiapa yang menghantar tajau mayat tersebut, mereka akan dikenakan pantang larang tertentu selama empat hari. Pantang larang juga tidak terkecuali bagi balu si mati di mana dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas beberapa sebab-sebab tertentu dan dia juga perlu memotong pendek rambutnya.

KEUNIKAN KAUM MURUTBarian Sampai Mati Dalam pengertian adat Barian Sampai Mati ialah Barian atau dalam bahasa Melayu Mas Kahwin dan dalam bahasa Inggeris Dowry. Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh demikian, Barian Sampai Mati bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Adat Barian Sampai Mati sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh masyarakat Murut di Sabah. Apabila gadis Murut dikahwini oleh lelak pilihan keluarga atau pilihan sendiri, barian akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat. Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun, tetapi keluarga pihak perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki. Masyarakat Dusun dan masyarakat lain di Sabah mengatakan bahawa gadis Murut yang dikahwini memiliki barian atau hantaran mas kahwin yang sangat mahal berbanding suku kaum lain di Malaysia.KEUNIKAN KAUM MURUTTarian Tradisional Kaum MurutMasyarakat kaum Murut juga terkenal dengan Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini.

KEUNIKAN KAUM MURUTAdat Kematian Kaum Murut Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh penduduk akan didenda iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. KEUNIKAN KAUM MURUTAdat Kematian Kaum Murut Pada malam keempat,mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungankayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai