(pengajian malaysia) sejarah dan latar belakang kaum di malaysia

32
DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA TEMA : SEJARAH & LATAR BELAKANG PENDUDUK MALAYSIA

Upload: farah-hilmi

Post on 24-Jul-2015

278 views

Category:

Entertainment & Humor


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA

TEMA : SEJARAH & LATAR BELAKANG

PENDUDUK MALAYSIA

Page 2: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

MALAYSIA

• Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan, dll.

• Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan.

• Masyarakat majmuk mempunyai konsep dan sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.

Page 3: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

KAUM MELAYU

Ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di

Tanah Melayu ialah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8% drpd jumlah penduduk Tanah Melayu

Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan

Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani

Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan

Page 4: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan

Penguasaan ekonomi kaum Melayu semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British

Kemasukan buruh asing telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu

Page 5: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

KAUM CINA

Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826

Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain

Page 6: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong

Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan akativiti perlombongan

Page 7: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

KAUM INDIA

Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi

Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an

Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang

tebu dan kopi di Seberang Perai Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-

kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

Page 8: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910, iaitu seramai 48, 000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu

Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu

90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang berasal Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayalam

Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon

Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang terbentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%

Page 9: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Orang Telegu pula berjumlah 4% Selain kelompok etnik di atas, orang Punjabi turut

datang dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan

Page 10: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

AGAMA & KEPERCAYAAN

KAUM MELAYU

Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam

Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15

Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam

Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepadaTuhan yang satu

Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan

Page 11: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis

Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman

Ajaran Islam bermatlamat :a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep

kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata

b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka

c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup

Page 12: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

KAUM CINA Golongan ini turut membawa bersama agama dan

kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan

Taoisme a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cinab) Pengaruh Taoisme amat meluasc) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran

Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang2 Cina

d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan' (The Way)

Page 13: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi

f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu

g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih (The Heavenly Teacher) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi dua, iaitu :

Cult of Immortality-Mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan

Way of the Heavenly Teacher- Dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih

Page 14: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Fahaman Confucianisme

a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius)

b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun

c) Merupakan seorang tokoh yg mendapat pendidikan & pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri

d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2 yang mulia dalam kehidupan

e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta garis panduan tentang tingkah laku berlandaskan nilai2 abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan

Page 15: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme Sangat mementingkan organisasi kekeluargaan Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama

keluarga (hsiao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibubapa dan abang sangat dititikberatkan

Menekankan kepatuhan kepada orang yang berkedudukan lebih tinggi

Susunan dalam masyarakat berdasarkan status dan tanggungjawab kepada keluarga

Terdapat satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun)

Page 16: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Ketaatan anak Penghormatan yang patut diberi oleh anak kepada

ibubapa Menekan kuat konsep pemujaan dan penyembahan

terhadap keluarga terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia

Sebarang kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang akan merujuk kepada perbuatan dan gambaran terhadap seluruh keluarganya

Page 17: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Konsep Yin dan Yang Semua benda yang ada di dunia ini merupakan

gabungan unsur pasif (Yin) dan unsur aktif (Yang) Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan

keharmonian Konsep ini menjadi teras kepada amalan masyarakat

Cina sehingga kini Yang (kuasa positif) dalam alam seperti panas matahari,

bumi dan kering, iaitu tanda2 yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan

Yin (kuasa negatif) melambangkan kuasa2 negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat2 lemah, gelap dan pasif

Page 18: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Jen Bermatlamat membentuk seorang individu bermoral

tinggi dan sempurna Menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi Manusia perlu sentiasa bersedia dan membuat

kebajikan, mempunyai perasaan empati dan persahabatan

Semua perasaan ini perlu disemai untuk tujuan menguntungkan masyarakat atau orang lain

Ajaran ini boleh dikatakan sebagai perasaan berperikemanusiaan

Page 19: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Chun Zhi Bermaksud manusia yang benar, manusia yang

sempurna dan manusia yang terbaik Disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia

Sempurna) dalam agama Islam

Konsep Li Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan

upacara2 (rites) Bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil,

pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini serta konsep Jen

Page 20: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Nilai Te Bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral

yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat

Jika pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan yang baik supaya boleh melahirkan penghormatan

Page 21: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

KAUM INDIA

Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India

Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya

Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan

Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu ini

Page 22: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Kepercayaan kepada dewa-dewa

Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu

sering dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme

(satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme (struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme (semua benda adalah tuhan)

Page 23: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Konsep karma dan kelahiran semula Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam

salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu

Keperibadian dlam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan datang

Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran semula ialah karma

Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan, kemakmuran, dan usia yang panjang

Page 24: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Kitab-kitab Veda Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam

masyarakat pengamal agama Hindu Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-

amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman, dan sebagainya

Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatangan seorang nabi

Page 25: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

MASYARAKAT SARAWAK Mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak

Laut), orang Melayu dan orang Melanau

Orang Iban Orang Iban tidak mempunyai agama tertentu Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme Pegangan ini banyak dipengaruhi oleh unsur2 yang

dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha Selepas kedatangan kuasa2 Barat, agama Kristian telah

dibawa masuk Kini, sebahagian besar masyarakat Iban beragama

Kristian

Page 26: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka

Contoh, kepercayaan 'miring' iaitu jampi serapah yang dilakukan atas tujuan menolak bala

Mereka sangat patuh kepada pantang larang (mali) Akan ditimpa bala atau kematian sekiranya melanggar

pantang larang Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi Aktivit harian dipengaruhi oleh tafsiran mimpi mereka Aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mendapat mimpi yang

tidak baik

Page 27: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Orang Melayu Berpegang kepada agama Islam Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka

seperti bersatu-padu, bertatasusila, bertanggungjawab dan sebagainya

Terdapat masjid di setiap kampung yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan selain bersembahyang

Terdapat juga madrasah yang berperanan sebagai pusat kegiatan Islam

Mereka juga percaya kepada pantang larang tertentu Pantang larang diamalkan bertujuan memelihara

keharmonian kaum dan kampung seluruhnya

Page 28: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Masyarakat Melanau Asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai agama) Kini, ramai yang beralih kepada agama Islam dan

Kristian ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kedatangan keluarga Brooke

Sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa

Mereka percaya dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu atas, pertengahan dan bawah yang didalamnya mempunyai unsur baik dan jahat

Kuasa2 ghaib yang menjaga setiap lapisan tidak boleh diganggu

Page 29: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Sekiranya diganggu, masyarakat Melanau akan ditimpa penyakit atau kesusahan

Makhluk2 ini dikenalik sebagai 'jin', 'ipok', 'amok', 'tow', dan 'during'

Sekiranya makhluk ini mengamuk, khidmat dukun atau bomoh digunakan untuk memujuknya

Namun, ekoran pemodenan dan anutan Islam, kepercayaan terhadap kuasa halus semakin berkurangan

Page 30: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

MASYARAKAT SABAH

Dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar Asalnya mereka memegang kepercayaan animisme Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk

agama Islam dan Kristian Di kawasan pedalaman, ramai yang masih pagan (tiada

agama)

Page 31: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Masyarakat Kadazan-Dusun

Percaya kewujudan syurga dan neraka Bagi golongan pagan, mereka percaya sesiapa yang

mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu Percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi Mimpi buruk boleh mempengaruhi keputusan dalam

kehidupan mereka Mempunyai upacara pemujaan seperti 'kaamatan'(pesta

menuai)

Page 32: (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Masyarakat Bajau

Hampir semua beragama Islam Anutan ini menjadi pegangan mereka dalam segala

aspek kehidupan Mengamalkan upacara2 agama seperti berkhatan, akad

nikah, khatam al-Quran dan lain-lain Mereka percaya kepada 'jin' iaitu sejenis makhluk yang

dianggap mempunyai kuasa luar biasa Percaya konsep 'tulah' iaitu malapetaka yang ditimpa

apabila melanggar adat atau peraturan Kepercayaan begitu semakin pupus