sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani

17
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DISEDIAKAN OLEH: MOHAMMAD AIDILFITRI BIN JAMALUDDIN GOH PEI SHAN SIM CHOGN YAU

Upload: anizavina-mohd-esa

Post on 05-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DISEDIAKAN OLEH: MOHAMMAD AIDILFITRI BIN JAMALUDDIN GOH PEI SHAN SIM CHOGN YAU Pendidikan Jasmani Zaman Purba Pendidikan Jasmani Zaman Renaisance Pendidikan Jasmani Moden Pendidikan Jasmani di Malaysia PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN PURBA PENDIDIKAN YUNANI HOMER PENDIDIKAN YUNANI SPARTA PENDIDIKAN YUNANI ATHENS AWAL PENDIDIKAN YUNANI ATHENS LEWAT SUKAN OLIMPIK Pendidikan Yunani Homer (Zaman Prasejarah Olimpik 776 S.M.) Membentuk manusia yang boleh bertindak kerana peperangan sering berlaku. Keadaan fizikal yang sihat dan kuat amat penting. Melatih kekuatan, daya tahan, kepantasan dan keberanian melalui senaman. Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta) Pendidikan merupakan latihan untuk peperangan. Membentuk kekuatan dan daya tahan yang tinggi, semangat keteguhan, kegagahan serta kemahiran yang diperlukan. Perempuan juga tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar. Contoh: lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, dan berjalan kaki.

Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M. 480 S.M.)Mementingkan latihan tentera di medan perang. Nilai estetika dan harmoni. Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun: berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, merejam lembing, dan lempar cakera. Aktiviti bagi dewasa: perlumbaan, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda.

Pendidikan Yunani Athens Lewat (480S.M. 338S.M.) Membentuk insan yang bijak. Aktiviti termasuklah: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, dan tinju.

Sukan Olimpik Mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos bersama-sama upacara menghormati Zeus (Tuhan orang Greek). Diadalan setiap 4 tahun.

Pendidikan Jasmani pada Zaman Renaissance Bermula pada tahun 1400 1700. Lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini. Dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance: 1. Humanis berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti larian berpagar, memanah2. Moralis dipengaruhi oleh Reformasi Protestan yang melihat aktiviti fizikal sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan. 3. Realisme menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat. PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Era Pra Kolonial (sebelum penjajahan Inggeris) Era Kolonial (pemerintahan British) Zaman selepas merdeka Era Pra Kolonial (sebelum penjajahan Inggeris) Masyarakat melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti berbentuk rekreasi. Contoh: bersilat, berdayung, berenang, bermain congkat dan sepak raga. Boleh dibahagi kepada tiga bentuk: Pemainan masa lapang Keperwiraan Senaman tradisional Era Klonial (Pemerintah British) PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan. Permainan seperti bola sepak, hoki, dan badminton mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga. Tujuan adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris. 1890-an : murid perempuan mula diajar olahraga, murid laki diberi latih tubi. 1913-an : Maktab Pergguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal guru diberi latihan berkawad. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kesihatan dalam kurikulum diutamakan.

Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ untuk NNS telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun lagi. Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal.

Zaman Pendidikan selepas Merdeka (Pendidikan Moden) Tahun 1960-an, sukatan pelajaran PJ dikaji semula. Tahun 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tujuan: membolehkan semua sekolah mengguna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak. PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum di sekolah. Sekian, terima kasih.