sej pt3(b)

3
Menghuraikan faktor yg mnyumbg kpd pgukuhn prpaduan kaum Kelahiran generasi hari ini amat beruntung kerana dapat menghirup udara hasil kemerdekaan dan kerana kesepaduan rakyat-rakyat di Malaysia. Walhal sewaktu penjajahan British dahulu, keamanan dan keharmonian tidak dapat dirasai kerana pihak British telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Kewujudan dasar ini adalah untuk memisahkan setiap kaum di negara ini mengikut tempat tinggal dan pekerjaan yang dilaksanakan. Pada waktu itu, orang melayu diperintahkan untuk tinggal di kawasan kampong dan menjalankan kegiatan harian sebagai nelayan dan petani. Orang cina pula mendiami kawasan bandar dan bekerja sebagai pelombong dan ada juga sebagai peniaga. Bagi kaum india pula, British telah menetapkan ahawa tempat kediaman mereka adalah di estat getah dan bekerja sebagai penoreh getah. Hal ini telah mewujudkan jurang di antara kaum seterusnya mengundang permasalahn yang lebih besar kepada negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengorak langkah bagi membendung permasalahan ini dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menghapuskan pengenalan kaumberdasarkan ekonomi. Generasi hari ini juga hendaklah memanjat kesyukuran terhadap Ilahi kerana tidak dilahirkan sewaktu pendudukan Jepun. Ini kerana, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengundang kontroversi apabila layanan yang diberikan kepada setiap kaum adalah berbeza. Orang melayu telah dilayan dengan baik manakala orang cina pula dilayan dengan kejam. Implikasinya dapat dilihat apabila orang cina melalui Bintang Tiga membalas dendam ke atas orang melayu semasa kekosongan politik selama 14 hari. Kedatangan semula inggeris ke tanah melayu selepas 14 hari untuk mengisi semula kekosongan politik tidak begitu mengembirakan orang cina. Oleh itu, mereka menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) manakala orang melayu menganggotai Keselamatan. Bagi membanteras permasalahan ini, Inggeris telah melancarkan perang saraf setelah mendapat sokonga daripada penduduk untuk menentang komunis. Peninggalan sisa-sisa pemerintahan oleh penjajah telah memberi peluang kepada generasi hari ini untuk merasai perkara yang baharu, iaitu sekolah pelbagai aliran. British telah memprkenalkan sistem pendidikan vernakular kerana ingin mengasingkan setiap bangsa di negara ini. Hal ini telah mewujudkan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil sekolah inggeris dan sekolah agama. Perbezaan aliran ini menyebabkan system pendidikan, buku, dan bahasa pengantar di setiap sekolah berbeza. Untuk menyatupadukan rakyat, kerajaan mewujudkan sisitem pendidikan kebangsaan melalui lapora Barnes, Ordinan Pelancaran dan Laporan Razak. Di samping itu, sekolah kebangsaan dan sekolah wawasan turut di tubuhkan. Keteguhan perpaduan kaum di Malaysia juga adalah disebabkan oleh syarat yang telah dikemukan inggeris sekiranya tanah melayu inginkan kemerdekaan. Syarat tersebut menyatakan bahawa kemerdekaan akan diberikan hanya apabila wujudnya kerjasama dan perpaduan kaum. Cabaran ini telah disahut oleh penduduk tanah melayu melalui kerjasama parti-parti politik seperti penubuhan parti perikatan.Kerjasama kaum pula dapat dilihat melalui sistem ahli dan jawatankuasa (CLC) yang mampu meguatkan lagi hubungan antara kaum.

Upload: waffa-zul

Post on 18-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Sej PT3(b)

Menghuraikan faktor yg mnyumbg kpd pgukuhn prpaduan kaum

Kelahiran generasi hari ini amat beruntung kerana dapat menghirup udara hasil kemerdekaan dan kerana kesepaduan rakyat-rakyat di Malaysia. Walhal sewaktu penjajahan British dahulu, keamanan dan keharmonian tidak dapat dirasai kerana pihak British telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Kewujudan dasar ini adalah untuk memisahkan setiap kaum di negara ini mengikut tempat tinggal dan pekerjaan yang dilaksanakan. Pada waktu itu, orang melayu diperintahkan untuk tinggal di kawasan kampong dan menjalankan kegiatan harian sebagai nelayan dan petani. Orang cina pula mendiami kawasan bandar dan bekerja sebagai pelombong dan ada juga sebagai peniaga. Bagi kaum india pula, British telah menetapkan ahawa tempat kediaman mereka adalah di estat getah dan bekerja sebagai penoreh getah. Hal ini telah mewujudkan jurang di antara kaum seterusnya mengundang permasalahn yang lebih besar kepada negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengorak langkah bagi membendung permasalahan ini dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menghapuskan pengenalan kaumberdasarkan ekonomi.

Generasi hari ini juga hendaklah memanjat kesyukuran terhadap Ilahi kerana tidak dilahirkan sewaktu pendudukan Jepun. Ini kerana, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengundang kontroversi apabila layanan yang diberikan kepada setiap kaum adalah berbeza. Orang melayu telah dilayan dengan baik manakala orang cina pula dilayan dengan kejam. Implikasinya dapat dilihat apabila orang cina melalui Bintang Tiga membalas dendam ke atas orang melayu semasa kekosongan politik selama 14 hari. Kedatangan semula inggeris ke tanah melayu selepas 14 hari untuk mengisi semula kekosongan politik tidak begitu mengembirakan orang cina. Oleh itu, mereka menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) manakala orang melayu menganggotai Keselamatan. Bagi membanteras permasalahan ini, Inggeris telah melancarkan perang saraf setelah mendapat sokonga daripada penduduk untuk menentang komunis.

Peninggalan sisa-sisa pemerintahan oleh penjajah telah memberi peluang kepada generasi hari ini untuk merasai perkara yang baharu, iaitu sekolah pelbagai aliran. British telah memprkenalkan sistem pendidikan vernakular kerana ingin mengasingkan setiap bangsa di negara ini. Hal ini telah mewujudkan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil sekolah inggeris dan sekolah agama. Perbezaan aliran ini menyebabkan system pendidikan, buku, dan bahasa pengantar di setiap sekolah berbeza. Untuk menyatupadukan rakyat, kerajaan mewujudkan sisitem pendidikan kebangsaan melalui lapora Barnes, Ordinan Pelancaran dan Laporan Razak. Di samping itu, sekolah kebangsaan dan sekolah wawasan turut di tubuhkan.

Keteguhan perpaduan kaum di Malaysia juga adalah disebabkan oleh syarat yang telah dikemukan inggeris sekiranya tanah melayu inginkan kemerdekaan. Syarat tersebut menyatakan bahawa kemerdekaan akan diberikan hanya apabila wujudnya kerjasama dan perpaduan kaum. Cabaran ini telah disahut oleh penduduk tanah melayu melalui kerjasama parti-parti politik seperti penubuhan parti perikatan.Kerjasama kaum pula dapat dilihat melalui sistem ahli dan jawatankuasa (CLC) yang mampu meguatkan lagi hubungan antara kaum.

Kekuatan perpaduan ini juga telah dibentuk setelah berlakunya peristiwa 13 mei 1969 . Pada tarikh tersebut, telah berlakunya rusuhan kaum seterusnya mengakibatkan pertumpahan darah antara kaum melayu dan kaum cina. Hal ini berlaku apabiala parti DAP dan gerakkan bermain dengan isu sensitive membabitkan kedudukan agama islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang melayu, kedudukan raja dan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Oleh itu, tindakan drastik telah dilakukan apabila Majlis Perpaduan Negara ditubuhkan untuk menilai dan menyelesaikan masalah perpaduan negara. Hasilnya, rukun negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 untuk melahirkan masyarakat yang adil dan sentiasa bersatu untuk mengekalkan kedaulatan negara.

Page 2: Sej PT3(b)

Langakah

Dalam mencapai wawasan 2020, kerajaan telah merangka beberap langkah yang harusdiambil untuk peroleh perpaduan kaum secara sistematik da nada juga separuh daripadanya sudah dilaksanakan. Antaranya ialah slogan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Seri Najib Bin Tun haji Abdul Razak 2 April 2009. Slogan 1 Malaysia ini mampu menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama daan bangsa demi mencapai satu matlamat, iaitu mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Di samping itu, penetapan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah salah satu usaha yang telah dirancang dan dipersetujui. Penggunaan satu bahasa ini dapat mengurangkan rasa curiga di antara satu kaum dengan kaum yang lain semasa berbicara. Hal ini turut mengelakkn perbalahan antara kaum.

Sifat semula jadirakyat Malaysia yang cukup kaya dan terkenal dengan nilai-nilai murni seperti berbudi-bahasa, bertoleransi, dan hormat-menghormati telah membuahkan idea kepada para pemimpin untuk membentuk perpaduan. Contoh yang dapat diberi ialah apabila sesebuah kaum meraikan perayaan mereka, seluruh negara akan turut menyambutnya. Cuti umum akan diberikan kepda seluruh rakyat Malaysia supaya mereka dapat bersama- sama menyambut kegembiraan perayaan kaum lain. Hal ini juga mengeratkan lahi hubungan antara sesebuah kaum.

Di samping itu, perpaduan juga dapat dilahirkn apabila rakyat sering melibatkan diri dengan program-program kemasyarakatan. Antaranya ialah aktiviti gotong-royong sesame jiran tetangga. Kewujudan aktiviti ini telah menjalinkan kemesraan dan berjaya menghapuskan sikap pentingkan diri.

Pemikiran pemimpin-peminpin Malaysia yang berpandangan jauh ini juga telah melancarkan sebuah program yang merupakan salah satu daripada dasar kerajaan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dibuka kerana ingin memberi peluang kepada remaja yang berusia 17 tahun daripada setiap kaum mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Kewujudan aktiviti seperti ini telah menyemai semangat perpaduan dalam generasi muda seterusnya meninkatkan lagi kemakmuran negara.