penjelasan tentang konsep

25
Penjelasan tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu. STRATEGI KONSEP STRATEGI Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut: Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Upload: christy-riza

Post on 25-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KONSEP

TRANSCRIPT

Page 1: Penjelasan tentang konsep

Penjelasan tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa

Melayu.

STRATEGI

KONSEP STRATEGI

Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk

mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam

menguruskan sesuatu perkara Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada

kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik

dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Di

dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.

Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut

prinsip dan teori pembelajaran.

Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik

mengajar yang telah disusun.

Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan

teknik mengajar.

Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang

sesuai.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah

rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan

pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk

menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan

murid.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

Page 2: Penjelasan tentang konsep

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang

dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

PENGGABUNGJALINAN 

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini

juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-

kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam

kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. 

PENYERAPAN 

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga

boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,

matematik, sejarah, dan lain-lain.   

PENGAYAAN 

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,

bakat, dan minat. Murid ini hendaklah  diberikan bahan yang berbeza-beza untuk

digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti

bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka

masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.   

PEMULIHAN 

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-

kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan

maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat

Page 3: Penjelasan tentang konsep

daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah

mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.  

PENILAIAN 

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang

berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau

pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat

dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama

ada untuk menjalankan  pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat

dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid

dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap

yang lebih tinggi.

Rumusan 

Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori

pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan

strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

 

Page 4: Penjelasan tentang konsep

PENDEKATAN

KONSEP PENDEKATAN

Pendekatan 

Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan

dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.  Dalam

pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any

sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan

yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

Induktif

Deduktif

Eklektik

Komunikatif

INDUKTIF

Pendekatan indukif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M

Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab

atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru

akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus

sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan

oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi

menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. 

Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan

contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah

Page 5: Penjelasan tentang konsep

sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh

guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat

kesimpulan.

DEDUKTIF

Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan

rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P

diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan

terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum

kepada spesifik.  Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid

bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi

Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu

memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus,

hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada

contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif

pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka

dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi

membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.

EKLEKTIK

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan

segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-

satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan

menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk

kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-

mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai

Page 6: Penjelasan tentang konsep

mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P

dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. 

Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan

generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru

memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan

contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih

kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat

mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan

induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu

mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu

berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita

ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui

pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan

komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan

penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan

yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan

berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat

pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru

agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya

ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang

terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain

itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa

yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. 

Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan

dalam kehidupan sehari-hari.

Page 7: Penjelasan tentang konsep

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak

umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan

bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju

arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah

pengajaran.

 

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA

Berpusatkan Murid 

Berdasarkan Bahan 

Pemebelajaran Berasaskan Projek 

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti 

Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario 

Pembelajaran Berasaskan Permainan 

 

Pendekatan berpusatkan murid 

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan

peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju

mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan

dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid

menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak

masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti. 

Page 8: Penjelasan tentang konsep

Pendekatan berpusatkan bahan 

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk

mencapai objektif pelajaran.  Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih

mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk

mencapai objektif pelajaran.  Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif,

jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami

konsep yang abstrak dengan lebih jelas. 

 

Pendekatan berasaskan projek

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan

dan menarik.  Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran

akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi

pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. 

 

Pendekatan berasaskan masalah 

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru

secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong

minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk

menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam

kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah. 

 

Page 9: Penjelasan tentang konsep

Pembelajaran berasaskan aktiviti

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi

tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat

dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses

pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu

di sekolah-sekolah. 

Pembelajaran berasaskan situasional 

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-

gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak

sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa

sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang

untuk mengukuhkan pembelajaran. 

 

Pembelajaran berasaskan permainan 

Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan

permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti

permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru

ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid

dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan

menggunakan bahasa dan aks.

Page 10: Penjelasan tentang konsep

KAEDAH

DEFINISI KAEDAH

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak

jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada

prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga

digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang

tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai

sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). 

Kaedah Penerangan

Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi

komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan

tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada

analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori

tatabahasa tertentu.

Kaedah Nahu

Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar

memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis

menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan

pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan

sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan

perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam

penulisan.

Kaedah Terus Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald

Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama

dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih

Page 11: Penjelasan tentang konsep

pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah

terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan

psikologi kanak-kanak.

Kaedah Ajuk

Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara

demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus

berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata

melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara

menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya

diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

Kaedah

Linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa

moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara

dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus

tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping

aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-

lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

Kaedah

Kod

Kognitif

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna.

Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus

mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-

hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Kaedah

Bahasa

Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language

Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang

diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-

rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori

CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah

bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model

abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami

sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa

bahasa itu.

Page 12: Penjelasan tentang konsep

Kaedah

Oral-

Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar

memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu

Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran

menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan

kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan

menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan

asing melalui pengalaman dalam bahasa.

TEKNIK

DEFINISI TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu

hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M.

Page 13: Penjelasan tentang konsep

Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang

digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar

sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.

Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh

didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam

bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan

suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan

pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah

sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

Teknik main peranan

Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Teknik simulasi

Teknik drama

Tujuan Teknik

Menarik minat murid

Mengekalkan perhatian

Membangkitkan rasa ingin tahu

Teknik Latih - Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg

menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh

Page 14: Penjelasan tentang konsep

digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,

ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami

proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya

dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran

bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran

bahasa kedua.

Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau

tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar

seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu

dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi

pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan

peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada murid mengalami

sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat

digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca

dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber

motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau

peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-

watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah

dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba

menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya

mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara

spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.

Page 15: Penjelasan tentang konsep

Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau

memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan

menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan

bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan

yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan

latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif

dan bukan pembelajaran secara analitis.

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa

pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan

bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem

pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan

perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan

tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita

hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan

cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan

Page 16: Penjelasan tentang konsep

kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal

supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. 

Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan

pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah

untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan

intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan

berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat

mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan

matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat

penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam

pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat

menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping

dapat menyuburkan sahsiah murid.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN

TEKNIK

STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Berdasarkan Bercorak abstrak Bersifat konkrit Lebih khusus

Page 17: Penjelasan tentang konsep

pertimbangan

terhadap teori

pembelajaran,

pendekatan kaedah

dan teknik mengajar

atau spesifik

Rancangan yang

teratur untuk

mencapai matlamat

atau kejayaan

Satu pandangan,

pendirian,

pegangan atau

falsafah bagi

melihat, memahami

dan mendekati

sesuatu perkara.

Cara mengajar

yang disusun dan

dilaksanakan

untuk mengajar

kemahiran

bahasa.

Wujud dalam

bentuk aktiviti,

strategi atau

taktik dan

bahan atau

alat yang

berkaitan.

Strategi berpusatkan

guru

Strategi berpusatkan

murid

Strategi berpusatkan

bahan

Strategi berpusatkan

masalah

Pendekatan

empirisis

Pendekatan

komunikatif

Pendekatan induktif

Pendekatan

deduktif

Pendekatan elektik

Pendekatan tematik

Pendekatan

kontruktivisme

Pendekatan

masteri

Pendekatan

Kaedah tubi

Kaedah terus

Kaedah tentera

Kaedah dengar

dan sebut

Kaedah

terjemahan

Kaedah bersiri

Teknik kloz

Teknik bacaan

nyaring

Teknik

bercerita

Teknik drama

Teknik korus

Teknik dialog

Page 18: Penjelasan tentang konsep

kontekstual

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan keutamaan di dalam

bilik darjah bagi setiap murid. Oleh itu, murid yang mumpunyai pemikiran yang tinggi

boleh dilahirkan dengan adanya panduan untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Maka, kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam

Page 19: Penjelasan tentang konsep

proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid berfikir dengan berkesan,

kreatif dan efektif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga, pengajaran

hendaklah dirancang mengikut perancangan yang telah ditetapkan berdasarkan prinsip-

prinsip yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, untuk melahirkan modal insan

yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan berkepimpinan. Tuntasnya, seorang

guru Bahasa Melayu harus sentiasa bersedia dan dipenuhi dengan pengetahuan yang

cukup dan pegangan hidup yang kuat bagi menyumbang kepada pembangunan modal

insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.