sedikit sebanyak info mengenai suku

9
Sedikit sebanyak info mengenai suku-suku kaum dan etnik di Sabah. BIL SUKU KAUM/ ETNIK INFO GAMBAR PAKAIAN TRADISIONAL 01 Dusun Bonggi Masyarakat Dusun Bonggi pernah terima syiar Islam 50 tahun lalu PAGAN adalah cara hidup atau pegangan masy arakat Dusun Bonggi sejak berabad lamanya. Hidup bebas tanpa pegangan agama itu sudah sebati di kalangan mereka y ang menjadikan tempay an dan batu besar sebagai alat penyembahan atau tempat meminta pertolongan jika ditimpa bencana. Namun, segala-galany a berubah apabila bekas tokoh utama Sabah, Allahy arham Tun Datu Mustapha Harun dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menggerakkan kemasukan Islam ke Pulau Banggi dengan meny asarkan masyarakat Dusun Bonggi y ang ketika itu masih begitu kuat dengan kepercay aan pagan. Menurut ketua Kampung Limbuak Darat, Firdaus Abdullah, pada penghujung 1960-an, ketika Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah, sesi penyebaran Islam secara serius digerakkan di semua perkampungan etnik itu, bermula dengan sesi penerangan dan pengislaman beramai-ramai masy arakat Dusun Bonggi yang buat pertama kalinya diadakan di Sekolah Kebangsaan Limbuak Laut. “Ketika itu, atas kata putus dan persetujuan beberapa ketua masy arakat Dusun Bonggi termasuk dari Limbuak Darat, Batu Layar, Mamang, Palak Darat dan Kalangkaman, ramai masy arakat memeluk Islam lantaran konsep keagamaan y ang ditekankan dalam siri penerangan oleh Mustapha. “Ketika itu, lebih 70 peratus masyarakat di Pulau Banggi memeluk Islam sekali gus menjadikan Islam agama utama di pulau terbesar di negara kita itu. “Namun, segala-galanya berubah apabila pada awal 1980-an, sebahagian besar masyarakat Islam Dusun Bonggi memilih kembali kepada pegangan asal iaitu pagan dan ada pula y ang menganut Kristian lantaran kurangnya dakw ah untuk memperkukuhkan pegangan agama mereka,” katany a. Katany a, alasan utama ialah jarak kerana bukan mudah untuk mencari pendakw ah yang sanggup keluar masuk ke perkampungan mereka dan menjalankan aktiv iti dakw ah secara intensif. Atas sebab kurangny a pendedahan agama, kebany akan mereka merasakan tiada bezanya memeluk apa saja agama atau pegangan sekali gus meny ebabkan ramai y ang kembali murtad. Kebany akan masy arakat Dusun Bonggi y ang tetap dengan Islam pula dikatakan kurang dalam aspek kefahaman serta pengetahuan agama y ang menjadikan mereka hany a Islam pada nama. Masih ramai golongan dew asa tidak tahu solat dengan sempurna dan kurang kanak-kanak Islam yang tahu mengaji. Senario itu meny ebabkan Islam masyarakat Dusun Bonggi semakin goyah, tambahan pula dengan kemasukan pengaruh Kristian di Pulau Banggi. Meskipun mereka Islam, kepercay aan kepada perkara tahy ul dan meny esatkan tetap diteruskan. Masih ramai menjalankan aktiv iti peny eruan kepada kuasa ghaib yang dikatakan mampu meny embuhkan penyakit. Upacara tarian Tamadak yang khusus untuk menyeru roh ghaib masih popular di kalangan masyarakat itu termasuk mereka y ang Islam. Firdaus berkata, tarian tradisi itu mula diamalkan masy arakat Dusun Bonggi sejak generasi kedua dan terus menjadi budaya rasmi masyarakat itu, malah sudah dipersembahkan untuk tontonan orang ramai. “Mengikut kaedah sebenar, untuk memulakan tarian Tamadak, kami perlu meny ediakan satu rumah khas dan tujuh bendera pelbagai w arna. “Tujuh genggam nasi pelbagai jenis dihantar ke beberapa objek y ang dipercay ai mempuny ai kuasa seperti pokok atau batu puaka untuk dijadikan hidangan makhluk ghaib.

Upload: ceceliajeylus

Post on 02-Jul-2015

332 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Sedikit sebanyak info mengenai suku-suku kaum dan etnik di Sabah.

BIL SUKU KAUM/ ETNIK INFO GAMBAR PAKAIAN TRADISIONAL

01 Dusun Bonggi Masyarakat Dusun Bonggi pernah terima syiar Islam 50 tahun lalu

PAGAN adalah cara hidup atau pegangan masy arakat Dusun Bonggi

sejak berabad lamanya. Hidup bebas tanpa pegangan agama itu sudah

sebati di kalangan mereka y ang menjadikan tempay an dan batu besar

sebagai alat peny embahan atau tempat meminta pertolongan jika ditimpa

bencana.

Namun, segala-galany a berubah apabila bekas tokoh utama Sabah,

Allahy arham Tun Datu Mustapha Harun dan bekas Timbalan Perdana

Menteri, Tun Musa Hitam menggerakkan kemasukan Islam ke Pulau

Banggi dengan meny asarkan masyarakat Dusun Bonggi y ang ketika itu

masih begitu kuat dengan kepercay aan pagan.

Menurut ketua Kampung Limbuak Darat, Firdaus Abdullah, pada

penghujung 1960-an, ketika Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah, sesi

peny ebaran Islam secara serius digerakkan di semua perkampungan etnik

itu, bermula dengan sesi penerangan dan pengislaman beramai-ramai

masy arakat Dusun Bonggi yang buat pertama kalinya diadakan di Sekolah

Kebangsaan Limbuak Laut.

“Ketika itu, atas kata putus dan persetujuan beberapa ketua masy arakat

Dusun Bonggi termasuk dari Limbuak Darat, Batu Layar, Mamang, Palak

Darat dan Kalangkaman, ramai masy arakat memeluk Islam lantaran

konsep keagamaan y ang ditekankan dalam siri penerangan oleh

Mustapha.

“Ketika itu, lebih 70 peratus masyarakat di Pulau Banggi memeluk Islam

sekali gus menjadikan Islam agama utama di pulau terbesar di negara kita

itu.

“Namun, segala-galanya berubah apabila pada awal 1980-an, sebahagian

besar masyarakat Islam Dusun Bonggi memilih kembali kepada pegangan

asal iaitu pagan dan ada pula y ang menganut Kristian lantaran kurangnya

dakw ah untuk memperkukuhkan pegangan agama mereka,” katany a.

Katany a, alasan utama ialah jarak kerana bukan mudah untuk mencari

pendakw ah yang sanggup keluar masuk ke perkampungan mereka dan

menjalankan aktiv iti dakw ah secara intensif.

Atas sebab kurangny a pendedahan agama, kebany akan mereka

merasakan tiada bezanya memeluk apa saja agama atau pegangan sekali

gus meny ebabkan ramai y ang kembali murtad.

Kebany akan masy arakat Dusun Bonggi y ang tetap dengan Islam pula

dikatakan kurang dalam aspek kefahaman serta pengetahuan agama

y ang menjadikan mereka hany a Islam pada nama.

Masih ramai golongan dew asa tidak tahu solat dengan sempurna dan

kurang kanak-kanak Islam yang tahu mengaji. Senario itu meny ebabkan

Islam masyarakat Dusun Bonggi semakin goyah, tambahan pula dengan

kemasukan pengaruh Kristian di Pulau Banggi.

Meskipun mereka Islam, kepercay aan kepada perkara tahy ul dan

meny esatkan tetap diteruskan. Masih ramai menjalankan aktiv iti

peny eruan kepada kuasa ghaib yang dikatakan mampu meny embuhkan

peny akit. Upacara tarian Tamadak yang khusus untuk menyeru roh ghaib

masih popular di kalangan masyarakat itu termasuk mereka y ang Islam.

Firdaus berkata, tarian tradisi itu mula diamalkan masy arakat Dusun

Bonggi sejak generasi kedua dan terus menjadi budaya rasmi masyarakat

itu, malah sudah dipersembahkan untuk tontonan orang ramai.

“Mengikut kaedah sebenar, untuk memulakan tarian Tamadak, kami perlu

meny ediakan satu rumah khas dan tujuh bendera pelbagai w arna.

“Tujuh genggam nasi pelbagai jenis dihantar ke beberapa objek y ang

dipercay ai mempuny ai kuasa seperti pokok atau batu puaka untuk

dijadikan hidangan makhluk ghaib.

Page 2: Sedikit sebanyak info mengenai suku

“Tarian ini akan diteruskan tujuh malam berturut-turut. Ia khusus untuk

peny embuhan peny akit dan tidak boleh ditarikan sebarangan.

“Tidak boleh untuk dipersembahkan semasa perkahw inan atau apa saja

tujuan. Apa y ang kami pertontonkan kepada khalay ak juga hany a

sebahagian kecil daripada tarian ini.

“Tarian Tamadak asli hanya boleh ditarikan orang tertentu seperti bomoh

atau mereka y ang terpilih. Untuk dipersembahkan, sesiapa saja boleh

menarikannya tetapi tidak boleh menunjukkan sesuatu yang asli,” katanya.

Tarian itu mempuny ai pergerakan y ang mudah. Penariny a kelihatan

melangkah mengelilingi sesuatu dengan sedikit hentakan kaki sambil

tangan memegang daun ubi kay u atau silabangun.

“Tarian mereka diiringi muzik dari tetogog (gong) dan alat ketukan

kuntangan seperti cempuling. Turut digunakan, gendang, tin kosong yang

dibalut dengan kain dan diketuk dengan kay u,” katany a.

Penari perempuan memakai banduong, sejenis baju tradisi seakan

kebay a ringkas bersama sindaang iaitu sejenis kain batik berserta selampi

(selendang y ang diletak pada bahu kanan). Penari lelaki pula memakai

sembit, kain y ang diikat menjadi caw at.

Kebiasaanny a, ia boleh ditarikan beramai-ramai apabila ada orang y ang

‘begin’, iaitu dimasuki makhluk lain sehingga tidak sedar diri dan turut

dalam tarian. Penariny a pula kebiasaanny a berusia lebih 30 tahun.

Suatu ketika dulu, sebelum Pulau Banggi dibangunkan, ada beberapa

lokasi utama y ang dijadikan tempat peny embahan kepercay aan pagan

dan kebany akanny a menggunakan tempay an besar sebagai alat

perantara.

Tempay an itu bukan sebarangan dan tiada orang luar dibenar melihat

atau mengunjungi kaw asan itu dan ia kekal sehingga kini, meskipun

tempay an berkenaan sudah dimusnahkan. Bagi mereka, kaw asan itu

mempuny ai kuasany a tersendiri dan berpuaka.

Kini, kaw asan itu yang berada di satu lokasi berbukit di pinggir Limbuak

Darat masih dikaw al ketat masy arakat Dusun Bonggi dan terhalang

daripada pandangan.

Difahamkan, ada dua tempay an y ang pernah menjadi alat utama

peny embahan iaitu satu di Limbuak Darat dan satu lagi di Sabur.

Malah, meskipun Dusun Bonggi mempuny ai beberapa perkampungan,

satu sistem zon digunakan y ang mengehadkan penduduk di luar

sempadan mengunjungi kaw asan tempay an y ang bukan di baw ah

sempadanny a.

Selepas kedua-dua tempayan itu dihapuskan kerana kemasukan Islam

suatu ketika dulu, apa y ang masih tinggal untuk dijadikan peny embahan

masy arakat Dusun Bonggi ialah batu besar misteri yang ada di Mamang.

Pengenalan

Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum .

Sebuah negeri y ang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba

musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest

y ang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan

pelbagai tarian kebuday aan yang dipersembahkan untuk memeriahkan

lagi suasana perayaan berkenaan.

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di

Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain

ialah Keday an, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh,

Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-

lain.

Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara

terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan

hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Page 3: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Kadazan Dusun

Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang

terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini

menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan

dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.

Antarany a ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,

Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun,

Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri

daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana

berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya

etnik Kadazan tinggal di kaw asan lembah dan secara tradisi terlibat

dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan

pergunungan di pedalaman Sabah.

Tarian Sumazau

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat

terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi

suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi

seperti tarian Sumazau y ang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang

berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk

menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut.

Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka

menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki

diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan

dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Biasany a Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di

majlis jamuan.

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai

meraikan tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah.

Masy arakat Bajau

Persandingan Masyarakat Bajau

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15

peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan

pelaut y ang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali

sebagai gipsi laut. Ada y ang telah meninggalkan kehidupan di laut dan

menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi

Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai

suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan

sebagainy a. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan

Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini

terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat

Melay u di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti

berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan

oleh masy arakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di

Sabah adalah beragama Islam.

Tarian Brunsai

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai

tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan

pada "kalang" seperti berbalas pantun y ang diiringi oleh hentakan kaki

penari lelaki.

Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis

perkahw inan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi

meraikan orang y ang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai

pakaian y ang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju

serta tanjak y ang mempunyai corak-corak menarik.

Tarian Limbai

Page 4: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai

ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke

rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin

sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai

dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas

sebagai isy arat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan

istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota

rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan

selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan

selamat datang

Tarian lansaran masyarakat Murut

Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut

merangkumi tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi,

mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga

adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu

kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu

menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum pribumi

di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik

y ang menarik.

Tarian Magunatip

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari

suku Kuhijau (Kw ijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang

bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit

atau terapit di antara dua batang kay u (buluh) jikalau tidak cekap

mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh

kerana buny i buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat

serta rentak dan irama y ang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk

memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan.

Tarian Lansaran

Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya

dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang

dibina di tengah-tengah rumah panjang y ang diperbuat menggunakan

kay u bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya

boleh melantun seperti "spring.

Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi

tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut

kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah

bertarung di medan pertempuran.

Suku-suku yang lain:

Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Day ak Dusun. Suku kaum

Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai

timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan

sekitar Kudat. Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah

menganut agama Kristian.

Tarian Sumundai Monggigol

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan

beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol

ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri

daripada 4 buah gong dan gendang y ang dinamakan 'Tontog'. Penari

perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan

menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang

perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia

dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini

ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat,

majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu

y ang istimewa.

Page 5: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Suku Iranun

Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan

sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-

kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat,

y ang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan

sistem kerjasama dan gotong-royong.

Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun

bany ak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di

bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah

Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok,

Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.

Suku Idaaan

Idaan adalah etnik y ang menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad

Datu di persisiran timur Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar

6,000 , etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung

lay ang-layang di dalam gua batu kapur di kawasan penempatan mereka.

Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum

y ang dikenali sebagai Begaak adalah animist.

Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial

berasaskan sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai

kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang

burung lay ang-layang.

Suku Bisaya

Bisay a dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal

kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui

hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada

segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan

peranan dalam urusan mereka sehari-harian.

Bangsa Bisay a adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di

Borneo Sabah sejak beribu tahun y ang lalu. Kemahiran suku kaum ini

dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar

di hutan untuk dimakan. Selain itu mereka juga menternak ayam, itik,

angsa, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.

Kaum Bisay a juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar

peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain

mahirr menangkap ikan.

Tarian Bubu

Kaum Bisay a mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang

biasany a dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan

dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib,

oleh itu dukun atau paw ang menjadi perantara komunikasi bagi mereka

dengan dunia lain.

Suku Suluk

Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman

Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug

sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama

Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan

tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah

Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T

uaran dan Telipok

Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri

mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu".

Tarian Balok-balok

Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan

pukulan "gabbang" y ang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan

majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita

dan lelaki y ang memakai pakaian tradisional berwarna warni.

Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam

dengan tangan, dua bilah kay u dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga

Page 6: Sedikit sebanyak info mengenai suku

mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

Suku Tidung

Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak

terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan

Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah

Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan

Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa

kaw asan di Sandakan seperti di Beluran.

Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk

berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti

masy arakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin

), masy arakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni.

Tarian Zapin

Dalam buday a masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta

alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab

sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat

masy arakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan

pendakw ah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin

dengan masy arakat tempatan.

Kesimpulan

Masy arakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang

harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah

merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam

keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong

luar ke negeri ini.

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang

terbesar diSabah dan berasal daripada Indo-China[perlu rujukan ]. Kaum etnik

ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebuday aan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamny a. Antaranya ialah Dusun Liwan,Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun

Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.

Kumpulan etnik y ang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan

Keningau adalah petani tradisi y ang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebany akan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kaw asan pendalaman.

Lazimny a masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu

umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai y ang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai

turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang

mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebany akannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini w ujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusunserta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan

ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa

Page 7: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Indonesia.

Suku kaum yang membentuk Kadazandusun

Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan Kadazan.

Bisay a

Bonggi

Bundu

Dumpas

Gana

Garo

Idaan

Keday an

Kimaragang

Kolobuan

Kuijau

Lingkabau

Liw an

Lobu

Lotud

Lunday eh

Makiang

Malapi

Mangkaak

Minokok

Murut

Ngabai

Paitan

Pingas

Rumanau

Rungus

Sinobu

Sinorupu

Sonsogon

Sukang

Sungai

Tatana

Tangara

Tidong

Tindal

Tobilung

Tolinting

Tombonuo

Tuhaw on

Tutung

Peray aan

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua

kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei w alaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi,

Page 8: Sedikit sebanyak info mengenai suku

dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan"ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai ''''''''Tadau Ka''''''''amatan '''''''' dalam bahasa Kadazandusun.

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kew ujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok

padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan ''''''''Kopivosian Tadau Ka''''''''amatan'''''''' atau ''''''''Selamat Hari Menuai''''''''.

''''''''==Makanan Tradisional== *Hinava Ginapan Makanan tradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan

tradisi juga y ang terkenal ialah ''''''''sambal'''''''' atau ''''''''jeruk'''''''' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai ''''''''tinamba''''''''...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam,

dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja.

Kebany akan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan y ang dinikmati bersama nasi putih.

Tarian Tradisional

Tarian Sumazaumerupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruhMalaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati peny akit.

Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan

Baju ini selaluny a menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.

Page 9: Sedikit sebanyak info mengenai suku

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara

terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahw inan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula

pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahw inan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebuday aan.

Kebany akan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian

traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercay aan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan y ang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahaw a penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Hiasan Diri

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera y ang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebany akan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden y ang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan

benang berw arna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang y ang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang y ang dibuat daripada rotan berwarna untuk

mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.

Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan w anita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh.

Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berw arna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau

tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan y ang dilakukan