sedic/scp/2017/ayc/05 skop cadangan · pdf filepelan tindakan untuk meningkatkan taraf...

7
___________________________________________________________________________________ SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP) NAMA PROGRAM : MEREALISASIKAN POTENSI SETIAP KANAK-KANAK SKOP PROGRAM : MENANGANI CABARAN BELIA DAN KANAK-KANAK BERISIKO TINGGI BAHAGIAN I 1.0 PENGENALAN 1.1 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersifat pelbagai dimensi yang dirangka oleh Kerajaan untuk menangani isu-isu yang berkaitan serta mengurangkan jurang antara masyarakat India Malaysia dengan kumpulan etnik yang lain. Pelan Tindakan ini berpandukan prinsip-prinsip berikut: 1.1.1 Untuk menangani kelemahan semasa serta mobiliti sosial merentasi generasi; 1.1.2 Memastikan usaha meningkatkan penyertaan kaum India dalam dasar kerajaan, program dan inisiatif secara ketara, di samping memperkenalkan inisiatif baru mengikut keperluan dan berkesan; 1.1.3 Memastikan usaha diambil untuk merapatkan jurang antara masyarakat India Malaysia dengan purata nasional dijadikan saluran utama dalam sasaran semua kementerian serta agensi Kerajaan yang berkaitan dalam jangka masa panjang; dan 1.1.4 Berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan yang berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat yang berkesan, iaitu dengan membangunkan pangkalan ilmu berlandaskan data melaksanakan inisiatif berinovatif dan berkesan dan meningkatkan amalan terbaik dalam kaedah penyampaian. 1.2 Pelan Tindakan ini bertujuan mencapai hasil-hasil yang berikut bagi masyarakat India di Malaysia: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA Jabatan Perdana Menteri SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT OF INDIAN COMMUNITY UNIT (SEDIC) Prime Minister’s Department Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan Tel : 03-8880 5186 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya Faks : 03-8880 5188

Upload: nguyendan

Post on 11-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

___________________________________________________________________________________

SEDIC/SCP/2017/AYC/05

SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP)

NAMA PROGRAM : MEREALISASIKAN POTENSI SETIAP KANAK-KANAK

SKOP PROGRAM : MENANGANI CABARAN BELIA DAN KANAK-KANAK

BERISIKO TINGGI

BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN

1.1 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan pendekatan yang lebih

menyeluruh dan bersifat pelbagai dimensi yang dirangka oleh Kerajaan untuk menangani

isu-isu yang berkaitan serta mengurangkan jurang antara masyarakat India Malaysia

dengan kumpulan etnik yang lain. Pelan Tindakan ini berpandukan prinsip-prinsip berikut:

1.1.1 Untuk menangani kelemahan semasa serta mobiliti sosial merentasi generasi;

1.1.2 Memastikan usaha meningkatkan penyertaan kaum India dalam dasar

kerajaan, program dan inisiatif secara ketara, di samping memperkenalkan

inisiatif baru mengikut keperluan dan berkesan;

1.1.3 Memastikan usaha diambil untuk merapatkan jurang antara masyarakat India

Malaysia dengan purata nasional dijadikan saluran utama dalam sasaran

semua kementerian serta agensi Kerajaan yang berkaitan dalam jangka masa

panjang; dan

1.1.4 Berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan yang

berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat yang

berkesan, iaitu dengan membangunkan pangkalan ilmu berlandaskan data

melaksanakan inisiatif berinovatif dan berkesan dan meningkatkan amalan

terbaik dalam kaedah penyampaian.

1.2 Pelan Tindakan ini bertujuan mencapai hasil-hasil yang berikut bagi masyarakat India di

Malaysia:

UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA

Jabatan Perdana Menteri

SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT OF INDIAN COMMUNITY UNIT (SEDIC) Prime Minister’s Department

Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan Tel : 03-8880 5186 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya Faks : 03-8880 5188

Page 2: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

1.2.1 Peningkatan pendapatan dan tahap kekayaan yang lebih baik, dari segi nilai

sebenar dan relatif terutamanya dalam kalangan masyarakat India Malaysia,

terutama yang berada dalam kategori bawah 40% (IB40);

1.2.2 Peningkatan pendidikan yang lebih ketara tanpa jurang antara kumpulan etnik

yang ketara; dan

1.2.3 Peningkatan kesedaran penyertaan dalam fabrik sosial berkaitan

dengan rangkuman atau keterlibatan sepenuhnya dalam asas sosial Malaysia

di kalangan masyarakat India Malaysia.

1.3 Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah ditugaskan sebagai

entiti pelaksana Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia. SEDIC telah distruktur

semula, selaras dengan bidang fokus dan inisiatif-inisiatif yang telah ditetapkan dalam

Pelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India terutamanya

kumpulan B40.

1.4 Permohonan dan Pemprosesan Geran

1.4.1 Permohonan geran hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan atas

talian di laman web www.sedic.my;

1.4.2 Borang Pengesahan dan Senarai Semak Dokumen hendaklah dicetak, diisi dan

disertakan dengan dokumen-dokumen wajib dan dimasukkan ke dalam Peti SCP

di pejabat SEDIC beralamat;

UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA

ARAS 4, BLOK PODIUM, MENARA USAHAWAN

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2

62652 PUTRAJAYA

1.4.3 Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada SEDIC pada atau

sebelum jam 5.00 petang, 18 Julai 2017.

1.5 Penilaian Permohonan

Semua permohonan akan melalui 3 peringkat penilaian:

1.5.1 Penilaian Peringkat Pengarah Bahagian

Cadangan program ditapis dan disenarai pendek berdasarkan kriteria-kriteria yang

telah ditetapkan.

1.5.2 Penilaian Peringkat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Cadangan program dinilai dari segi keperluan program termasuk kumpulan

sasaran dan masyarakat di lokasi yang dicadangkan seiring dengan Pelan

Tindakan Masyarakat India Malaysia.

Page 3: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk membuat

pembentangan pada panel penilai.

1.5.3 Penilaian Peringkat Jawatankuasa Penilaian Program

Penilaian keseluruhan cadangan program oleh Jawatankuasa yang dianggotai

oleh antara lain wakil daripada Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana

Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan agensi-agensi lain

mengikut keperluan.

BAHAGIAN II

2.0 KETERANGAN PROGRAM

2.1 Prestasi yang rendah dalam pendidikan dan keciciran dari sekolah sering kali membawa

kesan yang sangat serius, terutamanya di kalangan lelaki remaja India. Penglibatan

dalam gangsterisme dan jenayah juga semakin meningkat. Dalam tempoh antara tahun

2012 hingga 2013, Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa bilangan pelajar

yang terlibat dalam jenayah ganas telah meningkat hampir 50%. Pada tahun 2014,

daripada semua tangkapan yang melibatkan kaum India, 10% berumur antara 7 hingga

18 tahun. Tinjauan pada tahun 2016 terhadap lebih 2,000 orang daripada keluarga IB40

menunjukkan bahawa 45% percaya bahawa anak mereka berisiko tinggi dan terdedah

kepada gangsterisme. Kejiranan, kumpulan rakan sebaya anak mereka dan ahli keluarga

disebut sebagai penyebab utama. Menurut pekerja lapangan, sekolah digunakan sebagai

tempat untuk pengambilan ahli kumpulan samseng dan pelajar semuda 11 atau 12 tahun

diambil sebagai ahli.

2.2 Bagi remaja belasan tahun, kumpulan samseng memberikan perlindungan, rasa kekitaan

dan kredibiliti. Pelajar menyertai kumpulan samseng untuk mengelak daripada dibuli,

untuk memperoleh rasa disokong yang tidak terdapat di rumah dan di sekolah serta untuk

meraih sedikit sebanyak manfaat kewangan. Walaupun sesetengah pelajar

meninggalkan kegiatan kumpulan samseng selepas tamat sekolah menengah, menurut

pakar lapangan, sebilangan pelajar kekal bersama dengan kumpulan samseng dan

beralih kepada jenayah yang lebih berat, terutama sekali mereka yang datang daripada

keluarga yang kurang bernasib baik dan/atau berpecah belah. Akibatnya, bilangan kaum

India daripada pesalah dewasa yang ditahan kerana jenayah ganas dan dipenjarakan

adalah lebih tinggi dan tidak seimbang kadarnya.

2.3 Keluarga yang tidak berfungsi atau pincang merupakan penyumbang utama tingkah laku

belia yang berisiko tinggi. Beberapa langkah intervensi telah diambil untuk menangani

masalah ini. Beberapa program yang efektif perlu diselaras dan dilaksanakan dengan

sistematik dan berterusan untuk memberikan hasil yang lebih memberangsangkan.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

3.1 Matlamat program ini adalah untuk menangani isu-isu berkaitan:

Page 4: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

3.1.1 Belia dan kanak-kanak dari institusi rumah tangga yang bermasalah;

3.1.2 Belia dan kanak-kanak dari golongan masyarakat miskin tegar;

3.1.3 Belia dan kanak-kanak yang mempunyai sifat-sifat negatif: membuli, anti-sosial,

dan lain-lain;

3.1.4 Belia dan kanak-kanak yang menonjolkan nilai-nilai moral dan etika yang rendah;

3.1.5 Belia dan kanak-kanak yang mencapai pencapaian akademik yang rendah;

3.1.6 Belia dan kanak-kanak yang berfikiran negatif seperti harga diri yang rendah,

kurang disiplin dan lain-lain;

3.1.7 Belia dan kanak-kanak yang mempunyai masalah-masalah lain yang perlukan

perhatian dan intervensi; dan

3.1.8 Program lain yang bersesuaian dan berkaitan untuk pertimbangan SEDIC.

4.0 SKOP DAN KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Program ini menyediakan keluarga bermasalah dan belia serta kanak-kanak berisiko

tinggi dengan satu atau lebih keperluan iaitu dari segi rohani, etika, emosi, sosial,

pendidikan, ekonomi, sikap, pembangunan fizikal dan sebagainya. Program yang

dicadangkan tidak perlu memenuhi semua keperluan di atas tetapi keperluan yang

dikenal pasti hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam cadangan itu. Bagi program yang

mensasarkan sesuatu lokasi tertentu, perlu sertakan keperluan kawasan sasaran dan

maklumat yang mencukupi mengenai latar belakang kawasan tersebut.

4.2 Kaedah menentukan kumpulan sasaran harus dinyatakan dengan jelas dan teliti.

Penentuan kumpulan sasaran tidak boleh dilakukan oleh pihak ketiga. Walau

bagaimanapun, kelayakan pihak ketiga untuk menentukan “Keluarga Bermasalah” dan

"Belia atau Kanak-kanak berisiko” boleh dijustifikasi dalam kertas cadangan ini. Kaedah

penentuan kumpulan sasaran yang berada dalam tahap risiko hendaklah dinyatakan.

Kertas cadangan ini harus menggariskan beberapa kaedah yang terbukti berkesan untuk

memenuhi syarat. Seterunya, perlu dikemukakan petunjuk-petunjuk yang menentukan

'tahap risiko’ seseorang yang menyertai program.

4.3 Program ini boleh menerima peserta melalui rujukan daripada sekolah, mahkamah,

penguatkuasaan undang-undang dan agensi perkhidmatan komuniti belia. Program ini

juga boleh melibatkan program outreach untuk mengenal pasti “Keluarga Bermasalah”

dan “Belia atau Kanak-kanak Berisiko” dalam aktiviti-aktiviti yang sedia ada yang sedang

berlangsung.

Page 5: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

4.4 Program yang akan dipertimbangkan oleh skop cadangan program ini harus berupaya

mengelakkan gejala sosial seperti:

4.4.1 Gangsterisme dan Hooliganisme;

4.4.2 Kehamilan remaja;

4.4.3 Penggunaan bahan-bahan yang dilarang seperti dadah;

4.4.4 Penggunaan bahan-bahan dengan kesan sampingan yang negatif seperti

alkoholisme dan tabiat merokok;

4.4.5 Ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan masyarakat;

4.4.6 Keciciran pelajar dari sekolah menengah dan sistem pendidikan tinggi; dan

4.4.7 Kesan negatif lain.

4.5 Program seperti “Inisiatif Pemulihan Keluarga” juga harus dilaksanakan di mana program

tersebut memberi kaunseling yang berterusan yang bertujuan membantu keluarga

bermasalah dalam mengendalikan tingkah laku yang pincang. Keluarga yang mempunyai

belia atau kanak-kanak berisiko harus dikenal pasti dan harus diberi keutamaan untuk

kemasukan ke program yang berkaitan.

4.6 Program yang dicadangkan harus mempunyai tujuan untuk menghasilkan belia dan

kanak-kanak yang produktif dalam masyarakat. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan

aktiviti-aktiviti lain, motivasi cemerlang bagi peningkatan diri, meningkatkan rasa harga

diri, meningkatkan disiplin dan ketekunan, meningkatkan lagi penyertaan dan penglibatan

(termasuk rakan) dan mengekalkan etika moral yang tinggi.

4.7 Program pencegahan ini boleh meliputi pelajar sekolah yang berumur dari 6 tahun dan

ke atas sebagai sasaran dan menentukan potensi “Belia dan Kanak-kanak Berisiko”

dengan cara yang betul dan mekanisme intervensi jangka panjang.

4.8 Program ini harus menyediakan inisiatif yang berterusan dan tidak sekadar ‘one-off’. Jika

program yang dicadangkan kelak bukan merupakan program 'berterusan', kertas

cadangan harus memaparkan bagaimana program yang dicadangkan akan 'tie-in'

dengan program yang lain yang sedang dikendalikan oleh organisasi lain (Kerajaan /

NGO / Entiti Swasta) bagi memastikan akan wujud kesinambungan dalam intervensi belia

sasaran yang berkenaan. Pemindahan peserta perlu dilakukan dengan lancar. Sebagai

contoh, jika tujuan program ini melahirkan keupayaan minda untuk memohon pendidikan

lanjutan, program ini harus diakhiri dengan 'penyerahan' peserta ke fasiliti pendidikan

yang lain yang akan meneruskan perkembangan peserta untuk menjadi ahli masyarakat

yang produktif.

4.9 Program ini juga boleh menyokong program yang sedia ada di mana peserta sedang

menyertainya. Misalnya bagi belia yang sedang menuntut di institusi pendidikan dengan

rasa takut 'tercicir', program ini mungkin berfungsi dengan menyediakan kemudahan

pendidikan untuk membantu para peserta menamatkan program ini dan kemudian

membantu mencari peluang pekerjaan untuk belia yang berkenaan.

Page 6: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

4.10 Kapasiti dan kelayakan pencadang program

4.10.1 Kelayakan dan pengalaman pihak pencadang program merupakan antara kriteria

utama dalam menentukan kejayaan pelaksanaan program ini:

4.10.1.1 Merupakan suatu organisasi/pertubuhan yang berdaftar;

4.10.1.2 Mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan dan

bimbingan kepada kumpulan sasaran dalam bidang-bidang keutamaan;

4.10.1.3 Mempunyai kefahaman mengenai isu dan kumpulan sasaran yang

sedang ditangani;

4.10.1.4 Mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan mengikut

bidang keutamaan;

4.10.1.5 Mempunyai pengaruh kukuh di peringkat kebangsaan, negeri atau

tempatan (mengikut kehendak keadaan), dan memahami kehendak

komuniti sasaran secara lebih mendalam;

4.10.1.6 Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak

berkepentingan yang lain; dan

4.10.1.7 Mempunyai visi dan kepimpinan organisasi yang menyokong untuk

beroperasi dalam program bidang keutamaan.

5.0 HASIL YANG DIJANGKAKAN (OUTPUT)

5.1 Bilangan belia dan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program, dengan profil

setiap belia;

5.2 Peratusan kehadiran peserta program (jika program tersebut adalah untuk jangka

panjang);

5.3 Peratusan peserta yang memahami konsep penting program berdasarkan pada maklum

balas peserta program; dan

5.4 Peratusan peserta yang berpendapat program telah memberi manfaat berdasarkan pada

maklum balas peserta program.

6.0 INDIKATOR IMPAK PROGRAM (OUTCOME)

6.1 Peratusan peserta yang telah mengubah sikap dan / atau tingkah lakunya selepas

mengambil bahagian dalam program berdasarkan pada maklum balas peserta program

lanjutan (handholding jika berkenaan); dan

Page 7: SEDIC/SCP/2017/AYC/05 SKOP CADANGAN · PDF filePelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat ... terutamanya di kalangan lelaki ... yang lain yang akan meneruskan

6.2 Peratusan peserta yang mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya dalam

tempoh 3 bulan selepas tamat program (jika program ini bertujuan memberikan

kemahiran).

6.3 Pengurangan penglibatan belia dan kanak-kanak India dalam jenayah juvenil melalui

pemantauan statistik;

6.4 Peningkatan kadar penambahbaikan dalam penilaian risiko salah laku dan kesalahan

dalam kalangan kanak-kanak dan belia India.