implikasi pembandaran terhadap tahap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar : kajian kes di kuala...
DESCRIPTION
Proses pembandaran dan pembangunan yang semakin pesat berlaku di negeri pantai timur ini bukan sahaja memberikan impak kepada ekonomi malah ianya juga memberikan impak terhadap sosial penduduk di kawasan tersebut. Proses rebakan bandar yang berlaku di sekitar pusat bandar telah memberikan kesan terhadap gejala sosial penduduk di pusat bandar. Kemajuan dan pembandaran negeri Terengganu memberikan gambaran bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam sosial penduduk. Tahap keselamatan penduduk semakin terancam dengan gejala sosial seperti rompakan, ragut, kecurian dan jenayah yang lain. Kesan-kesan ini timbul sedikit sebanyak berpunca daripada proses pembandaran yang berlaku tanpa mengira sempadan. Kemajuan yang dicapai telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan, bagi pihak pelabur atau firma yang menawarkan peluang pekerjaan mempunyai pilihan yang lebih tinggi seterusnya mempengaruhi pengambilan tenaga buruh. Firma akan cuba untuk merendahkan kos pengeluaran dan mendapatkan tenaga buruh asing kerana golongan buruh asing ini tidak memilih pekerjaan walaupun kerja itu membebankan dan pulangan pendapatan yang tidak memuaskan. Kemasukan tenaga buruh asing ini akan memberikan impak yang negatif kepada kesejahteraan sosial penduduk di sekitar kawasan pusat bandar. Pembandaran yang pesat ini juga akan menyumbang kepada kesesakan penduduk, persaingan guna tanah yang menyebabkan harga tanah melambung tinggi dalam pasaran tempatan, keadaan ini akan dikaji dengan teliti yang akan mengukur tahap sosial penduduk di sekitar kawasan bandar. Akibat daripada taraf pendidikan yang semakin tinggi ekoran daripada proses pembandaran yang menyumbang kepada pembinaan dan pembukaan lebih banyak institusi pendidikan di Terengganu telah menyumbang kepada peningkatan golongan profesional. Keadaan ini secara realistiknya akan menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran. Taraf pendidikan yang tinggi dimiliki oleh majoriti penduduk di kawasan pusat bandar menyebabkan golongan ini lebih mementingkan kerjaya masing-masing seterusnya berkahwin pada usia yang lewat. Usia perkahwinan yang lewat akan menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan dan secara relatifnya, kadar kelahiran akan menurun. Pemilihan pekerjaan yang lebih tinggi juga akan meningkatkan kadar migrasi ke luar negeri mahupun ke luar negara untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih profesional dan ianya bersesuaian dan layak dengan taraf pendidikan tinggi yang dimiliki oleh mereka.Skop kajian. Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengkaji implikasi pembandaran terhadap tahap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar raya Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Bandar Warisan Pesisir Air. Skop bagi kajian ini lebih kepada implikasi terhadap taraf hidup penduduk ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku di negeri ini. Proses pembandaran yang pesar berlaku tanpa mengira sempadan dan jarak ini mempunyai kepelbagaian implikasi terhadap beberapa aspek yang penting. Taraf hidup penduduk merupakan salah satu daripada aspek tersebut, antara elemen yang terkandung dalam aspek ini termasuklah pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kesihatan, ketersampaian juga merupakan elemen-elemen yang perlu dikupas dan dijadikan isu kajian untuk pembandaran. Sebagai bukti, ekoran proses pembandaran di Terengganu juga telah meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan penduduk di kawasan pusat bandar dan luar bandar. Banyak institusi pendidikan ditubuhkan untuk menjadikan penduduk Terengganu celik huruf dan berpendidikan tinggi. Universiti Darul Iman, Universiti Malaysia Terengganu, UiTm, Taman Ilmu di Besut, dan Insitusi kemahiran merupakan institusi pendidikan yang menjadi pusat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan baik dari segi kemahiran dan akademik yang bermutu tinggi. Dengan adanya, pendidikan yang tinggi penduduk akan mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai dan menjamin masa depan mereka baik dari sektor swasta mahupun sektor awam. Pekerjaan yang mampu mengubah masa depan mereka iniTRANSCRIPT
Pengenalan
Bandaraya Kuala Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terletak di bahagian
pantai timur semenanjung Malaysia. Kedudukan Terengganu yang strategik dan terletak 500
kilometer di timur laut bandar raya Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Sebuah
negeri yang mempunyai kekayaan yang tersendiri dan keunikan yang agung. Penduduk dan
ekonomi yang dimiliki oleh negeri Bandaraya Warisan Pesisir Air ini berada dalam pola yang
semakin menaik ekoran daripada pembangunan yang semakin giat berlaku. Pengukuran yang
dibuat untuk sesebuah negeri yang bertaraf bandaraya ialah bilangan penduduk yang menjadi
ukuran yang penting. Peningkatan penduduk bandar raya Terengganu berlaku dari semasa ke
semasa. Sekaligus menjadikan Terengganu sebuah negeri yang bertaraf bandar raya pada
tahun 2008. Struktur ekonomi juga mengalami perubahan yang ketara dari semasa ke semasa.
Sebelum Terengganu menemui telaga pertoleum majoriti penduduk di negeri ini menjalankan
aktiviti dalam sektor primer termasuklah sebagai nelayan ekoran petempatan yang
berhampiran dengan kawasan laut, menjual di pasar secara kecil-kecilan, menjayakan Industri
Kecil Sederhana (IKS) yang melibatkan ramai penduduk Melayu tidak ketinggalan juga
bertani mengusahakan kebun dan tanah sawah secara persendirian.
Namun, struktur ekonomi bagi negeri pantai timur ini mengalami perubahan setelah
penemuan petroleum tiga dekad yang lalu yang menjadikan negeri Terengganu merupakan
salah sebuah negeri yang menyumbang kepada pendapatan negara (KDNK). Penemuan
petroleum di luar pantai Terengganu telah memberi peluang untuk struktur ekonomi di
Terengganu diubah semula.( Katiman Rostam, 2005). Perubahan ekonomi yang berlaku di
negeri ini telah memberikan pelbagai impak terhadap sosioekonomi penduduk yang
menyumbang kepada proses pembangunan yang giat sehinggakan mewujudkan sebuah negeri
yang maju ianya juga bagi mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Terengganu sebagai
sebuah negeri yang maju dan bertaraf dunia.
Latar Belakang Kajian.
Proses pembandaran yang giat berlaku di bandaraya Terengganu telah memberikan impak
terhadap sosioekonomi penduduknya. Ekoran daripada penemuan telaga minyak, gas asli dan
sebagai hab utama petrokimia sudah cukup untuk menjadikannya salah satu satu elemen
untuk meneruskan proses pembangunan di negeri ini. Tahap sosioekonomi yang dipengaruhi
oleh proses pembandaran termasuklah, tahap pendidikan penduduk, taraf kesihatan, pusat
perkhidmatan sosial, peluang pekerjaan, pendapatan bulanan penduduk, darjah ketersampaian
dan juga jaringan pengangkutan dan perkidmatan. Kesemua elemen ini menjadi isi kandungan
dalam konsep sosioekonomi penduduk Bandaraya Terengganu. Peralihan struktur ekonomi
pada tiga dekad yang lalu telah banyak memberikan kesan kepada negeri ini baik dari segi
ekonomi mahupun politik dan sosial. Peluang pekerjaan yang semakin banyak ditawarkan
kepada penduduk bukan sahaja dalam sektor primer tetapi dalam sektor perkhidmatan dan
perindustrian, pembukaan lebih banyak kilang untuk menguruskan sumber bahan mentah di
negeri ini telah memberikan impak positif kepada penduduknya. Jika dibandingkan sebelum
penemuan petroleum dan gas asli, kebanyakan penduduk terlibat dengan aktiviti pertanian,
penternakan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan majoriti belia dan generasi
muda berhijrah ke negeri-negeri lain yang menawarkan peluang pekerjaan yang lebih moden
dan berpendapatan yang lebih tinggi keadaan ini mengalakkan kadar migrasi ke luar.
Namun setelah berlaku peralihan struktur ekonomi, bilangan penduduk di negeri semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Peningkatan penduduk dapat dibuktikan melalui data yang
diambil oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu. Bilangan penduduk diambil dari
dua tahun yang berbeza, perbezaan ini menggambarkan peningkatan bilangan penduduk dari
tahun 2000. Kadar pertumbuhan penduduk bagi tahun 2006 menunjukkan angka yang tinggi
iaitu 20.23%, iaitu berlaku pertambahan penduduk dari tahun 2000 iaitu seramai 898 825
orang dan angka ini mengalami peningkatan kepada 1,081,286 orang pada tahun 2006.
Bilangan penduduk menggambarkan sama ada sesebuah negeri itu layak untuk diiktiraf
sebagai bandar raya ataupun tidak.
PENDUDUK
MENGIKUT KUMPULAN UMUR.
KUMPULAN UMUR
2000 2006
Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah
0-4 58,072 54,293
112,365 70,073
65,100
135,173
5-9 64,558 61,488
126,046 77,900
73,733
151,633
10-14 63,086 60,659
123,745 76,124
72,741
148,865
15-19 51,126 50,253
101,379 61,693
60,267
121,960
20-24 33,830 29,994 63,824 40,821
35,958
76,779
25-29 29,506 28,326 57,832 35,604
33,970
69,574
30-34 29,097 28,947 58,044 35,111
34,716
69,827
35-39 29,298 28,401 57,699 35,353
34,056
69,409
40-4425,870 24,847 50,717 31,217
29,796
61,013
45-4920,276 18,795 39,071 24,467
22,536
47,003
50-5416,100 14,218 30,318 19,427
17,046
36,473
55-5911,849 11,080 22,929 14,298
13,284
27,582
60-649,933 10,737 20,670 11,985
12,881
24,866
65-695,206 5,795 11,001 6,281
6,953
13,234
70-744,413 5,274 9,687 5,326
6,327
11,653
75+6,129 7,369 13,498 7,398
8,844
16,242
JUMLAH458,349 440,476
898,825
553,078
528,208 1,081,286
Sumber:Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Jabatan Perangkaan Malaysia.
BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR 2006
DAERAH 0-14 15-64 65 ke atas
BESUT 58,835
82,049
4,440
DUNGUN 63,969
88,828
7,199
HULU TERENGGANU
30,159
42,369
2,384
KEMAMAN 68,652
97,808
8,416
KUALA TERENGGANU
147,972
203,010
10,819
MARANG 40,958
57,493
4,019
SETIU 25,126
32,929
3,852
JUMLAH 435,671 604,486 41,129
Sumber:Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Jabatan Perangkaan Malaysia.
Latar Belakang Kajian.
Ekoran daripada proses pembandaran yang semakim merebak di bandar raya Kuala
Terengganu memberikan impak yang maksimum terhadap tahap sosioekonomi, kertas
cadagan ini akan mengukur taraf hidup penduduk di kawasan bandar dengan menggunakan
jumlah pendapatan bulanan penduduk sebagai elemen. Kesan daripada pertambahan peluang
pekerjaan yang lebih tinggi ditawarkan khususnya dalam sektor perindustrian, perkilangan
mahupun perkhidmatan memberikan peluang bagi penduduk di kawasan bandar raya
Terengganu. Menurut Katiman Rostam dalam kajiannya pada tahun, 2005 sepanjang tempoh
1996-2000, sebanyak 79 projek perindustrian telah diluluskan oleh kerajaan Terengganu
dengan melibatkan modal kira-kira RM13.2 bilion. Keadaan ini menggambarkan bahawa
kerajaan Terengganu telah menjadikan negeri yang berpotensi tinggi ini sebagai hab
pelaburan yang tinggi untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri yang maju menjelang
tahun 2020.
Pembandaran yang semakin giat berlaku di pusat bandar ini seiring dengan teori kutub
yang merupakan teori kutub pertumbuhan yang dikemukakan oleh F. Perroux dan kemudian
dikembangkan oleh R.J. Boudeville melalui ideanya tentang pusat pertumbuhan (Katiman
Rostam,2005). Teori ini membincangkan bahawa apabila pusat-pusat yang dikenalpasti dan
dianggap akan memberi manfaat yang sepatutnya diberi suntikan modal sama ada dalam
sektor pembuatan mahupun perindustrian ianya akan memberikan manfaat kepada kawasan-
kawasan sekitarnya seterusnya menggalakkan rebakan proses pembandaran ke seluruh
kawasan yang berdekatan. Keadaan inilah yang akan dikaji untuk melihat implikasi terhadap
sosioekonomi akibat daripada rebakan proses pembandaran ini secara meluas dan lebih jelas.
Selain dari itu juga, taraf pendidikan dan termasuklah elemen-elemen lain yang akan
menjadikan kajian ini lebih kondusif seperti taraf kesihatan penduduk di kawasan bandar raya
Terengganu akibat daripada proses pembandaran yang berlaku. Menurut Rosniza Aznie Che
Rose dan Asmah Ahmad dalam kajiannya pada tahun 2010, menyatakan bahawa Terengganu
menunjukkan Kadar Kematian Kasar (KKK) dan Kadar Kematian Bayi (KKB) telah menurun
secara berterusan semenjak selepas merdeka. Kadar Kematian Bayi (KKB) merupakan indek
untuk mengukur kemajuan pembangunan sosio-ekonomi, taraf kesihatan kanak-kanak,
kesejahteraan dan kemakmuran penduduk dalam sesebuah negara. Penurunan KKB dianggap
sebagai satu penunjuk atau indikator kepada kemajuan pembangunan sosio-ekonomi yang
dicapai oleh sesebuah negeri.
Lokasi kajian.
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Jerteh, Kg. Raja, Kuala Besut, 2000
Pernyataan masalah.
Proses pembandaran dan pembangunan yang semakin pesat berlaku di negeri pantai timur
ini bukan sahaja memberikan impak kepada ekonomi malah ianya juga memberikan impak
terhadap sosial penduduk di kawasan tersebut. Proses rebakan bandar yang berlaku di sekitar
pusat bandar telah memberikan kesan terhadap gejala sosial penduduk di pusat bandar.
Kemajuan dan pembandaran negeri Terengganu memberikan gambaran bahawa terdapat
perubahan yang berlaku dalam sosial penduduk. Tahap keselamatan penduduk semakin
terancam dengan gejala sosial seperti rompakan, ragut, kecurian dan jenayah yang lain.
Kesan-kesan ini timbul sedikit sebanyak berpunca daripada proses pembandaran yang berlaku
tanpa mengira sempadan. Kemajuan yang dicapai telah membuka lebih banyak peluang
pekerjaan, bagi pihak pelabur atau firma yang menawarkan peluang pekerjaan mempunyai
pilihan yang lebih tinggi seterusnya mempengaruhi pengambilan tenaga buruh. Firma akan
cuba untuk merendahkan kos pengeluaran dan mendapatkan tenaga buruh asing kerana
golongan buruh asing ini tidak memilih pekerjaan walaupun kerja itu membebankan dan
pulangan pendapatan yang tidak memuaskan. Kemasukan tenaga buruh asing ini akan
memberikan impak yang negatif kepada kesejahteraan sosial penduduk di sekitar kawasan
pusat bandar.
Pembandaran yang pesat ini juga akan menyumbang kepada kesesakan penduduk,
persaingan guna tanah yang menyebabkan harga tanah melambung tinggi dalam pasaran
tempatan, keadaan ini akan dikaji dengan teliti yang akan mengukur tahap sosial penduduk di
sekitar kawasan bandar. Akibat daripada taraf pendidikan yang semakin tinggi ekoran
daripada proses pembandaran yang menyumbang kepada pembinaan dan pembukaan lebih
banyak institusi pendidikan di Terengganu telah menyumbang kepada peningkatan golongan
profesional. Keadaan ini secara realistiknya akan menyumbang kepada penurunan kadar
kelahiran. Taraf pendidikan yang tinggi dimiliki oleh majoriti penduduk di kawasan pusat
bandar menyebabkan golongan ini lebih mementingkan kerjaya masing-masing seterusnya
berkahwin pada usia yang lewat. Usia perkahwinan yang lewat akan menyumbang kepada
penurunan kadar kesuburan dan secara relatifnya, kadar kelahiran akan menurun. Pemilihan
pekerjaan yang lebih tinggi juga akan meningkatkan kadar migrasi ke luar negeri mahupun ke
luar negara untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih profesional dan ianya bersesuaian dan
layak dengan taraf pendidikan tinggi yang dimiliki oleh mereka.
Skop kajian.
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengkaji implikasi pembandaran terhadap tahap
sosioekonomi penduduk di kawasan bandar raya Kuala Terengganu atau dikenali sebagai
Bandar Warisan Pesisir Air. Skop bagi kajian ini lebih kepada implikasi terhadap taraf hidup
penduduk ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku di negeri ini. Proses
pembandaran yang pesar berlaku tanpa mengira sempadan dan jarak ini mempunyai
kepelbagaian implikasi terhadap beberapa aspek yang penting. Taraf hidup penduduk
merupakan salah satu daripada aspek tersebut, antara elemen yang terkandung dalam aspek ini
termasuklah pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kesihatan, ketersampaian juga merupakan
elemen-elemen yang perlu dikupas dan dijadikan isu kajian untuk pembandaran.
Sebagai bukti, ekoran proses pembandaran di Terengganu juga telah meningkatkan taraf
pendidikan dalam kalangan penduduk di kawasan pusat bandar dan luar bandar. Banyak
institusi pendidikan ditubuhkan untuk menjadikan penduduk Terengganu celik huruf dan
berpendidikan tinggi. Universiti Darul Iman, Universiti Malaysia Terengganu, UiTm, Taman
Ilmu di Besut, dan Insitusi kemahiran merupakan institusi pendidikan yang menjadi pusat
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan baik dari segi kemahiran dan akademik yang bermutu
tinggi. Dengan adanya, pendidikan yang tinggi penduduk akan mampu untuk mendapatkan
peluang pekerjaan yang sesuai dan menjamin masa depan mereka baik dari sektor swasta
mahupun sektor awam. Pekerjaan yang mampu mengubah masa depan mereka ini akan
membantu mereka untuk menaikkan taraf hidup dengan pendapatan bulanan yang tinggi,
mereka mampu untuk membeli rumah kediaman, tanah dan kereta dan ini merupakan alat
untuk mengukur taraf hidup penduduk di kawasan bandar raya Terengganu. Pemilikan
kenderaan ,rumah dan tanah persendirian ini akan membuatkan mereka lebih mementingkan
kesihatan dengan melawat klinik-klinik sama ada swasta mahupun kerajaan bagi
mendapatkan rawatan kesihatan yang berkualiti, seterusnya kadar kematian akan menurun
secara berterusan. Keadaan inilah yang dijadikan sebagai skop kajian dalam kertas cadangan
untuk mengukur taraf hidup penduduk ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku di
bandar raya Kuala Terengganu.
Kepentingan kajian.
Kertas cadangan ini mempunyai kelebihan dan kepentingannya kepada beberapa pihak.
Kajian tentang proses pembandaran dan implikasinya terhadap tahap sosioekonomi ini
dianggap penting unutk diselidiki kerana ianya akan menyentuh dengan lebih terperinci
tentang impak pembandaran terhadap gaya hidup, taraf hidup, dan juga kos hidup penduduk.
Seperti diketahui umum, Terengganu mencapai kemajuan setelah mencapai kemerdekaan lagi
namun ianya semakin pesat membangun setelah penemuan telaga petroleum dan gas asli di
luar pantai Terengganu yang menjadik keunikan dan kekayaan negeri persisir pantai ini.
Kepentingan kajian ini boleh dilihat, bukan sahaja dari aspek positif dan tanpa disedari proses
pembandaran juga sedikit sebanyak akan memberi impak yang negatif kepada penduduk.
Kertas cadangan ini mengkaji impak pembandaran terhadap gejala sosial yang semakin
berleluasa di pusat bandar Terengganu. Majoriti penduduk di pusat bandar negeri Penyu ini
mempunyai kerjaya yang tinggi dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi kerana
tumpuan yang diberikan kepada kerjaya melebihi segala-galanya termasuklah keluarga
mereka sendiri. Daripada kajian ini, dapat dilihat bahawa kebanyakan penduduk di pusat
bandar tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk bersama dengan keluarga. Keadaan ini
cukup untuk remaja pada hari ini meluangkan masa dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah dan berkualiti dan wujudlah masalah-masalah seperti lepak, pergaulan bebas,
rempit dan kecurian. Kajian ini juga akan menyentuh tentang gejala sosial yang berlaku di
pusat bandar,khususnya.
Selain daripada itu, kajian ini juga penting kerana melalui penilaian terhadap beberapa
elemen yang dikaji termasuklah peluang pekerjaan, tentang kualiti, pendapatan, masa rehat,
dan elaun pendapatan akan diselidik untuk mengukur sejauh mana pembandaran memberikan
impak kepada penduduk dari segi peluang pekerjaan yang ditawarkan. Keadaan ini kerana,
ramai orang beranggapan bahawa mempunyai kerja di pusat bandar memberikan pulangan
yang lumayan namun dari segi teori ekonominya, disebabkan pilihan tenaga buruh yang ramai
ekoran daripada peningkatan taraf pendidikan yang meningkat, pelabur atau firma akan
menggunakan tenaga buruh yang menggunakan kos yang paling rendah untuk memaksimum
keuntungan mereka disebabkan ini, ramai penduduk akan bermigrasi ke negeri lain dan
meningkatkan kadar migrasi negeri.
Berdasarkan kajian yang ingin dilakukan ini, ianya untuk mengenalpasti dan menilai
pengaruh pembandaran terhadap tahap sosioekonomi penduduk di pusat bandar. Merujuk
Katiman Rostam,2005 yang mengatakan bahawa pembandaran yang berlaku di pusat-pusat
bandar ini mempunyai hubung kait dengan teori yang dikemukakan oleh F. Perroux dan
kemudian dikembangkan oleh R.J. Boudeville yang mengatakan bahawa sesebuah negeri
yang mempunyai pusat bandar yang membangun dan maju, secara relatifnya ianya akan
mempengaruhi kawasan sekitarnya untuk menerima tempias proses pembandaran ini. Sebagai
contoh, kertas cadangan yang mengkaji pembandaran di pusat bandar Kuala Terengganu yang
menyediakan pelbagai kemudahan insfrastruktur yang sempurna akan memberikan kelebihan
kepada pelabur asing untuk menyuntik modal bagi projek sama ada dalam sektor
perindustrian, perkhidmatan, perlancongan mahupun perbankan. Terdapat banyak kelebihan
yang timbul ekoran daripada suntikan modal dari pelbagai pihak, maka kajian ini akan
membantu mereka untuk menilai sejauh mana proses pembandaran ini memberikan kesan dan
pengaruh kepada penduduk sekitar.
Sebagai contoh, Kuala Terengganu yang terletak di lokasi yang strategik dan ianya
terkandung dalam ECER untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah gerbang pelancongan
yang dinamik ke ECER. Keindahan semulajadinya merupakan salah satu aset utama negeri
ini, seperti yang dapat dilihat melalui pantai yang indah dan laut membiru yang mengelilingi
pulau-pulau terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol dan lain-lain,
serta pantai-pantai tanah besarnya seperti Tanjung Jara, Teluk Bidara, Kampung Penarik dan
Kijal-Kemasik. Potensi pelancongan ini merupakan salah satu langkah atau projek yang boleh
dimajukan di Terengganu dan kajian tentang penduduk, taraf hidup serta pendapatan
penduduk yang akan dikaji dalam kajian ini akan menjadi sumber bagi pihak pemaju
menganalisis prosedur yang boleh dititikberatkan. Suntikan modal di pusat bandar tidak akan
mendatangkan kerugian kepada pemaju dan pelabur asing kerana ianya akan mendatangkan
pulangan yang berbaloi. Lebih-lebih lagi Terengganu diisytiharkan sebagai gerbang
pelancongan antarabangsa ke Pantai Timur di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Kajian literature.
Kertas cadangan yang mengkaji tentang proses pembandaran yang berlaku di bandar raya
Terengganu ini boleh dikaitkan dengan jurnal dan hasil kajian yang dikaji oleh Katiman
Rostam yang berjudul Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-
Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu pada tahun 2005. Dalam kajian yang
telah dijalankan oleh beliau terdapat beberapa persamaan dari segi angkubah yang terdapat di
dalam hasil kajiannya. Antaranya, penulis menyatakan bahawa ekonomi negeri Terengganu
mengalami proses peningkatan yang pesat sejak penemuan telaga petroleum di luar pantai
Terengganu pada tahun 1976. Penulis menegaskan bahawa penstrukturan ekonomi yang
dilakukan bertujuan membolehkan Terengganu menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020
(Terengganu 1999a, 1999b; 2002). Negeri telaga petroleum ini telah memberikan peluang
kepada pihak kerajaan untuk mempelbagaikan program pembangunan oleh pelbagai agensi
termasuklah kerajaan negeri dan pusat. Perubahan ekonomi yang pesat ini telah meninggalkan
impak yang positif ke atas penduduk orang Melayu di koridor itu. Fakta yang dibawa oleh
penulis memberikan pengaruh yang besar dalam kertas cadangan ini untuk meneruskan kajian
tentang impak pembandaran terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar raya ini.
Selain itu juga, kajian impak pembandaran ini memberikan pengaruh yang besar terhadap
taraf pendidikan dan golongan profesional yang wujud akibat dari proses pembandaran ini
dan keadaan ini juga mempunyai elemen yang sama dengan hasil kajian lepas yang telah
dibuat oleh Nor Hayati Sa’at yang berjudul Golongan Profesional Di Terengganu : Kajian
Sosio-Budaya dan kajian ini dilakukan pada tahun 2004. Dalam hasil kajian penulis, penulis
menyatakan bahawa peningkatan golongan profesional yang wujud di Terengganu disebabkan
proses pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pembangunan di kawasan
tersebut. Bersesuaian dengan kertas cadangan yang mengkaji tentang kesan pembandaran
terhadap taraf pendidikan dalam kalangan penduduk khususnya di pantai timur seperti
Terengganu. Penulis juga menyoal tentang majoritinya golongan profesional hanya wujud di
negeri maju di pantai barat Semenanjung Malaysia, tapi tanpa disedari golongan ini juga
wujud di negeri pantai timur khususnya di Terengganu. Lanjutan kajian ini lebih menarik
untuk diteruskan kerana hasil kajian yang lepas telah membuktikan bahawa proses
pembandaran yang berlaku di Terengganu telah memberikan kepelbagaian impak terhadap
struktur ekonomi dan sosial penduduk.
Taburan penduduk dan data jumlah penduduk yang tepat juga dimasukkan oleh hasil
kajian yang dijalankan oleh Katiman Rostam dalam kajiannya yang bertajuk Transformasi
Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi
Rumah Melayu pada tahun 2005. Penulis telah merujuk Laporan Banci Penduduk 1947 yang
mencatatkan Dungun (Kuala Dungun) yang mempunyai penduduk sebanyak 4,256 orang dan
Chukai dengan penduduknya seramai 4,521 orang yang merupakan dua buah petempatan
yang terpenting bagi daerah Dungun dan Kemaman sekaligus menepati lokasi kajian yang
ingin dianalisis oleh penulis. Pengenalan mengenai bilangan penduduk yang dibuktikan oleh
penulis juga telah memberikan ilham untuk memasukkan data bilangan penduduk yang
mendiami negeri Terengganu. Bilangan penduduk merupakan salah satu indikator yang
penting untuk mengukur tahap pembandaran yang dicapai oleh sesebuah kawasan atau negeri.
Kajian yang dilakukan oleh penulis ini memperlihatkan bahawa fakta yang mengatakan
bahawa penduduk merupakan indikator penting bagi pengukuran tahap pembandaran kerana
data bilangan penduduk dilampirkan pada bahagian pengenalan. Kaedah ini memberikan
tunjuk ajar untuk melampirkan bilangan penduduk dahulu sebelum meneruskan kertas
cadangan ini.
Selain itu juga penulis meletakkan peta lokasi untuk menggambarkan Koridor Kemaman-
Dungun, Terengganu. Perletakan lokasi peta atau lokasi kajian akan lebih memudakan
pembaca untuk mengenal pasti lokasi kajian dengan lebih jelas dan tepat bagi pembaca yang
tidak mengenali lokasi kajian ini akan membantu mereka mengenali sesuatu kawasan dengan
perletakan peta atau lokasi kajian dalam tulisan kajian yang dilakukan. Perletakan peta
Terengganu juga dibuat dalam kertas cadangan ini untuk memberitahu dan memperkenalkan
lokasi negeri pantai timur,Terengganu ini dengan lebih jelas dan mudah untuk diingati.
Perkaitan ini sangat jelas untuk dianalisis kerana kajian yang dilakukan oleh penulis Katiman
Rostam juga dilakukan oleh di negeri pantai timur, Terengganu. Ini memudahkan untuk
meneruskan kajian di negeri penyu bertelur ini. Perletakan peta ini perlu untuk
menggambarkan lokasi kajian bukan untuk bertujuan lain, dan kaedah ini seringkali
digunakan oleh penulis hasil kajian yang berunsurkan geografi.
Dalam kertas cadangan kajian ini juga mengupas isu tentang perubahan guna tanah yang
berlaku di negeri Terengganu sejak berdekad yang lalu akibat daripada penemuan telaga
minyak yang telah mengubah strukur ekonomi, budaya dan sosial penduduk di Terengganu,
dan fakta ini juga dipersetujui oleh penulis Katiman Rostam yang juga mengupas tentang isu
perubahan guna tanah yang berlaku ekoran daripada proses pembangunan yang dimajukan
oleh pelbagai pihak baik swasta mahupun awam yang melibatkan kawasan Koridor
Kemaman-Dungun sedang mengalami proses perindustrian yang pesat dan perubahan yang
berlaku ini menunjukkan perubahan yang sangat drastik selain landskap fizikal, landskap
budaya di lokasi kajian khususnya Kemaman-Dungun telah mengalami transformasi yang
tinggi. Khususnya, perubahan guna tanah yang berlaku ekoran daripada pertanian dan belukar
kepada bangunan tinggi yang menempatkan pelbagai aktiviti ekonomi serta petempatan dan
rumah kediaman dapat diperhatikan di sepanjang koridor itu kerana proses perindustrian yang
berlaku kira-kira dua puluh tahun lalu telah memberikan pelbagai impak terhadap
sosioekonomi penduduk di Terengganu.
Perbandingan boleh dibuat dengan strukur ekonomi sebelum penemuan petroleum dengan
selepas penemuan petroleum penduduk lebih melibatkan diri dalam bidang pertanian,
perikanan sebelum penemuan petroleum dan struktur ekonomi telah mengalami perubahan
kerana keterlibatan penduduk dalam sektor perindustrian semakin meningkat dari semasa ke
semasa cukup untuk membuktikan bahawa pembangunan dalam sektor perindustrian telah
menjadikan negeri pantai timur ini salah satu negeri maju yang terdapat di Malaysia kerana
sumber alam yang sangat berharga yang dimiliki oleh negeri ini. Sebahagian besarnya, ianya
disumbangkan oleh penemuan petroleum yang telah membuka jalan pembangunan di
kawasan ini. Penulis Katiman Rostam juga ada menyentuh tentang isu ini dan menyatakan
bahawa terdapat banyak pusat perindustrian yang membangun dengan pesat ianya bermula
dengan aktiviti industri yang berkembang di Chukai. Kebanyakan industri itu ringan dan
bersaiz sederhana,termasuk kilang elektrik dan elektronik, selain perabot, papan dan kabel
dan keluli. Kawasan ini dimajukan dan telah menarik pelaburan asing untuk menyuntik modal
dan melabur di kawasan tersebut. Di kawasan perindustrian yang baru, khususnya di Telok
Kalong dan Kerteh, lebih banyak industri yang besar yang berasaskan petroleum dan gas.
Pembukaan lebih banyak infrastruktur dan pengangkutan telah menyumbang kepada proses
pembandaran dan perubahan struktur ekonomi.
Pembukaan lebih banyak pusat perindustrian akan membuka lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk sekitar dalam pelbagai bidang. Ekoran daripada pembukaan lebih
banyak pusat dan kilang-kilang ini secara langsungnya akan menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup penduduk sekitarnya. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan kajian yang
dijalankan oleh penulis Katiman Rostam pada tahun 2005 yang mengatakan bahawa
Terengganu merupakan negeri pengeluar utama petroleum dan ekoran daripada kepentingan
ini, maka Industri yang berasaskan bahan kimia, petroleum dan gas, seperti loji penapisan
minyak, loji memproses gas, etilena dan polietilena selain terminal petroleum dan gas
bertumpu di sekitar Kerteh selain daripada itu Kerteh juga merupakan pusat untuk projek
perindustrian petrokimia yang dimajukan di Kerteh.
Secara tidak langsungnya, pemusatan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan
sama ada tawaran untuk tenaga buruh mahir, separa mahir dan buruh kasar. Jika dapat
dikaitkan dengan peningkatan taraf hidup yang akan dikaji dalam kertas cadangan ini ianya
merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan taraf hidup
penduduk. Kewujudan kepelbagaian peluang pekerjaan yang disediakan dan ditawarkan oleh
pelbagai agensi, pelabur tempatan dan pelabur asing akan memberikan peluang kepada
penduduk sekitar untuk meningkatkan taraf hidup yang boleh diukur dengan jumlah
pendapatan bulanan yang akan dikaji sejurus selepas kertas cadangan ini diterima.
Peningkatan pendapatan penduduk akan meningkatkan kuasa beli penduduk dan kuasa
pemilikan penduduk sama ada pemilikan tanah, rumah persendirian, kereta dan kemudahan
lain akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk.
Menurut Katiman Rostam lagi dalam hasil kajiannya pada tahun 2005 yang bertajuk
Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu
mengatakan bahawa proses pembandaran lebih pesat berlaku di kawasan pinggir bandar yang
merupakan tapak perindustrian yang baru untuk dimajukan. Sebagai contoh, kajiannya ini
berkait rapat dengan penemuan petroleum pada tahun 1976, yang menyumbang kepada
pemusatan perindustrian di Kerteh,khususnya. Kemasukan penduduk di kawasan tersebut
akan menggalakkan lagi proses pembandaran dengan pertambahan jumlah penduduk.
Penduduk akan tertumpu ke kawasan tersebut disebabkan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Manakala, kawasan yang terletak berhampiran laluan Lebuhraya Persekutuan Kuantan-Kuala
Terengganu pula menjadi pilihan pemaju hartanah. Kawasan di pinggir bandar dengan
keadaan fizikal yang baik juga telah dibangunkan kilang, rumah dan kedai untuk menampung
pertambahan penduduk.
Bagi penulis Rosniza Aznie Che Rose dan Asmah Ahmad dalam kajian mereka yang
berjudul Peningkatan pendidikan menjejaskan fertiliti penduduk tempatan di
Besut,Terengganu pada tahun 2010 ada mengupas isu tentang impak pembandaran dan
pembangunan yang berlaku di Terengganu yang memberikan impak kepada kadar fertiliti
penduduk tempatan melalui peningkatan pendidikan. Peningkatan pendidikan yang
disumbangkan oleh proses pembandaran pada hari ini memberikan impak terhadap kadar
fertiliti penduduk. Kajian ini menyentuh tentang negeri Terengganu yang menunjukkan
penurunan Kadar Kematian Kasar (KKK) dan Kadar Kematian Bayi (KKB) secara berterusan
semenjak 1957 disebabkan oleh peningkatan tahap pendidikan dan kesihatan ekoran daripada
proses pembandaran telah mendorong kaum wanita melibatkan diri dalam pelbagai pekerjaan
yang membolehkan mereka berdikari dari segi ekonomi dan keterlibatan wanita yang
berkerjaya ini disebabkan oleh peningkatan taraf hidup dalam kalangan penduduk di
Terengganu. Peningkatan taraf hidup penduduk akan membuatkan isi rumah lebih
mengutamakan pendidikan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan berkualiti
terutamanya di pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Taraf pendidikan yang cemerlang
dimiliki oleh penduduk di Terengganu akan melayakkan mereka untuk bekerja dalam bidang
yang profesional dan berkemahiran tinggi.
Penulis juga mengaitkan antara era pemodenan hari ini dengan proses pembangunan luar
bandar (PLB) yang sedang mengalami perkembangan yang pesat dan berjaya
mengintegrasikan beberapa bidang utama pengetahuan. Ia merupakan satu strategi untuk
memperbaiki taraf hidup masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial khususnya masyarakat
miskin di luar bandar. Konsep yang dibawa oleh penulis menyokong tentang impak proses
pembandaran yang ingin dikaji dan dimasukkan di dalam kertas cadangan ini yang
menekankan secara relatifnya bahawa proses pembandaran yang berlaku akan menyumbang
kepada peningkatan taraf pendidikan penduduk seterusnya menyumbang kepada penurunan
kadar fertiliti penduduk khususnya di Terengganu.
Penulis juga menjelaskan bahawa proses pembangunan luar bandar diertikan sebagai
proses peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh
aspek pembangunan manusia termasuklah penyediaan keperluan asas yang mencukupi serta
keperluan psiko-sosial yang lain seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian dan keselamatan.
Elemen-elemen inilah yang terdapat dalam kajian yang ingin dilakukan, tentang peningkatan
prasarana serta sosial ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku.
Rosniza Aznie Che Rose dan Asmah Ahmad juga ada merujuk Hassan, 2000 yang
menjelaskan dalam hasil kajiannya yang mengatakan bahawa kriteria-kriteria yang boleh
digunakan untuk mengukur pembangunan ialah pertambahan sekolah rendah dan menengah,
pertambahan murid berdaftar, pengurangan peratus buta huruf penduduk, pertambahan guru
yang berkelayakan, kemudahan- kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, peratus
kelulusan di setiap pepeperiksaan dan peratus memasuki institusi pengajian tinggi. Dan
kesemua kriteria tersebut dinyatakan dalam bentuk kuantitatif. Keadaan ini menepati secara
relatifnya dengan proses pembandaran yang berlaku di sesuatu kawasan dengan memberikan
impak terhadap pendidikan khususnya.
Penulis juga menegaskan bahawa pembangunan sosioekonomi negeri Terengganu telah
menjadi perhatian utama kerajaan negeri sejak tahun-tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun
perancangan yang khusus di daerah Besut telah bermula pada tahun 1990an iaitu melalui
Rancangan Struktur Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Besut (1991-2010),
Rancangan Tempatan Jerteh-Kg. Raja dan Kuala Besut (2001-2010) dan Rancangan
Pembangunan Daerah Besut-RPD (1998). Perancangan-perancangan tersebut telah
membabitkan pelbagai kajian semula yang lebih fokus dan bersepadu meliputi keseluruhan
daerah Besut. Kawasan kajian pembangunan sosio-ekonomi daerah Besut jumlah keseluruhan
kawasan iaitu merupakan 9.52 peratus daripada keluasan keseluruhan negeri Terengganu.
Keadaan ini juga relatifnya dengan projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan
negeri untuk membangunkan negeri Terengganu baik dari segi ekonomi mahupun sosial.
Ianya menjadi serius selepas penemuan petroleum di kawasan luar pantai Terengganu pada
tahun 1976, yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengubah struktur
ekonomi negeri dan menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mampu menarik pelabur
asing dengan kekayaan sumber alam yang berharga dan tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain.
Permulaan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri memberikan impak yang sangat
memberansangkan dan mampu menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju.
Menurut penulis Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor
dan Aishah@Esah Mohamed dalam hasil kajian mereka yang berjudul Pembandaran di
pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia dan beberapa implikasi terhadap kejiranan
dari Lembah Klang-Langat pada tahun 2010 pula ada mengetengahkan isu tentang proses
rebakan bandar yang berlaku di kawasan pinggir bandar. Mereka menjelaskan bahawa proses
pembandaran dan peluasan bandar telah membentuk dan menggubah pola petempatan dan
kejiranan di kawasan pinggir wilayah metropolitan lanjutan (WML) di kebanyakan negara
membangun seperti Malaysia dan perubahan yang berlaku itu melalui proses peluasan
kawasan bandar ke zon pinggir wilayah metropolitan yang sering dikenali juga sebagai proses
rebakan bandar. Permintaan terhadap ruang bagi pembangunan kawasan perindustrian, rumah
kediaman dan pusat perniagaan sangat tinggi telah mengasak kawasan luar bandar di pinggir
WML untuk berubah menjadi bandar. Keadaan yang cuba ditekankan oleh penulis ini sama
dengan keadaan yang ingin ditekankan di dalam kertas cadangan ini yang merupakan kesan
rebakan bandar yang pada mulanya berpunca daripada pemusatan perindustrian yang
menyumbang kepada pembangunan dari segi petempatan, pengangkutan pembangunan dari
pelbagai kemudahan sosial contoh yang boleh ditunjukkan ialah kesan perindustrian yang
berlaku di kawasan pinggir bandar Terengganu seperti Kerteh dan Paka yang menyebabkan
permintaan guna tanah dan rebakan bandar mempunyai hubungan yang rapat dengan proses
pembandaran yang berlaku pada hari ini.
Penulis telah merujuk Pendall, 1999 yang mengatakan bahawa proses rebakan bandar
sering dikaitkan dengan tekanan politik, pelaburan dan amalan pemberian subsidi dalam
pentadbiran awam bagi membangunkan infrastruktur juga akibat pertumbuhan penduduk dan
peningkatan kadar migrasi keluar dari zon tengah bandar ke pinggir bandar. Keadaan ini juga
boleh dikaitkan dengan keadaan yang berlaku di Terengganu iaitu proses rebakan bandar yang
berlaku disebabkan pelaburan. Dan faktor ini boleh dikategorikan sebagai faktor yang utama
kerana dengan wujudnya aktiviti pelaburan dan suntikan modal maka pembinaan dan
pembangunan sektor perindustrian, perniagaan, pembinaan perumahan dan infrastruktur dapat
dijalankan dengan pesat dan menggalakkan kemasukan penduduk di zon tersebut dengan
pelbagai tujuan. Kemasukan penduduk ke kawasan pusat perindustrian khususnya akan
meningkatkan bilangan penduduk dan menyumbang kepada proses pembandaran sehingga
menyebabkan negeri Terengganu layak diisytiharkan sebagai bandar raya Terengganu.
Menurut Anuar bin Amir dalam hasil kajiannya yang berjudul Ke arah Pewilayahan
Petempatan Luar Bandar Yang Mengalami Tekanan Limpahan Pembandaran pada tahun 2004
yang mengatakan bahawa petempatan luar bandar yang menerima impak daripada proses
pembandaran ini mengalami perubahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi merangkumi
aspek sosioekonomi dan corak hidup penduduk. Keadaan inilah yang akan dikaji dalam
kalangan penduduk bandar Terengganu dan penduduk sekitarnya. Penulis juga menjelaskan
dalam tulisannya bahawa pembangunan pesat dan proses pembandaran yang berlaku di barat
Metropolitan Johor Bahru berlaku sejak tahun 1980an disumbangkan oleh pembangunan yang
dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Dasar pembangunan yang memberikan keutamaan
kepada kawasan yang mempunyai kemudahan infrastruktur menyebabkan bahagian barat
metropolitan mengalami pertumbuhan yang lebih pesat sebagai pusa petempatan dan aktiviti
perniagaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa proses pembangunan yang akan
menyumbang kepada proses pembandaran di sesuatu kawasan bergantung juga kepada
peranan kerajaan. Kes ini juga sama dengan pembangunan yang berlaku di Terengganu sejak
tahun 1976, Terengganu termasuk dalam projek pembangunan ECER yang mempunyai
kepelbagaian projek untuk menjadikan negeri ini termasuk dalam salah satu negeri termaju di
Malaysia menjelang tahun 2020.
Dalam hasil kajian penulis dalam kajiannya, didapati bahawa ketersampaian penduduk
lebih tinggi disebabkan oleh taraf ekonomi semakin membangun dan canggih. Penyediaan
kemudahan awam lebih banyak dan selesa. Keadaan ini disumbangkan oleh peningkatan
ekonomi ekoran daripada proses pembandaran di sesuatu kawasan. Sesebuah kawasan yang
mempunyai pelbagai kemudahan asas dan pengangkutan yang sempurna akan meningkatkan
ketersampaian penduduk ke peringkat yang lebih tinggi. Penulis dapati bahawa secara
keseluruhannya penduduk berpuas hati disebabkan oleh jarak untuk mendapatkan kemudahan
awam seperti pejabat pos, bank, gerai makan, kedai runcit, mini market, komplek membeli
belah selain itu juga penduduk juga jelas berpuas hati kerana majoriti petempatan mereka
akan memudahkan mereka unutk mendapatkan bahan media cetak, klinik, kedai ubat, ke pusat
keagamaan seperti surau, ke tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, dan ke sekolah
agama. Rebakan pembandaran ini akan menyumbang kepada darjah ketersampaian dalam
semua aspek yang telah dianalisis oleh penulis dalam hasil kajiannya.
Metodologi kajian.
Kaedah kajian
Dalam kajian yang akan dijalankan terdapat beberapa kaedah utama untuk melancarkan
proses dan perjalanan kajian yang akan dijalankan di Terengganu. Salah satu daripadanya
ialah pemerhatian. Kaedah ini akan membantu untuk melihat dan mengukur sejauh mana
perubahan penduduk dari segi ekonomi dan sosial. Kaedah ini juga akan membantu
penyelidik melihat corak hidup penduduk seharian di kawasan sekitar bandar Terengganu.
Kaedah pemerhatian dapat dijalankan dengan dua cara yang tersendiri iaitu pemerhatian yang
melibatkan responden turut serta dan mengetahui bahawa penyelidik sedang
memerhatikannya dan memberikan kerjasama. Penyelidik juga boleh bersosial dengan
responden dengan kaedah ini penyelidik mampu untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang
corak hidup penduduk sekitar termasuklah tentang jenis pekerjaan yang dimiliki oleh
responden dan cara responden menghabiskan masa mereka di kawasan petempatan mahupun
di lokasi pekerjaan.
Selain daripada itu, pemerhatian juga dapat membantu penyelidik untuk melihat perubahan
prasarana di kawasan bandar dan proses pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar
bandar tersebut. Sebagai contoh, untuk mengetahui kebarangkalian penduduk ke pusat
kesihatan, klinik dan hospital awam dan melihat kekerapan penduduk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah rendah dan menengah. Kesemua aspek ini akan memainkan peranan yang
penting untuk mengenal pasti ketersampaian penduduk di kawasan bandar dan sekitarnya.
Selain daripada itu, kaedah pemerhatian juga boleh juga dilakukan tanpa diketahui oleh
penduduk atau responden. Keadaan ini boleh dilakukan untuk memastikan bahawa penduduk
di kawasan bandar tidak mengalami masalah kemiskinan dan setinggan. Kaedah ini boleh
membantu penyelidik mendapatkan hasil kajian dengan memerhati penduduk di kawasan
kajian secara jauh dan menilai mereka dengan menghubungkaitkan keadaan mereka dengan
impak pembandaran. Bukan semua responden akan memberikan kerjasama yang baik dan
kaedah ini merupakan kaedah yang boleh diguna pakai oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumat tentang responden. Kaedah ini bukanlah menjadi kaedah kajian yang utama untuk
digunakan oleh penyelidik tetapi ianya menjadi salah satu kaedah kajian selain daripada
kaedah-kaedah yang lain.
Antara kaedah yang lain akan digunakan oleh penyelidik termasuklah kaji selidik. Kaedah
ini meluas digunakan oleh para pengkaji dalam bidang geografi dan sains sosial. Terdapat
beberapa kebaikan untuk menggunakan kaedah ini sebagai kaedah kajian ianya lebih tepat
dan bersifat asas. Sebelum memulakan kajian tentang impak pembandaran terhadap
sosiekonomi penduduk, borang soal selidik perlu diedar dan borang yang diedar mestilah
mempunyai beberapa soalan yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Dan mengambil
sosioekonomi sebagai aspek yang penting kerana penyelidik ingin mengkaji tentang impak
pembandaran terhadap sosioekonomi maka, sosioekonomi perlu menjadi soalan yang penting
untuk diedarkan oleh penyelidik kepada responden yang dikaji dan diselidik. Kaedah kaji
selidik ini juga dikelaskan sebagai kaedah kuantitatif kerana ianya akan melibatkan beberapa
responden di lokasi kajian yang akan dijalankan. Dalam kaedah ini juga akan disekalikan
dengan beberapa soalan antaranya termasuklah soalan tentang latar belakang pendidikan,
pekerjaan, jenis rumah, jenis pemilikan harta ,taraf kesihatan penduduk, jumlah pendapatan,
bilangan anak, dan ketersampaian responden. Beberapa elemen yang diutarakan dalam soalan
soal selidik itu akan membantu penyelidik untuk menilai dan menganalisis tahap dan corak
hidup responden di kawasan tersebut.
Selain daripada kaedah kuantitatif yang akan digunakan untuk melengkapkan kajian,
kaedah kualitatif juga akan digunakan untuk menjadikan kajian sebuah kajian yang lebih
lengkap dan sempurna. Kaedah kajian yang berunsur kualitatif ini merupakan kaedah kajian
temu bual dengan responden yang akan dipilih di lokasi kajian yang tertentu. Teknik temu
bual ini bertujuan untuk mendapatkan data secara asas dan jelas ini kerana temu bual akan
dijalankan dalam kalangan penduduk dan ianya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian
kerana responden akan diambik secara rawak baik dalam kalangan responden yang berkerja,
menuntut di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta dan juga responden akan terdiri
daripada golongan yang berumur 50 tahun keatas dan golongan kanak-kanak yang berumur
15 tahun ke bawah. Golongan-golongan responden ini akan ditemu bual mengikut kesesuaian
umur dan ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka tentang corak dan
gaya hidup mereka pada hari ini. Seisi temu bual ini akan diadakan secara rawak di kawasan
sekitar bandar dan pinggir bandar kerana ianya akan membantu perolehan maklumat secara
lebih terperinci. Dalam proses temu bual, penyelidik akan mengajukan beberapa soalan yang
berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik dan semua jawapan yang
diberikan oleh responden akan dimasukkan dan disimpan sebagai data primer.
Selain daripada ketiga-tiga kaedah kajian yang akan digunakan oleh penyelidik bagi
mendapatkan maklumat tentang tahap sosioekonomi penduduk di lokasi kajian, kaedah yang
seterusnya yang akan membantu penyelidik untuk melengkapkan kajian ialah pengumpulan
data sekunder. Kaedah ini seringkali digunakan dalam proses pengumpulan data, untuk kajian
ini penggunaan data sekunder lebih banyak yang akan digunakan khususnya untuk
mendapatkan bilangan penduduk yang terkini melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri
Terengganu. Bilangan penduduk perlu diambil kira untuk menilai pertambahan penduduk
yang berlaku di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya. Penggunaan data sekunder juga
kerap digunakan untuk mengambil gambar peta sebagai lokasi kajian. Petempatan peta dalam
kajian bertujuan untuk menampakkan dan menjadikan lokasi kajian lebih jelas dan dapat
dikenali dengan lebih jelas dan tepat. Kebiasaannya, peta akan diambil daripada Majlis
Daerah Tempatan.
Penggunaan data sekunder juga kerap kali digunakan sebagai rujukan untuk memantapkan
lagi kajian yang akan dijalankan sebagai contoh, rujukan kajian lepas dan jurnal hasil tulisan
pengkaji yang terdahulu. Bagi kajian ini, terdapat beberapa penulis jurnal yang mengkaji
tentang ekonomi Terengganu dan ianya boleh digunakan sebagai rujukan utama dan garis
panduan untuk menulis hasil kajian nanti. Penggunaan data sekunder bukan hanya bermaksud
jurnal atau hasil kajian lepas tapi juga merangkumi data yang diambil oleh beberapa jabatan
awam seperti Jabatan Statistik, Unit Perancang Ekonomi Negeri, dan laporan-laporan badan
berkanun kerana jabatan-jabatan ini akan menerbitkan data yang terkini dan ianya akan
membantu untuk menyiapkan dan dapat membantu dalam proses analisis data yang dikaji
oleh penyelidik.
Sampel kajian.
Kajian yang akan dilakukan di kawasan bandar Terengganu memerlukan seramai 200
orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian dan sekitarnya. Responden
ini akan dipilih secara rawak untuk mewujudkan keseragaman data. Sampel responden yang
akan dipilih terdiri daripada golongan tenaga mahir, separa mahir dan buruh kasar bagi
menilai corak pendapatan hidup mereka dan taraf hidup yang dimiliki oleh mereka. Selain itu
juga, responden yang akan dipilih mempunyai perbezaan umur keadaan ini bermaksud
responden yang akan dipilih berlainan identiti tetapi tidak akan ditanya atau ditemu bual
dengan soalan yang berbeza. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob, dalam bukunya yang berjudul
Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi ketiga yang mengatakan bahawa dalam proses
pengumpulan data, keseragaman perlu wujud dalam hasil kajian ini bermakna soalan yang
ditujukan kepada responden yang berbeza umur, latar belakang dan petempatan perlu sama
kerana ianya bertujuan untuk mewujudkan keseragaman.
Responden juga akan dipilih majoritinya yang tinggal di kawasan bandar Terengganu, dan
beberapa daerah di pinggir bandar untuk menilai impak pembandaran yang berlaku di bandar
Terengganu terhadap sosioekonomi penduduk. Golongan umur yang akan dipilih di kawasan
bandar ini juga akan berbeza iaitu 20% daripada responden terdiri daripada golongan
responden yang berumur lebih 55 tahun dan 20% lagi terdiri daripada golongan kanak-kanak
yang berumur 15 tahun ke bawah selebihnya iaitu sebanyak 60% lagi terdiri daripada
golongan yang berkerja dan menuntut di institusi pengajian tinggi. Perbezaan umur yang akan
dipilih bertujuan untuk menilai tahap sosioekonomi yang wujud dalam kalangan penduduk
seperti taraf kesihatan dan taraf sosial penduduk di kawasan yang terpilih.
Dari segi jantina, majoritinya responden yang akan dipilih 60% terdiri daripada golongan
wanita dan 40% terdiri daripada golongan lelaki. Kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik
mengikut bilangan penduduk di Terengganu yang menunjukkan bilangan golongan wanita
yang lebih ramai bilangannya, selain itu juga golongan wanita dipercayai lebih teliti dalam
membuat keputusan dan dipercayai lebih jelas dan tepat dalam memberi jawapan yang akan
diberi dalam bentuk soal selidik dan temu bual dalam seisi kajian yang akan dijalankan.
Majoriti golongan wanita yang akan dipilih terdiri daripada golongan wanita bekerjaya dan
ianya menunjukkan peratusan sebanyak 60% daripada golongan wanita akan dijadikan
responden.
Prosedur pengumpulan data.
Prosedur penganalisis data.
Tatacara perlaksanaan data.
Kesimpulan.
Kajian yang akan dijalankan ini untuk mengenal pasti, mengukur dan menilai sejauh mana
proses pembandaran memberikan impak yang besar terhadap sosioekonomi penduduk di
kawasan bandar Terengganu. Kebiasaanya, pembandaran akan mengubah corak kehidupan
penduduk daripada hidup di rumah papan dan tinggal di kawasan kampung dan luar bandar
akan berubah ke tinggal di rumah batu dan lebih besar, tinggal di kawasan bandar yang
mempunyai lebih banyak kemudahan asas dan lebih selesa yang menyediakan kemudahan
pusat rawatan yang lebih sempurna yang akan pasti akan meningkatkan lagi taraf kesihatan
penduduk.
Kesemua elemen yang disebutkan menjadi indikator untuk menilai sejauh mana proses
pembandaran ini memainkan peranan dan mempengaruh penduduk di sekitar kawasan bandar.
Selain daripada itu juga, tahap sosial yang ada dalam kalangan penduduk juga akan turut
berubah sejurus dengan era kemodenan pada hari ini. Kadar kelahiran bayi dan kadar
kematian kasar didapati menurun ekoran daripada proses pembandaran yang semakin pesat
menular di negeri-negeri pantai timur yang semakin dikenali dan menonjol dalam sumbangan
KDNK negara pada hari ini. Penurunan kadar kelahiran yang wujud akibat proses
pembandaran ini disumbangkan oleh peningkatan taraf pendidikan yang dimiliki oleh
penduduk hari ini yang melayakkan mereka untuk menyandang jawatan yang tinggi dan
berpendapatan tinggi dan akhirnya perkahwinan di usia yang lewat telah menurunkan kadar
fertiliti wanita khususnya.
Peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan lagi diisi oleh golongan yang berumur tetapi
juga diisi oleh golongan yang masih lagi remaja kerana pada hari ini proses pembandaran
telah menyumbang kepada penawaran kerja yang terdiri daripada pelbagai sektor dan bidang
terutamanya pembuatan, perkilangan, perkhidmatan, pelancongan dan perbankan. Lebih-lebih
lagi,pada hari ini Terengganu diisythiharkan sebagai Negeri Gerbang Pelancongan
Antarabangsa kerana sumber alam yang dimiliki oleh Terengganu. Pembukaan peluang
pekerjaan ini sekaligus akan mengurangkan kadar pengangguran negeri Terengganu dan
Malaysia. Proses pembandaran yang berlaku pada hari ini bukan sahaja melonjakkan
Terengganu ke peringkat antarabangsa tetapi menjadikan penduduk Terengganu lebih
berwibawa dan moden dari segi akademik, ekonomi dan sosial.