monograf fakulti pendidikan 2010 kurikulum modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan...

40
MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul Asas Membaca Orang Asli: KAMOA 4M (4M: menyebut, menyanyi, melakon, membaca) Panel Penyelidik Profesor Dr Saedah Siraj (Ketua) Dr Zaharah Hussin Dr Melati Sumari Dr Habib Mat Som Kamaliah Siraj

Upload: doanphuc

Post on 31-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010

Kurikulum Modul Asas Membaca Orang Asli:

KAMOA4M (4M: menyebut, menyanyi, melakon, membaca)

Panel Penyelidik Profesor Dr Saedah Siraj (Ketua)

Dr Zaharah Hussin Dr Melati Sumari

Dr Habib Mat Som Kamaliah Siraj

Page 2: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

Pengenalan

Orang-orang Asli pada kebiasaannya dikenal pasti sebagai kelompok pertama yang

menduduki satu-satu kawasan dan biasanya dikaitkan dengan tanah (Michie, 1999).

Mengikut Michie (1999) juga kepercayaan golongan ini ialah “the Earth is our Mother”.

Ini menunjukkan bahawa orang-orang Asli yang dipanggil juga penduduk natif

mempunyai cara hidup yang tersendiri yang berbeza dengan penduduk lain yang

mempunyai persekitaran hidup yang berlainan dengan persekitaran mereka. Ini selaras

dengan pendapat Magga (2007: 5) mengatakan, … Quality in education for indigenous

peoples means that our education in principle is based on our own culture, our

knowledge, our own languages and learning/teaching traditions. From this platform our

peoples will be able to reach for the best in the global garden of knowledge. Wane

(2009) dalam mengulas beberapa kajian tentang pribumi merumuskan bahawa

pendidikan orang-orang asli perlu dirancang berdasarkan kontek atau berdasarkan

budaya, falsafah, cara hidup dan persekitaran mereka.

Kawasan yang menjadi pertempatan orang-orang Asli biasanya agak jauh di

kawasan pendalaman dan dikelilingi dengan alam semula jadi yang kaya dengan bahan-

bahan mentah dan tumbuh-tumbuhan berkhasiat. Status pendidikan golongan ini masih

belum mencapai peringkat sekolah-sekolah kebangsaan lainnya. Kurikulum untuk Orang

Asli di Malaysia seharusnya berbeza dengan kurikulum yang digunakan di sekolah-

sekolah lainnya. Ini bermaksud Kurikulum Sekolah Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

perlu di ubahsuai untuk keperluan pembelajaran kanak-kanak yang datangnya daripada

golongan kaum Orang Asli. Mereka mempunyai kepercayaan, cara hidup, cara

berkomunikasi dan banyak lagi aspek kehidupan yang berbeza dengan penduduk

Malaysia lainnya. Perbezaan yang ketara ini tidak mungkin membolehkan mereka dapat

mengikuti kurikulum yang telah disediakan oleh KBSR. Buktinya, sebahagian besar

daripada murid-murid sekolah rendah tidak mahu meneruskan pelajaran mereka ke

sekolah menengah. Hanya sebahagian yang ke sekolah menengah, itu pun sejumlah

Page 3: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

kecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian

besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan kehidupan bersama

kelompok Orang Asli. Sepertimana Magga (2007: ) mencadangkan,

Traditional indigenous education and its structures should be respected and

supported. Our knowledge has not been written by us - on the contrary: we

dance it, we draw it, we narrate it, we sing it, we practice it. There is a need

for a deeper understanding of what knowledge and learning is and the

many paths to knowledge. This is in line with what was observed by the

the Delors Commission: western formal education systems tend to

emphasize the acquisition of knowledge to the detriment of other types of

learning. I think indigenous peoples can contribute in a very significant way

both to our own education systems and to the renewal of education

systems of other people.

Reyhner and Gabbard (1993) dalam membincangkan tentang status risiko tinggi

yang dihadapi oleh murid-murid golongan natif telah mengutarakan bahawa faktor

utama yang mempengaruhi masalah tersebut ialah kurangnya budaya mereka dalam

penyusunan dan perancangan bilik darjah. Selain daripada itu Reyhner and Gabbard

(1993) juga menekankan terdapatnya keunikan dalam memberi pendidikan kepada

mereka. Keunikan stail belajar penduduk Natif Amerika juga terdapat dalam hasilan

kajian More (1989). Beliau mendapati murid-murid Natif American-Indians mempunyai

kekuatan yang tersendiri yang sangat berkait rapat dengan budaya hidup mereka

berbanding dengan murid-murid Amerika lainnya. Dalam kajian yang lain, Swisher

(1994) juga membuktikan bahawa terdapat kepercayaan yang kuat di kalangan guru-

guru terhadap pengaruh nilai budaya American-Indians kepada stail belajar pelajar dan

cara mereka mempersembahkan pembelajaran mereka. Walaupun terdapat unsur-

unsur penolakan dan keengganan mereka kepada sesuatu perubahan seperti yang

dinyatakan oleh Wane (2009), tetapi Deyhale, Swisher, Stevens, and Galvan (2009)

menyatakan keyakinan mereka terhadap kepelbagaian pedagogi berasaskan kontek

boleh mengubah pandangan orang-orang asli terhadap pendidikan.

Page 4: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

Bertolak daripada persoalan inilah, kajian ini cuba melihat keperluan-keperluan

murid-murid Orang Asli berserta budaya kehidupan mereka. Berdasarkan keperluan

dan corak budaya mereka itu modul kurikulum untuk pengajaran dan pembelajaran

direkabentuk dalam kajian ini. Kajian telah dijalankan di beberapa buah Sekolah Rendah

Orang yang terpilih yang menghadapi masalah utama mengenai rekod ketidakhadiran

murid ke sekolah. Masalah ketidakhadiran ini memberi impak kepada kebolehan

membaca murid yang pada keseluruhannya menunjukkan sebahagian besar murid

Orang Asli yang menghadapi penguasaan kemahiran membaca. Untuk peringkat ini,

kajian hanya akan bertumpu kepada Pembinaan Kurikulum untuk Asas Membaca

sahaja.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti corak budaya dan sumber-sumber

semulajadi yang terdapat di kawasan perkampungan Orang Asli sebagai asas

pembinaan modul kurikulum untuk Bacaan Asas murid-murid sekolah rendah. Dengan

menggunakan budaya dan sumber semula jadi tersebut, Pendekatan Drama-Kreatif

digunakan dalam pembinaan modul kurikulum untuk pengajaran Bacaan Asas untuk

mempertingkatkan kebolehan membaca di kalangan murid-murid yang lemah. Modul

kurikulum yang dibina diuji kesesuaian pengunaannya kepada murid-murid sekolah

rendah Orang Asli yang terpilih.

Soalan Kajian

Berdasarkan objektif tersebut, 3 soalan kajian dibentuk:

1. Apakah corak budaya dan sumber-sumber semula jadi di perkampungan

Orang Asli yang boleh dijadikan asas pembinaan modul kurikulum Bacaan

Asas?

2. Bagaimanakah corak budaya dan sumber-sumber semula jadi yang telah

dikenal pasti digunakan untuk membina modul kurikulum Asas Membaca?

Page 5: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

3. Sejauhmanakah penggunaan modul kurikulum yang dibina untuk Asas

Membaca bersesuaian untuk memperkenalkan asas membaca murid di

sekolah Orang Asli?

Prinsip Asas Modul

Prinsip-prinsip Modul Kurikulum Asas Membaca yang akan dibina:

1) Menggunakan Teori Experiental Learning yang telah dibina oleh David A. Kolb.

Kolb (1984) telah membina teori pengalaman pembelajaran dengan berasaskan

kepada John Dewey, Kurt Lewin, Jean Piaget, Paulo Freire dan lain-lain.

Kerangka teorinya berdasarkan kepada empat asas iaitu a) melalui satu

pengalaman, b) memberi maklum balas secara kritis, c) membuat generalisasi

daripada apa yang dipelajari, dan d) menggunakan apa yang dipelajari kepada

pembelajaran baru. Pusingan pengalaman pembelajaran dapat dirumuskan

seperti dalam rajah di bawah:

Pengalaman

Aplikasi Maklum Balas

Generalisasi

Rajah 1. Pusingan Pengalaman-Pembelajaran

2) Menggunakan asas Kaedah Mengalami-Menghayati yang telah dibina oleh

Saedah Siraj (1992) yang menggunakan pengalaman lama pelajar untuk

mengukuhkan pengalaman pembelajaran baru.

Page 6: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

Pengalaman Lama yang

berkaitan persekitaran dan

budaya

+

PENGGABUNGAN

Rajah 2. Penggabungan Pengalaman Lama dengan Baru dalam Kaedah Mengalami-

Menghayati

3) Penekanan pendekatan yang diberikan berbentuk Asas Drama-Kreatif di mana

penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran

mengenal bunyi dan huruf-huruf .

4) Modul akan menggunakan juga pendekatan Phonic dan pendekatan Whole

Language dengan beberapa pengubahsuaian.

5) Modul dibentuk dengan menggunakan bahan-bahan bacaan yang telah sedia

ada samada yang diguna pakai di sekolah atau juga yang ada dalam pasaran.

Beberapa bahan Bacaan Asas akan dipilih.

6) Aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi penekanan kepada komitmen

murid-murid semasa belajar, menghormati keperluan komuniti tempatan –

membina kepelbagaian teknik dengan menggunakan sumber seperti adat

resam, alam persekitaran, cara hidup, bahasa dan lain-lain yang terdapat dalam

komuniti tersebut sebagai asas pembinaan bahan.

7) Semua guru di sekolah tempat kajian akan melibatkan diri dalam perancangan

modul. Ibu bapa yang berpendidikan juga akan dipanggil untuk memberikan

pandangan mereka.

8) Peranan Guru Muzik penting dalam mencipta aktiviti-aktiviti nyanyian, tarian,

dan permainan kanak-kanak sambil belajar membaca. Guru yang berkebolehan

akan diminta membuat persembahan bagi membentuk modul ini.

9) Peranan guru lain juga penting dalam merancang modul dengan menggunakan

sumber-sumber alam seperti pokok, buah-buahan dan lain-lain. Mislanya

Pengalaman Baru

dengan Pembelajaran

Baru

Page 7: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

peranan guru Seni dan Kraftangan amat penting dalam membuat gabungan

antara bacaan dengan aktiviti-aktiviti seni dan kraftangan yang menarik minat

mereka dan bersesuaian dengan budaya mereka.

Pendekatan dan Strategi Mengajar Membaca

Australia National Report (2005) mengenai Literature review on Teaching

Reading memberi penekanan kepada 2 teori yang menjadi asas pendekatan membaca

ialah 1. Explicit Code-based yang menggunakan phonic dan 2. Implicit Holistic atau

pendekatan Whole Language. Pendekatan whole-language

Adalah berasaskan kepada falsafah konstuktivis yang melihat kanak-kanak mewarisi

keaktifan, self-regulating yang membolehkan mereka membina serta membentuk

pengetahuan untuk diri mereka, dengan sedikit explicit decoding instruction.

Pendekatan ini juga menjadikan unsur asas konstruktivisme sebagai teori pengetahuan

bahawa pelajar memberikan sumbangan di dalam proses pembelajaran, kaedah

pengajaran hendaklah berfokus kepada apa yang dapat dibawa oleh pelajar kepada

situasi pembelajarn sebanyak mungkin terhadap apa yang diterima daripada

persekitaran. Ianya adalah pendekatan yang asalnya daripada Piaget dan Vygotsky.

Peranan guru adalah lebih sebagai fasilitator pembelajaran daripada pengajar dan

menyediakan peluang kepada individu untuk menguasai pengetahuan dan membentuk

makna melalui aktiviti, dan melalui perbincangan, refleksi dan perkongsian ideas dengan

yang lain dengan corrective intervention yang minimum.

Bagaimanapun terdapat bukti yang kukuh mengatakan pendekatan Whole Language

tidak menjadi minat pelajar yang mengalami masalah pembelajaran (Moats, 2000). Ini

biasa terjadi khususnya kepada kanak-kanak non-English speaking background

termasuklah kanak-kanak yang berlatarbelakangkan orang asli atau pribumi (Australia

National Report, p13). Australia National Report juga memberi penekanan kepada

Code-based Approaches yang berfokus kepada pengajaran huruf secara eksplisit yang

memerlukan pengajaran berfokus guru. Dalam mempersembahkan bahan pembelajaran

penekanan diberikan kepada pengajaran eksplisit, jadual praktis, dan maklumbalas (e.g.

Center, 2005; Westwood, 2003 a-c, 2004). Pendekatan ini menekankan kepada asas

Page 8: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

membaca dengan 2 asas dan proses yang saling berkait rapat antara satu sama lain

iaitu belajar mengenai rupa bentuk bercetak (print) dan memahami maksud bercetak itu

serta dan wajib mengintegrasikan pengajaran membaca. Penemuan utama Cowen

(2003) yang telah membuat sintesis berdasarkan kepada 6 kajian mengenai pendekatan

mengajar awal membaca merumuskan bahawa pengajaran bacaan yang bertujuan

untuk memahami makna tidak boleh dipisahkan daripada pengajaran terus Phonics atau

bunyi. Sehubungan dengan hal ini, Pressl (1998) berpendapat bahawa bepengajaran

literasi yang seimbang adalah kombinasi daripada kekuatan pendekatan Whole

Language dan pengajaran kemahiran.

Kajian ini menggabungkan beberapa teori dan pendekatan membaca dengan

menggunakan pendekatan Asas Drama-Kreatif yang berlandaskan teori-teori dan

kaedah-kaedah berikut:

Theory Experiental Learning

Kaedah Mengalami Menghayati

Cultural and Natural Responsive Approach

Gabungan Kaedah Phonic dan Whole-Language

Kepelbagaian aktiviti digalakkan dalam pelaksanaan kurikulum asas membaca ini. Di

antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah:

• Teknik Simulasi/ Improvisasi

• Main peranan/Kerusi Panas

• Pantomim

• Teater bercerita/Teater Pembaca

• Aktiviti bercerita

• Lagu dan aksi

Pelbagai aktiviti perlu digunakan dengan tujuan untuk menarik minat pelajar melibatkan

diri dalam pembelajaran. Di antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah PROJEKSI

SUARA dengan membunyikan huruf vokal serta konsonan. Aktiviti ASAS

PERGERAKAN seperti pergerakan mekanikal, pergerakan bermakna, dan pergerakan

kreatif, Pelajar juga digalakkan membuat aktiviti berikut:

Page 9: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

• menyebut huruf sambil membuat pergerakan, Menyebut perkataan sambil

beraksi

• Permainan mendengar dan melakukan arahan (kata Jebat, jumlah duit,

persamaan)

• Menyebut objek – secara bergilir-gilir dalam bulatan (pusingan ajaib)

• Bergerak dengan pelbagai maksud/makna dan kreatif (kenderaan dan bunyi –

saiz dan bentuk, percambahan pokok, matahari, angin dll)

• Latihan penajaman indera – teka bunyi yang didengar, objek yang disentuh,

dilihat (puzzle), rasa dan bau (pejam mata dan pegang objek – teka, dengar

bunyi sekitar, berjalan di tepi pantai waktu panas, di atas batu tajam)

• Permainan teka ekpresi (mimik muka) – sedih, gembira, marah dll

• Improvisasi berdasarkan Objek : surat khabar, kayu dan kostum

• Improvisasi berdasarkan watak : binatang (membuat justifikasi watak – pilih satu

binatang yang diminati) dan tokoh

• Improvisasi berdasarkan bunyi (lagu instrumental – bayangan minda, lagu

dengan lirik dan mestamu).

• Improvisasi berdasarkan kesan bunyi (gendang atau tamborin) susunan bunyi

pelbagai dicipta oleh kanak-kanak

• Improvisasi berdasarkan situasi / idea: pengukir, robot dan bahan sastera

• Improvisasi bagi menghasilkan karya – puisi secara kolaboratif

• Improvisasi berdasarkan gambar

• Improvisasi berdasarkan petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita (aksi

kaku)

Pendekatan Drama-Kreatif ini banyak menggunakan pergerakan tubuh badan kanak-

kanak sambil memberikan makna kepada perkataaan yang diajar. Penggunaan

pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti dapat melahirkan daya ekspresi.

Pergerakan kreatif berkesan membentuk pemikiran dan merancang aktiviti yang boleh

merangsang daya pemikiran, pertubuhan fizikal dan emosi kanak-kanak. Di antara jenis-

jenis pergerakan yang dicadangkan ialah:

Page 10: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

i) Gerak alam – membuat pergerakan flora dan fauna seperti haiwan, pokok dll.

membuat pergerakan kejadian alam seperti angin, ribut, petir dll

Gerak naluri – berkait rapat dengan imiginasi dan emosi boleh menghasilkan

gerak kreatif. gabungan emosi dan muzik boleh menghasilkan gerak kreatif

ii) Gerak meniru – meniru pergerakan pasangan seperti sedang menghadap cermin.

Muka. : Contohnya meniru cara kucing makan, berbaring dll.

iii) Bahasa tubuh (kod dan tanda) – gesture/ non-verbal -- Pergerakan mata,

pergerakan badan tanpa kata-kata.

iv) Gerak kaku – menjadi objek dalam keadaan kaku/tidak bergerak Contoh: gerak

kaku dalam pentomin.

Metodologi Kajian Pembinaan Modul

Kajian ini adalah bertumpu kepada proses penyelidikan menggunakan rekabentuk

campuran metod (mixed method design) bagi membina kandungan kurikulum asas

membaca sekolah rendah Orang Asli. Asas bagi pembinaan kurikulum tersebut adalah

menggunakan teknik-teknik temubual separuh struktur, dan teknik Delphi Ubahsuaian

sebanyak dua pusingan (two round modified Delphi Technique). Peserta kajian adalah

melibatkan guru-guru berpengalaman dalam bidang membaca sekolah rendah dan guru-

guru daripada sekolah Orang Asli itu sendiri.

Rekabentuk kajian ini mengandungi 3 fasa penyelidikan dan menggunakan

pelbagai kaedah pemungutan data seperti berikut:

Fasa 1: Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kurikulum Berasaskan

Corak Budaya dan Sumber-Sumber Semual Jadi

Fasa 2: Pembinaan Kurikulum Modul Asas Membaca

Fasa 3: Penilaian untuk Penambaikan Kurikulum Modul Asas Membaca

Page 11: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

Metodologi penyelidikan dalam kajian ini melibatkan kaedah campuran kualitatif dan

kuantitatif. Kajian dimulakan dengan kaedah kualitatif dan disusuli dengan kaedah

kuantitatif (Creswell, 2005). Rekabentuk ini dinamakan kaedah campuran.

Page 12: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

12

Rekabentuk Kajian Modul Kurikulum Bacaan Asas Sekolah Rendah Orang

Asli dirumuskan dalam rajah di bawah:

Rajah 3. Rekabentuk Kajian Kurikulum Modul Asas Membaca Sekolah Rendah Orang Asli (KAMSROA)

Rajah 3. Rekabentuk Kurikulum Modul asas Membaca Sekolah Rendah Orang Asli

Rekabentuk

kaedah campuran (secara penerokaan)

Temubual separuh

struktur (guru)

Temubual separuh

struktur (pelajar)

Keperluan dalam

Membina Kurikulum

Modul

Teknik Delphi Ubahsuaian

Dua Pusingan (Kesahan muka dan kandungan)

Kesahan Dalaman

Analisis Situasi

Pusingan I : Semakan

pakar, komentar dan

cadangan Temubual Guru Pakar

Pusingan II : Semakan

pakar, komentar dan

cadangan

Soalselidik Konsensus Pakar

Kurikulum Modul

Asas Membaca Sekolah

Rendah Orang Asli

(KAMSROA)

Analisis Kekuatan dan

Kelemahan pelajar

Kualitatif

kualitatif

dan

kuantitatif

Page 13: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

13

Fasa I kajian dimulakan temubual separuh struktur terhadap keperluan-keperluan

dalam pembinaan kurikulum asas membaca. Fasa ini menggunakan seramai 90

orang murid di sebuah sekolah orang asli di Kelang, Selangor. Kajian di fasa ini cuba

mengenalpasti perkara-perkara berikut:

a) Murid yang lemah dalam bacaan peringkat asas;

b) Kekuatan dan kelemahan murid dari segi penglihatan, pendengaran, minda dan

kinestetik; dan

c) Mengenalpasti sumber-sumber alam semula jadi di kawasan kajian.

Rekabentuk kajian Fasa I seperti dalam rajah di bawah:

Rajah 4: Rekabentuk Kurikulum Asas Membaca Fasa I

Selain daripada itu kajian ini telah menemubual guru-guru berpengalaman di sebuah

sekolah orang asli di Kuala Kubu bagi mendapatkan data apakah corak budaya

kehidupan anak-anak orang asli dan bagaimanakah strategi pengajaran yang boleh

digunakan untuk mengajar membaca murid-murid berkenaan.

Asas Keperluan

Modul

Page 14: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

14

Temubual juga telah dijalankan kepada 15 orang murid terpilih di sebuah sekolah

rendah Orang Asli di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk mengenalpasti minat, warna

kegemaran juga termasuk binatang dan makanan kegemaran mereka. Pemerhatian

juga dijalankan untuk melihat bagaimana guru mengajar di dalam kelas KIA2M.

Fasa II melibatkan Pembinaan Modul Kurikulum untuk murid-murid menguasai

kemahiran Asas Membaca. Pembinaan bahan di peringkat ini menggunakan guru-guru

yang telah lama mengajar di sekolah kajian terutama yang berpengalaman dalam

mengajar Bacaan Asas. Fasa ini pula adalah menggunakan teknik Delphi Ubahsuaian

(modified delphi technique) berdasarkan kerangka kajian yang diubahsuai daripada

kajian Zargari et al. (2000), Feridah Mohd Nazar (2003), Ibrahem Narongsakakhet

(2003), dan Zaharah Hussin (2008). Teknik Delphi digunakan bertujuan untuk tujuan

pengesahan kandungan yang bersifat sistematik.

Fasa III adalah peringkat penilaian bahan yang telah dibina untuk penambahbaikan.

Modul yang telah dibina pada peringkat 1 diperkenalkan kepada guru-guru di sebuah

sekolah Orang Asli. Seramai 10 orang guru telah ditemubual dan hasilan analisis

temubual digunakan untuk memperbaiki modul.

Teknik Temubual Separuh Struktur

Temubual merupakan salah satu teknik penyelidikan kualitatif yang agak terkenal

terutamanya dalam bidang penyelidikan sosial termasuk bidang pendidikan (Cohen &

Manion 1989; Kugan 1992 & Aini 2004). Terdapat beberapa jenis temubual yang biasa

dilaksanakan dalam penyelidikan pendidikan. Drever (1995) mengkategorikan jenis-jenis

temubual kepada jenis formal, separa formal dan tidak formal; bentuknya pula sama ada

berstruktur, separuh struktur dan tidak berstruktur; berfokus atau tidak berfokus; dari

segi corak sama ada temubual informan (informant interviews) atau temubual responden

(respondent interviews).

Temubual juga boleh berlaku dalam bentuk-bentuk etnografi , soalan-soalan

terbuka dan tertutup dan juga berbentuk soal selidik. Dalam bahagian ini, pengkaji akan

hanya menjelaskan tentang temubual secara separuh struktur sahaja kerana teknik ini

digunakan di dalam Fasa I dan 2 kajian ini. Menurut Drever (1995), tujuan umum

penggunaan teknik temubual separuh struktur dalam sesuatu kajian adalah untuk

mengeluarkan pandangan dalam sesuatu keadaan tertentu dengan cara gaya mereka

Page 15: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

15

sendiri. Antara ciri-ciri utama teknik temubual separuh struktur seperti dinyatakan Drever

(1995) ialah :

a) Ia adalah satu pertemuan formal berdasarkan persetujuan bersama dan

direkodkan.

b) Soalan-soalan utama yang ditentukan oleh pengkaji boleh meliputi

keseluruhan struktur yang dikehendaki.

c) Soalan-soalan segera dan soalan-soalan mendalam boleh mengukuhkan lagi

struktur.

d) Boleh menggabungkan soalan-soalan terbuka dan tertutup.

e) Peserta temubual mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan pandangan

tentang sesuatu perkara, berpeluang menyatakan sesuatu semaksima boleh

dan berjaya meluahkan dengan emosi mereka sendiri.

f) Pengkaji bagaimanapun, boleh menentukan kawalan di mana perlu dalam sesi

temubual mereka.

Teknik temubual separuh struktur digunakan dalam kajian ini kerana beberapa kebaikan

seperti dinyatakan oleh Drever (1995) iaitu :

a) Merupakan teknik yang bersifat fleksibel, sesuai untuk mengumpulkan

maklumat dan pandangan-pandangan tertentu di samping dapat mencungkil

pemikiran dan motivasi manusia.

b) Dapat menghasilkan maklumat yang banyak dan menjamin liputan yang baik.

c) Mengambil masa untuk melaksana dan menganalisanya, justeru itu ia

memerlukan perancangan yang realistik.

d) Bukan bertujuan untuk kumpulan yang besar.

e) Memerlukan kadar kemahiran khusus yang mampu diperoleh melalui praktis.

f) Berguna dalam tinjauan kecil dan kajian kes.

g) Boleh digunakan bersama-sama dengan metod-metod lain.

Berasaskan fakta kebaikan di atas, ini menunjukkan penggunaan teknik temubual

separuh struktur adalah sesuai dalam kajian ini. Ini kerana temubual separuh struktur

yang digunakan dalam kajian ini hanya untuk mendapatkan pandangan dan membuat

Page 16: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

16

tinjauan tertentu, di samping menggunakan teknik lain iaitu analisis kandungan dan

teknik Delphi ubahsuaian dua pusingan.

Instrumen Temubual Separuh Struktur

Fasa I dan Fasa III dalam kajian ini adalah menggunakan teknik temubual separuh

struktur. Instrumen yang digunakan ialah soalan-soalan temubual separuh struktur

Rajah 6. Prosedur Pengumpulan dan Penganalisisan Temubual Separuh Struktur

Fasa 1 : Aliran Temubual Separuh

Struktur

3. Memindah Transkripsi –Menggunakan

Microsoft word

1. Siri-siri temubual

4. Semakan peserta – ( proses kesahan Dalaman)

2. Rakaman audio/kaset dilabel Tempat : institusi peserta/pilihan

5. Membentuk tema-tema

5.1 : Kebolehpercayaan antara penilai/ rater ( Cohen Kappa)

6. Menganalisis naratif/ jadual

Page 17: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

17

Pembinaan Modul dengan Menggunakan Teknik Delphi

Istilah Delphi merupakan satu istilah yang disandarkan kepada satu tempat meramal

nasib di Greek dan kebanyakan orang berkunjung untuk meramal masa depannya.

Ianya diperkenalkan sebagai salah satu teknik penyelidikan oleh Olaf Holmer dan

Norman Dalkey dari RAND Corporation pada tahun 1953 ( Lang 2000). Namun,

sebelum itu, Henson (1980) telah menyatakan bahawa teknik ini telah dinamakan oleh

seorang ahli falsafah bernama Abrahem Kaplan. Pada peringkat awalnya, teknik ini

digunakan oleh pengkaji dalam kajian-kajian berkaitan dengan penentuan ramalan

cuaca untuk jangka masa panjang, menilai peruntukan kewangan, perancangan

korporat dan pembinaan model-model struktur ( Snyder et al. 2000 & Lang 2000).

Laporan RAND Corporation kemudiannya menyatakan bahawa teknik ini mula

berkembang luas dalam kepelbagaian disiplin ilmu menerusi penulisan-penulisan artikel

dan jurnal-jurnal ( Dalkey & Halmer 1962; Dalkey 1967; Helmer 1967; Brown 1968 &

Rescher 1969).

Pada dasarnya teknik Delphi dinamakan kerana fungsinya yang merujuk kepada

satu set prosedur untuk mendapatkan dan memurnikan pandangan dan pendapat

sesuatu kumpulan biasanya ialah panel pakar terhadap sesuatu isu tertentu untuk tujuan

kesahan kandungan (Dalkey 1967; Brown 1968 & Anderson 1975). Menurut

Woudenberg (1991) dan Dijk (1990), teknik ini mempunyai tiga kategori iaitu:

1. The Conventional Delphi – Teknik ini mempunyai dua fungsi utama

iaitu untuk meramal dan menganggar sesuatu parameter yang tidak

diketahui dan biasanya menjadi amalan dalam bidang sains dan

teknologi.

2. The Policy Delphi – Teknik ini bertujuan untuk mendapatkan

pandangan atau persetujuan yang paling kuat terhadap sesuatu isu

sama ada berbentuk positif atau negatif dan boleh digunakan dalam

bentuk umum.

3. The Decision Delphi – Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan

satu resolusi yang jitu berasaskan kepada pandangan pakar seperti

dalam proses mencapai kata sepakat dalam masalah belanjawan,

pengguguran dan seumpamanya.

Page 18: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

18

Walaupun terdapat berbagai nama bagi kategori Delphi tersebut, namun

prosedur pelaksanaannya adalah sama dan jika ada perbezaan hanyalah pada

bentuk pemilihan pakar yang mengambil bahagian dalam sesuatu sesi kajian

tertentu.

Prosedur Teknik Delphi dan Penentuan Pakar

Bagi melaksanakan teknik Delphi dalam kajian ini, pertama sekali pengkaji perlu

menentukan item-item yang dihasilkan menerusi Fasa I dan Fasa II disusun dalam

bentuk yang kemas dan boleh dikuasai oleh panel pakar. Setelah itu, pengkaji perlu

menentukan sekumpulan pakar yang bersetuju untuk memberi sumbangan kepakaran

mereka dalam menyatakan idea, mengkritik dan menambah baik kandungan item yang

telah ditentukan oleh pengkaji. Stover dan Theodore (1978) dan The university of

Sukhothai Thammatirat, Thailand ( 1994 dlm Ibrahem 2003) menyatakan ciri-ciri

prosedur penggunaan teknik Delphi iaitu :

1. Anonimiti : Panel pakar yang dipilih menyertai kajian menggunakan teknik

Delphi bukanlah berbentuk kolektif, malahan mereka tidak berpeluang mengenali

antara satu sama lain. Ini bertujuan membolehkan para pakar mengeluarkan

pandangan secara sukarela tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Ciri ini dapat

mengurangkan wujudnya pengaruh kesan-kesan bias oleh individu-individu yang

dominan, tekanan dalam kumpulan dan komunikasi yang tidak relevan (Ibrahem

2003).

2. Interaksi : Walaupun para pakar yang dipilih tidak berpeluang bertemu atau

mengenali sesama sendiri, tetapi menerusi teknik ini mereka berpeluang

berinteraksi menerusi pandangan dan jawapan yang dinyatakan dalam

instrumen. Ini kerana teknik ini membenarkan kesemua komen, pandangan serta

rumusan statistik dimasukkan pada pusingan-pusingan yang seterusnya. Semua

pakar diminta menyatakan respon atau persetujuan terhadap pandangan pihak

lain dan mengesahkan pandangan mereka . Proses ini berulang-ulang sehingga

persetujuan pakar dapat diperoleh (Stove & Gordon 1978; Ibrahem 2003)

Page 19: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

19

3. Ulasan Terkawal ( controlled feedback): Ciri ini menekankan kepada sifat ulasan

pakar yang neutral. Setiap ulasan berulang perlu dikawal supaya tiada pengaruh

daripada individu atau pakar yang lebih dominan (Ibrahem 2003).

4. Ulasan Statistik : Setiap respon pakar dianalisis menggunakan analisis statistik

yang lebih menekankan kepada ciri-ciri umum berbanding skor min. Justeru itu,

statistik yang digunakan ialah dalam bentuk median, interkuatil dan frekuensi

(Ibrahem 2003).

Kesemua ciri-ciri tersebut perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan

tujuan untuk memperoleh persetujuan pakar. Usaha tersebut dilaksanakan bagi

menggabungkan pelbagai idea, pendapat dan pandangan pakar ke arah persetujuan

mereka. Uniknya persetujuan ini tercapai tanpa ada bias dan tekanan dari pihak-pihak

yang lebih berdominasi tinggi ( Ibrahem 2003; Stover & Theodore 1978). Dalam kajian

ini, seramai 20 orang pakar dipilih untuk melibatkan diri. Para pakar akan terlebih dahulu

dihubungi dan persetujuan mereka perlu disahkan. Ini untuk menjamin pengekalan

komitmen mereka sehingga tamat pusingan Delphi yang terakhir.

Hasilan akhir kajian ini ialah Pembinaan Kurikulum Asas Membaca Sekolah

Rendah Orang Asli.

Instrumen Teknik Delphi

Fasa II pula melibatkan penggunaan teknik Delphi dua pusingan dengan ubahsuaian

(modified two round Delphi technique) . Teknik Delphi ubahsuaian ini adalah

berpandukan kerangka kajian yang pernah dijalankan menerusi penyelidikan Stewart,

O’Halloran, Harrigan & Singleton (1999), Zargari et al. (2000) dan Feridah (2003) .

Instrumen dalam kajian fasa II ini ialah hasilan temubual daripada fasa I dan

pengubahsuan dibuat daripada Sukatan Pelajaran Pra Sekolah dan Sukatan Pelajaran

Kelas Pemulihan Membaca.

Sementara, pengumpulan dan penganalisisan data teknik Delphi adalah melibatkan

analisis bersifat kuantitatif seperti yang pernah dilaksanakan oleh Kasem (1979),

Norizan (2003) Ibrahem (2003), Saedah & Paris (2003) dan Rosilawati (2006). Untuk

itu, penjelasan tatacara pengumpulan dan penganalisisan data dijelaskan dalam sub

Page 20: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

20

topik berikut. Pengkaji telah menemui kesemua pakar secara berasingan pada salah

satu pusingan dan selebihnya insrumen tersebut dipos secara ekspres atau

menggunakan kiriman elektronik (e-mail) berdasarkan kesesuaiannya dengan pakar

berkenaan. Setiap item dalam instrumen dipaparkan disisinya dengan skala Likert (

Likert Scales) berserta ruangan kosong untuk huraian atau komen dan cadangan pakar.

Setelah pusingan pertama diterima, data dianalisis menggunakan program SPSS untuk

window dan juga Microsoft Excel untuk penjadualan yang lebih kemas. Analisis tersebut

bertujuan untuk mendapatkan kadar median dan julat antara kuartil (inter-quatile

range). Median digunakan untuk menentukan majoriti persetujuan pakar sementara julat

antara kuartil adalah untuk menunjukkan perkaitan persetujuan antara pakar bagi setiap

item. Setelah itu, pusingan kedua yang mengandungi set instrumen yang telah

diubahsuai berdasarkan pandangan dan komentar semua pakar dilaksana. Tujuan

pusingan ini adalah untuk mendapat dan mengesahkan kadar persetujuan yang

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan jitu daripada sekumpulan pakar terhadap

kurikulum modul asas membaca sekolah rendah orang asli. Instrumen ini (set kedua)

turut mengandungi rumusan statistik dan nilai konsensus para pakar dalam pusingan

terdahulu. Pada kali ini, para pakar boleh menentukan sama ada :

Mengesahkan penentuan, komentar dan cadangannya yang asal jika respon

pada pusingan satu lalu berada dalam julat antara kuartil.

Membuat perubahan terhadap penentuan, komentar dan cadangannya yang asal

jika respon pada pusingan satu lalu berada luar daripada julat antara kuartil.

Tetap dengan pandangannya yang jatuh di luar daripada julat antara kuartil,

tetapi beliau perlu menyatakan alasan dan rasional bagi situasi berkenaan.

Page 21: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

21

Rajah 7. Pelaksanaan Teknik Delphi: Kutipan, analisis data dan pemurnian item.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Fasa II :Tatacara Kutipan dan Analisis

Data Teknik Delphi :

Konsensus pakar

Pusingan I : Senarai KAMSROA dihantar tangan/ pos

ekspres/e-mel (tempoh sebulan)

Pusingan 2: Senarai kandungan II KAMSROA dihantar

tangan/ pos ekspres/e-mail

(tempoh 2 minggu: jangkaan)

Analisis kuantitatif SPSS & M.Excel /

Kualitatif - naratif

Analisis kuantitatif M.Excel / SPSS

Kualitatif - naratif

Analisis

kandungan

II :

Saturation

berasaskan

pandangan

pakar

Pemurnian

berasaskan

konsensus

pakar kali kedua

KAMSROA

Page 22: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

22

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan sesuatu yang penting bagi menentukan

kebenaran dan kejituan sesuatu kajian yang dilaksanakan. Kajian ini menggunakan

beberapa proses kesahan dan kebolehpercayaan bagi kesemua kutipan yang

dilaksanakan. Rajah 8 menunjukkan proses kesahan dan kebolehpercayaan yang telah

dijalankan. Huraian lanjut disusuli berikutnya.

Rajah 8. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Rekabentuk Kajian.

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan Teknik Delphi Unit-unit tema tersebut diberikan

kepada dua orang penilai terdiri daripada pensyarah universiti untuk menilai. Hasilan

Reka bentuk

Metod Campuran (secara penerokaan)

Temubual separuh

struktur

Teknik Delphi

Protypye Modul

Kurikulum

Penilaian Modul

(Temubual

separuh struktur

Kesahan Dalaman

Triangulasi

(Inter rater reliability)

KAMSROA

Kebolehpercayaan

Antara Penilai

Triangulasi

(triangulation)

Page 23: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

23

penilaian dikutip dan seterusnya bagi mendapatkan nilai pekali persetujuan antara

penilai, pengkaji menggunakan formula yang dicadangkan oleh Robson (1998). Teknik

pengiraan dan pekali nilai yang diperoleh adalah seperti berikut:

K = Pa-Pc

_____

N – Pc

Keputusan Kajian

Keputusan Kajian : Analisis Keperluan

Fasa 1

Lawatan untuk kajian dan sesi berkenalan dengan murid orang asli di sebuah

sekolah rendah di Kelang telah diadakan pada 3 mac 2007. Temubual separuh

berstruktur dijalankan untuk responden. Penerangan mengenai lawatan disertakan

dalam Lampiran 1.

Temubual dengan Guru

Lawatan untuk kajian kedua dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bahru,

Selangor. Seramai 42 murid yang lemah dalam bacaan peringkat asas telah dapat

dikenalpasti dan kesemuanya ditempatkan di sebuah kelas yang dinamakan

KIA2M berdasarkan kriteria Kementerian Pelajaran. Kajian di fasa ini telah

mengenalpasti tema-tema berikut:

Masalah Utama dalam Asas Membaca

Hasilan pemerhatian dan temubual dengan Guru Besar dan guru-guru sekolah

berkenaan, didapati sebahagian besar murid-murid lemah dalam Bacaan Asas.

Mereka yang berjaya dalam Ujian Penyelarasan KIA2M ditempatkan ke darjah I,

manakala yang masih belum berjaya ditempatkan dalam kelas khas KIA2M.

Berdasarkan analisis temubual dengan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini

Petunjuk: Pa = Unit Persetujuan

Pc = 50% jangkaan persetujuan

N = Bil. Tema yg diuji nilai

persetujuan

Page 24: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

24

menunjukkan murid-murid bukan sahaja menghadapi masalah dari segi

penglihatan, pendengaran, minda dan kinestetik, tetapi juga menghadapi masalah

dalam tumpuan-pembelajaran.

Hasilan temubual dan pemerhatian juga menunjukkan murid-murid

menghadapi masalah bahasa. Oleh kerana guru-guru menggunakan perantaraan

Bahasa Melayu maka dijangkakan ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan

penguasaan Bacaan Asas agak lambat. Oleh itu kajian ini dalam Fasa 2 akan

menekankan kepada penggunaan Bahasa Temuan dalam merangka bahan

bacaan asas mereka.

Hasil kajian ini juga mendapati perancangan untuk modul haruslah

mengandungi aktiviti-aktiviti yang dekat dengan pengalaman hidup murid-murid

seperti penggunaan bahasa, warna yang digemari, jenis buah-buahan dan sayur-

sayuran dan sebagainya yang dekat dengan diri dan kehidupan mereka.

Kajian ini mendapati bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi

penekanan kepada komitmen murid-murid semasa belajar, menghormati

keperluan komuniti tempatan – membina kepelbagaian teknik dengan

menggunakan sumber seperti adat resam, alam persekitaran, cara hidup, bahasa

dan lain-lain yang terdapat dalam komuniti tersebut sebagai asas pembinaan

bahan.

Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa asas Kaedah Mengalami-

Menghayati yang telah dibina oleh Saedah Siraj (1992) yang menggunakan

pengalaman lama pelajar untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran baru

boleh dijadikan asas kepada modul yang akan dibina dalam Fasa 2.

Perlukan lebih terperinci ........

Temubual dengan Murid

Hasilan temubual (15 responden) dapatlah disimpulkan bahawa tahap komunikasi

dalam Bahasa Melayu agak lemah. Di antara perkara penting yang ditemui ialah:

Page 25: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

25

• Buah-buahan yang menjadi kegemaran mereka ialah pisang, manggis,

tembikai, langsat ,nangka

• Kesemua murid melukiskan bunga yang seakan-akan pokok bunga

matarahai seakan-akan bunga matahari. Mereka kelihatan tidak dapat

membuat imej semula daripada fikiran mereka.

• Begitu juga dengan jenis binatang yang mereka tahu. Kesemua murid

melukiskan ular. Sebahagian besarnya melukiskan cengkarung, biawak,

dan binatang yang seakan-akan lembu. Majoriti murid tidak dapat

melukiskan binatang dengan rupa yang sebenar.

• Jenis warna pilihan juga adalah stereotaip di mana mereka hanya

mengatakan suka warna biru, kuning, merah (mereka lukis bendera dan

pelangi sahaja untuk menggambarkan warna). Warna-warna lain tidak

disebutkan.

Sebagai kesimpulan, hasilan temubual menunjukkan responden mempunyai

masalah dalam merealisasikan imej dalam pemikiran mereka. Walaupun mereka

mempunyai pengalaman yang kaya dengan persekitaran seperti binatang dan

pokok-pokok tetapi tidak Berjaya membuat visualisasi terhadap pengalaman

mereka. Bagaimanapun hasilan temubual ini dijadikan asas dalam membuat

perancangan modul kurikulum asas membaca.

…… perlukan data yg lebih terperinci ……

Keputusan Kajian Fasa 2: Pembinaan Modul

Keputusan kajian dalam Fasa I telah digunakan untuk mengenalpasti beberapa

komponen-komponen penting dalam membina kurikulum Asas Membaca murid-

murid sekolah rendah misalnya warna, jenis makanan, tumbuh-tumbuhan dan juga

binatang di persekitaran kehidupan orang asli.

Pembinaan Kandungan Kurikulum Modul Asas Membaca Beberapa siri bengkel telah diadakan untuk membina kandungan dan kaedah

penyampaian untuk asas membaca.

Page 26: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

26

1. Bengkel bersama pakar telah diadakan pada 22hb Februari 2009.

Seramai 15 orang guru telah hadir untuk mengenalpasti kandungan kurikulum

asas membaca dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan. Hasilan bengkel telah

digunakan sebagai asas dalam merancang kandungan dan kaedah mengajar

seperti yang telah dirumuskan dalam Jadual 1. Pemurnian instrumen dan analisis

soalselidik juga telah dijalankan.

2. Berdasarkan kepada Bengkel I yang telah dijalankan, kurikulum protaip di

bentuk. Seterusnya kandungan kurikulum yang dibina tersebut dibandingkan

dengan kurikulum asas membaca untuk pra sekolah dan kelas pemulihan.

Kurikulum ini mengandungi 4 Asas Modul yang bertujuan untuk mempermudahkan

penguasaan membaca di kalangan murid Orang Asli. Ianya diubahsuai berasakan

kepada sukatan pelajaran prasekolah dan kelas pemulihan membaca. Empat

asas modul tersebut ialah:

Modul Asas Membaca 1

Modul Asas Membaca 2

Modul Asas Membaca 3

Modul Asas Membaca 4

Kandungan Aktiviti

ASAS MEMBACA I

Mengenal dan Menyebut Huruf-huruf a-z dan A-Z

Menunjukkan video menyebut a-z dengan lagu Menggunakan kad imbasan a-z dan alat konga (bunyi asas) Pelajar menyebut (sekadar mengenal) Mengenal huruf dengan pengukuhan simfoni asas (+simfoni 2) Murid menyebut tulisan di kad imbasan mengikut irama dengan sebutan a-z Latihan Menulis a-z Latihan Mewarna

Mengenal dan menyebut huruf dan bunyi vokal a,i,e,o,u Membezakan antara huruf dan bunyinya

Mengulang/mengenal huruf vokal Aktiviti Cermin Ajaib secara pasangan (huruf dan bunyinya) Aktiviti membezakan antara huruf dengan bunyi Murid dikawal dengan menggunakan simfoni dan pergerakan asas (alat konga) Gerakerja kumpulan (dibahagi kpd 5kumpulan ikut huruf vokal) Guru menunjuk dan murid menyebut (selari dengan penggunaan

Page 27: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

27

alat konga) Latihan Menulis huruf vokal Latihan Mewarna huruf vokal

Mengenal huruf vokal dan membuat asosiasi dengan penggunaan harian

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan a, i, e, u, o a--ayam; i—ikan; e—ekor; o—oren; u—ular Murid membuat pergerakan asas mengikut huruf Seorang murid memegang kad imbasan huruf dan yang lain melakonkan spt ayam dsb. Guru menunjuk cara dan berlatih beberapa kali Pergerakan dipersembahkan mengikut asas simfoni (+simfoni 3) Murid mengulang sebut setiap huruf vokal dan bunyinya Latihan memadankan huruf dan gambar

Mengenal dan menyebut huruf dan bunyi konsonan Membezakan antara setiap huruf dan bunyinya

Mengenal dan menyebut 5 kumpulan bunyi konsonan Sebutan bibir – b,p,m,f

Sebutan lidah/lelangit – c,j Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x Sebutan depan bibir – w, v

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Aktiviti cermin ajaib dengan bantuan kad imbasan Pengulangan sebutan dengan bantuan alat konga Persembahan bagi setiap pasangan dengan bantuan alat konga Latihan menulis huruf konsonan Latihan mewarna huruf konsonan

ASAS MEMBACA 2

Mengenal dan menyebut gabungan huruf vokal dengan konsonan

Menyebut gabungan a+pi=api; u+bi=ubi; i+si=isi Murid menulis gabungan bunyi dan menyebutnya Latihan menulis

Mengenal dan Menyebut gabungan Konsonan dan vocal (k+v)

Mengenal dan menyebut 5 kumpulan bunyi konsonan Sebutan bibir – b,m,p,f

Sebutan lidan/lelangit – c,j Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x Sebutan depan bibir – w, v

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan berlatih menyebut bunyi huruf dalam kumpulan masing-masing

Guru memegang huruf vokal dalam bentuk kad imbasan besar Setiap kumpulan membunyikan gabungan k+v (setiap vokal) ms.

Ba bi be bu bo; ma mi me mu mo; pa pi pe pu po dll Persembahan setiap kumpulan dengan iringan asas simfoni Serta asas pergerakan drama (+simfoni 4) Latihan menulis

Page 28: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

28

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan bibir – b,m,p,f

Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal untuk 2 sukukata -- Sebutan bibir – b,m,p,f

(batu, biru, baju, bulu, bapa, bara, bali, buru, buku, baka, buta, baru, bisu) (foto, feri) (mama, mata, muka, milo, mana, mati, malu, mula, mari) (papa, paku, pasu, palu, paru, pilu) Guru menunjukkan kad imbasan setiap sukukata Murid menyanyi untuk lagu 2 sukukata: Mama saya suka baca (4x) Papa beli buku baru (4x) Mama buku saya biru(4x) Papa mari baca buku(4x) (+simfoni 5) Latihan menulis penggabungan 2 sukukata

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan lidah/lelangit – c,j

Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal untuk 2 sukukata -- Sebutan lidah/lelangit – c,j

(cari, curi, cucu, cuti, caci) Murid Menyebut berulang-ulang kali Guru menunjukkan kad imbasan setiap sukukata Latihan menulis Latihan mewarna

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z

Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z (dada, dari, duri, dagu, daki, dosa) (laci, lari, lori, lala, lali) (raga, ragi, ratu, rapi, rasa, rusa, rupa, roti, rapi) (tali, topi, titi, turi, tiru, tadi) (saya, satu, sari, sami, saku, sagu, sapu, sila, siku, sapi) (zoo) Murid membuat aktiviti ‘Chorus’ dengan asas pergerakan drama

beberapa kali (dengan iringan alat konga) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (kumpulan d,l,r,t,s) Kumpulan d --- menyebut dengan aksi dada, dagu, duri Kumpulan l ---- laci, lori, lala Kumpulan r ---- raga, rusa, roti

Page 29: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

29

Kumpulan t ---- topi, tali, titi Kumpulan s ---- saku, sagu, siku Latihan menulis penggabungan 2 sukukata Latihan mewarna

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x (kari, kaki, kuli, kami, kamu, kati, kura, kuda, kali) (gigi, gula, guli, gali, gari, guna) (hari, hati, hala, huma) (xray) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (kumpulan, k,g,h,x) Dengan pakaian tradisional, murid dilatih menyanyi dengan sukukata: Kami ada kaki (kumpulan k) Kami ada gigi (kumpulan g) Kami ada hati (kumpulan h) Kami ada x-ray (kumpulan x) (+simfoni 6) Latihan menulis

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv) Sebutan Sebutan depan bibir – w, v

Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal W dan V Murid menyebut bunyi wang dan van Menulis dan melukis gambar

Mengenal dan menyebut gabungan huruf Gabungan konsonan, vokal, konsonan (kvk) -menjadi 1 sukukata

ASAS MEMBACA 3

Guru membawa kesemua barang-barang berikut: beg, cat, bot, pen Dengan bantuan kad imbasan pelajar mengeja Melakonkannya dengan bantuan alat konga Latihan menulis semula ejaannya

Page 30: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

30

Gabungan konsonan, vokal + konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv+kv) yang mudah – menjadi 3 sukukata

Guru membawa kesemua barang-barang berikut: Kerusi, kereta, kepala, kelapa Murid dibahagiakan kepada 4 kumpulan dengan kad imbasan yang mengandungi suku kata setiap perkataan Murid menyebut beramai-ramai dan menyanyikan lagu Bapa ada sebuah kereta Kereta bapa ada kerusi Kerusi cantik warna kelabu Uuuuuuuuu

Gabungan konsonan, vokal+konsonan, vokal, konsonan (kv+kvk) - Menjadi 2

sukata

Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Pokok, badak, lapan, malam, jalan, tilam, kolam, papan, lalat Murid menyebutnya beramai-ramai Latihan mengulang dengan bantuan alat konga seperti berikut: Pokok…. Kok kok kok Badak …dak dak dak Lapan … pan pan pan Malam …lam lam lam Jalan …. Lan lan lan Tilam … lam lam lam Kolam …lam lam lam Papan …pan pan pan Lalat … lat lat lat Latihan menulis

Gabungan konsonan, vocal, konsonan dan konsonan, vocal (kvk+kv) - Menjadi 2

sukukata

Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Sumbu, kunci Murid menyebut Latihan menulis

Gabungan konsonan, vocal, konsonan dan konsonan, vokal, konsonan (kvk+kvk) - Menjadi 2

sukukata

Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Cincin, sampan, tandan Latihan menulis

Page 31: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

31

Gabungan kv+kvkk Menjadi 2 sukukata

Kucing

Gabungan v+kvkk Menjadi 2 sukukata

Orang, udang

Gabungan kvkk+kv/kvk Menjadi 2 sukukata

Tangga, nangka. Tingkap, mangkuk

Gabungan pelbagai kvkk+kvkk; kv+kv+kvkk Menjadi 2 sukukata

Kangkung, longkang

Mengenal dan menyebut diftong dan vokal

Pulau, pakai, salai, surau, kurau

Mengenal dan menyebut diagraf

Nganga, nyanyi

ASAS MEMBACA 4

Membaca dengan gambar

Membaca dengan huruf dan ayat mudah

Membaca petikan mudah

Buku latihan di ambil drp. 1. prof isahak haron 2. cikgu ghazi Guru cemerlang

Page 32: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

32

ANALISIS TEKNIK DELPHI ………

Data syarifah

Rujukan

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. Englewood Cliffs, NJ.: Prentice

Hall.

Lowery, J. (1985). A Guide to American Indian Resource Material for

Classroom Instruction. Philadelphia, PA: Indian Rights Association.

Magga, O, H. (2007). Indigenous Peoples´ Perspectives on Quality

Education. Muat turun pada 10hb April 2007 daripada

http://www.un.org/esa/socdev/unpfii/pfii/members

McKay, M. (1999). Relating indigenous pedagogy to the writing process.

Journal of Indigenous Thought. Muat turun pada 5hb. April, 2007

daripada

http://www.sifc.edu/Indian%20Studies/IndigenousThought/fall99/pedag

ogy-mckay.htm.

More, A. J. (1989). Native Indian learning styles: a review for researchers

and teachers. Journal of American Indian Education, special ed.,

August 1989. Muat turun pada 12 April , 2007 from

http://jaie.asu.edu/sp/V27S1nat.htm.

Reyhner, Jon, Lee, Harry, & Gabbard, David. (1993). A specialized

knowledge base for teaching American Indian and Alaska Native

Page 33: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

33

students. Tribal College Journal, 4(4). Muat turun pada 10hb April,

2007 daripada http://jan.ucc.nau.edu/~jar/TCarticle.html.

Saedah Siraj (1992). Mengajar sastera: Teor, eksperimen dan aplikasi.

Kuala Lumpur: Pustaka Warisan.

Smith, L. T. (1999). Decolonizing Methodologies: Research and Indigenous

Peoples. New York: Zed Books.

Swisher, K. (1994). American Indian learning styles survey: an assessment

of teachers knowledge. The Journal of Educational Issues of Language

Minority Students, 13. Muat turun pada 7hb. April 7, 2007 daripada

http://www.ncbe.gwu.edu/miscpubs/jeilms/vol13/americ13.htm.

Whole of School Intervention (WoSI) Strategy. Muat turun pada 10hb. April

2007 daripada

http://www.dest.gov.au/sectors/indigenous_education/#Whole_of_School_In

tervention_(WoSI)_Strategy

Page 34: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

34

LAMPIRAN 1

GAMBAR………

Page 35: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

35

Lampiran 2

Laporan Program

3hb Mac 2007

“Nyap Kenal Nyap Cinta”

Sk (Asli) Bukit Kemandol

Anjuran

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Disediakan Oleh:Nurul Hanani Binti Rusli

Sh. Noor Azreen Syed Ghazali

Gambar: Peserta program dengan beberapa pelajar orang asli

Sabar, cekal dan bertimbang rasa. Itulah antara elemen-elemen yang perlu dimiliki

oleh guru-guru Sek. Keb. (Asli) Bukit Kemandol, Ulu Klang, Selangor dalam

menjalani rutin harian mereka sebagai guru dan pendidik bagi anak-anak orang asli

di kawasan tersebut. Dikelilingi oleh majoriti suku Temuan, sudah tentulah budaya,

agama dan persekitaran di sekolah tersebut agak berbeza dengan sekolah-sekolah

biasa di negara kita, sekaligus menjadikan tugas mereka sebagai guru bukanlah

sekadar menggunakan kapur dan papan hitam sahaja, tetapi lebih daripada itu. a

Begitulah gambaran awal yang akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang

berkunjung ke kawasan masyarakat orang asli. Lawatan pelajar-pelajar fakulti

pendidikan Universiti Malaya (UM) ke SK (A) Bukit Kemandol pada 3 Mac baru-

baru ini telah memberi harapan baru kepada pihak sekolah tersebut untuk

memperkenalkan lagi sekolah itu di seluruh Malaysia. Menurut Guru Besar sekolah

tersebut, En. Aziz bin Ismail, lawatan seperti ini merupakan julung-julung kali

diadakan sejak sekolah itu ditubuhkan. Terharu dengan kunjungan tersebut, beliau

menegaskan bahawa orang asli di kalangan masyarakat kita sekarang bukan lagi

berada dalam era kegelapan seperti yang melekat dalam gambaran kebanyakan

rakyat Malaysia sekarang.

Page 36: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

36

Lihat sajalah kemudahan yang dimiliki oleh sekolah tersebut. Dewan

sekolah yang agak selesa dilengkapi dengan kelengkapan yang cukup seperti lampu

dan kipas ini, terdapat juga LCD dan speaker yang bermutu tinggi, menjadikan

sekolah tersebut tidak kurang hebatnya berbanding dengan sekolah-sekolah bestari

lain di seluruh negara.

Menurut kebanyakan pelajar fakulti pendidikan UM yang mengikuti

lawatan ini, gambaran awal mereka memang agak berbeza dengan situasi sebenar

sekolah tersebut. Pada firasat mereka sekolah hanyalah berlantaikan tanah dan

berbumbungkan atap nipah, tetapi ternyata imaginasi itu jauh menyimpang dengan

realiti sebenar sekolah itu yang cukup lengkap dengan makmal sains dan juga

makmal komputer. Perjalanan ke sekolah tersebut juga menggambarkan keadaan

sebenar sekolah yang boleh dikatakan dalam kawasan yang sedang membangun,

kerana jalan untuk sampai ke sekolah itu juga agak lebar dan berkeadaan baik.

Perasmian projek dilangsungkan dengan jayanya oleh Prof. Dr. Saedah

Siraj, timbalan dekan fakulti pendidikan Universiti Malaya, yang juga merupakan

pengelola utama program lawatan ini yang dinamakan program “nyap kenal nyap

cinta”. Turut hadir dalam perasmian ialah pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

Selangor sendiri. Menurut pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ini, beliau

agak terpegun dengan kemudahan mikrofon dan juga pembesar suara yang bermutu

tinggi ini kerana pada sangkaan beliau juga beliau terpaksa melaungkan suara untuk

bercakap, malah beliau tidak menjangka boleh bercakap menggunakan kemudahan

yang disediakan seperti itu.

Bilangan murid tahun satu hingga enam di sekolah tersebut tidaklah ramai,

lebih kurang 80 orang sahaja. Berpaksikan seramai lebih kurang sepuluh orang

guru, sekolah ini terus gah dan warga sekolah penuh bersemangat membantu

membangunkan taraf pendidikan anak-anak masyarakat orang asli sehingga

kejayaan yang dicapai agak memberangsangkan walaupun tidak dapat mencapai

tahap seratus peratus. Lihat sahaja keputusan UPSR pada tahun 2006; subjek

Bahasa Inggeris berjaya mencapai tahap 80% lulus. Hal ini jelas menunjukkan

berkat kesabaran dan kesungguhan guru-guru di sekolah tersebut membuahkan

hasil.

Page 37: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

37

Menyedari murid-murid di sekolah ini agak lemah dalam bidang akademik,

guru-guru di sekolah ini turut memberi pendedahan tentang budaya masyarakat

Melayu negara Malaysia kepada mereka. Murid-murid didedahkan dengan aktiviti

kesenian seperti tarian sehingga mereka dapat mempersembahkan satu tarian yang

cukup membanggakan. Hal ini terbukti apabila persembahan tarian zapin yang

dipersembahkan oleh empat orang murid sekolah itu pada majlis perasmian

program telah mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada hadirin, termasuk

ibu bapa kebanyakan pelajar yang turut hadir. Murid-murid itu dapat

mempersembahkan tarian budaya kita dengan agak baik sekali. Tidak hairanlah

kumpulan tarian ini dinobatkan sebagai kumpulan tarian harapan dalam

pertandingan tarian peringkat sekolah-sekolah baru-baru ini.

Persembahan lain yang turut diadakan oleh murid-murid ialah bacaan sajak

oleh dua orang murid sekolah. Sajak yang menceritakan tentang kegagahan

Parameswara serta keunggulan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan

Hang Jebat mendapat penghayatan yang sepenuhnya oleh kedua-dua orang murid

terbabit. Guru-guru yang melatih mereka ini seharusnya diberi penghargaan kerana

secara tidak langsung mereka dapat memupuk semangat cintakan negara Malaysia

di kalangan masyarakat orang asli. Hal ini sekali lagi menunjukkan adanya

peningkatan kemajuan dan kesedaran masyarakat orang asli yang sering dikaitkan

dengan kemunduran dan buta huruf.

Pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya juga telah menyediakan

persembahan pendidikan yang telah dirancang untuk murid-murid sekolah ini.

Antara persembahan yang diadakan ialah persembahan nyanyian kanak-kanak oleh

pusat kebudayaan UM yang turut dijemput untuk bersama-sama menjayakan

program ini. Apa yang mengkagumkan, murid-murid ini mengikuti aktiviti yang

diadakan dengan penuh bersemangat, kerjasama dan mereka dilihat begitu teruja

sekali. Mereka juga boleh mengingat bait-bait lagu kanak-kanak yang diajar dengan

cepat dan lancar.

Selain itu, pelajar-pelajar daripada fakulti pendidikan UM juga tidak

ketinggalan menyampaikan dua persembahan yang bertemakan Sains dan

Matematik. Pelajar-pelajar ini menggunakan tema Sains dan Matematik untuk

Page 38: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

38

memupuk minat murid-murid ini terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pihak UM juga telah menjalankan kaji selidik terhadap murid-murid sekolah ini,

yang bertujuan untuk mengkaji kekuatan mereka dalam bidang-bidang tertentu.

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid lebih cenderung dalam aspek

kinestatik, yang melibatkan penggunaan kemahiran, berbanding dengan sesuatu

yang lebih memerlukan mereka berfikir secara kritikal. Melalui aktiviti yang

dijalankan sepanjang program, murid-murid begitu teruja sekali untuk melibatkan

diri dalam aktiviti tersebut, tetapi apabila ditanya tentang pelajaran dan apa yang

mereka peroleh semasa berada di dalam kelas, kebanyakan daripada murid-murid

ini kelu dan tidak dapat memberi jawapan yang sepatutnya, walaupun mereka bakal

menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Jika ditanya mengenai cita-cita

mereka, kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk memilih polis, askar

atau penyanyi sebagai kerjaya dan tiada seorang pun yang memilih bidang-bidang

professional seperti doktor, jurutera ataupun peguam. Entah mana silapnya,

mungkin mereka kurang didedahkan dengan kerjaya-kerjaya sedemikian ataupun

mungkin tahap pemikiran mereka masih belum mencapai tahap yang sepatutnya

jika dibandingkan dengan usia mereka.

Walaupun begitu, murid-murid sekolah ini masih kaya dengan nilai-nilai

dan kesopanan. Mereka tahu menghormati orang lain, lebih-lebih lagi guru-guru

mereka. Menurut salah seorang guru sekolah tersebut, masalah disiplin bukanlah

masalah utama di sekolah itu, cuma masalah ponteng sahaja yang memang sukar

untuk dikurangkan memandangkan kebanyakan murid-murid tahun enam memilih

jalan untuk mendirikan rumah tangga sebelum tamat zaman persekolahan mereka.

Namun, masalah-masalah disiplin yang berat seperti gangsterisme ataupun buli

belum pernah dilaporkan di sekolah ini, mungkin kerana masyarakat di sini kurang

terdedah dengan budaya luar.

Pelajar-pelajar fakulti pendidikan UM juga berpeluang mengunjungi rumah

murid-murid sekolah ini selepas tamat program Nyap kenal Nyap cinta ini. Pelajar-

pelajar ini berpeluang mengenal budaya orang asli, yang didapati ada juga

persamaan dengan masyarakat melayu. Mereka juga tahu menghormati tetamu dan

melayan tetamu dengan baik sekali walaupun masih ada di kalangan keluarga orang

Page 39: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

39

asli yang kurang minat menerima kunjungan orang luar. Masyarakat orang asli di

sini fasih menggunakan Bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan tetamu luar;

menurut mereka, bahasa Temuan digunakan dengan ahli keluarga sahaja, malah ada

juga sesetengah keluarga yang berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya

sesama ahli keluarga mereka.

Daripada kunjungan pelajar-pelajar fakulti pendidikan UM ke SK (Asli)

Bukit Kemandol, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah masyarakat orang asli ini

patut diberi perhatian yang berterusan daripada pihak-pihak tertentu agar mereka

tidak ketinggalan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia sekarang, terutama murid-

murid sekolah yang merupakan pendokong wawasan negara hampir

keseluruhannya telah mencapai tahap pemikiran yang global dan dinamik. Walau

bagaimanapun, syabas dan ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli (JHEOA) negeri Selangor kerana adanya usaha yang telah dibuat

demi membangunkan masyarakat orang asli di Ulu Klang ini sehingga kehidupan

mereka juga hampir menyamai taraf hidup rakyat Malaysia yang lain.

Page 40: MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010 Kurikulum Modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan

40