sedic booklet

16
UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

Upload: -

Post on 11-Sep-2015

265 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

booklet

TRANSCRIPT

  • UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

    MASYARAKAT INDIA

    JABATAN PERDANA MENTERI

  • ISI KANDUNGAN

    Kata Alu-Aluan Pengarah

    1.0 Mengenai Kami

    1.1 Latar Belakang1.2 Visi & Misi1.3 Objektif1.4 Skop Tugas

    2.0 Panduan Umum

    2.1 Kumpulan Sasaran2.2 Maklumat Am2.3 Skop Cadangan Program (SCP)2.4 Penilaian Program2.5 Panduan Pelaksana Program2.6 Carta Aliran

    3.0 Hubungi Kami

  • KATA ALU-ALUAN PENGARAH

    Salam Sejahtera dan Salam1Malaysia.

    Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India [Socioeconomic Development for Indian Community (SEDIC)] yang telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini merupakan satu lagi usaha murni Kerajaan untuk menyediakan peluang dan inisiatif khas kepada kumpulan sasaran yang sangat memerlukannya.

    Unit ini menyediakan program dan inisiatif khas untuk membantu golongan B40 (pendapatan isi rumah 40% ke bawah) dalam masyarakat India untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dengan menggunakan dana khas Kerajaan.

    SEDIC akan memastikan bahawa dana yang disediakan ini ditadbir urus dengan efisien dan teratur, supaya golongan sasaran yang memerlukan intervensi ini turut terlibat dan menerima manfaat daripadanya.

    Buku ini dapat memberikan maklumat asas kepada orang awam mengenai SEDIC, dan cara-cara memohon bantuan bagi menjalankan program-program.

    PROF. DATUK DR. N.S RAJENDRANPengarahUnit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat IndiaJabatan Perdana Menteri

    PROF. DATUK DR. N.S RAJENDRAN

  • 1.0 MENGENAI KAMI

    1.1 Latar Belakang

    Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah ditubuhkan pada Mei 2014 dengan persetujuan YAB Perdana Menteri.

    Tujuan SEDIC ditubuhkan adalah untuk menyemak, menilai dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui peruntukan kewangan daripada Kerajaan.

  • 1.2 VISI & MISI

    V i s i Ke Arah Membantu Melahirkan Masyarakat India Yang Berjaya Selaras Dengan Arus Perkembangan Negara.

    M i s i Untuk Melaksanakan Pelbagai Inisiatif Ke Arah Membentuk Rakyat Berdaya Saing, Berkualiti, Berilmu, Berkemahiran Dan Berketerampilan Supaya Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan Diri, Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

  • Mengendalikan program intervensi strategik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India terutamanya golongan miskin selaras dengan janji YAB Perdana Menteri kepada masyarakat India dan petunjuk prestasi utama Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Mengenalpasti dan Memantau Penyertaan Masyarakat India Di Dalam Program dan Projek-Projek Kerajaan (CCIC).

    Menguruskan penerimaan dan penilaian cadangan program, pengedaran dana dan pemantauan rapi pelaksanaan program di bawah peruntukan khas Kerajaan untuk masyarakat India.

    Menyelaras program pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sosial bagi melaksanakan dasar-dasar / teras pembangunan.

    1.3 OBJEKTIF

  • 1.4 SKOP TUGAS

    Pelaksanaan Program

    Penyediaan sistem penerimaan dan pelaksanaan cadangan projek. Penilaian program: 3 Peringkat Penilaian. Peringkat Pengawai; Peringkat Pengarah; dan Peringkat Jawatankuasa Penilaian Program. Perakuan kepada YAB Perdana Menteri. Penyediaan MoU dengan pelaksana program. Penyaluran peruntukan.

    Pemantauan Program Penyediaan sistem pemantauan pelaksanaan program dan pelaporan.Memantau / mengaudit program sedia ada dan baru.Penilaian secara mengejut tanpa pemberitahuan awal.Pemantauan berjadual - Pelaksana program akan dimaklumkan lebih awal.Pembentangan pada SEDIC - Pelaksana program akan dijemput untuk membentangkan status pelaksanaan program pada bila-bila masa atau mengikut keperluan.Mengendalikan penilaian untuk menilai impak pelaksanaan program.Melaporkan hasil pemantauan kepada YAB Perdana Menteri.

  • 2.0 PANDUAN UMUM

    2.1 Kumpulan Sasaran

    Umum - Masyarakat India

    Khusus Golongan B40 (pendapatan isi rumah 40% ke bawah)

    Fokus khas:Ibu tunggalPelajar tercicirBelia berisiko tinggiPenganggurGolongan terpencil yang tiada akses kepada peluang perkembangan diri yang kini terdapat di pasaran

  • 2.2 MAKLUMAT AMBadan Bukan Kerajaan (NGO) atau ILKS yang menerima geran, WAJIB melaksanakan langkah-langkah tadbir urus untuk menepati tahap akauntabiliti yang tinggi bagi pihak NGO dan SEDIC.

    Kos yang tidak layak dipertimbangkan:

    Kos operasi / pentadbiran syarikat termasuk gaji pengurus / pekerja.Bayaran sewa premis pejabat / utiliti.Upacara perasmian / penutup yang mewah.Promosi termasuk banner / buntingCenderahati / Beg Cendrahati

    Program yang dicadangkan adalah one-off dan mempunyai exit strategy. Tiada jaminan peruntukan akan diberikan setiap tahun.

    Permohonan berulang: Laporan terperinci pelaksanaan program dan perbelanjaan bagi program sedia ada perlu dikemukakan sebelum mengemukakan permohonan baru.

    Program digalakkan untuk dijalankan di premis kerajaan. Dewan swasta / hotel yang mahal adalah tidak digalakkan.

  • 2.3 SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP)

    1. Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah 2. Penempatan Semula Sekolah Kurang Murid 3. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum di SJKT 4. Penubuhan Prasekolah Baharu dan Pengelolaan Prasekolah Yang Sedia ada di SJKT 2015-2016 5. Pemantapan Profesionalisme Guru Guru Subjek di SJKT 6. Peningkatan Profesionalisme Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di SJKT 7. Mengendalikan Isu - Isu Dokumentasi dalam Kalangan Masyarakat India 8. Meningkatkan Pengambilan Pelajar ke IPTA, Politeknik, ILP dan IKBN 9. Program Belia Berisiko Tinggi 10. Meningkatkan Penyertaan Kaum India Dalam Sektor Awam 11. Umum

    Antara skop cadangan program yang diberikan tumpuan adalah :-

  • 2.4 PENILAIAN PROGRAM

    Peringkat Penilaian

    Penilaian Peringkat Pegawai PelaksanaanCadangan program disemak dari segi kelengkapan

    dokumen dan kesesuaian dengan skop SEDIC.

    Penilaian Peringkat PengarahCadangan program dinilai dari segi keperluan program termasuk kumpulan sasar dan masyarakat di lokasi yang

    dicadangkan.

    Penilaian Peringkat Jawatankuasa Penilaian daripada Program

    Penilaian keseluruhan oleh Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil Pejabat Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia,

    Kementerian Belia dan Sukan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan agensi-agensi lain mengikut

    keperluan.

  • KRITERIA PENILAIAN

    Menepati kumpulan sasar yang ditetapkan.

    Program yang bertujuan memajukan kumpulan sasar dari segi ekonomi seperti menjana pendapatan sampingan, pembangunan sosial atau rohani.

    Pelaksana program yang mempunyai kapasiti, kemudahan infrastruktur yang mencukupi, pengendali program yang berkelayakan, rekod pangalaman (track record) serta sijil yang dikeluarkan diiktiraf di peringkat nasional.

    Program yang dijangka akan memberikan impak kepada kumpulan sasar dan masyarakat.

    Keutamaan diberikan kepada program yang mempunyai aktiviti susulan seperti handholding atau tracer selepas tamat tempoh pelaksanaan program asal.

    Organisasi yang menunjukkan bukti pengalaman menjalankan program yang dipohon rekod pangalaman (track record) dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan kewangan akan diberi keutamaan.

  • 2.5 PANDUAN PELAKSANA PROJEKPelaksana program digalakkan melaksanakan projek yang sesuai dengan kepakaran dan keistimewaan organisasi.

    Pengendali program hendaklah mempunyai kepakaran, pengetahuan dan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang mencukupi.

    Program digalakkan untuk memberi tumpuan di kawasan-kawasan pedalaman yang lebih luas di seluruh negara. Elakkan daripada konsentrasi yang berlebihan di kawasan-kawasan popular seperti Lembah Klang.

    Cadangan program hendaklah dikemukakan kepada SEDIC dengan menggunakan Borang Permohonan yang disediakan.

    Borang Permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.sedic.my

  • KRITERIA PENILAIANUNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIAJABATAN PERDANA MENTERI

    SEDIC

  • H U B U N G I K A M I

    Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri

    Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya

    Facebook.com/mysedic mysedic [email protected] www.sedic.my

    03-88805186 03-88805188