booklet sejarah.pptx

15
Kisah Tugu Peringatan dan Tugu Negara Malaysia Pengukir dari Austria bernama Felix de Weldon Pada tahun 1966 Diperbuat daripada gangsa dan dibina setinggi 15 meter Tujuan pembinaannya adalah sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan para perajurit Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Berhampiran bangunan Parlimen di Kuala Lumpur TUGU NEGARA

Upload: nicole-jones

Post on 20-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Slide 1

Kisah Tugu Peringatan dan Tugu Negara MalaysiaPengukir dari Austria bernama Felix de WeldonPada tahun 1966Diperbuat daripada gangsa dan dibina setinggi 15 meterTujuan pembinaannya adalah sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan para perajuritSetiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.Berhampiran bangunan Parlimen di Kuala LumpurTUGU NEGARA

Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang pelbagaiMewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan kekayaan Negara

Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai

Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan teknologiBUNGA RAYABUNGA KEBANGSAANRUKUN NEGARAKepercayaan kepada Tuhan Kesetiaaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undangKesopanan dan KesusilaanRUKUN NEGARA

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAANBAHASA KEBANGSAAN

BAHASA KEBANGSAAN

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.JATA NEGARA

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Kemudian-nya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul RidzuanLaguini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003

.

LAGU NEGARAKU

YANG DIPERTUAN AGONGYang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

YANG DIPERTUAN AGONGSejarah Lantikan Yang Di-Pertuan AgongJawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu. Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama. Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun). Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

YANG DIPERTUAN AGONGSelepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:1.Negeri Sembilan2.Selangor3.Perlis4.Terengganu5.Kedah6.Kelantan7.Pahang8.Johor9.Perak

Giliran Negeri Yang Di-Pertuan AgongKekananan di kalangan Sultan dan RajaBaginda berkenan untuk menjadi AgongTidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mentalMerupakan Raja yang berada di kedudukan teratasMendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lainDan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut

Faktor Pemilihan Yang Di-Pertuan AgongHanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden. Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya. Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.

Kebaikan Sistem

dikenali sebagaiJalur Gemilangmengandungi 14 jalur merah dan putih warna biru tua perpaduan rakyatMalaysia anak bulan tandaAgama Islam- agama rasmi Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Nama benderaMalaysiatelah diisytiharkan olehTun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31Ogos 1997

BENDERA MALAYSIA