secara individu anda dikehendaki menulis sebuah cerpen bertemakan

7
Secara individu anda dikehendaki menulis sebuah cerpen bertemakan “Perpaduan ATAU “Kasih Sayang dengan penggunaan frasa yang betul. (Individu – 50%) Panjang esei tidak melebihi 1000 patah perkataan. “IBUKU SAYANG” Petang itu aku pulang dari sekolah dengan keadaan menangis kerana aku diejek teman-temanku. Mereka mengatakan bahawa ibuku dalam kesakitan, tidak pernah mengurusku, bahkan akulah yang mengurus ibu. Aku iri hati dengan teman-temanku yang selalu dihantar dan dijemput oleh ibu mereka. "Adik, kenapa nangis?" sambut ayah ketika melihat aku pulang. "Papa, kenapa ibu selalu sakit. Tak pernah seharipun dia sembuh." jawabku kesal. "ishhhh jangan cakap macam itu?" "Aku malu dengan ibu yang selalu sakit, Papa. Teman-temanku selalu dijemput oleh ibu mereka. Sedangkan aku? Ibu tidak pernah menjemput dan menjagaku, malah aku yang selalu menjaganya." "Jaga perkataan awak Adik! Meskipun sakit sebegitu, dia tetap ibu awak! Dia yang telah melahirkan kamu! Kamu jangan menjadi anak yang derhaka. Awak tahu tak, apakah penyebab ibu awak sakit seperti itu?" "Tidak! Kenapa ibu sakit?" "Ibu dulu sihat, sangat sihat. Dia sakit kerana…." "Sudah! Jangan lanjutkan lagi!" kata ibu memotong perbicaraan bapa. Aku pun berlari menuju ke katil. Sebelumnya, ibu tersenyum kepadaku. Dari katil, aku perlahan-lahan mendengar perbicaraan ibu dengan ayah.

Upload: ritta-sanni-babu

Post on 11-Jul-2016

35 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

jpo

TRANSCRIPT

Page 1: Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Sebuah Cerpen Bertemakan

Secara individu anda dikehendaki menulis sebuah cerpen bertemakan “Perpaduan ATAU “Kasih Sayang dengan penggunaan frasa yang betul. (Individu – 50%)

Panjang esei tidak melebihi 1000 patah perkataan.

“IBUKU SAYANG”

Petang itu aku pulang dari sekolah dengan keadaan menangis kerana aku diejek teman-

temanku. Mereka mengatakan bahawa ibuku dalam kesakitan, tidak pernah mengurusku,

bahkan akulah yang mengurus ibu. Aku iri hati dengan teman-temanku yang selalu dihantar dan

dijemput oleh ibu mereka.

"Adik, kenapa nangis?" sambut ayah ketika melihat aku pulang.

"Papa, kenapa ibu selalu sakit. Tak pernah seharipun dia sembuh." jawabku kesal.

"ishhhh jangan cakap macam itu?"

"Aku malu dengan ibu yang selalu sakit, Papa. Teman-temanku selalu dijemput oleh ibu

mereka. Sedangkan aku? Ibu tidak pernah menjemput dan menjagaku, malah aku yang selalu

menjaganya."

"Jaga perkataan awak Adik! Meskipun sakit sebegitu, dia tetap ibu awak! Dia yang telah

melahirkan kamu! Kamu jangan menjadi anak yang derhaka. Awak tahu tak, apakah penyebab

ibu awak sakit seperti itu?"

"Tidak! Kenapa ibu sakit?"

"Ibu dulu sihat, sangat sihat. Dia sakit kerana…."

"Sudah! Jangan lanjutkan lagi!" kata ibu memotong perbicaraan bapa.

Aku pun berlari menuju ke katil. Sebelumnya, ibu tersenyum kepadaku. Dari katil, aku perlahan-

lahan mendengar perbicaraan ibu dengan ayah.

"Jangan beritahu punca penyakitku kepada Adik." kata ibu dengan suara yang lembut.

"Tapi, dia sangat kurang ajar dengan kamu. Aku tidak dapat terima jika dia terus seperti itu."

"Sudahlah, tidak apa-apa. Aku tahu perasaannya, pasti dia malu, dia ingin mendapatkan kasih

sayangku. Aku ikhlas menjalani semua ini."

"Tapi sampai bila kamu akan menyembunyikan semua ini?"

Page 2: Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Sebuah Cerpen Bertemakan

"Sampai tiba masanya."

Sebenarnya aku juga tidak ingin menyatakan perkara seperti itu. Aku juga sangat sayang

dengan ibu. Tapi aku sudah tidak tahan dengan ejekan rakan-rakanku. Tubuhku sendiri juga

lemah. Aku juga sering sakit. Tetapi aku tetap sembuh, tidak seperti ibuku. Jika penyakit ibu itu

merebak kepadaku? Aku tidak mahu jika hal itu terjadi. Aku tidak mahu sakit terus yang tak

sembuh sembuh.

Malam itu dadaku terasa sakit. Susah bernafas. Akupun memanggil papa. "Adik! Kamu

kenapa?" Aku sudah tidak dapat menjawab lalu pengsan.

Aku dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ibu dan papa panik. Mereka tidak dapat menerima keadaan aku yang sakit dan terlantar di

hospital. Doktor keluar dari wad tersebut.

"Bagaimana keadaan anak saya, Doktor?" tanya Ibu dengan suara yang gementar.

"Paru-parunya lemah. Dulu saya pernah beritahu bahawa jika anak Puan lahir dia akan selalu

mengalami gangguan kesihatan. Dia memerlukan penderma paru-paru sekarang." jawab doktor

dengan hati yang berat.

"Lakukan yang terbaik, Doktor. Saya merayu." rayu bapa.

"Anak Encik memerlukan penderma paru-paru secepatnya."

"Ambil saja paru-paru saya, Doktor. Yang penting anak saya sembuh." kata Ibu.

"Tapi Puan, organ tubuh puan sudah banyak dikorbankan untuk anak puan. Jika paru-paru

puan diderma, malah nyawa puan yang tidak dapat diselamatkan." kata doktor.

"Tidak apa-apa Doktor. Lakukan yang terbaik untuk anak saya. Saya rela melakukan apa pun

demi keselamatannya meskipun perkara itu bermakna saya harus mengorbankan nyawa saya."

kata ibu.

"Tidak! Kamu sudah cukup mengorbankan organ tubuhmu untuk Adik. Tetapi dia juga tidak

tahu berterima kasih. Malahan kurang ajar denganmu." Bapa mencegah ibu agar tidak

mengorbankan paru-parunya serta nyawanya.

Page 3: Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Sebuah Cerpen Bertemakan

"Tidak apa-apa, sayang. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Kalau Adik tahu tentang semua

ini, pasti dia akan menyesal. Mungkin dengan cara ini, dia jadi lebih menghormati orang tua."

kata ibu.

"Doktor, dermakanlah paru-paru saya sekarang. Lebih cepat lebih baik kan?"

"Baiklah kalau begitu. Ikut saya ke bilik pembedahan sekarang." kata doktor sambil berjalan.

"Sayang, saya merayu jangan, sayang. Aku tidak dapat menerima kehilangan kamu." Papa

memohon kepada ibu.

"Sudahlah, Sayang. Kalaulah aku sudah tiada pun, aku tetap hidup dekat dengan Sayang

kerana hampir semua organ saya telah diderma kepada Adik." Ibupun pergi ke bilik

pembedahan.

Bapa masuk ke wad Adik dirawat. Ternyata dia sudah sedar, meskipun dia kelihatan masih

sangat serius.

"Kamu sudah sedar, Adik?"

"Aku kenapa, Papa?"

"Paru-paru kamu lemah, dik. Kamu harus menjalani pembedahan. Untung ada orang yang rela

untuk menderma paru-paru kepada kamu. Kamu sedia kan untuk menjalani pembedahan?”

"Pembedahan? Sekarang? Adik takut, Papa. Tapi siapa yang rela menderma paru-parunya

kepada adik? Baik sekali orang itu."

"Tenang Adik. Papa akan selalu menjagamu. Nanti kamu juga akan tahu siapa yang menderma

paru-parunya untuk Adik."

Tiba-tiba pintu dibuka. Doktor dan jururawat masuk ke wad tersebut. Mereka membawaku ke

bilik pembedahan. Ayah tersenyum kepadaku. Tapi, aku tidak melihat ibu? Di mana dia? Ah

entahlah, yang penting sekarang adalah pembedahanku! Malahan ibu juga yang tidak peduli

tentang diriku.

Hampir tiga jam pembedahan dilakukan.

"Bagaimana keadaan anak dan isteri saya, Doktor?" kata bapa setelah melihat Doktor keluar

dari bilik pembedahan.

Page 4: Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Sebuah Cerpen Bertemakan

"Anak Encik selamat tetapi isteri Encik……. Isteri Encik tidak dapat diselamatkan. Hampir

semua organ tubuhnya didermakan kepada anak Encik. Pengorbanan isteri anda sangat besar.

Anak Encik seharusnya bangga kerana mempunyai ibu yang begitu ikhlas sepertinya.

"Terima kasih Doktor kerana telah melakukan yang terbaik untuk menyembuhkan anak saya."

kata bapa sambil menjabat tangan doktor tersebut.

*keesokan harinya*

Papa menghampiriku. "Bagaimana, Adik? Sudah sihatkan?"

"Sudah, Papa. Papa mengapa menangis? Bukankah papa seharusnya gembira kerana

pembedahan adik berjalan dengan lancar?"

"Ya, dik. Tapi.."

"Tapi kenapa, Papa? Ibu mana? Adik tidak melihatnya dari sebelum adik dibedah? Lepas itu,

papa semalam pergi mana papa? Tinggal adik berseorangan?”

"Adik nak jumpa ibu ke?"

"Ya, Papa."

"Baiklah. Adik ikut papa sekarang. Sebelum itu kita minta kebenaran dulu daripada doktor."

Papa membawaku ke tanah perkuburan yang berhampiran dengan hospital tersebut.

"Kenapa papa bawa adik ke sini?"

"Adik kata nak jumpa ibu..."

"Ha? Ibu..Jangan cakap yang ibu..Ibu kenapa, Papa?"

"Ibu awak sudah tidak ada, Adik. Dialah yang mendermakan paru-paru kepada Adik." kata Papa

dengan berat hati.

"Apa? Tidak! Tidak mungkin!" aku pun memeluk Papa.

Aku dan Papa diselibungi dalam kesedihan. Air mata mengalir tak henti-henti. Setelah hampir

sehari Aku dan papa di makam ibu, kami pun kembali ke hospital kerana Aku belum sembuh

sepenuhnya lagi.

Page 5: Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Sebuah Cerpen Bertemakan

Selepas seminggu dirawat di hospital, akhirnya akupun diberi kebenaran untuk balik ke

rumah. “Aku masih dalam suasana berkabung. Aku sangat menyesal atas perbuatanku tehadap

ibu. Kini aku sedar, sudah pasti ibu sakit kerana sudah hampir semua organ dalam tubuhnya

telah diderma kepadaku. Tapi aku bukannya berterima kasih malah derhaka kepadanya. Ibu

adik sayang ibu. Adik sangat rindu kat ibu. Kasih sayangmu akan selalu adik kenang. Aku pun

memohon kepada Tuhan.

Tuhan, pertemukanlah aku dengan ibu sekejab saja. Aku hanya ingin berterima kasih dan

memeluknya untuk kali yang terakhir. Aku juga ingin menyatakan kepadanya bahawa aku

sangat menyayanginya. Ibu, adik janji, adik akan menjadi anak yang berbakti. Adik akan

merealisasikan semua keinginan dan impian ibu. Adik janji ibu.

*Tamat*