ketua editor - archive.unimas.my · jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh...

16

Upload: ledat

Post on 04-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang
Page 2: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

Ketua EditorWacana

Editorial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terlebih dahulu kami warga kerja di Bahagian Penerbitan UNIMAS ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Puan Resni Mona yang telah menamatkan tugas beliau sebagai Ketua Bahagian Penerbitan pada bulan April 2011.

Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sangat-sangat dihargai dan disanjung tinggi. Puan Resni kini beralih

tugas di Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan UNIMAS dengan memegang jawatan sebagai Pensyarah. Meskipun terlalu singkat sumbangan dicurahkan

iaitu dua tahun (bertugas mulai bulan Ogos 2008), tetapi perkhidmatan dan tunjuk ajar beliau menjadi Tinta Emas di dalam sejarah perkembangan

penerbitan di universiti ini.Beliau merupakan Ketua Bahagian yang berwibawa. Beliau telah banyak

membantu Bahagian Penerbitan UNIMAS dalam memberi pandangan, pendapat, tenaga dan khidmat bakti demi merealisasikan visi dan misi

Bahagian Penerbitan UNIMAS ke arah kecemerlangan.Akhir kata, sekali lagi kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Puan Resni Mona yang telah begitu banyak berjasa serta menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Doa dan harapan warga kerja

Bahagian Penerbitan UNIMAS, semoga beliau beroleh kesihatan yang sejahtera sepanjang masa. Terima-kasih.

Sungguh luas permukaan lautMenjadi gelanggang para nelayan

Hati terkenang mulut menyebutBudi dan nasihat menjadi pedoman

Memetik buah mengguna galahGalah diambil dari taman

Walau sezarah silap dan salahMohon agar dimaafkan

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Sidang EditorialRabiah Bujang

Norinda K. Su’utSarena Haidir

Erwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

Azlandy Mohammid Ali Tuah

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan Aras 5

Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak

Mutiara Kata“Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya

semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman

anda.”

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu

Mubarak)

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari

memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”

Page 3: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

berkenaan telah dibuat dalam masa satu tahun setengah dan ia akan diserahkan kepada SPU apabila lengkap nanti. Justeru, beliau berharap laporan kajian itu dapat membantu dalam memenuhi kehendak tenaga kerja di SCORE nanti terutama keperluan tenaga kerja mahir.

Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid sedang ditemuramah oleh wartawan tempatan dalam satu sidang media

Ketua EditorWacana

Editorial

3

TahniahUNIMAS Antara Universiti

Terbaik di ASIA

Pertengahan tahun 2011 membawa tuah kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selepas disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011.Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa faktor Universiti muda bukan menjadi alasan untuk UNIMAS berdiri setanding dengan universiti terbaik yang lain di Asia.Berita baik ini telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid yang mengganggap ia sebagai penganugerahan kepada hasil dan usaha warga UNIMAS yang sentiasa berusaha meningkatkan profil universiti ini di peringkat antarabangsa.Beliau tidak menafikan aktiviti penyelidikan yang aktif dijalankan di UNIMAS selain peningkatan kualiti berterusan, juga antara

faktor penyumbang kepada pengiktirafan tersebut.“ Ia sebenarnya satu kejutan kerana UNIMAS dilihat masih muda berbanding universiti tertua di Malaysia dan Asia khasnya,” katanya.Bagaimanapun, katanya, UNIMAS tidak alpa dengan pengiktirafan tersebut tetapi akan terus bergerak bagi mencapai status universiti penyelidikan menjelang tahun 2015 nanti.Justeru, UNIMAS kini giat menjalankan kajian dan penyelidikan yang boleh menonjolkan nama universiti hingga ke peringkat antarabangsa.Beliau berkata, sejak tiga tahun lepas, UNIMAS giat mengadakan kerjasama dengan universiti dari luar negara selain pihak swasta dalam bidang yang berkaitan dengan kajian dan penyelidikan.

Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau dikenali SCORE yang diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada UNIMAS dijangka akan diserahkan kepada Unit Perancangan Negeri (SPU) tidak lama lagi.Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid memberitahu, laporan tersebut yang dinamakan ‘Main Power Study For SCORE’ merupakan amanah Ketua Menteri untuk membuat laporan kajian mengenai keperluan tenaga kerja dalam perindustrian SCORE.Beliau menerangkan laporan itu merangkumi skop yang luas dan ia akan membantu kerajaan negeri merancang sama ada untuk melihat keperluan tenaga kerja dari dalaman atau luaran.“Kerajaan negeri juga akan melihat bagaimana cara-cara menarik rakyat Sarawak yang bekerja di luar negeri untuk bekerja di Sarawak bagi memenuhi kehendak SCORE.” Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Ikrar Pelajar Pra-U Sesi 2011/2012 pada 6 Jun lepas. Profesor Datuk Dr Khairuddin memberitahu, laporan

“ Main Process Study for SCORE”

Page 4: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

4

Ketengah Bakat Pelajar

UNIMAS :Datu Dr Hatta Solhi

Pelajar tahun Akhir Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, menunjukkan bakat masing-masing dalam

Program Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2011 selama empat hari bermula 11 April dengan bertemakan Dimensi 360.Program tahunan tersebut bukan sahaja dilihat sebagai peluang pelajar tahun akhir mempamerkan kreativiti masing-masing malah ia juga membuka pintu kepada mereka melihat peluang ke arah mengkomersialkan produk yang dihasilkan.Dalam majlis perasmian, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi berkata dengan adanya program sedemikian, ia dapat mengetengahkan bakat pelajar dalam mencipta produk baru untuk industri pembuatan, perkhidmatan, perubatan, pertanian, perfileman dan lain-lain.“CIPTA juga memberi pendedahan kepada aspek perancangan pameran dan pengurusan berlandaskan kreativiti dan inovasi. Lagipun, program sebegini adalah sebagai cara untuk menjalin kerjasama antara pelajar dan pihak luar,” katanya.Datu Hatta Solhi memberitahu program sebegini juga akan memberi pendedahan kepada orang luar tentang kepentingan kontemparari seni dan pembangunannya menggunakan teknologi terkini.

Datu Dr Hatta melawat pameran CIPTA pelajar UNIMAS

CIPTA

Page 5: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

5

Dalam usaha melahirkan pemimpin masa depan yang disegani dan

mempunyai ciri-ciri kepemimpinan berkualiti, mahasiswa masa kini perlu mendekatkan diri dengan masyarakat dan mempelajari bagaimana untuk membangunkan diri sendiri.Bantuan tidak kira dalam apa juga bidang terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik di kawasan-kawasan pedalaman seharusnya diberikan fokus utama dalam menjayakan usaha murni ini.Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Madya Mohd. Fadzil Abd. Rahman berkata, para pemimpin masa hadapan perlu dilatih dari peringkat universiti lagi.“Sifat kepimpinan ini perlu ada dalam setiap diri pelajar kerana ia begitu penting untuk perkembangan dan kematangan minda mereka.“Dengan mendekatkan diri dengan masyarakat juga, para pelajar akan mengetahui dengan lebih dekat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka serta akan berusaha untuk menangani masalah tersebut dengan jayanya,” katanya pada Program Pemimpin Muda UNIMAS bertempat di Dewan UNIMAS, Kuching, Sarawak pada 4 April lepas.Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Dato Dr. Rosli Mat Hassan yang turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi menjayakan tersebut.

Profesor Madya Mohd Fadzil menambah, program tersebut diharap dapat membantu keluarga kurang berkemampuan di sepanjang Sungai Rajang dalam pelbagai aspek termasuklah pendidikan.“Para pelajar yang terlibat juga diharap dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat di kawasan berkenaan serta mengambil peluang untuk menggalakkan anak-anak kecil untuk belajar.Sementara itu, Dato Dr. Rosli berkata, YPM sentiasa menyokong usaha kerajaan serta membantu dan menambah baik setiap kekurangan yang terdapat dalam bidang pendidikan bagi membangunkan mutu pendidikan negara.“Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang tinggi bagi bidang pendidikan setiap tahun.“Ia perlu digunakan dengan cara yang betul serta disalurkan kepada semua pihak dengan lebih menyeluruh termasuklah kepada masyarakat di kawasan pedalaman.,” katanya.Sementara itu, UNIMAS dengan kerjasama YPM akan melaksanakan Program Kembara Pemimpin Mahasiswa Menyusur Sungai Rajang bagi memberi pendedahan kepada pelajar universiti ini untuk membantu masyarakat di kawasan pedalaman dengan bertujuan memberi peluang kepada para pemimpin muda ini merasai sendiri dan menyelami kesusahan masyarakat di kawasan terpencil dan memberi bantuan kepada mereka.

Dr. Rosli Mat Hassan (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM50,000 kepada Prof. Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman bagi menjayakan Program Kembara Pemimpin Mahasiswa Menyusur Sungai Rajang di Kuching.

Barisan generasi muda yang diharap dapat menjadi pemimpin negara suatu

hari kelak.

Lahir Mahasiswa Dekati DiriDengan Masyarakat

Page 6: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

76

UNIMAS dijangka akan menjadi sebuah pusat latihan untuk teknologi terkini selepas menjalin kerjasama dengan penyedia teknologi Man & Tel Co Ltd, Korea Utara yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) pada 20 Mei lepas. Memorandum persefahaman antara dua entiti besar itu ditandatangani bagi menyaksikan pembangunan mengenai teknologi perisian, yang akan diketuai oleh Bahagian Teknologi Komunikasi dan Sistem Komputer UNIMAS.Dalam MoU tersebut, UNIMAS telah diwakili oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid manakala Man & Tel diwakili oleh Presidennya, Professor Dr Jung Kwang Wook.UNIMAS telah mengenal-pasti dua fakulti yang mempunyai kepakaran tentang sistem berkenaan iaitu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Fakulti Kejuruteraan .Naib Canselor UNIMAS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid memberitahu UNIMAS bercadang untuk membuka program pra-siswazah di dalam bidang sistem kejuruteraan tahun depan dan MoU ini membuktikan tentang keperluan sumber.Beliau berkata, kepakaran perkakasan dari Man & Tel bersama-sama dengan kotak alatan latihan global dan modul, akan digunakan sebagai usaha menjadikan UNIMAS sebagai sebuah pusat latihan untuk teknologi-teknologi ini.Datuk Dr Khairuddin memberitahu MoU dengan Man & Tel dilihat bertepatan dan strategik, sebagai satu era ‘Jaringan Barangan’ pendekatan-pendekatan, yang didefinisikan sebagai sebuah dunia di mana objek-objek fizikal lancar diintegerasikan ke dalam rangkaian maklumat dan menjadi peserta-peserta aktif yang menyokong proses membuat keputusan dan meningkatkan kualiti hidup.Satu lagi projek yang dicadangkan di dalam MoU itu ialah rekabentuk sistem latihan pendidikan LAN wayarles di mana Man & Tel akan menyumbang terutamanya pada reka bentuk dan pembangunan sistem peralatan manakala UNIMAS akan menumpukan pada sistem perisian dan dalam buku panduan reka bentuk eksperimen.Man & Tel merupakan universiti pertama di Korea Selatan menjadi rakan kongsi industri yang menyediakan alat-alat latihan teknologi seperti sistem yang tersirat dan rangkaian komunikasi.Turut hadir pada majlis MoU itu ialah Timbalan Pengerusi Scientific and Technical Products Sdn Bhd, Tony Tee Boon Chai, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi , Prof Dr Peter Songan dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof Dr Narayanan Kulathuramaiyer.

Kerjasama strategik….Datuk Dr Khairuddin berjabat tangan dengan Jung selepas MoU

berlangsung.

UNIMAS Jalin Kerjasama DenganMan & Tel Co Ltd

Page 7: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

76

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang memiliki sambungan Metro-E pada 170Mbps selepas termenterainya perjanjian antara UNIMAS dan Telekom Malaysia Berhad (TM) pada 6 April lepas.Dalam perjanjian itu, TM akan membekalkan perkhidmatan Metro-Ethernet (Metro-E) untuk kampus universiti di Kota Samarahan, Sarawak. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor, UNIMAS, Profesor Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid dan Naib Presiden Eksekutif, sektor kerajaan, TM, Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam.Menurut perjanjian berkenaan, TM akan menghubungkan kampus UNIMAS di Kota Samarahan, Sarawak menerusi Metro-E, sebuah rangkaian hubungan gentian berkelajuan tinggi. TM juga komited untuk membekalkan perkhidmatan Wi-Fi TM kepada kampus UNIMAS di bawah perancangan selama satu tahun di masa hadapan. Dengan penyediaan sambungan TM Metro-E 170Mbps dan penawaran perkhidmatan Wi-Fi di kampus tersebut pada masa akan datang, UNIMAS menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menikmati sambungan pada kelajuan 170Mbps. Di samping itu, dengan sambungan Internet tanpa wayar TM Wi-Fi, para pelajar UNIMAS boleh mengakses Internet 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan menikmati pengalaman akses Internet yang lebih baik semasa di kampus. Ini akan terus meningkatkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran untuk para pelajar serta kakitangan. Dengan Metro-E, UNIMAS kini mampu meningkatkan kapasiti rangkaian dan kecekapan operasi manakala perkhidmatan tersebut turut menyokong pembangunan universiti terulung di Sarawak dengan membolehkan para pelajar, ahli akademik dan staf untuk meningkatkan daya saing mereka di peringkat tempatan, serantau malah sedunia.

Lebih 200 mahasiswa anak negeri Perak telah meluangkan masa bersama-sama dengan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam Program Ramah Mesra Mahasiswa Anak Perak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 8 April lepas.Dalam program tersebut, mahasiswa yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berkongsi idea dan pandangan masing-masing bersama beliau.Dalam ucapan ringkas, Datuk Seri Dr Zambry berkata Kerajaan Perak menghargai generasi muda dalam usaha melahirkan pemimpin masa akan datang yang lebih berkualiti.Beliau memberitahu, kerajaan tidak boleh bergantung kepada cara politik lama sebaliknya perlu mengambilkira pandangan golongan muda yang dilihat lebih sesuai untuk diaplikasikan zaman sekarang.Oleh demikian, menurut beliau, sudah tiba masa untuk mengubah cara politik yang diamalkan sejak dahulu kepada yang baru dimana ia seiring dengan peredaran masa dan corak pemikiran pemimpin muda.“Kita memberi keutamaan kepada golongan mahasiswa ini kerana mereka adalah generasi yang akan mentadbir negeri Perak suatu hari nanti. Mereka adalah aset negeri dan pelapis yang akan membawa perubahan dan pembangunan kepada negeri Perak,” sambungnya.Katanya, apa yang diharapkan kini adalah mahasiswa terbabit dapat memberi perkhidmatan dengan kepakaran dan kepimpinan mereka di negeri Perak selepas kesemua tamat belajar nanti.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersalam-salaman dengan mahasiswa UNIMAS dari Perak

UNIMAS Universiti Awam Pertama Miliki Metro-E

Perjanjian Persefahaman yang menjadikan UNIMAS sebagai universiti awam pertama di Malaysia memiliki sambungan Metro-E pada 170Mbps

Menteri Besar Perak Lawat Mahasiswa Anak Perak di UNIMAS

Page 8: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

Rebut Peluang Timba Ilmu Ke Peringkat Tinggi

98

RIMC Anjur Bengkel SPSSSeramai 23 staf akademik telah menyertai bengkel ‘Multivariate Statistics with

SPSS’ selama dua hari bermula 14 hingga 15 April lepas anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UNIMAS.Bengkel tersebut menampilkan penceramah jemputan iaitu Prof Dr Ananda Kumar Palaniappan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Bengkel itu dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran dalam analisis statistik multivariat. Ia juga merupakan lanjutan bengkel sebelum ini iaitu peringkat asas statistik/bengkel SPSS. Peringkat lanjutan ini meliputi analisis Multivariate Statistical seperti analisis faktor atau analisis faktor eksploratori, analisis bahan, MANOVA, ANCOVA, dan sebagainya. Bengkel ini juga akan membantu peserta mentafsirkan dengan tepat output data analisis SPSS dan melaporkan keputusan-keputusan dalam format yang boleh diterima untuk penerbitan dalam ISI-INDEXED dan lain di seluruh dunia. Selain itu,

RIMC turut menganjurkan program ‘Structural Equation Modelling’ bersama dengan AMOS pada 18 hingga 19 April lepas. Seramai 17 staf akademik telah menyertai kursus berkenaan yang bertujuan untuk menyediakan kemahiran yang diperlukan bagi penggunaan AMOS. Ia menggunakan Structural Equation Modeling (SEM) iaitu kaedah yang mewakili anggaran dan ujian jaringan teoretis (kebanyakannya) hubungan linear antara pembolehubah. Peserta turut belajar bagaimana untuk menggunakan AMOS dan kaedah SEM untuk memahami corak kolerasi antara pembolehubah dan ujian model-model mereka.

UNIMAS Lebar Kerjasama Ke TurkiUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengambil strategi di peringkat antarabangsa dengan menghantar staf akademik UNIMAS mengadakan kunjungan ke Turki untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan beberapa universiti terkemuka di Ankara, Istanbul dan Bursa. Kunjungan delegasi akademik yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Fatimah Abang, telah mengadakan kunjungan selama sembilan hari di sana sekaligus menawarkan peluang kepada pelajar dan staf dari Turki untuk menyambung belajar atau bekerja di UNIMAS. Kunjungan tersebut membuka peluang untuk mempromosi UNIMAS di peringkat antarabangsa dan sekaligus menawarkan pengalaman yang unik kepada pelancong dari negara luar ke Sarawak.Kumpulan delegasi turut mengadakan perjumpaan dengan Duta Malaysia di Turki di mana mereka telah didedahkan dengan maklumat tentang Turki, suasana politik dan langkah terbaik mempromosi pendidikan di negara berkenaan.Universiti Gazi di Ankara, antara yang dikunjungi oleh delegasi akademik UNIMAS, kini mempunyai jumlah pelajar seramai 60,000 orang dan universiti berkenaan menyuarakan persetujuan mereka untuk menghantar pelajar dalam program tukaran pelajar dan mewujudkan kerjasama penyelidikan antara penyelidik UNIMAS dan Universiti Gazi.Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIMAS dan Universiti Gazi dijangka akan ditandatangani dalam tahun ini.

Simposium Satukan Penyelidik Kaji Warisan PemuliharaanEmpat puluh penyelidik, pembuat dan pelaksana dasar, para praktis serta peminat warisan telah menyertai Simposium Kebangsaan

Warisan dan Pemuliharaan 2011 bermula 29 April hingga 1 Mei lepas. Simposium tersebut merupakan anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia, UNIMAS serta Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Sepanjang simposium tersebut berlangsung, pelbagai isu-isu warisan dalam konteks geologi dan lanskap, budaya, arkeologi, biodiversiti dan governans untuk pemuliharaan telah dikupas untuk dijadikan topik perbincangan. Hasil daripada pembentangan adalah sedang dalam proses diterbit sebagai bentuk buku dengan tema iaitu Geopark sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah. Simposium ini dilihat membawa kesepaduan kepelbagaian bidang warisan yang telah dijalankan dan sesuai dengan objektif yang telah digariskan iaitu untuk menyatukan para penyelidik yang telah mengkaji pelbagai aspek berkaitan warisan pemuliharaan seterusnya diterjemah dan direalisasi oleh para ilmuan dan para praktis dalam memberi sumbangan kepada pembangunan kepada pembangunan.

Peserta mendengar dengan tekun taklimatyang disampaikan oleh penceramah

Page 9: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

Rebut Peluang Timba Ilmu Ke Peringkat Tinggi

98

Pelajar yang mengikuti program pengajian pra- universiti di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu

memanfaatkan peluang yang diberikan untuk merebut tempat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, daripada 10,000 calon yang memohon, hanya segelintir pelajar bertuah yang dipilih untuk mengikuti program tersebut.Menurutnya, pelajar yang terpilih digalakkan bersaing sesama sendiri untuk menimba ilmu dan mendapatkan keputusan cemerlang bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. “Program Sains Fizikal menyediakan ruang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.“Sementara itu, Program Sains Hayat menyediakan peluang untuk meneruskan pengajian ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang hanya menyediakan 105 tempat. Pelajar perlu mempunyai keputusan cemerlang untuk merebut tempat yang sangat terhad ini,” katanya.Beliau berucap pada majlis ikrar pelajar yang mengikuti Program Pra-Universiti UNIMASSesi 2011/2012, pada 6 Jun lepas.Seramai 611 pelajar terpilih untuk mengikuti program tersebut dengan 341 daripadanya akan mengikuti Program Asasi Sains Hayat.Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan pertama pada tahun lepas iaitu hanya seramai 260 orang pelajar. Peningkatan jumlah ini telah membuktikan bahawa program Asasi Sains UNIMAS ini dikenali oleh masyarakat dan dipercayai oleh ibubapa dan pelajar sendiri.

Page 10: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

10

Kempen kemanusiaan Kemboja atau Gives Back: Cambodia Humanity Campaign anjuran Majlis Perwakilan Pelajar

(MPP) UNIMAS telah berjaya diadakan selama sepuluh hari bermula 4 hingga 13 Jun lepas.Kempen tersebut yang diilhamkan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman telah memberi tumpuan kepada beberapa tempat antaranya sekolah rendah Kok Moun, Seam Reap Kemboja.Selari dengan konsep 1Malaysia yang diamalkan, program tersebut dianjurkan dengan penglibatan pelajar UNIMAS dari berbilang kaum dan bangsa.Dalam kempen berkenaan, sukarelawan yang terdiri dari pelajar dan pegawai pengiring, telah mengadakan majlis gotong-royong dan membaiki ameniti di sekolah rendah berkenaan termasuk mengecat, membersihkan perpustakaan sekolah dan sebagainya.Antara objektif kempen tersebut ialah mencari dana bagi membantu sekolah rendah Kok Moun, meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar UNIMAS tentang kepentingan kerja-kerja sosial dari prespektif global, mempromosi UNIMAS kepada orang ramai menerusi aktiviti pelajar, mendidik dan mengalak penyertaan pelajar dalam program kesukarelawan.Sebelum itu, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan program UNIMAS Gives Back: Cambodia Humanity Campaign, pada 21 April lepas sebagai usaha mengumpul dana dan material termasuk mendapatkan penaja bagi membiayai program Unimas Gives Back: Cambodia Humanity Campaign di Kemboja.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd. Fadzil Abdul Rahman berkata, kos keseluruhan bagi merealisasikan misi kemanusiaan tersebut adalah sekitar RM100,000.Beliau memberitahu kos tersebut meliputi pengangkutan dan penginapan untuk para sukarelawan serta material seperti bekalan ubat, buku-buku dan peralatan untuk menjayakan program tersebut.Di samping meningkatkan kemudahan, para sukarelawan UNIMAS yang terdiri daripada 24 pelajar dan dua pegawai juga telah memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada murid di sekolah itu.

UNIMAS Prihatin UNIMAS Gives Back:Cambodia Humanity Campaign di Kemboja

Page 11: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

11

UNIMAS Prihatin UNIMAS Gives Back:Cambodia Humanity Campaign di Kemboja

Cadangan melaksanakan radio kampus khas di UNIMAS perlu mendapat kebenaran bersiaran daripada Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, usaha akan terus diperhebatkan bagi mendapatkan kebenaran daripada SKMM bagi memastikan radio berkenaan dapat dimanfaat oleh semua warga kampus UNIMAS.Beliau memberitahu pada masa ini, UNIMAS belum mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan beberapa prosedur awal perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelak sebarang percanggahan undang-undang.“ Pelajar UNIMAS akan mencipta alat pemancar sendiri yang akan dilakukan oleh pasukan jurutera dan pelajar IT UNIMAS,” katanya kepada pemberita selepas hadir dalam perasmian

Seramai 20 orang Pengarah dan wakil Pengarah telah menyertai Mesyuarat Pengarah-Pengarah Keselamatan IPTA 2011, Bil 1, pada

26 Mei lepas bertempat di bilik mesyuarat utama Rumah Universiti UNIMAS.Mesyuarat berkenaan telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan UNIMAS serta dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran Am dan Keselamatan, Encik Abu Bakar Ibrahim.Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan kampus, aspek penganjuran bengkel, kursus, seminar dan latihan yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan dalam aspek keselamatan. Di samping itu, perbincangan turut menyentuh tentang perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan program-program yang bakal dijalankan oleh unit/bahagian keselamatan seluruh IPTA berjalan lancar.

Radio Kampus UNIMASUsaha Akan Diperhebatkan

Seminar Kebangsaan Kaunseling Silang Budaya 2011yang diadakan pada 24 hingga 25 Mei lepas bertempat di CTF UNIMAS. Hadir merasmikan seminar berkenaan ialah Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Tan Sri Dr Nordin Kardi.Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman menambah jika tidak ada sebarang masalah, berkemungkinan UNIMAS akan mempunyai siaran radio sendiri pada bulan September ini.Sebelum itu, beliau mengingatkan pelajar UNIMAS supaya tidak melibatkan diri dalam politik sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengajian mereka.Beliau berkata, pelajar yang ditangkap kerana terlibat dalam politik yang boleh mengugat keamanan negara, boleh diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Universiti di bawah Akta Universiti dan Kolej universiti 1971.

Mesyuarat Pengarah Keselamatan IPTA

Page 12: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

12

Manakala pada 24 Mei sehingga 26 Mei lepas, Unit Keselamatan UNIMAS dengan kerjasama Persatuan Pengurus UNIMAS telah menganjurkan Bengkel Keselamatan IPTA 2011: Penyusunan dan Penyeragaman Jadual Tugas, Masa Kerja Syif dan

Bilangan hari bekerja pengawal keselamatan IPTA. Bengkel tersebut yang diadakan di Pusat Latihan Staf Bau UNIMAS (PLSU) telah disertai oleh lebih kurang 35 orang peserta terdiri daripada 16 IPTA seluruh Malaysia dan dua buah pusat perubatan.Antara fasilitator jemputan ialah Pengarah Keselamatan UM, Mej (B) Noor Mohamad Ismail, Pengarah Keselamatan USM, Mej (B) Mohamad Fadzil Ibrahim dan Pegawai Keselamatan Kanan UNIMAS, Encik Yaman Hassan.Tujuan bengkel adalah untuk mengolah semua beberapa jadual tugas dan masa kerja syif yang boleh digunapakai untuk operasi kawalan keselamatan IPTA dan penambahbaikan sistem operasi kawalan keselamatan dari IPTA yang dijemput.Selain itu, bengkel itu juga bertujuan melihat keperluan untuk mengubah masa bekerja dari enam hari bekerja seminggu kepada lima hari bekerja seminggu serta menyediakan jadual tugas yang sesuai untuk pelaksanaan lima hari bekerja seminggu. Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS, Prof Madya Dr Othman Bojo pada Majlis Makan Malam Unit Keselamatan 2011 di Bilik Aktiviti, Aras G, Bangunan BHEP UNIMAS.

Penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berharap dapat mengekalkan bahasa asli Sarawak melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Diketuai oleh Pengarah Institut Informatik Sosial dan Teknologi Inovasi UNIMAS,

Prof Madya Dr Alvin Yeo Wee, ‘ Sarawak Language Technology Research Group’ (SALT) kini berusaha dalam pelbagai projek penyelidikan bagi mendigital dan membangunkan alat-alat seperti pemeriksaan bahasa, kamus dalam talian dan mesin perterjemahan. Katanya, memandangkan bahasa asli di Sarawak adalah banyak serta penggunaan penutur juga semakin sedikit, maka adalah penting bahasa asli tersebut dikekalkan. Beliau memberitahu, statistik yang diperolehi dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapati terdapat 63 bahasa tidak diketahui di negeri ini dengan 76 peratus adalah bahasa yang mempunyai jumlah penutur seramai lebih 10,000 orang. Penurunan tersebut dilihat berpunca dari migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar yang lebih kepada penggunaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu termasuk perkahwinan campur di kalangan masyarakat di negeri ini.Projek tersebut akan dibuat oleh pelajar peringkat sarjana di UNIMAS di bawah SALT dan penyelidikan termasuk membangunkan mesin perterjemahan Bahasa Iban ke Bahasa Inggeris dan dwi bahasa, pemeriksaan ejaan untuk bahasa Iban dan bahasa Melanau.Manakala projek talian dialek Singai pula merupakan pengumpulan glosari Bidayuh dan dokumen lagu tadisional dan cerita kaum tersebut. Projek penyelidikan tersebut telah bermula sejak dua tahun lepas dan dijangka dua tahun lagi prototaip akan siap.

Mesin perterjemahan Bahasa Iban ke Bahasa Inggeris serta dwi bahasa akan mula diperkenalkan sekiranya projek penyelidikan yang dijalankan UNIMAS berjaya kelak. Pelajar Sarjana UNIMAS, Beatrice Chin merupakan antara pencipta mesin

perterjemahan berkenaan yang dibangunkan sebagai mesin perterjemahan automatik dari bahasa Iban ke bahasa Inggeris.Pengenalan mesin berkenaan dijangka dapat membantu pelajar sekolah menengah menguasai bahasa Inggeris dengan baik berbanding buku teks yang sedia ada. “ Apabila menggunakan mesin ini nanti, kita tidak perlu menterjemah buku rujukan dari bahasa Inggeris atau bahasa Melayu ke Bahasa Iban. Jika projek ini berjalan dengan lancar, mesin ini nanti sudah pasti akan menjimatkan masa dan wang,” kata Beatrice Chin semasa memberi taklimat ‘ Tribe’ di Sarawak Development Institute (SDI), baru-baru ini.‘Tribe’ merupakan projek yang kini sedang dijalankan di bawah Sarawak Language Technology Research Group (SALT) yang bertujuan untuk memelihara bahasa asli di Sarawak menerusi penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Pada masa ini, ‘Tribe’ telah mempunyai 1,700 perkataan terjemahan dari Iban ke dalam pangkalan data mereka.Selain Tribe, SALT telah menjalankan projek penyelidikan metadologi untuk terjemahan bahasa minoriti lain seperti Multimodal Integration of Sketch and Melanau Daro-Matu , Speech in Spatial Queries (MINT), Design and Development of Spoken Language Dialogue System: Efficacy of Usability Evaluation Techniques (SlaD), Singai Dialect Online Project dan Preserving Culture of Mobilising Minority Languages of Sarawak Online (MiLO).

UNIMAS Bakal Perkenalkan Mesin Penterjemahan

Usaha Kekalkan Bahasa Asli Sarawak

Penambahbaikan Keselamatan IPTA

Page 13: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

13

Sebagai tanda menyokong sambutan ‘Earth Hour’, Majlis Perwakilan

Pelajar (MPP) UNIMAS telah menganjurkan program ‘Earth Hour 2011: UNIMAS Support”.Mercu tanda program itu adalah aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit bagi menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, pelbagai aktiviti lain diselit sepanjang program berkenaan berlangsung antaranya nyanyian lagu akustik, nyanyian lagu nasyid, tarian ‘sign language’ dan acara menyalakan lilin yang berbentuk angka ‘60’ melambangkan 60 minit lampu dipadamkan.Earth Hour telah diilhamkan oleh WWF dan The Sydney Morning Herald pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin memuncak. Buat pertama kalinya, penduduk Sydney yang berjumlah 2.2 juta orang bergelap semasa acara Earth Hour ini diadakan pada 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, berlaku pertambahan negara (termasuklah Malaysia) dan bandar-bandar besar lain yang turut menyertai acara ini.Earth Hour bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia ketika 2.2 juta orang dan lebih dari 2000 perniagaan mematikan peralatan elektrik mereka selama satu jam untuk membantah perubahan iklim dunia.Setahun kemudian dan Earth Hour telah menjadi sebuah gerakan keberlanjutan global dengan lebih daripada 50 juta orang di 35 buah negara yang menyertainya seperti Sydney Harbour Bridge, Menara CN di Toronto, Golden Gate Bridge di San Francisco, dan Colosseum Rom, semuanya berada dalam keadaan gelap iaitu sebagai simbol harapan untuk kehidupan yang lahir setiap jam.

Earth HourMPP Anjur Program Padam Lampu 60 Minit

Page 14: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

14

Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan ke Pusat

Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS pada 5 Mei lepas.Kunjungan tersebut sebagai satu dari program lawatan sambil belajar yang dilaksanakan oleh Unit Perpustakaan, Politeknik Kota Kinabalu.Ia sebagai memberi pendedahan yang meluas kepada mahasiswa tentang peranan dan perkhidmatan perpustakaan di samping mempelajari peranan dan fungsi PKMA.Pada hari yang sama, PKMA turut dikunjungi oleh 17 orang staf dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad.Tujuan kunjungan adalah untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti perpustakaan selain bertukar-tukar pandangan.

PKMA Terima Kunjungan Politeknik Kota Kinabalu

Kerjasama erat antara PKMA dan Politeknik KK

Tahniah diucapkan kepada pelajar Kejuruteraan Awam UNIMAS, Cik Juliet Tay Joo Ee apabila dipilih memenangi Anugerah Tesis Terbaik IPTA Peringkat

Kebangsaan sekaligus mengenepikan penyertaan dari pelajar IPTA lain.Beliau berjaya memenangi anugerah berkenaan bersandarkan tesis beliau yang bertajuk ‘ A Study on the Rainfall and Landslide Along Sarawak Roads Using Antecedents Rainfall Analysis.” Anugerah berkenaan telah dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), UNESCO-Malaysia International Programme (UNESCO-IHP Malaysia) dan Jabatan Perparitan dan Saliran dan disokong penuh oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Hadiah telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak di Pekan, Pahang sempena dengan Hari Air Seduia Peringkat Kebangsaan.

Pelajar Fakulti KejuruteraanMenang Anugerah Tesis

Juliet Tay Joo Ee menerima anugerah daripada Perdana Menteri

Page 15: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang

Pelajar Tahun Tiga Program Kajian Komunikasi UNIMAS, telah

menganjurkan kempen 1Hari Tanpa Polister baru-baru ini dengan tujuan

Pasukan Karom UNIMAS telah berjaya memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan karom Maksak

Sarawak yang diadakan selama empat hari bermula 12 Mei lepas bertempat di Dewan Konvensyen, Hospital Umum Sarawak.

1Hari Tanpa Polister di UNIMAS

memberi kesedaran kepada para mahasiswa mengenai bahaya penggunaan polisterin.Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar, Prof Madya Dr Othman Bojo.Dalam ucapan perasmian program berkenaan, Prof Madya Dr Othman memberitahu kempen 1Hari Tanpa Polisterin merupakan satu usaha yang cukup baik apatah lagi ia kali pertama dianjurkan di universiti ini.Katanya, kempen sedemikian dapat

menyemai sikap menyayangi alam sekitar sekaligus memastikan kesihatan terjagaMenurutnya, program yang cukup penting kepada alam sekitar ini wajar dianjurkan kelab lain di UNIMAS.Justeru itu, beliau berharap kempen berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang dan mendapat kerjasama dari pihak lain.

Pasukan Karom UNIMASMenang Besar

Pasukan tersebut juga berjaya menggondol hamper kesemua kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan berkenaan.Antara staf UNIMAS yang berjaya membawa pulang pingat bagi pertandingan karom Maksak Sarawak ialah Johan bin Hussain yang berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori perseorangan lelaki terbuka.Bagi kategori perseorangan wanita terbuka dimenangi oleh Mardiah Tayan (tempat kedua) dan Mariati binti Hazmi (tempat ketiga), kategori beregu lelaki terbuka di menangi oleh Suriali Ahmad dan Hamsin Hussain (tempat kedua) dan Nawawi Mohamad dan Azzmi Bawi (tempat ketiga).Mardiah Tayan dan Meria Rantis turut memenangi tempat pertama bagi kategori beregu wanita terbuka.

Barisan staf yang telah mengharumkan nama UNIMAS dalam pertandingan karom

Page 16: Ketua Editor - archive.unimas.my · Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ... Laporan Tenaga Kerja Koridor Tenaga ... memberi pendedahan kepada orang