sebaran untuk ahli sahaja terbitan : 01/2021

4
SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021 PERTANDINGAN INOVASI TEKONOLGI PERTANIAN DAN MAKANAN MAMPAN Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian dan Makanan Mampan merupakan pertandingan julung kali yang dianjurkan oleh Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers (MSAE) dan khusus kepada Ahli MSAE sahaja. Pendaftaran bagi penyertaan pertandingan ini dibuka pada 5 November 2020 dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 49 buah kumpulan daripada pelbagai institusi dan agensi. Antara institusi dan agensi yang terlibat adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Institut Teknologi Maju (ITMA), Politeknik Jeli Kelantan (PJK), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN), Kolej Komuniti Kota Marudu (KK Kita Marudu), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Fri Glam Lemi. Gambar 1: Poster Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian dan Makanan Mampan Setiap poster diadili oleh 2 orang juri yang terdiri daripada pensyarah, ahli akademia dan ahli penyelidikan daripada MARDI, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universitas Brawijaya Indonesia, Universitas Andalas Indonesia (UNAND), Universitas Gadja Mada (UGM) Indonesia dan Universiti Putra Malaysia (UPM). 5 poster terbaik dipilih daripada 50 buah poster yang menyertai. Hadiah yang dimiliki oleh para pemenang bagi 3 poster terbaik merupakan wang tunai yang ditaja oleh Syarikat MKR Hartamas Sdn. Bhd. Manakala 2 hadiah wang tunai bagi anugerah saguhati ditaja oleh MSAE. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pememang anugerah khususnya dan kepada semua peserta di atas pencapaian yang cemerlang dalam menghasilkan inovasi yang sangat mantap dalam memajukan lagi bidang inovasi teknologi terutamanya dalam bidang pertanian dan makanan. Anugerah poster terbaik Pemenang Anugerah Inovasi Terbaik – Rotadisc- Mesocarp and Drupe Nuts Separator for Higher Oil Recovery. Mohd Hafizz Wondi (UPM) Anugerah Poster Terbaik Green Nanomaterials Sustainable Release of Fertilizer for Agriculture Application. Emmellie Laura Albert (UPM) Anugerah Khas Juri- Green Synthesis of Gold Nanoparticles from Cocoa Waste for Potential Colorimeter based Pesticide Identification Che Azurahanim Che Abdullah (ITMA) Anugerah Saguhati- Fermented Feed Mixture Sudau Eh Teet (Politeknik Jeli) Anugerah Saguhati- New Harversting Machine for Agrovoltaic Herbal Crops Based on Reel-Wheel Rotating Mechanism Mohd. Salahuddin Mohd. Basri (UPM) Jadual 1: Senarai 5 pemenang utama

Upload: others

Post on 21-Apr-2022

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021

SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021

PERTANDINGAN INOVASI TEKONOLGI PERTANIAN DAN MAKANAN MAMPAN

Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian dan Makanan Mampan merupakan pertandingan julung kali yang dianjurkan oleh Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers (MSAE) dan khusus kepada Ahli MSAE sahaja. Pendaftaran bagi penyertaan pertandingan ini dibuka pada 5 November 2020 dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 49 buah kumpulan daripada pelbagai institusi dan agensi. Antara institusi dan agensi yang terlibat adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Institut Teknologi Maju (ITMA), Politeknik Jeli Kelantan (PJK), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN), Kolej Komuniti Kota Marudu (KK Kita Marudu), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Fri Glam Lemi.

Gambar 1: Poster Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian

dan Makanan Mampan

Setiap poster diadili oleh 2 orang juri yang terdiri daripada pensyarah, ahli akademia dan ahli penyelidikan daripada MARDI, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universitas Brawijaya Indonesia, Universitas Andalas Indonesia (UNAND), Universitas Gadja Mada (UGM) Indonesia dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

5 poster terbaik dipilih daripada 50 buah poster yang menyertai. Hadiah yang dimiliki oleh para pemenang bagi 3 poster terbaik merupakan wang tunai yang ditaja oleh Syarikat MKR Hartamas Sdn. Bhd. Manakala 2 hadiah

wang tunai bagi anugerah saguhati ditaja oleh MSAE. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pememang anugerah khususnya dan kepada semua peserta di atas pencapaian yang cemerlang dalam menghasilkan inovasi yang sangat mantap dalam memajukan lagi bidang inovasi teknologi terutamanya dalam bidang pertanian dan makanan.

Anugerah poster terbaik Pemenang

Anugerah Inovasi Terbaik – Rotadisc- Mesocarp and Drupe Nuts Separator for Higher Oil Recovery.

Mohd Hafizz Wondi (UPM)

Anugerah Poster Terbaik – Green Nanomaterials Sustainable Release of Fertilizer for Agriculture Application.

Emmellie Laura Albert (UPM)

Anugerah Khas Juri- Green Synthesis of Gold Nanoparticles from Cocoa Waste for Potential Colorimeter based Pesticide Identification

Che Azurahanim Che Abdullah (ITMA)

Anugerah Saguhati- Fermented Feed Mixture

Sudau Eh Teet (Politeknik Jeli)

Anugerah Saguhati- New Harversting Machine for Agrovoltaic Herbal Crops Based on Reel-Wheel Rotating Mechanism

Mohd. Salahuddin Mohd. Basri (UPM)

Jadual 1: Senarai 5 pemenang utama

Page 2: SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021

Gambar 3: Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Gambar 4: Pelancaran Buku Teknologi Kejuruteraan Agro-

Makanan MARDI dan Edisi Pertama Advances in

Agricultural and Food Research Journal (AAFRJ), MSAE.

Tahniah kepada semua pemenang kategori Poster dan Pembentang Terbaik. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai NAFEC 2021.

PEMENANG UTAMA (POSTER)

Tajuk Penyelidik

Tempat Pertama Evaluation of Evaporative-Cooled Truck Performance During Transportation of Vegetables

Masniza Sairi

(MARDI)

Tempat Kedua Effect of Fruit Maturation And Ripening Potential for Optimum Eating Quality of Giant Granadilla (Passiflora Quadrangularis L.)

Shiamala Devi Ramaiya

(UPM)

Tempat Ketiga Study on Utilization of Black Soldier Fly Larvae (Hermetia Illucens) As Protein Substitute in the Pellet Diet of Clarias Gariepenus Fingerling

Noor Ain binti Abd Hamid (POLITEKNIK JELI,

KELANTAN)

KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN MAKANAN (NAFEC) 2021 Pada 23 dan 24 Mac 2021, MARDI dengan kerjasama MSAE telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor dan juga secara atas talian. Tema konvensyen ini adalah Embracing the Future Through Advanced Agro-Food Engineering. Tujuan konvensyen ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha untuk memastikan industri pertanian dan makanan lebih berdaya saing di peringkat global dengan memberi keutamaan dan penghasilan produk pertanian yang berkualiti. Terdapat 11 penganjur bersama yang sudi bekerjasama dalam menjayakan konvensyen ini terdiri daripada agensi kerajaan dan juga institusi pengajian. Antara senarai penganjur bersama konvensyen ialah Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perikanan (DOF), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Pertubuhan peladang (LPP), Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM), Universiti Putra Malaysia yang diwakili Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Politeknik Kota Bharu dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Tani (MAFI), Dato’ Haslina Abdul Hamid.

Gambar 2: Poster Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan

Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021)

Istimewanya konvensyen kali ini adalah MARDI telah melancarkan Buku Teknologi Kejuruteraan Agromakanan dan MSAE pula melancarkan Edisi Pertama jurnal Advances in Agricultural and Food Research Journal (AAFRJ) serta majlis tandatangan Momerandum of Understanding (MoU) antara MARDI dan MSAE.

Page 3: SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021

PEMENANG SAGUHATI (POSTER)

Shelf-Life Stability of Palm-Based Carotenoids in Cookies

Noor Lida Habi Mat Dian (MPOB)

Utilization of Banana Peel as Functional Ingredient in Product Development

Zanariah Mohd Dom | Adibah Zahiah Binti Azhar

| Saidatul Nurul Atika (UPM)

Ergonomic Evaluation of Maize Seeding using Conventional Method and a Lightweight Motorized Maize Seeder

Hafidha Binti Azmon (MARDI)

Activated Carbon Produced From Rice Husk By Naoh And KOH Activation And Its Adsorption In Methylene Blue

Mohamad Jani Bin Saad (MARDI)

Hydraulic Performance Analysis of Drip Irrigation System Using Pressure Compensated Dripper at Low Operating Pressure

Eddy Herman Sharu (MARDI)

Oils Demand for Development of Large Kernel Planting Material

Mohd Mustakim Mohamad (MPOB)

Development and Performance of Pyrolyzer For Production of Biochar and Plant Vinegar from Domestic Agriculture Farm Waste

Mohd Fazly bin Mail | Mohammad Hariz Abdul Rahman | Mohd Ridzuan

Mohd (MARDI)

Determination of optimal Application of Biosurfactant by using Linear Programming (LP) Model

Nazifa Athirah Mat Zakhi | Nurul Husna Radzali |

Mohamad Firdza Mohamad (UPM)

Jadual 2: Senarai Pemenang Kategori Poster

PEMENANG UTAMA (ORAL) Tajuk Penyelidik

Tempat Pertama Farmers’ Readiness To Face Challenges Post-Mco In The Central Zone Of Malaysia

Nur Izzatie Mazlan |

Jasmin Arif Shah | Nurul Amiera Khalid | Nur

Bahiah Mohamed Haris (UPM)

Tempat Kedua Kajian Rekabentuk Eco2gc Drain Cover

Nor Hayati Binti Mat Nor | Noor Izma Binti Ab Ghani |

Affidah Mardziah Binti Mukhtar (PKB)

Tempat Ketiga Revolution Of Data Collection Using Arcgis Survey123 Application

Norizatulshima Ibrahim

(LGM)

PEMENANG SAGUHATI (ORAL)

Sewerage Water Treatment Using

Noor Azme Omar (NAHRIM)

PEMENANG SAGUHATI (ORAL)

Sewerage Water Treatment Using Phytoremediation

Noor Azme Omar (NAHRIM)

Kajian Penggunaan Efluen Minyak Kelapa Sawit (POME) Sebagai Media Tanaman

Sofiah Hanim Hamzah.,Noraziha Nasir.,

Zuraikai Mazaha (POLITEKNIK JELI,

KELANTAN)

Factors Influencing The Certification Process Of Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) During Certification Phase for Independent Smallholders in Malaysia

Philip Yap (MPOB)

Merekabentuk, Membangunkan dan Mengujilari Mesin Pelerai Biji Jagung

Norli Binti Ismail | Mohd Faidzul Bin Abdul

Rahman | Sakinah Binti Ibrahim (PKB)

Converting Durian-Based Traditional Dessert Into Ready-to-Eat Food by Adopting the Sausage Technology

Siti Nurumairah Mohamed Razali (UPM)

Physicochemical, Textural And Thermal Properties of Rice Bran Oil Spread as Alternate Shortening for Bakery Products

Hui Yi Eng | Norazatul Hanim Mohd Rozalli |

Nurul Najihah Ilias (USM)

Potential of Pennisetum Purpureum Weed Extract on Inhibition of Anthracnose Pathogen, Colletotrichum Gloeosporioides on Mango Fruits

Sudau Eh Teet | Chuah Tse Sen (POLITEKNIK JELI,

KELANTAN)

Jadual 3: Senarai Pemenang Kategori Oral

PELANCARAN EDISI PERTAMA ADVANCES IN AGRICULTURAL AND FOOD RESEARCH JOURNAL (AAFRJ)

Majlis pelancaran Edisi Pertama bagi Advances in

Agricultural and Food Research Journal (AAFRJ) telah

dilancarkan semasa Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan

Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021, di MARDI. Majlis

pelancaran ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk

Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani selaku perasmi konvensyen. Selain daripada kehadiran

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Tani

(MAFI), Dato’ Haslina Abdul Hamid, MSAE turut menjemput

Puan Nor Hidayah Mustafa, Pengurus Akademik, HH

Publisher.

Page 4: SEBARAN UNTUK AHLI SAHAJA TERBITAN : 01/2021

Gambar 5: YB Menteri, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

merasmikan pelancaran Edisi Pertama Advances in

Agricultural and Food Research Journal (AAFRJ), MSAE.

(kanan) dan terbitan Edisi Pertama AAFRJ (kiri).

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSAE KALI KE-38

Pada 24 Mac 2021, MSAE telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 secara atas talian bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan keadaan pandemik masa kini. Program ini dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan platform Webex.

Gambar 6: Poster jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan

MSAE kali ke-38 dan Prosedur Pencalonan dan Pengu ndian

Jawatankuasa Eksekutif MSAE Sesi 2021/2023

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34 ini telah

dipengerusikan oleh Yang Berbahagia, Prof. Ir. Dr. Azmi

bin Dato’ Yahya. Hasil daripada mesyuarat agung kali ini,

pucuk pimpinan bagi penggal baharu iaitu sesi 2021/2023

telah dipilih berdasarkan undian majoriti ahli yang hadir.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang

telah dilantik sebagai peneraju MSAE Sesi 2021/2023.

Presiden Prof. Ts. Dr. Rosnah

Shamsudin

Timbalan Presiden

(Pentadbiran)

Dr. Mohd Nazren Radzuan

Timbalan Presiden (Teknikal) Ir. Mohd. Fazly Mail

Setiausaha Eksekutif Dr. Nor Nadiah Abdul Karim Shah

Penolong Setiausaha Eksekutif

Dr. Zainun Mohd Shafie

Bendahari Eksekutif Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob

Penolong Bendahari Eksekutif

En. Zamzuri Zabidin

EXCO MSAE En. Aminulrashid Mohamed @ Ibrahim

EXCO MSAE Dr. Nur Azuan Husin

EXCO MSAE Pn. Rosnani Hassan

EXCO MSAE En. Eddy Herman Sharu

Juruaudit 1 En. Syahril Azizi Shuib

Juruaudit 2 En. Mohammad Zamani Shafie

Jadual 4: Senarai Ahli Jawatankuasa MSAE Sesi 2021/2023

MOMERANDUM OF UNDERSTANDING (MoU) ANTARA MSAE DAN INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN (MARDI). Pada 23 Mac 2021 yang lalu, MSAE telah menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MSAE dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI). Perjanian memorandum ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan secara tidak langsung dapat melebarluaskan lagi rangkaian MSAE. Majlis tandatangan ini dilaksanakan pada Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC). Majlis tandatangan ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MAFI), Dato’ Haslina Abdul Hamid.

Gambar 7: Memorandum of Understanding (MoU) yang telah

ditandatangani oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah

Shamsudin dan Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Mohamad Roff

Mohd Noor.