sebagai seorang pengurus sekolah

Upload: muhammad-ruzaini-mohamad-zin

Post on 08-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    1/16

    SEBAGAI SEORANG PENGURUS SEKOLAH, BAGAIMANA ANDABERUSAHA MELAHIRKANGURU YANG PROFESIONAL BAGI MENCAPAIASPIRASI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

    1. PENGENALAN

    Kebelakangan ini sering diperkatakan bahawa profesion perguruan tidak lagidiberikan penghormatan yang tinggi oleh masyarakat berbanding pada masadahulu.Guru sering dikaitkan dengan tindakan-tindakan yang mengikut emosiseperti mencederakan murid, mencabul kehormatan dan bersikap materialistik.Senario ini walaupun sangat kecil dari segi pertusannya namun. Ia telahmemberikan satu impak yang besar kepada imej profesion Keguruan.

    Untuk mengikis tanggapan negetif masyarakat terhadap tahap profesionalismeguru,institusi pendidikan khususnya sekolah perlu berusaha melaksanakanpelbagai strategi bagi memastikan insiden-insiden tersebut tidak akan

    berlaku . Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikanaspirasi Kementerian Pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah PendidikanNegara dan misi membangunkan sistem pendidikan yang berkualitidanbertaraf dunia.Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) yang dilancarkan pada 16 Januari 2007 ialah memertabatkan profesionKeguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuaidengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masadepan .Langkah ini menujukkan kesungguhan Kementerian Pelajaran untukmelahirkan modal insan kelas pertama yang merupakan salah satu kunci utamauntuk membolehkan negara mencapai wawasan 2020 yang telah digagaskan.

    MAKNA ISTILAH

    2.1 GURU.

    Guru merupakan tenaga ikthisas di dalam bidang perguruan yangdipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ikthisasbermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yangmendalam.Mak Soon Sang (1998)

    2. PROFESIONAL

    Profesional bermaksud satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orangyang mempunyai kelulusan dan latihan ikthisas yang berkualiti, bersikap jujur,dedikasi , bertanggungjawab, bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugasserta mematuhi etika yang ditentukan oleh organisasinya.Mak Soon Sang(1998)

    2..3 ASPIRASI

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    2/16

    Aspirasi adalah keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita .KamusDewan(1989)

    2.3 PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

    Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa pendidikan bertaraf duniabermaksud untuk menjadikan sistem pendidikan berada pada tahap yang samadengan sistem pendidikan di Negara-negara maju. Dalam kontek sekolah ,TunDr Mahathir (2004) menyatakan bahawa sekolah bertaraf dunia adalah sekolahyang cemerlang dalam semua aspek pendidikan, termasuklahakademik,kokurikulum,sahsiah dan disiplin.Sekolah tersebut mestilah sentiasaberada dalam keadaan terkawal dan tiada rekod salahlaku.

    3. CIRI-CIRI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

    Md. Fiah (2005) memberikan tujuh ciri-ciri Pendidikan Bertaraf Dunia iaitu:

    1. Mempunyai Akta,Peraturan dan Undang-undang .2. Mengadakan Prasarana yang berkualiti.3. Mengadakan Program Sekolah Bestari.4. Mengurus Sumber Manusia .5. Mengadakan sistem kawalan kurikulum berpusat.6. Mengadakan sistem Penilaian dan Peperikasaan Awam Yang

    Berkualiti.7. Menjaga kualiti kehidupan bekerja dan kepuasan Kerja guru.

    4. CIRI-CIRI PROFESION KEGURUAN.

    Mengikut Mak Soon Sang (1998) walaupun profesion keguruan masih belumdianggap sebagai suatu profesion sepenuhnya seperti doctordan peguam,namun beliau membuat rumusan bahawa keguruan juga mempunyai ciri-ciritertentu yang terkandung dalam konsep profesion iaitu:

    1. Mempunyai latihan Ikthisas dalam Perguruan.2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik

    darjah.

    3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagaipanduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.4. Pekerjaanya merupakan perkhidmatan yang penting kepada

    individu dan Negara.

    4.5 Guru dianggap pakar dalam pendidikan.

    5.0 SIFAT DAN KUALITI PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU.

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    3/16

    Mengikut Mak Soon Sang (2004) untuk menjadi guru yang berkesan guruseharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti profesional yang murni.sepertiberikut.

    5.1 Sifat ingin Tahu.: Sifat ini akan mendorong guru sentiasa

    menambah ilmu pengetahuannya dengan terus belajardanmendalami dalam apa jua bidang khususnya dalam bidangkurikulum demi kepentingan kerjaya dan profesyennya. Sebagaiseorangguru.yang professional.ia mesti mengamalkan budayapembelajaran seumur hidup (longlife learning)

    5.2 Pengetahuan Ikthisas : Guru akan melengkapkan diridengan ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi,kandungan matapelajaran dan kaedah penggunan Bahan Bantuan

    Mengajar (BBM).

    5.3 Suka Membaca: Dengan banyak membaca guru akanmempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan inipenyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualitiprofessional guru dapat dipertingkatkan.

    5.4 MahirBertutur Penyampai Yang Berkesan : Apabilamereka mahir bertutur penyampaian pelajaran akan lebihberkesan. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yangbetul murid-murid tidak akan tersilap.

    5.5 Daya Ingatan Yang Kuat : Dengan ini guru dapatmenyampaikan pelajaran dengan sepenuhnya dengan ini muridtidak akan ketinggalan isi kandungan pelajaran dan juga dapatmengingati nama anak-anak muridnya.

    5.6 Daya Usaha Tinggi : Supaya tidak rasa bosan dengan rutin tugas

    harian .Ia akan sentiasa mencari pendekatan mengajar yang baru

    supaya pengajaran sentiasa menjadi menarik.

    5.7 Menjadi Pendengar Yang Baik (good listener)

    6.0 KEMAHIRAN PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU UNTUK

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    4/16

    MENCAPAI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

    Untuk memenuhi cabaran globalisasi di mana dunia tanpa sempadanproses pengajaran dan pembelajaran semakin mencabar.Oleh kerana ituguru-guru mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran yang berikut:

    6.1 Mempunyai ilmu dan kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi (TMK)

    Menurut OECD (1996) ICT adalah fasilitator kepada pengwujudanmasyarakat berilmu dan bermotivasi.ICT dikenalpasti sebagai salah satufaktur yang mambantu pencapaian Pembangunan Pendidikan 2001-2010.ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan danpentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta

    pendidikan sepanjang hayat.Penggunaan ICT dalam P&P membolehkanaktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat,masa,meningkatkanpenggunaan sumber pendidikan disamping mempercepatkan prosespendidikan berdasarkan kebolehan pelajar..Dengan kemahiran ini gurudapat melaksanakan e- pembelajaran dengan cekap.

    2. Mempunyai pengetahuan yng lebih luas dan terkini.

    Fungsi guru dalam era ICT adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara

    oleh itu mereka perlu mempunyai pelbagai ilmu terutama dalammatapelajaran yang diajardan kemahiran komputer.Mereka mestisentiasa mendahului pelajarnya dalam ilmu pengetahuan .

    3. Menguasai Bahasa Inggeris.

    Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik guru-guru akan lebihmudah meneroka ilmu melalui internet .Dengan pelaksanaan dasarkerajaan yang mewajibkan pengajaran sains dan matematik dalambahasa Inggeris tuntutan untuk menguasai bahasa tersebut adalahsemakin perlu.

    7.0 STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PENGURUS SEKOLAHUNTUKMELAHIRKAN GURU YANG PROFESIONAL BAGI MENCAPAIASPIRASI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

    7.1 MEMANTAPKAN KEPIMPINAN SEKOLAH

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    5/16

    Memandangkan fungsi dan peranan pengetua begitu penting dan utama dalammenentukan kejayaan sesebuah sekolah ,maka pengetua hari harus mempunyaikemahiran dan keterampilan paling minimum sebelum mereka berperanansebagai pentadbir. Jones (1988) Amalan yang biasa dilakukan ialah menghadirikursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Inatitut Aminidin

    Baki,Kementerian , Jabatan dan Pejabat Pelajaran.Selain itu pengetua perlumenanamkan budaya membaca dan menulis bahan-bahan ilmiah.Pada masayang sama Pengetua juga harus mempunyai kemahiran ICT dalam pengurusansekolah bagi menyahut cabaran alaf ini.Dengan ilmu yang ada pengetua akandapat merancang strategi jangka pendek dan panjang ke arah melahirkanguru-guru yang professional .Keterampilannya juga akan menjadi teladan danmotivasi kepada guru-guru.

    7.2 MENGADAKAN DAN MELENGKAPKAN PRASARANA

    Pengurus Sekolah perlu menyediakan prasarana yang belum ada dan

    melengkapkan serta menambahbaikkan lagi prasarana yang sedia ada di manakualitinya setanding dengan dengan Negara maju .Dengan ini akanmemudahkan guru-guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaranserta aktiviti kokurikulum ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Langkah-langkah yang perlu diadakan perlu diambil adalah :

    1. Membangunkan Sistem ICT

    Pejabat.Bilik Guru.Pusat Sumber Sekolah ,Makmal-makmal Komputer,MakmalSains,Bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik-bilik Khas seperti BilikBahasa Inggeris, Matematik ,Peperiksaan ,Bilik Disiplin dan sebahagian bilik-bilik

    darjah yang terpilih hendaklah dilengkapkan dengan komputerdan sistemJaringan komunikasi (networking) dengan mempunyai sistem kawalan berpusatdi Bilik Pengetua.

    Kemudahan rangkaian elektronik seperti Internet,LAN dan WAN juga diadakansupaya e- pembelajaran dan e-pengurusan dapat dilaksanakan olguru-gurudengan mudah dan cepat.Menurut Williams (1995) Internet adalah buku teksmasa hadapan.Melalui ICT guru-guru dapat berkomunikasi dengan guru-gurudaripada sekolah lain samada dalam atau luar Negara.Dengan kemudahan iniguru akan dapat meningkatkan produktiviti dan profesionalisme mereka.

    2. Melengkapkan Bilik Guru.

    Bilik Guru yang menjadi pusat pentadbiran guru hendaklah mempunyai saizyangsesuai dengan bilangan guru .Ia juga perlu dilengkapkan dengan perabotyang setaraf dengan jawatan guru sebagai pegawai kerajaan kumpulan A ,bilangan komputer yang mencukupi, Alat Penghawa Dingin ,kemudahan telefondan ruang untuk berehat.Bilik tersebut juga perlu dipastikan sentiasa bersih dan

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    6/16

    ceria.Dengan kemudahan ini guru akan lebih bermotivasi untuk meaksanakantugas mereka kerana tempat kerja yang selesa.

    3. Bilik Darjah Yang Bersih,Ceria dan Berinformasi.

    Bilik darjah perlu dilengkapkan dengan kerusi, meja ,papan tulis papankenyataan dan meja serta kerusi guru yang sempurna keadaannya setandingdengan Negara-negara maju. Dengan keadaan yang selesa ini pelajarakanenang dan berdisiplin dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran gurudan

    murid akan lancardan berkesan.

    4 .Tandas

    Tandas murid danguru yang uzur perlu diganti dari segi lantai , dinding dan

    peralatan-peralatan yang ada di dalamnya.Kebersihan dan keceriaannya jugaperlu dipastikan setiap hari .Dengan keadaan ini guru-guru akan merasa selesa

    dan gembira kerana pihak sekolah sekolah perihatin kepada kebajikanmereka.Kebersihan tandas adalah menggambarkan imej dan cara hidup yangdiamalkan oleh penggunanya.

    3. MELENGKAPKAN GURU DENGAN ILMU, KEMAHIRAN DANKETERAMPILAN DIRI

    Untuk melahirkan guru yang professional, mereka perlu memiliki ilmu,

    kemahiran ,keupayaan ,kebolehan dan mempunyai keterampilan diri.Untukmencapai hasrat ini tujuh elemen yang digariskan oleh Watkins dan Marsick(1993) berikut boleh dilaksanakan oleh pengetua :

    1. Membentuk peluang pembelajaran berterusan

    Selaras dengan dasar kerajan menggalakkan pembelajaransepanjang hayat dim kalangan guru aktiviti-aktiviti berikut perludilaksanakan di sekolah:

    a. Program Percambahan Minda.

    Dalam program ini guru-guru dikehendaki mengadakan kumpulanberbincang dan membentang topik tertentu atau membimbingrakan sekerja yang baru memulakan tugas rakan yang kurangmahir dalam penggunaan komputerdan sebagainya. Aktiviti iniboleh dijalankan secara berkala . Perbincangan boleh dibuat untukmenyediakan modul pengajaran,soalan peperiksaan dan latihtubi.Perbincangan juga boleh dilaksanakan untuk memilih buku-

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    7/16

    buku rujukan guru,buku ulangkaji pelajaratau buku-buku ilmiahyang berkaitan dengan kerjaya guru. Dengan melaksanakanaktiviti ini kemahiran mereka akan bertambah memastikan gurusentiasa terkini dari segi maklumat.

    b. Program berkembangan staf.

    Kursus dalaman (Inhouse Training) untuk semua guru atau guru-guru dalam panitia matapelajaran atau unit-unit Kokurikulu dan HalEhwal Murid adalah dimestikan. Guru yang telah menghadirikursus di luar hendaklah menjadi penceramah. Melalui aktiviti inimereka dapat berkongsi ilmu disamping menambah kecekapanberkomunikasi dan menambahkan daya ingatan.

    c. Menggalakkan Kajian Tindakan ,Kajian Kes dan Penulisan

    Kreatif.

    Guru-guru diminta menjalankan Kajian Tindakan dan Kajian Kesmengikut bidang yang mereka minati.Guru juga diberi insentifsupaya menghasilkan karya berbentuk sajak,cerpen ,novel danrencana ilmiah.Hasil-hasil penulisan ini boleh digunakan sebagaiBahan Bantuan Mengajar di dalam kelas.Dengan aktiviti ini jugaguru akan lebih kreatifdan inovatif.

    d. Menggalakkan Peningkatan Ilmu

    i. Guru-guru digalakkan meningkatkan tahap pendidikan denganbelajar ke peringkat lebih tinggi samada secara sepenuh masaatau

    sambilan.Mereka sentiasa disokong untuk memohon melanjutkanpelajaran ke peringkat Serjana dan Doktor Falsafah asalkan kursustersebut berkaitan dengan kerjaya dan keperluan pendidikan

    ii. Guru-guru diwajibkan mempelajari secara mendalam ilmu ICTkerana sistem pendidikan bertaraf dunia menuntut merekamenguasai ilmu tersebut.Tambahan pula sebahagian besar

    pentadbiran sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai perisian .

    ii. Mereka juga sentiasa diberi peluang untuk menghadirikursus,seminardan bengkel yang berkaitan dengan kerjayamereka samada anjuran swasta atau kerajaan.

    iii. Semua guru dikehendaki menghadiri kelas Bahasa Inggerisyang diadakan di sekolah.Galakkan juga diberi kepada guru untuk

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    8/16

    belajar Bahasa tersebut di institusi swasta .Tanpa penguasaanbahasa tersebut dengan baik sukar untuk guru meneroka ilmumelalui internet.

    iv. Guru-guru sains dan matematik pula diwajibkan menghadiri

    program Bimbingan Taulan (Buddy Support System)yang diadakandua minggu sekali untuk mempertingkarkan penguasaan BahasaInggeris mereka.

    v. Kursus pengucapan awam (Public Speaking) dan penampilandiri (grooming) diadakan untuk memastikan guru mempunyaikeyakinan diri semasa mengajar,berucap di perhimpunan rasmisekolah atau menjadi pengacara majlis-majlis rasmi sekolah.

    VI. Mengadakan Lawatan kerja.

    Lawatan kerja perlu dianjurkan untuk membuka minda guru kepadapengetahuan yang baru agar mencontohi apa yang baik di tempat yangdmereka lawati.Mencari idea-idea baru untuk membuat yang baru ataupenambahbaikan yang telah ada di sekolah mereka.

    Lawatan yang dicadangkan yang dicadangkan ialah ke sekolah-sekolahcemerlang dalam katogori tertentu seperti Pusat Sumber Sekolah,BengkelKemahiran Hidup.Makmal Sains atau sekolah yang telah mendapatanugerah Sekolah Cemerlang peringkat negeri atau kebangsaan.

    e. Menguatkuasakan sistem pendokumentasian.

    Guru-guru dimestikan menyediakan dokumen PerancanganTahunan Strategik , Kertas Kerja , Headcount, Pemantauan,Laporan Penilaian (Post Mortem) dan laporan bergambar bagisetiap tugas dan program yang mereka laksanakan mereka.Dengan sistem ini tugas guru menjadi lebih sitematik dan menjadibahan bukti setiap program benar-benar dilaksanakan.Denganmembiasakan diri menyediakan dokumen guru menciptakemahiran berfikir mencetuskan idea dengan pantas.

    f. Menubuhkan kumpulan Pemikir (Think Tank)

    Kumpulan ini terdiri daripada guru-guru yang memiliki IjazahSerjana Danguru-guru yang telah menerima AnugerahPerkhidmatan Cemerlang. Kumpulan ini diminta berbincang danmencadangkan kepada pihak sekolah program-program baru ataucadangan-cadangan penambahbaikan ke atas semua program

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    9/16

    yang telah diadakan di sekolah.Ahli kumpulan ini juga perlumembentangkan kertas kerja mereka dalam programPerkembangan StafGuru mengikut tajuk-tajuk yang telahditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah atau kumpulantersebut.Tujuan penubuhan kumpulan ini supaya kemahiran yang

    ada pada mereka dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang laindanmelahirkan bakal-bakal penceramah,pakar motivasi ,pemidato,pembahas danpemimpin.

    2. Menggalakkan persoalan dan dialog

    Menggalakkan sikap ingin tahu dan dialog adalah kemahiran yangperlu dibina supaya guru-guru boleh menjadi lebih efektif untukbelajar dari orang lain.Pengetua boleh mengadakan sesi dialogatau soal jawab ini semasa mesyuarat guru,sesi refleksimingguan ,majlis dialog ,menyediakan peti cadangan atau

    berjumpa terus dengan pengetua atau Penolong-PenolongKanan..Untuk melaksanakan program ini garis panduan perludisediakan supaya peserta tidak terlalu dipengaruhi oleh emosisikap profesionalisme dapat dipraktikkan.Pengetua hendaklahmenunjukkan keikhlasan yang tinggi dengan menerima denganbaik segala pandangan guru walaupun ada kalanya berunsurnegetif.

    3. Menggalakkan kerjasama dan belajar berkumpulan.

    Pengetua akan menggalakkan guru-guru sentiasa bekerja secara

    berpasukan.Kaedah ini akan membolehkan tugas dapatdilaksanakan dengan tepat,cepat dan tiada rungutan keranasemua keputusan dibuat bersama.Pengetua boleh menyarankanaktiviti-aktiviti berikut:

    a. Perbincangan dalam jawatankuasa panitia matapelajaran untukmembina modul pengajaran ,soalan peperiksaan , menyediakanrancangan strategik atau proses merancang aktiviti-aktivitipanitia.

    b. Perbincangan dalam jawatankuasa kokurikulum untuk

    membincang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ataumeyelesaikan masalah masalah .

    c. Belajar secara berkumpulan boleh diadakan oleh guru-gurusains dan matematik untuk memahirkan Bahasa Inggerismereka.Guru-guru yang mahir dikehendaki mengajarguru-guruyang kurang mahir dalam penggunaan komputer dan

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    10/16

    penggunaan makmal komputer mengikut kumpulan-kumpulan yangtelah ditetapkan.

    4. Menurunkan kuasa (Empowerment) ke arah visi yang kolektif.

    Proses penurunan kuasa dilaksanakan secara sedar iaitu denganmengumumkan dalam mesyuarat gurudan memberi surat secararasmi kepada semua guru mengikut bidang tugas masing-masing.Langkah ini diambil dengan harapan guru akan merasadiberi kepercayaan dan keyakinan oleh pengetua supaya denganitu komitment yang diberikan ke atas tugas yang diamanahkankepada mereka mencapai tahap yang tinggi.Selain itu akanmewujudkan semangat kekitaan yang kuat dengan itu visi sekolahakan dicapai secara bersama.

    5. Mengukuhkan sistem untuk menentukan perkongsian

    pembelajaran.

    Pengetua mengenalpasti sistem-sistem yang telah diamalkan disekoah yang sama konsepnya dengan amalan organisasipembelajaran hendaklah diteruskan dan diberi pengukuhan.Diantara program yang biasa dilaksanakan di sekolah ialah:

    1. Program Nilam untuk pelajarboleh diserapkan kepadaguru.Sekolah boleh memberi sijil-sijil kepada guru padaakhir tahun persekolahan.

    2. Sistem pelaporan kaedah minit curai perlu diteruskan untukdikuatkuasakan.

    3. Penglibatan guru dalam pertandingan mencipta BBMdipelbagai peringkat boleh dijadikan pertandingan diperingkat sekolah dan insentif diberikan kepada guru.

    6. Hubungkan organisasi kepada persekitaran.

    Pengetua hendaklah merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkanguru dengan PIBG,agensi-agensi kerajaan seperti Pihak BerkuasaTempatan,Polis,Klinik Kesihatan,Hospital,IPTA , agensi swastaseperti IPTS,Bank-bank Perdagangan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO).Langkah ini akan membantu guru untuk memantapkankemahiran berkomunikasi , berinteraksi dengan kumpulan bukan

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    11/16

    gurudan perhubungan awam.Ia juga dapat membuka minda gurudengan dunia luar untuk menambahkan pengetahuan.

    7. Menyediakan pemimpin strategik untuk pembelajaran.

    Dengan mempraktikkan amalan Organisasi Pembelajaran dapatdikenalpasti bakal pemimpin masa hadapan(future leader) danpemimpin-pemimpin strategik yang sangat diperlukan dalamsebuah sekolah.Guru-guru yang telah dikenalpasti untuk dipilihhendaklah disedari oleh mereka dan maklumkan kepada merekatentang hasrat pengetua dengan pemilihan itu.Ini untukmengelakkan salah faham.Misalnya jika mereka tidak fahamsemua tugas-tugas yang diberi dengan tujuan untuk melatihmereka menjadi bakal pemimpin akan dianggap sebagai beban.

    8.0 PEMBUGARAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM

    MENYEMARAKKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG.

    Untuk melaksanakan program ini konsep kerja berpasukan (team work)diperkenalkan kepada guru-guru.Program yang akan dilaksanakan telahdibincang dalam mesyuarat pentadbir, jawatankuasa akademik , kokurikulumdan hal ehwal murid serta melibatkan kelab guru.

    Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk program ini ialah:

    1. Membaca Ikrar Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika PerkhidmatanAwam pada hari pertama persekolahan, pada Hari Gurudan padapertengahan tahun semasa perhimpunan rasmi dengan pelajar.

    2. Membaca dan mengedarkan kepada guru-guru Nilai-nilai Utama danNilai Kualiti dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Ikthisas berkaitanpada mesyuarat guru yang pertama dan Kedua setiap tahun.

    3. Mengadakan kursus motivasi kerja cemerlang dan kem Jati Diri kepadasemua guru pada pada pertengahan tahun persekolahan.

    4. Memastikan Pengetua dan semua guru-guru Penolong Kanan danKetua Bidang mempunyai Manual Prosidur Kerja dan menyediakan Buku

    Senarai Tugas semua jawatan yang dipegang oleh gurudan wajibdijadikan panduan semasa melaksanakan tugas mereka.5. Memastikan semua guru mematuhi prosidur kerja yang ditetapkan oleh

    Kementerian Pelajaran iaitu dari segi pengurusan kewangan,permohonancuti , Buku Rekod Mengajar ,Tuntutan perjalanan,tuntutan elaun-elauntertentu,kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,tindakandisiplin ke atas pelajardan pelaksanaan aktiviti Ko Kurikulum.

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    12/16

    6. Menguatkuasakan sistem surat peringatan (Memo), surat amaran danurat tunjuk sebab tunjuk sebab dan tindakan tatatertib dalam pengurusansekolah.

    7. Menyediakan Buku Peraturan Perkhidmatan Awam yang mengandungiperkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Penjawat Awam fokus

    kepada gurudan salinan pekeliling pekeliling ikthisas KementerianPelajaran.Buku ini diberikan kepada semua gurudan perlu dikembalikansemasa serahan tugas di akhir tahun.

    8. Mengambil bahagian dalam pemilihan Anugerah Kualiti Peringkat Daerahdalam bahagian pengurusan Makmal Sains Cemerlang, pengurusanBengkel Kemahiran Hidup,Kantin ,Pusat Sumber Sekolah dan Keceriaandan Keharmonian Sekolah.

    9. Menggalakan guru-guru mengambil bahagian dalam semuapertandingan permainan ,Olahraga,Badan Uniform, Persatuan dan Kelabdi mana mereka menjadi guru penasihatnya samada di peringkat daerah ,negeri atau kebangsaan.

    10. Mengadakan kempen Kepimpinan Melalui Teladan.

    Dalam kempen guru-guru sentiasa diingatkan supaya menjagatingkahlaku mereka .Setiap perkara yang dilakukan guru akan dicontohioleh pelajar.Pengetua dan pentadbir yang lain juga perlu sentiasamenunjukkan teladan yang baik kepada guru-guru yang lain.

    9.0 MEWUJUDKAN SISTEM PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN

    Pengetua perlu mengadakan sistem pemantaun ke atas semua program yangdijalankan di sekolah untuk memastikan perlaksanaannya mematuhi prosidurdan berkesan .

    1. Kaedah Pelaksanaan Sistem.a. Mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan di mana ahlinyaterdiri daripada Pengetua,Penolong Kanan Akademik ,HalEhwal Murid, Kokurikulum , empat orang Ketua Bidang,Ketua-ketua Panitia Matapelajaran,Penyalaras Kokurikulumdan Setiausaha Sukan.

    b. Membuat jadual Pemantauan Tahunan dan pembahagiantugas

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    13/16

    c. pemantauan di kalangan ahli jawatankuasa.d. Membuat laporan pemantauan untuk dibuat penilaian

    (postmortem) dalam mesyuarat jawatankuasa.e. Mencadangkan guru yang dipantau samada program yang

    dilaksanakan perlu diteruskan tetapi dbuat penambahbaikan

    atau dihentikan dan tukar dengan program yang lain.f.2. Aktiviti dan perkara-perkara yang dipantau mengikut turutan

    kepentingan.a. Pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah.b. Penyediaan Buku Rekod Pengajaran.c. Sistem fail dan kandungan minit mesyuarat Panitia-panitia

    matapelajaran,jawatankuasa-jawatankuasa lain dalanbidang akademik , hak ehwal murid,kokurikulum danpentadbiran.

    d. Pengurusan penggunaan peralatan peralatan yang

    dibekalkane. oleh kerajaan seperti komputer meja ,komputer riba,LCD,alat siaraya dan Bahan Bantu Mengajar.Buku Nota danLatihan Pelajar.Fail Rekod Kehadiran Guru , buku laporanTugas Harian

    Guru,Buku Pendaftaran Masuk Pelajar, Buku PendaftaranKehadiran Pelajar, Buku Laporan Aktiviti kokurilulum , BukuKawalan Kelas ,Buku Laporan Kerosakan Sekolah , BukuPenggunaan Bilik-bilik Khas, Buku Laporan PengawalKeselamatan, Buku Laporan Harian Kantin dan fail Laporan

    Disiplin Pelajar.

    f. Makmal makmal Sains, Bengkel-bengkel Kemahiran HidupBilik Guru , Tandas-tandas,Bilik-bilik Khas,Bilik Mesyuarat ,Surau dan bilik-bilik darjah.

    g. Kebersihan kawasan dan bangunan sekolah.h. Keselamatan kawasan dan bangunan sekolah.i. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bidang akademik

    seperti Kelas Bimbingan Petang,Perkhemahan Akademiksemasa cuti sekolah,ceramah teknik belajar,dalam hal ehwal

    disiplin seperti kursus motivasi, kursus kepimpinanpengawas dan dalam kokurikulum seperti latihan rumahsukan, permainan ,olahraga , berkawat dan perjumpaanpersatuan,kelab dan badan uniform.Dokumen-dokumenyang dihantar oleh guru.

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    14/16

    10.0 PUJIAN DAN PENGIKTIRAFAN

    Cara pengetua memberi pengiktirafan menjamin usaha yang berterusan.

    Guru-guru tidak mengharapkan hadiah-hadiah yang mahal .Memadai

    dengan memberikan pujian samada secara spontan atau rasmi.Pujianboleh

    diberi semasa perhimpunan atau dalam mesyuarat guru. Bagi guru-guru

    yang memenangi pertandingan akan diberi pengiktirapan berupa hadiah

    hadiah dan sijil pada majlis Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung

    PIBG , di Perhimpunan Rasmi atau semasa Jamuan Akhir Tahun Kelab

    Staf sekolah.

    Penganugerahan ini diberikan kepada katagori tertentu iaitu:

    1. Panitia matapelajaran mencapai keputusan seratus peratus dan

    peratus lulus meningkat dalam peperiksaan PMR dan SPM.

    2. Penasihat persatuan ,kelab ,badan uniform dan permainan

    cemerlang.3. Guru paling banyak menghasilkan karya penulisan ilmiah dankreatif untuk bahan bacaan gurudanpelajar.

    4. Guru paling kerap meyampaikan ceramah dalam siriperkembangan stafdan kursus dalaman.

    5. Guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan.6. Semua guru dalam kumpulan pemikir.7. Guru yang membuat sesuatu projek untuk kebaikan sekolah8. secara sukarela seperti mural,arca,taman dan sebagainya.

    11.0 MEMPERTINGKAN KUALITI KEBAJIKAN DAN KEHARMONIAN

    PERHUBUNGAN

    Kebajikan guru juga merupakan aspek yang amat penting untuk diberikanperhatian.Perhubungan yang baik antara gurudan pengetua merupakanakan memberi keselesaan kepada guru menjalinkan komunikasi yang

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    15/16

    berkesan.Kemahiran komunikasi dan interpersonal akan menentukankekuatan kepimpinan pengetua .Cara mnegur,membimbing ,mengarahmestilah dirasai oeh guru sebagai teguran yang membina.Keperihatinanpengetua kepada kebajikan dan keharmonian perhubungan mereka bolehmenjadi motivasi yang paling baik untuk meningkatkan prestasi kerja

    mereka.

    Aspek-aspek penting yang perlu diambil tindakan oleh pengetua adalah :

    1. Perjawatan Guru.

    Pengetua perlu sentiasa memantau tugas Pembantu Tadbir yangmenguruskan perjawatan guru. Langkah ini akan dapatmemastikan proses perlantikan , pengesahan , pembayaran gaji,pergerakan gaji , kenaikan pangkat dapat dibuat pada tarikh atautempoh yang sepatutnya.

    Kelewatan urusan tersebut akan menggangu emosi gurudanseterusnya akan menjejaskan prestasi kerja mereka.

    2. Persekitaran kerja.

    Kualiti kehidupan kerja guru yang baik meningkatkan produktivitidan kepuasan bekerja mereka.Beh Loo See(2003) Pengetua akanmengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin persekitarankerja yang baik:

    a. Melengkapkan bilik guru dengan perabot yang sesuai danmencukupi ,memasang alat penghawa dingin danmemastikan bersih dan ceria.

    b. Menyediakan ruang letak kereta yang mencukupi.c. Peralatan BBM yang cukup dan berfungsi.

    1. Pentadbiran.

    a. Pengetua mengamalkan konsep terbuka,telus danhumanistik.

    b. Masa mengajar yang membolehkan guru merancang dan

    melaksanakan pengajaran berkesan.c. Membuat analisa dan kawalan beban tugas guru .d. Peluang kenaikan pangkat dibuka kepada semua guru.

    4. Sosial

    a. Mengadakan jamuan akhir tahun.b. Mengadakan hari keluarga.

  • 8/7/2019 Sebagai Seorang Pengurus Sekolah

    16/16

    c. Memberi ucapan hari jadi,hari perayaan.d. Ziarah ke rumah semasa guru sakit atau bersalin.

    11.KESIMPULAN

    Pelbagi cara yang digunakan oleh pengetua untuk melahirkan guru-guru yangprofesional tidak akan mendapat kejayaan yang diharapkan jika tidak mendapatkerjasama daripada guru itu sendiri.Guru perlu mempunyai akauntabilititerhadap profesionnya.Oleh itu guru beranggungjawab meningkatkan imejprofesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.Dalamhal ini , guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dankemahirannya dalam bidang pendidikan agar dapat melaksanakan tugasnyadengan cekap dan sempurna.

    # Ishak (2003) menyatakan bahawa pengetua sekolah adalah orang yangpenting kerana mereka adalah ketua, pengurus danpemimpin. Merekaharuslah mempunyai keupayaan untuk mempengaruhiguru-gurumelaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela.

    b. Mengatasi kelemahan murid- murid bukan semuanya pandai dan tahapkecedasan otak ber;lainan sekolah biasa perlu memikirkan cara manadapat menyampaikan pelajaran/ ilmu kepada mereka supaya mereka

    dapat dibentuk sebagai modal insan ynag berguna kepada dirinya sendiridan negara.