sebagai pelajar jarak jauh yang berkerjaya

2
Sebagai pelajar jarak jauh yang berkerjaya, pengurusan masa adalah amat penting bagi memastikan komitmen kepada pelajaran dan pekerjaan dapat diberikan dengan seimbang. Kekangan masa seringkali menyebabkan pengurusan masa tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Kegagalan dalam pengurusan masa bukan sahaja boleh menyebabkan tekanan kepada para pelajar. Malah akan menjejaskan kualiti kerja dan kualiti pelajaran seseorang pelajar itu. Oleh itu, setiap pelajar jarak jauh perlu mempunyai perancangan masa yang baik bagi membolehkan pelajar menjadualkan tugasan dan mampu menghadapi sebarang tekanan dengan baik. Saya selalu memastikan saya sentiasa memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah terutama berkaitan pelajaran. Sebagai contoh, ketika waktu rehat di pejabat, saya sering mengisi masa tersebut untuk menyemak nota pelajaran atau mencari maklumat berkaitan tugasan pelajaran saya. Pada mulanya, saya merasakan agak canggung kerana terpaksa menggunakan masa yang ada untuk berehat demi pelajaran. Namun, apabila memikirkan peluang untuk menguruskan masa yang ada dengan baik akhirnya saya semakin terbiasa dengan kaedah ini dan ia sangat berguna. Ini meningkatkan motivasi saya sebagai pelajar jarak jauh terbuka. Saya juga membuat jadual waktu bagi membahagikan masa antara kerja dan pelajaran saya. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar kehidupan saya sebagai pelajar jarak jauh dan pekerja menjadi lebih tersusun dan bermakna. Sebagai contoh, saya telah menetapkan masa awal pagi iaitu sebelum subuh sebagai masa untuk saya menelaah pelajaran. Ini kerana, pada masa tersebut, fikiran masih segar dan

Upload: aishahbintialamudin

Post on 18-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cara pembahagian masa sebagai seorang pelajar jarak jauh yang berkerjaya.

TRANSCRIPT

Sebagai pelajar jarak jauh yang berkerjaya, pengurusan masa adalah amat penting bagi memastikan komitmen kepada pelajaran dan pekerjaan dapat diberikan dengan seimbang. Kekangan masa seringkali menyebabkan pengurusan masa tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Kegagalan dalam pengurusan masa bukan sahaja boleh menyebabkan tekanan kepada para pelajar. Malah akan menjejaskan kualiti kerja dan kualiti pelajaran seseorang pelajar itu. Oleh itu, setiap pelajar jarak jauh perlu mempunyai perancangan masa yang baik bagi membolehkan pelajar menjadualkan tugasan dan mampu menghadapi sebarang tekanan dengan baik.

Saya selalu memastikan saya sentiasa memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah terutama berkaitan pelajaran. Sebagai contoh, ketika waktu rehat di pejabat, saya sering mengisi masa tersebut untuk menyemak nota pelajaran atau mencari maklumat berkaitan tugasan pelajaran saya. Pada mulanya, saya merasakan agak canggung kerana terpaksa menggunakan masa yang ada untuk berehat demi pelajaran. Namun, apabila memikirkan peluang untuk menguruskan masa yang ada dengan baik akhirnya saya semakin terbiasa dengan kaedah ini dan ia sangat berguna. Ini meningkatkan motivasi saya sebagai pelajar jarak jauh terbuka.Saya juga membuat jadual waktu bagi membahagikan masa antara kerja dan pelajaran saya. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar kehidupan saya sebagai pelajar jarak jauh dan pekerja menjadi lebih tersusun dan bermakna. Sebagai contoh, saya telah menetapkan masa awal pagi iaitu sebelum subuh sebagai masa untuk saya menelaah pelajaran. Ini kerana, pada masa tersebut, fikiran masih segar dan mudah menerima pelajaran. Saya juga menetapkan tiga hari dalam seminggu sebagai waktu saya menyelesaikan tugasan belajar iaitu selama dua jam selepas waktu isyak.Selain itu, dalam memastikan masa saya diurus dengan baik, saya telah menetapkan matlamat dalam kerjaya dan pelajaran saya. Bagi saya, sekirany kita mahu mengawal masa dan kehidupan kita sendiri, kita mestilah menetapkan matlamat kita.. Matlamat yang hendak dicapai haruslah khusus, iaitu perlu mempunyai objektif dan boleh dicapai dengan munasabah. Sebagai contoh, saya menetapkan tugasan di rumah sebagai isteri diutamakan dan diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya melakukan tugasan pelajaran saya. Kesimpulannya, dalam memastikan pengurusan masa dapat dilakukan dengan baik, setiap pelajar jarak jauh haruslah mengetahui tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Ini penting dalam menetapkan focus agar kita tidak lalai dengan perkara yang membuang masa.