sebab-sebab usahawan menceburkan diri dalam perniagaan

6
Faktor Tertarik Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :- Status sosial Politik dan dasar kerajaan Sistem sokongan kerajaan Peluang ekonomi Status sosial Ahli korporat / mewah Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan. Kuasa / Kebebasan Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding

Upload: gg

Post on 17-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RBT Tutorial

TRANSCRIPT

Page 1: Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

Faktor Tertarik

Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :-

Status sosial Politik dan dasar kerajaan Sistem sokongan kerajaan Peluang ekonomi

Status sosial Ahli korporat / mewah

Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

Kuasa / Kebebasan

Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan.

Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.

Nilai tambah

Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan kepada tatapan masyarakat. Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut menarai seseorang menjadi usahawan

Page 2: Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

Agen Perubah Masyarakat

Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keuasahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat.

Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020.

Politik dan dasar kerajaan

PolitikKeadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan.

Dasar Kerajaan

Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat. Wujudnya dasar untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan dengan sistem sokongan yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi bidang ini.Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020, pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan Program Usahawan Muda (PUM) bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini. Selain itu pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang bersara untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga untuk menceburi bidang keusahawanan

Page 3: Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

Sistem sokongan kerajaan

Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan.

Contohnya

§ Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan dan BBMB.

§ Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.

§ Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan lain-lain.

§ Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI

§ Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, PKEN dan lain-lain.

§ Persatuan Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain.

Peluang ekonomiPeluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

II. Sistem Francais

(francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.)

Harta Kleen - Perkhidmatan Pencucian Rumah. Yummy Ayam Goreng - Restoran Makanan Segera. 

Page 4: Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

Camel Store - Kedai Pakaian Jenama Camel. Pharma Care - Kedai Farmasi. Print Maesto - Percetakan Segera. bhg, : Bahagian Kemajuan Projek Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

III. Sistem Vendor

Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, PERMAS, EMAS.

Faktor Tertolak

Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.

· Peluang terbatas

Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang mendapatkan rezeki adalah terbatas.

· Ekonomi meleset

Keadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

· Ketidakpuasan

Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan

Page 5: Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

BUDAYA KEUSAHAWANAN

Sesetengah individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya keusahawanan pala menganggap bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi turun temurun. Ini secara tidak lansung telah menolak seseorang itu menjadi usahawan.