sce 3143

23
5/21/2018 SCE3143-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/sce-3143 1/23 DISEDIAKAN OLEH : CHEW LAY KWAN LIEW YING HUI ONG WOAN MIN

Upload: ong-woan-min

Post on 11-Oct-2015

283 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pemuliharaan Air

TRANSCRIPT

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT Pemuliharaan Air

SCE 3143SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Pemuliharaan AirDISEDIAKAN OLEH :CHEW LAY KWANLIEW YING HUIONG WOAN MIN

Definisi Pencemaran AirMenurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Punca Pencemaran Air

Pengusaha kilang mengambil jalan mudah , iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa dirawat ke dalam sungai dengan sewenang - wenangnya.

Tumpahan minyak dari tangki kapal dan pelantar minyak juga mencemarkan air..

Membuang sisa pepejal seperti sisa makanan, perabot dan barangan elekronik ke dalam sungai. Hal ini akan menyebabkan sungai tercemar dan diracuni. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai juga akan mengalakkan pertumbuhan bakteria.

Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga akan mencemarkan air terutamanya jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana ia akan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila hujan lebat berlaku.

Aktiviti Perlombongan. Air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kiatan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai.

Pembentungan najis binatang yang tidak terurus daripada aktiviti penternakan bukan sahaja akan mencemarkan air malah akan menyebabkan pencemaran bau. Hal ini kerana najis binatang mengandungi pelbagai bakteria, virus dan parasit seperti E.coli yang akan mencemarkan kualiti air.

Definisi Pemuliharaan Air Merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan kitar semula air sisa untuk tujuan yang berbeza seperti pengairan pembersihan, manifacturing dan pertanian.

Definisi Kecekapan AirPencapaian fungsi, tugas, proses, atau hasil dengan jumlah minimum air dilaksanakan, atau penunjuk hubungan antara jumlah air yang diperlukan untuk tujuan tertentu dan jumlah air yang digunakan, menduduki atau diserahkanPemulihan Air

Kesan tidak memulihara AirPutus bekalan air Memudaratkan kesihatan manusia. Kemusnahan habitat haiwan Kehilangan tenaga Hilang punca makanan Sistem air bawah tanah tercemar

RAWATAN AIRRawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan.

Tujuan semua proses rawatan air ialah untuk mengalihkan pencemaran yang ada pada air, atau menurunkan kepekatan sebarang pencemaran supaya air menjadi sesuai untuk kegunaan akhir yang diingini. Satu contoh kegunaan ialah mengembalikan air yang telah digunakan ke alam sekitar tanpa menyebabkan kesan ekologi yang buruk.

1234567PROSES RAWATAN AIR SECARA KONVENSIONAL

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)

(SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan bumbung bangunan. Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta, menyiram tanaman, menyimbah tandas dan lain-lain. SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil sahaja untuk menyimpan air hujan.

Sistem ini mempunyai dua fungsi utama: (i) On Site DetentionMelambatkan aliran air permukaan dengan menahan seketika air hujan. (ii) Penuaian Air HujanBertindak sebagai tangki yang berfungsi sebagai bekalan air hujan.

Kebaikan SPAH Dapat menjimatkan penggunaan air bersih kira-kira 30% daripada penggunaan air bersih.Mengurangkan bil-bil air.Melambatkan air larian permukaan.Mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pedalaman.Mengurangkan hakisan tanah atau banjir kilat.Mudah kerana dilakukan secara persendirian.

Keburukan SPAHBekalan air terhad.Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya.Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah. Kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai sistem penapisan atau penurasan air yang sistematik

Proses NEWWATER

neWater Factory in Singapore

Air baru (Newater) yang diperkenalkan oleh Singapura dihasilkan menerusi proses pemulihan dan pembersihan ketat bekalan air kumbahan.

Merupakan proses rawatan semula air akibat bekalan air yang terhad.

Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater(i) Penurasan mikro (Microfiltration)(ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)(iii) Teknologi Sinaran Ultra-violetPenyahjangkitan(Ultraviolet light disinfection technologies).

123

Penurasan mikro (Microfiltration)

Kaedah penyulingan air sisa kumbahan dengan menggunakan penapis-penapis yang berfungsi sebagai agen penuras microscopic. Setiap penapis mampu menapis semua sisa sehingga sekecil saiz 0.2 mikron.Penapis sekecil saiz ini bertujuan untuk menapis sisa pepejal yang terkecil dan untuk mengelakkan berlakunya rintangan (clogging) semasa melalui proses yang kedua iaitu memberan dalam proses Osmosis songsang. Proses ini juga digunakan untuk mengasingkan bacteria dan protozoa.

2. Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)Proses seterusnya setelah penurasan di peringkat MF selesai, air disalurkan untuk melalui proses yang dipanggil Osmosis Songsang (Reverse Osmosis). RO ini melibatkan proses penggunaan tekanan kepada air untuk mengalir dari bahagian pemusatan ke bahagian pemusatan yang lain seterusnya melalui memberan yang separa-serap untuk menuras benda-benda bukan organic seperti nitrat, klorid, sulfat dan sebagainya. Penurasan juga melibatkan benda-benda organic yang dinyahjangkitan, hidrokarbon yang mempunyai bau, pesticide dan sebagainya.

3. Teknologisinaran Ultra-violetPenyahjangkitan (Ultra-violet Light Disinfection technologies)Penyahjangkitan dengan sinaran Ultra-Violet adalah proses sokongan untuk menjamin pembasmian bakteria dan virus walaupun bakteria dan virus ini diakui telah diasingkan semasa proses Osmosis Songsang (RO).Di bawah proses ini, antara lain air baru (Newater) dituras untuk menyaring partikel atau benda-benda halus dan kemudian didedahkan kepada cahaya UV untuk menghapuskan bakteria dan virus.

CARA JIMAT AIRBaiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.

Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuranSekian, Terima Kasih.