sce 3101 amali 2 ujian makanan

15
Amali : 2 Tajuk : Ujian Makanan Objektif 1 : Untuk menguji kehadiran kanji,gula penurun,gula bukan penurun ,protein dan lipid-lipid dalam sampel makanan Hipotesis :Kehadiran kanji dapat diuji dengan memerhatikan tindak balas sampel makanan dengan larutan iodin.Kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun dapat diuji dengan memerhatikan tindak balas sampel makanan dengan larutan Benedict.Kehadiran protein dapat diuji dengan ujian Biuret manakala kehadiran lipid dapat diuji dengan ujian tompok minyak. Pengenalan : Larutan Iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji.Larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun.Reagen Millon dan ujian Biuret digunakan untuk menguji kehadiran protein.Ujian emulsi etanol dan ujian tompok minyak digunakan untuk menguji kehadiran lipid.DCPIP digunakan untuk menentukan kehadiran vitamin C dalam sampel jus buah- buahan. Pengetahuan Teori : Larutan Iodin akan bertukar warna dari coklat kekuningan kepada biru tua sekiranya terdapat kehadiran kanji.Larutan Iodin juga dikenali sebagai Lugol Reagen.Larutan Benedict merupakan cecair berwarna biru yang mengandungi ion kuprum .Larutan Benedict bertindak balas dengan gula penurun apabila dipanaskan dan mendakan merah bata akan terhasil.Sampel makanan yang mengandungi protein akan bertukar menjadi keunguan apabila diuji dengan menggunakan Ujian Biuret (tindak balas 20% larutan natrium hidroksida + 1% larutan kuprum (II) sulfat).Kehadiran lipid dalam

Upload: an-nisa

Post on 16-Feb-2015

360 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sce 3101 hidupan dan proses kehidupan

TRANSCRIPT

Page 1: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Amali : 2

Tajuk : Ujian Makanan

Objektif 1 :

Untuk menguji kehadiran kanji,gula penurun,gula bukan penurun ,protein dan lipid-lipid dalam sampel makanan

Hipotesis:Kehadiran kanji dapat diuji dengan memerhatikan tindak balas sampel makanan dengan larutan iodin.Kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun dapat diuji dengan memerhatikan tindak balas sampel makanan dengan larutan Benedict.Kehadiran protein dapat diuji dengan ujian Biuret manakala kehadiran lipid dapat diuji dengan ujian tompok minyak.

Pengenalan :

Larutan Iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji.Larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun.Reagen Millon dan ujian Biuret digunakan untuk menguji kehadiran protein.Ujian emulsi etanol dan ujian tompok minyak digunakan untuk menguji kehadiran lipid.DCPIP digunakan untuk menentukan kehadiran vitamin C dalam sampel jus buah-buahan.

Pengetahuan Teori :

Larutan Iodin akan bertukar warna dari coklat kekuningan kepada biru tua sekiranya terdapat kehadiran kanji.Larutan Iodin juga dikenali sebagai Lugol Reagen.Larutan Benedict merupakan cecair berwarna biru yang mengandungi ion kuprum .Larutan Benedict bertindak balas dengan gula penurun apabila dipanaskan dan mendakan merah bata akan terhasil.Sampel makanan yang mengandungi protein akan bertukar menjadi keunguan apabila diuji dengan menggunakan Ujian Biuret (tindak balas 20% larutan natrium hidroksida + 1% larutan kuprum (II) sulfat).Kehadiran lipid dalam sampel makanan akan menyebabkan kertas turas berminyak dan transparen.

Bahan / Radas:

Bahan:Larutan iodin,larutan Benedict,larutan natrium hidrogen karbonat,20% larutan natrium hidroksida,asid hidroklorik,1% larutan kuprum (II) sulfat dan sampel-sampel makanan (tidak diketahui pelajar)

A- larutan kismis,B-kacang tanah hancur,C-susu,D-sirap dan E-mayonis

Radas:tabung uji,pemegang tabung uji,bikar,penunu Bunsen ,penitis,kasa dawai,jubin putih dan kertas turas.

Page 2: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Prosedur:

1) 5 sampel makanan berlabel A,B,C,D dan E disediakan.2) Ujian makanan telah dijalankan untuk menentukan kehadiran kanji ,gula penurun

,gula bukan penurun ,protein dan lipid dalam sampel makanan tersebut.

Susunan Radas

Langkah keselamatan:

1) Berhati-hati ketika menggunakan bahan kimia yang bersifat asid seperti asid hidroklorik kerana sifatnya yang menghakis.

2) Jangan merasa sampel makanan yang terdapat di dalam makmal.

Keputusan

1) menguji kehadiran kanji

Sampel makanan

Prosedur Pemerhatian Inferens

A(larutan kismis)

1. 2 sudu sampel makanan A diletakkan di atas jubin putih.2. Beberapa titik

- Tiada perubahan -Kismis tidak mengandungi kanji.

1)menguji kehadiran kanji 2)menguji kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun

3)menguji kehadiran protein 4)menguji kehadiran lipid

Page 3: sce 3101 amali 2 ujian makanan

iodine dititiskan ke atas sampel makanan A. 3.Perubahan warna pada sampel makanan A dan larutan iodine diperhatikan dan direkod.4.Eksperimen diulang dengan menggunakan sampel makanan B,C,D dan E.5.Perubahan yang berlaku diperhatikan dan direkod..

B( kacang tanah hancur)

-Warna iodin bertukar dari warna coklat ke warna biru gelap.

- Terdapat kanji dalam kacang tanah hancur.

C(susu)

-Tiada perubahan -Susu tidak mengandungi kanji

D( sirap)

-Tiada perubahan -Sirap tidak mengandungi kanji

E(mayonis)

-Tiada perubahan - Mayonis tidak mengandungi kanji

2)Menguji kehadiran gula penurun

Sampel makanan

Prosedur Pemerhatian Inferens

A(larutan kismis)

1.Bikar yang berisi air dipanaskan.2.2 sudu sampel makanan A ,B,C,D dan E diletakkan ke dalam tabung uji.3 .Beberapa titik larutan Benedict dititiskan ke dalam sampel makanan A,B,C,D dan E4.Masukkan tabung uji A,B,C,D dan E ke dalam bikar yang panas.

Mendakan merah bata terhasil

Kismis mengandungi gula penurun

B(kacang tanah hancur)

Tiada perubahan Kacang tanah hancur tidak mengandungi gula penurun

C(susu)

Mendakan merah bata terhasil

Susu tidak mengandungi gula penurun

D(sirap)

Tiada perubahan Sirap merupakan gula bukan

Kacang tanah hancur bertukar warna dari coklat ke biru gelap apabila diuji dengan larutan Iodin.

Page 4: sce 3101 amali 2 ujian makanan

5.Selepas 5 minit,keluarkan kesemua tabung uji dan letakkan di atas rak tabung uji.6.Perubahan pada sampel makanan diperhatikan dan direkodkan

penurun.E(mayonis)

Tiada perubahan Mayonis tidak mengandungi glukos.

3)Menguji kehadiran protein

Sampel makanan

Prosedur Pemerhatian Inferens

A(larutan kismis)

1.Beberapa titik larutan 20% larutan natrium hidroksida dimasukkan ke dalam tabung uji.2.Sampel makanan A dimasukkan ke dalam tabung uji tersebut.3.Beberapa titik 1% larutan kuprum (II) sulfat dititiskan ke larutan tersebut.4.Perubahan yang berlaku direkodkan.5.Eksperimen diulang dengan menggunakan sampel makanan B,C,D dan E

Tiada perubahan

Larutan kismis tidak mengandungi protein

B(kacang tanah hancur)

Bertukar menjadi warna keunguan

Kacang tanah hancur mengandungi protein

C(susu)

Bertukar menjadi warna keunguan

Susu mengandungi protein

D(sirap)

Tiada perubahan

Sirap tidak mengandungi protein

E(mayonis)

Bertukar menjadi warna keunguan

Mayonis mengandungi protein.

Page 5: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Larutan susu menjadi keunguan apabila diuji dengan ujian Biuret

Larutan kacang tanah hancur menjadi keunguan apabila diuji dengan ujian Biuret

Larutan kismis tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila diuji dengan ujian Biuret

Page 6: sce 3101 amali 2 ujian makanan

5) Menguji kehadiran lipid

Sampel makanan

Prosedur Pemerhatian Inferens

A(larutan kismis)

1.Sampel makanan A diletakkan di atas kertas turas2.Kertas turas dikeringkan dan diletakkan di bawah sinaran matahari.3.Perhatikan perubahan yang berlaku4.Eksperimen diulang dengan menggunakan sampel makanan B,C,D dan E

Kertas turas tidak mengandungi tompokan minyak

Larutan kismis tidak mengandungi lipid.

B(kacang tanah hancur)

Kertas turas mengandungi tompokan minyak dan transparen

Kacang tanah mengandungi lipid

C(susu)

Kertas turas tidak mengandungi tompokan minyak

Susu tidak mengandungi lipid

D(sirap)

Kertas turas tidak mengandungi tompokan minyak

Sirap tidak mengandungi lipid

E(mayonis)

Kertas turas mengandungi tompokan minyak dan transparen

Mayonis mengandungi lipid

Perbincangan:

Setiap sampel makanan mengandungi kelas makanan yang berbeza.Bagi membuktikan kandungan kelas makanan tersebut,beberapa ujian makanan boleh dijalankan.Kehadiran kanji telah dibuktikan dengan ujian Iodin yang dijalankan ke atas sampel makanan.Sampel makanan yang positif kepada ujian ini iaitu kacang tanah hancur telah bertukar dari warna coklat ke biru gelap sementara sampel makanan yang negatif kepada ujian ini tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Kehadiran gula penurun pula telah diuji dengan ujian Benedict.Sampel yang positif dengan ujian tersebut iaitu larutan kismis dan susu telah membentuk mendakan merah bata.Hal ini kerana larutan kismis mengandungi gula penurun seperti glukos manakala susu pula mengandungi laktos yang merupakan gabungan glukos dan galaktos.Gula bukan penurun seperti sukrosa tidak akan menunjukkan sebarang perubahan jika diuji dengan ujian Benedict.

Kehadiran protein dalam sampel makanan telah dibuktikan dengan ujian Biuret.Sampel makanan yang positif kepada ujian ini iaitu larutan susu,kacang tanah hancur dan mayonis telah bertukar kepada warna keunguan.Semakin tinggi kandungan protein di dalam sampel makanan tersebut,semakin terang warna ungu yang terbentuk.

Page 7: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Kehadiran lipid pada sampel makanan telah dibuktikan dengan kehadiran tompokan minyak yang transparen pada sampel makanan iaitu kacang larutan tanah hancur dan mayonis.

Objektif 2

Tajuk : Ujian Makanan

TujuanUntuk menentukan kandungan Vitamin C dalam pelbagai jus buah-buahan.

HipotesisSemakin tinggi kandungan Vitamin C di dalam jus buah-buahan, semakin sedikit isi padu jus buah-buahan yang diperlukan untuk menukarkan warna larutan DCPIP . Pengenalan- Setiap buah-buahan mengandungi sejumlah vitamin C yang elok untuk badan. Jumlah vitamin C yang terdapat di dalam jus buah-buahan boleh ditentukan dengan menjalankan satu ujian makanan pada jus buah-buahan tersebut.TeoriVitamin C yang terdapat dalam jus buah-buahan akan menukarkan warna larutan DCPIP daripada ungu kepada tiada warna.

Masalah: Adakah buah-buahan import mengandungi lebih banyak vitamin C daripada buah-buahan tempatan?

Bahan dan Radas1.0 % larutan diklorofenolindofenol (DCIPIP), 0.1 % larutan asid askorbik, perahan segar jus jambu batu, jus betik, jus manga, jus oren, jus kiwi dan jus limau, tabung specimen, picagari dengan jarum (1 ml dan 5 ml), bikar, kain kasa dan pisau.

Prosedur

1. 1 ml larutan 1.0% DCPIP diletakkan ke dalam sebuah tabung specimen dengan menggunakan picagari 1 ml.2. Picagari 5 ml diisi dengan 0.1 % larutan asid askorbik.3. Jarum picagari tersebut diletakkan kedalam larutan DCPIP.

Page 8: sce 3101 amali 2 ujian makanan

4. Larutan asid askorbik ditambah titis demi titis kepada larutan DCPIP. Campuran tersebut dikacau secara perlahan menggunakan jarum picagari. Larutan asid askorbik ditambah secara berterusan sehingga larutan DCPIP menjadi tidak berwarna. Isipadu larutan asid askorbik yang digunakan direkod.5. Langkah satu hingga 4 diulang dengan menggunakan perahan segar jus jambu batu, jus betik, jus manga, jus oren, jus kiwi dan jus limau. Isipadu jus buah-buahan yang diperlukan untuk menukarkan warna larutan DCPIP dalam setiap kes direkodkan.6. Keputusan dimasukkan ke dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam setiap jus buah-buahan dikira manggunakan formula yang diberi.

Langkah Keselamatana) Berhati-hati ketika menggunakan picagari dengan jarum.b) Pastikan tabung uji di basuh dengan air suling sebelum digunakan bagi menanggalkan sebarang bahan kimia yg tertinggal.c) Jus buah-buahan perlu ditutup dengan ketat supaya vitamin C yang terkandung tidak dioksidakan oleh udara.d) Buah-buahan tidak boleh diperah untuk mendapatkan jusnya kerana haba yang terhasil akan merosakkan vitamin C.e) Jangan merasa sampel makanan yang dicemari dengan bahan kimia

Keputusan

Susunan Radas:

Page 9: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Larutan/jus buah-buahan

Isipadu larutan/jus buah-buahan yang diperlukan untuk menukarkan warna larutan DPIP

Peratusan Vitamin C dalam jus buah-buahan (%)

Kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan (mg cm )1 2 3 Purata

Asid Askorbik

1.00

1.00 0.85 0.95

Jus Limau 1.00

1.00 0.80 1.00 95.0% 0.950

Jus Mangga 3.10

3.00 3.20 3.10 30.6% 0.306

Jus Jambu 3.20

3.60 3.30 3.37 28.1% 0.281

Jus Oren 2.80

3.00 2.60 2.80 34.0% 0.340

Pengiraan:

Isipadu 0.1% asid askorbik digunakan untuk menukarkan warna DCPIP = x cm3

Isipadu jus buah-buahan digunakan untuk menukarkan warna DCPIP = y cm3

x cm3 0.1% asid askorbik (kepekatan 1 mg/cm3) boleh menukarkan warna 1 cm3

DCPIP dan y cm3 kepekatan jus buah-buahan bersamaan k mg/cm3 boleh menukarkan warna 1 cm3 DCPIP

jadi, Kuantiti asid askorbik dalam x cm3 0.1% asid askorbik= kuantiti asid askorbik dalam y cm3 jus buah-buahan

oleh itu,x cm3 X 1 mg/cm3 = y cm3 X k mg/cm3

k mg/cm3 = xy

= xy

Oleh itu, kepekatan asid askorbik dalam jus buah-buahan = xy

Xcm3

cm3mg/cm3

mg/cm3

mg/cm3

Page 10: sce 3101 amali 2 ujian makanan

Perbincangan

Kandungan vitamin C dalam jus buah-buahan boleh diuji dengan diklorofenolindofenol (DCPIP). Vitamin C (asid askorbik) akan menukarkan warna biru DCPIP kepada tidak ada warna. Oleh itu, semakin banyak vitamin C yang terkandung dalam jus buah-buahan itu, maka semakin sedikit jus buah-buahan diperlukan untuk menukarkan DCPIP kepada tidak ada warna. Jus buah-buahan tidak boleh disimpan lama kerana vitamin C akan rosak apabila dioksidakan oleh udara. Selain itu, jus buah-buahan tidak boleh diperah dengan kuat kerana haba yang terhasil akan merosakkan vitamin C .

Vitamin C (asid askorbik) adalah vitamin larut air, yang diperlukan oleh tubuh untuk membentuk kolagen dalam tulang rawan, otot dan salur darah serta turut membantu dalam penyerapan zat besi. Antara sumber vitamin C dalam pemakanan adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan juga buah-buahan terutamanya buah-buahan sitrus seperti oren.

Kekurangan vitamin C yang teruk boleh mnyebabkan skurvi. Walaupun jarang berlaku, skurvi boleh mendatangkan kesan-kesan berpotensi untuk mnenjadi lebih teruk serta boleh menyebabkan kematian. Pesakit dengan penyakit skurvi mestilah dirawat dengan vitamin C dan diletakkan di bawah pengawasan yang rapi.

Soalan

1. Terangkan keperluan diet kita untuk mengandungi: karbohidrat; natrium klorida; buah-buahan segar dan susu . - Kita memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Penguraian karbohidrat akan menghasilkan glukosa yang akan dioksidakan untuk menghasilkan tenaga melalui kitaran Kreb. Garam (natrium klorida) diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan keseimbangan osmotik dan diperlukan dalam pengaliran impuls saraf. Buah-buahan membekalkan vitamin C sebagai antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kita di samping mengelakkan sembelit. Susu membekalkan sumber protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu-tisu baru serta kalsium untuk menguatkan tulang kita.

2. Bagaimanakah vegetarian memastikan diri mereka mendapat diet yang seimbang?- Manusia memerlukan protein dalam diet seharian bagi mendapatkan keperluan yang secukupnya untuk tumbesaran. Kebanyakan vegetarian yang tidak memakan daging yang merupakan sumber protein dari asid amino kelas pertama mengantikannya dengan memakan asid amino kelas kedua yang terdiri daripada daripada susu, telur,

Page 11: sce 3101 amali 2 ujian makanan

kacang, bijirin dan produk kacang soya. Hasilnya, golongan vegeterian mendapat sumber protein yang mencukupi yang diperlukan oleh badan dan tidak berdepan sebarang masalah kekurangan nutrisi.

3. Tubuh tidak dapat menghadam serat. Mengapakah ia masih penting dalam diet kita?

- Serat penting dalam diet kita untuk kesihatan sistem penghadaman dan usus-usus kita. Disamping itu, serat juga membantu menormalkan kadar kolesterol dalam badan serta dapat mengatur kadar gula dalam darah seseorang individu itu disamping menyimpan kadar tenaga dalam tubuh. Serat juga boleh mencegah seseorang itu dari penyakit kardiovaskular, kanser, kencing manis dan penyakit lainSelain itu, serat juga berupaya untuk membersihkan dinding saluran penghadaman sistem tubuh badan manusia disampimng menguatkan fungsi penghadaman. Ianya juga turut membantu dalam mencairkan dan mempercepatkan proses pembuangan bahan karsinogen dan bahan toksin yang terkandung dalam makanan bagi melindungi sistem penghadaman yang lemah dan mencegah kanser kolon disamping membantu melancarkan sistem pembuangan air besar agar menjadi lebih teratur, khususnya bagi individu yang menderita Irritable Bowel Syndrome (IBS).

Pengambilan serat yang mencukupi juga boleh menjaga berat badan dan mengekalkannya pada tahap normal kerana sumber serat ini juga boleh membuatkan perut anda menjadi penuh.

4. Seorang kawan yang agak terlebih berat badan memutuskan untuk menjalani diet segera (crash diet). Dia memberitahu anda bahawa dia cuma akan makan limau gedang dan minum kopi hitam selama dua minggu. Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada kawan anda?- Saya akan menyuruh dia untuk mengambil makanan seimbang dan sihat dan jauhkan daripada makanan yang berlemak dan berkalori tinggi seperti ayam goreng, kek, hamburger, kentang goreng dan sebagainya. Saya akan menyuruh dia supaya banyak makan buah-buahan,sayur-sayuran serta bijirin yang mengandungi serat yang banyak serta vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Saya juga akan memberitahu dia bahawa makan limau gedang dan minum kopi hitam sahaja tidak dapat membekalkan nutrient yang diperlukan oleh badan kita dan akhirnya akan pengsan atau masuk hospital.

5. Eskimo yang biasanya cuma makan ikan, minyak singa laut dan daging paus daripada sapi dan mentega mempunyai peluang yang rendah mendapat penyakit jantung. Bagaimanakah anda menerangkan hal ini?

Page 12: sce 3101 amali 2 ujian makanan

- Orang Eskimo tinggal di tempat yang sejuk. Oleh itu, mereka memerlukan lemak yang lebih banyak daripada mereka yang tinggal di tempat yang bersuhu sederhana kerana ianya diperlukan sebagai penebat daripada suhu yang rendah dan juga untuk mengekalkan suhu badan pada kadar yang normal. Tambahan pula, lemak yang diambil daripada ikan, minyak singa laut, dan paus ini adalah lemak tak tepu dan mudah diserap oleh badan dan tidak berkumpul di dalam saluran darah dan sekeliling jantung yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan darah tinggi.

Rujukan:

Lee Ching. 2008 . SPM Bilingual Biology Form 4 . Selangor: Arah Pendidikan Sdn

Bhd