sastera masa kini, karya dan krayawan (2)

Upload: muhamad-nordin

Post on 06-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    1/19

    1

    PENGENALAN

    Kesusasteraan merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa

    yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek

    peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula

    dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan

    memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman

    primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat

    perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.

    Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang

    perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun

    manusia itu sendiri. Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang

    berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada

    kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan.

    Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran,

    kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi

    ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah.

    Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka

    fungsi ekonominya semakin jelas. Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian

    kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang

    ilmu tetapi juga sebagai satu peluang dalam bidang pekerjaan.

    Graduan yang lahir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan

    membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar

    pekerjaan di beberapa sektor khususnya dalam bidang pendidikan seperti guru,

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    2/19

    2

    penerbitan dan kewartawanan. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan

    yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar yang

    membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru.

    Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.

    KESUSASTERAAN

    1.0 Pengenalan Kesusasteraan

    Menurut Hashim Awang dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1985),

    sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Sastera mampu membentuk

    tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan yang rapat dengan

    masyarakat namun ia juga terlibat dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam

    masyarakat tersebut. Menurut Baharuddin Zainal dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin

    Hj. Husin dan Siti Hajar (1975), karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang

    terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.

    Kata sastera Melayu adalah gabungan dua perkataan, iaitu sastera dan Melayu.

    Menurut Abd. Halim A. Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1986), kata

    sastera berasal daripada kata Sanskrit castra yang bererti kitab atau buku. Hashim Awang

    dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar mengatakan bahawa

    penambahan kata su yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan

    penambahan imbuhan apitan ke...-an menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang

    indah bahasanya dan baik isinya.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    3/19

    3

    1.1 Definisi dan Konsep Sastera

    Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui

    bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian,

    kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita.

    Contohnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang

    merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai

    peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan

    kesusasteraan.

    Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Secara

    kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk

    bahasa yang digunakan, iaitu prosa dan puisi. Prosa merujuk kepada hasil

    kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, iaitu dengan menggunakan

    tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam

    bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah

    difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen,

    novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

    Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak

    menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap,

    melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan.

    Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca

    pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah

    sajak, syair, pantun, gurindam, lirik, seloka, mantera dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    4/19

    4

    Manakala novel adalah satu bentuk kesusasteraan yang baru dibandingkan dengan

    genre lain mengikut perkembangan masa secara krononogi. Jika dibandingkan dengan cerpen,

    kemunculan novel adalah lebih awal daripada cerpen. Novel muncul dan berkembang dalam

    Kesusasteraan Melayu kira-kira satu abad yang lalu.

    Perkataan novel berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang

    bermaksud baru, atau novella yang bermaksud suatu benda kecil yang baru. Novel adalah

    karya yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan yang lebih mendalam

    serta terperinci dan pengajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti.

    Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1979) menyatakan

    novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk

    sastera cereka. Dalam kalangan penulis Inggeris dan Amerika pula, novel bermaksud

    menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada suatu saat yang tegang serta pemusatan

    kehidupan yang tegas.

    1.2 Kesusasteraan Melayu Moden

    Peralihan dari tradisional ke moden berlaku kepada sastera Melayu pada

    awal abad ke 20, terutama setelah tamat Perang Dunia kedua. Penubuhan

    Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 6 haribulan Ogos 1950 telah menjadi

    tunjang kepada perjuangan para penulis, sama ada yang menuntut kemerdekaan,

    mahupun penulis yang ingin menyedarkan masyarakat tentang isu-isu sosial. Karya-

    karya juga tidak lagi muncul dalam bentuk sastera tradisional. Perubahan tersebut

    jelas dapat dilihat dalam bentuk gaya penulisan dan temanya seringkali tema

    berkisar tentang isu-isu sosial dan ketidakadilan.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    5/19

    5

    Semangat berkarya ini dapat dijana dan diperkukuhkan kerana di sini jugalah

    menjadi tempat ramai penulis-penulis hebat di Nusantara bermastautin dan

    menjadikan Singapura sebagai medan dan juga inspirasi untuk melahirkan karya-

    karya agung mereka. Di antaranya ialah Sasterawan Negara Malaysia, A Samad

    Said. Novel-novelnya yang ditulis pada tahun-tahun enam puluhan mempunyai

    latarbelakang negara Singapura. Antaranya ialah novel Salina, yang menceritakan

    tentang kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing,

    Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan,

    keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk meneruskan kehidupan di tengah-

    tengah kehancuran selepas perang. Kisah-kisah perjuangan bagi meneruskan hidup

    sebegini bukanlah asing dalam novel-novel Melayu pada waktu itu.

    Selain tema ini, terdapat juga novel-novel alternatif yang bertemakan cinta,

    kasih sayang dan perkahwinan yang merupakan bahan bacaan yang popular

    terutama di kalangan anak-anak muda. Terdapat juga mengandungi unsur-unsur

    erotik seperti novel pengantin baru, pelayan dan rumah ibu ayam ini.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    6/19

    6

    RANJAU SEPANJANG JALAN KARYA SHAHNON AHMAD

    1.0 Latar Belakang Karyawan

    Pada 13 januari 1933 merupakan kelahiran seorang sasterawan besar

    Malaysia, yang dilahir di Kampung Banggul Derdap, Sik Kedah. Namanya ialah

    Shahnon Ahmad. Jika kita perhalusi Shah dalam bahasa Arab maknanya raja dan

    Non di sebuah tempat yang jauh. Benarlah Shahnon menjadi seorang raja yang

    jauh, panjang atau lama dalam sejarah. Shahnon Ahmad pernah dinobatkan sebagai

    Raja Novelis Malaysia.

    Shahnon Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sik, 1942-46.

    Stelah lulus darjah enam, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Abdul

    Hamid, Alor Star dan mendapat School Certificate 1953. Kemudian dia menjadi

    guru sementara di Kuala Terengganu. Pada tahun 1954, dia menjadi pegawai kadet

    Askar Melayu Diraja dengan mengikuti latihan tentera di Port Dickson sehingga Mei

    1955. Malang tidak berbau kakinya telah patah dalam suatu latihan untuknya

    menyambung pelajaran ketenteraan di England. Dia terpaksa balik kampong. Di

    kampung dia menjadi penganggur. Kemudian dia mendapat peluang menjadi guru

    bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Gunung Alor Star sehingga 1957, kemudian

    bertukar ke Sekolah Bukit Besar sampai 1960. Bertukar pula ke Maktab Abdul

    Hamid untuk menjadi guru bahasa sehingga 1963, dilantik menjadi guru kanan

    bahasa dan kesusasteraan Melayu hingga 1967.

    Suatu perubahan yang radikal dalam hidupnya ialah pada Mei 1968 bekerja

    sebagai Pegawai Penyelidik Bahagian Perkamusan di Universiti Kebangsaan

    Australia, Canberra di bawah pimpinan Prof. A.H.John hingga 1971. Peluang inilah

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    7/19

    7

    digunakannya untuk belajar sehingga memperolehi ijazah sarjana muda dalam

    Pengajian Peradaban Asia Tenggara. Kemudian pulang ke Malaysia dan menjadi

    pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris selama lapan bulan. Dari MPSI itu

    Shahnon berhijrah ke Universiti Sains Malaysia dan menyiapkan ijazah sarjananya

    dengan mengkaji sajak-sajak kabur.

    1.1 Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

    Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan

    tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan

    Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.

    Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah

    mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada

    hasil padi. Padi menjadi segala-galanya bagi mereka. Makanan, wang, semuanya

    datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.

    Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal

    dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan

    sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha

    bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah.

    Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan

    anak-anak perempuannya.

    Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir,

    serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    8/19

    8

    Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning,

    burung tiak pula datang menyerang, memakan padi. Malangnnya Jeha tidak dapat

    bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma.

    Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan

    dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan

    sawah kepada anak-anak dara Jeha.

    1.2 Persoalan Yang Dibangkitkan Dalam Novel

    Persoalan yang jelas terpapar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya

    Shahnon Ahmad ialah soal kemiskinan masyarakat tani di desa. Kemiskinan adalah

    keadaan dimana berlaku kekurangan terhadap perkara-perkara yang biasa

    diperlukan oleh seseorang individu seperti makanan dan minuman, pakaian serta

    tempat tinggal kerana keperluan ini sangat berkait rapat dengan kualiti hidup

    manusia. Makna lain kemiskinan juga adalah apabila sesutau tempat itu tidak

    mempunyai jaringan pendidikan dan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan

    serta meningkatkan taraf hidup sekumpulan masyarakat. Isu kemiskinan merupakan

    masalah global yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun pada masa

    sekarang. Istilah kemiskinan ini adalah sangat subjektif dan komparatif, sementara

    yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evalutif dan lain lagi memahaminya dari

    sudut ilmiah yang telah mapan.

    Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang

    Jalan, yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa

    Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan sehingga ke akhir hayat.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    9/19

    9

    Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat

    tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung

    Banggul Derdap. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an apabila

    keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil, akibat

    dasar yang diamalkan oleh penjajah. Masyarakat Melayu pada masa itu rata-rata

    terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan. Keadaan tersebut jelas

    digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya iaitu novel Ranjau Sepanjang

    Jalan.

    Persoalan kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol

    dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Persoalan dalam novel ini begitu

    bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel

    ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara

    faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan

    tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan

    pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh

    unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

    Shahnon Ahmad juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada

    kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan

    melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas

    bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman

    ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, apabila ketam datang Jeha

    dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam

    supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut

    mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    10/19

    10

    tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa

    menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi

    kepada kehidupan keluarga Lahuma ;

    Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang

    malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada

    sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung

    kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia

    mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan.

    Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup

    anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga

    sekarang.(Shahnon Ahmad. 1995:185)

    Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati

    menurut Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin,

    namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh

    menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-

    sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras

    itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan

    juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah

    orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya

    terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan.

    Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan

    betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    11/19

    11

    kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi

    simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia

    harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini.

    Persoalan kemiskian menjadi pilihan oleh Shahnon Ahmad dalam karya

    kreatifnya. Ini kerana, tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan

    kehidupan Shahnon, kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin,

    murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru

    adalah miskin, tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali

    berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya

    kemiskinan sepanjang jalan.

    Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh

    isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa

    kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan

    tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang

    Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana

    kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan

    tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni. Kemiskianan dan

    keperluan rakyat juga diangkat oleh Shahnon dalam novel-novelnya yang lain

    seperti novel Seluang Menodak Baung.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    12/19

    12

    1.3 Perjuangan Dan Sumbangan Shahnon Ahmad Dalam Bidang

    Kesusasteraan Kepada Pembangunan Masyarakat Melayu

    Sepanjang penglibatannya dalam menghasilkan karya sastera selama lebih

    kurang 40 tahun, sejak 1960-an, Shahnon Ahmad sering kali membawa

    pembaharuan dan perubahan dalam membinaan novel-novelnya, selaras dengan

    perkembangan masa dan masyarakat. Menerusi novel-novelnya, Shahnon Ahmad

    sering menegaskan betapa sayang dan cinta kepada bangsanya. Beliau begitu peka

    terhadap masalah kemiskinan orang melayu.

    Bagi Shahnon tiada gunanya sebuah karya besar atau agung kalau tidak

    mempunyai impak kepada masyarakat. Penampilan Shahnon Ahmad dalam arena

    karya kreatif, khasnya novel banyak menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada

    masyarakat tanah air terutamanya golongan atasan supaya tidak mengeksploit

    golongan bawahan. Kekuatan yang dapat dilihat pada Shahnon Ahmad adalah dari

    segi perjuangan beliau terhadap masyarakat terutamanya masyarakat melayu

    sendiri. Berdasarkan persoalan yang terdapat dalam novel beliau, jelas

    menunjukkan bahawa Shahnon Ahmad ingin melihat bagaimana sastera dapat

    berperanan sebagai alat perjuangan masyarakat. Di sini, dapat kita lihat bahawa

    Shahnon Ahmad bukanlah materialistik, tetapi keutamaannya adalah perjuangan.

    Sastera baginya ialah alat yang berkesan untuk membangunkan masyarakat.

    Mengikuti perkembangan penulisan Shahnon Ahmad, kita akan dapati beliau

    seorang yang sangat peka dengan pergolakan kemasyarakatannya. Peristiwa

    negara akan diberinya makna-makna mengikuti tafsiran seorang sasterawan.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    13/19

    13

    Kemampuannya menghasilkan karya yang pelbagai menunjukkan kemahiran luar

    biasanya sebagai penulis. Isu pembangunan tercerna dalam novel Srengenge,

    politik dalam novel Menteri, kemiskinan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, unsur

    islam dalam al-Syiqaq dan sebagainya. Shahnon Ahmad sesungguhnya pengarang

    yang amat luar biasa bakatnya.

    Shahnon Ahmad membuktikannya sebagai karyawan versatile. Malah

    kekuatan bahasa novelnya sangat kuat dan mengasyikkan. Tidak syak lagi Shahnon

    Ahmad merupakan puncak kejayaan penulis-penulis novel di Malaysia. Kita ramai

    novelis, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kejayaan Shahnon

    Ahmad di dalam penulisan novel tidak ada siapa yang dapat mencabarnya.

    Kebijaksanaan Shahnon Ahmad menghadirkan rasa loya penulis sebagai

    pembaca dengan variasi metafora dan unsur figuratif yang mantap mendorong

    penulis untuk mengkaji maksud tersirat yang disembunyikan lewat duri nibung,

    nanah, burung tiak dan ketam yang beribu dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Begitu

    juga, kewujudan Negara Belantara dalam novel Patriarch yang tidak berpijak pada

    latar realistik secara lansung menarik deria analisis penulis untuk mendalami erti

    kewujudan watak seperti Partriarch, Wak Da, Mek Besah dan Jusuh Hitam.

    Hasilnya, Shahnon Ahmad mendapati karya-karya beliau membuka ruang untuk

    penulis menjana pemikiran yang kritis. Karya-karya beliau memberi jalan kepada

    penulis untuk melihat dasar kehidupan, politik dan kebudayaan tempatan yang

    diterjemahkan dengan penuh simbolik.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    14/19

    14

    Pendekatan seperti itu yang dapat ditemukan dalam karya-karya Shahnon

    memperlihatkan keghairahannya terhadap beberapa pengarang idolanya seperti

    Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. Karya-karya Pramoedya digemari

    kerana kekuatan ideologi serta bahasanya, manakala Patrick White lantaran

    kemampuan beliau mengetengahkan warna setempat dalam karya-karyanya. Hasil

    tulisan sasterawan Shahnon Ahmad bersifat merentas zaman. Kekuatan sifat itulah

    menjadikan pembaca generasi baru tidak berasa terpinggir untuk terus membaca,

    mendalami dan menganalisis karya-karya malar segar yang beliau hasilkan. Tema

    beliau iaitu kemiskinan, agama, politik dan budaya menjadi tema sepanjang zaman

    yang memikat hati khalayak pelbagai generasi.

    Dalam masa yang sama, keupayaan Shahnon Ahmad sebagai lidah

    masyarakat menjadi antara sebab utama karya-karya sasterawan mapan ini menarik

    minat meskipun daripada kalangan angkatan pembaca dan sasterawan muda.

    Kemampuan dan keupayaan Shahnon mengungkat permasalahan masyarakat

    terutamanya dari aspek politik dan kebudayaan melayu sangat mengesankan. Anak

    kelahiran Banggul derdap, Sik, Kedah ini mengadunkan pengalaman beliau sebagai

    anak desa yang melihat kepincangan sistem sosial dan pemerintahan dengan tautan

    perlambangan-perlambangan alamiah yang meyakinkan. Jelas sekali, Shahnon

    Ahmad menampilkan dirinya sebagai pengarang dan masyarakat desa yang begitu

    cinta akan desa dan warga desanya sendiri melalui karya kreatif. Nilai kedesaan

    yang ada pada Shahnon sebagai pengarang melayu ini adalah satu perkara penting

    yang jarang dapat dirasai dalam karya-karya terkini. Keupayaan ini adalah satu

    kekuatan yang dimiliki Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    15/19

    15

    Karya-karya Shahnon Ahmad mampu berdiri sebagai satu bahan

    dokumentasi yang baik terutamanya dalam konteks kebudayaan dan alam pemikiran

    melayu. Melalui perincian dan pemerian Shahnon Ahmad tentang selok-belok

    kehidupan masyarakat melayu, pembaca dan penulis muda berpeluang menyimpan

    maklumat yang diberikan Shahnon Ahmad secara fiksi itu dalam sistem memori. Hal

    ini sangat bermanfaat kepada penulis muda apabila berdepan dengan situasi-situasi

    yang memerlukan penulis memanfaatkan bahan dokumentasi Shahnon Ahmad

    dalam konteks interteks.

    Keunggulan karya-karya Shahnon Ahmad dalam merentas zaman berjaya

    menarik perhatian pembaca dan penulis muda apabila Shahnon tekal menjadi

    dirinya sendiri. Dalam hal ini, Shahnon senang menjadikan karya beliau sebagai

    medium pemberotakan dirinya sebagai rakyat. Melalui pengalaman demi

    pengalaman dan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah sistem pemerintahan

    yang dilihat menindas kaum melayu terutamanya golongan petani, Shahnon menjadi

    suara masyarakat yang diterjemahkan dalam bentuk cereka. Sungguhpun segala

    pemberotakan dan rasa tidak puas hati Shahnon ditempiaskan dalam bentuk

    fiksyen, pembaca dan penulis muda masih mampu menanggapi isu-isu tersirat yang

    ditampilkan Shahnon Ahmad.

    Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan

    adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-

    peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat

    bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah

    Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    16/19

    16

    Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13

    Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran

    membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan

    alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa

    berhadapan dengan kekuatan manusia- manusia riak.

    Shahnon Ahmad bukanlah seorang pemikir yang mendahului zamannya

    tetapi beliau tetap merupakan pelopor yang paling sensitif terhadap perubahan-

    perubahan penting yang melibatkan bangsanya. Apa yang paling mengamit atau

    menyentuh perasaannya adalah manusia itu tidak mampu merasai nilai seperti

    mana yang seharusnya dirasai dan dinikmati oleh seoarang yang bergelar manusia.

    Persoalan inilah yang ingin ditonjolkan sebenar-benarnya oleh Shahnon Ahmad

    dalam beberapa novelnya.

    Kewujudan dan sumbangan Shahnon Ahmad dalam dunia sastera negara

    akan kekal menjadi perbicaraan penting sepanjang zaman. Beliau menjadi teladan

    kepada pembaca terutamanya penulis muda untuk bangkit menjadi lebih kreatif,

    yakin dengan apa-apa yang ditulis dan mampu menjadi pembela agama, bangsa

    dan negara melalui wacana sastera perdana.

    Kesungguhan dan nilai sensitiviti yang tinggi terhadap kehidupan dan

    persekitarannya menjadikan Shahnon Ahmad memenangi kategori cerpen dengan

    judul Kepikunan dan menerima anugerah Mastera 2010. Shahnon Ahmad

    menyuntik semangat penulis muda untuk kenal kewajipan yang dipikul sebagai

    penulis berhemah dan bertanggungjawab dengan pendekatan sastera kerana Allah.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    17/19

    17

    Lantaran itu, Shahnon Ahmad ibarat permata di tengah sahara dan hanya jauhari

    yang mengenal manikam.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    18/19

    18

    KESIMPULAN

    Bidang kesusasteraan masa kini telah membawa impak yang besar dan

    membuka mata masyarakat melayu terutamanya para pembaca dan karyawan-

    karyawan yang lain. Selain menjadi hiburan bacaan di masa yang lapang, namun

    sebenarnya kesusasteraan ini dapat menyedarkan pembaca terutamanya

    masyarakat melayu pada masa ini yang sedang leka dibawa zaman. Kesusasteraan

    ini juga telah membawa para pembaca mengenal erti kehidupan sebenar

    masyarakat melayu, contohnya melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan karya

    Shahnon Ahmad.

    Shahnon Ahmad merupakan seorang sasterawan yang unggul dalam

    menhasilkan karya-karyanya. Beliau menitik beratkan soal bangsa melayu iaitu

    bangsanya sendiri. Beliau begitu peka terhadap masyarakat melayu dalam

    menhasilkan karya-karyanya seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan yang

    menceritakan tentang kemiskinan masyarakat melayu yang tinggal di kampung-

    kampung.

    Jelaslah bahawa kesusasteraan mada masa kini lebih kepada menekankan

    soal pembangunan masyarakat melayu samada dari segi sosial, ekonomi mahupun

    politik. Shahnon Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang

    memainkan peranan dalam bidang kesusasteraan yang menekankan soal

    masyarakt melayu ini.

  • 8/3/2019 Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

    19/19

    19

    BIBILIOGRAFI

    Ahmad, S. (1991). No Harvest But A Thorn : Ranjau Sepanjang Jalan, trans. A. AminPetaling Jaya: Fajar Bakti

    Mohamed Pitchay Gani (Ed.)(2005). Dari gerhana ke puncak purnama: BiografiASAS 50. 55 tahun dalam persuratan.Angkatan Sasterawan 50.

    Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktoripenulis Melayu Singapura pasca 1965. Singapura: Angkatan Sasterawan '50& National Library Board.

    Ooi Eng Lye. (2005). Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian PendekatanGender. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Othman, Hizairi. (2000). Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ahmad, Shahnon. (1997). Sutan Baginda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Sastera

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Shahnon_Ahmad