sastera dan perkembangan kanak2

18
TOPIK 3: SASTERA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Upload: najwa-ahmad

Post on 14-Jun-2015

3.189 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Menentukan jenis sastera berdasarkn umur dan tahap bacaan kanak2 tersebut. Antaranya Pembaca Baharu, Pembaca Awal dan Pembaca maju.

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera dan Perkembangan kanak2

TOPIK 3:SASTERA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Page 2: Sastera dan Perkembangan kanak2

PENGENALAN

Penggunaan bahan sastera yang memberi makna kepada diri kanak-kanak akan menarik mereka membaca.

Sastera juga boleh digunakan bagi mencapai objektif bagi perkembangan bahasa dan komunikasi, kognitif dan personaliti kanak-kanak.

Page 3: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

Pembacaan kuat kepada kanak-kanak Kebaikannya:

i. berpeluang mendengar sebutan yang betulii. menyatakan idea atau pendapatiii. menulis atau melukis cerita yang telah didengariv. didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka v. Memperkaya perbendaharaan katavi. Memperkenalkan cara penggunaan buku dan fungsi buku

Page 4: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut Kurikulum Pendidikan Awal (2000), Komponen Perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Penguasaan asas kemahiran kognitif ini adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan terutama dalam bahasa, agama dan moral, serta kreativiti dan estetika.

Page 5: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT PIAGET

kanak-kanak prasekolah adalah berada di peringkat praoperasi di mana pada peringkat itu berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental untuk menyatakan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.

peringkat ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu i. peringkat ’prakonsep’ (2-4 tahun)ii. peringkat ’intuitif’ (4-7 tahun)

* Pencapaian kognitif – bercerita dengan ayat dan perkataan mudah, main olok-olok dan egosentrik

Page 6: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF

Memberi pengetahuan baru Pemikiran kritikal berkembang Penyelesaian masalah Membuat perbandingan

Page 7: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI KANAK-KANAK

Teori Emosi Erikson1. percaya lawan tidak mempercayai

Sifat mempercayai wujud apabila orang yang rapat dengan kanak-kanak menunjukkan kasih sayang mereka kepada kanak-kanak. Dengan mempercayai kasih sayang dicurahkan oleh ibu bapa akan membentuk perasaan selamat kepada kanak-kanak tersebut

2. Autonomi lawan ragu-ragumahu membuat eksplorasi sendiri dan mahu mengawal yang lawannya ialah rasa ragu-ragu. Kanak-kanak pada peringkat ini amat suka membuat eksplorasi dan berdikari. Kanak-kanak yang digalakkan berdikari oleh ibu-bapa akan mempunyai sikap kendiri yang positif. Kanak-kanak yang terlalu dikawal akan mudah rasa malu dan sangsi serta mereka tidak berani untuk mencuba. Kanak-kanak yang digalakkan oleh ibu bapa untuk berdikari pada usia muda ini akan mudah untuk memotivasikan dirinya untuk berjaya semasa di zaman persekolahannya nanti.

Page 8: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI KANAK-KANAK

3. Inisiatif Lawan Rasa Bersalah kanak-kanak bagi membuat pilihan dan mengambil tindakan sendiri dalam melakukan sesuatu.

4. Industri (Menghasilkan Sesuatu) Lawan Rasa Rendah Diri Amat penting bagi kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu kerana melalui menyiapkan tugasan tertentu kanak-kanak merasakan usahanya mendapat pengiktirafan dari yang lain. Ini membentuk rasa percaya kepada kebolehan dirinya dan membentuk sikap kendiri yang positif. Mereka akan yakin dan percaya akan kebolehan dirinya dan akan menghadapi kehidupan dengan positif dan akan berjaya di dalam bilik darjah.

Page 9: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA MEMBANTU PERKEMBANGAN PERSONALITI KANAK-KANAK

Perlakuan watak Memahami perasaan sendiri,

menghargai diri dan menyuarakan ketidakpuasan hati

Membuat keputusan – pilihan buku Memupuk sikap berdikari

Page 10: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Piaget menerangkan 2 peringkat bagi perkembangan moral iaitu: a. Peringkat pertama kanak-kanak sukar melihat sesuatu situasi daripada perspektif orang lain dan mengadili sesuatu samada salah atau betul sahaja. Mereka mengadili sesuatu berdasarkan kesan dan bukannya niat sesuatu perbuatan itu dilakukan. b. Peringkat kedua kanak-kanak telah boleh melihat dari perspektif orang lain. Mereka akan lebih peka dalam pengadilan mereka dan mengadili sesuatu berdasarkan sebab dan akibat. Perubahan ini berlaku apabila kanak-kanak meningkat usia kepada lapan dan sembilan tahun.

Page 11: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada 6 peringkat yang memfokus kepada keupayaan kanak-kanak mengadili dan bagaimana mereka menyelesaikan dilema yang berkaitan dengan moral iaitu:a. Orentasi hukuman dan ketaatan dimana mereka mengikuti peraturan kerana takutkan hukumanb. Melakukan sesuatu berdasarkan keinginan dan untuk mendapatkan sesuatu. c. Melakukan apa yang sepatutnya baik dilakukan oleh ‘budak baik’. Pada tahap ini mereka telah boleh menerima norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

Page 12: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA MEMBANTU PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Teladan- perbuatan baik dibalas baik dan sebaliknya

Memperkukuhkan konsep keadilan- bertolak ansur dengan orang lain

Kerohanian- cerita-cerita nabi

Page 13: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN SOSIOL

Bandura menyatakan kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuan melalui proses pemerhatian dan peniruan.

Piaget, kanak-kanak umur 2 hingga 6 tahun bersikap egocentrik iaitu terlalu mementingkan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun semakin meningkat usia mereka , pemikiran mereka mula berkembang dan mereka telah mula memahami orang lain

Page 14: Sastera dan Perkembangan kanak2

SASTERA MEMBANTU PERKEMBANGAN SOSIOL

MODEL WATAK DAN PERWATAKAN model-model yang baik yang terdapat dalam buku

cerita membantu kanak-kanak mempelajari cara menangani isu-isu kehidupan. Menurut teori pembelajaran sosial, walaupun pembentukan pelakuan dipengaruhi mengikut budaya masing-masing, secara amnya pembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan peniruan- Contohnya tingkah laku prososial seperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

mempelajari mengenai perbezaan individu mengetahui cara yang baik bagi menyuarakan

ketidakpuasan hati mereka, kemarahan mereka, kesedihan mereka dan kegembiraan mereka melalui cara yang sesuai – ilustrasi gambar

Page 15: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

Ilustrasi-Gunakan gambar bagi mengembangkan kreativiti kanak-kanak.

Bacakan buku yang melibatkan deria sensori Gunakan buku yang mempunyai lirik lagu dan

perdengarkan iramanya kepada kanak-kanak atau guru boleh juga menggunakan CD yang berunsurkan karaoke kepada kanak-kanak. Sambil mendengar lagu atau puisi galakkan juga kanak-kanak membuat pergerakan kreatif

Rancang pembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan minta pendapat kanak-kanak cara penyelesaian mereka.

Lakonkan semula cerita yang telah dibaca juga akan membantu imaginasi kanak-kanak.

Page 16: Sastera dan Perkembangan kanak2

RUMUSAN

Secara keseluruhanya buku cerita kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi memperkembangkan pemikiran kanak-kanak prasekolah. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk memanipulasikan buku kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

Page 17: Sastera dan Perkembangan kanak2

PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI

Secara berpasangan pilih satu buku daripada sudut bacaan yang boleh dikatakan membantu membentuk perkembangan KOGNITIF, BAHASA KREATIVITI DAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK.

Page 18: Sastera dan Perkembangan kanak2

Aktiviti

Hasilkan satu puisi yang dapat memberikan maklumat tentang sains ataupun alam sekitar menggunakan bahasa yang dapat menarik minat kanak-kanak.