santan punca obesiti - satu mitos

Upload: mardi-scribd

Post on 05-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    1/7

    1 / 7

    SANTAN PUNCA OBESITI – Satu Mitos

    Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah

    menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dandiketengahkan pelbaga i pihak. Antaranya ialah jenis makanan yang

    dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berba ga i pa nda ngan

    diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK

    ditunding sebaga i puncanya.

    Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian

    Pendidikan Malaysia untuk tida k membenarkan penjualan na si lemak dikantin sekolah. Rasiona l pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi

    kerana pengunaan SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.

    Sebaga i seorang profesiona l yang terliba t dalam penyelidikan kelapa,

    saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS

    terhadap santan kelapa. Saya merasakan begitu bersalah jika

    membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan

    khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT.

    Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu

    memberikan penda pa tnya semasa wawancara berita TV3. Beliau

    menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. J uga di

    zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas

    cikgu terus menunding nasi lemak sebaga i penyebabnya. Sehingga kini

    mitos santan kelapa masih berterusan. Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pa kar permakanan Malaysia.

    Malah ketika saya menjalankn ujian saringan kesihatan di sebuah hospital

    swasta, saya juga dinasihatkan supa ya mengurangkan pengambilan

    santan.

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    2/7

    2 / 7

    Santan kelapa dikatakan menga ndungi kolestrol yang tinggi. Walau

    bagaimanapun, analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan

    kelapa adalah tersangat rendah berbanding lemak dari sumber lain,

    terutamanya haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol da lam minyak

    kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah terendah berba nding minyak

    sayuran lain dan lemak haiwan.

    Sumber minyak Kandungankolesterol (mg/kg)

    Minyak kelapa 5-14

    Minyak bunga matahari 8-44

    Minyak isi rong sawit 9-40

    Minyak sawit 13-19

    Minyak soya 20-35

    Minyak biji kapas 28-108

    Minyak jagung 18-95

    Minyak biji rape 28-108

    Lemak haiwan

    Beef tallow 800-1400

    Mentega 2200-4100

    Lemak babi 3000-4000

    (Sum b e r: Info rm Vo l 13 , 2002 )

    Persoalan kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik mengenai

    kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna.

    Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja santifik

    berkaitan perkara ini. J ika demikian, ba ga imana santan sebegitu dicemuh

    sebaga i punca kepada masalah obesiti da n penyakit jantung.

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    3/7

    3 / 7

    Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan

    boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa . Minyak kelapa

    mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. Kemungkinan

    kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyeba b kepada

    ujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu

    pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi

    isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.

    Kempen anti-minyak tropika dan Program Piramid Makanan (Food

    Pyramid Program) telah dilancarkan da lam tahun 1992 sec ara besar-

    besaran oleh J aba tan Petanian Amerika Syarikat (United States

    Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya(American Soybea n Assoc iation, ASA). ASA mencegah penga mbilan

    minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid

    lemak tepu pada masa itu dipercayai penyeba b kepa da masalah

    penyakit jantung dan kegemukan.

    Akibat dari kempen tersebut, penduduk AS telah mengubah cara

    permakanan di mana pengambilan minyak soya da n minyak jagungdigunakan sepenuhnya dalam diet mereka. Program ini ternyata

    membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20

    tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS

    menghadapi masalah kegemukan (National Health and Nutrition

    Examination Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah

    tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang

    menda dak di AS. Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawamusiba h kepada penduduk AS.

    Kini penda pat yang mengaitkan penyakit jantung denga n asid lemak tepu

    dipertikai ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    4/7

    4 / 7

    bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan

    pengambilan asid lemak perlu (essential fatty acids) yang berlebihan

    (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003).

    Tubuh manusia tida k da pa t mensintesis asid lemak perlu da n hanya

    diperoleh da ri diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak

    bunga matahari mengandungi asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik

    (C18:2, ω6 ), yang tinggi. Tubuh manusia akan menukar asid linolenik

    kepada asid arakidonik (C20:4, ω6). Asid arakidonik akan bergabung

    dengan fospholipid yang terda pa t pada lapisan (membrane) plasma sel-

    sel ba da n. Bila diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisanplasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids

    (prostaglandins) yang mempunyai pelbaga i fungsi. Kehadiran sebatian

    aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan

    dan penyakit alergik (allergic).

    Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak

    bunga matahari) dua puluh kali ganda lebih tinggi berbanding asidomega-3 (minyak ikan). Keadaan ini menyebabkan berlakunya

    ketida kseimba ngan yang melampau dalam penga mbilan asid omega- ω3

    dan omega- ω6 . Prostaglandins yang dihasilkan sec ara berlebihan

    menyebabkan keradanga n seterusnya penyakit kronik kepada rakyat AS.

    Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah

    penyakit jantung da n kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang bolehdidapati sec ara semula jadi. Asid ini terbentuk semasa proses

    penghidrogenan ( hydrogenation process ). Proses penghidrogenan ialah

    tinda kba las kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak kacang soya,

    jagung dan bunga matahari pepejal atau lemak pa da suhu bilik. Gas

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    5/7

    5 / 7

    hidrogen ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada

    lelemak. Proses ini bertujuan mempelbaga ikan kegunaan minyak tersebut

    da lam industri makanan terutama da lam industri pembuatan majerin dan

    lelemak. Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan

    minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini

    digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, ais krim,

    piza, coklat dan sebaga inya. Food and Drug Administration (FDA) AS

    akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari penggunaan asid

    trans ini. Pada J anuari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan

    melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang

    dihasilkan.

    Terda pa t beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak

    kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandunga n kolestrol

    dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat. Walau

    bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah

    dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam

    ujian ini dicemari asid trans. Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterimasebaga i tinda kba las sebenar tikus terhada p pengambilan minyak kelapa.

    Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya

    khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih

    telah banyak membantu kita membongkar rahsia alam. Asid lemak tepu

    boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai

    karbon pendek (C 4:0- C 6:0 ), sederhana (C 8:0 -C 12:0 ) dan panjang (C 14:0 >).Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing dan kita

    memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida

    berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride, MCT). Banyak kajian

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    6/7

    6 / 7

    klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di nega ra maju termasuk Eropah dan

    J epun.

    Kajian mendapa ti asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan bada n

    sec epat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi.

    Tenaga yang terhasil da ri asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm

    berba nding 4 kcal/gm dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan

    tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai

    sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa

    yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai

    produk minuman pembekal tenaga segera.

    Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia

    diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak

    berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Ma salah obesiti di kalangan

    kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari sudut yang lebih menyeluruh dan

    tida k sahaja dari sudut pemakanan. J uga bagi menjaga kesihatan rakyat,

    sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid transda lam produk makanan.

    Sejak kebelakangan ini pula terdapat banyak pengusaha kelapa

    menda patkan santan untuk dijadikan minyak kelapa dara. Minyak kelapa

    dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan

    sebagai makana n berfungsi. Meminum santan sama seperti meminum

    minyak kelapa dara. Dua sudu besar minyak kelapa da ra (30 ml)menyamai setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa dara

    banyak tersebar, terutama dalam internet. Penulisan khusus mengena i

    perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.

  • 8/16/2019 Santan Punca Obesiti - Satu Mitos

    7/7

    7 / 7

    Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan

    diletakkan pa da prekspektif sebenar. Setiap khazanah alam anugerah

    Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri. Yang

    diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa

    juga perkara.

    Recana

    Dr Kamariah Long

    Pusat Penyelidikan Bioteknologi

    MARDI. P.O . Box 12301

    50774 Kuala Lumpur Tel 012-337 6671

    [email protected]