sanjieap040392d2008ttp · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang...

31
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya SANJIE ANAK LAMPAH __________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh: _________________ Tarikh: ___________________ ________________ Alamat Tetap: KAMPUNG TEMIANG, 94800 SIMUNJAN, SARAWAK Nama Penyelia: PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah danSarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerjakursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMENDAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPATPENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya SANJIE ANAK LAMPAH __________(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh: _________________ Tarikh: ___________________

________________

Alamat Tetap:KAMPUNG TEMIANG,94800 SIMUNJAN,SARAWAK

Nama Penyelia:PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Page 2: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

ii

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : .................................................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh : .................................................................................................

Page 3: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

iii

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN DAN

MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN FIZIK

SANJIE ANAK LAMPAH

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : SANJIE ANAK LAMPAH

Tarikh : ..............................................

Page 5: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

v

DEDIKASI

Buat ibu yang sangat dikasihi

Pn. Tasi anak Sutau

Ibu, kau lah sumber inspirasiku. Tiada yang lebih penting selain doa dan restumu

mengiringi setiap detik perjalanan hidupku. Dengan iringan doa dan harapanmu

selama ini ingin melihatku berjaya menggengam segulung ijazah telah ku tunaikan.

Kejayaanku adalah kejayaanmu juga. Semoga Tuhan memberkatimu selalu.

Buat penyelia PSM dan pensyarah-pensyarah yang dihormati

Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin dan pensyarah-pensyarah

Ilmu yang kalian curahkan tidak ternilai harganya. Akan aku manfaatkan segalanya

apabila bergelar sebagai pendidik nanti. Jasa kalian semua sentiasa dikenang.

Semoga Tuhan memberkati perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa.

Buat teman yang istimewa

Miss Shally

Doronganmu selama ini menguatkan semangatku untuk menempuhi segala

kesukaran yang kuhadapi. Kesabaranmu selama ini menjadikan aku kini lebih tabah.

Semoga Tuhan memberkatimu selalu.

Buat sahabat seperjuangan yang dikasihi

Semua rakan-rakan 4SPF dan 4SPP sesi 2004-2008

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua yang telah banyak membantu

sahabatmu ini sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga Tuhan memberkati kalian

semua.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA

Page 6: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

vi

PENGHARGAAN

Terpujilah namaMU, Tuhan Yang Maha Esa. Saya bersyukur dan berterima

kasih di atas rahmat dan kasih kurniaMU yang telah memberkati saya dengan

kesihatan, kebijaksanaan, kesabaran, keyakinan, ketenangan dan kekuatan sepanjang

saya melaksanakan projek ini sehingga saya dapat menyempurnakannya dalam

jangka masa yang ditetapkan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan setinggi-tinggi

penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat Prof. Madya Dr. Hj.

Shaharom bin Noordin, selaku penyelia projek saya di atas segala ilmu, usaha,

prihatin, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah beliau curahkan

sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga saya tujukan kepada ibu tercinta, adik, teman teristimewa

serta ahli keluarga yang lain kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat

sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Tidak lupa buat teman-teman sepejuangan yang telah berkongsi idea serta

memberikan sokongan moral dan semangat kepada saya dalam mengharungi

kesulitan dan cabaran menyiapkan projek ini. Budi dan jasa kalian sentiasa

dikenang.

Akhir sekali saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menyempurnakan projek ini.

“Semoga Tuhan memberkati kalian semua”

Page 7: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

vii

ABSTRAK

Tahap kefahaman Kemahiran Saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik

perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan

pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap

kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam

kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik. Dalam konteks kajian ini, hanya dua

kemahiran sahaja yang dikaji iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

kemahiran mengeksperimen manakala pembolehubah bebas yang terlibat ialah

program pengajian dan jantina. Seramai 45 orang pelajar lelaki dan perempuan

tahun empat Pendidikan Fizik yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang

digunakan untuk mengukur tahap kefahaman dua kemahiran ini ialah Ujian

Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan

Kemahiran Mengeksperimen. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk

objektif yang disertai empat pilihan jawapan dan maklumat latar belakang pelajar.

Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .73. Analisis statistik deskriptif dalam

bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk

menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran

mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat

Pendidikan Fizik secara keseluruhannya adalah baik. Tahap kefahaman pelajar bagi

kedua-dua kemahiran merentas program pengajian menunjukkan tidak terdapat

perbezaan dan berada pada tahap baik. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua

kemahiran merentas jantina juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan berada

pada tahap baik. Walaupun tahap kefahaman pelajar dalam dua kemahiran ini adalah

baik namun dicadangkan agar pihak Fakulti Pendidikan melakukan penambahbaikan

dari segi sistem pengurusan dalam memastikan kehebatan menguasai Kemahiran

Saintifik dalam kalangan bakal guru Fizik dapat dikekalkan pada tahap cemerlang

pada masa akan datang.

Page 8: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

viii

ABSTRACT

The level of understanding in Scientific Skills among students has attracted

researcher’s attention as one of the important aspect that needs to be considered and

studied. The purpose of this research was to identify the level of understanding in

designing experiment and experimenting skills among Year Four Physics Education

students. In the context of this research, two type of skills were investigated namely

designing and experimenting skills while another type of independent variables were

included such as educational programme and gender of the respondents. 45 male and

female from Year Four Physics Education students participated. The instrument

used to measure these skills was Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen. This instrument

contained of 40 multiple choice objective items and together with student

background information. The reliability value of the instrument was α = .73.

Descriptive statistics analysis in the form of mean, standard deviation, maximum and

minimum percentages was used to analyze the data. The result of this research

indicated the level of understanding for both skills among Year Four Physics

Education students were good. The level of understanding for both skills across

educational programme indicated no difference and good. The level of

understanding for both skills across gender also indicated no difference and good.

Even though the level of understanding for both skills were good among students but

it is suggested that Fakulti Pendidikan have to make some improvements over

management system to ensure the superiority of training Physics teacher in mastering

of Scientific Skills which will maintain the excellence in the future.

Page 9: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

ix

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT ix

SENARAI KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Penglibatan Pelajar Dalam Amali Fizik 5

1.1.2 Kurang Aktiviti ‘hands-on’ Dalam

Pembelajaran Fizik

6

1.1.3 Sikap Guru Dalam Kelas Amali Fizik 9

1.1.4 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik 11

1.2 Pernyataan Masalah 13

Page 10: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

x

1.3 Objektif Kajian 13

1.4 Persoalan Kajian 14

1.5 Rangka Kajian Konsep 15

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.7 Skop Kajian 19

1.8 Andaian Kajian 19

1.9 Batasan Kajian 20

1.10 Takrifan Operasi 20

1.10.1 Tahap Kefahaman 21

1.10.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 21

1.10.3 Kemahiran Mengeksperimen 22

1.10.4 Program 23

1.11 Rumusan 23

2 SOROTAN PENULISAN 25

2.0 Pendahuluan 25

2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 25

2.1.1 Teori-Teori Berkaitan Kemahiran Mereka

Bentuk Eksperimen

26

2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen

29

2.2 Kemahiran Mengeksperimen 30

2.2.1 Teori-Teori Berkaitan Kemahiran

Mengksperimen

30

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengeksperimen 35

2.3 Pendekatan Menguasai Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

37

2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

41

2.4.1 Kajian Dalam Negara 41

2.4.1 Kajian Luar Negara 47

2.5 Rumusan 50

Page 11: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xi

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 51

3.0 Pendahuluan 51

3.1 Reka Bentuk Kajian 51

3.2 Responden Kajian 52

3.3 Alat Kajian 52

3.4 Tatacara Kajian 55

3.4.1 Kajian Rintis 55

3.4.2 Kajian Sebenar 56

3.5 Analisis Data 56

3.6 Rumusan 60

4 DAPATAN KAJIAN 61

4.0 Pendahuluan 61

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen Secara

Keseluruhan

62

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Program Pengajian

63

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina

66

4.4 Rumusan 68

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 69

5.0 Pendahuluan 69

5.1 Ringkasan 69

5.2 Kesimpulan 71

5.3 Perbincangan 72

5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

72

5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

78

Page 12: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xii

Merentas Program Pengajian

5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina

81

5.4 Implikasi 86

5.4.1 Bakal Guru 86

5.4.2 Pensyarah Kursus Pendidikan Amali Fizik 88

5.4.3 Fakulti Pendidikan 90

5.4.4 Universiti Teknologi Malaysia 92

5.5 Cadangan 94

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 96

5.7 Rumusan 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN 104

Lampiran A 104

Lampiran B 130

Lampiran C 133

Page 13: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xiii

SENARAI JADUAL

MUKA

SURAT

1.1 Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan

SPM 2006 Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor

3

1.2 Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan

SPM 2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed

Omar, Alor Setar, Kedah

4

1.3 Taburan Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Amali Fizik

5

2.1 Kaedah Penjadualan Data 34

2.2 Merancang Penyiasatan atau Eksperimen (Konstruk 1) 38

2.3 Menjalankan Penyiasatan atau Eksperimen (Konstruk II) 39

2.4 Markah Pencapaian Guru Pelatih Dalam Mereka Bentuk

Penyelidikan

45

3.1 Populasi Responden Mengikut Program dan Jantina 52

3.2 Item-Item Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan

Kemahiran Mengeksperimen Mengikut Aspek Yang

Dinilai

54

3.3 Sistem Penggredan UTM 2007 57

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Setiap Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran

Mengeskperimen serta Pemeringkatan Tahap Kefahaman

Bagi Kedua-Dua Kemahiran

58

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 62

NO.JADUAL

TAJUK

Page 14: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xiv

Mereka Bentuk Eksperimen Dan kemahiran

Mengeksperimen

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen dan kemahiran

Mengeksperimen Merentas Program Pengajian

64

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran

Mengeksperimen Merentas Jantina

66

5.1 Senarai Beberapa Kursus dan Bilangan Kursus Yang

Diikuti Oleh Pelajar Program Pendidikan Fizik Merentas

Program Pengajian

79

Page 15: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Rangka Kajian Konsep 15

2.1 Keadaan-Keadaan Perlanggaran Yang Mematuhi Prinsip

Keabadian Momentum

35

3.1 Aspek-Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahiran Mereka

Bentuk Eksperimen

53

3.2 Aspek-Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahiran

Mengeksperimen

54

Page 16: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xvi

SENARAI SINGKATAN

FP Fakulti Pendidikan

IP Institusi Perguruan

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KM Kemahiran Manipulatif

KPS Kemahiran Proses Sains

KS Kemahiran Saintifik

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik (Fizik/Matematik)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPP Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik (Fizik/Komputer)

UPTKME Ujian Pencapaian Tahap Kefahman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran

Mengeksperimen (UPTKME)

B Pengelasan dan Jawapan UPTKME

C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana Muda

(PSM)

Page 18: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

18

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Penekanan terhadap penguasaan Kemahiran Saintifik (KS) dalam mata

pelajaran Fizik diterapkan secara khusus dalam amali Fizik di sekolah pada masa kini.

Mata pelajaran Fizik memberi tumpuan kepada kesepaduan antara pengetahuan, KS

dan pemupukan nilai murni. KS amat diperlukan dalam kajian Fizik sebagai satu

disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Kajian Fizik

mengutamakan kaedah inkuiri dan penemuan di mana aktiviti-aktiviti berpusatkan

pelajar digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan

dan menguasai KS. Penguasaan KS yang baik akan membantu pelajar mengenal pasti

masalah dalam eksperimen terutamanya melibatkan aktiviti mereka bentuk

eksperimen dan mengeksperimen. Dalam konteks yang lain, KS berguna untuk

mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah dan

mengajar kita membuat sesuatu keputusan secara bersistem.

Melalui KS, pelajar akan dapat mengembangkan kebolehan mereka dalam

mengendalikan eksperimen. Antara kebolehan yang mampu dicapai oleh pelajar ialah

kebolehan mereka bentuk eksperimen, mengeksperimen, membuat analisis data dan

perbincangan secara berkumpulan, membuat kesimpulan dan mempersembahkan

Page 19: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

19

keputusan eksperimen dengan baik. Berdasarkan kepada beberapa kebolehan ini,

mereka dijangka dapat mengaplikasikan KS ke dalam kehidupan seharian. Pelajar

merupakan agen yang dapat membantu menerapkan KS ke dalam individu masyarakat

awam dan alam pekerjaan melalui amalan mereka. Apabila ini berlaku, ia secara

tidak langsung KS telah diamalkan di luar alam persekolahan dan diserap ke dalam

hidup masyarakat awam. Sekiranya amalan menggunakan KS diperkasakan dalam

kalangan masyarakat awam sama ada di rumah atau di tempat kerja, amalan ini dapat

membawa perubahan di dalam masyarakat tersebut ke arah pembentukan masyarakat

saintifik. Mereka dapat menggunakan KS untuk membuat sesuatu keputusan dan

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam usaha menuju ke arah Wawasan 2020, masyarakat kita perlu

diperlengkapkan dengan penguasaan KS bagi membawa cabaran negara maju ke

hadapan dalam dunia Sains dan teknologi, pendidikan, ekonomi dan budaya mengikut

acuan Malaysia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan penguasaan KS,

kajian ini akan mengkaji dua jenis kemahiran yang terkandung dalam KS iaitu

kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen.

1.1 Latar Belakang Masalah

Tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar sekolah menengah bagi mata

pelajaran Fizik boleh diukur berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM). Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 di bawah menunjukkan analisis mata

pelajaran Fizik mengikut gred peperiksaan SPM 2006 di 2 buah sekolah menengah

iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah.

Page 20: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

20

Jadual 1.1

Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan SPM 2006 Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru, Johor

Gred Bilangan Peratus

1A 10 3.57

2A 16 5.71

3B 38 13.57

4B 58 20.71

5C 70 25.00

6C 52 18.57

7D 32 11.43

8E 4 1.43

9G 0 0.00

Jumlah 280 100

Lulus 100 100

Analisis peperiksaan dalam Jadual 1.1 menunjukkan seramai 280 orang pelajar

telah menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru, Johor. Jika 70% dirujuk sebagai aras penguasaan KS terendah,

didapati 22.85% pelajar berada di atas aras penguasaan terendah manakala 77.14%

daripada mereka gagal berbuat demikian. Berdasarkan keputusan ini, jumlah pelajar

yang mendapat gred A, gred B, gred C, gred D dan gred E masing masing 9.28%,

34.28%, 43.57%, 11.43% dan 1.43%. Walaupun didapati tidak terdapat pelajar yang

gagal namun pelajar lebih ramai mendapat gred B dan gred C berbanding gred A.

Secara keseluruhannya, tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar di sekolah ini

adalah sederhana memandangkan mereka lebih ramai mendapat gred C.

Page 21: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

21

Jadual 1.2

Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan SPM 2006 Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah

Gred Bilangan Peratus

1A 0 0.00

2A 1 1.88

3B 1 1.88

4B 5 9.43

5C 6 11.32

6C 11 20.75

7D 19 35.85

8E 10 18.86

9G 0 0.00

Jumlah 53 100

Analisis peperiksaan dalam Jadual 1.2 menunjukkan seramai 53 orang pelajar

telah menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah. Didapati hanya 3.76% pelajar

berada di atas aras penguasaan terendah manakala 96.24% daripada mereka gagal

berbuat demikian. Berdasarkan keputusan peperiksaan ini, jumlah pelajar yang

mendapat gred A, gred B, gred C, gred D dan gred E masing masing 1.88%, 11.31%,

32.07%, 35.85% dan 18.86%. Walaupun didapati tidak terdapat pelajar yang gagal

namun pelajar lebih ramai mendapat gred C dan gred D berbanding gred A dan gred

B. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar di sekolah

ini adalah lemah dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah.

Berdasarkan analisis di atas, penyelidik berpendapat masalah penguasaan KS

dalam kalangan pelajar di kedua-dua buah sekolah ini mungkin disebabkan oleh

beberapa faktor. Antaranya ialah penglibatan pelajar dalam amali Fizik, kurang

aktiviti hands-on dalam pembelajaran Fizik, sikap guru Fizik dalam kelas amali Fizik

dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Fizik.

Page 22: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

22

1.1.1 Penglibatan Pelajar Dalam Amali Fizik

Jadual 1.3 di bawah menunjukkan dapatan kajian Zaiton (2005) mengenai

taburan kekerapan penglibatan pelajar dalam aktiviti amali Fizik berdasarkan empat

peringkat iaitu sebelum, semasa, selepas dan penyoalan.

Jadual 1.3

Taburan Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali Fizik

Peringkat Penglibatan Jumlah

Aktif Pasif

Kekerapan Peratus, % Kekerapan Peratus, %

Sebelum 51 16.30 261 83.65 312

Semasa 56 17.95 256 82.05 312

Selepas 60 19.23 252 80.77 312

Penyoalan 56 17.95 256 82.05 312

Berdasarkan dapatan kajian Zaiton (2005) ini, peringkat sebelum merujuk

kepada peringkat mereka bentuk eksperimen manakala peringkat semasa merujuk

kepada peringkat mengeksperimen. Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati pelajar

yang terlibat secara aktif dan pasif dalam aktiviti amali Fizik adalah masing-masing

17.13% dan 82.85%. Didapati juga peratusan pelajar yang aktif adalah 65.72% lebih

rendah berbanding pelajar yang pasif. Sehubungan itu, dapatan kajian ini

menunjukkan penglibatan yang pasif pelajar dalam aktiviti amali Fizik mungkin

membawa kepada masalah penguasaan KS. Terdapat beberapa aspek yang boleh

mempengaruhi penglibatan pasif pelajar ini. Antaranya ialah tidak faham

menjalankan eksperimen, tahap pengetahuan yang cetek dalam kemahiran mereka

bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen, tahap penguasaan konsep Fizik

yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan interaksi yang tidak aktif antara guru

dan pelajar semasa aktiviti amali.

Page 23: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

23

1.1.2 Kurang Aktiviti ‘hands-on’ Dalam Pembelajaran Fizik

Pembelajaran secara hands-on dititikberatkan dalam amali Fizik. Melalui

aktiviti hands-on, pelajar dapat mengenal pasti KPS yang diperlukan untuk

melakukan eksperimen bermula dari aktiviti menginferens sehingga mengambil

ukuran ke atas pembolehubah yang diukur. Namun begitu, sekiranya aktiviti hands-

on tidak kerap dilakukan dalam pembelajaran Fizik, pelajar berkemungkinan tidak

mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menguasai konsep Fizik dan KS.

Salah satu contoh pembelajaran Fizik ialah mempelajari konsep tekanan dengan

menggunakan aktiviti hands-on. Setelah pelajar mempelajari teori berkaitan dengan

konsep tekanan di dalam kelas, ia perlu difahami dengan melakukan aktiviti hands-on

dengan memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah yang boleh mempengaruhi

tekanan seperti daya, F dan luas, A. Sebagai contohnya, aktiviti hans-on dilakukan

dengan menekan mata pen ke atas permukaan tapak tangan dengan memanipulasikan

daya tolakan yang menekan mata pen ke arah permukaan tapak tangan. Apabila daya

yang dikenakan bertambah, tapak tangan akan berasa sakit. Sekiranya, aktiviti seperti

ini kurang diamalkan dalam pembelajaran Fizik, pelajar berkemungkinan tidak dapat

menguasai konsep Fizik dan seterusnya gagal menjalankan aktiviti amali dengan baik.

Pendapat ini turut disokong oleh petikan laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia

iaitu:

“... namun masih terdapat calon yang lemah dalam menguasai kemahiran

proses sains terutama membuat infererens terhadap situasi yang diberikan

pada soalan menyebabkan calon gagal mengenalpasti pembolehubah yang

terlibat dalam merekabentuk eksperimen berkaitan (Lembaga Peperiksaan

Malaysia, 2004: 9)”.

Proses yang pertama dalam mereka bentuk eksperimen ialah mencari

persoalan dan membina inferens dari situasi yang diberikan. Merujuk kepada contoh

di atas, inferens yang mungkin boleh dibina ialah tekanan, P mungkin dipengaruhi

oleh daya atau luas. Pelajar dijangka tidak dapat menyatakan inferens seperti ini

Page 24: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

24

sekiranya mereka tidak melakukan aktiviti hands-on iaitu seperti mengubah nilai-nilai

daya atau luas untuk mendapatkan perubahan tekanan. Melalui aktiviti menginferens,

pelajar dijangka akan dapat menyatakan hipotesis. Kegagalan berbuat demikian

mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang

terlibat eksperimen. Melalui kemahiran memerhati dan meramal bahan yang

digunakan sebagai pembolehubah, pelajar boleh menyatakan hipotesis dengan betul.

Salah satu hipotesis yang mungkin boleh dibina ialah apabila daya bertambah,

tekanan juga bertambah. Berdasarkan hipotesis ini, pelajar dijangka akan dapat

mengenal pasti pembolehubah yang terlibat di mana pembolehubah manipulasi

(PUM), pembolehubah bergerak balas (PUB) dan pembolehubah dimalarkan adalah

masing-masing daya, tekanan dan luas. Sekiranya mereka tidak dapat melakukan

aktiviti ini, mereka dijangka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah

yang terlibat. Seterusnya, mereka juga dijangka tidak dapat menjalankan eksperimen

dengan baik seperti pernyataan di bawah.

“... calon tidak faham sesetengah bahagian soalan. Oleh itu jawapan yang

diberi adalah terpesong dari kehendak soalan. Penguasaan terhadap kaedah

pengukuran amat lemah. Begitu juga dengan kemahiran menjadual dan

melukis graf. Tidak dapat membuat kesimpulan tepat dari graf”. Calon tidak

boleh membuat inferens, seterusnya tidak dapat merekabentuk eksperimen

yang dikehendaki (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004: 10)”.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar didapati lemah dalam kemahiran

mengukur, menjadual, melukis graf dan gagal membuat kesimpulan. Ini

menyebabkan mereka tidak memahami kehendak soalan. Jawapan mereka terpesong

dari kehendak soalan kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan menguasai

kemahiran mereka bentuk eksperimen seperti menginferens, menyatakan hipotesis

dan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Seterusnya, pelajar dijangka tidak

dapat mengeksperimen dengan baik kerana didapati lemah dalam mengukur,

menjadual dan melukis graf. Sebab itu aktiviti hands-on penting diamalkan dalam

pembelajaran Fizik terutamanya aktiviti mengukur. Melalui aktiviti ini pelajar

dijangka mampu mengenal pasti simbol dan unit yang sesuai bagi pembolehubah-

Page 25: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

25

pembolehubah yang terlibat untuk dimasukkan ke dalam jadual. Sebagai contohnya,

unit yang sesuai bagi tekanan, daya dan luas dalam eksperimen yang mengkaji konsep

tekanan ialah Nm-2, N dan m2. Salah satu lagi sebab mengapa pelajar didapati lemah

dalam kemahiran mengukur ialah mereka mungkin kurang mahir menggunakan alat

perngukuran seperti tolok skru mikrometer, angkup vernier, jam randik, ammeter,

volmeter dan sebagainya. Justeru, gaya pembelajaran yang menitikberatkan

kemahiran mengukur harus diamalkan dalam kalangan pelajar supaya penguasaan

dalam kemahiran mengeksperimen dapat ditingkatkan lagi. Pendapat ini telah

disokong oleh Lilia et al. (2002) seperti berikut.

“Pembelajaran Fizik berkesan apabila murid didedahkan dengan aktiviti

‘hands-on’ di mana mereka dapat memperolehi pengalaman dan ilmu baru

dalam membuat penyiasatan. Ini bermakna aktiviti penyiasatan di makmal

diintegrasikan dalam pembelajaran teori. Sesungguhnya pemisahan aktiviti

makmal dan pembelajaran Fizik terutamanya pada peringkat menengah atas

adalah tidak memenuhi aspirasi pengajaran pembelajaran Fizik sebenar (Lilia

et al., 2002: 48).”

Berdasarkan pernyataan ini, salah satu cara menguasai pembelajaran Fizik

ialah dengan mempelajari teori dan konsep Fizik serta diperkukuhkan dengan aktiviti

hands-on. Pembelajaran seperti ini tak semestinya dilakukan di makmal sahaja malah

boleh dilakukan di dalam kelas teori juga. Sebagai contohnya ialah konsep pecutan

suatu objek di bawah pengaruh daya graviti. Aktviti hands-on boleh dilakukan oleh

semua pelajar dengan cara memanipulasikan beberapa objek yang berlainan jisim

yang terdapat sekeliling pelajar seperti buku teks, pen, beg sekolah dan kertas untuk

memahami konsep tersebut. Dalam aktiviti ini, objek yang berjisim besar akan jatuh

lebih cepat ke permukaan lantai berbanding dengan objek yang berjisim kecil.

Berdasarkan contoh pembelajaran di atas, pelajar dijangka dapat mengaplikasikan

konsep yang telah dikuasai tadi ke dalam kehidupan seharian seperti mengetahui

bahawa semua objek dilepaskan dari suatu kedudukan tinggi akan jatuh ke permukaan

bumi.

Page 26: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

26

“Ibrahim (2006) menyatakan pencapaian pelajar gred 8 meningkat dalam ujian

berkaitan KPS apabila mereka didedahkan dengan aktiviti ‘hands-on’ dan

pembelajaran koperatif.”

KS dalam kalangan pelajar boleh ditingkatkan melalui pendedahan aktiviti

hands-on dan pembelajaran koperatif dalam amali Fizik di mana pelajar bekerjasama

dalam satu kumpulan menjalankan eksperimen. Mereka dijangka akan mudah

memahami teori Fizik sekiranya selalu didedahkan dengan aktiviti hands-on.

1.1.3 Sikap Guru Fizik Terhadap Kelas Amali Fizik

“Kaedah amali juga melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan

pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini,

penyertaan dan pemerhatian secara langsung pada sesuatu objek ataupun

proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada

pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah amali ini. Setelah latihan amali

dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama

ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran

(Tengku Sarina Aini & Yusmini, 2006: 53).”

Pernyataan ini menerangkan bahawa guru memainkan peranan yang penting

dalam membimbing pelajar supaya mereka dapat menguasai KS dari aktiviti amali.

Pengetahuan dan kemahiran pelajar juga akan meningkat sekiranya guru

menggunakan sepenuh tanggungjawab dan waktu pengajarannya bersama-sama

dengan pelajar dengan memberikan penerangan berkaitan jenis aktiviti yang perlu

dilakukan dan perkara yang berkaitan dengan aktiviti seperti peralatan, masa, kesan

dan jangkaan uji kaji. Berdasarkan masalah-masalah yang dilaporkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia (2004) menunjukkan pelajar didapati melakukan kesilapan

Page 27: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

27

dalam mata pelajaran Fizik kerana gagal menguasai KS dengan baik. Salah satu

punca yang mungkin menyumbang kepada masalah ini ialah sikap negatif guru Fizik

terhadap kelas amali Fizik. Terdapat tiga aspek yang dijangka boleh mewujudkan

sikap negatif dalam diri guru Fizik iaitu motivasi yang lemah terhadap pengajaran

amali Fizik, tahap penguasaan mata pelajaran Fizik yang lemah dan interaksi guru-

pelajar yang lemah . Pendapat ini turut disokong oleh pernyataan yang dipetik dari

laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004) iaitu:

“Masalah tidak faham konsep Fizik ini timbul di kalangan pelajar apabila

guru tidak dapat menguasai sesuatu hukum, prinsip dan teori Fizik dengan

baik. Maka pelajar tidak dapat mengaitkan aplikasi Fizik dengan baik.

Penyampaian idea dalam penyelesaian masalah adalah logik disokong dengan

penjelasan konsep Fizik yang tepat (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:

1)”.

Berdasarkan pernyataan di atas, kelemahan guru Fizik menguasai teori,

konsep dan hukum Fizik dengan baik mungkin boleh menyebabkan pelajar tidak

dapat memahami konsep Fizik yang dipelajari dan seterusnya juga akan gagal

mengaplikasi ketiga-tiga perkara di atas dengan baik ke dalam pembelajaran amali.

Sebagai contohnya ialah berkaitan dengan konsep jisim dan berat. Berikut adalah

salah satu contoh ayat yang mungkin tidak betul dinyatakan oleh guru Fizik mengenai

konsep jisim dan berat: “... manakala berat bongkah yang dimasukkan ke dalam air

ialah 5 Kg.”. Unit pengukuran bagi berat dan jisim ialah masing-masing Newton (N)

Kilogram (Kg). Berat bongkah yang sebenar ialah 50 N dan bukannya 5Kg. Bagi

menyokong penerangan di atas, Abu Hasaan (2004) menyatakan:

“... masih ramai lagi di kalangan guru Sains yang tidak dapat menguasai KS

dengan baik (Abu Hasaan, 2004: 8).”

Page 28: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

28

Kegagalan guru Fizik menguasai KS dengan baik juga mungkin disebabkan

oleh sikap negatif mereka terhadap kelas amali Fizik. Justeru, perkara seperti ini

dijangka akan membawa kepada masalah mereka bentuk eksperimen dan

mengeksperimen dalam kalangan pelajar. Pendapat ini disokong oleh pernyataan dari

laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004) seperti berikut:

“Pada umumnya jawapan calon tidak tepat mengenai hipotesis dan inferens di

mana hipotesis dianggap sebagai inferens atau sebaliknya. Dalam

menghuraikan rangka kerja eksperimen terdapat calon yang tersilap menulis

pembolehubah seperti “pembolehubah dimanipulasikan ialah jarak, kedudukan

calon dan pembolehubah bergerak balas adalah masa gerakan dan juga

pembolehubah dimalarkan ialah jisim (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:

11).”

Berdasarkan pernyataan di atas, kelemahan pelajar dalam memahami konsep

inferens, hipotesis dan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam amali Fizik

mungkin disebabkan oleh kurangnya bimbingan daripada guru Fizik semasa amali

dijalankan. Salah satu contoh ialah guru gagal membantu pelajar mengenal pasti

ketiga-tiga perkara tersebut dengan baik dalam eksperimen yang dijalankan. Apabila

pelajar gagal menyatakan inferens dan hipoitesis, mereka juga dijangka gagal

mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah dengan betul.

1.1.4 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik

Sikap merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan kesediaan

mental pelajar menerima pembelajaran. Memiliki sikap positif dalam pembelajaran

Fizik akan dapat meningkatkan KS dalam kalangan pelajar. Namun begitu, masih ada

segelintir pelajar bersikap negatif terhadap mata pelajaran Fizik.

Page 29: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

29

“Murid sering beranggapan mata pelajaran Sains sukar dan membebankan”.

Ini merujuk kepada penyelesaian masalah dalam mata pelajaran Fizik banyak

menggunakan formula. Sikap negatif ini wujud dalam diri pelajar kerana guru

tidak memberi penekanan kepada KPS dan KB dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru juga kurang memberi motivasi yang secukupnya kepada

calon serta menerangkan peluang kerjaya dalam bidang Fizik (Azizah, 1999).”

Merujuk kepada pernyataan di atas, beberapa aspek dijangka berpotensi

mewujudkan sikap negatif dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Fizik.

Antaranya ialah kurang kesedaran diberikan kepada pelajar tentang kepentingan

bidang Fizik dalam kehidupan, strategi pengajaran yang tidak bersesuaian dengan

topik dipelajari dan kurangnya penekanan terhadap penguasaan KS dalam

pembelajaran Fizik. Ketiga-tiga aspek ini mungkin berpunca dari sikap guru Fizik

yang kurang perhatin terhadap objektif dan hasil pembelajaran sesuatu topik yang

diajar. Dengan kata lain, guru itu gagal mencapai objektif pemebelajaran yang telah

digariskan dalam Huraian Sukatan Mata Pelajaran Fizik. Akibatnya, pelajar mungkin

merasai mata pelajaran Fizik itu susah kerana guru gagal membimbing mereka

memahami isi kandungan pelajaran terutamanya penggunaan formula dalam

penyelesaian masalah. Berikut merupakan pernyataan yang mungkin berkaitan

dengan sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran Fizik sehingga menyebabkan

mereka gagal menjalankan eksperimen dengan baik.

“Calon juga gagal menyatakan kaedah untuk mengawal pemboleh ubah

dengan betul dan membuat eksperimen yang tidak mencukupi. Ada juga calon

tidak mengulangi eksperimen dengan melakukan eksperimen untuk

menunjukkan fenomena pembiasan gelombang air (Lembaga Peperiksaan

Malaysia (2004: 12).”

Page 30: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

30

1.2 Pernyataan Masalah

Penyelidik sangat mengambil berat tentang masalah kurang fahamnya pelajar

dalam KS dalam amali Fizik sebagai masalah yang perlu diatasi oleh semua pihak

terutamanya dalam kalangan guru dan pelajar. Cara mengatasinya harus bermula

diperingkat akar umbi. Misalnya, penekanan terhadap kepentingan menguasai KS

perlu disampaikan kepada pelajar tingkatan empat melalui aktiviti hands-on supaya

mereka dapat membuat hubungkait setiap kemahiran dalam KS dengan konsep Fizik

yang dipelajari. Guru Fizik memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar

yang boleh menguasai KS dengan baik dan mengamalkan sikap saintifik dalam

kehidupan mereka. Peranan ini juga turut digalas oleh pelajar tahun empat

Pendidikan Fizik di UTM selaku bakal guru Fizik.

1.3 Ojektif Kajian

Penyelidikan ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan

Fizik.

2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan

Fizik merentas program pengajian.

3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan

Fizik merentas jantina.

Page 31: SANJIEAP040392D2008TTP · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

31

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap kefahaman dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk

eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat

Pendidikan Fizik merentas program pengajian?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk

eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat

Pendidikan Fizik merentas jantina?