candle activity eksperimen

6
Kumpulan 4 En Mohd Kamaruzaman mokhtar En Izham bin Zakaria En Najif bin Anwar En Khairuddin bin Said EKSPERIMEN 1 TUJUAN Untuk mengkaji hubungan antara masa nyalaan lilin dengan dengan panjang lilin. RADAS DAN BAHAN: sebatang lilin, pemetik api modeling clay ,pembaris Langkah langkah : 1. Sebatang lilin di ukur panjangnya sebelum di nyalakan. Panjang lilin sebelum nyalaan di rekodkan dalam jadual. 2. Lilin di lekatkan pada modeling dan dinyalakan selama 2 minit.panjang lilin selepas di bakar di ukur. KEPUTUSAN Pemerhatian Kualitatif Sebelum pembakaran a. Keadaan permukaan lilin rata dan licin b. Sumbu lilin putih Semasa pembakaran a. .Kelihatan cahaya api

Upload: lisa-nina

Post on 26-Jul-2015

196 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Candle Activity Eksperimen

Kumpulan 4

En Mohd Kamaruzaman mokhtar

En Izham bin Zakaria

En Najif bin Anwar

En Khairuddin bin Said

EKSPERIMEN 1

TUJUAN Untuk mengkaji hubungan antara masa nyalaan lilin dengan dengan panjang lilin.

RADAS DAN BAHAN : sebatang lilin, pemetik api modeling clay ,pembaris

Langkah langkah :

1. Sebatang lilin di ukur panjangnya sebelum di nyalakan. Panjang lilin sebelum nyalaan di rekodkan dalam jadual.

2. Lilin di lekatkan pada modeling dan dinyalakan selama 2 minit.panjang lilin selepas di bakar di ukur.

KEPUTUSAN

Pemerhatian Kualitatif

Sebelum pembakaran

a. Keadaan permukaan lilin rata dan licinb. Sumbu lilin putih

Semasa pembakaran

a. .Kelihatan cahaya apib. Terdapat haba c. Asap dan jelaga terhasild. Lilin yang terbakar menjadi cair

Selepas pembakaran

Page 2: Candle Activity Eksperimen

a. Sumbu lilin menjadi hitamb. Permukaan lilin menjadi kasar dan tidak rata ( kesan lilin yang membeku )

Pemerhatian Kuantitatif

Pemerhatian Sebelum pembakaran Selepas pembakaran

Panjang lilin 10 cm 7 cm

Berat lilin 50g 20g

Perbincangan.

Bagaimanakah kedua-dua pemerhatian di atas berbeza?

Pemerhatian kualitatif menggunakan panca indera untuk menguji isi kandungan seperti

merasa, menghidu, mengoncang dan mendengar. Manakala pemerhatian kuantitatif

melibatkan nombor dan kuantiti.

Yang manakah lebih sesuai digunakan dengan pemerhatian saintifik? Kenapa?

Pemerhatian kuantitatif. Kerana pemerhatian ini memberikan maklumat yang lebih tepat

berbanding menggunakan panca indera. Pemerhatian yang bagus dan produktif

berbentuk penjelasan yang ditulis atau dilukis secara menyeluruh dan tepat.

Page 3: Candle Activity Eksperimen

MENGKELAS BUTANG

Bahan-bahan :

8 jenis butang yang berbeza

Kaedah :

1. Letakkan semua lapan butang ke dalam petak di atas jadual pada muka surat seterusnya.

2. Lukis/ tekapkan butang dan warnakan.

3. Bahagikan butang kepada dua kumpulan di dalam petak di bawah petak besar di bahagian atas.

4. Lukis/ tekapkan butang dan warnakan. Di dalam petak tersebut, tuliskan sifat yang digunakan untuk mengasingkan butang-butang tersebut.

5. Kumpulkan butang-butang tersebut daripada petak itu ke dalam petak yang terdapat di bawah.

6. Lukis/ tekapkan butang dan warnakan. Di dalam petak tersebut, tuliskan sifat yang digunakan untuk mengasingkan butang-butang tersebut.

7. Letakkan satu butang di dalam setiap petak pada helaian kertas.

8. Lukis/ tekapkan butang dan warnakan. Di dalam petak tersebut, tuliskan sifat yang digunakan untuk mengasingkan butang-butang tersebut.

PEMERHATIAN

1. Pengelasan mengikut Saiz ( Sistem Binari )

Page 4: Candle Activity Eksperimen

2. Pengelasan mengikut urutan ( Sistem Siri )

3. Pengelasan mengikut warna ( Sistem Siri )

Jawab soalan-soalan berikut :

Dengan menyemak Spesifikasi Kurikulum Sains Sekolah Rendah, senaraikan tajuk-tajuk yang anda fikirkan penting dibuat pengkelasan.

Page 5: Candle Activity Eksperimen

a. Keperluan asas hidupan

b. Pembiakan haiwan/tumbuhan

c. Pernafasan haiwan

d. Perkumuhan haiwan

e. Jenis bahan

f. Bahan konduktor dan penebat

g. Bahan semulajadi dan bahan buatan manusia

h. Pengaratan

i. Sistem solar

j. Rantai makanan

k. Asid dan alkali

l. Kekuatan dan kestabilan

Apakah kaedah lain benda-benda boleh dikelaskan?

Sistem pelbagai lapisan. Pengekelasan pelbagai lapisan dibentuk dengan beberapa peringkat pengkelasan binari kepada satu set objek dan kemudian dilaksanakan kepada subset. Hasilnya sistem pengkelasan yang mengandungi pelbagai peringkat.