sains tingkatan 1 band 5

13
Tajuk : Pencemaran Udara Nama : Muhammad Ilham bin Ab Ghani Kelas : 1 Intelek Nama Guru : Cikgu Che Minah Isi Kandungan Maksud Pencemaran Udara 2

Upload: muhammad-ilham

Post on 25-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Tingkatan 1 Band 5

Tajuk : Pencemaran Udara

Nama : Muhammad Ilham bin Ab Ghani

Kelas : 1 Intelek

Nama Guru : Cikgu Che Minah

Isi Kandungan

Page 2: Sains Tingkatan 1 Band 5

Maksud Pencemaran UdaraObjektif 2

Objektif3

Contoh Bahan Cemar Udara4

Sumber Bahan Cemar Udara5

Kesan PencemaranUdara 6

Langkah-Langkah Untuk Menghalang Dan Mengawal Pencemaran Udara 7

Cara Mengekalkan Udara Supaya Bersih 8

Kesimpulan 9

PENGENALANPencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan

pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang

Page 3: Sains Tingkatan 1 Band 5

boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau

organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan

ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon

dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik

seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh

industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di

jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara

adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi.

Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,

keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Objektif

Page 4: Sains Tingkatan 1 Band 5

-Untuk menimbulkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga

kebersihan udara.

-Untuk mengetahui kesan pencemaran udara dan langkah-langkah pencemaran

udara.

-Untuk mengumpul dan merekod maklumat tentang pencemaran alam

sekitar.

Contoh Bahan Cemar Udara1. Asap Rokok

Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar,

karsinogen dan karbon monoksida.

Page 5: Sains Tingkatan 1 Band 5

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak

Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu

Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan

warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh

Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan.

2. Karbon MonoksidaGas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas

karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

3. ToksinToksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap

ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam

udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk

dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

4. JerebuJerebu terhasil daripada wasap ekzos

kenderaan,pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat

Page 6: Sains Tingkatan 1 Band 5

halus,seperti habuk dan asap.

5. Sulfur DioksidaBiasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai

warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada

laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.

 *Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang

menyebabkan hujan asid

Sumber Bahan Cemar Udara

* Pembakaran Terbuka

*Ekzos Kenderaan

*Letusan Gunung Berapi

*Kebakaran Hutan

*Kilang

*Tapak Pembinaan Bangunan Dan Jalanraya

*Kuari

Page 7: Sains Tingkatan 1 Band 5

*Kenderaan Yang Menggunakan Petrol Berplumbum

*Penyaman Udara Dan Peti Sejuk

*Penyembur Aerosol

*Kilang Elektronik

Kesan Pencemaran Udara

Kesihatan ManusiaKesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

Page 8: Sains Tingkatan 1 Band 5

TumbuhanSelain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HaiwanManakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BahanKesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

Penyusutan Lapisan OzonPencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Page 9: Sains Tingkatan 1 Band 5

Hujan AsidPencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

Langkah-Langkah Untuk Menghalang Dan Mengawal

Pencemaran UdaraPenampalan ozonBahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

Memperkenalkan undang-undang

Page 10: Sains Tingkatan 1 Band 5

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologiDengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kitar SemulaMengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Page 11: Sains Tingkatan 1 Band 5

Cara Mengekalkan Udara Supaya Bersih

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

Pengurangan Di PuncaAktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses.

Guna SemulaAktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna.

RawatanAktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna.

Pengubahsuaian ProdukUbah komposisi produk, Ubah formula,  Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya boleh diguna semula.

Pertukaran BahanGuna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci.

Penukaran TeknologiUbah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi.

Perubahan ProsedurElak kehilangan bahan mentah  melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan sisa,  Kendalikan sisa dengan baik.

Page 12: Sains Tingkatan 1 Band 5

Mengurangkan Penggunaan CFCKloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

PerundanganPelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

Mengitar SemulaMengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium

Page 13: Sains Tingkatan 1 Band 5

dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran udara yang

berterusan mampu memusnahkan alam

sekitar dimana ia boleh menyebabkan

bencana yang besar. Manusia kini hanya

tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan

tetapi kita bertanggungjawab untuk

menjaga alam sekitar supaya sumber alam

boleh diwarisi untuk generasi akan datang.

Akhir kata, hargailah alam sekitar yang

memberi sumber untuk kita tidak patut kita

memusnahkannya.