sains tingkatan 1

Download Sains Tingkatan 1

If you can't read please download the document

Upload: smk-lembah-bidong

Post on 07-Mar-2016

292 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan1

TRANSCRIPT

INTRODUCTION

Kurikulum Bersepadu Sekolah MenengahSPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS TINGKATAN 1

Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia2011

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 1 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form1 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran MalaysiaAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PutrajayaMalaysiaTel: 603-88842000 Faks: 603-88889917Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011 Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.KANDUNGAN

Muka Surat

Rukun Negara

vFalsafah Pendidikan KebangsaanviiFalsafah Sains NegaraixPrakataxi

Pengenalan

1Matlamat dan Objektif2Kemahiran Saintifik3Kemahiran Berfikir5Sikap Saintifik dan Nilai Murni11Strategi Pengajaran dan Pembelajaran13Organisasi Kandungan17Tema

Memperkenalkan Sains19Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup25Jirim dalam Alam28Tenaga37Panel Penterjamah43

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untukmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik;mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmurannegara yang akan dapat dinikmati bersama secara adildan saksama;menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vii

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,pendidikansainsdi Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,dinamik,tangkasdan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

ix18

PENGENALAN

Sepertiyangtermaktubdalam Polisi Pendidikan Kebangsaan, pendidikan diMalaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang dihasratkan.

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan pelajarandanhuraiansukatanpelajaran.SukatanPelajaran mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

MATLAMAT

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asassains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab,dinamikdanberdayamajudengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1.Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian. 2.Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.3.Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4.Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.5.Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.6.Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.7.Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8.Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.9.Menghargaisumbangansainsdanteknologiterhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.10.Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.11.Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepadaalamsekitardanmemainkanperanandalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiranyangpentinguntukmenjalankansebarangaktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti berikut:

MemerhatikanMenggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

MengelaskanMelalui pmemerhatian, mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan perbezaan. Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Membuatpemerhatiansecarakuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Menggunakanpengumpulandatadan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkanpemerhatiandanpengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol

grafik seperti jadual, graf, rajah atau model untukmenerangkantindakan,objekatau peristiwa.

Memperihalkan perubahan parameterdengan masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu, berat dan jisim.

Mentafsir data

Mendefinasi secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Mengenalpastipemboleh ubah dimanipulasikan,pembolehubahbergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalamsesuatupenyiasatansatu pembolehubah dimanipulasikanuntuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubunganantarapembolehubahyang dimanipulasidanpembolehubahyang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. MengeksperimenMerancang dan menjalankan aktiviti untuk mengujisesuatuhipotesis,mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:

Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakansatu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam sekeliling.

Salahsatuobjektifsistempendidikannegaraadalahuntuk mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategiberfikirmerupakanprosesberfikiryanglebihtinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapakemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti yang berikut : Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepadabahagianyanglebihkecilbagi memahami sesuatu lonsep atau peristiwa sertamencari makna yang tersirat.

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomenakepadakumpulanmasing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciriatau sifat sepunya. Mengesan

Kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan Mengesanpandanganataupendapatyang berpihak kepada atau menentang sesuatu

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuatpernyataantentanghasilsesuatu kajianyangberdasarkankepadasesuatu hipotesis.

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau keutamaan. Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti yang berikut :

Menjanakan ideaMenghasilkanideayangberkaitan dengan sesuatu perkara.

Menghubungkaitkan

Membuat inferens Meramalkan Mengitlakkan

Membuat gambaran mental Membuatperkaitandalamsesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuatjangkaantentangsesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Membuat pernyataanumumterhadap sesuatuperkarauntukkeselurahan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.

Membuattanggapanatau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta Menggabungkan unsur yang berasingan untukmenghasilkansatugambaran menyeluruhdalam bentukseperti pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsepyangkompleksatauabstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukanpengubahsuaiankepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang.

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang berikut : saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategiberfikir.

Mengkonsepsikan

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian,konsepataumodel berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

Memilihsatualternatifpenyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkankriteriatertentubagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( PusatSelain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiranmenaakulmerupakansatulagikemahiranyang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan Pembangunan Kurikulum, 1999).

Kemahiran Berfikir Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kritis Mencirikan Membandingkan& membezakan Mengumpulkan & mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan MenilaiMembuat kesimpulan

Menaakul

Kreatif Menjana idea MenghubungkaitMembuat inferens Meramalkan MembuathipotesisMensintesiskan Mengitlakkan Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secarabersistem.Iamerupakansatuprosesmentalyang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah seperti berikut:

Kemahiran Proses SainsKemahiran Berfikir

MemerhatikanMencirikan

Strategi Berfikir Mengkonsepsikan Membuat keputusanMenyelesaikan masalah Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsir data Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan MenganalisisMembuat inferes

Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan MengitlakkanMenilai Mendefini secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisis

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisis

Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjana ideaMembuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran

Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sainsini menekankan pembelajaranberfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini,hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan bukan logam berdasarkan sifat fizik.Kemahiran Berfikir:Membandingkan dan membezakan.

Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan membezakan.Penguasaankemahiranmembandingkandan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut : Minat dan bersifat ingin tahu tentangalam sekeliling.

Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

Rajin dan tabah.

Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Berfikiran kritikal dan analitis.

Luwes dan berfikiran terbuka.

Baik hati dan penyayang.

Bersifat objektif.

Sistematik.

Bekerjasama.

Adil dan saksama.

Berani mencuba.

Berfikir secara rasional.

Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut :

Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni. sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang penerapan sikap saintifikdan nilai murni sebelum memulakan pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun :Tingkatan Empat

Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu Bidang Pembelajaran

Objektit Pembelajaran 1. Bahan Kimia Dalam

Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari pencemaran sisa buangan industri untukkepentingan manusia sejagat.

Hasil Pembelajaran Menerangkan kepentingan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalammelupuskan sisa buangan

Penerapan Unsur Patriotisme Bersikap sistematik

Bersikap bekerjasama.

Cadangan aktiviti pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai murni industri.

Melihat tayangan video atau simulasi komputer tentang pencemaran sisa buangan industri dan kesannya terhadap alam sekitar. Membincangkan kepentingan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam melupuskan sisa buangan industri

Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Bertanggungjawab ke atas diri sendiri, orang lain dan alam sekitar.Menghargai keseimbangan alam sekitar Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategipengajarandanpembelajarandalamkurikulumsains mengutamakanpembelajaranberfikrah.Pembelajaranberfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis mereka.Muriddilibatkansecaraaktifdalampengajarandan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Penemuan Inkuiri

Penemuaninkuirimerupakanpendekatanyangmementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulansendiri.Gurukemudianmembimbingmuriduntuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing. Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.Muridberpeluangbekerjasama,berkongsiideadan pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat.

Pembelajaran yangbermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajarankontekstualadalahpembelajaranyangdikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar secarateori sahajatetapi dapatmenghargaikerelevanan pembelajaran sainsdengankehidupanmereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perludijadikansebahagiandaripadaprosespengajarandan pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatanpengajarandanpembelajarantersebutboleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.

Kaedahpengajarandanpembelajaranyangpelbagaidapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang kurang menarik tidakmemotivasikan murid untuk belajar dan seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru jugaberperanansebagaifasilitatordalampengajarandan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan kecerdasan yang berbeza.Berikutdiberipeneranganringkastentangbeberapakaedah pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Menjalankaneksperimenmenggunakankemahiranberfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah seperti berikut:Mengenal pasti masalah

Membuat hipotesis

Merancang eksperimen

-Mengawal pembolehubah

-Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

-Menentukanlangkahmenjalankaneksperimendan kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

Menjalankan eksperimen

Mengumpulkan data

Menganalisis data

Mentafsirkan data

Membuat kesimpulan

Menulis laporan Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisisdatasertabagaimanamembentangkanhasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yangdijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaransainstidakhanyaterhaddisekolahsahaja. Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang. Lawatanke tempat-tempatsedemikian bolehmenjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video, komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh menjadilebihmenarikdanberkesan.Simulasidananimasi berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi seperti word processers, perisian persembahan grafik (graphic presentation softwear) dan hamparanelektronik(electronic spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi lainseperti data loggers dan antara muka berkomputer dalam eksperimendanprojekdapatmembantupengajarandan pembelajaran sains berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran,setiap bidang pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitifdanafektif.Peringkatdalamdomainkognitifadalah mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri, mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai hasil pembelajaran di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran untuk cubamencapai hasil pembelajaran secara bersepadu mengikut susunan dalam huraian sukatan pelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkanuntuksatuhasilpembelajaran.Guruboleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkanmerekabentukaktivititambahanyang inovatifdan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains.42

TEMA:MEMPERKENALKAN SAINS

Bidang Pembelajaran:1. Pengenalan kepada Sains

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Evidens

1.1 Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

Memerihalkan dengan contoh fenomena semula jadi yang murid boleh lihat di sekeliling mereka:

a) tumbesaran manusia daripada bayi hingga dewasab) kejatuhan bola ke tanah c) pencairan ais

Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan harian.

Menghadiri ceramah mengenai kerjaya dalam sains.

Murid boleh:

menyenaraikan apa yang dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains, menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan harian, menamakan kerjaya dalam sains seperti:a) guru sains b) doktorc) juruterad) saintis alam sekitar

B2D1E1

B4D1E1

B1D1E1

1.2Memahami langkah- langkah dalam penyiasatan saintifik.

Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen, contoh: mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa.

Murid boleh:

menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik/eksperimen, menjalankan satu penyiasatan saintifik.

B3D1E1

B4D2E1

(Pendulum)

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Evidens

Murid akan:

a) menentukan apa yang akan dikaji (mengenal pasti masalah)b) membuat tekaan yang bijak(membina satu hipotesis),c) merancang bagaimana untuk menguji hipotesis (merancang eksperimen) mengenal pasti pemboleh ubah, menentukan radas dan bahan yang diperlukan, menentukan prosedur menjalankan eksperimen,kaedah mengumpul dan menganalisa data.d) menjalankan eksperimen,e) menulis apa yang diperhatikan(mengumpul data),f)mencari makna daripada apa yang diperhatikan (menganalisa dan mentafsir data),g) membuat keputusan sama ada hipotesis adalah benar(membuat kesimpulan), h) menulis laporan hasilpenyiasatan (melapor).

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Evidens

Murid boleh diminta untuk melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada kelas. Mereka harus menekankan langkah yang telah diambil, apa yang diubah, apa yang dikekalkan dan apa yang diukur.

.

1.3Mengetahui kuantiti fizikdan unitnya.

Mengenal pasti kuantiti fizik (panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik), nilai dan unit sebagaimana tertera pada maklumat produk.

Mencari perkataan imbuhan yang digunakan dalam pengukuran seperti kilo-, senti-, dan mili-.

Mencari simbol yang digunakan dalam unit pengukuran.

Mencari nilai bagi setiap imbuhan.

Murid boleh:

menyatakan kuantiti fizik iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik, menyatakan unit S.I. dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik, menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim: mili -, senti- dankilo-, mengenal pasti dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.

BED2E1

B3D2E2B3D2E3

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Evidens

1.4Memahami penggunaanalatpengukuran

Mengukur panjang garis lurus, garis lengkung dan diameter objek menggunakan pembaris, benang dan angkup.

Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf.

Mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret.

Menentukan isipadu pepejal sekata dan tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air.Mengukur suhu badan dan suhu air. Membincangkan pemilihan alat yangsesuai apabila membuat ukuran.

Mengaplikasikan kemahiran mengukur dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

memilih alat yang betul dan mengukur panjang, menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekatamenggunakan kertas graf, memilih alat yang betul dan menyukat isipadu cecair, memilih alat yang betul dan mengukur suhu badan sertasuhu cecair, menentukan isipadu pepejal menggunakan kaedah sesaran air.

B3D3E1

B4D3E1B4D3E2

B3D3E2

B3D3E2B3D3E4

B4D4E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Evidens

1.5Memahami konsep jisim

Menentukan berat pelbagai objek menggunakan neraca spring.

Membincangkan berat sebagai tarikan Bumi (daya graviti) ke atas objek.

Membincangkan jisim sebagai kuantiti jirim.

Menentukan jisim pelbagai objek dengan menggunakan neraca alur/tuas.

Membincangkan perbezaan antara jisim dengan berat.

Mengaplikasikan kemahiran menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

menentukan berat suatu objek,menerangkan konsep berat, menerangkan konsep jisim, menentukan jisim suatu objek, menerangkan perbezaan antara jisim dengan berat, mengaplikasikan penggunaan neraca spring dan neracaalur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

B4D5E1

B3D3E5

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.6Menyedari kepentinganunit piawai dalamkehidupan harian

Membincangkan pelbagai unit pengukuran seperti unit untuk panjang (kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer), unit untuk berat (paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram)

Melakonkan sketsa untuk menunjukkan masalah yang berlaku apabila tidak menggunakan unit piawai seperti ketika membelibarang di pasar.

Membincangkan kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.

Murid boleh:

memberi contoh masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.

B6D1E1

TEMA:MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN HIDUPAN Bidang Pembelajaran:1. Sel sebagai unit kehidupan

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.1 Memahami sel

Mengumpul maklumat mengenai organisma hidup dan mengenal pasti unit asas kehidupan yang membina organisma tersebut.

Menyediakan slaid sel pipi dan sel bawang.

Memerhati struktur umum sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop menggunakan prosedur yang betul.

Melukis dan melabel pelbagai struktur sel haiwan dan sel tumbuhan.

Membandingkan sel haiwan dan sel tumbuhan.

Mengumpul maklumat mengenai struktur sel dan membincangkan fungsinya.

Murid boleh:

mengenal pasti sel sebagai unit asas kehidupan, menyediakan slaid menggunakan prosedur yangbetul, menggunakan mikroskop dengan betul, mengenal pasti struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, melukis struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, melabel struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, menyatakan fungsi setiap struktur sel, menyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwandengan sel tumbuhan.

B1D2E1

B4D6E1

B4D6E2

B5D1E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.2Memahami organismaunisel dan multisel.

Mengumpul maklumat mengenai organisma unisel dan multisel.

Menyediakan murid dengan kad gambar, kad nama, kad yang berlabel unisel dan multisel. Murid memadankan kad-kad bagi setiap organisma.

Memerhati contoh organisma unisel dan multisel di bawah mikroskop.

Murid boleh:

menyatakan maksud organisma unisel dan multisel, memberi contoh organisma unisel dan multisel.

B2D2E1

B3D5E1

1.3Memahami sel membentuktisu, organ dansistem dalam badanmanusia.

Mengumpul maklumat dan membincangkan perkara berikut: a) jenis sel manusiab) fungsi pelbagai jenis sel manusia.

Murid boleh:

menamakan pelbagai jenis sel manusia, menyatakan fungsi pelbagai jenis sel manusia, menyusun organisasi sel mengikut urutan daripada yangmudah ke kompleksmenggunakan istilah sel, tisu, organ, sistem dan organisma.

B1D2E1

B3D4E1

B3D6E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

Menggunakan pengurusan grafik (seperti tangga hiraki) untuk menunjukkan hiraki organisasi sel:

sel tisu organ sistem organisma

organisma sistemorgan tisusel

1.4Menyedari manusia adalah organisma yang kompleks.

Membincangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.

Murid boleh:

menerangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.

B6D2E1

TEMA:JIRIM DALAM ALAM Bidang Pembelajaran:1. Jirim

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.1Memahami jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Menunjukkan semua benda seperti buku, udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang melalui aktiviti.

Membincangkan maksud jirim. Menyenaraikan contoh jirim.

Murid boleh:

menyatakan semua benda mempunyai jisim dan memenuhi ruang, menerangkan maksud jirim,menghubungkaitkan benda dan jirim, menjalankan aktiviti untuk menunjukkan udara, air, tanahdan benda hidup mempunyaijisim dan memenuhi ruang.

B2D3E1

B3D7E1

B4D7E1

1.2Memahami tiga keadaanjirim.

Mengumpul maklumat dan membincangkan:a) apa yang membina jirim, b) tiga keadaan jirim.

Membandingkan tiga keadaan jirim dari segi:a) susunan zarah-zarah,b) pergerakan zarah-zarah.

Murid boleh:

menyatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah, menyatakan tiga keadaan jirim, menyatakan susunan zarah- zarah dalam tiga keadaan jirim, menyatakan perbezaan pergerakan zarah-zarah dalamtiga keadaan jirim.

B2D3E1

B4D8E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

Membuat simulasi susunan danpergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.

1.3Memahami konsep ketumpatan

Mengingat kembali definisi ketumpatan.

Menentukan ketumpatan melalui aktiviti bagi:a) objek berbentuk sekata dantak sekata,b) pelbagai cecair.

Membincangkan mengapa ada objek dan cecair timbul dan mengaitkannya dengan ketumpatan.

Murid boleh:

mendefinisikan ketumpatan, menerangkan mengapa ada objek dan cecair timbul, menyelesaikan masalah mudah berkaitan ketumpatan, menyatakan ketumpatan pelbagai objek dan cecairmelalui aktiviti.

B3D8E1

B5D2E1

1.4Menghargai penggunaanciri-ciri jirim dalamkehidupan harian

Mengumpul maklumat dan membincangkan bagaimana:

a) manusia menggunakan pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim dalam penyimpanan dan pengangkutan gas dan cecair.

Murid boleh:

memerihalkan bagaimana manusia menggunakan pelbagai keadaan jirim, memerihalkan bagaimana manusia mengaplikasikan konsep ketumpatan,

B6D3E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

b) manusia menggunakan konsep ketumpatan untuk membina rakit, pelampung dsb.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan.

menerangkan aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan melalui aktiviti.

B6D3E1

Bidang Pembelajaran:2. Kepelbagaian Sumber di Bumi

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.1Mengetahui kepelbagaiansumber diBumi

Mengumpul maklumat mengenai sumber Bumi iaitu air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup.

Murid boleh:

menyenaraikan sumber di Bumi yang diperlukan untuk menyokong kesinambungan hidup,menyenaraikan sumber Bumi yang digunakan dalam kehidupan harian.

B2D4E1

B2D4E2

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.2Memahami unsur,sebatian dan campuran

Mengumpul maklumat dan membincangkana) maksud unsur, sebatian dancampuran,b) maksud logam dan bukan logamc) contoh unsur, sebatian,campuran, logam dan bukan logam.

Membanding dan membezakan ciri-ciri unsur, sebatian dan campuran.

Menjalankan aktiviti untuk membandingkan ciri-ciri logam dengan bukan logam dari segi rupa, kekerasan, kekonduksian haba dan elektrik.

Menjalankan aktiviti untuk mengasingkan komponen dalam campuran sepertia) campuranserbukbesidan serbuk sulfur,b) campuran pasir dan garam.

Murid boleh:

menyatakan maksud unsur, sebatian dan campuran, memberi contoh unsur, sebatian dan campuran, menyatakan perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran, membanding dan membezakan ciri-ciri logam dengan bukanlogam melalui aktiviti, mengelaskan unsur kepada logam dan bukan logam berdasarkan ciri-cirinya, memberi contoh logam dan bukan logam, mengasingkan komponen dalam campuran melaluiaktiviti.

.

B2D5E1B2D5E2B2D5E3

B4D9E1

B5D3E1

B5D4E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.3Menghargai kepentingankepelbagaian sumber Bumikepada manusia.

Membincangkan kepentingan sumber Bumi (air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup) kepada manusia.

Melukis peta konsep untuk menunjukkan hubungan antara sumber-sumber ini kepada keperluan asas kehidupan.

Mengumpul maklumat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi.

Membincangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi (seperti kitar semula kertas untuk mengurangkan penebangan pokok, memulihara air bersih bagi mengelakkan kekurangan air)

Menjalankan projek, kempen atau pertandingan tentang pengurangan penggunaan, penggunaan semula dan kitar semula bahan seperti bukulatihan yang tidak habisdigunakan sebagai buku nota dan mengumpul surat khabar lama.

Murid boleh:

menerangkan kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia, menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi, menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi, mengamalkan penggunaan, guna semula dan kitar semula bahan.

B6D4E1

Bidang pembelajaran:3. Udara di sekeliling kita

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

3.1Memahami komponen dalam udara

Mengumpul maklumat mengenai:a) komposisi udara,b) peratusan nitrogen, oksigen and karbon dioksida dalamudara.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan:a) peratusan oksigen dalam udara,b) udara mengandungi wap air,mikroorganisma dan habuk.

Murid boleh:

menyatakan komponen dalam udara, menerangkan mengapa udara ialah suatu campuran, menyatakan peratusan nitrogen, oksigen dan karbondioksida dalam udara, menunjukkan melalui aktiviti:a) peratusan oksigen dalamudara,b) udara mengandungi wap air, mikroorganisma danhabuk.

B2D6E1

B3D9E1

B3D9E2

B4D10E1B4D10E2B4D10E3

3.2Memahamiciri-ciri oksigen dan karbondioksida

Mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida dari aspek:a) kelarutan dalam air,b) tindak balas dengan natrium hidroksida,

Murid boleh:

menyenaraikan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida,mengenal pasti oksigen dan karbon dioksida berdasarkan ciri-cirinya, memilih ujian yang sesuai untuk oksigen dan karbon dioksida.

B4D11E1B4D11E2

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

c) kesan ke atas kayu uji berbaradan menyala, kertas litmus, air kapur dan penunjukbikarbonat.

3.3Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk respirasi

Mengumpul maklumat dan membincangkan respirasi.

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan semasa respirasi, benda hidup:(a) menggunakan oksigen, (b) membebaskan karbondioksida.

Murid boleh:

menyatakan tenaga, karbon dioksida dan wap air adalah hasil respirasi, menghubungkait benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksidasemasa respirasi, membanding dan membezakan kandungan oksigen dalam udara sedutan dengan udara hembusan dalam manusia, menyatakan oksigen diperlukan dalam respirasi,menjalankan eksperimen untuk menunjukkan benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.

B5D5E1

B5D5E2

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

3.4Memahami bahawaoksigen diperlukanuntuk pembakaran

Mengumpul maklumat dan membincangkan pembakaran.

Menjalankan eksperimen untuk:a) menunjukkan oksigen diperlukan untukpembakaran,b) mengkaji kesan saiz suatu bekas ke atas jangka masanyalaan lilin.

Menjalankan aktiviti untuk menguji hasil pembakaran arang dan lilin.

Murid boleh:

menyatakan maksud pembakaran, menyatakan oksigen diperlukan untuk pembakaran, menyenaraikan hasil pembakaran, menjalankan eksperimen untuk mengkaji pembakaran.

B5D6E1

3.5Menganalisa kesanpencemaranudara

Mengumpul maklumat dan membincangkan:a) maksud pencemaran udara, b) contoh bahan cemar udara,c) sumber bahan cemar udara, d) kesan pencemaran udara keatas manusia dan alam sekitar,e) langkah-langkah yangdiperlukan untuk mengawal pencemaran udara.

Murid boleh:

menerangkan maksud pencemaran udara, menyenaraikan contoh bahan cemar udara, menyenaraikan sumber bahan cemar udara, memerihalkan kesan pencemaran udara, menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untukmenghalang dan mengawalpencemaran udara.

B6D5E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Menjalankan projek untuk mengkaji:

a) pencemaran udara dalam suatu kawasan di sekitar sekolah,b) kesan pencemaran udara.

3.6Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih

Mengumpul maklumat dan membincangkan:

a) bagaimana keadaan kehidupan tanpa udara yang bersih,b) cara mengekalkan udara supaya bersihc) amalan yang boleh mengekalkan udara yang bersih.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan bahan cemar dalam asap rokok.

Murid boleh:

memerihalkan bagaimana kehidupan jika tiada udara bersih, mencadangkan cara mengekalkan udara supaya bersih, mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih.

TEMA:TENAGA

Bidang pembelajaran:1. Sumber Tenaga

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.1Memahami pelbagai bentuk dansumber tenaga

Mengumpul maklumat mengenai pelbagai bentuk dan sumber tenaga serta perubahan tenaga.

Membincangkan matahari sebagai sumber tenaga utama.

Menjalankan aktiviti untuk melihat perubahan tenaga dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik(contoh: sebiji bola yang bergolek menuruni suatucerun), dari tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan (contoh: mengunci spring kereta mainan).

Murid boleh:

menyenaraikan pelbagai jenis tenaga, menyenaraikan pelbagai sumber tenaga, mengenal pasti perubahan tenaga, mengenal pasti matahari sebagai sumber tenaga utama, mengkaji perubahan tenaga keupayaan kepada tenagakinetik dan sebaliknya melaluiaktiviti.

B2D7E1

B2D7E2

B2D7E3

B4D12E1

B4D12E2

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

1.2Memahami tenaga bolehdiperbaharui dan yang tidakboleh diperbaharui

Mengumpul maklumat dan membincangkan maksud sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.

Menjalankan projek berikut:a) sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidakboleh diperbaharui,b) penggunaan tenaga solar, c) cara meningkatkanpenggunaan tenaga secaracekap.

Murid boleh:

mendefinisikan tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui menerangkan mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga, mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap.

B3D10E2

B3D10E1

B6D6E1

1.3Menyedari kepentingan memulihara sumber tenaga

Membincangkan kepentingan memulihara sumber tenaga.

Membincangkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.

Murid boleh:

memerihalkan pentingnya memulihara sumber tenaga, menerangkan pengunaan dan pengurusan sumber tenagayang cekap.

Bidang pembelajaran :2. Haba

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.1Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan:

a) matahari membebaskan haba. b) cara menghasilkan haba,c) haba dan suhu adalahberbeza (contoh: Murid diminta meramal dan memerhatikan bagaimana suhu berubah apabila air panas dan air sejuk dicampurkan).

Membincangkan:a) haba ialah suatu bentuk tenaga,b) pelbagai kegunaan habadalam kehidupan harian, c) maksud suhu,d) perbezaan antara suhu dengan haba.

Murid boleh:

menyatakan matahari membebaskan haba, menyatakan sumber lain bagi haba, menyatakan haba ialah suatu bentuk tenaga, memberi contoh pelbagai kegunaan haba,menyatakan maksud suhu, menyatakan perbezaan antara haba dengan suhu.

B4D13E1

B4D13E2

B4D13E3

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.2Memahami pengaliranhaba dan kesannya

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut (contoh: bola dan gelang, merkuri dalam termometer dan udara dalam kelalang dasar bulat).

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran.

Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan:a) fenomena alam seperti bayudarat, bayu laut dan pemanasan bumi oleh matahari,b) bagaimana suhu bangunan boleh dikekalkan sejuk,c) maksud konduktor haba, d) maksud penebat haba,e) pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalamkehidupan harian.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan yang berbeza sebagai penebat haba.

Murid boleh:

menyatakan haba menyebabkan pengembangan dan pengecutan pepejal, cecair dan gas, menyatakan haba mengalir dengan tiga cara (konduksi, perolakan dan sinaran), menyatakan haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk, memberi contoh pengaliran haba dalam fenomena alam,menyatakan maksud konduktor haba, menyatakan maksud penebat haba, menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor danpenebat haba dalam kehidupanharian, menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai penebat haba.

B4D14E1

B4D14E2

B4D14E3

B4E14E4

B4D14E5

B5D7E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.3Menganalisa kesan habake atas jirim

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal.

Membincangkan:(i) kesan haba ke atas keadaan jirim,(ii) contoh pemerhatian harianyang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

Murid boleh:

menyatakan perubahan kepada keadaan jirim dalam proses fizikal, menerangkan perubahan kepada keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba, memberi contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

B4D15E1

B4D15E2

B4D15E3

2.4Mengaplikasi prinsip pengembang an dan pengecutan jirim

Membincangkan kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam yang berikut:a) merkuri dalam termometer, b) jalur dwilogam di dalam alatpenggera kebakaran,c) ruang pada landasan keretapi, d) penggolek pada jambatankeluli.

Membincangkan penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim untuk menyelesaikan masalah yang mudah.

Murid boleh:

menerangkan dengan contoh pelbagai kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian, mengaplikasikan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalammenyelesaikan masalah yang mudah.

B6D7E1

ObjektifPembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil PembelajaranEvidens

2.5Memahami bahawapermukaan objek yanggelap dan kusam menyerap danmembebaskan haba dengalebih baik

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan yang berikut:

a) objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,b) objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baikdaripada objek putih danberkilat.

Murid boleh:

menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat, menyatakan objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objekputih dan berkilat, menjalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan dan pembebasan haba.

B5D8E1

B5D8E2

2.6Menghargai faedah pengaliran haba

Membincang dan mempraktikkan amalan seperti membuka tingkap dalam kelas atau makmal untuk meningkatkan pengaliran udara.

Murid boleh:

mengamalkan prinsip pengaliran haba demi kehidupan yang lebih selesa.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAHSAINS TINGKATAN 1

PANEL PENTERJEMAH

PenasihatDatu Dr Hj. Julaihi Hj. BujangPengarahBahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Zanal bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi)Bahagian Pembangunan Kurikulum PenterjemahBurhanuddin Dahalan SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak

Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak

Roslan YusoffSMK Seri PerakPenasihatEditorial Zainon Abd. MajidKetua Unit Sains TerasBahagian Pembangunan Kurikulum Teluk Intan, Perak

Hafiz Zaki HamdanSMK Seri PerkasaEditorAizatul Adzwa Mohd. BasriPenolong PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum Hutan Melintang, Perak

Norhaida AliasSMK Sultan Abdul Jalil ShahSeberang Perak, Teluk Intan, Perak

Nazirah Abdul RahmanSMJK Hua LianTaiping, Perak

Maslina Ayu ShaharuddinSMK ConventTaiping, Perak

43

Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia2011