sains sukan

9
SAINS SUKAN ILMU PENGETAHUAN Menekanan Dalam Gerak Laku Manusia untuk Meningkatkan Prestasi Lakuan Motor Manusia ke Tahap Optimum. Wujud Selari Dengan Perkembangan Teknologi Moden Sukan dalam Kehidupan Seharian Manusia.

Upload: kalel4426

Post on 20-Jun-2015

2.841 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains sukan

SAINS SUKAN

ILMU PENGETAHUANMenekanan Dalam Gerak Laku Manusia untuk Meningkatkan Prestasi Lakuan Motor Manusia ke Tahap Optimum.Wujud Selari Dengan Perkembangan Teknologi Moden Sukan dalam Kehidupan Seharian Manusia.

Page 2: Sains sukan

Bertujuan Melahirkan Murid yang Menguasai Pengetahuan, Kemahiran dan Pengalaman Asas Sains Sukan Melalui Amalan Teori dan Praktis dalam Bidang Sukan.

Memupuk dan Meningkatkan Penghayatan Nilai sebagai Persediaan di Bidang Kerjaya.

Sains Sukan ialah Satu Kajian yang Sistematik yang Membabitkan Sains dalam Sukan. Ia Melibatkan Perubatan Fisioterapi, Pemakanan, Biokimia, Anatomi, Fisiologi, Psikologi Sosio dan Biomekanik.

Page 3: Sains sukan

KEPENTINGAN SUKAN

1. Prestasi Sukan Pengetahuan tentang sains sukan dapat

membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik.

2. Kesihatan Pengetahuan ini dapat membantu atlit

meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan.

Page 4: Sains sukan

3. RekreasiPengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat

dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi.

4. EkonomiSains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi

negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.

5. KerjayaPerkembangan sukan di tanah air, mewujudkan

peluangpeluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan.

Page 5: Sains sukan

DASAR SUKAN NEGARADasar Sukan Negara merupakan dokumen yang

komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badanbadan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan.

Page 6: Sains sukan

RASIONAL DASAR SUKAN

1. Peringkat Individu Pembentukan sahsiah,

kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan.

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.

Memanfaatkan masa senggang.

Mengurangkan tekanan hidup.

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.

Interaksi sosial yang bermakna.

Page 7: Sains sukan

2. Peringkat MasyarakatMenggalakkan pembinaan

kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional.

Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti baik.

Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.

Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.

3. Peringkat AntarabangsaMencapai

kecemerlangan di peringkat tertinggi.

Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antara bangsa.

Memupuk persahabatan.

Page 8: Sains sukan

ETIKA DAN PATRIOTISME DALAM SUKAN

Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari mereka.

Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara.

. Pegawai sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai nilai-nilai positif.

Page 9: Sains sukan

Oleh itu : 1. Atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin.2. Bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara tanah

air.3. Semangat kesukanan semasa bertanding.4. Akur pada peraturan dan undang-undang pertandingan.5. Keputusan pertandingan haruslah dihormati dan

dipatuhi.6. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan

sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati.7. Penonton juga boleh mempamerkan semangat

patriotisme terhadap negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan.