penulisan akses ekuiti

23
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 1 2.0 AKSES DAN EKUITI ....................................................................................................................... 1 3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN ............................................................................................... 4 3.1 PENEMPATAN GURU ......................................................................................................... 4 3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA ............................................................................................... 5 3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ................................................................................................ 6 3.4 INTERAKSI SOSIAL .............................................................................................................. 7 4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR ...................................................................................................... 9 4.1 PELAJAR KURANG UPAYA ................................................................................................... 9 4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN............................................................................. 9 4.3 PELUANG BELAJAR ........................................................................................................... 10 4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN ........................................................................................ 11 4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH .................................................................................. 11 4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK..................................................................................... 12 4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA ........................................................................................... 12 4.8 PSIKOLOGI PELAJAR........................................................................................................... 13 5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU ................................................................................................ 14 6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 19 7.0 RUJUKAN ................................................................................................................................... 20

Upload: yatt87

Post on 24-May-2015

2.521 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan akses ekuiti

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 1

2.0 AKSES DAN EKUITI ....................................................................................................................... 1

3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN ............................................................................................... 4

3.1 PENEMPATAN GURU ......................................................................................................... 4

3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA ............................................................................................... 5

3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ................................................................................................ 6

3.4 INTERAKSI SOSIAL .............................................................................................................. 7

4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR ...................................................................................................... 9

4.1 PELAJAR KURANG UPAYA ................................................................................................... 9

4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN ............................................................................. 9

4.3 PELUANG BELAJAR ........................................................................................................... 10

4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN ........................................................................................ 11

4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH .................................................................................. 11

4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK ..................................................................................... 12

4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA ........................................................................................... 12

4.8 PSIKOLOGI PELAJAR ........................................................................................................... 13

5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU ................................................................................................ 14

6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 19

7.0 RUJUKAN ................................................................................................................................... 20

Page 2: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

1

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan

negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha yang boleh

membangunkan generasi bangsa yang akan menjulang nama negara pada masa akan datang

selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk meningkatkan status negara Malaysia sebagai

sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju

sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020

dapat dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang,

bersepadu dan menyeluruh. (Ahmad Fauzi, 1997). Ini bermakna, proses pembangunan

sumber manusia seharusnya memastikan tidak terdapat mana-mana golongan di dalam

negara kita yang tercicir atau diabaikan. Untuk mencapai matlamat pembangunan sumber

manusia yang yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh, maka sistem pendidikan

seharusnya berupaya menyediakan peluang yang secukupnya kepada semua lapisan

masyarakat khususnya pelajar. Salah satu penumpuan penting yang perlu diberikan adalah

memastikan pendidikan haruslah diberi sama rata kepada semua pelajar tanpa mengambil

kira bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup.

2.0 AKSES DAN EKUITI

Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk

mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinisikan

sebagai capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah

organisasi atau saksama dan juga adil. Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikan

bermaksud keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan

peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta

bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

(PPKPM) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah

Page 3: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

2

satu elemen rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan bagi negara

Malaysia. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga bertujuan memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); meningkatkan

kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains

dan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem

pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai

pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada

peringkat antarabangsa. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akses

kepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti

pendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan

pendidikan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula telah mengubal Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuan

memartabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam

kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan strategik ini telah menggariskan tujuh

teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti

pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan

institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT.

Secara keseluruhannya, akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain dan

amat penting dalam meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dalam

pembentukan Pembangunan Pendidikan dan PSPTN, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai

matlamat atau objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar

semua warganegara memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya.

Agihan input pendidikan pula dibuat secara adil kepada semua institusi pendidikan bagi

membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum.

Pembangunan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Pendidikan matematik adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada

perkembangan pelajar secara menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap,

psikomotor dan penerapan nilai-nilai murni untuk menjadikan rakyat berguna selaras

Page 4: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

3

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan matematik pula adalah

untuk membentuk individu yang berfikiran matematik, berketrampilan mengaplikasikan

pengetahuan matematik dengan berkesan, bertanggungjawab dalam menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan, berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian

hasil perkembangan sains dan teknologi.

Seperti yang kita ketahui, matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian

manusia yang mana penggunaan matematik telah meliputi pelbagai jenis aktiviti. Kemajuan

negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi, perkembangan perdagangan dan

ekonomi yang berkait rapat dengan penggunaan matematik. (Mok Soon Sang, 1996). Justeru

itu adalah penting sekiranya setiap pelajar diberikan peluang untuk menikmati pendidikan

matematik yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu. Akses dan ekuiti

dalam pendidikan matematik didefinisikan sebagai hak semua individu mendapatkan

pengetahuan matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai

tahap tertinggi dalam pengetahuan matematik melalui pendidikan sama rata.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik, dua elemen penting

yang terlibat adalah guru dan juga pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik

seharusnya melibatkan secara aktif antara guru dan pelajar supaya penyampaian guru dan

penerimaan pelajar terhadap perkara yang dipelajari berjaya tanpa berlaku sebarang

halangan. Namun begitu, sehingga kini ialah masih terdapat pelbagai isu yang timbul

berkaitan dengan akses dan ekuiti dalam pendidikan yang membawa kepada halangan atau

cabaran dalam pendidikan matematik di institusi-institusi pengajian di Malaysia. Keadaan ini

dinyatakan oleh Noraini Idris, (2005) dalam buku beliau, dalam proses P&P matematik,

terdapat kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran.

Page 5: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

4

3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN

3.1 PENEMPATAN GURU

Permasalahan berkenaan isu penempatan guru sering diperkatakan dan ianya

berkait rapat dalam usaha untuk mencapai akses dan ekuiti dalam pendidikan

matematik. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati

bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita

279,650 orang.(RIFAAT, 2010). Soalnya, adakah menjadi satu masalah jika guru

perempuan lebih ramai daripada guru lelaki? Salah satu isu hangat yang

diperbincangkan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapai

masalah untuk menempatkan guru perempuan di sekolah luar bandar khususnya di

pedalaman dan pulau. Isu ini juga mendapat perhatian daripada Presiden Kesatuan

Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman, beliau

menyatakan "Penempatan guru lelaki lebih mudah berbanding perempuan terutama

kawasan pedalaman yang membabitkan soal keselamatan” (AMIR, 2010). Tambahan

pula penempatan guru menjadi lebih sukar apabila terdapat rungutan dari guru-guru

yang ditawarkan ke kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka sukar menerima

tawaran tersebut kerana faktor kedudukan sekolah yang jauh dan kemudahan yang

terhad, malah ada yang sanggup memilih untuk menganggur daripada dihantar

bertugas di bahagian pedalaman.

Apabila guru-guru terlalu memilih dan tidak mahu mengalah dalam soal

penempatan maka akibatnya akan timbul permasalahan dalam ketidaksepadanan

pengagihan guru mengikut opsyen sebenar. Secara tidak langsung wujudnya “bidan

terjun” di mana guru bukan opsyen terpaksa mengajar bagi memenuhi keperluan

pelajar. Guru yang mengajar tidak mengikut opsyen akan menyebabkan akses dan

ekuiti dalam pendidikan menjadi tidak berjaya. Tambahan pula jika ianya melibatkan

subjek-subjek kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Guru bukan

opsyen mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dan tidak mampu

menyampaikan ilmu tersebut secara menyeluruh. Selain itu, akan timbul pula isu

guru bukan opsyen gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa

Page 6: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

5

menangguh untuk menjawab soalan. Akibatnya, murid merasa kurang berkeyakinan

terhadap guru tersebut dan sekali gus menghilangkan minat untuk mempelajari

subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Ini selaras dengan pendapat Johdi (2007)

yang menyatakan jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-muird

berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat

mereka untuk belajar.

3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA

Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) diwujudkan bagi menentukan

kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam. Usaha murni kerajaan ini

adalah bertujuan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Markah LNPT

tersebut akan dinilai oleh Ketua jabatan masing-masing. Namun begitu, salah satu

isu yang hangat diperbincangkan ialah apabila Ketua Jabatan menetapkan markah

LNPT bergantung dengan keputusan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika peratus

kelulusan pelajar di dalam pelajaran matematik tidak memenuhi sasaran Petunjuk

Prestasi Utama (KPI) Jabatan, maka markah LNPT akan menjadi rendah. Apabila guru

terikat dengan situasi tersebut, ada kemungkinan timbul pemasalahan di mana guru

hanya memfokuskan pembelajaran ke atas tajuk-tajuk di dalam subjek matematik

yang akan diuji dalam peperiksaan sahaja. Tambahan pula, soalan yang ditanya lebih

menjurus persoalan teori berbanding persoalan kemahiran. Soalnya, adakah akses

dan ekuiti dalam pendidikan matematik tercapai jika pembelajaran hanya

memfokuskan kepada peperiksaan?

Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan

seharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar

diepringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. (Abu Bakar et.al, 2007).

Tambahan pula, matematik merupakan asas kepada bidang sains. Selaras dengan

status dan pentingnya mata pelajaran matematik, pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia telah berusaha mempertingkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains dan

bukan sains kepada nisbah 60:40 dengan harapan mampu mencapai sebuah negara

maju seperti yang tercatat dalam Wawasan 2020. Namun begitu, hasrat kerajaan ini

Page 7: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

6

tidak akan tercapai jika gaya pengajaran guru hanya memfokuskan pembelajaran

matematik berdasarkan penguasaan konsep atau memfokuskan pembelajaran

sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini adalah kerana gaya pengajaran

seperti ini tidak akan dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan

matematik mereka kelak.

3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran matematik mempunyai hubungan

rapat dengan kebolehan dan keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran yang

berkesan memerlukan komunikasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran berjaya. Penggunaan bahasa yang sesuai di dalam

kelas mampu mempertingkatkan kefahaman pelajar dengan lebih baik. Adalah

menjadi perkara utama bagi setiap guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu latar

belakang pelajar agar pemilihan bahasa yang bakal digunakan dalam kelas dapat

difahami oleh semua pelajar.

Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian

pengajaran matematik adalah kurang sesuai jika pelajar di dalam kelas majoriti

lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana dikhuatiri konsep di dalam ilmu

matematik yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pelajar. Maka sudah pasti

berlaku kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Masalah kesilapan

dalam penggunana bahasa telah terbukti apabila timbul isu kemerosotan prestasi

pelajar berlaku ketika sepanjang perlaksanaan program PPSMI. Menteri Besar Johor,

Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan rumusan kajian yang mendapati PPSMI

gagal memberi manfaat kepada pelajar khususnya Melayu dan Bumiputera di luar

Bandar harus dipandang serius memandangkan ia akan menjejaskan usaha kerajaan

meramaikan kelompok itu dalam aliran sains bagi mengikuti kursus kritikal di

Universiti. (Salbiah, 2009). Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan,

Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara

prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda

terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, "Kualiti pendidikan

Page 8: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

7

menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," (Utusan

Malaysia, 2011). Masalah lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasi

murid ialah kelemahan dalam kalangan guru sendiri yang tidak mampu

menyampaikan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dengan baik.

3.4 INTERAKSI SOSIAL

Pendidikan adalah lebih sinonim dengan suatu proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara

guru dan murid-muridnya. Di dalam kelas, guru merupakan medium utama dalam

mendidik pelajar untuk berjaya. Guru sering dianggap model kepada pelajar. Guru

dijadikan contoh atau teladan yang baik bagi pelajar-pelajarnya. Namun begitu,

apabila guru menunjukkan sikap negatif pada murid maka kepercayaan pelajar

kepada guru akan menurun. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang kasar dan

kesat di dalam kelas hanya membuatkan pelajar berasa tidak selesa di dalam kelas

sekaligus mengakibatkan pelajar hilang motivasi untuk menuntut ilmu. Selain itu,

sikap guru yang garang serta suka menghukum juga boleh membantutkan minat

pelajar untuk belajar apatah lagi untuk berinteraksi dengan guru bagi bertanyakan

soalan yang kurang faham. Secara tidak langsung, situasi tersebut boleh

menimbulkan masalah kebimbangan dikalangan pelajar untuk mempelajari

matematik. Tambahan pula, mata pelajaran matematik sering dianggap mata

pelajaran yang membosankan dan kurang digemari dikalangan pelajar. Sehubungan

itu, akan mengakibatkan kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan khususnya

pendidikan matematik.

Guru perlu sentiasa bersikap positif kepada pelaj-pelajar, dengan

menggunakan percakapan-percakapan yang baik, budi pekerti yang halus dan lemah

lembut, sehinnga terbukalah hati para pelajar untuk menerima ilmu guru dengan

baik. Tutur kata atau arahan yang baik yang disampaikan secara teratur dan

berkesinambungan juga dituntut dalam Islam, seperti firman Allah S.W.T.

Page 9: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

8

Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah

mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang

pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangannya) tetap teguh, dan cabang

pucuknya menjulang ke langit.(Abdullah, 2003)

Adalah lebih baik jika hukuman digantikan dengan kata-kata nasihat yang

mana boleh mempertingkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Pemberian

pengharagaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menyelesaikan

masalah matematik khususnya juga merupakan teknik untuk meningkatkan motivasi

pelajar. Menurut Abuddin (2001), apabila terdapat di antara pelajar kita bersungguh-

sungguh dalam pembelajarannya atau pelajar-pelajar yang cemerlang, sebaiknya

guru memberikan hadiah di samping sumbangan kewangan secara percuma yang

manfaatnya akan kembali kepada mereka sendiri. Ini adalah kerana pelajar-pelajar

yang menerima hadiah itu akan merasa bangga, disamping mereka akan berusaha

mengambil erti dalam pemberian itu. Dalam buku beliau turut disertakan hadis yang

menyokong kenyataan beliau iaitu:

“Berlumba-lumbalah dalam soal memberikan hadiah, sebab hadiah itu dapat

menghilangkan keraguan dalam hati”

(al-Turmuzi)

Page 10: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

9

4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR

4.1 PELAJAR KURANG UPAYA

Salah satu jenis masalah pembelajaran pelajar matematik ialah mempunyai

masalah Diskalkulia. Diskalkulia ini merupakan masalah pembelajaran spesifik yang

mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran arithmetic (Wikipedia,

2008). Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini sukar untuk memahami konsep

nombor walaupun yang mudah, selain itu mereka juga sukar untuk mengingati

simbol matematik seperti tambah, darab, tolak dan bahagi. Pelajar Diskalkulia juga

tidak dapat membezakan nilai besar dan nilai kecil. Kebolehcapaian pelajar-pelajar

Diskalkulia ini terhadap subjek matematik akan terus berkurangan kerana guru-guru

tidak mengasingkan pelajar-pelajar ini daripada pelajar normal kerana guru-guru

beranggapan pelajar-pelajar ini juga normal kerana mereka boleh mempelajari

subjek vokasional dengan baik.

Kos yang tinggi juga diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) pelajar kurang upaya (OKU). Contohnya gambarajah timbul dan mesin braile

matematik untuk pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan. Pakar-pakar

matematik lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar normal. Pemerhatian daripada

pakar kepada pelajar OKU sangat kurang, ini kerana pakar perlu memahami masalah

dan sikap pelajar OKU itu sendiri jika mahu memberi tumpuan kepada proses P&P

mereka. Walaupun secara realitinya pelajar-pelajar OKU ini lebih memerlukan pakar-

pakar untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai mata

pelajaran matematik.

4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN

Pelajar masa kini lebih senang menghafal jalan kerja tanpa memahami

konsep terlebih dahulu. Oleh itu mereka tidak akan dapat menguasai keseluruhan

topik, mereka juga akan mempunyai masalah jika diberikan soalan aplikasi, selain itu

mereka tidak akan dapat menerangkan mengapa mereka menggunakan sesuatu

langkah jalan kerja untuk menyelesaikan sesuatu soalan itu. Apabila pelajar-pelajar

Page 11: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

10

ini menghafal, mereka tidak akan dapat memberi anggaran untuk menyemak

jawapan.

Contohnya bagi topik janjang aritmetik, jika pelajar menghafal rumus bagi

mencari sebutan ialah Tn=a+(n-1)d, maka jika sesuatu masa mereka terlupa rumus

ini, mereka tidak akan dapat menjawab soalan untuk mencari nilai sebutan. Tetapi

jika mereka memahami konsep, tanpa rumus sebutan ini mereka tetap dapat

mencari nilai sebutan kerana setiap sebutan merupakan hasil tambah nilai sebutan

sebelumnya dengan nilai d. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pelajar yang

menghafal akan mempunyai kebolehcapaian yang terhad terhadap mata pelajaran

matematik.

4.3 PELUANG BELAJAR

Menurut Noraini Idris (2005), sesetengah sekolah sebilangan besar pelajar

sastera tingkatan 4 dan 5 tidak mempelajari matematik. Walaupun mata pelajaran

ini mesti dipelajari seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah iaitu 200 minit

seminggu untuk pelajar sastera. Pihak sekolah beranggapan pelajar-pelajar sastera

ini tidak akan lulus untuk matapelajaran matematik ataupun mereka tidak akan

mendapat markah yang baik seterusnya akan menurunkan gred mata pelajaran

matematik. Apabila kes ini berlaku, secara majoritinya pelajar bumiputera tidak akan

berpeluang mempelajari matematik kerana majoritinya pelajar yang mengambil

aliran sastera merupakan pelajar bumiputera.

Pihak sekolah tidak sepatutnya tidak menyekat para pelajar untuk

mempelajari matematik. Ini kerana jika kita lihat kembali kepada tokoh-tokoh ilmuan

terdahulu seperti Al-Khawarizmi, walaupun dia merupakah pakar matematik tetapi

dalam masa yang sama beliau juga merupakan pakar dalam bidang goegrafi dan

astronomi.

Page 12: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

11

4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN

Soalan peperiksaan ‘boleh dipilih’ menyebabkan pelajar hanya mempelajari

topik-topik tertentu. Contohnya soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) matematik

kertas 2 bahagian B, pelajar boleh memilih 4 soalan daripada 5 soalan yang

diberikan. Setiap satu soalan itu mewakili satu bab. Oleh itu, pelajar akan mengambil

langkah untuk hanya mempelajari 4 bab ini dan meninggalkan 1 bab daripada 5

soalan ini yang mereka anggap susah. Guru-guru juga ada yang hanya mengajar 4

bab ini sahaja daripada 5 soalan ini kerana mereka tidak sempat untuk

menghabiskan silibus.

Guru-guru mengajar dengan lebih memfokuskan kepada peperiksaan, maka

guru-guru ini akan mengambil langkah untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana

guru-guru tiada masa untuk mengajar ‘lebih-lebih’. Pelajar juga akan meminta guru

untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana mereka juga tiada masa dan minat

untuk belajar ‘lebih-lebih’. Contohnya untuk nilai pi=3.142, guru akan meminta

pelajar menghafal sahaja nilai ini tanpa memberitahu nilai ini sebenarnya merupakan

nilai nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya.

4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH

Guru-guru yang sibuk mengejar silibus secara realitinya akan meninggalkan

pelajar yang lemah terus dibelakang. Pelajar-pelajar yang lemah ini dapat

dikenalpasti melalui rekod prestasi mereka, pemerhatian guru ataupun melalui ujian.

Pelajar lemah atau yang berpencapaian rendah ini menghadapi kesukaran untuk

memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah.

Mereka dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan satu langkah tetapi tidak dapat

menyelesaikan soalan yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Contohnya

mereka dapat mencari nilai sudut jika hanya melibatkan nombor sahaja, tetapi jika

nilai sudut itu diwakilkan dengan nilai seperti 2y 3y, pelajar ini tidak akan dapat

untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar berpencapaian rendah juga mempunyai

masalah untuk mengingati langkah penyelesaian dan mempunyai masalah

Page 13: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

12

keupayaan visual-ruang, iaitu lemah untuk system garis lurus, garis nombor,

menentukan arah dan mengagak jarak.

Pelajar berpencapaian rendah akan menerima pendekatan P&P yang sama

dengan pelajar normal lain. Oleh sebab itu, mereka akan terus lemah dalam

matematik dan yang paling penting mereka juga akan lemah dalam kemahiran asas

seperti pecahan dan peratus yang penting untuk meneruskan pengajian ke peringkat

tinggi dan untuk kegunaan seharian.

4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

Pelajar yang tidak mempunyai kecerdasan logik-matematik ataupun lebih

dikenali sebagai pelajar otak kanan lebih cenderung untuk subjek-subjek seni seperti

muzik dan lukisan. Melalui teori otak Triune, setiap individu akan lebih cenderung

untuk menggunakan salah satu belahan otak yang dominan dan sebelah otak lagi

akan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu pelajar otak kanan akan menganggap

matematik sebagai satu mata pelajaran yang mana para pelajar perlu mengikuti

peraturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak memahami peraturan

tersebut (Noraini Idris, 2005).

Seterusnya pelajar-pelajar ini hanya akan menggunakan strategi yang diajar

oleh guru sahaja tanpa memikirkan kaedah lain. Kesannya mereka tidak akan

berkeupayaan tinggi dan cemas apabila berhadapan dengan soalan aplikasi. Oleh itu,

pelajar otak kanan ini perlu diberi lebih bimbingan untuk memastikan

kebolehcapaian mereka terhadap subjek matematik meningkat.

4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA

Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak berpelajaran selalunya akan

kurang kebolehcapaian mereka terhadap matematik. Ini kerana ibu bapa mereka

tidak dapat membantu mengajar mereka dirumah. Pelajar juga tidak akan

bermotivasi untuk belajar hingga cemerlang kerana persekitaranya hanya dikelilingi

orang tidak berpelajaran tinggi. Pendapatan keluarga yang kurang juga akan

Page 14: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

13

menghalang kebolehcapaian pelajar terhadap mempelajari matematik. Pelajar yang

tidak mampu untuk kesekolah akan terus tidak mempelajari matematik. Ada juga

pelajar-pelajar ini ke sekolah, tetapi mereka tidak mampu untuk mengikuti kelas

tambahan ataupun membeli buku rujukan. Oleh itu kebolehcapaian mereka

terhadap mata pelajaran matematik tidak akan sama dengan pelajar yang lahir dari

keluarga berpendapatan tinggi.

Pembelajaran pelajar juga dipengaruhi oleh pendidikan keluarga. Sebagai

contoh pelajar yang lahir dari keluarga seni akan lebih cenderung untuk mempelajari

dengan mendalam mata pelajaran yang berkaitan seni. Pelajar ini akan kurang untuk

dibimbing mempelajari mata pelajaran yang sedikit jauh dari bidang mereka seperti

matematik.

4.8 PSIKOLOGI PELAJAR

Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identiti

lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan

identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir diri

mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usaha

mencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka

dalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004). Oleh itu, pelajar-pelajar

akan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untuk

menerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perlu

hadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuan

mereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuan

mereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tuju

masa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajaran

dan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga.

Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yang

dihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana

Page 15: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

14

mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan

kepada proses pembelajaran di sekolah.

5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU

Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Matematik

perlu diterap secara tersurat atau tersirat di dalam bilik darjah supaya kebolehcapaian

pengetahuan Matematik dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar. Penerapan nilai menjadi

agenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah.Setiap guru

memiliki set nilai tertentu, yang boleh mempengaruhi persediaan dan pelaksanaan

pengajarannya. Dalam membuat persediaan pengajaran, seseorang guru akan cuba

merancang apakah nilai yang akan terterap dalam pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007).

Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapi

iaitu; ‘rasionalisme’ dan ‘objektisme’, ‘kawalan’ dan ‘kemajuan’, serta ‘keterbukaan’ dan

‘misteri’. Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan

antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik

rasionalisme dan keterbukaan. Bagaimanapun, saling interaksi antara guru dengan pelajar,

disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkin

boleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran guru matematik dalam bilik darjah. Nilai

dalam pengajaran guru matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru

matematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau

kecenderungan seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses

pengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama ada

melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran

bilik darjah.Sekiranya nilai pengajaran Matematik diterapkan di dalam bilik darjah

berkemungkinan besar pelajar boleh mendapatkan pengetahuan Matematik dengan

sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam

pengetahuan Matematik.

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan pentaksiran alternatif dan mengkaji

semula sistem penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan.

Page 16: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

15

Penekanan peperiksaan awam yang berasaskan kandungan diubah kepada peperiksaan

yang lebih berasaskan kemahiran atau daripada bersifat ujian pencapaian kepada ujian

kebolehan am. Konsep pentaksiran mula disediakan pada tahun 2006, kemudian

pentaksiran alternatif pula terlaksana pada tahun 2010. Melalui pelaksanaan pentaksiran

alternatif maka terhasillah sistem penilaian pada tahun itu juga. Sistem penggal akan dikaji

semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan

tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan

penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan

standard negara lain. Dengan penghasilan sistem penilaian ini, maka para guru Matematik

seharusnya tidak terlalu terikat dengan sistem penilaian yang hanya berorientasikan

peperiksaan yang mengakibatkan para pelajar dididik untuk mempelajari subjek Matematik

hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian. Oleh itu, kajian sistem penilaian seharusnya sentiasa diperhalusi lagi

supaya kemantapannya lebih analitik mengikut peredaran zaman.

Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan

perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang yang lain,

namun dalam konteks ini interaksi antara guru Matematik dan pelajar amatlah penting bagi

mencapai proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan sempurna. Di antara

ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah :

“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka

kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlan

kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Al-Isra’: 28)

“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari

sekelilingmu”. (Al-‘Imran : 159)

“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik

dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…” (An-Nahl : 125)

Page 17: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

16

Sebagai guru, khususnya guru subjek Matematik haruslah mempunyai pendekatan

pengajaran yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik. Penggunaan

yang kasar dan kesat hanya akan membantutkan motivasi pelajar bagi mendalami ilmu

Matematik dengan sebaiknya. Hukuman sekiranya digantikan dengan penghargaan atau

kata-kata nasihat yang berguna adalah lebih bermakna kepada pelajar bagi meningkatkan

motivasi pelajar sendiri untuk mempelajari Matematik. Contohnya, guru menyediakan

soalan bagi penyelesaian masalah Matematik dan sekiranya pelajar dapat menjawab dengan

betul maka cubalah untuk memberi penghargaan atas usaha pelajar tersebut manakala

pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul janganlah kita mengkritik mereka dengan

kata-kata kesat seperti ‘lembab’ atau kata-kata lain yang menyakitkan hati. Kita boleh

memberi nasihat supaya dia lebih berusaha lagi untuk menyelesaikan masalah Matematik

tersebut atau meminta pelajar itu memperbanyakkan latihan bagi menguasai subjek

Matematik.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan

mekanisme “soft landing” untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Pelaksanaan

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris

(MBMMBI) mula dilaksanakan pada tahun 2012. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet

pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara

berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Oleh itu, isu bahasa buat masa sekarang mungkin tidak diambil kira lagi memandangkan

kerajaan sudah memberi ‘green light’ kepada para pengajar mengajar dalam bahasa ibunda.

Secara rasionalnya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan

Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia

sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kebanyakan negara di dunia berusaha keras

untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu jadi

negara Malaysia juga perlu mencontohi negara-negara lain yang menggunakan bahasa

ibunda mereka sebagai bahasa pengantar terutamanya dalam subjek Matematik supaya

pengetahuan ilmu Matematik yang disampaikan oleh pengajar itu dapat diterima dan

difahami pelajar dengan sebaiknya. “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada

Page 18: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

17

tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses

penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.

Menurut Ab. Rahman (1992), antara aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri

yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan adalah

guru perlu benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara

individu, menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran, guru sentiasa

bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa dan sentiasa

meluaskan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, peningkatan taraf akademik

dan professional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan

seumpamanya. Pengajaran di sekolah kini adalah lebih berfokus kepada pelajar yang

mempunyai kebolehan sederhana dan pandai. Oleh itu, tidak hairanlah guru hanya banyak

memberikan tumpuan kepada para pelajar ini dan mengabaikan pelajar yang berpencapaian

rendah. Vaughn et al. (2003) menyarankan guru seharusnya memberikan hak kesamaan

kepada pelajar berpencapaian rendah di dalam pengajarannya, antara cadangan dalam

memberikan hak kesamaan kepada pelajar pencapaian rendah di dalam kelas yang pelbagai

pencapaian adalah memanggil pelajar yang berpencapaian rendah sekerap mungkin seperti

mana guru memanggil pelajar yang lain, elakkan daripada sering menyuruh pelajar

berpencapaian tinggi membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah, memberikan

peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan sukar dan soalan peringkat

pemikiran tinggi, memberikan maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajar

berpencapaian rendah, menerima idea mereka daripada semua murid dan menghargai idea

mereka sebagai sesuatu yang berguna, berinteraksi dengan pelajar pencapaian rendah

sekerap mungkin seperti mana dilakukan terhadap pelajar yang lain dan guru perlu elakkan

daripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah pengajaran, bagi mengelakkan

tanggapan masyarakat bahawa mereka adalah pelajar berpencapaian rendah. Memberi hak

kesamaan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ini boleh memberikan diri mereka

rasa dihargai dan memotivasikan mereka supaya lebih berusaha untuk berjaya khususnya

dalam subjek Matematik.

Dari sudut kreativiti guru pula, seorang guru perlu kreatif agar menjadikan

pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses

pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan

sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan

Page 19: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

18

seseorang guru (Abd.Ghafar,2003). Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang

seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan,

mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempurnaan proses

pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap

proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke

arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian

berhubung isu proses pengajaran Matematik perlu diperhalusi agar ia menjanjikan hak

semua individu mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat

peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik melalui

pendidikan sama rata.

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan

mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep

dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam

kehidupan (Hargreaves, 1996). Oleh itu, sebagai pelajar seharusnya mereka belajar bukan

hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan, malah mereka perlu belajar bagaimana untuk

mengaplikasikan konsep di dalam kehidupan seharian contohnya dalam pelajaran

Matematik khususnya, pelajar harus tahu cara yang terbaik untuk menggunapakai konsep

Matematik yang dipelajari untuk kemudahan di dalam kehidupannya. Gaya pembelajaran

yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn

dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah seperti

Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model ini digunapakai sebagai

panduan kajian dalam mengesan gaya pelajar ‘undergraduate’ di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran

kategori Emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai min

yang tertinggi. Dari segi kategori emosional, orientasi gaya belajar pelajar lebih kepada

mementingkan mendapat markah yang tinggi atau gred yang baik. Di samping itu, pelajar

juga menyatakan mereka memerlukan dorongan dan memberi tumpuan yang lebih pada

mempelajari perkara baru atau tugasan yang dinilai. Oleh itu, untuk keberkesanan

pembelajaran adalah dicadangkan para pengajar khususnya subjek Matematik perlu

memberi tumpuan kepada unsur emosi pelajar.

Page 20: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

19

6.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan kerana pendidikan

memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masa

kini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu membenarkan seseorang itu

menjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Pendidikan yang diberikan seharusnya

memberi tumpuan kepada aspek akses dan ekuiti yang bermaksud peluang pendidikan sama

rata kepada semua dan juga pendidikan berkualiti yang sepatutnya diterima oleh semua.

Dalam konteks pendidikan matematik, guru matematik dan pelajar khususnya perlu

memainkan peranan masing-masing bagi mencapai akses dan ekuiti pendidikan matematik.

Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa setiap individu boleh menguasai matematik. Guru

juga perlu sentiasa mendorong pelajar untuk meminati dan mempelajari matematik.

Disamping guru, pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pentadbir sekolah

dan juga ibu bapa perlu bersama-sama menunjukkan sikap yang positif terhadap pendidikan

matematik agar pendidikan yang diberikan dapat melahirkan individu yang cemerlang dan

berdaya saing yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara

maju dalam semua dimensi khususnya ekonomi.

Page 21: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

20

7.0 RUJUKAN

Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa.

Kuala Lumpur: DBP.

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah bin Muhammad (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 4. Juz 9-13. Pustaka Iman Asy-Syafi’I.

Abdullah Yusuf Ali (1991). Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman

El-Muhammady. Kuala Lumpur: DBP.

Abu Bakar Ahmad Al-Sayid (1991). Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru. Kuala Lumpur: Pustaka

Al-Mizan.

Abu Bakar Nordin, Bhasah Hj. Abu Bakar, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajuddin (2007).

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM. Dalam Penyelidikan Terpilih

UPSI 2001-2006. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Fadzil Mohamed (1997). Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Dan Tinjauan

Mengenai Pendekatan Serta Pelaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.

Amir Hamzah Nordin. Berita Harian . (22/04/2010). Seimbangkan Guru.

Dunn, R. Dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical

Approach. Reston: Virginia: Reston Publishing.

Effandi Zakaria (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hargreave, D. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal Of Engineering

Education 21(4) , 425-434.

Kamus Dewan Edisi 4. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif

Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Universiti Islam Antarabangsa.

Mok Soon Sang (1996). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan .

Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Rifaat Abd Hamid. Harian Metro . (30/08/2010)Lambakan Guru Wanita – Di mana guru lelaki?

Mohd Uzi Bin Dollah (2007). Jurnal Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah

Menengah : Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia.

Page 22: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

21

Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Kementerian PelajaranMalaysia.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Bab 3 Meluaskan Akses Meningkatkan Ekuiti. Kementerian

Pengajian Tinggi.

Ramlah Jantan (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Malaysia:

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan

Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salbiah Ani. Berita Harian. (27/03/2009). Semak Semula PPSMI.

Vaughn, S. B. (2003). Teaching Exceptional, Diverse, And At-Risks Students In The General Education

Classroom (3rd Ed). Boston: Allyn And Bacon.

Page 23: Penulisan akses ekuiti

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

22