keutamaan kesabaran
Post on 30-Dec-2016
296 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
( THE VIRTUE OF PATIENCE )
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui
kebaikannya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar
menerima segala cabaran dengan senang, memikirkannya dengan teratur
dan jika timbul masalah dia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang
ada pada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam
menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan
kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia sebenarnya
mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengaturkan langkah-langkah
yang sesuai untuk mencapai wawasannya itu. Kelakuan gopoh-gapah, tidak
membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga
segala keadaan menjadi kucar-kacir dan rumit.
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
2
Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sebagai
kepala sesuatu badan.
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat
menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Agama,
kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada
kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Jika kita mengkaji sejarah
reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya
lantaran kesabaran.
Rasulullah (s.a.w) bersabda
bermaksud: Sabar itu salah satu
daripada cabang iman seperti kepala
sebahagian daripada tubuh badan.
Patience is not simply the ability to wait -
it's how we behave while we're waiting.
Joyce Meyer
3
Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif
dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari
alternatif-altematif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah
satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu
kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan
mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut:
(i) Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang
(ii) Tidak mudah putus asa
(iii) Sedia menyabut cabaran.
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai
Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin
keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah,
bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan
menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini
juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah,
menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.
Kesabaran terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia adalah sangat-
sangat dituntut. Malah kesabaran juga dikaitkan dengan keimanan
seseorang dalam Agama.
All good things
come to he who
waits. proverb
4
Sifat-sifat negatif seperti cepat putus asa, keluh-kesah, gopoh-gapah, takut
menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan panas baran harus
digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi
masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau cepat sangat putus asa,
pemaaf dan mempunyai wawasan jangka masa yang panjang dan juga
sentiasa memikir kehadapan.
Kebiasaannya pekerja-pekerja yang banyak bersabar akan tahan menerima
teguran, nasihat, pandangan dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi
jika ditegur atau dimarah oleh ketua-ketua mereka. Kebiasaannya orang-
orang yang amat sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan juga
khayal dengan pujian.
Ralph Marston
The keys to patience are
acceptance and faith. Accept
things as they are, and look
realistically at the world
around you. Have faith in
yourself and in the direction
you have chosen.
5
TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 10 : KEUTAMAAN KESABARAN
Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Tenang menghadapi masalah
rumit
o Mempunyai perhitungan jauh o Tahan menerima cabaran o Tidak putus asa o Pemaaf dan berhemah tinggi o Cermat dalam tutur kata
o Selalu mengubah pendirian dan keputusan
o Tidak sanggup berkorban o Takutkan cabaran o Lekas mengalah o Berpandangan sempit o Tidak tahan menghadapi
kesusahan
o Tidak bertanggungjawab
CONTOH :
Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati
atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan
sekeliling atau menerima sebarang kesusahan.
Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu
keputusan. Agama banyak member galakan supaya kita bersabar kerana
sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa
seseorang bertambah baik, cekal, dan sentiasa dalam ketenangan.
Patience is the support of weakness;
impatience the ruin of strength.
Charles Caleb Colton
6
CONTOH AMALAN POSITIF
1. Sifat tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh melahirkan
ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan yang bijaksana.
Kalau sifat-sifat ini tidak dipedulikan atau kurang diberikan perhatian,
akan timbul perilaku yang gopoh-gopah, lekas panik, penakut dan
was-was.
2. Bertimbang rasa dapat menghalang sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu
kerja terlalu hendak dipercepat, semata-mata untuk memuaskan
kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan
kerja tidak sempurna. Ini akan membawa salah faham dan
permusuhan.
3. Seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan
kerajinan di dalam kerjayanya akan diberi pengiktirafan seperti
Anugerah Khidmat Cemerlang. Pegawai mithali seperti ini boleh
dicontohi serta dinaikkan pangkat.
Manisnya Sabar
SEORANG yg berakal sabar ketika menempuh
segala kesulitan, tidak pernah mundur dalam
berusaha untuk mencapai cita-citanya -
MUSTHAPA AL-GHALYANI
http://sesucisekepinghati.blogspot.com/
7
4. Kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan boleh
dielakkan sekiranya setiap masalah disiasat, dianalisis serta diberi
pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan
dibuat.
5. Keutamaan sesebuah organisasi ditentukan oleh ketuanya. Walaupun
begitu seseorang pekerja yang sabar tidak bersungut bila keutamaan
organisasi berubah, malah terus berusaha melaksanakannya.
6. Salah satu sifat terpuji ialah mendengar dengan sabar sesuatu ucapan
bila berada dalam sebarang majlis dan tidak meninggalkan majlis
sebelum tamat.
http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/saintfranc193306.html
8
CONTOH AMALAN NEGATIF
1. Sifat pemarah melahirkan perilaku cepat mencari kesalahan dan
memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu
kecil sahaja.
2. Mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah seperti mengambil
dadah, minum arak dan berjudi akan mendatangkan kemudaratan.
3. Tanpa sifat sabar, seseorang akan rasa sukar dan lemah semangat bila
menerima cabaran besar dalam menjalankan tugas. Sifat lekas
mengalah menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti.
4. Memotong baris ketika beratur di kantin atau dewan makan.
5. Suka menonjol diri di khalayak ramai, misalnya, terlalu banyak
bercakap dalam mesyuarat.
6. Cepat membuat kesimpulan tanpa usul periksa apabila sesuatu
ekspektasi tidak tercapai.
7. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pujian dan
anugerah adalah contoh perbuatan yang tidak ikhlas.
Never run after a bus or a man. There
will always be another one.
9
TIPS CARA MELATIH KESABARAN KITA
MENGHADAPI PELBAGAI SITUASI
Setiap orang pasti ingin memiliki kesabaran yang tinggi. Tetapi bagaimana
caranya agar kita boleh bersabar ketika sedang menunggu teman yang
sudah membuat janji dengan kita tetapi teman yang kita tunggu tidak
datang-datang?
Untuk mencapai tahap kesabaran ada beberapa cara yang boleh dilakukan,
antara lain :
1. Berfikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita.
Anggap itu adalah ujian bagi kita dan semoga kita dapat melepasi ujian
tersebut. Apa yang kita fikirkan di dalam minda kita memang benar-benar
mempengaruhi tindakan kita. Apabila perkara yang difikirkan adalah baik,
maka kita cenderung melakukan perkara yang baik dan begitulah
sebaliknya. Inilah sebabnya mengapa Tuhan dengan murah hati
memberikan kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan.
Mengapa kita perlu menganggap sesuatu perkara buruk yang berlaku
kepada kita sebagai ujian? Hal ini mudah sahaja untuk difahami. Kita lihat
kehidupan kita sebagai pelajar. Setiap kali pensyarah memaklumkan tarikh
peperiksaan, semestinya kita sudah mula risau dan segera bertungkus
lumus untuk belajar. Ketika itulah kita akan sibuk mencari buku,
mengambil kelas tuisyen dan mengadakan perbincangan bersama rakan-
rakan agar kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kelak. Mana mungkin ada orang yang ingin gagal dalam peperiksaan?
Begitulah juga halnya dengan kesabaran. Anggaplah ia sebagai ujian
10
daripada Tuhan dan kita akan cuba melatih diri kita supaya sifat tersebut
terus subur dalam diri kita dan InsyaAllah kita akan mendapat ganj