safe kids malaysia - universiti putra malaysia · petronas, en dzafri (kanan). bawah: lawatan ke...

2
HANGAT: KPI JINM 2018 ISU DI DALAM EKSKLUSIF: LAWATAN DARI VP PETRONAS MENARIK: SAFE KIDS MALAYSIA PENGHAKUPAYAAN KOMUNITI MELALUI PENYELIDIKAN Kunjungan hormat Naib Presiden PETRONAS Oleh Azwan Kasad SERDANG Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM telah menerima kunjungan daripada Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran PETRONAS, En. Dzafri Sham Ahmad pada 10 Ogos 2018 yang lalu. Beliau telah dijemput sebagai tetamu di dalam satu sidang mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Siswazah, Jaringan Industri Dan Komuniti (TDSJ) FPSK, Profesor Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin. Pertemuan tersebut bertujuan bagi mewujudkan hubungan dua hala antara PETRONAS dan FPSK UPM. Antara jalinan kerjasama yang diharapkan adalah perkongsian kepakaran dan juga perkhidmatan di antara kedua pihak agar dapat dimanfaatkan khususnya oleh pelajar serta kakitangan UPM dan PETRONAS. Di dalam kunjungan singkat tersebut, Prof. Shamsul Bahri telah mengambil kesempatan menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak FPSK, ‘niche area’ fakulti dan bidang-bidang kajian yang dijalankan di FPSK. Perbincangan turut menyentuh isu kualiti graduan di dalam usaha mempertingkatkan dan memantapkannya, khususnya dari segi ‘soft skills’ dan Atas: Mesyuarat bersama TDSJ, Prof Shamsul Bahri (tengah) bersama VP Petronas, En Dzafri (kanan). Bawah: Lawatan ke makmal OSH. ‘interpersonal’ agar graduan FPSK dapat berdaya saing bukan sahaja di dalam pasaran temptan malahan di peringkat global. Diakhir kunjungan berkenaan, Prof Shamsul Bahri telah melahirkan harapan agar PETRONAS dapat membantu fakulti dari sudut kepakaran sumber manusia, meningkatkan kuota latihan industri pelajar, membuka dana geran penyelidikan dalam bidang berkaitan serta perkongsian pengalaman dan kepakaran bersama pensyarah dan pelajar FPSK melalui siri ceramah dan sebagainya. Halaman 1 ISU 1/2018 BULETIN JINM

Upload: others

Post on 02-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Safe Kids Malaysia - Universiti Putra Malaysia · Petronas, En Dzafri (kanan). Bawah: Lawatan ke makmal OSH. ‘interpersonal’ agar graduan FPSK dapat berdaya saing bukan sahaja

HANGAT: KPI JINM 2018

ISU DI DALAM

EKSKLUSIF: LAWATAN DARI VP PETRONAS

MENARIK: SAFE KIDS MALAYSIA  PENGHAKUPAYAAN KOMUNITI MELALUI PENYELIDIKAN

Kunjungan hormat Naib Presiden PETRONASOleh Azwan Kasad

SERDANG Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM telah menerima kunjungan daripada Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran PETRONAS, En. Dzafri Sham Ahmad pada 10 Ogos 2018 yang lalu. Beliau telah dijemput sebagai tetamu di dalam satu sidang mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Siswazah, Jaringan Industri Dan Komuniti (TDSJ) FPSK, Profesor Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin. Pertemuan tersebut bertujuan bagi mewujudkan hubungan dua hala antara PETRONAS dan FPSK UPM. Antara jalinan kerjasama yang diharapkan adalah perkongsian kepakaran dan juga perkhidmatan di antara kedua pihak agar dapat dimanfaatkan khususnya oleh pelajar serta kakitangan UPM dan PETRONAS. Di dalam kunjungan singkat tersebut, Prof. Shamsul Bahri telah mengambil kesempatan menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak FPSK, ‘niche area’ fakulti dan bidang-bidang kajian yang dijalankan di FPSK. Perbincangan turut menyentuh isu kualiti graduan di dalam usaha mempertingkatkan dan memantapkannya,  khususnya dari segi ‘soft skills’ dan 

Atas: Mesyuarat bersama TDSJ, Prof Shamsul Bahri (tengah) bersama VP Petronas, En Dzafri (kanan). Bawah: Lawatan ke makmal OSH.

‘interpersonal’ agar graduan FPSK dapat berdaya saing bukan sahaja di dalam pasaran temptan malahan di peringkat global.  Diakhir kunjungan berkenaan, Prof Shamsul Bahri telah melahirkan harapan agar PETRONAS dapat membantu fakulti dari sudut kepakaran sumber manusia, meningkatkan kuota latihan industri pelajar, membuka dana geran penyelidikan dalam bidang berkaitan serta perkongsian pengalaman dan kepakaran bersama pensyarah dan pelajar FPSK melalui siri ceramah dan sebagainya.

Halaman 1

I SU 1 / 20 1 8

BULETIN  JINM

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Page 2: Safe Kids Malaysia - Universiti Putra Malaysia · Petronas, En Dzafri (kanan). Bawah: Lawatan ke makmal OSH. ‘interpersonal’ agar graduan FPSK dapat berdaya saing bukan sahaja

Buletin JINM FPSK . ISU 1/2018

Halaman 2

Safe Kids Malaysia 

31 Julai 2018, Safe Kids Malaysia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menerima delegasi dari Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pelajaran Malaysia. Delegasi dari program Southeast Asian Scholars For Higher Education Leadership (SEASHEL): Translational Research For Community Empowerment, Inspirational Leaders and Industrial Experiences terdiri dari 20 orang penyelidik muda dari IPTA di Malaysia dan Thailand. Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia telah diminta oleh pihak AKEPT, KPM untuk berkongsi kejayaan program Penyelidikan Peralihan (Translational Research) kearah Penghakupayaan Komuniti (Community Empowerment). Pihak Safe Kids Malaysia UPM telah memilih dua projek induk (flagship program) yang telah melalui proses dari penyelidikan kearah pembangunan dan perlaksanaan intervensi dan akhirnya penilaian keberkesanan intervensi tersebut.  Beliau mengalakkan penglibatan penyelidik muda dalam bidang translational research untuk kesejahteraan komuniti sejagat. 

Program Safe Kids Malaysia UPM ini unik kerana ia berjaya memindahkan ilmu pengetahuan dari penyelidikan kearah kesejahteraan komuniti dengan membangunkan dan mengimplimentasi intervensi baru sebagai penyelesaian (solution) dan ia melalui proses penilaian untuk mengukur keberkesanan intervensi yang diperkenalkan. Jika ia berkesan, maka tahap seterusnya ialah ia berkeupayaan untuk diperkenalkan kepada lebih banyak komuniti baru yang lain. Profesor Madya Dr. Kulanthayan KC Mani (Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia UPM) telah menyampaikan taklimat dan penerangan kepada pegawai akademik muda IPTA Malaysia dan Thailand. Beliau menceritakan kejayaan Inisiatif Penggunaan Topi Keledar Kanak-Kanak dimana ia telah mendapat tiga pengiktirafan antarabangsa – Anugerah FedEx International Road Safety (April 2017), Excellence in Communication Award di Baltimore, USA (Julai 2017) dan Prince Michael International Road Safety Award di London, UK (Disember 2017). 

FPSK UPM Pejabat Timbalan Dekan Siswazah dan JINM dengan kerjasama Timbalan Pengarah CiRNET, Professor Cheah Yoke Queen telah mengadakan Klinik ICRIS bertempat di Makmal Komputer, FPSK pada 12 Julai 2018 yang lalu. Klinik ICRIS ini telah berjaya membantu ketua projek JINM terdiri dari kalangan pensyarah FPSK dalam membuat dan memuatnaik laporan ke dalam sistem ICRIS. Menurut laporan KPI JINM semasa (Q2), jumlah pencapaian JINM FPSK yang telah dilaporkan adalah masih ditahap kurang memuaskan. Oleh itu, pejabat TDSJ secara aktif membuat pemantauan dan pelbagai aktiviti serta galakkan agar KPI JINM FPSK dapat ditingkatkan mengikut sukuan tertentu.

KPI JINM FPSKKlinik ICRIS bantu ketua projek membuat laporan

Program penghakupayaan komuniti melalui penyelidikan peralihan bagi penyelidik muda IPTA  Oleh Profesor Madya Dr. Kulanthayan KC Mani

Atas: Pengarah Safe Kids Malaysia bersama Dekan FPSK dan pegawai akademik muda. Bawah: Taklimat dan penerangan kepada pegawai akademik muda IPTA Malaysia dan Thailand oleh Pengarah Safe Kids Malaysia.

Sesi taklimat Klinik ICRIS bersama Tim. Pengarah CiRNET.