saat sayang bertaut

11
Saat Sayang Bertaut By: Bro Muhamad Na’im (jacknaim) Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team (MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana “Islam itu Mudah dan Fitrah” ******* Alang menyedut rokok daun sedalam-dalamnya sambil bersandar di dinding rumahnya yang di perbuat dari buluh. Seketika kemudian, asap rokok itu dihembus keluar dari rongga pernafasannya. Asap yang pada mulanya berkepul-kepul itu akhirnya menipis di udara dan akhirnya menghilang. Isterinya Tina sedang menyental pucuk ubi kayu yang baru di rebusnya bagi menyediakan lauk tengah hari mereka. Sambil menghancurkan pucuk ubi itu, dia merebus pula terung manggoi untuk dimasak bersama pucuk ubi nanti.

Upload: ar-muhamad-naim

Post on 26-May-2015

658 views

Category:

Spiritual


0 download

DESCRIPTION

Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team (MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana “Islam itu Mudah dan Fitrah”

TRANSCRIPT

Page 1: Saat sayang bertaut

Saat Sayang Bertaut By: Bro Muhamad Na’im (jacknaim)

Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi

USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team

(MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program

kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana

“Islam itu Mudah dan Fitrah”

*******

Alang menyedut rokok daun sedalam-dalamnya sambil bersandar di dinding rumahnya yang

di perbuat dari buluh. Seketika kemudian, asap rokok itu dihembus keluar dari rongga

pernafasannya. Asap yang pada mulanya berkepul-kepul itu akhirnya menipis di udara dan

akhirnya menghilang.

Isterinya Tina sedang menyental pucuk ubi kayu yang baru di rebusnya bagi menyediakan

lauk tengah hari mereka. Sambil menghancurkan pucuk ubi itu, dia merebus pula terung

manggoi untuk dimasak bersama pucuk ubi nanti.

Page 2: Saat sayang bertaut

Dia menghalakan wajahnya ke muka pintu. Terik mentari menyinari wajahnya. “Masih belum

sampai lagi anak-anak. Sudah tengah hari! Mungkin petang nanti mereka sampai.”

“Tak sabar sungguh apak menunggu anak! Bukan kah jauh jarak perjalanan. Sabar saja. Nanti

sampai lah mereka.” Isterinya pula membalas.

“Iyalah Tina.” Rokok yang dihisapnya tadi sudah pun habis. Dia melontarkan puntung rokok

melalui jendela rumahnya. Otaknya ligat memikirkan saat kedatangan sebuah land cruiser

kepunyaan ABIM beberapa hari yang lampau.

Kata mereka, ada sekumpulan anak-anak pelajar dari Universiti Sains Malaysia Kubang

Kerian ingin datang ke kampung mereka untuk program anak angkat dan membuka klinik

bergerak bagi merawat kesakitan orang kampung.

Tentu sahaja Alang berasa gembira apabila ditawarkan untuk menerima anak angkat.

Masakan tidak, perjalanan dari Kuala Betis dan Tohoi ke Pos Simpor mengambil masa selama

hampir empat jam dengan menaiki Hillux atau Land Cruiser. Laluan yang menggunakan jalan

balak itu cukup mencabar sekali kerana sempit. Ada bukit yang hampir sahaja menegak dan ia

cukup berbahaya sekali untuk dinaiki. Andai tidak bernasib baik, akan ada sahaja tanah runtuh

yang berlaku.

Alang berdoa pada roh nenek moyangnya agar hari tidak hujan kerana dia tahu bahawa jalan

ke Simpor pasti tidak dapat dilalui jika hujan. Tanahnya terlalu licin dan kenderaan bisa

sahaja terbabas ke dalam gaung dalam di tepi laluan balak itu.

Di sebalik kegembiraannya, Alang berasa bimbang juga. Takut kalau-kalau dia tidak mampu

menyediakan layanan terbaik buat anak-anak angkat mereka nanti. Dia masih teringat bahawa

dua tahun dahulu, ada juga rombongan orang luar datang untuk program anak angkat. Dia

sedikit berasa hati apabila anak-anak angkat tidak mahu menjamah makanan yang dimasak

Tina. Biarpun mereka memberi alasan tidak lapar atau sudah makan di Surau, tetapi bagi

orang asli, mereka sedikit terhina jika makanan yang dihidang tidak disentuh tetamu.

Mungkin juga orang luar berpandangan bahawa mereka kotor dan masakan mereka tidak

sedap. Takut juga andai mereka berpandangan bahawa makanan mereka tidak ubah seperti

makanan cuak (anjing).

Page 3: Saat sayang bertaut

Selain itu, dia juga tertanya-tanya apa motif mereka ingin bertandang ke Simpor. Tambahan

pula mereka datang bersama ABIM yang selalu datang berdakwah untuk mengajak mereka

memeluk Islam.

Beberapa tahun dulu, ada pendakwah yang entah dari kumpulan mana datang ke Simpor

untuk berdakwah. Kata mereka, Islam agama yang betul dan diterima oleh TUHAN. Bukan

Alang tidak mahu menerimanya, tetapi dia sayang akan adat sewang tinggalan nenek

moyangnya. Kalau jadi Islam nanti, sudah tidak boleh bersewang untuk tujuan menghantar

dan memanggil roh hutan.

Tambahan pula, pakaian pendakwah itu yang berjubah membuatkan dia berfikir bahawa

itulah pakaian yang harus dipakainya nanti. Bagaimana dia ingin memburu tupai di hutan atau

memanjat pokok untuk mengambil madu andai terpaksa memakai pakain tersebut.

Bolehkah juga dia menjalankan ibadat orang islam seperti bersembahyang sebanyak lima

waktu.

Ah. Kalau anak angkat datang nanti, aku tipu sahaja mereka dengan mengatakan bahawa aku

sudah Islam. Tentu mereka tidak akan bercerita panjang tentang agama padanya nanti.

“Alang. Mari makan nasi dulu. Nanti sejuk tidak sedap.” Panggilan Tina menghentikan

lamunannya.

“Kamu panggil Andak, Hitam dengan Betty makan sekali.” Arah Alang pada isterinya agar

membawa anak-anak mereka makan bersama.

Mereka cukup berselera sekali menjamah hidangan tengah hari itu. Bagi mereka, hidangan

nasi dengan sayur pucuk ubi campur terung manggoi bersama dengan Ikan Tengas goreng

sudah cukup mewah. Dua pinggan nasi boleh habis dalam masa yang cukup sekejap sahaja.

Selesai makan, Alang berehat di ruang tamu. Hasratnya untuk ke hutan bagi mencari Tongkat

Ali dan kacip fatimah dibatalkan sahaja kerana menunggu ketibaan anak angkat mereka.

*******

Matahari sudah mula menyembunyikan diri sewaktu Amat datang menurutnya di rumah. Kata

Amat, anak-anak angkat sudah datang dan mereka mesti berkumpul di dewan untuk sesi

penyerahan anak angkat. Seramai 11 keluarga dari 22 keluarga penduduk Simpor bersetuju

untuk menerima anak angkat. Hanya keluarganya dengan Amat yang bukan beragama Islam.

Page 4: Saat sayang bertaut

Penduduk lain pula enggan menerima anak angkat kerana risau kedatangan mereka adalah

untuk memaksa mereka memeluk Islam.

Alang dan Tina bergegas turun dari rumah mereka untuk menuju ke dewan yang terletak

sejauh kira-kira lima minit perjalanan. Andak dan Hitam dari tadi lagi tiada dari rumah.

Mungkin mereka bermain di sungai. Betty yang baru berusia setahun itu pula dikendong oleh

isterinya.

Di dewan, kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula memenuhi kawasan sekitar. Lima

buah land cruiser, sebuah lori dan empat buah land rover disusun dengan kemas di tepi

dewan. Kenderaan itu membawa sejumlah 36 orang peserta. 30 pelajar USM dan 6 orang ahli

ABIM.

Ayah Man yang merupakan wakil dari ABIM memanggil semua keluarga angkat dan pelajar

USM untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi pembahagian anak angkat. Majlis berlangsung

dengan sederhana tetapi meriah dengan sorakan dan tepukan tangan dari para hadirin yang

begitu teruja sekali kerana mendapat keluarga baru.

30 minit kemudian, majlis tamat dan tibalah masa untuk anak-anak angkat berkunjung ke

rumah keluarga angkat masing-masing. Alang mendapat tiga orang anak angkat, dua

perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka bergegas pulang ke rumah. Anak-anak

angkatnya pula membimbit sedikit buah tangan berupa teh, biskut dan gandum.

*******

“Bagaimana perjalanan anak-anak tadi? Seronok tak?” Tegur Alang sewaktu mereka bersila

di ruang tamu. Tina pula sedang membancuh air kopi sambil di bantu oleh Syakira yang

merupakan salah seorang peserta program.

“Satu pengalaman baru Apak. Kali pertama datang sini. Teruja sangat-sangat.” Jawab Anas.

“Cantik pemandangan sepanjang laluan datang sini. Bukit bukau yang cantik, pepohon yang

menghijau dan burung pelbagai warna yang berterbangan bebas. Sungguh menakjubkan

Apak. Udaranya juga segar dan jauh dari kesibukan bandar.” Sambung Shahila pula.

“Iya Apak. Betul tu. Empat jam naik land cruiser. Jalannya yang berlubang-lubang dan

berdebu itu sungguh mencabar. Ada masa kami semua terpaksa berjalan kaki sebab kudrat

Page 5: Saat sayang bertaut

kenderaan tidak kuat untuk mendaki bukit. Tadi sahaja, sebiji land cruiser kami terbalik.

Nasib baik semua selamat.” Anas pula semakin bersemangat untuk bercerita.

“Minum kopi dulu. Lepas tu sambung cerita lagi.”Tina bersuara dari dapur sambil berjalan

dengan membawa air kopi. Syakira pula membawa sepinggan biskut kering yang dibawa

mereka tadi.

“Terima kasih amek. Mesti sedap kopi yang Amek buat ni. Sayang Amek.” Usik Anas dengan

manja. Tina tersenyum mendengar pujian tersebut. Memang orang asli suka di puji.

Senyuman mereka melebar hingga ke telinga jika dipuji oleh orang luar.

Anas mengirup kopinya dan memuji berkali-kali rasa kopi tersebut. Alang hanya tersenyum

melihat telatah anak angkatnya itu. Dia sudah menganggap anak-anak angkat nya itu seperti

anak kandung sendiri. Sayang sudah pun bertaut pada mereka semua. Dia gembira dengan

kemesraan anak-anaknya itu.

“Tidur sahaja di rumah Apak malam nanti.”

“Wah seronoknya kalau macam tu.” Jawab Anas.

“Tapi sayang kan Anas. Kami tidur di Surau aja Apak. Sebabnya banyak lagi program.

Tambahan pula, senang untuk kami melakukan perbincangan apa-apa nanti.” Syahila pula

membalas dengan wajah sedih.

“Iya lah apak. Apak jangan salah faham pula! Bukan kami tak sudi. Nanti esok pagi-pagi lagi

kami datang rumah Apak.”

“Malam ni ada program apa? Tanya Amek pula.”

“Erm, malam ini kami akan solat maghrib dan Isyak. Antaranya pula ada ceramah dari ustaz.

Lebih kurang jam sembilan malam, ada makan-makan. Nanti saya datang jemput Amek

dengan Apak bila kami sudah mula makan.” Terang Anas dengan panjang lebar.

“Oh. Tak perlu susah-susah Anak. Nanti apak dengan amek pergi terus sahaja. Boleh bawa

adik-adik sekali tak?” Soal Apak pula.

“Eh mesti la boleh Apak. Tak kan tak boleh pula. Tapi, takut Apak terasa pula sebab nanti

kami bercerita tentang Islam.”

Page 6: Saat sayang bertaut

“Tak apa, kami juga mahu dengar apa yang dicakap oleh Ustaz nanti.”

*********

Alang terjaga dari tidur nya cukup awal sekali. Matahari masih belum naik dan kegelapan

masih menyelubungi perkampungan Simpor. Entah mengapa dia merasakan seolah-olah ada

satu getaran pada dirinya. Dari jauh, sayup-sayup kedengaran bunyi azan dari Surau. Sudah

dua tahun azan tidak berkumandang di Surau walaupun ada penduduk yang beragama Islam.

Maklumlah mereka tidak tahu langsung untuk bersolat. Islam mereka hanya pada nama

sahaja.

Entah mengapa hatinya berasa sayu. Dia tidak faham akan maksud seruan azan itu. Tapi, ia

begitu menggetarkan jiwanya. Dadanya berombak menahan sebak. Mungkinkah sesuatu akan

berlaku. Bicara ustaz tentang keindahan islam pada malam tadi juga turut menarik minatnya

dan isteri.

Dia turun dari rumah dan berjalan pantas menuju ke surau. Dalam kegelapan malam, dia

duduk membatu sambil matanya liar memerhati kelakuan pengunjung dari USM menjalani

ibadat solat mereka. Usai solat, kelihatan anak angkatnya memberikan tazkirah kepada para

hadirin.

Sahabat yang disayangi. Ingatlah kedatangan kita ke sini adalah untuk memberi kasih sayang

kepada keluarga orang asli di sini. Di samping itu, kita ingin merasai pengalaman baru

dengan mengikuti aktiviti harian mereka. Selain itu, jangan kita lupa untuk mengajar

keluarga yang sudah islam tentang cara-cara bersolat. Bagi yang mendapat keluarga angkat

bukan Islam, jangan pula kalian memaksa mereka memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yang

dilarang dalam agama. Berkasih sayanglah dengan mereka kerana TUHAN sukakan

perbuatan ini.

Alang terdiam mendengar ucapan anaknya itu. Sangkaan dia meleset. Rupanya, mereka bukan

datang untuk memaksa mereka memeluk islam tetapi untuk merasai kehidupan di kampung

orang asli. Dia berasa insaf dengan sangkaan buruknya itu.

********

“Selamat pagi apak, Amek.” Kedengaran suara ketiga-tiga anak angkat Alang dan Tina

memecah kesunyian pagi. Kopi dan Ubi Pesaud telah pun disediakan awal-awal bagi

menyambut kedatangan anak-anak mereka. Mereka sudah diberi taklimat oleh Amat bahawa

Page 7: Saat sayang bertaut

anak-anak angkat akan menghabiskan masa selama tiga hari untuk mengikuti aktiviti keluarga

angkat. Di hari terakhir mereka di sini, mereka akan membawa para doktor untuk memeriksa

kesihatan mereka.

Alang sudah pun mengasah tajam-tajam parangnya kerana ingin membawa anaknya mencari

herba di hutan. Jika bernasib baik, mereka akan menemui tongkat Ali, kacip fatimah, bunga

pakma dan kulat yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ubat-ubatan itu akan diberi

sebagai buah tangan kepada anak-anaknya itu.

“Masuk dulu Anak-anak. Minum kopi dan makan ubi pesaud.” Laung Tina dari dapur.

Ketiga-tiga mereka pantas naik ke rumah sambil membawa makanan lagi. Ada beras, daging,

sardin dan telur. “Wah, kemarin sudah bawa makanan.” Tegur Tina lagi.

“Itu kemarin Amek. Ini untuk buat masak hari ni. Nanti kita makan bersama-sama.” Ujar

Syakira.

Tina hanya tersengih. Sementara itu, anak-anak yang lain sudah pun mula menjamah sarapan

pagi.

“Apak nak pergi mana nanti? Saya mau ikut?” bicara Anas walaupun mulutnya masih berisi

ubi.

“Hari ini bapak mahu pergi cari akar kayu di hutan. Mahu ikut?”

“Eh mesti la apak. Nak rasa kehidupan di hutan.”

“Kami pun nak pergi juga.” Sampuk Shahila pula.

“Eh tak apa ke anak-anak perempuan pergi?”

“Tak apa. Kami ni kuat apak.” Jawab Syakira bersungguh-sungguh.

********

“Cantik sungguh langit tu ye Apak. Cat nya sungguh cantik sekali. Hebat betul Tuhan

mencipta langit itu. Tidak pernah warna cat itu luntur. Cat di dewan yang baru berusia

beberapa tahun itu pun sudah pudar. Paling hebat apabila langit tidak bertiang. Hebat betul

TUHAN yang mencipta langit tersebut.” Anas memecahkan kesunyian sewaktu mereka

sedang berehat setelah selesai mencabut dua batang pokok tongkat ali.

Page 8: Saat sayang bertaut

Alang tersentap mendengar kata-kata tersebut. Hatinya berdebar lagi. Kata-kata anaknya itu

memang benar sekali. Hebat sungguh pencipta langit tersebut.

“Hutan yang luas ini pula penuh dengan hasil hutan yang mujarab seperti tongkat ali, kacip

fatimah dan lain-lain. Banyak pula haiwan yang diburu. Semuanya untuk kita! Banyak

sungguh nikmat yang TUHAN berikan ini.” terang Anas lagi.

Alang mengakui di dalam hati akan kebenaran kata-kata anaknya itu. Entah mengapa, hatinya

dirasakan cukup lembut sekali mendengar tutur bicara Anas. Mungkinkah kerana kasih

sayang mereka sudah bertaut.

“Anak, jom pulang, dah banyak akar kayu kita dapat. Balik tolong Amek masak pula. Nanti

boleh makan sama-sama.” Kata Alang.

***********

“Apak! Saya ada benda nak minta izin apak.” Tegur Anas perlahan sewaktu mereka berehat di

ruang tamu. Syakira dan Syahila pula sedang membantu amek memasak di dapur.

“Ada apa anak?” sampuk Alang pula.

“Kami nak minta izin untuk bersembahyang di rumah apak boleh? Kami semua beragama

Islam. Jadi kami kena sembahyang untuk mengingati TUHAN dan berterima kasih

padaNYA.”

“Eh. Tak apa ke sembahyang di rumah Apak?”

“Tak apa punyalah Apak.”

“Sembahyang aja kalau macam tu. Lepas sembahyang kita makan.”

Alang mengambil pisau dan menajamkan batang bertam yang dikerat sebesar lidi bagi

dijadikan peluru sumpit. Sambil itu matanya sesekali dikerling pada perbuatan anak-anaknya

yang sedang solat di ruang tamu. Perbuatan itu menarik minatnya walaupun dia tidak faham

akan perbuatan tersebut.

Selesai bersolat, Anas membaca pula doa dalam bahasa melayu dengan sedikit kuat. Syakira

dan Syahila pula khusyuk mendengar doa Anas.

Page 9: Saat sayang bertaut

“Ya Allah. Aku bersyukur padaMU kerana menemukan aku dengan Apak dan Amek. Kami

sayang dengan Apak dan Amek kami. Ya Allah, engkau limpahkanlah rezeki untuk mereka.

kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka. Jauhkan mereka dari bahaya dan engkau

sayangi mereka seperti mana kami menyayangi ibu-bapa kandung kami. Ameen.”

Air mata Alang bercucuran jatuh sewaktu mendengar bait-bait doa yang diucapkan oleh

anaknya itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya itu berdoa dengan TUHAN nya

untuk keselamatan dan kesejahteraan orang asli kafir sepertinya. Hatinya semakin kagum

dengan agama islam.

“Apak jom kita makan.” Ajak Anas pada apaknya. Alang segera menyembunyikan wajahnya

kerana tidak mahu anaknya melihat dia menangis. Dia tidak mahu hal tersebut diketahui

anaknya.

Mereka segera menikmati makan tengah hari dengan penuh berseleranya. Alang berasa

gembira sekali kerana anak-anak angkat barunya ini tidak berasa geli untuk makan di rumah

mereka. Tentu sekali dia berasa teruja apabila melihat Anas menambah nasi. Syakira dan

Syahila pula makan lauk dengan berselera sekali. Alang tahu, perempuan tidak makan

banyak. Oleh itu, dia sudah gembira hanya dengan melihat anak perempuannya itu makan.

Usai makan, Alang bertanyakan sesuatu pada anaknya. Dia ingin tahu mengapa ada

sesetengah orang luar yang tidak mahu makan di rumah orang Asli.

Anas hanya tersengih dan memberitahu bahawa kemungkinan besar mereka takut sekiranya

pinggan yang digunakan untuk makan itu juga digunakan untuk mengisi babi.

Alang ketawa berdekah-dekah mendengar kenyataan Anas itu. Anas pula pelik melihat

gelagat Apaknya itu. Adakah jawapan yang diberinya itu silap.

“Kamu tak perlu risau itu semua. Orang asli memang makan babi. Tapi bukan senang mahu

makan babi tau.”

Anas mendengar dengan penuh minat. Walaupun dia teruja, tapi dia cukup berhati-hati untuk

tidak memotong percakapan apak nya itu. Maklumlah, orang asli kurang suka andai

percakapan mereka di potong.

“ Bukan semua orang asli boleh makan babi. Hanya orang lelaki sahaja yang boleh makan. Itu

pun mereka tak boleh makan di rumah. Harus di makan jauh di kebun atau hutan. Bekas yang

Page 10: Saat sayang bertaut

digunakan untuk makan babi pula biasanya dibuat dari buluh dan dibuang. Ini kerana, bekas

tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Selain itu ada banyak lagi pantang kalau nak

makan babi. Contohnya kalau sakit atau isteri melahirkan anak kecil, mereka tidak dibenarkan

untuk memakan babi. Orang wanita pun tak boleh makan babi, begitu juga anak-anak yang

belum cukup umur.”

Ketiga-tiga mereka terkejut mendengar cerita Alang. Maklumlah, itu merupakan suatu yang

betul-betul baru buat mereka.

***********

Masa berlalu dengan cukup pantas sekali dan akhirnya tiba lah masa untuk mereka berpisah.

Alang dan Tina berasa terlalu sedih dan tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak-

anak mereka. Beberapa hari bersama mereka cukup bermakna. Selain mencari akar kayu,

mereka juga ke sungai untuk menangkap ikan dan ke hutan untuk menjerat burung. Burung

yang diperolehi akan disembelih oleh anaknya dan mereka akan makan bersama-sama.

Selain itu, mereka juga memasak untuk anak-anak mereka dengan menggunakan buluh. Ada

nasi, ubi dan juga sayur. Bau harum dari buluh menambahkan lagi selera anak-anak mereka

untuk makan. Hati mereka benar-benar terhibur sekali.

Sewaktu doktor datang, mereka dilayan dengan begitu baik sekali dan diberi ubat-ubat

panadol dan cirit birit yang sangat diperlukan mereka.

Paling menyedihkan apabila Anas datang memeluknya untuk mengucapkan terima kasih atas

layanan darinya. Sepanjang berada bersama mereka, anak-anak cukup rajin sekali membantu

dia dan Tina. Walaupun mereka beragama Islam. Tidak pernah pula mereka memaksa dia dan

isterinya memeluk islam.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak angkat begitu menyentuh hati mereka. Dalam

pelukan erat Anas, Alang akhirnya berbicara. Satu perasaan yang sudah terbuku di hatinya itu

perlu diluahkan agar tidak terus memakan dirinya.

“Apak mahu masuk Islam yang menjadi agama anak.”

Anas terkejut walaupun hatinya bersyukur. Tidak disangka bahawa kedatangan mereka

membuka pintu hidayah buat Apaknya itu. Dia tidak menaruh harapan besar agar apaknya

memeluk islam dan bersolat. Baginya cukuplah jika apaknya mempercayai tauhid seperti

Page 11: Saat sayang bertaut

mana yang digariskan dalam surah Al-Ikhlas. Dan kenyataan apaknya itu cukup

mengharukannya. Di saat mereka ingin pulang, sayang yang bertaut semakin memuncak

hingga menyentuh hati pasangan yang berada jauh dalam hutan itu untuk memeluk Islam.

Anas, Syakira dan Syahila menangis kerana terharu dengan keputusan yang dibuat oleh

keluarga angkat mereka itu. Benarlah kasih sayang itu merupakan senjata yang cukup berbisa

sekali untuk menyentuh hati-hati manusia. Di saat sayang bertaut, pasti seribu keajaiban akan

berlaku. Dan ini adalah keajaiban yang paling berharga sekali.

--TAMAT--