ebook - mudahnya jual produk kurang 7 saat

22
www.mantrapersuasion.com (Penyebaran maklumat dalam ebook ini tanpa keizinan pemiliknya adalah 100% haram dan salah di sisi undang-undang harta intelek)

Upload: azmi-sabri

Post on 27-Dec-2015

177 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Mudahnya Jual Produk Kurang 7 saat

TRANSCRIPT

www.mantrapersuasion.com

(Penyebaran maklumat dalam ebook ini tanpa keizinan pemiliknya adalah 100% haram dan salah di sisi undang-undang harta intelek)

Takluk Manfaat Produk Dar: Meja hitam, Macbook Air insan yang bernama

Aqif Azizan.

Apabila pembeli bertanya, "Kamu jual produk apa?"

Biasanya jawapan si penjual yang jahil adalah, "Saya jual produk kesihatan ABC."

... Lebih sedih, apabila pembeli memberikan respon negatif seperti:

• Oh, • Hmm,

• Baik, terima kasih, • Dan sebagainya.

Kita meradang. Kita marah dengan respon mereka. Hakikat yang sebenarnya adalah skrip jualan yang kita gunakan 100% SALAH dan RUGI.

Rugi kerana gagal menarik perhatian pembelian untuk jadi ghairah dan teruja.

Rugi kerana gagal membuatkan pembeli mahu cepat-cepat berikan duit itu kepada kita.

... Ini tabiat si penjual jahiliah. Yakni penjual yang tidak berilmu.

Untuk mengatasi masalah ini. Formulanya adalah TAKLUK KEBAIKAN PRODUK.

Kita tahu, kenal pasti dan mempunyai skrip yang jelas untuk menakluk perhatian pembeli dalam tempoh 3 saat pertama.

... Persoalannya. Kenapa 3 saat?

Sebab ia adalah jangka masa yang pembeli kita akan berikan perhatian. Selepas 3 saat, kita sudah tahu keputusannya ada dua sahaja:

• Gagal jual. • Berjaya jual dan dapat WANG BESAR.

Gagal menjual bermakna gagal dapatkan duit. Lebih teruk, kita gagal selesaikan masalah yang pelanggan hadapi.

Jadi, bagaimana untuk takluk kebaikan produk?

Ini bukan teknik sebarangan. Ia bakal ubahsuai skrip kita apabila bercakap dengan pelanggan, dalam tempoh kurang 10 saat.

Pecahan teknik-tekniknya adalah seperti berikut:

1. Produk ajaib. 2. Kenal pasti peluru manfaat. 3. Hidangkan perkataan kurang 9 patah kata.

Teknik #1 - Produk Ajaib Ini adalah peraturan keramat dalam segala teknik jualan yang berkesan. Produk ajaib bermaksud:

"Produk yang kita yakin dan percaya, bahawa ia pasti berikan manfaat serta selesaikan masalah pengguna."

Jika produk yang kita jual berlandaskan mahu kaut untung semata-mata, tanpa mempunyai elemen keramat seperti di atas, maka teknik ini dijamin tidak akan berjaya.

Kerana teknik ini tertumpu pada dua jenis duit:

• Duit dunia - Kita mahu vakum kekayaan di dunia menerusi duit yang pelanggan berikan.

• Duit akhirat - Kita mahu vakum kekayaan di akhirat menerusi pahala yang diperoleh, apabila kita berjaya membantu pelanggan selesaikan masalah yang mereka hadapi..

Jangan baca teknik kedua sekiranya langkah pertama masih belum selesai.

Kaji dan pastikan produk kita benar-benar dapat membantu para pelanggan, untuk selesaikan masalah mereka.

Baru hidup tenang, jualan senang dan rezeki cepat masuk berkali-kali.

Teknik #2 - Kenal Pasti Peluru Manfaat

TAHNIAH.

Kerana sudah berjaya mempunyai produk yang jelas manfaatnya. Kini tiba masanya untuk kita kenal pasti peluru-peluru kebaikan, yang dapat ditembak kepada para bakal pelanggan.

Teknik kedua ini menjurus kepada teknik untuk membuatkan mereka respon dengan segera, terhadap produk yang kita jual.

Namun begitu, tidak semestinya SEMUA orang akan respon. Kerana tidak semua orang mahu beli produk kita. Justeru itu, pastikan kita jawab soalan berikut terlebih dahulu:

Pembeli produk saya adalah ___________________________.

(Contoh: Pembeli produk saya adalah wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 25 tahun, yang ingin

mendapatkan pertolongan untuk turunkan berat badan mereka sehingga 5 kg dalam tempoh kurang 30 hari).

Lebih spesifik, lebih langsi. Kerana setiap olahan perkataan akan jadi terjemahan skrip jualan yang bombastik dan responsif menerusi teknik yang ketiga.

Selepas selesai kenal pasti siapa pembeli produk, langkah seterusnya adalah:

"Kenal pasti peluru-peluru manfaat yang terkandung dalam produk itu."

... Caranya mudah. Pecahkan dua maklumat yang tidak seimbang iaitu:

1. Ciri (Features). 2. Peluru manfaat (Benefits-Bullet).

Sebagai contoh, kita jual produk kesihatan ABC. Dua pecahan maklumat adalah seperti berikut:

Ciri Peluru Manfaat

33 jenis multi-vitamin yang ditanam di tempat

yang dijamin bersih.

Membantu meningkatkan tenaga dalam tempoh

kurang 5 minit, menerusi 33 bahan campuran yang

halal dan selamat.

Mempunyai 17 jenis tanaman daripada acerola

cherry, alfalfa, citrus bioflavonoids dan

sebagainya.

Membantu kenyangkan perut sepanjang hari,

tanpa perlu seksakan diri untuk diet.

... Perbezaan besar di antara ciri dan peluru manfaat adalah indeks kefahaman pembeli. Jurujual jahil sentiasa gunakan pendekatan sembang-sembang ciri.

Yang membuatkan si pembeli jelik dan bosan terhadap mesejnya.

Pilih peluru manfaat yang benar-benar dapat membuatkan pembeli faham. Lagi cepat mereka faham, lagi cepat mereka berikan duit kepada kita.

Terangkan ciri sebenarnya cara sembang jurujual yang suka buang masa.

Kerana mereka sanggup berpenat lelah semata-mata untuk membuatkan si pembeli terus menerus tidak faham, tentang produk yang kita mahu jual.

Teknik #3 - Hidangkan Perkataan Kurang 9

Patah Kata Buat pelanggan terbeliak mata dan tertanya-tanya. Ini fungsi teknik ketiga.

... Apa yang kita mahu lakukan adalah menghidangkan skrip jualan yang berulang-ulang, supaya jualan berlaku berkali-kali tanpa perlu sebarang paksaan.

Kita tidak mahu paksa mereka. Tetapi kita mahu si pembeli atau pelanggan yang sibuk-sibuk mahu kita terangkan tentang produk yang kita mahu jual. Cara untuk laksanakan skrip ini adalah seperti berikut:

• Tulis skrip kurang 9 perkataan.

• Tulis 3 skrip jualan.

Tulis Skrip Kurang 9 Perkataan

Lagi pendek skrip, lebih baik. Seperti kata pakar pengiklanan iaitu David Ogilvy, "Apabila kita berjaya kuasai si pemerhati iklan dalam tempoh yang singkat, ini bermakna kempen iklan kita berjaya secara total."

Maka strukturkan skrip jualan kita kurang dari 9 patah kata mulai hari ini. Kita ambil contoh produk kesihatan ABC.

Skrip yang boleh kita hasilkan untuk dicerita kepada pelanggan adalah seperti berikut:

"Saya bantu orang untuk turun berat 5 kg kurang 30 hari."

"Saya bantu orang untuk hidup lebih bertenaga setiap pagi."

"Saya bantu orang untuk hidup kenyang dengan pil ajaib."

Tulis 3 Skrip Jualan ... Kenapa tiga? Sebab tidak semua skrip berkesan untuk semua orang. Kita hasilkan tiga skrip untuk tatapan pelbagai jenis pembeli yang kita jumpa.

Jurujual yang hebat sentiasa mempunyai skrip jualan berpengaruh yang pelbagai.

Oleh yang demikian, sila isi skrip jualan di sini:

Skrip Jualan Berpengaruh #1

Saya bantu __________________________________________.

Skrip Jualan Berpengaruh #2

Saya bantu ___________________________________________.

Skrip Jualan Berpengaruh #3

Saya bantu __________________________________________.

Bonus Halimunan Teknik SMTW

Jurujual-jurujual jahil jarang ketahui teknik ini. Ia adalah teknik yang meningkatkan prestasi dan potensi, supaya pelanggan berkata,

"Ya. Ini duitnya. Saya suka mahu berikan kepada kamu."

Ia adalah simbolik kepada teknik SMTW.

Yang membawa maksud:

• S - Show. • M - Me.

• T - The.

• W -Way.

Prinsip teknik ini adalah menunjukkan jalan atau langkah demi langkah untuk pembeli memberikan duit kepada kita.

Caranya adalah semudah:

"Tuan ______. Sila lakukan pembayaran sebanyak RM__ ke akaun bank __________. Selepas itu hubungi saya di __________. Untuk saya hantarkan produk itu

kepada tuan."

Seorang jurujual yang hebat berkongsi,

"Apabila pelanggan tidak mempunyai sebarang arahan pembelian. Maka besar kemungkinan mereka akan

totak tawaran."

Oleh yang demikian, strukturkan langkah demi langkah sebaik sahaja pelanggan menunjukkan minat untuk membeli produk kita.

LANGKAH #1

_____________________________________________

LANGKAH #2

_____________________________________________

LANGKAH #3

_____________________________________________

Tiga langkah sudah memadaikan. Jika lebih, pelanggan akan rasa susah untuk melakukan pembelian.

Emosi 'susah' ini akan membuatkan pembelian mereka terbatal.

Sumpah! Teknik Ini Tidak Berkesan

Selesai sudah menuntut ilmu.

Jangan buang masa. Pergi selesaikan tanggungjawab serta merta. Jika sekadar mahu baca, duduk diam dan tunggu jualan masuk...

Jelas sekali situasi itu tidak akan berlaku. Untuk ubah nasib daripada jurujual jahil menjadi jurujual yang bijak seru rezeki, berikut adalah ciri-cirinya:

• Belajar teknik yang betul (Ebook ini satu daripadanya).

• Praktis dan BERTINDAK gila-gila.

• Rasai nikmatnya sendiri.

Tetapi, jika perlukan bantuan sokongan untuk membuatkan diri panas punggung, dan bertindak sehingga berjaya meledakkan jualan, maka...

Baca TAWARAN COACHING PREMIUM pada muka surat seterusnya.

ONLINE COACHING SALES MASTERY

"Aqif Azizan telah bantu saya naikkan jualan dari RM10 sehari menjadi RM100 sehari." - Pelanggan

Bahagia.

Ringkasnya, coaching ini membantu anda untuk:

• Tingkatkan jualan produk dan servis dalam tempoh kurang 7 hari.

• Hasilkan skrip jualan berpengaruh, untuk memperoleh respon berimpak tinggi dan berduit daripada pelanggan.

• Tukarkan setiap perkataan murahan menjadi perkataan yang MAHAL. Supaya setiap perkataan tukar jadi DUIT.

• Tahu bagaimana untuk aplikasikan skrip jualan di medium-medium lubuk duit, seperti Facebook, blog, forum dan sebagainya.

Kenapa coaching dengan Aqif Azizan?

• Insan yang bertanggungjawab tukarkan setiap pelanggan menjadi duit, untuk syarikat-syarikat

besar menerusi kempen iklan, pemasaran dan jualan.

• Insan yang komited untuk membantu orang seperti anda, supaya mahir menjadi jurujual yang berjaya tukarkan pelanggan menjadi DUIT.

Berapa cajnya?

RM1,997 RM997 RM697

RM397 SAHAJA (Jimat RM1,600!)

Dengan syarat, SMS KOD:

<SM01> KE <017 649 1442>

SMS SEKARANG! (Tawaran ini hanya muncul sekali sahaja.)

Bagaimana kita akan bercoaching?

• 2 jam pada minggu pertama (waktu malam). • 2 jam pada minggu kedua (waktu malam).

• Coaching secara perseorangan (1 orang sahaja).

• Saya (Aqif Azizan) tetapkan harinya.

• Coaching online guna SKYPE. • Selepas coaching, ada bantuan EKSKLUSIF

menerusi Facebook Group.

Syarat kelayakan?

• Minda terbuka untuk belajar. • Dengar arahan yang diberikan sepanjang

coaching. • Sudah ada produk atau servis. • Sudah berjaya buat duit di Internet. Walaupun 1

kupang.

Jika tidak puas hati?

• 30 hari pulang wang semula.

• Dengan syarat, sudah bertindak seperti yang diarahkan.

Coaching online ini terhad untuk:

• 10 3 orang terawal sahaja.

• Harga RM397 adalah harga pengenalan. Selepas 3 orang sertai, harga naik kepada RM597.

• Tawaran ini tutup dalam tempoh 8 jam selepas anda baca ayat ini.

RM397 SAHAJA (Jimat RM1,700!)

Dengan syarat, SMS KOD:

<SM01> KE <017 649 1442>

SEKARANG!

* Kami akan SMS arahan seterusnya.

Tingkatkan Keyakinan Diri 150% Ketika Berjumpa

Pelanggan

Psst! Walaupun di hadapan laptop!

TAWARAN 100%

PERCUMA*

* Tanggung kos penghantaran sahaja.

Tawaran hanya sah dalam tempoh 60 minit selepas anda baca maklumat ini.

Spray mulut ini membantu tingkatkan keyakinan, hilangkan mengantuk, dan hilangkan nafas berbau

dalam tempoh kurang 10 saat.

SMS KOD: <GS00> KE <017 649 1442> Arahan seterusnya akan diberikan dalam SMS.

SMS SEKARANG.

Mantra Persuasion Organisasi ini tugasnya menukarkan setiap perkataan menjadi duit. Organisasi ini tugasnya sebagai medium untuk melariskan bisnes-bisnes sedia ada di Malaysia.

Teknik-teknik pelaris jualan 100% PERCUMA boleh diambil di: http://www.mantrapersuasion.com.