rumusan jurnal bim.docx

15
1. Rumusan Jurnal 1 Tajuk : Defending Deaf Culture : The Case of Cochlear Implans Sumber : Internet (Jurnal) Kumpulan Sasaran : Orang Pekak Objektif Kajian : Mengenal Budaya Pekak dan tanggapan mereka terhadap implan koklea. Berdasarkan jurnal yang saya kaji ini, komuniti pekak beranggapan implan koklea merupakan satu cara untuk memusnahkan budaya pekak. Anggapan tersebut adalah kerana ianya adalah satu cara untuk memastikan kanak-kanak yang pekak membesar menggunakan bahasa percakapan berbanding dengan menggunakan bahasa isyarat. Implan koklea ini juga dianggap perkara yang menyebabkan orang pekak kurang ramai yang boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat kerana implan koklea menyebabkan mereka boleh berkomunikasi secara oral. Komuniti pekak berpendapat bahawa kepekakan bukan satu kekurangan tapi dianggap sebagai satu budaya. Ramai orang pekak yang mengatakan mereka tidak mahu diberi pendengaran walaupun ianya tidak mustahil untuk mendengar. Mereka tidak mahu diberi pendengaran kerana risau dan tidak mahu komuniti pekak pupus.

Upload: siti-norhazeah

Post on 24-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

1. Rumusan Jurnal 1

Tajuk : Defending Deaf Culture : The Case of Cochlear Implans

Sumber : Internet (Jurnal)

Kumpulan Sasaran : Orang Pekak

Objektif Kajian : Mengenal Budaya Pekak dan tanggapan mereka terhadap

implan koklea.

Berdasarkan jurnal yang saya kaji ini, komuniti pekak beranggapan implan koklea

merupakan satu cara untuk memusnahkan budaya pekak. Anggapan tersebut

adalah kerana ianya adalah satu cara untuk memastikan kanak-kanak yang

pekak membesar menggunakan bahasa percakapan berbanding dengan

menggunakan bahasa isyarat. Implan koklea ini juga dianggap perkara yang

menyebabkan orang pekak kurang ramai yang boleh berkomunikasi menggunakan

bahasa isyarat kerana implan koklea menyebabkan mereka boleh berkomunikasi

secara oral.

Komuniti pekak berpendapat bahawa kepekakan bukan satu kekurangan

tapi dianggap sebagai satu budaya. Ramai orang pekak yang mengatakan

mereka tidak mahu diberi pendengaran walaupun ianya tidak mustahil untuk

mendengar. Mereka tidak mahu diberi pendengaran kerana risau dan tidak mahu

komuniti pekak pupus.

Komuniti pekak ini juga akan mencari pasangan yang terdiri daripada

golongan pekak juga kerana mereka lebih selesa bersama pasangan yang pekak

supaya dapat memudahkan proses komunikasi mereka. Selain itu, mereka juga

akan mencari pakar genetik untuk memastikan anak yang akan mereka lahirkan

juga pekak seperti mereka. Sekiranya anak yang mereka lahirkan itu pekak,

mereka akan meraikannya.

Mereka merasa diri mereka normal kerana sekiranya persekitaran mereka

bising, tetapi mereka masih dapat berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat

dan menganggap orang yang boleh mendengar sebagai kurang upaya kerana

Page 2: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

mereka tidak dapat berkomunikasi disebabkan kebisingan tersebut. Orang normal

menganggap kepekakan ialah satu ketidakupayaan kerana kekurangan satu deria

dan berpendapat fizikal yang normal ialah memiliki semua perkara yang ada

dalam diri semua orang di sekeliling.

Komuniti pekak sangat membantah implan koklea terhadap komuniti

mereka kerana mereka bukan orang yang tidak upaya tetapi mereka adalah satu

komuniti yang berkongsi satu cara berkomunikasi. Cara berkomunikasi yang

dimaksudkan di sini ialah penggunaan bahasa isyarat dalam komuniti mereka

sendiri yang mana cara komunikasi tersebut berbeza dengan cara orang normal

berkomunikasi.

Menurut jurnal yang saya baca ini, aspek yang penting untuk membentuk

budaya ialah mestilah berkongsi sejarah, bahasa yang unik (dialek), seni

tersendiri, sastera atau masakan.

Sejauh mana sesuatu kumpulan dapat dikekalkan atau ada terlibat dalam

institusi sendiri untuk berkhidmat untuk keperluan budaya mereka juga penting. Ini

adalah untuk memastikan institusi mereka berkekalan dan memastikan keperluan

komuniti mereka terjamin.

Komuniti pekak ini mempunyai budaya mereka sendiri, bahasa yang hebat

dan juga ada tatabahasa yang unik. Contohnya budaya mereka yang sendiri ialah

mereka suka berkumpul bersama komuniti mereka sendiri di satu-satu tempat

yang tidak ada orang kisah tentang mereka, mereka juga jenis yang tidak

menepati masa dan sukar untuk menunaikan janji. Bahasa yang mereka gunakan

juga mereka anggap hebat kerana hanya komuniti mereka sahaja yang faham

bahasa yang mereka gunakan iaitu bahasa isyarat.

Mereka suka berkongsi pengalaman berkaitan kepekakan mereka dalam

budaya mendengar, kongsi sejarah kepekakan, dan perbezaan-perbezaan yang

ada dalam diri mereka. Selain itu, mereka juga ada sekolah sendiri, kelab, tempat

berjumpa malah ada pertandingan sukan sendiri. Kombinasi antara bahasa dan

kelompok mereka membuatkan budaya mereka kuat. Mereka menggunakan

Page 3: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

bahasa isyarat dalam kelompok mereka dan hanya bergaul dengan komuniti

mereka sendiri iaitu orang-orang yang pekak dan tidak dapat mendengar.

Dua perkara yang menyebabkan orang pekak mahu kepekakan itu

dianggap sebagai satu identiti dan bukan sebagai satu ketidakupayaan ialah

yang pertama ialah hak ibu bapa dan yang kedua ialah perbezaan budaya

pekak dan budaya lain.

Perkara pertama tersebut yang mengatakan ibu bapa ada hak untuk

menentukan identiti budaya anak mereka yang mengurangkan peluang mereka

dengan ketara pada masa akan datang. Ini bermakna ibu bapa yang berhak

menentukan sama ada kepekakan anak mereka adalah satu ketidakupayaan

ataupun satu identiti. Selain itu, ibu bapa akan merasa sukar untuk membuat

keputusan untuk membawa anak mereka untuk melakukan implan koklea, sebab

tanpa implant

anak mereka akan sukar untuk belajar bercakap dan peluang mereka

sangat terhad untuk ambil bahagian dalam budaya orang bercakap pada masa

akan datang. Ibu bapa ada hak untuk membuat keputusan untuk anak mereka

samada mahu melakukan implan koklea kepada anak mereka supaya dapat

bercakap ataupun membiarkan sahaja anak mereka dalam keadaan pekak dan

sukar terlibat dalam aktiviti arus perdana.

Seterusnya ialah perbezaan yang terdapat dalam budaya pekak dan

budaya yang lain. Kriteria untuk ahli pekak ialah untuk jadi pekak. Orang normal

boleh masuk di dalam kebudayaan dunia orang pekak dengan belajar bahasa

isyarat dan melalui perhubungan dengan orang pekak tetapi mereka tetap orang

luar kerana mereka boleh mendengar. Ini bermakna, orang normal yang ingin

memahami kebudayaan orang pekak mestilah belajar menggunakan bahasa

isyarat supaya mereka memahami apa yang terdapat di dalam kebudayaan

mereka tersebut.

Komuniti pekak menganggap ciri-ciri yang seharusnya ada bagi menjadi

ahli komuniti Pekak ialah mestilah pekak dan bukan itu sahaja tetapi mestilah

Page 4: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

menggunakan bahasa isyarat dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh

orang pekak. Oleh itu, untuk menjadi ahli orang pekak perkara yang wajib ada

dalam diri individu tersebut ialah seperti yang dinyatakan di atas iaitu pekak dan

menggunakan bahasa isyarat dan menyertai aktiviti orang pekak.

Kanak-kanak yang lahir tanpa pendengaran atau hilang pendengaran pada

usia muda berpotensi untuk jadi ahli pekak dan komuniti pekak ini akan musnah

sekiranya tidak ada yang belajar bahasa isyarat. Disebabkan perkara tersebutlah,

komuniti pekak membantah untuk diberi pendengaran melalui implan koklea. Ini

kerana kanak-kanak yang diberi implan koklea tidak akan menggunakan bahasa

isyarat sebagai alat komunikasi tetapi belajar bercakap seperti orang normal.

2. Rumusan Jurnal 2

Tajuk : Deaf as Culture : A Psychosocial Perspective

Sumber : Internet (Jurnal)

Kumpulan sasaran : Komuniti Pekak

Objektif Kajian : Budaya pekak berdasarkan perspektif Teori Psikosial

Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan faktor yang menyumbang

kepada perubahan kepekakan dari segi fizikal kepada suatu budaya. Jurnal ini

tidak bertujuan untuk menyokong atau menafikan tentang kewujudan dan

kepentingan budaya orang pekak. Sebaliknya mengkaji berkaitan soalan iaitu

bagaimana orang pekak yang ada sejarah dilabel sebagai ketidakupayaan

menjadi asas kepada pengkajian budaya.

Orang normal menganggap kepekakan sebagai satu ketidakupayaan tetapi

penyokong komuniti pekak menganggap kepekakan sebagai satu budaya dan

menegaskan bahawa kepekakan bukan satu penyakit. Dari sudut perspektif,

kepekakan sebagai kurang upaya, iaitu ketidakboleh untuk mendengar pertuturan

orang lain dan tidak dapat memberi tindak balas terhadap isyarat persekitaran

Page 5: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

contohnya ialah orang normal terkejut mendengar bunyi letupan tetapi mereka

tidak memberi sebarang tindak balas terhadap bunyi letupan tersebut.Selain itu,

mereka tidak dapat berkomunikasi dengan semua orang serta tidak dapat

menikmati aspek-aspek arus perdana seperti mendengar bunyi muzik.

Namun komuniti pekak menganggap ketidakboleh mendengar tersebut bukan

merupakan satu perkara penting yang berguna sehari-hari. Mereka juga

menganggap implan koklea itu tidak perlu kerana mereka tidak hidup dalam

komuniti pekak tetapi mereka hidup dalam bangunan yang sedang meninggi. Oleh

itu, seseorang individu yang pekak mesti belajar untuk jadi seorang yang

mempunyai fungsi sebagai ahli keluaraga dan komuniti yang mana kepekakan

dianggap ialah satu ciri-ciri yang klinik sahkan sebagai penyakit yang dimiliki

oleh kumpulan ini.

Penyokong kepekakan sebagai satu budaya menegaskan bahawa kepekakan

bukan penyakit dan ianya tidak perlu dibaiki. Mereka menggunakan huruf “D”

besar untuk membezakan penyakit masalah pendengaran yang disahkan oleh

klinik dan menggunakan huruf “d” kecil bagi membezakan dua perkara tersebut.

Berdasarkan artikel ini Dolnick menegaskan bahawa kanak-kanak pekak

mendapatkan perasaan identity budaya pekak daripada rakan sebaya yang pekak

lebih daripada keluarga mereka. Ini bermakna pengaruh rakan sebaya dalam

pembentukan budaya pekak ini lebih kuat berbanding pengaruh keluarga

terutamanya kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang boleh

mendengar.

Komuniti pekak menggunakan definisi Padden & Humphries iaitu budaya

merupakan satu bentuk tingkah laku sekumpulan orang yang mempunyai bahasa

mereka sendiri, nilai, peraturan tingkahlaku dan tradisi bahasa mereka sendiri.

Orang pekak mengatakan bahawa mereka mempunyai tingkah laku yang sama,

menggunakan bahasa dan kepercayaan yang sama. Selain itu, budaya pekak

berpendapat bahawa kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak dapat dengar

Page 6: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

terasing dari arus perdana kerana komunikasi dengan orang normal sering terasa

susah.

Komunikasi antara murid pekak dengan murid yang tidak pekak di dalam arus

perdana mempunyai halangan yang sangat teruk. Ini kerana murid pekak biasa

menggunakan bahasa isyarat manakala murid tidak pekak menggunakan

percakapan untuk berkomunikasi. Disebabkan halangan tersebut, murid pekak lebih

suka bergaul dalam kalangan mereka sendiri berbanding dengan orang yang

normal dan ini juga adalah berkaitan dengan perkongsian bahasa dan

pengalaman.

Seterusnya ialah teori yang digunakan dalam jurnal ini iaitu Teori Psikososial

Dinamika Kumpulan. Aspek pertama yang terdapat di dalam teori ini ialah stigma,

bahasa dan seterusnya ialah prasangka.

Stigma ialah maruah ataupun sifat merendahkan dan juga menggambarkan ciri

negatif. Orang yang direndahkan ini akan mancari orang yang mempunyai

persamaan dengan diri mereka untuk menjadi “normal”. A stigma can become the

norm within the stigmatized population (Crocker, 1989). Ada juga teori yang

mengatakan satu faktor penting yang mencadangkan samada individu membina

kumpulan atau memilih ahli dalam kumpulan yang sedia ada iaitu samada bukan

ahli kepada kumpulan majoriti boleh dilaksanakan.

Seterusnya ialah bahasa. Bahasa ialah satu faktor dalam pembinaan dinamika

kumpulan dan juga merupakan alat penting yang diguna oleh seseorang individu

untuk meluahkan identity mereka dan untuk membuat pertimbangan tentang

orang lain. Bahasa juga ialah dimensi yang tidak boleh dipisahkan oleh budaya

dan warisan contohnya ialah dialek dan penggunaan satu-satu perkataan

tersebut. Seseorang itu lebih dikenali dengan orang bercakap menggunakan

bahasa yang sama berbanding orang yang berkongsi latar belakang kekeluargaan

Aspek yang ketiga ialah prasangka. Prasangka ini ialah satu sikap dan ianya

merupakan prasangka yang negatif kepada orang lain berdasarkan pemisahan

antara individu kepada “dalam kumpulan” dan “luar kumpulan”. Mereka

Page 7: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

menggunakan perkataan “kami” dan “mereka” untuk membezakan diri mereka

dengan orang lain.

Seterusnya mari kita lihat pengaplikasian Teori Psikososial dalam budaya pekak

yang pertama iaitu ketidakupayaan dan stigma. Orang pekak berpendapat

sekiranya kepekakan itu ialah satu ketidakupayaan, oleh itu orang pekak

direndahkan dengan “kurang” ciri-ciri manusia biasa. Mereka harus memandang

stigma itu sebagai sesuatu yang positif supaya dapat mengekalkan harga diri.

Oleh itu, mereka perlu memandang stigma itu untuk membantu sesuatu yang

positif untuk identiti mereka atau memisahkan diri mereka daripada stigma dalam

ketidakupayaan bersama-sama. Mereka juga tidak suka diri mereka direndahkan,

tapi sebagai ahli dalam kumpulan yang dipilih iaitu mereka terpilih untuk menjadi

ahli dalam komuniti pekak. Mereka juga mestilah jadi ahli yang berguna dalam

sesuatu kumpulan, untuk merasa bahawa orang lain berkongsi pengalaman hidup

mereka ada satu sifat dan bukannya ketidakupayaan, dan sifat tersebut dikaitkan

dengan ketidakupayaan yang positif.

Mereka selesa dengan orang yang sama seperti mereka kerana kumpulan yang

distigmakan sebagai “pekak” bukan penentu satu peraturan untuk membina

antara kumpulan. Mereka menganggap kepekakan bukan satu kehilangan tapi

satu perspektif yang tersendiri oleh dunia. Penyokong budaya Pekak mengatakan

ketidakupayaan ialah mereka yang buta atau ketidakupayaan fizikal.

Mereka juga menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa pertama menjadi asas

kepada penyokong budaya Pekak yang telah diasaskan. Penggunaan bahasa

isyarat sangat penting kepada budaya pekak di mana sebarang tanggapan yang

dilihat kepada penggunaan bahasa isyarat dilihat sebagai ancaman kepada

keberkesanan budaya Pekak. Manakala implan koklea dianggap membunuh

ataupun menghapuskan budaya secara beramai-ramai. Menghapuskan orang

pekak sepenuhnya dalam usia muda akan menyebabkan tiada lagi budaya

Pekak. Oleh itu, bahasa isyarat ialah penanda sebagai ahli dan mewakili waris

utama. Sesiapa yang menggunakan bahasa isyarat asli atau yang memang

menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dianggap ahli dalam budaya

Page 8: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

Pekak, manakala yang tidak menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa

pertama dianggap kumpulan luar ataupun dari dunia pendengaran.

Seterusnya aspek teori yang terakhir ialah prasangka terhadap pendengaran di

mana orang normal beranggapan pendengaran sebagai isu utama kerana ia

menerangkan kenapa orang melabel “pendengaran” sebagai budaya pekak.

Pendengaran adalah tanggapan negatif yang digunakan oleh ahli budaya pekak.

Mereka berprasangka terhadap orang yang melatih kaedah bercakap secara oral.

Mereka menganggap individu tersebut ingin menghapuskan budaya Pekak dengan

mengajar orang pekak bertutur secara oral.

Selain itu, mereka menganggap anak yang pekak bukan hak ibu bapa

sepenuhnya. Anak itu mesti ada ikatan yang kuat dengan budaya Pekak

berbanding dengan keluarga, jiran dan rakan sejawat. Satu tahap prasangka juga

dirasakan perlu bagi membina dan mengekalkan kesahan budaya Pekak. Komuniti

normal menganggap kepekakan satu stigma dan orang yang tidak boleh

mendengar susah untuk berkomunikasi dengan baik dalam arus perdana. Oleh

itu, ianya adalah untuk dilihat sama dengan orang dalam dunia mendengar dan

mengurangkan prasangka terhadap orang yang mendengar akan meningkatkan

penyerapan budaya dan melemahkan perbezaan dan status.

Page 9: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

3. Perbandingan antara orang pekak dengan individu yang boleh

mendengar

Perbezaan pertama yang akan saya terangkan ialah dari segi masalah

pendengaran yang mereka alami. Mereka menganggap kepekakan yang mereka

alami ini sebagai satu budaya. Mereka tidak mahu sekiranya mereka diberi

pendengaran ini kerana mereka menganggap budaya pekak mereka tersebut

bagus dan kerana mereka merupakan satu komuniti yang erat dan sentiasa

berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Mereka berbeza dengan orang

yang boleh mendengar di mana orang yang mendengar mengharapkan anak

yang mereka lahirkan boleh mendengar. Berbeza dengan mereka iaitu mereka

tidak mahu anak yang boleh mendengar kerana mereka menganggap ianya

merupakan satu kecacatan dan ianya penyakit yang tidak normal.

Perbezaan yang seterusnya ialah dari aspek bahasa. Orang menggunakan

bahasa isyarat untuk berkomunikasi iaitu (Bahasa Isyarat Malaysia). Manakala

orang yang boleh mendengar menggunakan pertuturan sepenuhnya untuk

berkomunikasi. Selain itu, penyampaian orang pekak tidak tersusun dan

tatabahasa yang digunakan tidak betul. Contoh struktur ayat yang digunakan oleh

orang pekak ialah “saya tendang bola” kepada “bola tendang saya”. Perbezaan

dari aspek komunikasi ini merujuk kepada budaya mereka semasa bercakap. Ayat

orang yang mendengar tersusun kerana mereka bercakap dan mendengar ayat

orang lain, di mana mereka boleh betulkan sebarang kesilapan yang terdapat

dalam ayat mereka semasa bercakap. Berbeza dengan orang pekak yang lebih

mementingkan ekspresi muka berbanding susunan ayat yang disampaikan. Mereka

memahami apa yang disampaikan lebih kepada memahami pergerakan badan

dan mimik muka berbanding ayat yang disampaikan.

Perbezaan seterusnya ialah dari segi gelaran atau panggilan nama. Orang

pekak mempunyai satu budaya yang unik di mana mereka menggunakan bahasa

isyarat dengan merujuk kepada nama dan ciri-ciri muka dan fizikal orang

tersebut. Nama orang dalam budaya pekak tidak diingat sepenuhnya tetapi hanya

mengingat isyarat nama yang diberi berbeza dengan orang yang mendengar

Page 10: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

yang memanggil nama seseorang dengan gelaran sebenar orang tersebut. Orang

pekak sangat bangga dengan isyarat nama yang diberi dan ianya tidak boleh

ditukar.Dari aspek sosial ialah pekak lebih suka berada di dalam komuniti

mereka sendiri kerana hanya orang pekak sahaja yang pandai menggunakan

bahasa isyarat. Mereka juga akan memilih kekasih dan pasangan hidup dalam

kalangan mereka sendiri sahaja. Mereka beranggapan itu adalah budaya mereka

iaitu memilih pasangan dalam komuniti mereka sendiri sahaja. Ianya berbeza

dengan orang yang boleh mendengar di mana mereka lebih bersifat terbuka iaitu

bebas memilih siapa pasangan mereka tidak kira bangsa dan warna kulit.

Disebabkan itu, masalah penceraian dalam komuniti mereka sudah menjadi

perkara biasa dan menjadi budaya mereka yang gagal mempertahankan

perkahwinan.

Selain itu, mereka juga suka bercerita panjang tanpa memikirkan faktor

masa dan tempat. Mereka boleh bercerita berjam-jam tanpa rasa bosan. Hal ini

disebabkan kesukaran mereka dalam mengakhirkan topik perbualan mereka.

Budaya ini berbeza dengan orang yang boleh mendengar yang hanya akan

bersembang bila perlu dan mempunyai masa yang terluang sahaja. Orang pekak

juga tidak dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan mereka amat

kelam kabut sehingga menyebabkan tidak semua topik yang dibincangkan habis

dicakap.

Perbezaan yang seterusnya ialah dari aspek sikap dan nilai. Bagi orang

pekak sikap mengetuk meja, menepuk bahu, menggunakan lampu, menepuk

tangan bagi mendapatkan perhatian adalah perkara biasa kerana mereka tidak

dapat mendengar panggilan orang lain dan hanya dapat bertindak balas dengan

pergerakan daripada sekeliling mereka. Perkara ini berbeza dengan orang yang

boleh mendengar kerana mereka boleh mendengar apabila dipanggil dan tidak

perlu melakukan perkara yang sedemikian. Orang pekak juga peka dengan mimik

muka orang lain kerana mereka memahami seseorang berdasarkan bahasa

isyarat dan mimik muka. Orang yang boleh mendengar pula sukar untuk

memahami mimik muka orang lain kerana mereka lebih kerap meluahkan

Page 11: Rumusan  Jurnal  BIM.docx

perasaan menggunakan pertuturan. Orang pekak juga jenis yang berterus terang

dan mereka akan menunjuk secara terus apa yang mereka inginkan tanpa

menggunakan isyarat yang berbunga-bunga berbeza dengan orang normal yang

boleh menggunakan bahasa kiasan bagi meminta sesuatu yang mereka inginkan.