rumusan

3
20 RUMUSAN Hasil daripada pemerhatian saya, topik pecahan merupakan satu topik yang amat mencabar dan amat sukar dipelajari. Murid-murid juga mengalami banyak kesulitan untuk memahami konsep pecahan setara kerana tajuk pecahan ini merupakan satu topik yang bersifat abstrak. Oleh itu mengatasi permasalahan ini, guru sepatutnya menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang konkrit dan memikirkan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, aktiviti lipatan kertas adalah satu aktiviti yang menarik dan sesuai digunakan dalam proses PDP bagi subtajuk pecahan setara. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses PDP malahan juga dapat mempelajari konsep pecahan setara melalui aktiviti hands-on dan secara interaktif iaitu menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Perlaksanaan kaedah ini amat efektif dan membantu murid menguasai konsep pecahan setara. Sebagai seorang pengkaji, harapan saya untuk penyelidikan tindakan ini adalah memperoleh pengalaman baru daripada aspek penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang Matematik. Di samping itu hasil penyelidikan ini boleh menambahbaik amalan PDP saya dalam mata pelajaran Matematik tahun tiga subtajuk pecahan setara. Pernyataan ini disokong oleh Carr dan Kemmis (1986) bahawa penyelidikan tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Sebelum ini, saya telah cuba menggunakan beberapa cara untuk membantu saya untuk menjelaskan konsep tersebut kepada murid, misalnya dengan gambar atau dengan meminta murid menggunakan kaedah mendarab biasa. Namun, saya mendapati kaedah ini masih tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang konsep pecahan setara ini. Akibatnya murid mula membuat bising dan tidak memberi perhatian terhadap proses PDP yang berlangsung. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mempelbagaikan teknik pengajaran melalui pendedahan menggunakan kaedah lipatan kertas dan saya mendapati bahawa teknik ini mempunyai potensi besar dalam membantu saya menjelaskan konsep tersebut kepada murid. Cramer

Upload: moazim-bin-mohamed

Post on 28-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: RUMUSAN

20

RUMUSAN

Hasil daripada pemerhatian saya, topik pecahan merupakan satu topik yang amat

mencabar dan amat sukar dipelajari. Murid-murid juga mengalami banyak kesulitan untuk

memahami konsep pecahan setara kerana tajuk pecahan ini merupakan satu topik yang

bersifat abstrak. Oleh itu mengatasi permasalahan ini, guru sepatutnya menggunakan

pelbagai alat bantu mengajar yang konkrit dan memikirkan kaedah pengajaran yang menarik

dan sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, aktiviti lipatan kertas

adalah satu aktiviti yang menarik dan sesuai digunakan dalam proses PDP bagi subtajuk

pecahan setara. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat melibatkan diri secara aktif

dalam proses PDP malahan juga dapat mempelajari konsep pecahan setara melalui aktiviti

“hands-on” dan secara interaktif iaitu menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

Perlaksanaan kaedah ini amat efektif dan membantu murid menguasai konsep

pecahan setara. Sebagai seorang pengkaji, harapan saya untuk penyelidikan tindakan ini

adalah memperoleh pengalaman baru daripada aspek penerokaan ilmu pengetahuan dalam

bidang Matematik. Di samping itu hasil penyelidikan ini boleh menambahbaik amalan PDP

saya dalam mata pelajaran Matematik tahun tiga subtajuk pecahan setara. Pernyataan ini

disokong oleh Carr dan Kemmis (1986) bahawa penyelidikan tindakan ialah satu bentuk

refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi

sosial. Sebelum ini, saya telah cuba menggunakan beberapa cara untuk membantu saya untuk

menjelaskan konsep tersebut kepada murid, misalnya dengan gambar atau dengan

meminta murid menggunakan kaedah mendarab biasa. Namun, saya mendapati kaedah ini

masih tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang konsep pecahan setara ini.

Akibatnya murid mula membuat bising dan tidak memberi perhatian terhadap proses PDP

yang berlangsung.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mempelbagaikan teknik pengajaran

melalui pendedahan menggunakan kaedah lipatan kertas dan saya mendapati bahawa teknik

ini mempunyai potensi besar dalam membantu saya menjelaskan konsep tersebut kepada

murid. Cramer dan Henry (2002) dalam penyelidikan mereka menunjukkan bahawa bahan

konkrit memberi kesan positif kepada murid dalam menguasai konsep dan prosedur pecahan.

Dengan itu, saya menggunakan bahan konkrit iaitu lipatan kertas yang diwarnakan agar

menambah baik PDP saya.

Page 2: RUMUSAN

20

Saya mendapati bahawa penggunaan perisian “multimedia” dalam proses PDP

contohnya seperti perisian Microsoft PowerPoint sedikit sebanyak dapat menarik perhatian

serta murid mendalami subtajuk pecahan setara.Bahkan, slaid PowerPoint yang telah

dihasilkan boleh digunakan berulang-ulang serta amat ekonomi dan menjimatkan masa.

Aktiviti lipatan kertas ini juga telah memvariasikan kaedah pembelajaran di dalam kelas

melaui cara ransangan pancaindera murid seperti murid melihat gambar rajah sebenar (pizza)

yang dipapar pada papan putih serta penjelasan guru yang jelas secara interaktif. Menurut Lai

Kim Leong (2007), pembinaan model dengan menggunakan gambar rajah sesuai

digunakan untuk membantu pelajar mewakilkan bahan-bahan konkrit yang mereka gunakan

semasa menyelesaikan masalah pada peringkat konkrit. Perwakilan menggunakan gambar

rajah dapat membantu pelajar memindahkan kefahaman pada peringkat konkrit ke

peringkat abstrak. Malahan pengunaan deria sentuhan murid dalam proses penghasilan

pecahan setara melalui kaedah lipatan kertas serta pengunaan warna yang menarik perhatian

boleh meransang minda murid secara aktif. Kepelbagaian ransangan deria sekaligus boleh

membantu murid menjana idea atau konsep melalui aktiviti tersebut.

Ini adalah bertepatan dengan Modul Teori Konstruktivisme yang digunakan dalam

penyelidikan tindakan ini. Dwyer, Ringstaff dan Sandholtz (1991) menegaskan bahawa

pendekatan Konstruktivisme merupakan pembelajaran berpusatkan murid dan bukan

berpusatkan kurikulum. Sementara Bagley dan Hunter (1992) menyatakan bahawa

pembelajaran menjadi satu proses yang dinamik melalui pendekatan Konstruktivisme.

Mereka juga menyatakan bahawa pembelajaran aktif membawa kepada tahap pemikiran

yang lebih tinggi. Ini juga disokong oleh Sharp dan Adams (2002) yang berpendapat

bahawa guru haruslah menggunakan kaedah pengajaran konstruktivisme dalam

menyampaikan pengajaran mereka tentang topik Pecahan. Dengan itu, pendekatan

Konstruktivisme telah saya aplikasikan.

Kesimpulannya, amat diharapakan guru-guru di sekolah boleh mengaplikasikan

teknik lipatan kertas ini semasa mengajar topik Pecahan Setara. Saya akan cuba

menambah baik pelaksanaan aktiviti ini dan aktiviti untuk membantu murid menguasai

konsep pecahan setara semasa mengajar di sekolah.